Telegram Web Link
Tadabbur Kalamullah 18 Rabiul Awwal 1446H

مُّحَمَّدࣱ رَّسُولُ ٱللَّهِۚ

"Nabi Muhammad saw ialah Rasulullah" [Surah al-Fatḥ 29]

#Allah swt menciptakan Nabi Muhammad saw, Rasulullah sebagai makhluk paling mulia dan paling istimewa yang pernah diciptakan olehNya. Semestinya makhluk termulia dan teragung ini akan memiliki keistimewaan yang tersendiri. Pelbagai penulisan para ulamak yang telah dihasilkan dalam memperkatakan berkaitan kelebihan-kelebihan Nabi Muhammad saw.

#Antara keistimewaan Nabi saw ialah walaupun Rasulullah saw merupakan rasul yang terakhir diutuskan oleh Allah swt kepada manusia, namun dari sudut kenabian, baginda adalah nabi yang paling awal dinobatkan oleh Allah dengan kenabian.

#Diriwayatkan daripada Sayidina Abu Hurairah r.a, beliau telah berkata: Mereka telah berkata: "Wahai Rasulullah. Bilakah kenabian telah menjadi wajib untuk anda? Baginda telah bersabda: “(Kenabian sudah dianugerahkan kepada saya) dalam keadaan (Nabi) Adam di antara ruh dan jasad" (HR at-Tirmizi)

#Selain itu, Allah telah memuliakan Rasulullah saw dengan menjadikan baginda daripada zuriat yang mulia. Ini supaya tidak akan ada sama sekali manusia bermulut jahat yang dapat merendahkan baginda dari sudut keturunan.

#Sabda Rasulullah saw: "Sesungguhnya Allah telah memilih Kinanah daripada anak (Nabi) Ismail. Dia telah memilih Quraisy daripada [keturunan] Kinanah. Dia telah memilih daripada Quraish akan anak-anak Hasyim dan Dia telah memilihku daripada anak-anak Hasyim" (HR Muslim)

#Hebatnya Rasulullah saw yang bukan akhlak baginda sahaja yang sangat tinggi nilainya, Allah swt juga menjadikan baginda seorang yang tidak ada sebarang cacat cela dari sudut jasad dan rupa paras baginda.

#Daripada Abu Ishaq, beliau telah berkata, saya telah mendengar al-Bara' r.a berkata: Rasulullah saw adalah seindah-indah manusia dari sudut wajah dan seindah-indah mereka dari sudut tubuh badan. Baginda bukanlah seorang yang tinggi berlebihan dan baginda juga tidaklah rendah" (HR Muslim)

#Nabi saw juga dikurniakan mukjizat yang kekal. Sedangkan nabi yang lain, mukjizat mereka tidak kekal.

#Daripada Sayidina Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: "Tidak ada daripada (kalangan) para nabi seorang nabi pun melainkan baginda telah diberikan daripada tanda-tanda (kebenaran baginda) sesuatu (mukjizat) yang seperti baginda yang manusia (pada zaman baginda) telah beriman disebabkan tanda itu. Sesungguhnya hanya sanya saya telah diberi wahyu yang Allah swt mewahyukannya kepada saya. Saya mengharapkan akan menjadi yang paling banyak pengikut berbanding dengan mereka (para nabi) pada hari kiamat. (HR Ahmad)

Inilah kehebatan Rasulullah saw, dari aspek mana sekalipun, tidak ada sebarang cacat cela dan wajib kita beriman dengannya dan dengan risalah yang disampaikan

🐊Ust naim

@quotephotovideo 📚📚📚
JANGAN LUPAKAN DOA UNTUK KAUM MUSLIMIN DI PALESTINA

Syaikh Dr. Shalih bin Abdillah bin Hamd Al-‘Ushaimi hafizhahullahu ta‘ala mengatakan:

الدعاء من حقوق الإخاء: اللهم اجعل للأقصى و أهله فرجًا، و اكفِ المسلمين شرَّ الأشرار، و كيد الفجَّار.

“Doa itu merupakan hak persaudaraan :

'Ya Allaah berikanlah jalan keluar bagi Al-Aqsha dan penduduknya, serta lindungilah seluruh kaum muslim dari keburukan orang-orang jahat dan makar para pendosa'.”


#savepalestine🇵🇸
#alaqsa
#alaqsamosque

Semoga hari ini lebih baik dari semalam

Aamiin Ya Allah Ya Mujib 🤲🏻😭

☪️  TARIKH ISLAM ☪️
🌙  18 RABIUL AWAL 1446H
🗓  22 SEPTEMBER 2024
📌  AHAD

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

اعوذبا الله من الشيطان الرجيم

بِسْــــــــــــــمِے اللّٰهِےالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْــــــــــــــمِے🌹

👉 Bersamalah dengan ALLAH,
ALLAH akan menjagamu...
👍

@quotephotovideo 💖💖💖
Ahad, 18 Rabiul Awal  1446H ~

QUOTES, PHOTO & VIDEO hari ini...

tasbih | tahmid | tahlil | takbir

سُبْحَانَ اللهِ وَالحَمْدُ للهِ وَلاَإِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ

subhanallah
walhamdu lillah
wa laa ilaha illallah
wallahu akbar


Semoga hari ini lebih baik dari semalam

♨️ Al-Quranul Karim

📖 Ayat² AL-QURAN

     📗 Surah Al-Fatihah
     🎧 Surah Al-Mulk

📀 Video QURAN

🎬 Murottal Al-Quran

📿 Koleksi Selawat

🎯 Tahajud & Subuh

🔊 Halwa TELINGA & KALBU

🎨 Koleksi Photo

•••••••••✿❃❃•⭑•❃❃✿•••••••••

M U H A R R A M    S A F A R

R A B I U L  A W A L  1446H

Is   Se   Ra   Kh   Ju   Sa   Ah
                      01   02   03   04
05  06   07   08   09   10   11
12  13   14   15   16   17   18
19  20   21   22   23   24   25
26  27   28   29

Aamiin Ya Allah Ya Mujib 🤲🏻😭

sambung di comments 👇

Selamat Pagi  ~ Good Morning 💕

     ○ Awali Hari Dengan Bismillah
     ○ Hasbunallah Wani'mal Wakil
     ○ Be grateful..♥️
     ○ Life is too beautiful to waste…
     ○ Life is a beautiful dream…
     ○ Simple is comforting…

Selamat Datang bulan Rabiul Awal

     ○ 5 Keistimewaan bulan Rabiul Awal
     ○ 6 Keutamaan bulan Rabiul Awal
     ○ Sepanjang bulan Rabiul Awal
     ○ Hari Putih Rabiul Awal
     ○ Istimewanya bulan Rabiul Awal

Know Your Priority

Bacalah Al-Quran

Menikmati Perjalanan Hidup

5 Sifat yang disukai Allah

Doa Mohon Petunjuk, Ketaqwaan, Iffah, dan Kekayaan

Renungan Bersama

Jangan sampai emosimu mengendalikan hidupmu 🥲

8 Rezeki yang di jamin

Usah Risau, Rezeki Anak Dijamin Allah SWT

Akhirat adalah Masa depan yang sebenarnya

Rezeki yang Terbaik

Al-Quran adalah Penawar yang Sebenarnya

Tanda Kita semakin Hanyut dengan Dunia

🤲 BerDOAlah 📿 Zikir 🎬 VideoClip

     ○ Adab Berdoa
     ○ Doa Ibu Bapa
    ○ Doa Terhindar dari Ujian Berat
     ○ Sayyidul Istighfar
     ○ Zikir Penenang Hati
     ○ Doa Lepas Baca al-Quran
     ○ Surah Ad-Dhuha
     ○
     ○
     ○

┅═•❃✽✿❁️♡🌸♡❁☘️✿✽❃•═┅

Salam  ZOHOR, ASAR & MAGHRIB

Zikir  01 02 03 04 05 06 07 08 09 10 11

👑 Asmaul Husna 📿 Al-Matsurat

🇲🇾 Waktu Solat Bandar Utama

Hidup itu singkat, maka nikmatilah
Akhirat itu panjang, maka persiapkanlah


@quotephotovideo 💝💐🙂
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
"7 Tanda Anda Makin Hanyut Dalam Keasyikan Dunia: Ingatlah Amaran Ini"

Rasulullah SAW pernah bersabda:

"Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka." Maka salah seorang sahabat bertanya, "Apakah kerana jumlah kami yang sedikit pada hari itu?" Nabi SAW menjawab, "Bahkan, kamu pada hari itu ramai sekali, tetapi kamu umpama buih di lautan. Allah akan mencabut rasa takut daripada dada musuh-musuh kamu terhadap kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit al-Wahn." Sahabat bertanya, "Apakah itu al-Wahn, ya Rasulullah?" Baginda menjawab, "Cintakan dunia dan takutkan mati." (Hadis riwayat Abu Daud)

Tanda-tanda penyakit al-Wahn semakin jelas dalam kehidupan kita hari ini.

Dunia telah menjadi fokus utama, manakala akhirat makin dilupakan.

Berikut adalah 7 tanda bahawa kita semakin tenggelam dalam dunia:

1. Waktu Solat Fikir Urusan Dunia
Ketika kita sedang solat, fikiran kita lebih banyak berlegar tentang urusan kerja, keluarga, atau hal-hal dunia. Solat sepatutnya menjadi saat kita bertemu dan bermunajat kepada Allah, namun ia terganggu dengan perkara duniawi.

2. Tayang Kekayaan Berlebihan
Allah SWT berfirman: “Sesungguhnya orang-orang yang suka menampakkan (mencari) kesenangan dalam kekayaan, sesungguhnya mereka tidak mendapat kecintaan daripada Allah." (Surah at-Taubah, ayat 34). Bila kita gemar menunjuk-nunjuk kemewahan, kita telah tergoda oleh riak dan kebanggaan yang sia-sia.

3. Terlalu Banyak Berhibur
Berlebihan dalam hiburan melalaikan hati. Rasulullah SAW bersabda: "Setiap perkara yang melalaikan manusia daripada mengingati Allah adalah batil (sia-sia)." (Hadis riwayat Ahmad).

4. Duit & Harta Jadi Keutamaan
Apabila kebahagiaan kita bergantung pada harta benda, kita telah lupa bahawa dunia hanyalah tempat persinggahan. Allah SWT berfirman: “Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau...” (Surah al-Hadid, ayat 20).

5. Kedekut Dalam Bersedekah
Sifat kedekut membawa kepada kerugian di akhirat. Rasulullah SAW bersabda: "Sedekah tidak akan mengurangi harta seseorang." (Hadis riwayat Muslim).

6. Solat Dalam Keadaan Tergesa-gesa
Khusyuk adalah salah satu syarat solat yang sempurna. Jika solat dilakukan dengan terburu-buru, kita sudah mula mengabaikan hak Allah SWT dalam ibadah ini.

7. Buat Baik Hanya Untuk Dipuji Manusia
Amalan yang ikhlas hanya kerana Allah akan diterima, manakala amalan untuk dipuji manusia adalah sia-sia. Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah tidak akan menerima amalan kecuali jika ia dilakukan dengan ikhlas hanya kerana Allah." (Hadis riwayat Nasai).

Janganlah kita terperangkap dalam godaan dunia yang sementara. Kembalilah kepada Allah dengan ikhlas dan jauhi sifat al-Wahn., Semoga kita sentiasa berada dalam rahmat-Nya. Aamiin ya Allah

@quotephotovideo 🍄🍄🍄
TUJUH CARA MELEPASKAN KESEDIHAN :

1.) Berdamailah dengan masa lalumu, maka masa lalu itu tak akan membebanimu.

2.) Apa yang orang pikirkan tentangmu, itu bukan urusanmu.

3.) Waktu dapat merubah segalanya, maka berilah waktu sedikit waktu.

4.) Tidak ada satu pun alasan untuk kau dapat sebuah kebahagiaan kecuali dirimu sendiri.

5.) Jangan samakan hidupmu dengan orang lain, karna kamu tidak tau jalan seperti apa yang mereka tuju.

6.) Jangan banyak berfikir, karena lebih baik kamu tak tahu akan semua jawabanya.

7.) Tersenyumlah, karena kamu tidak memiliki masalah di dunia ini.

Subhanallah, betapa Mulia dan Baik Hatinya Allah terhadap kita. Janganlah bersangka buruk terhadap Allah, bersyukurlah dan ucaplah Alhamdulillah ke atas-Nya.

Kemudian tersenyumlah. Sesungguhnya setelah kesedihan ada kebahagiaan.

@quotephotovideo 🕸🕸🕸
"Dosa Terlalu Banyak, Tapi Rahmat Allah Lebih Luas"

Kita semua manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan.

Dosa-dosa yang kita lakukan sering kali berpunca daripada kelemahan diri sendiri.

Namun, rahmat Allah SWT sentiasa terbuka luas bagi hamba-hamba-Nya yang ingin kembali dan bertaubat.

Ayat yang menyentuh hati ini dari Surah Al-Qasas, ayat 16, mengingatkan kita tentang pentingnya kesedaran dan keinsafan:

رَبِّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي فَاغْفِرْ لِي

“Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diri sendiri, oleh itu ampunlah dosaku.” (Surah Al-Qasas: 16)

Doa ini adalah luahan keinsafan Nabi Musa A.S setelah beliau secara tidak sengaja menyebabkan kematian seorang lelaki.

Namun, Nabi Musa tidak berputus asa daripada rahmat Allah, bahkan terus memohon keampunan daripada-Nya.

Begitu juga kita, sebagai umat Nabi Muhammad SAW, perlu segera memohon ampun atas dosa-dosa yang kita lakukan.

Dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, Rasulullah SAW bersabda:

"Setiap anak Adam itu melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan ialah mereka yang bertaubat." **(Hadis Riwayat Muslim)*(

Hadis ini mengajar kita bahawa walaupun kita melakukan dosa, jalan untuk kembali kepada Allah sentiasa terbuka seluas-luasnya melalui taubat nasuha.

Jangan pernah merasa terlalu banyak dosa sehingga hilang harapan, kerana Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.

Dalam kehidupan kita yang singkat ini, janganlah lupa untuk sentiasa memohon ampun dan memperbaiki diri.

Dengan penuh keinsafan, mohonlah keampunan daripada Allah SWT kerana rahmat-Nya lebih luas dari segala dosa yang kita lakukan.

Semoga Allah sentiasa mengampunkan kita semua dan melindungi kita daripada kelemahan diri sendiri.

"Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami yang banyak ini. Hanya pada-Mu kami memohon keampunan."

@quotephotovideo 🐝🐝🐝
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Waspadalah dengan orang toxic.

Mereka bisa muncul dalam bentuk sikap manipulatif, sering mengkritik tanpa alasan, atau membuatmu merasa tidak berharga.

Jika kamu mampu mengenali tanda-tanda ini dan memberi batasan yang jelas, hidupmu akan tetap tenang dan aman.

Sebaliknya, jika kamu tidak sadar akan tanda-tanda tersebut, atau tahu tapi tetap memilih berhubungan dengan mereka, hidupmu akan dipenuhi konflik dan kekacauan.

Ingatlah.. Hidupmu akan menjadi lebih damai ketika kamu berani memberi batasan kepada orang yang hanya membawa racun dalam hidupmu.

Kamu hanya bisa menemukan lingkungan yang sesuai dengan dirimu ketika kamu benar-benar tahu siapa dirimu sebenarnya.

Kabar baiknya, jati diri aslimu dapat kamu temukan hanya dalam 5 menit dengan mengetahui potensi genetikmu lewat analisa wajah!

Dengan mengetahui potensi genetikmu, kamu akan lebih mudah memilih lingkungan dan orang-orang yang mendukung perkembanganmu, bukan yang merusaknya.

Temukan potensi genetikmu sekarang, dan mulailah hidup dalam lingkungan yang benar-benar sesuai dengan jati diri aslimu!

@quotephotovideo ♨️♨️♨️
Nikmat terbesar yang Allah kurniakan ialah nikmat iman dan Islam.

Tapi, kenapa kita sia-siakan kurniaan Allah dengan lakukan banyak maksiat seolah hidup tidak bertuhan?

Pun begitu, Allah tetap buka pintu taubat seluas-luasnya untuk kita kembali padaNya.

Kembalilah pada Allah.

@quotephotovideo 🍄🍄🍄
Nabi Sulaiman pernah bertanya seekor semut;

"Wahai semut, berapa banyakkah makanan yang kamu perlukan untuk hidup selama setahun?"

Maka semut itu menjawab;

"Wahai Nabi ALLAH Sulaiman, aku hanya perlukan makanan sebesar sebutir gula untuk hidup selama setahun."

Maka Nabi Sulaiman mengurung semut tersebut di dalam sebuah botol dan diletakkan sebutir gula untuk makanan semut itu.

Selepas setahun Nabi Sulaiman membuka tudung botol itu dan mendapati hanya separuh sahaja gula yang dimakan oleh semut itu.

Lalu Nabi Sulaiman bertanya kepada semut tadi;

"Wahai semut, mengapa hanya separuh sahaja gula yang kamu makan dalam setahun??"

Maka semut itu menjawab;

"Jika diluar botol ini aku yakin ALLAH akan bagi rezeki yang cukup kepada aku untuk hidup, namun setelah kamu mengurung aku di dalam botol ini, aku tidak yakin manusia akan berikan aku rezeki yang cukup. Aku takut kamu terlupa untuk membuka tudung botol ini setelah setahun, Oleh itu aku terpaksa berjimat cermat."

Begitulah kisah seekor semut yang cukup yakin dengan Rezeki ALLAH kepadanya. Manusia macam kita kalau tidak yakin dengan Rezeki ALLAH maka lebih teruk daripada semut.

Yakinlah rezeki milik ALLAH, buka milik sesiapa. Ianya milik ALLAH secara mutlak.

Segala puji bagi ALLAH.

Untuk renungan kita bersama. 😊

@quotephotovideo 🐜🐜🐜
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Video Quran

Surah Al Ahzab سورة الأحزاب
Qari Syeikh Hani Ar-Rifa'i

@quotephotovideo 🔈🔉🔊
.:: MATI ITU HAKIKAT::.

Pabila umur meningkat,
kematian pula mendekat,
ketahui hidup ini singkat,
kerana mati itu hakikat.

kerana mati itu hakikat,
kemudian kita diikat.
dan di masukkan ke liang lahad,
maka bakal disoal oleh malaikat.

kebaikan jgn disekat,
keburukan jgn didekat,
sebgai bekalan kita diakhirat,
kerana janji Allah tepat.

Setiap yang dibuat dtiulis malaikat,
Oleh itu, jangan buat jahat,
Kerna nanti kiri yang berat,
Maka hidup susah di akhirat.

Duhai semua, duhai sahabat,
Ini nasihat kami yang buat,
Buat tauladan dan juga nasihat,
Agar semua mengambil berat.

Indahnya Hidup Memberi 🍃
Sebarkan Jika Bermanfaat 🥀

01. Doa Rasulullah saw

02. Bacalah selalu

03. Zikir

04. Selamat Malam

  •••┈••••○❁🍃💙🍃❁○••••┈•••

          ♨️ Jom baca Surah AL-MULK

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

@quotephotovideo 🌿🌿🌿
“Bagaimana saya nak solat tahajud?”

1- Tahajud bererti meninggalkan tidur. Ini berasal dari ayat فتهجد به dari ayat 79 surah al-Isra’. Dari sudut istilah bererti solat sunat yang dilakukan waktu malam selepas tidur

2- Hukum melakukan tahajud adalah sunat muakkad kepada kita

3- Cara untuk solat tahajud adalah seperti solat sunat 2 rakaat, cuma niatnya adalah niat tahajud. Adapun LAFAZ NIAT nya adalah :

أُصَلِّي سُنَّةَ التَّهَجُّدِ رَكْعَتَينِ لِلهِ تَعَالَى

“Aku solat sunat tahajud 2 rakaat kerana Allah taala”

4- Adapun surah selepas kita membaca surah al-Fatihah adalah bebas kepada kita, tidak ada ketetapan yang wajib

5- Begitu juga dengan aturan solat sunat yang lain, terpulang bagi kita untuk buat solat taubat dahulu, tahajud dahulu, hajat dahulu, ini tiada ketetapan yang wajib

6- Berlainan dengan witir, utama untuk kita kemudiankan. Adapun jika kita dahulukan, tidaklah haram. Ini berdasarkan hadith :

اجعلوا آخر صلاتكم بالليل وترا

“Jadikan solat witir sebagai solat terakhir kamu pada waktu malam” (HR Bukhari)

7- Rakaat bagi solat tahajud adalah bebas, iaitu dilakukan secara 2 rakaat demi 2 rakaat. Adapun witir, sekurangnya adalah satu rakat, tetapi yang sempurna adalah 3 rakaat (2 rakaat + 1 rakaat - dua kali salam)

8- Adakah boleh untuk lakukan solat tahajud walau tidak tidur? Pandangan muktamad dalam mazhab adalah solat tahajud dilakukan selepas tidur (rujuk Hasyiah Bujairimi) Namun begitu, tidaklah menjadi wajib untuk tidur bahkan tidaklah gugur pahala jika dilakukan tanpa tidur kerana ganjaran pahalanya sangat banyak

9- Faktor yang memudahkan kita untuk tahajud :

- tidak makan secara terlalu banyak
- tidak terlalu letih pada siang hari
- qailulah (tidur sebentar sebelum zohor)
- tidur awal

@quotephotovideo ♨️♨️♨️
Ujian Kehidupan: Hadiah yang Tersembunyi di Sebalik Dugaan

Dalam hidup, kita sering kali diuji dengan pelbagai cabaran yang mencabar ketabahan hati.

Ujian berupa kemiskinan, kesedihan, kehilangan orang tersayang, penceraian, kegagalan dalam peperiksaan, dan masalah lain mungkin terasa berat dan menyakitkan.

Namun, setiap ujian yang kita hadapi sebenarnya adalah tanda kasih sayang Allah SWT terhadap kita.

Dalam Surah Al-Baqarah, ayat 286, Allah berfirman:

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya."

Ayat ini jelas menunjukkan bahawa setiap dugaan yang diberi oleh Allah adalah sesuai dengan kemampuan hamba-Nya.

Ujian bukanlah satu bentuk hukuman, sebaliknya ia adalah peluang untuk kita lebih mendekatkan diri kepada-Nya.

Rasulullah SAW juga pernah bersabda:

"Barangsiapa dikehendaki Allah menjadi baik, maka Dia akan memberinya ujian." (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Setiap kali kita diuji, Allah sedang memanggil kita untuk kembali kepada-Nya.

Mungkin di sebalik ujian itu terdapat rahmat yang tidak kita sedari, kerana di sinilah kita diuji dengan kesabaran, kekuatan hati, dan keimanan.

Ujian itu mendekatkan kita kepada Allah, mengajar kita untuk lebih bergantung kepada-Nya dan mengingati bahawa segala yang berlaku adalah atas kehendak-Nya.

Jika kita mampu bersabar dan menerima ujian dengan penuh ketenangan, maka yakinlah bahawa kebaikan sedang menanti kita.

Setiap tangisan akan diganti dengan senyuman, setiap kesedihan akan diganti dengan kebahagiaan, insyaAllah.

Seperti mana yang disebut oleh Ustaz Wadi Annuar, setiap ujian yang mendekatkan kita kepada Allah adalah kebaikan untuk diri kita.

Kesimpulannya, setiap ujian adalah satu bentuk rahmat yang terselindung.

Bersabarlah, kerana di akhirnya pasti ada kemanisan yang menanti.

@quotephotovideo 🎯🎯🎯
Saydina Uthman Affan r.a berkata;

Ada 10 perkara yang disia-siakan:


1. Orang yang berilmu tapi tidak dimanfaatkan.

2. Ilmu yang ada tidak diamalkan.

3. Pendapat yang benar namun tidak diterima.

4. Senjata yang ada tidak digunakan.

5. Masjid yang tidak ditegakkan solat di dalamnya.

6. Mushaf Al-Quran yang tidak dibaca.

7. Harta yang tidak diinfakkan.

8. Kenderaan yang tidak dipakai.

9. Ilmu tentang kezuhudan bagi pencinta dunia.

10. Usia panjang yang sia-sia untuk bekalan akhirat.

Semoga nasihat ini bermanfaat..

@quotephotovideo 🍃🍃🍃
Jangan bersedih atas apa yang tidak kita perolehi kerana ALLAH sedang menyusun untukmu rezeki yang lain.

Yakinlah pada ALLAH dan hilangkanlah kebimbangan dalam diri.

Yang penting kita berusaha.

Kita risau harta tak cukup.
Kita risau tak dapat pasangan hidup.
Kita risau tak ada anak.
Kita risau itu, risau ini.

Orang lain, rezeki lain-lain. Kita mungkin nampak dia ada pasangan hidup, kita belum lihat ujian-ujian dalam hidupnya lagi setelah hidup berdua.

Kita mungkin nampak dia ada harta banyak, kita belum lihat kepayahan yang dia pernah lalui sebelum-sebelum ini.

Kalau kita hanya melihat rezeki itu dalam satu bentuk sahaja, kita memang akan sempit dada dan cepat sedih.

Ingatlah yang ALLAH membahagi-bahagi rezeki itu dalam pelbagai bentuk.

Kita mungkin belum ada apa yang orang lain ada saat ini, tetapi bersyukurlah atas banyaknya yang telah ALLAH berikan pada kita saat ini, yang mungkin tidak ada pada orang lain pun.

Segala puji bagi ALLAH.

@quotephotovideo 🕸🕸🕸
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ اِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

لا إلهَ إلاّ اللّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ الْمُبِين

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرِ

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ

لاَّ إِلَـهَ إِلاَّ أَنتَ سُبْحَـنَكَ إِنِّى كُنتُ مِنَ الظَّـلِمِينَ

وَأُفَوِّضُ أَمۡرِيٓ إِلَى ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَصِيرُۢ بِٱلۡعِبَادِ

ماشاء الله لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ

@quotephotovideo 📿📿📿
آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آمَنَ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنتَ مَوْلَانَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

•••┈••••○❁🍃💙🍃❁○••••┈•••

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لا إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَااسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإنَّهُ لا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ

•••┈••••○❁🍃🧡🍃❁○••••┈•••

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي العَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

@quotephotovideo 📿📿📿
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنزَلَ عَلَىٰ عَبْدِهِ الْكِتَابَ وَلَمْ يَجْعَل لَّهُ عِوَجًا

قَيِّمًا لِّيُنذِرَ بَأْسًا شَدِيدًا مِّن لَّدُنْهُ وَيُبَشِّرَ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا حَسَنًا

مَّاكِثِينَ فِيهِ أَبَدًا

وَيُنذِرَ الَّذِينَ قَالُوا اتَّخَذَ اللَّهُ وَلَدًا

مَّا لَهُم بِهِ مِنْ عِلْمٍ وَلَا لِآبَائِهِمْ كَبُرَتْ كَلِمَةً تَخْرُجُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ إِن يَقُولُونَ إِلَّا كَذِبًا

فَلَعَلَّكَ بَاخِعٌ نَّفْسَكَ عَلَىٰ آثَارِهِمْ إِن لَّمْ يُؤْمِنُوا بِهَٰذَا الْحَدِيثِ أَسَفًا

إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَّهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا

وَإِنَّا لَجَاعِلُونَ مَا عَلَيْهَا صَعِيدًا جُرُزًا

أَمْ حَسِبْتَ أَنَّ أَصْحَابَ الْكَهْفِ وَالرَّقِيمِ كَانُوا مِنْ آيَاتِنَا عَجَبًا

إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوا رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

┅══•❃✽✿❁️♡🌸♡❁☘️✿✽❃•══┅

الَّذِينَ كَانَتْ أَعْيُنُهُمْ فِي غِطَاءٍ عَن ذِكْرِي وَكَانُوا لَا يَسْتَطِيعُونَ سَمْعًا

أَفَحَسِبَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَن يَتَّخِذُوا عِبَادِي مِن دُونِي أَوْلِيَاءَ إِنَّا أَعْتَدْنَا جَهَنَّمَ لِلْكَافِرِينَ نُزُلًا

قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُم بِالْأَخْسَرِينَ أَعْمَالًا

الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا

أُولَٰئِكَ الَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِ رَبِّهِمْ وَلِقَائِهِ فَحَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فَلَا نُقِيمُ لَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَزْنًا

ذَٰلِكَ جَزَاؤُهُمْ جَهَنَّمُ بِمَا كَفَرُوا وَاتَّخَذُوا آيَاتِي وَرُسُلِي هُزُوًا

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ كَانَتْ لَهُمْ جَنَّاتُ الْفِرْدَوْسِ نُزُلًا

خَالِدِينَ فِيهَا لَا يَبْغُونَ عَنْهَا حِوَلًا

قُل لَّوْ كَانَ الْبَحْرُ مِدَادًا لِّكَلِمَاتِ رَبِّي لَنَفِدَ الْبَحْرُ قَبْلَ أَن تَنفَدَ كَلِمَاتُ رَبِّي وَلَوْ جِئْنَا بِمِثْلِهِ مَدَدًا

قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يُوحَىٰ إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا

@quotephotovideo 🌹🌹🌹
267 of 365 🗓 ISNIN 💕 19 RABIUL AWAL 1446H 23 SEPTEMBER 2024

 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Bismillahirrahmanirrahim 🌹

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.

Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya

••✾•◆❀◆•✾••┈•┈┈••✾•◆❀◆•✾••┈

#AllahjagaKita..😘
#PrayertoremoveCovid19... 🇲🇾

ALLAH TIDAK MENINGGALKAN MU

Duhai anakku tercinta,

Hidup ini adalah untuk mujahadah nafsu bukannya hidup untuk mengikut hawa nafsu.

Justeru itu dalam hidup mu tiada akan berlaku semua keinginan mu tercapai, malah berlaku sebaliknya yang menyakiti nafsu mu.

Barat memberi makna kebebasan sebagai melakukan apa sahaja keinginan nafsu sedangkan makna kebebasan dalam Islam ialah membebaskan dari kemahuan nafsu dan Redha dengan Kemahuan الله.

Duhai anakku,

Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk mu.

DIA menyayangi mu jauh berganda dari sesiapa jua yang menyayangi mu.

Justeru itu DIA memerintahkan agar engkau Redha dan Sabar dengan apa yang berlaku pada mu, tenang dalam pelukan CintaNya.

Tahan kepedihan dan telan kepahitan, lihat disebaliknya الله yang mengerakkan untuk ia berlaku walaupun engkau berusaha dan berdoa agar tidak berlaku.

Yang pasti Allah tidak sekali-kali membenci dan meninggalkan mu, DIA sentiasa bersama mu dalam setiap nafas mu dengan penuh Ar Rahman.

"Demi waktu dhuha, dan demi malam apabila telah gelap gulita, Rabbmu tidak akan pernah meninggalkanmu dan tidak pula membencimu...” (Adh Dhuha : 1-3)

Duhai anakku,

Jika engkau mahu kebahagiaan dunia yang sedetik ini, maka hiduplah dengan keinginan nafsu dan engkau menentang serta merungut dengan takdir yang berlaku.

Apa yang Allah takdirkan adalah untuk memberikan kedudukan maqam disisiNya dan kenikmatan di Syurga nanti jika engkau Redha dan Sabar.

Namun jika engkau memilih untuk tidak redha dan mengikuti nafsu, kamu akan perolehi apa yang engkau mahu di dunia, tetapi engkau kehilangan maqam dan kurniaan yang disediakan Allah pada mu.

Dunia adalah tempat kesakitan sama ada pada fizikal, mental, emosi dan Ruh.

Perjalanan CINTA adalah mengintai CINTA disebalik kepedihan nafsu.

Jika engkau dicintai الله، pasti engkau akan disakiti dan diremuk jiwa dengan takdirNya hingga tiada lagi dihati mu selain dariNya, hanya DIA yang boleh menenangkan diri mu.

Duhai anakku,

Beruntung diri mu disebalik kehilangan apa yang engkau cintai dan mahukan.

Engkau perolehi الله dalam jiwa mu lantaran engkau Redha dan Sabar.

Rugi diri mu dengan ujian kesakitan nafsu mu yang ditakdirkan jika engkau tidak redha dan sabar, engkau nenderita dalam kehidupan dunia dan kehilangan pada jiwa mu, malah akan menderita di akhirat nanti jïka engkau tidak segera berlari pada Allah.

Jadikan Al Quran, Solat, Zikir dan Selawat serta berteman sahabat yang soleh sebagai penawar pada hati mu, agar tenteram nafsu mu dalam hadapi samudera kehidupan ini.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Barangkali kamu membenci sesuatu pada hal ia amat baik bagimu, dan barangkali kamu menyukai sesuatu pada hal ia amat buruk bagimu. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Surah al-Baqarah, ayat 216)

SEMOGA BERMANFAAT 🥰

•══◎◎♡◎◎══•

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin.

🎋سبحان الله 🌻الحمد لله🌺لا اله إلا الله 🌼الله اكبر

@quotephotovideo 🌸🌸🌸
48K064
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Contohi Akhlak Rasulullah


عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ: خَدَمْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَشْرَ سِنِينَ وَاللهِ مَا قَالَ لِي: أُفًّا قَطُّ وَلَا قَالَ لِي لِشَيْءٍ: لِمَ فَعَلْتَ كَذَا وَهَلَّا فَعَلْتَ كَذَا

Daripada Anas bin Malik RA berkata :

Aku telah berkhidmat kepada Rasulullah SAW selama 10 tahun, Demi Allah, Baginda SAW tidak pernah berkata kepadaku “ Uff ” dan tidak pernah berkata kepadaku kerana sesuatu : Kenapa awak buat begini ? Kenapa awak tidak buat begini ?

(HR Muslim No: 2309)
Status: Hadis Sahih

Pengajaran :

1.  Rasulullah SAW memiliki akhlak yang sangat terpuji. Tutur katanya sangat lembut dan penuh hikmah kepada sesiapa sahaja walaupun terhadap hamba.

2.  Kalimah Uff adalah ucapan atau suara yang menunjukkan rasa tidak hormat dan menyakitkan hati. Mungkin bagi kita adalah kata-kata seperti: “ah !! , Ish !! Hoi !! Hey!! Bodo!! Bengong!! Binatang! dan sebagainya.

3.  Tutur kata merupakan antara penyebab utama seseorang itu mendapat dosa kerana terlalu mudah untuk menyebut perkataan yang tidak baik atau diterjemah dalam bentuk tulisan di media sosial. Menjaga tutur kata juga adalah tanda orang yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat.

4.  Rasulullah SAW tidak pernah berkata perkataan kasar kepada sahabat hatta kepada pekerja seperti perkataan “Uff ”. Baginda juga tidak  memarahi orang yang berkhidmat dengannya.

5.  Marilah kita membuktikan kecintaan kepada Rasulullah SAW dengan menjadikan Rasul sebagai contoh terbaik dalam kehidupan kita. Antaranya menjaga tutur kata dengan tidak mengeluarkan kata-kata yang buruk termasuk dalam penulisan. Firman Allah:

لَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِي رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةٞ لِّمَن كَانَ يَرۡجُواْ ٱللَّهَ وَٱلۡيَوۡمَ ٱلۡأٓخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِيرٗا ٢١

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang) (al-Ahzab: 21)

Selamat memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW dan contohi akhlak baginda SAW.

19hb Rabiul Awal 1446H
23hb September 2024


@quotephotovideo 📚📚📚
2024/10/06 06:26:20
Back to Top
HTML Embed Code: