Telegram Web Link
025022
Mishary Rashid Alafasy
Al-Furqan 25:22

يَوْمَ يَرَوْنَ ٱلْمَلَٰٓئِكَةَ لَا بُشْرَىٰ يَوْمَئِذٍ لِّلْمُجْرِمِينَ وَيَقُولُونَ حِجْرًا مَّحْجُورًا

(Ingatkanlah) hari mereka melihat malaikat, pada hari itu tiadalah sebarang berita gembira bagi orang-orang yang bersalah (bahkan sebaliknya), dan mereka akan berkata: "Semoga kita jauh - dijauhkan (dari sebarang keadaan yang buruk)".

@quotephotovideo 📚📚📚
TUHAN TERIMALAH IBADAHKU

Tuhan terimalah ibadahku (taubatku )yang tidak sempurna
Ia serba kekurangan dan banyak cacat celanya

Tapi apakan daya
Ini yang kumampu
mempersembahkannya kepada-Mu

Telah kucuba sepenuh hati
Tapi masih tidak mampu sempurna

Aku harap dengan rahmat-Mu
Terimalah jua taubatku

Aku tetap tidak jemu
Kuteruskan walau tidak meningkat
Aku tetap istiqomah

Kasihanilah aku wahai Tuhan
Hamba yang lemah ini

Pengampunan-Mu yang kuharapkan

Siapa lagi yang akan membelaku
Kalau Engkau tidak membelanya

Aku kan hamba-Mu jua
Aku ciptaan-Mu juga

Kalau Engkau selamatkan
Engkau tidak akan rugi

Kebesaran-Mu akan tetap sempurna
Ampunilah wahai Tuhan
Segala dosaku

Kasihanilah aku wahai Tuhan
Hamba yang lemah ini
Pengampunan-Mu yang kuharapkan

Siapa lagi yang akan membelaku
Kalau Engkau tidak membelanya

Aku kan hamba-Mu jua
Aku ciptaan-Mu juga

Kalau Engkau selamatkan
Engkau tidak akan rugi

Kebesaran-Mu akan tetap sempurna
Ampunilah wahai Tuhan
Segala dosaku 3x

@quotephotovideo 🍁🍁🍁
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Video Quran

Surah Fathir سوره فاطر
Qari Alaa Al Mizjaaji

@quotephotovideo 🔈🔈🔈
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
"Rezeki Takkan Salah Alamat: Yakinlah Pada Ketentuan Allah"

Sering kali kita merasa gusar melihat rezeki orang lain lebih melimpah, seolah-olah apa yang kita usahakan tidak membuahkan hasil seperti yang diinginkan.

Namun, kita harus ingat bahawa setiap rezeki telah ditetapkan oleh Allah.

Tidak akan ada rezeki yang salah alamat atau tersilap jalan.

Semua akan tiba pada masa dan tempat yang tepat.

Dalam surah Adz-Dzariyat, ayat 22, Allah berfirman:

"Dan di langit terdapat (sebab-sebab) rezekimu dan apa yang dijanjikan kepadamu."

Ayat ini mengingatkan kita bahawa rezeki telah disusun oleh Allah di langit, dan tidak seorang pun dapat mengambil hak rezeki orang lain.

Apa yang perlu kita lakukan adalah bersabar, berusaha dengan penuh ikhlas, dan yakin dengan ketetapan Allah.

Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadis sahih riwayat Muslim:

"Sesungguhnya roh qudus (Jibril) telah membisikkan ke dalam jiwaku bahawa tidak ada satu jiwa pun yang akan mati sehingga sempurna rezekinya, sekalipun ia terlambat. Maka, bertakwalah kepada Allah dan perelokkanlah dalam mencari rezeki."

Hadis ini menjadi peringatan bahawa rezeki sudah ditentukan, dan tiada gunanya terburu-buru atau merungut.

Apa yang penting adalah kita mencari rezeki dengan jalan yang halal dan menghindari jalan yang haram.

Yakinlah bahawa rezeki takkan pernah salah alamat.

Jika Allah telah menetapkan sesuatu untuk kita, tiada siapa yang boleh mengambilnya.

Namun, jika ia bukan milik kita, walaupun di hadapan mata, tetap ia akan terlepas.

Jangan fokus pada apa yang orang lain miliki, kerana rezeki kita akan tiba pada masa yang terbaik.

@quotephotovideo 💰💰💰
Hidup adalah Perjalanan Menuju Mati

Sahabat.... Hidup adalah sebuah perjalanan. Tidak penting dimana kita berawal, tapi yang penting ialah dimana kita akan berakhir.

Sepahit apapun kejadian, suatu hari nanti ia akan menjadi kenangan. Seindah apapun kehidupan, suatu hari nanti ia akan kita tinggalkan.

Dunia kita kumpulkan untuk ditinggalkan. Akhirat kita siapkan bekal untuk didatangi, karena kita akan pulang ke sana.

Bila kita mengumpulkan dunia terlalu banyak, maka hati akan terasa berat untuk meninggalkannya, sebab cinta dunia menjadi kuat.

Bila kita memperbanyak bekal akhirat, seakan tak sabar ingin pulang ke sana, sebab bekal yang diantar kesana sudah cukup banyak. Mati pun tersenyum gembira.

Maka pilihlah untuk meninggalkan dunia sebelum kita meninggal dunia dan pilihlah untuk menyelamatkan akhirat sebelum kita pergi ke akhirat dalam keadaan yang tidak selamat.

Wahai orang yang menyibukkan diri dengan dunia, yang melalaikan diri dengan panjangnya angan-angan, sadarilah kematian itu datang dengan tiba-tiba.

Sahabat.... Mari kita persiapkan bekal sebanyak-banyaknya.


Semoga bermanfaat.

@quotephotovideo 🐾🐾🐾
اَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيمِ

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

لا إلهَ إلاّ اللّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ الْمُبِين

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرِ

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ

لاَّ إِلَـهَ إِلاَّ أَنتَ سُبْحَـنَكَ إِنِّى كُنتُ مِنَ الظَّـلِمِينَ

وَأُفَوِّضُ أَمۡرِيٓ إِلَى ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَصِيرُۢ بِٱلۡعِبَادِ

ماشاء الله لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ

@quotephotovideo 📿📿📿
آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آمَنَ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنتَ مَوْلَانَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

•••┈••••○❁🍃💙🍃❁○••••┈•••

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لا إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَااسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإنَّهُ لا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ

•••┈••••○❁🍃🧡🍃❁○••••┈•••

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي العَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

@quotephotovideo 📿📿📿
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنزَلَ عَلَىٰ عَبْدِهِ الْكِتَابَ وَلَمْ يَجْعَل لَّهُ عِوَجًا

قَيِّمًا لِّيُنذِرَ بَأْسًا شَدِيدًا مِّن لَّدُنْهُ وَيُبَشِّرَ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا حَسَنًا

مَّاكِثِينَ فِيهِ أَبَدًا

وَيُنذِرَ الَّذِينَ قَالُوا اتَّخَذَ اللَّهُ وَلَدًا

مَّا لَهُم بِهِ مِنْ عِلْمٍ وَلَا لِآبَائِهِمْ كَبُرَتْ كَلِمَةً تَخْرُجُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ إِن يَقُولُونَ إِلَّا كَذِبًا

فَلَعَلَّكَ بَاخِعٌ نَّفْسَكَ عَلَىٰ آثَارِهِمْ إِن لَّمْ يُؤْمِنُوا بِهَٰذَا الْحَدِيثِ أَسَفًا

إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَّهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا

وَإِنَّا لَجَاعِلُونَ مَا عَلَيْهَا صَعِيدًا جُرُزًا

أَمْ حَسِبْتَ أَنَّ أَصْحَابَ الْكَهْفِ وَالرَّقِيمِ كَانُوا مِنْ آيَاتِنَا عَجَبًا

إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوا رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

┅══•❃✽✿❁️♡🌸♡❁☘️✿✽❃•══┅

الَّذِينَ كَانَتْ أَعْيُنُهُمْ فِي غِطَاءٍ عَن ذِكْرِي وَكَانُوا لَا يَسْتَطِيعُونَ سَمْعًا

أَفَحَسِبَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَن يَتَّخِذُوا عِبَادِي مِن دُونِي أَوْلِيَاءَ إِنَّا أَعْتَدْنَا جَهَنَّمَ لِلْكَافِرِينَ نُزُلًا

قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُم بِالْأَخْسَرِينَ أَعْمَالًا

الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا

أُولَٰئِكَ الَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِ رَبِّهِمْ وَلِقَائِهِ فَحَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فَلَا نُقِيمُ لَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَزْنًا

ذَٰلِكَ جَزَاؤُهُمْ جَهَنَّمُ بِمَا كَفَرُوا وَاتَّخَذُوا آيَاتِي وَرُسُلِي هُزُوًا

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ كَانَتْ لَهُمْ جَنَّاتُ الْفِرْدَوْسِ نُزُلًا

خَالِدِينَ فِيهَا لَا يَبْغُونَ عَنْهَا حِوَلًا

قُل لَّوْ كَانَ الْبَحْرُ مِدَادًا لِّكَلِمَاتِ رَبِّي لَنَفِدَ الْبَحْرُ قَبْلَ أَن تَنفَدَ كَلِمَاتُ رَبِّي وَلَوْ جِئْنَا بِمِثْلِهِ مَدَدًا

قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يُوحَىٰ إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا

@quotephotovideo 🌹🌹🌹
269 of 365 🗓 RABU 💕 21 RABIUL AWAL 1446H 25 SEPTEMBER 2024

 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Bismillahirrahmanirrahim 🌹

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.

Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya

••✾•◆❀◆•✾••┈•┈┈••✾•◆❀◆•✾••┈

#AllahjagaKita..😘
#PrayertoremoveCovid19... 🇲🇾

"Dalam Kesukaran, Ada Cahaya Kemudahan"

Di dalam kehidupan ini, tidak ada manusia yang terlepas daripada kesukaran.

Kadang-kadang, badai masalah datang bertalu-talu, menghanyutkan hati ke dalam gelora putus asa.

Seakan-akan langit gelap tiada berujung, menutup sinar harapan yang dulunya bersinar terang.

Namun, pernahkah kita berhenti sejenak, memandang dari sudut lain?

Bukankah setiap kesulitan itu adalah permulaan kepada kemudahan?

Firman Allah SWT dalam surah Al-Insyirah, ayat 5:

“فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا”

“Sesungguhnya, bersama kesulitan ada kemudahan.”

Ayat ini mengalir seperti titisan hujan ke dalam hati yang tandus, menyuburkan kembali semangat yang hampir pudar.

Dalam setiap ujian, ada hikmah tersembunyi.

Seperti permata yang tersembunyi dalam lumpur, kita hanya perlu menggali sedikit lebih dalam untuk menemukannya.

Mengapa kita perlu meratapi nasib, saat Allah telah menjanjikan bahawa di balik setiap kepayahan, ada kemudahan?

Kesusahan bukanlah penamat, tetapi sebuah permulaan kepada sesuatu yang lebih baik.

Sebagai manusia, kita diajar untuk bersabar dan bertawakal, untuk melihat dengan mata hati bahawa ujian ini adalah tanda cinta-Nya, satu cara untuk kita lebih dekat dengan-Nya.

Kerana pada saat kita merasa paling lemah, sebenarnya kita sedang diajar untuk bersandar sepenuhnya kepada kekuatan Allah.

Kata orang bijak, pelangi tidak muncul tanpa hujan.

Demikianlah kehidupan kita; dalam keperitan ada kenikmatan yang menanti, dalam kedukaan ada kegembiraan yang tersimpan.

Usah takut dengan ujian, kerana setiap kesukaran itu sebenarnya adalah sebuah tarbiah dari Allah, mendidik jiwa kita untuk lebih kuat dan sabar.

Janganlah putus harap. Yakinlah, selepas malam yang gelap, akan muncul fajar yang menyingsing.

Selepas ribut yang menggila, akan datangnya ketenangan.

Kita hanya perlu percaya pada janji Tuhan.

Dan, pada akhirnya, kita akan sedar bahawa ujian ini sebenarnya adalah hadiah tersembunyi, yang membawa kita kepada kemudahan yang tidak disangka-sangka.

Ingatlah, wahai hati yang sedang diuji, bahawa Allah tidak pernah meninggalkan kita.

Dia sentiasa di sisi, menemani setiap langkah kita dalam perjalanan hidup ini.

SEMOGA BERMANFAAT 🥰

•══◎◎♡◎◎══•

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin.

🎋سبحان الله 🌻الحمد لله🌺لا اله إلا الله 🌼الله اكبر

@quotephotovideo 🌸🌸🌸
48K124
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Rasulullah SAW Pembawa Rahmat


عَنْ أَبِي صَالِحٍ قَالَ: كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُنَادِيهِمْ: يَا أَيُّهَا النَّاسُ, إِنَّمَا أَنَا رَحْمَةٌ مُهْدَاةٌ.

Daripada Abu Soleh RA, beliau berkata:

"Adalah Nabi SAW (pada suatu hari) menyeru para sahabat: "Wahai sekalian manusia! (Ketahuilah) Bahawa sesungguhnya daku ini adalah rahmat yang dihadiahkan (oleh Allah SWT kepada seluruh alam)."

(Hadis riwayat Ad-Darimi, No: 15, Al-Hakim dalam Al-Mustadrak, No: 98, beliau berkata: " Hadis ini adalah sahih dengan mengikuti syarat-syarat yang telah digariskan oleh Imam al-Bukhari & Muslim).

Pengajaran:

1.  Rasulullah SAW adalah rahmat yang diutus untuk seluruh alam.
Firman Allah:

وَمَآ أَرۡسَلۡنَٰكَ إِلَّا رَحۡمَةٗ لِّلۡعَٰلَمِينَ ١٠٧

Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. (al-Anbiya:107).

2.  Menurut Ibnu Abbas, Allah mengutus Nabi Muhammad SAW sebagai rahmat bagi seluruh manusia, baik mukmin mahupun kafir. Rahmat bagi orang mukmin iaitu Allah memberinya petunjuk dengan sebab diutusnya Rasulullah. Baginda penyebab memasukkan orang-orang beriman ke dalam syurga dengan iman dan amal mereka terhadap perintah Allah. Sedangkan rahmat bagi orang kafir, berupa tidak disegerakannya bencana seperti yang menimpa umat-umat terdahulu yang mengingkari perintah Allah.

3.  Rahmat adalah kasih sayang. Nabi SAW diutuskan semata-mata untuk membawa risalah ketauhidan, iaitu dengan mengeluarkan manusia daripada lembah penghambaan sesama manusia kepada semata-mata menyembah Allah SWT, Tuhan Yang Esa. Risalah tauhid ini disampaikan dengan penuh rahmat melalui jalan dakwah iaitu mengajak manusia beriman kepada Allah SWT. Tatkala manusia itu beriman maka alam pun akan mendapat manfaat diatas keimanan tersebut. Itulah rahmat dan hadiah yang besar daripada Allah SWT kepada seluruh alam.

4.  Para sarjana menyatakan bahawa rahmat itu adalah kasih sayang iaitu sifat memberikan manfaat kepada orang lain juga sifat bersusah payah demi memberikan kemudahan kepada orang lain atau makhluk alam juga menjauhkannya daripada bencana.

Jadilah kita pewaris sifat rahmah kepada sesama manusia juga kepada makhluk alam yang lain.

21hb Rabiul Awal 1446H
25hb September 2024


@quotephotovideo 📚📚📚
Tadabbur Kalamullah 21 Rabiul Awwal 1446H

وَمَن یَقۡنُتۡ مِنكُنَّ لِلَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَتَعۡمَلۡ صَـٰلِحࣰا نُّؤۡتِهَاۤ أَجۡرَهَا مَرَّتَیۡنِ وَأَعۡتَدۡنَا لَهَا رِزۡقࣰا كَرِیمࣰا

"Dan sesiapa di antara kamu semua (isteri-isteri nabi) tetap taat kepada Allah dan RasulNya serta mengerjakan amal yang soleh, Kami akan beri kepadanya pahala amalnya itu dua kali ganda, dan Kami sediakan baginya limpah kurnia yang mulia" [Surah al-Aḥzāb 31]

#Allah swt menjanjikan pahala dua kali ganda kepada isteri-isteri nabi saw yang patuh dan taat mengikuti perintah Allah dan RasulNya.

#Hal ini kerana pahala yang pertama adalah sebagai seorang Muslim dan pahala yang kedua adalah kerana mereka menjadi contoh kepada wanita-wanita Muslim yang lain. Orang yang berada di kedudukan yang tinggi, kebaikan dan kesalahan mereka bukan hanya pada mereka sahaja, tetapi diikuti dan dicontohi oleh orang lain.

#Maka jikalau mereka berbuat salah, mereka akan diikuti oleh orang bawahan dan kalau mereka berbuat baik, maka mereka juga akan diikuti dengan kebaikan itu. Maka kerana itu kalau baik atau buruk, mereka mendapat dua kali ganda ganjaran. Bahkan di akhirat kelak mereka akan diberikan dengan balasan syurga dengan nikmat yang berkekalan.

#Jom kenali isteri-isteri Baginda Rasulullah saw:

1. Ulamak sirah bersepakat, wanita pertama yang dikahwini oleh Baginda saw ialah Sayidatina Khadijah binti Khuwailid r.ha. Demikian juga Baginda saw tidak mengahwini mana-mana wanita lain sehinggalah Sayidatina Khadijah meninggal dunia.

2. Ulamak juga bersepakat ketika Baginda saw wafat, isteri Baginda seramai 9 orang iaitu Sayidatina 'Aisyah, Hafsah, Saudah, Zainab, Ummu Salamah, Ummu Habibah, Maimunah, Juwairiah dan Safiyyah r.anhum. (Lihat: Syarah Sahih Muslim)

3. Ulamak juga bersepakat isteri Baginda bernama Sayidatina Zainab binti Khuzaimah meninggal dunia ketika Nabi saw masih hidup.

4. Kesemua nama-nama di atas seramai 11 orang, telah disepakati oleh para ulamak, mereka adalah isteri Nabi saw.

5. Enam orang dari bangsa Quraisy iaitu Sayidatina Khadijah, Saudah, 'Aisyah, Hafsah, Ummu Salamah dan Ummu Habibah r.a.

6. Empat orang dari bangsa Arab lain, iaitu Sayidatina Zainab binti Khuzaimah, Zainab binti Jahsy, Juwairiah dan Maimunah.

7. Dan seorang dari keturunan Bani Israil iaitu Sayidatina Safiyyah binti Huyai.

8. Dua orang dari mereka meninggal ketika hayat baginda saw. Mereka ialah Sayidatina Khadijah dan Zainab binti Khuzaimah r.ha. Manakala sembilan yang lain masih hidup ketika Baginda meninggal dunia.

#Para isteri Baginda saw merupakan antara manusia yang mulia dan sangat mentaati Allah swt dan wajar dicontohi dan diteladani.

#Imam Al-Alusi di dalam tafsirnya menyebut bahawa isteri-isteri nabi saw sama sekali tidak sama dengan wanita-wanita yang ada di zamannya. Mereka mendapat dua kemuliaan, pertama menjadi isteri Nabi saw dan yang kedua menjadi ibu-ibu bagi orang mukmin"

#Berkata Imam at-Tahawi: "Sesiapa yang memperelokkan kata-katanya terhadap para sahabat dan juga para isteri Nabi yang mulia lagi suci serta zuriatnya dan menjauhkan diri dari menyebut perkataan yang buruk tentang mereka, maka dia telah bebas daripada kemunafikan" (Lihat: al-Akidah at-Tohawiyah)

Di antara cara memuliakan Nabi saw adalah dengan memuliakan dan menghormati kedudukan isteri-isteri Nabi saw. Menjadi kewajipan setiap muslim pada setiap tempat dan masa untuk memuliakan Nabi saw

🐊Ust naim

@quotephotovideo 📚📚📚
JANGAN LUPAKAN DOA UNTUK KAUM MUSLIMIN DI PALESTINA

Syaikh Dr. Shalih bin Abdillah bin Hamd Al-‘Ushaimi hafizhahullahu ta‘ala mengatakan:

الدعاء من حقوق الإخاء: اللهم اجعل للأقصى و أهله فرجًا، و اكفِ المسلمين شرَّ الأشرار، و كيد الفجَّار.

“Doa itu merupakan hak persaudaraan :

'Ya Allaah berikanlah jalan keluar bagi Al-Aqsha dan penduduknya, serta lindungilah seluruh kaum muslim dari keburukan orang-orang jahat dan makar para pendosa'.”


#savepalestine🇵🇸
#alaqsa
#alaqsamosque

Semoga hari ini lebih baik dari semalam

Aamiin Ya Allah Ya Mujib 🤲🏻😭

☪️  TARIKH ISLAM ☪️
🌙  21 RABIUL AWAL 1446H
🗓  25 SEPTEMBER 2024
📌  RABU

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

اعوذبا الله من الشيطان الرجيم

بِسْــــــــــــــمِے اللّٰهِےالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْــــــــــــــمِے🌹

👉 Bersamalah dengan ALLAH,
ALLAH akan menjagamu...
👍

@quotephotovideo 💖💖💖
Rabu, 21 Rabiul Awal  1446H ~

QUOTES, PHOTO & VIDEO hari ini...

tasbih | tahmid | tahlil | takbir

سُبْحَانَ اللهِ وَالحَمْدُ للهِ وَلاَإِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ

subhanallah
walhamdu lillah
wa laa ilaha illallah
wallahu akbar


Semoga hari ini lebih baik dari semalam

♨️ Al-Quranul Karim

📖 Ayat² AL-QURAN02

     📗 Surah Al-Fatihah
     🎧 Surah Al-Mulk

📀 Video QURAN

🎬 Murottal Al-Quran

📿 Koleksi Selawat

🎯 Tahajud & Subuh

🔊 Halwa TELINGA & KALBU

🎨 Koleksi Photo & Video

•••••••••✿❃❃•⭑•❃❃✿•••••••••

M U H A R R A M    S A F A R

R A B I U L  A W A L  1446H

Is   Se   Ra   Kh   Ju   Sa   Ah
                      01   02   03   04
05  06   07   08   09   10   11
12  13   14   15   16   17   18
19  20   21   22   23   24   25
26  27   28   29

Aamiin Ya Allah Ya Mujib 🤲🏻😭

sambung di comments 👇

Selamat Pagi  ~ Good Morning 💕

     ○ Awali Hari Dengan Bismillah
Pesan Untuk Hari Ini
     ○ Hasbunallah Wani'mal Wakil
     ○ Bersyukurlah
     ○ Protect your peace…
     ○ Take care of your soul…
     ○ Your heart...❤️
     ○ Heart...💜

Selamat Datang bulan Rabiul Awal

     ○ 5 Keistimewaan bulan Rabiul Awal
     ○ 6 Keutamaan bulan Rabiul Awal
     ○ Sepanjang bulan Rabiul Awal
     ○ Hari Putih Rabiul Awal
     ○ Istimewanya bulan Rabiul Awal

Surah at-Taubah ayat 128 dan 129

Manusia Paling Kaya

Kiat Mendapatkan Rezeki : Bersedekah

5 Perkara Menyebabkan Solat Tidak Sah

Musibah Terjadi Kerana Dosa Manusia

7 Sunnah Harian Rasulullah

Speak these 5 lines every morning…

Life Advice

10 Kunci Ketenangan Hati

Tanda Allah Menghendaki Kebaikan untukmu

Sebarkan Salam, Eratkan Ukhuwah

Sabarlah Sejenak, Agar tak Menyesal

Ganjaran Mengiringi Jenazah

🤲 BerDOAlah 📿 Zikir 🎬 VideoClip

     ○ Adab Berdoa
     ○ Doa Ibu Bapa
     ○ Doa Terhindar dari Ujian Berat
     ○ Sayyidul Istighfar
     ○ Zikir Penenang Hati
     ○ Doa Lepas Baca al-Quran
     ○ Surah Ad-Dhuha
     ○ Dua Kalimat
     ○ Doa Qunut Witir
     ○

┅═•❃✽✿❁️♡🌸♡❁☘️✿✽❃•═┅

Salam  ZOHOR, ASAR & MAGHRIB

👑 Asmaul Husna 📿 Al-Matsurat

🇲🇾 Waktu Solat Bandar Utama

Hidup itu singkat, maka nikmatilah
Akhirat itu panjang, maka persiapkanlah


@quotephotovideo 💝💐🙂
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
"Letakkan Harapan Kepada Allah, Bukan Manusia: Jalan Menuju Ketenangan Jiwa"

Kehidupan sering mengajar kita untuk berharap pada sesuatu yang kita lihat, termasuk manusia.

Namun, terlalu bergantung kepada sesama insan akan membawa kekecewaan.

Ini kerana manusia adalah makhluk yang terbatas, tidak mampu memenuhi semua kehendak dan keperluan kita.

Sebaliknya, hanya Allah yang Maha Kuasa, tempat terbaik untuk kita bersandar dan meletakkan segala harapan.

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, ayat 286:

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

Ini membuktikan bahawa Allah memahami setiap kelemahan kita dan akan selalu memberikan yang terbaik untuk kita.

Rasulullah SAW juga bersabda dalam sebuah hadis riwayat Imam Ahmad:

"Barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya." (HR Ahmad, No. 20642)

Tawakkal adalah tanda keimanan yang tulus kepada Allah.

Bila kita menyerahkan segala urusan kepada-Nya, hati kita akan lebih tenang dan yakin bahawa segala yang berlaku adalah ketetapan terbaik.

Letakkanlah harapan sepenuhnya kepada Allah.

Jangan gantung harapan kepada manusia, kerana manusia akan melakukan kesilapan dan ada batasnya.

Sebaliknya, Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.

Dia tahu apa yang terbaik untuk kita, walaupun kita tidak dapat melihatnya saat ini.

Dengan mempercayakan sepenuhnya kepada Allah, kita akan temui ketenangan yang sebenar.

Jiwa kita akan merasa ringan, terlepas dari belenggu kekecewaan kerana harapan kita tidak lagi bergantung pada manusia, tetapi kepada Tuhan yang Maha Kuasa.

@quotephotovideo 🎯🎯🎯
"Rahsia Kejayaan Dunia Akhirat: Menjaga Solat dengan Taqwa"

Setiap daripada kita sering mengejar kejayaan dalam hidup.

Ada yang bekerja siang dan malam dengan harapan memperoleh kekayaan dan kebahagiaan.

Namun, hakikatnya, kejayaan yang sebenar tidak semestinya terletak pada kekayaan dunia semata.

Allah SWT telah memberikan kita satu kunci kejayaan yang pasti – menjaga solat dengan penuh taqwa.

Allah SWT berfirman dalam surah Al-Mu’minun ayat 1-2:

“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, (iaitu) mereka yang khusyuk dalam solat mereka.”

Ayat ini menegaskan bahawa solat yang dilakukan dengan penuh kekhusyukan adalah salah satu kunci utama kejayaan di dunia dan di akhirat.

Kejayaan yang dimaksudkan bukan hanya bersifat material, tetapi mencakupi keberkatan hidup, ketenangan hati, serta jaminan syurga di akhirat kelak.

Rasulullah SAW juga pernah bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:

"Perkara pertama yang akan dihisab ke atas seorang hamba pada hari kiamat ialah solat. Jika baik solatnya, maka baiklah amalannya yang lain, tetapi jika rosak solatnya, maka rosaklah amalannya yang lain." (Hadis Riwayat Muslim)

Oleh itu, kita harus memastikan solat kita sentiasa dipelihara.

Bukan sekadar menunaikannya, tetapi melaksanakannya dengan penuh keikhlasan dan khusyuk.

Inilah jalan yang dijanjikan oleh Allah SWT bagi mereka yang mahu mencapai kejayaan yang hakiki.

Sebagai umat Islam, marilah kita berdoa agar sentiasa istiqamah dalam menjaga solat dan memperoleh keberkatan dari Allah:

اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

Maksudnya: “Ya Allah, bantulah aku untuk sentiasa mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu dan memperelokkan ibadahku kepada-Mu.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

Semoga Allah memberikan kita kekuatan untuk menjaga solat dan mengurniakan kejayaan dunia dan akhirat.

@quotephotovideo 🍄🍄🍄
بِسْــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِالرَّحِيْـــــــــــم

Semoga hari ini dan seterusnya diberikan kemudahan dan diberkahi dengan banyak rezeki....

آمِــــــــــيْن يَارَبَّ الْعَالَمِــــــــــيْنَ

Ayat² aL-QURAN

01. Al-Qasas ayat 16
02. Thaha ayat 26
03. Al-Maidah ayat 88
04. Ali-‘Imran ayat 131
05. Ad-Dhuha ayat 4
06. Asy-Syura ayat 30
07. Al-Qashash ayat 77
08. Al-Muddatstsir ayat 38
09. Asy-Syura ayat 19
10. Al- Baqarah ayat 186
11. Maryam ayat 95
12. Ar-Rad ayat 28
13. Al-Qamar ayat 53
14. At-Taghabun ayat 11
15. Hud ayat 88
16. Al-Hajj ayat 78
17. Al-Anbiya ayat 89
18. Thaha ayat 26
19. Al-Isra ayat 11
20. Ali-Imran ayat 19
21. Thaha ayat 25
22. Al Isra ayat 25
23. Al-Hadid ayat 20
24. Al-Baqarah ayat 214
25. Al-Baqarah ayat 216
26. Yunus ayat 57
27. At-Tahrim ayat 8
28. Thaha ayat 25
29. Ar-Rad ayat 28
30. At-Taubah ayat 40
31. Asy-Syuara ayat 80
32. Al-An'am ayat 32
33. Hud ayat 115

Page 01

•━━❦✻✿🍀🍀✿✻❦━━•⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣
💖 Like 👍 Share 🔄 Tag 👤
•═════════════════•⁣

SEMOGA BERMANFAAT DAN MENGINSPIRASI

@quotephotovideo 📚📚📚
025023
Mishary Rashid Alafasy
Al-Furqan 25:23

وَقَدِمْنَآ إِلَىٰ مَا عَمِلُوا۟ مِنْ عَمَلٍ فَجَعَلْنَٰهُ هَبَآءً مَّنثُورًا

Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan.

@quotephotovideo 📚📚📚
HAKIKAT BUTA MATA DAN BUTA HATI

Ketika kita nampak orang buta nak jatuh lubang...Maka ramai yang risau...Dan semua komen...

"Ya Allah selamatkan orang buta itu dari jatuh lubang"😩

"Pakcik kat situ ada lubang, jgn lalu" 😱

Maka ramailah antara kita yang like, share dan buat emoji sedih...

Itulah yg terjadi sekarang..

Tapi apabila kita tengok kawan², anak, isteri tak solat, sanak saudara tak kisah pasal agama, jauh dari agama, tak tutup aurat, tak pergi masjid (lelaki)..mereka menuju ke LUBANG NERAKA..

Kita tak pernah pegang tangan diorang, pimpin mereka ke jalan lurus..didik mereka dengan agama..

1⃣ Kita lebih risau apa yang berlaku di media sosial daripada apa yang berlaku disekeliling kita.

2⃣ Kita lebih takut orang lain yang jatuh ke dalam lubang daripada anak, isteri, ahli keluarga kita yang bakal jatuh ke lubang neraka.

3⃣ Kita tidak sedar yang jika anak, isteri, keluarga kita jatuh ke lubang neraka, kita juga boleh jatuh sekali bersama mereka ke dalam lubang neraka kerana tidak pernah mendidik mereka dengan agama.

👉 Kita tak sedar yang kita tak BUTA MATA tapi kita dah lama BUTA HATI?

Peringatan bersama...

@quotephotovideo 🍂🍂🍂
❝𝙴𝚖𝚙𝚊𝚝 𝚑𝚊𝚕 𝚢𝚊𝚗𝚐 𝚖𝚎𝚗𝚐𝚊𝚗𝚐𝚔𝚊𝚝 𝚖𝚊𝚗𝚞𝚜𝚒𝚊 𝚔𝚎 𝚍𝚎𝚛𝚊𝚓𝚊𝚝 𝚢𝚊𝚗𝚐 𝚝𝚒𝚗𝚐𝚐𝚒 𝚖𝚎𝚜𝚔𝚒 𝚊𝚖𝚊𝚕 𝚍𝚊𝚗 𝚒𝚕𝚖𝚞𝚗𝚢𝚊 𝚜𝚎𝚍𝚒𝚔𝚒𝚝: 𝚔𝚎𝚜𝚊𝚋𝚊𝚛𝚊𝚗, 𝚔𝚎𝚜𝚎𝚍𝚎𝚛𝚑𝚊𝚗𝚊𝚊𝚗, 𝚔𝚎𝚖𝚞𝚛𝚊𝚑𝚊𝚗 𝚑𝚊𝚝𝚒 𝚍𝚊𝚗 𝚊𝚔𝚑𝚕𝚊𝚔 𝚢𝚊𝚗𝚐 𝚋𝚊𝚒𝚔.❞

𝙸𝚖𝚊𝚖 𝙹𝚞𝚗𝚊𝚒𝚍 𝚊𝚕-𝙱𝚊𝚐𝚑𝚍𝚊𝚍𝚒

❝𝙾𝚛𝚊𝚗𝚐 𝚢𝚊𝚗𝚐 𝚋𝚊𝚗𝚢𝚊𝚔 𝚔𝚎𝚝𝚊𝚠𝚊 𝚒𝚝𝚞 𝚔𝚞𝚛𝚊𝚗𝚐 𝚠𝚒𝚋𝚊𝚠𝚊𝚗𝚢𝚊. 𝙾𝚛𝚊𝚗𝚐 𝚢𝚊𝚗𝚐 𝚜𝚞𝚔𝚊 𝚖𝚎𝚗𝚐𝚑𝚒𝚗𝚊 𝚘𝚛𝚊𝚗𝚐 𝚕𝚊𝚒𝚗, 𝚍𝚒𝚊 𝚓𝚞𝚐𝚊 𝚊𝚔𝚊𝚗 𝚍𝚒𝚑𝚒𝚗𝚊. 𝙾𝚛𝚊𝚗𝚐 𝚢𝚊𝚗𝚐 𝚖𝚎𝚗𝚌𝚒𝚗𝚝𝚊𝚒 𝚊𝚔𝚑𝚒𝚛𝚊𝚝, 𝚍𝚞𝚗𝚒𝚊 𝚙𝚊𝚜𝚝𝚒 𝚖𝚎𝚗𝚢𝚎𝚛𝚝𝚊𝚒𝚗𝚢𝚊. 𝙱𝚊𝚛𝚊𝚗𝚐 𝚜𝚒𝚊𝚙𝚊 𝚖𝚎𝚗𝚓𝚊𝚐𝚊 𝚔𝚎𝚑𝚘𝚛𝚖𝚊𝚝𝚊𝚗 𝚘𝚛𝚊𝚗𝚐 𝚕𝚊𝚒𝚗, 𝚙𝚊𝚜𝚝𝚒 𝚔𝚎𝚑𝚘𝚛𝚖𝚊𝚝𝚊𝚗 𝚍𝚒𝚛𝚒𝚗𝚢𝚊 𝚊𝚔𝚊𝚗 𝚝𝚎𝚛𝚓𝚊𝚐𝚊.❞

𝚂𝚊𝚢𝚢𝚒𝚍𝚒𝚗𝚊 𝚄𝚖𝚊𝚛 𝚋𝚒𝚗 𝙺𝚑𝚊𝚝𝚝𝚊𝚋

@quotephotovideo 🍂🍂🍂
2024/11/15 11:28:14
Back to Top
HTML Embed Code: