Telegram Web Link
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Melaksanakan Perintah Rasulullah SAW


عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَخْبَرَهُ قَالَ أَخْبَرَنِي أَبُو سُفْيَانَ أَنَّ هِرَقْلَ قَالَ لَهُ سَأَلْتُكَ مَاذَا يَأْمُرُكُمْ فَزَعَمْتَ أَنَّهُ أَمَرَكُمْ بِالصَّلَاةِ وَالصِّدْقِ وَالْعَفَافِ وَالْوَفَاءِ بِالْعَهْدِ وَأَدَاءِ الْأَمَانَةِ قَالَ وَهَذِهِ صِفَةُ نَبِيٍّ

Abdullah bin Abbas RA berkata, telah mengkhabarkan kepada kami Abu Sufyan bahawa Raja Herkulis berkata kepadanya:

"Aku telah bertanya kepadamu apa yang dia (Nabi Muhammad) perintahkan kepada kalian, lalu kamu menjawab bahawa dia memerintahkan kalian untuk solat, bersedekah (zakat), menjauhkan diri dari berbuat buruk, menunaikan janji dan melaksanakan amanah". Lalu dia berkata; "Ini adalah diantara sifat-sifat seorang Nabi".

(HR Bukhari No: 2484)
Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Rasulullah SAW memerintahkan agar melaksanakan ketaatan kepada Allah dengan melaksanakan ibadat yang wajib sebagai seorang Muslim.

2.  Rasulullah  SAW memerintahkan kepada umatnya agar:

a.  Melaksanakan solat
b.  Menunaikan zakat  dan bersedekah
c.  Menjauhi perbuatan buruk
d.  Menunaikan janji
e.  Melaksanakan amanah

3.  Sebagai umat yang mencontohi Nabi SAW serta menjadi contoh kepada orang lain, adalah menjadi kewajipan kita untuk melaksanakan tanggungjawab yang bersifat peribadi seperti solat dan menjauhi perbuatan buruk. Muslim juga diperintahkan  menunaikan tanggungjawab yang berkaitan dengan masyarakat seperti mengeluarkan zakat dan bersedekah di samping menunaikan janji dan melaksanakan amanah.

Ayuh kita laksanakan apa yang diperintahkan oleh Rasulullah SAW.

22hb Rabiul Awal 1446H
26hb September 2024


@quotephotovideo 📚📚📚
Tadabbur Kalamullah 22 Rabiul Awwal 1446H ☆

وَلَقَدۡ یَسَّرۡنَا ٱلۡقُرۡءَانَ لِلذِّكۡرِ فَهَلۡ مِن مُّدَّكِرࣲ

"Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?" [Surah al-Qamar 17]

#Allah swt mengatakan bahawa al-Quran ini mudah sahaja untuk dipelajari dan diingati kepada mereka yang mahu belajar dan juga menghafaznya. Al-Quran juga mudah difahami terutama kepada mereka yang mahu mencari kebenaran.

#Perkataan ذِكْر bermaksud 'hafalan'. Ia membawa maksud, Al-Quran itu senang dihafal. Ini kerana lenggok bahasa yang digunakan itu amat indah, maka ianya senang dihafal. Banyak perkataan juga diulang-ulang dan itu memudahkan kita untuk menghafalnya.

#Al-Quran adalah satu-satunya kitab agama dalam dunia ini yang banyak dihafal oleh penganutnya. Tidak ada kitab lain dalam dunia yang sebegini. Sampaikan kalaulah semua kitab al-Quran dalam dunia ini hilang, dalam masa sehari sahaja al-Quran baru boleh dikeluarkan kerana amat ramai sekali yang menghafalnya dan boleh tulis semula.

#Terdapat ramai di kalangan sahabat Nabi saw yang menghafaz al-Quran. Sebahagian mereka itu disebut oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani di dalam Fathul Bari dengan katanya:

"Abu Ubaid menyebut, al-Qurra' (penghafaz al-Quran) dari kalangan sahabat Nabi saw, lalu dia menghitung dari kalangan al-Muhajirin (antaranya) al-Khulafa' al-Arba'ah (khalifah yg empat), Sayidina Talhah, Sa'ad, Ibn Mas'ud, Huzaifah, Salim, Abu Hurairah, 'Abdullah bin as-Sa`ib dan al-'Abadilah.

#Dari kalangan wanita pula ialah Sayidatina 'Aisyah, Hafshah dan Ummu Salamah. Sebahagian dari kalangan mereka ini menyempurnakan hafalan selepas kewafatan baginda saw.

#Manakala Ibn Abi Daud pula di dalam kitab as-Syari'ah menghitung penghafal dari kalangan al-Muhajirin (antaranya): Sayidina Tamim bin Aus ad-Dari dan 'Uqbah bin 'Amir.

#Dari kalangan al-Ansar (antaranya): Sayidina 'Ubadah bin as-Samit, Sayidina Mu'az yang diberi kuniah Abu Halimah, Mujammi' bin Harithah, Fadhalah bin 'Ubaid, Maslamah bin Makhlad dan lainnya. Beliau juga menjelaskan sebahagian daripada mereka menyempurnakan hafazan slps kewafatan Nabi saw.

#Termasuk yang menghafal al-Quran juga ialah Sayidina Abu Musa al-Asy'ari, hal ini dinyatakan oleh Abu 'Amr al-Dani.

#Di kalangan ulamak terkemudian, ada yang menghitung al-Qurra' dari kalangan sahabat antaranya Sayidina 'Amr bin al-'Ash, Sa'ad bin 'Abbad dan Ummu Waraqah.

#Selain itu termasuk para sahabat yang menghafal al-Quran juga ialah Sayidina Ubai bin Ka'ab dan Zaid bin Thabit, Abu al-Darda' 'Uwaimir bin Zaid al-Ansari dan semua mereka menghafaz al-Quran di zaman Nabi saw. Demikian juga Sayidina Abdullah bin 'Abbas. (Lihat: Ma'rifah al-Qurraa al-Kibar oleh al-Hafidz az-Zahabi)

Allah swt telah memudahkan al-Quran untuk dipelajari, dibaca, dihafal dan diambil pelajaran. Asalkan kita berikan usaha, samada sedikit, kita sudah boleh mendapat hasil darinya. Kalau kita beri lebih lagi usaha, tentulah kita akan mendapat lebih lagi ilmu. Jom berusaha mempelajari dan menghafal al-Quran

🐊Ust naim

@quotephotovideo 📚📚📚
JANGAN LUPAKAN DOA UNTUK KAUM MUSLIMIN DI PALESTINA

Syaikh Dr. Shalih bin Abdillah bin Hamd Al-‘Ushaimi hafizhahullahu ta‘ala mengatakan:

الدعاء من حقوق الإخاء: اللهم اجعل للأقصى و أهله فرجًا، و اكفِ المسلمين شرَّ الأشرار، و كيد الفجَّار.

“Doa itu merupakan hak persaudaraan :

'Ya Allaah berikanlah jalan keluar bagi Al-Aqsha dan penduduknya, serta lindungilah seluruh kaum muslim dari keburukan orang-orang jahat dan makar para pendosa'.”


#savepalestine🇵🇸
#alaqsa
#alaqsamosque

Semoga hari ini lebih baik dari semalam

Aamiin Ya Allah Ya Mujib 🤲🏻😭

☪️  TARIKH ISLAM ☪️
🌙  22 RABIUL AWAL 1446H
🗓  26 SEPTEMBER 2024
📌  KHAMIS

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

اعوذبا الله من الشيطان الرجيم

بِسْــــــــــــــمِے اللّٰهِےالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْــــــــــــــمِے🌹

👉 Bersamalah dengan ALLAH,
ALLAH akan menjagamu...
👍

@quotephotovideo 💖💖💖
Khamis, 22 Rabiul Awal  1446H ~

QUOTES, PHOTO & VIDEO hari ini...

tasbih | tahmid | tahlil | takbir

سُبْحَانَ اللهِ وَالحَمْدُ للهِ وَلاَإِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ

subhanallah
walhamdu lillah
wa laa ilaha illallah
wallahu akbar


Semoga hari ini lebih baik dari semalam

♨️ Al-Quranul Karim

📖 Ayat² AL-QURAN02

     📗 Surah Al-Fatihah
     🎧 Surah Al-Mulk

📀 Video QURAN

🎬 Murottal Al-Quran

📿 Koleksi Selawat

🎯 Tahajud & Subuh

🔊 Halwa TELINGA & KALBU

🎨 Koleksi Photo & Video

•••••••••✿❃❃•⭑•❃❃✿•••••••••

M U H A R R A M    S A F A R

R A B I U L  A W A L  1446H

Is   Se   Ra   Kh   Ju   Sa   Ah
                      01   02   03   04
05  06   07   08   09   10   11
12  13   14   15   16   17   18
19  20   21   22   23   24   25
26  27   28   29

Aamiin Ya Allah Ya Mujib 🤲🏻😭

sambung di comments 👇

Selamat Pagi  ~ Good Morning 💕

     ○ Awali Hari Dengan Bismillah
     ○ Pesan Untuk Hari Ini
     ○ Hasbunallah Wani'mal Wakil
     ○ Bersyukurlah
     ○ Never give up on hope…🧡
     ○ Life is about making memories…
     ○ Your heart...❤️
     ○ Heart...💜

Selamat Datang bulan Rabiul Awal

     ○ 5 Keistimewaan bulan Rabiul Awal
     ○ 6 Keutamaan bulan Rabiul Awal
     ○ Sepanjang bulan Rabiul Awal
     ○ Hari Putih Rabiul Awal
     ○ Istimewanya bulan Rabiul Awal

Surah at-Taubah ayat 128 dan 129

Life Advice

Doa Mu...

Amalan Hari Jumaat

Alhamdulillah dan Syukur

7 Keutamaan Istighfar

Hak Seorang Muslim

al-Ahqaf ayat 15

Islamic Prayer Guide

Kata Baik atau Diam: Pilihan Mukmin

Ketaatan yang Paling Afdhal

8 Dosa Yang Membuat Pahala Habis Di Akhirat...

7 Perkara untuk Membersihkan Hati

🤲 BerDOAlah 📿 Zikir 🎬 VideoClip

     ○ Adab Berdoa
     ○ Doa Ibu Bapa
     ○ Doa Terhindar dari Ujian Berat
     ○ Sayyidul Istighfar
     ○ Zikir Penenang Hati
     ○ Doa Lepas Baca al-Quran
     ○ Surah Ad-Dhuha
     ○ Dua Kalimat
     ○ Doa Qunut Witir
     ○

┅═•❃✽✿❁️♡🌸♡❁☘️✿✽❃•═┅

Salam  ZOHOR, ASAR & MAGHRIB

👑 Asmaul Husna 📿 Al-Matsurat

🇲🇾 Waktu Solat Bandar Utama

Hidup itu singkat, maka nikmatilah
Akhirat itu panjang, maka persiapkanlah


@quotephotovideo 💝💐🙂
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
"Doa Hebat Dari Hadis Nabi: Memohon Pertolongan Allah Dengan Rahmat-Nya"

Dalam kehidupan seharian, kita sering berhadapan dengan pelbagai cabaran dan dugaan yang membuatkan kita rasa terbeban.

Sebagai seorang Muslim, kita diajar untuk tidak bersandar kepada kekuatan sendiri semata-mata, tetapi mengharapkan pertolongan Allah SWT yang Maha Berkuasa.

Salah satu doa yang sangat mustajab dan diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW adalah doa "Ya Hayyu Ya Qayyum".

Doa ini diriwayatkan dalam hadis sahih, di mana Rasulullah SAW mengajarkannya kepada puteri baginda, Fatimah r.a., supaya mengamalkan doa ini dalam menghadapi kesukaran.

Doa ini begitu ringkas, tetapi penuh dengan pengharapan kepada rahmat Allah SWT.

Doa yang diajarkan:

يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ أَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ وَلَا تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ

Maksud: "Wahai Tuhan yang Maha Hidup, wahai Tuhan yang Berdiri Sendiri, dengan rahmat-Mu aku memohon pertolongan. Perbaikilah segala urusanku dan janganlah Engkau biarkan aku bersandar kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata."

Doa ini amat penting kerana ia menggambarkan betapa lemahnya kita tanpa pertolongan Allah.

Kita memohon kepada-Nya agar menguruskan segala urusan kita dengan sempurna dan tidak membiarkan kita bersandar kepada kekuatan diri sendiri, walaupun sesaat.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh At-Tirmidzi dan Ibn Majah, doa ini diiktiraf sebagai doa yang sangat baik untuk diamalkan, terutama ketika kita berada dalam keadaan memerlukan pertolongan segera.

Amalkan doa ini setiap hari dan lihat bagaimana Allah SWT mempermudahkan urusan anda.

Sesungguhnya, hanya Allah yang mampu menolong kita dengan rahmat-Nya yang tidak terhingga.

“Dan barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar (dari kesulitan).”
(Surah At-Talaq, 65:2)

Mulakan hari anda dengan doa ini, dan serahkan segala urusan kepada-Nya.

@quotephotovideo 🍄🍄🍄
"Rahmat Allah Sentiasa Menanti: Seburuk Mana Pun Masa Silammu"

Setiap insan pasti pernah melakukan kesilapan dalam hidup.

Namun, seburuk mana pun masa silam kita, rahmat Allah sentiasa terbuka untuk hamba-Nya yang ingin bertaubat.

Jangan pernah berputus asa kerana Allah itu Maha Pengampun. Dalam Al-Quran, Allah berfirman:

“Katakanlah, ‘Wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya, Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.’”
(Surah Az-Zumar, 39:53)

Ayat ini memberikan harapan kepada setiap hamba-Nya yang mungkin telah melakukan dosa besar, bahawa keampunan Allah itu luas dan meliputi segala-galanya.

Selagi kita bernafas, pintu taubat sentiasa terbuka.

Dalam sebuah hadis sahih, Rasulullah SAW bersabda:

“Setiap anak Adam itu banyak melakukan kesalahan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan ialah mereka yang bertaubat.”
(Hadis Riwayat Tirmidzi)

Hadis ini mengingatkan kita bahawa kesempurnaan bukan milik manusia.

Namun, mereka yang berusaha untuk memperbaiki diri dan kembali kepada Allah dengan hati yang penuh keikhlasan adalah orang yang paling mulia di sisi-Nya.

Justeru, janganlah menangguhkan taubat.

Jangan tunggu hingga esok kerana kita tidak tahu bila akhir waktu kita di dunia ini.

Kembalilah kepada-Nya dengan doa dan taubat yang sungguh-sungguh.

Berikut adalah doa taubat yang diajarkan Rasulullah SAW:

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي ذَنْبِي كُلَّهُ، دِقَّهُ وَجِلَّهُ، وَأَوَّلَهُ وَآخِرَهُ، وَعَلاَنِيَتَهُ وَسِرَّهُ

“Ya Allah, ampunilah segala dosaku, yang kecil dan besar, yang awal dan akhir, yang tersembunyi dan nyata.”
(Hadis Riwayat Muslim)

Semoga kita sentiasa berada dalam rahmat dan keampunan Allah, serta istiqamah dalam perjalanan kembali kepada-Nya.

@quotephotovideo 🍁🍁🍁
"Jaga Solat: Kunci Segala Kebaikan dalam Hidup"

Solat adalah tiang agama, dan menjaga solat merupakan kewajipan utama bagi setiap Muslim.

Tidak kira apa pun keadaan kita, sama ada kita merasakan diri ini baik atau tidak, solat tetap perlu dijaga.

Solat bukan hanya untuk orang yang baik, tetapi untuk menjadikan kita lebih baik.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim:

"Sesungguhnya amalan yang mula-mula sekali dihisab pada seorang hamba di hari kiamat ialah solat. Jika solatnya baik, maka seluruh amalannya baik. Jika solatnya rosak, maka seluruh amalannya rosak."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis ini jelas menunjukkan betapa pentingnya solat dalam membentuk akhlak dan amal seseorang.

Jika kita menjaga solat, dengan izin Allah, segala aspek kehidupan kita akan diperbaiki.

Bukan sahaja dalam urusan dunia, tetapi juga akhirat.

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Ankabut, ayat 45:

"Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar."

Ayat ini menekankan bahawa solat bukan hanya perbuatan fizikal, tetapi ia memiliki kuasa untuk membentuk keperibadian kita, mencegah kita daripada melakukan dosa dan keburukan.

Sebagai penutup, marilah kita amalkan doa yang pernah diajarkan oleh Rasulullah SAW:

اللّهُمَّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ

Maksudnya:

"Ya Allah, jadikanlah aku orang yang mendirikan solat, begitu juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa kami."

Semoga kita terus istiqamah menjaga solat dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

@quotephotovideo 🕌🕌🕌
SABAR DAN YAKIN

Al-Imam Asy-Syafi'i rahimahullah berkata:

"صبرا جميلا ما أقرب الفرجا..

“Bersabarlah yang baik maka kelapangan itu begitu dekat..

من راقب الله في الأمور نجا..

Barangsiapa mendekatkan diri kepada Allah Ta'ala dalam urusannya maka dia pasti akan selamat..

من صدق الله لم ينله أذى..

Barangsiapa yakin dengan Allah Ta'ala, maka ia pasti tidak merasakan penderitaan..

و من رجاه يكون حيث رجا..

Barangsiapa berharap kepada Allah Ta'ala maka Allah Ta'ala pasti akan memberi pertolongan”.

Sumber:
Tafsir Ibnu Katsir 8/432


@quotephotovideo 🦋🦋🦋
💕 Semua orang pasti ingin memeluk kebahagiaan...

Namun kenyataannya kebahagiaan itu datang dan pergi silih berganti begitu cepat.

Sifatnya hanya sementara waktu,
Mungkin pagi diselimuti bahagia, tapi petangnya dipayungi mendung..berlarutan dengan hujan ribut atau taufan yang merosakkan suasana hati...

Tapi apakah benar bahagia tidak boleh menjadi hal yang kekal dalam hidup ini?,

Ianya sangat bergantung dengan cara kita menghadapi hidup ini.

Hidup ini adalah pilihan, jika kita memilih jalan kebenaran, bahagialah yang bakal dikecapi, namun jika jalan salah yang dipilih maka sengsaralah yang dirasai...

@quotephotovideo 🌿🌿🌿
⊱─✿❀❁••𝐊𝐀𝐓𝐀-𝐊𝐀𝐓𝐀 𝐌𝐎𝐓𝐈𝐕𝐀𝐒𝐈 :

➠ Belajarlah menerima keadaan tanpa harus membenci kenyataan. Karena hidup yang kamu keluhkan, terkadang adalah apa yang orang lain inginkan.

⇨ Jadilah orang yang senantiasa rendah hati dan pandai bersyukur.

➠ Masalah sekecil apapun akan terasa besar ketika masuk pada hati yang sempit dan masalah sebesar apapun akan terasa kecil ketika masuk pada hati yang lapang.

⇨ Cantik & tampan jadi rebutan. Tapi yang beriman & berakhlak jadi idaman.

➠ Setiap hari adalah indah bagi orang yang selalu bersyukur.

@quotephotovideo ✒️✒️✒️
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
⚠️ Hidup ini berharga, yang tidak berharga hanya pikiran negatifmu saja.

Hidup ini penuh peluang, yang terbatas hanya pandanganmu saja.

Hidup ini berwarna, yang kelabu hanya perasaanmu saja.

Hidup ini penuh cinta, yang kosong hanya jiwamu saja.

Hidup ini bersih, yang kotor hanya hawa nafsumu saja.

Hidup ini penuh harapan, yang putus asa hanya anganmu saja.

Hidup ini berlimpah, yang kekurangan hanya mentalmu saja.

Hidup ini berkembang, yang berhenti hanya usahamu saja.

Ketika kamu fokus pada hal-hal negatif, dunia terasa suram dan menyesakkan.

Namun, ketika kamu memilih untuk melihat keindahan di sekitarmu, hidup terasa penuh warna dan harapan.

Ingatlah, hidup ini luas dan penuh peluang, yang sempit hanyalah batasan yang kamu buat dalam pikiranmu sendiri.

Bukalah pikiranmu, dan lihat betapa banyak keajaiban yang menunggu untuk kamu temukan.

Hidup ini indah, yang membuatnya buruk hanyalah pikiranmu sendiri.

Ketika kamu fokus pada hal-hal negatif, dunia terasa suram dan menyesakkan.

Namun, ketika kamu memilih untuk melihat keindahan di sekitarmu, hidup terasa penuh warna dan harapan.

Ingatlah, hidup ini luas dan penuh peluang, yang sempit hanyalah batasan yang kamu buat dalam pikiranmu sendiri.

Bukalah pikiranmu, dan lihat betapa banyak keajaiban yang menunggu untuk kamu temukan!

Kamu telah diciptakan oleh Tuhan, Tuhan adalah Dzat yang luar biasa, maka tidak ada ciptaan-Nya yang sia-sia, kamu adalah sosok yang luar biasa!

@quotephotovideo ♨️♨️♨️
MELELEH AIR MATA KETIKA MEMBACA NI.

SESUNGGUHNYA KAMI SANGAT LEMAH

SURAT CINTA DARIPADA ALLAH TENTANG SOLAT

SOLAT

... Apabila engkau anggap solat itu hanya sebagai kewajiban, maka kau akan terburu-buru mengerjakannya & tak akan menikmati hadirnya Allah saat kau mengerjakannya.

... Anggaplah solat itu pertemuan yg kau nanti dgn Tuhanmu ... Allahuakbar.

... Anggaplah solat itu sebagai cara terbaik kau bercerita dengan Allah ... Allahuakbar.

... Anggaplah solat itu sebagai kondisi terbaik untuk kau mengadu segala keluh kesah dgn Allah SWT ... Allahuakbar.

..Anggaplah solat itu sebagai spt mana seriusnya kau dlm bermimpi ... Allahuakbar.

... Bayangkan ketika "Azan berkumandang," Allah melambai-lambai kepadamu utk mengajak kau lebih dekat dengan-Nya ... Allahuakbar.

... Bayangkan ketika kau "Takbir," Allah melihatmu, Allah tersenyum untukmu dan Allah berbangga dengan mu ... Allahuakbar.

... Bayangkanlah ketika "Rukuk," Allah menampung badanmu hingga kau tak terjatuh, hingga kau merasakan damai dalam sentuhan-Nya ... Allahuakbar.

... Bayangkan ketika "Sujud," Allah mengalas kepalamu. Lalu Dia berbisik lembut di kedua-dua telingamu: "Aku mencintaimu wahai hamba-Ku." ... Allahuakbar.

... Bayangkan ketika kau "Duduk di antara 2 sujud," Allah berdiri gagah di depanmu, lalu mengatakan: "Aku tak akan diam apabila orang mengusikmu." ... Allahuakbar.

... Bayangkan ketika kau memberi "Salam," Allah menjawabnya, lalu kau jadi manusia berhati bersih ... Subhanallah.

Masya Allah ... sungguh nikmat solat yg kita lakukan. Tak akan sia-sia orang yang menyebarkannya.

Maka sebarkanlah wahai teman-temanku. Allahuma, saksikanlah ...

#Ingatan dan muhasabah buat diriku sendiri, saudara-saudaraku dan sahabat-sahabatku. Kita insan biasa yg sering terleka dek urusan dunia yg sentiasa menghambat kita...😭😭😭

☝🏼Dapat daripada seorang hamba Allah yg sangat mulia hatinya. Oleh itu mari kita muliakan hati kita pula dgn menghantar kepada insan yang kita sayangi. Aamin Ya Rabbal Alamin. Allahuakbar...

@quotephotovideo 🕌🕌🕌
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Video Quran

Surah Shad سورة ص
Qari Ali Al Turkmani

@quotephotovideo 🔈🔈🔈
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Tiga Tempat Pengajaran Hidup yang Menginsafkan

1. Hospital: Nikmat Kesihatan yang Selalu Terlupa

Di hospital, manusia sering lupa bahawa nikmat terbesar ialah kesihatan. Saat kita mampu bergerak, berbicara, dan melakukan aktiviti harian, kita harus mengucapkan syukur yang mendalam. Rasulullah SAW bersabda, “Dua nikmat yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia ialah kesihatan dan waktu lapang.” (HR Bukhari). Kesihatan yang kita miliki sekarang adalah impian bagi mereka yang sedang terlantar sakit. Syukuri setiap nafas yang masih teratur.

2. Penjara: Kebebasan yang Tidak Terukur Nilainya

Di penjara, barulah kita menyedari betapa berharganya kebebasan. Langkah bebas kita sehari-hari adalah impian bagi mereka yang terkunci di balik tirai besi. Nikmat kebebasan adalah kurniaan Allah yang sering tidak disedari sehingga kita kehilangan peluang untuk menikmatinya. Dalam Al-Quran, Allah mengingatkan: “Sesungguhnya selepas kesulitan ada kemudahan.” (Surah Al-Insyirah: 6). Jadikan kebebasan ini satu tanggungjawab untuk terus berbuat kebaikan.

3. Kubur: Pengakhiran yang Pasti dan Sendiri

Di kubur, kita belajar bahawa destinasi akhir kita adalah sama — tempat yang gelap, sempit, dan sunyi. Di sinilah semua amalan dunia kita akan dipertanggungjawabkan. Rasulullah SAW bersabda, “Kubur itu adalah tempat pertama dari beberapa tempat di akhirat, jika seseorang selamat daripadanya, maka yang sesudahnya akan lebih mudah.” (HR Tirmidzi). Persiapkanlah diri dengan bacaan Al-Quran, solat, dan sedekah jariah sebagai bekal untuk menerangi perjalanan di alam kubur.

Doa:

اللهم اختم لنا بالحسنى وأنت راضٍ عنا يا أرحم الراحمين

Ya Allah, akhiri hidup kami dengan husnul khatimah dalam keadaan Engkau redha kepada kami, wahai Yang Maha Pengasih di antara yang mengasihi.

@quotephotovideo 🎋🎋🎋
"Keajaiban Surah Al-Mulk: Pelindung Dari Azab Kubur"

Surah Al-Mulk merupakan satu surah yang penuh dengan kelebihan dan keajaiban.

Surah ini bukan sahaja menjadi pelindung dari azab kubur, malah ia juga akan menjadi saksi bagi mereka yang membacanya secara konsisten.

Keistimewaan Surah Al-Mulk ini disebut dalam banyak hadis sahih yang menunjukkan betapa besar ganjaran bagi mereka yang mengamalkannya.

Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA,

"Sesungguhnya terdapat satu surah dalam al-Quran yang mengandungi 30 ayat. Surah itu akan memberi syafaat kepada pembacanya sehinggalah diampuni dosanya, iaitu Surah Tabarakallazi Biyadihil Mulk (Al-Mulk)." (Hadis Riwayat Abu Dawud dan Tirmidzi)

Hadis ini menunjukkan bahawa Surah Al-Mulk mampu memberi syafaat dan melindungi pembacanya daripada siksa kubur.

Oleh itu, kita disarankan untuk membaca Surah Al-Mulk setiap hari agar kita sentiasa dilindungi daripada azab yang berat ini.

Selain itu, membaca Surah Al-Mulk setiap malam juga dapat membuka pintu-pintu rahmat dan keberkatan dalam kehidupan kita.

Marilah kita berusaha untuk menjadikan bacaan surah ini sebagai amalan harian dan memahami makna yang terkandung di dalamnya.

Sebagai penutup, marilah kita sama-sama berdoa agar diberikan keistiqamahan dalam membaca dan mengamalkan surah-surah Al-Quran.

Doa:

اللّهُمَّ اجْعَلِ الْقُرْآنَ رَبِيعَ قَلْبِي وَنُورَ صَدْرِي وَجَلَاءَ حُزْنِي وَذَهَابَ هَمِّي

Maksudnya: “Ya Allah, jadikanlah Al-Quran sebagai penawar hatiku, cahaya dadaku, penghapus kesedihanku, dan pelepas kegelisahanku.”

@quotephotovideo 🪵🪵🪵
Selepas tahajud, kita akan rasakan kebahagiaan.

Selepas sedekah, kita akan merasakan kepuasan.

Selepas memaafkan, kita merasakan keringanan.

Selepas ibadah apa sahaja, kita akan segera merasakan kesannya dalam hati dan hidup kita.

Benar kata Ibn ‘Athaillah Al-Sakandari :

“Tuhan kita sangat pemurah. Tidak mungkin kita beramal sekarang namun Dia membalasnya nanti.”

Berkata Ibrahim Al-Khawas :

“Siapa yang meninggalkan keinginan nafsu, namun dia tidak merasakan kelazatan balasannya di dalam hati, itu pertanda dia tidak jujur dalam meninggalkannya.”

@quotephotovideo ❤️❤️❤️
DOA BANGUN TIDUR

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرِ


“Alhamdullillahilladzi ahyaanaa bada maa amaatanaa wa ilaihin nushur”

Segala puji bagi Allah, yang telah membangunkan kami setelah menidurkan kami dan kepada-Nya lah kami dibangkitkan

🩷 Doa Pagi

❤️ Doa agar Allah Perbaiki Setiap Urusan

🧡 Allahumma Afini

💛 Doa Rezeki tak Putus

💚 Doa Pagi - Hijjaz

🩵 Doa Memohon 'Afiyah

💙 Zikir Pagi

💜 Zikir Pagi - Allahumma Bika Ash Bahnaa

@quotephotovideo 🤗😊🙂
يَا الله

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

لا إلهَ إلاّ اللّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ الْمُبِين

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرِ

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ

لاَّ إِلَـهَ إِلاَّ أَنتَ سُبْحَـنَكَ إِنِّى كُنتُ مِنَ الظَّـلِمِينَ

وَأُفَوِّضُ أَمۡرِيٓ إِلَى ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَصِيرُۢ بِٱلۡعِبَادِ

ماشاء الله لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ

@quotephotovideo 📿📿📿
2024/10/05 22:50:47
Back to Top
HTML Embed Code: