Telegram Web Link
261 of 365 🗓 SELASA 💕 13 RABIUL AWAL 1446H 17 SEPTEMBER 2024

 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Bismillahirrahmanirrahim 🌹

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.

Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya

••✾•◆❀◆•✾••┈•┈┈••✾•◆❀◆•✾••┈

#AllahjagaKita..😘
#PrayertoremoveCovid19... 🇲🇾

Ringankan Beban, Allah Mudahkan Segala Urusan

Hidup ini umpama perjalanan yang penuh liku, ada saatnya kita diuji dengan kesusahan dan ada ketikanya kita diberi nikmat yang melimpah.

Dalam menempuh semua itu, Allah mengajar kita untuk tidak hanya memikirkan diri sendiri tetapi juga memandang mereka di sekeliling.

Setiap kali kita memudahkan urusan orang lain, Allah dengan kasih sayang-Nya akan memudahkan urusan kita juga, meskipun kita tidak menyedarinya.

Dalam Al-Quran, Allah berfirman:

"Dan tolong-menolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan takwa, dan janganlah kamu tolong-menolong dalam perkara dosa dan permusuhan." (Surah Al-Maidah, ayat 2)

Ayat ini jelas menunjukkan betapa pentingnya sikap tolong-menolong dalam kehidupan.

Apabila kita melihat seseorang yang dalam kesusahan, itu bukan sekadar ujian buat mereka, tetapi juga peluang buat kita untuk menghulurkan bantuan.

Dengan menolong, kita sebenarnya sedang menjalani ujian dari Allah, menguji sejauh mana kita mampu meringankan beban saudara seagama kita.

Bantuan yang dihulurkan tidak semestinya besar, kadangkala sekadar senyuman atau nasihat yang baik sudah cukup untuk mengubah hari seseorang.

Ingatlah, setiap kebaikan yang kita lakukan, walau sekecil mana sekalipun, akan dinilai oleh Allah.

Bukankah Rasulullah SAW pernah bersabda, "Barang siapa yang memudahkan urusan saudaranya di dunia, Allah akan memudahkan urusannya di akhirat"?

Bersikap ikhlas dalam membantu, kerana hati yang tulus lebih berharga daripada harta.

Jika kita permudahkan hidup orang lain dengan niat kerana Allah, pasti Allah akan hadirkan kemudahan yang tidak kita jangka.

Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui dan Maha Penyayang terhadap setiap hamba-Nya.

Teruslah berbuat baik, kerana dalam setiap kebaikan yang kita hulurkan, ada sinar keberkatan yang menanti di hujung jalan.

SEMOGA BERMANFAAT 🥰

•══◎◎♡◎◎══•

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin.

🎋سبحان الله 🌻الحمد لله🌺لا اله إلا الله 🌼الله اكبر

@quotephotovideo 🌸🌸🌸
47K903
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Kemanisan Iman


عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ

Daripada Anas bin Malik dari Nabi SAW, baginda bersabda:

"Tiga perkara yang apabila ada pada diri seseorang, ia akan mendapatkan manisnya iman: Dijadikannya Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya dari selain keduanya. Jika ia mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah. Dia benci kembali kepada kekufuran seperti dia benci bila dilempar ke neraka"

(HR Bukhari No: 15)
Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Tiga perkara jika dimiliki akan menjadikan seseorang mendapat kemanisan iman:

a.  Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai dari segala-galanya di dunia.

b.  Mencintai seseorang hanya kerana Allah.

c.  Tidak suka kembali kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkannya, sebagaimana ia tidak mahu untuk dicampakkan ke dalam api neraka.

2.  Mencintai Rasulullah SAW mewajibkan adanya penghormatan, ketundukan dan mengikuti serta mencontohi apa yang dilakukan oleh baginda (mengagungkan sunnahnya).

Allah berfirman:

قُلۡ إِن كُنتُمۡ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِي يُحۡبِبۡكُمُ ٱللَّهُ وَيَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡۚ وَٱللَّهُ غَفُورٞ رَّحِيمٞ ٣١

“Katakanlah: ‘Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah akan mencintai kamu dan mengampuni dosa-dosamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.’” [Ali ‘Imran: 31]

Ibnu Katsir ketika menafsirkan ayat ini menyatakan: “Ayat ini adalah pemutus hukum bagi setiap orang yang mengaku mencintai Allah namun tidak mahu menempuh jalan yang dilalui Rasulullah SAW, maka orang itu dusta dalam pengakuannya sehinggalah ia mengikuti syariat dan agama yang dibawa Rasulullah SAW dalam semua ucapan dan perbuatannya.”

3.  Di antara tanda cinta kepada Rasulullah SAW adalah dengan mengamalkan Sunnahnya, menghidupkan, dan mengajak kaum Muslimin untuk mengamalkannya, serta berjuang membela As-Sunnah dari orang-orang yang mengingkari As-Sunnah dan melecehkannya. Termasuk cinta kepada Nabi SAW adalah menolak dan mengingkari semua bentuk bid’ah yang menyesatkan.

4.  Mencintai seseorang adalah semata-mata kerana Allah. Ibnul Qayyim al-Jauziyyah berkata:

“Setiap kecintaan dan pengagungan kepada manusia hanya dibolehkan dalam rangka mengikuti kecintaan dan pengagungan kepada Allah. Mencintai dan mengagungkan Rasulullah SAW  adalah penyempurnaan kecintaan dan pengagungan kepada Allah”.

Rabiul Awal, bulan yang mengingatkan kita kepada kelahiran Nabi Muhammad SAW. Marilah kita menunjukkan kecintaan kepada Nabi SAW.

13hb Rabiul Awal 1446H
17hb September 2024


@quotephotovideo 📚📚📚
Tadabbur Kalamullah 13 Rabiul Awwal 1446H

مُّحَمَّدࣱ رَّسُولُ ٱللَّهِۚ

"Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah.." [Surah al-Fatḥ 29]

#Masuk bulan Rabiulawal setiap tahun, umat Islam di seluruh dunia memperingati kelahiran Rasulullah saw yang telah berjuang dan berkorban menyebarkan ajaran Islam kepada umat manusia yang ketika itu hidup dalam kegelapan dan disambung sebarannya oleh para pewarisnya pada setiap zaman.

#Jom kenali salasilah keturunan nabi kita, Nabi Muhammad saw.

#Nama baginda, Sayidina Muhammad bin Abdillah bin 'Abd al-Mutallib عَبْدِ المُطَّلِبِ (nama 'Abd al-Muttalib ialah Syaibah) bin Hashim هاشم (nama Hashim ialah 'Amr عمرو) bin 'Abd Manaf (nama 'Abd Manaf ialah al-Mughirah) bin Qusyai قصي (nama Qusyai ialah Zaid) bin Kilab كِلاَبِ bin Murrah مُرَّةَ bin Ka'ab كَعْبِ bin Luaiy لُؤَيِّ bin Ghalib غَالِبِ bin Fihrin فِهْرِ bin Malik bin al-Nadhar النضر bin Kinanah كنانة bin Khuzaimah خزيمة bin Mudrikah مدركة (nama Mudrikah ialah 'Amir عامر) bin Ilyas إِلْيَاسَ bin Mudhar مُضَرَ bin Nazar نزَارِ bin Ma'addin مَعَدِّ bin 'Adnan عدنان. 

#Adnan ini daripada Nabi Ismail bin Ibrahim Alaihissalam dengan sepakat semua para ulamak.

#Para ulamak berbeza pandangan antara Adnan dengan Nabi Ismail ada berapa nama. Ada di kalangan ulamak yang  mengatakan terdapat tujuh nama lagi, ada yang mengatakan sembilan, ada yang menyebut 15 nama, bahkan ada pandangan yang mengatakan ada 40 nama. Selain itu mereka juga berbeza dalam menentukan nama-nama tersebut

#Abu 'Umar Ibn 'Abd al-Barr berkata: "Berdasarkan para imam dalam bidang ini, beliau (nasab Adnan) ialah:

عَدْنانُ بْنُ أُدَدِ بْنِ مُقَوِّمِ بْنِ ناحُورَ بْنِ تَيْرَحِ بْنِ يَعْرُبَ بْنِ يَشْجُبَ بْنِ نابِتِ بْنِ إسْماعِيلَ بْنِ إبْراهِيمَ الخَلِيلِ بْنِ آزَرَ واسْمُهُ تارَحُ بْنُ ناحُورَ بْنِ سارُوغَ بْنِ راغُو بْنِ فالَخَ بْنِ عَيْبَرَ بن شالخ بن أَرْفَخْشَذ بن سام بن نُوحٍ -عَلَيْهِ السَّلامُ- بْنِ لَمَّكِ بْنِ مَتُّوشَلَخَ بن خنوخ، وهو إدريس -عليه السلام- بن يَرْدَ بْنِ مِهْلِيلَ بْنِ قَيْنَنَ بْنِ يانِشَ بْنِ شِيثَ بْنِ آدَمَ أبِي البَشَرِ -عَلَيْهِ السَّلامُ

'Adnan bin Udad bin Muqawwim bin Nahur bin Tairah bin Ya'rub bin Yasyjub bin Nabit bin Ismail bin Ibrahim al-Khalil bin Azar, namanya Tarah bin Nahur bin Sarugh bin Raghu bin Falakh bin 'Aibar bin Syalikh bin Arfakhsyaz bin Sam bin Nuh AS bin Lammak bin Mattusyalakh bin Khanukh, iaitulah Nabi Idris bin Bard bin Mihlil bin Qainan bin Yanisy bin Syith bin Adam, bapa manusia.  Inilah yang dipegang oleh Muhammad bin Ishak di dalam kitab sirahnya. Namun kata Ibn Sa'ad: "Sepatutnya kita diam (tidak membicarakan) nama siapa selepas 'Adnan sehingga ke Ismail." (Lihat al-Siyar oleh az-Zahabi)

#Kata Imam Ibn Hibban RH:

نسبة رسول الله صلى الله عليه وسلم تصح إلى عدنان، وما وراء عدنان فليس عندي فيه شيء صحيح أعتمد عليه

"Nasab Rasulullah saw sahih sehingga Adnan. Adapun selepas Adnan tiada di sisiku sesuatu yang sahih yang dapat aku berpegang kepadanya" (Lihat: al-Sirah al-Nabawiyyah Wa Akhbar al-Khulafa')

#Nasab keturunan Baginda saw merupakan nasab keturunan yang paling mulia dalam masyarakat ketika itu, datuk nenek Baginda terdiri daripada orang-orang yang menjaga kesucian diri dan keturunan Baginda berpindah daripada tulang-tulang sulbi mereka kepada rahim-rahim yang suci, dengan jalan perkahwinan serta tidak pernah dicemari dengan perbuatan kotor (zina).
 
#Allah swt telah memilih Nabi Muhammad sebagai pembawa petunjuk, dan Nabi Muhammad adalah daripada kalangan mereka yang paling tinggi kedudukannya, terhormat dan disegani dalam kalangan masyarakat ketika itu, iaitu kabilah Quraisy.

#Tempat kelahiran Baginda di bumi Mekah, iaitu di rumah Abu Talib yang terletak didalam perkampungan Bani Hashim. Baginda dilahirkan pada tahun Gajah, iaitu tahun ketika berlakunya pencerobohan tentera bergajah Abrahah al-Ashram terhadap Mekah.

Baginda saw adalah Rasulullah, insan terpilih dan sebaik-baik makhluk di alam ini. Jom selawat!!

🐊Ust naim

@quotephotovideo 📚📚📚
JANGAN LUPAKAN DOA UNTUK KAUM MUSLIMIN DI PALESTINA

Syaikh Dr. Shalih bin Abdillah bin Hamd Al-‘Ushaimi hafizhahullahu ta‘ala mengatakan:

الدعاء من حقوق الإخاء: اللهم اجعل للأقصى و أهله فرجًا، و اكفِ المسلمين شرَّ الأشرار، و كيد الفجَّار.

“Doa itu merupakan hak persaudaraan :

'Ya Allaah berikanlah jalan keluar bagi Al-Aqsha dan penduduknya, serta lindungilah seluruh kaum muslim dari keburukan orang-orang jahat dan makar para pendosa'.”


#savepalestine🇵🇸
#alaqsa
#alaqsamosque

Semoga hari ini lebih baik dari semalam

Aamiin Ya Allah Ya Mujib 🤲🏻😭

☪️  TARIKH ISLAM ☪️
🌙  13 RABIUL AWAL 1446H
🗓  17 SEPTEMBER 2024
📌  SELASA

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

اعوذبا الله من الشيطان الرجيم

بِسْــــــــــــــمِے اللّٰهِےالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْــــــــــــــمِے🌹

👉 Bersamalah dengan ALLAH,
ALLAH akan menjagamu...
👍

@quotephotovideo 💖💖💖
Selasa, 13 Rabiul Awal  1446H ~

QUOTES, PHOTO & VIDEO hari ini...

tasbih | tahmid | tahlil | takbir

سُبْحَانَ اللهِ وَالحَمْدُ للهِ وَلاَإِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ

subhanallah
walhamdu lillah
wa laa ilaha illallah
wallahu akbar


Semoga hari ini lebih baik dari semalam

♨️ Al-Quranul Karim

📖 Ayat² AL-QURAN

     📗 Surah Al-Fatihah
     🎧 Surah Al-Mulk

📀 Video QURAN

🎬 Murottal Al-Quran

📿 Koleksi Selawat

🎯 Tahajud & Subuh

🔊 Halwa TELINGA & KALBU

🎨 Koleksi Photo

•••••••••✿❃❃•⭑•❃❃✿•••••••••

M U H A R R A M    S A F A R

R A B I U L  A W A L  1446H

Is   Se   Ra   Kh   Ju   Sa   Ah
                      01   02   03   04
05  06   07   08   09   10   11
12  13   14   15   16   17   18
19  20   21   22   23   24   25
26  27   28   29

Aamiin Ya Allah Ya Mujib 🤲🏻😭

sambung di comments 👇

Selamat Pagi ~ Good Morning ~ Awali Hari Dengan Bismillah

Hope…. 🩷 ~ Life ~ The truth ~ Perfect Beginning

Selamat Datang bulan Rabiul Awal

     ○ 5 Keistimewaan bulan Rabiul Awal

     ○ 6 Keutamaan bulan Rabiul Awal

     ○ Sepanjang bulan Rabiul Awal

     ○ Hari Putih Rabiul Awal

     ○ Istimewanya bulan Rabiul Awal

④  Know Your Priority

     ○ Bacalah Al-Quran

Jom kenali Rasulullah 💕

23 Keistimewaan Nabi Muhammad saw

     ○ Biodata NABI MUHAMMAD S.A.W

     ○ Akhlak Rasulullah 01 02

     ○ Rabiulawal: Bulan Kelahiran dan Kewafatan Rasulullah SAW

     ○ Bukti Cinta Sejati kepada Rasulullah saw

     ○ Mengapa Rasulullah Jarang Sakit

     ○ Rasulullah SAW: Contoh Teladan Yang Baik

     ○ Biodata ringkas Nabi kita, Muhammad ﷺ

     ○ 6 Amalan bulan Rabiul Awal

     ○ Kronologi Hidup Rasulullah

Panduan Solat atas Kapal Terbang

Doa Mohon Petunjuk, Ketaqwaan, Iffah, dan Kekayaan

Renungan Bersama

Menikmati Perjalanan Hidup

Mukjizat 25 Rasul

4 Tanda² Munafik

10 Tanda-tanda Orang Baik

Hukum Tabur Tuai

7 Jenis Sombong yang dibenci Allah

Adab Berdoa

     ○ Doa Ibu BapaDoa Untuk Sihat

     ○ Circle yang Baik

     ○ Sayyidul Istighfar

     ○ Doa untuk Mayit

     ○ Zikir Penenang Hati

     ○ Doa Agar Anak Soleh dan Cerdas

     ○ Muhasabah dan Renungan Diri

     ○ Kekayaan dan Qanaah

┅═•❃✽✿❁️♡🌸♡❁☘️✿✽❃•═┅

Salam  ZOHOR, ASAR & MAGHRIB

Zikir  01 02 03 04 05 06 07 08 09 10 11

👑 Asmaul Husna 📿 Al-Matsurat

🇲🇾 Waktu Solat Bandar Utama

Hidup itu singkat, maka nikmatilah
Akhirat itu panjang, maka persiapkanlah


@quotephotovideo 💝💐🙂
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
"Bismillahi tawakkaltu 'ala allah laa haula wa laa quwata illaa billaah"

Baca doa ni setiap kali keluar rumah, kita berada dalam perlindungan Allah.

Hati akan digerakkan menuju ke hal yang baik-baik saja.

Tidak ada sebaik-baik penjaga selain Allah
.

@quotephotovideo 🍂🍂🍂
JANGAN TERTIPU DUNIA!

Ketika di dunia engkau berbangga-bangga memamerkan harta dan kecantikanmu namun engkau akan baru menyadari dan menyesalinya ketika namamu sudah tertulis di batu nisan, kenapa?

Kerana harta dan kecantikan yang engkau bangga-banggakan dahulu itu tidak ada ertinya sama sekali, dan itu hanya menjadi bangkai dunia.


@quotephotovideo ♨️♨️♨️
10 KUNCI HIDUP BAHAGIA DAN TENANG :

1. Tidak membenci

2. Tidak mengeluh

3. Bersangka baik

4. Merendah diri

5. Mudah memaafkan

6. Hindari permusuhan

7. Sentiasa bersedekah

8. Selalu tersenyum

9. Tidak dengki dan iri hati

10. Berkasih sayang

@quotephotovideo 🐝🐝🐝
Kerapnya melakukan dosa dan memandang ringan terhadap dosa adalah antara faktor yang menyebabkan hati gelap dan keras.

Apatah lagi memandang remeh terhadap taubat dalam kehidupan.

Syekh Ibn A’toillah Assakandari membicarakan hikmahnya dengan menyebut:

“Sebahagian daripada tanda matinya hati adalah tidak merasa sedih kerana meninggalkan amalan kewajipan atau kebaikan dan tidak menyesal atas sesuatu pelanggaran dosa.”

Ibnu Masu’d berkata,

“Orang mukmin melihat dosa pada dirinya seolah-olah dia berada di bawah bukit yang akan menghempapnya, manakala orang mun4f1k melihat dosanya umpama lalat yang hinggap diatas hidungnya lalu menepis dengan tangannya sahaja dan terbanglah lalat tersebut.”

Berwaspadalah terhadap setiap perlakuan dosa kerana ia akan meninggalkan titik hitam di hati jika ia tidak dibersihkan segera dengan taubat dan beristighfar.

Cahaya ilmu tidak akan sampai dalam hati dan menatijahkan amal dek kerana selaput kotoran titik hitam yang bertambah menebal akibat berterusan dalam dosa dan maksiat.

@quotephotovideo 🍄🍄🍄
Dalam hidup akan selalu ada orang yang tidak menyukaimu, namun itu bukan urusan kamu.

Lakukan apa yang kamu anggap benar, yang terpenting tidak melanggar syariat.

Kerana ada 2 alasan mengapa orang tak menyukaimu:

1. Kamu menikmati hidupmu
2. la tidak menikmati hidupnya

@quotephotovideo 🐬🐬🐬
🍃 JANGAN MENYAKITI HATI ORANG LAIN

Menyakiti hati seseorang itu seperti melempar batu kedalam lautan.

Kerana kita tidak akan pernah tau sejauh dan sedalam apa kita sudah melempar batu tersebut !

Mungkin menyakitkan itu mudah untuk diucapkan oleh penyairnya, namun tidak akan mudah dilupakan oleh pendengarnya.

Kerana dengan kata maaf saja tidak akan pernah bisa dengan mudahnya mengembalikan hati yang terlanjur hancur...

@quotephotovideo 🎋🎋🎋
025018
Mishary Rashid Alafasy
Al-Furqan 25:18

قَالُوا۟ سُبْحَٰنَكَ مَا كَانَ يَنۢبَغِى لَنَآ أَن نَّتَّخِذَ مِن دُونِكَ مِنْ أَوْلِيَآءَ وَلَٰكِن مَّتَّعْتَهُمْ وَءَابَآءَهُمْ حَتَّىٰ نَسُوا۟ ٱلذِّكْرَ وَكَانُوا۟ قَوْمًۢا بُورًا

Mereka menjawab: "Maha Suci Engkau (wahai Tuhan kami)! Sudah tentu tidak patut bagi kami mengambil sesiapa pun yang lain daripadaMu sebagai pelindung yang disembah (dan tidak patut juga kami menyeru orang menyembah kami); tetapi engkau (wahai Tuhan kami) telah melimpahkan kemewahan kepada mereka dan kepada datuk neneknya sehingga mereka lalai dan cuaikan ajaran ugamaMu, dan menjadilah mereka kaum yang binasa".

@quotephotovideo 📚📚📚
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Kenikmatan hidup berawal dari pikiran.

Nikmati setiap momen dalam hidupmu, karena itulah yang membuatmu tumbuh.

Memang, pada awalnya segala sesuatu terlihat sulit, membuatmu merasa takut dan cemas.

Namun, di balik setiap tantangan, tersimpan peluang untuk beradaptasi dan keluar dari zona nyaman.

Ketakutan hanyalah bayangan dari pikiranmu, dan seiring waktu, kamu akan menyadari bahwa kamu mampu mengubah hal-hal yang dulunya terasa mustahil menjadi mudah untuk digapai.

Kunci dari perubahan itu terletak pada pikiranmu.

Pikiran yang sama, yang berulang-ulang mengeluh atau meragukan diri sendiri, hanya akan menciptakan nasib yang sama.

Jika kamu terus memandang dunia dengan ketakutan dan kecemasan, maka itulah yang akan terus kamu temui.

Namun, jika kamu berani mengubah pikiranmu—menghadirkan keberanian, optimisme, dan keyakinan—maka nasibmu pun akan berubah.

Tidak ada hal yang mustahil ketika kamu percaya pada kemampuanmu untuk beradaptasi dan berkembang.

Ubah pola pikirmu, maka kamu akan melihat jalan yang dulu tertutup menjadi terbuka.

Tantangan menjadi peluang, dan kecemasan berubah menjadi keberanian.

Semua itu dimulai dari keputusan untuk mengubah cara berpikirmu.

Pikiran yang sama hanya akan membuat Anda memiliki nasib yang sama. Maka untuk mengubah nasib Anda, ubahlah pikiran Anda!

@quotephotovideo ♨️♨️♨️
📎 Tidak Ada Yang Kebetulan Didunia Ini, Musibah & Nikmat Keduanya Adalah Ujian Dari Allah


Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman:

اِنَّا خَلَقْنَا الْاِ نْسَانَ مِنْ نُّطْفَةٍ اَمْشَاجٍ ۖ نَّبْتَلِيْهِ فَجَعَلْنٰهُ سَمِيْعًاۢ بَصِيْرًا

“Sungguh, Kami telah menciptakan manusia dari setetes mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), karena itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat.”

📚 (QS. Al-Insan 76: Ayat 2)

@quotephotovideo 🍄🍄🍄
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Video Quran
Surah Asy-Syu'aara سورة الشعراء
Qari Syeikh Hani Ar-Rifa'i

@quotephotovideo 🔈🔉🔊
Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala ali Sayyidina Muhammad 💚

Indahnya Hidup Memberi 🍃
Sebarkan Jika Bermanfaat 🥀

1. Empat Perkara

2. Perbaguslah Cara Mencari Rezeki

3. Kewajipan Anak Lelaki

4. Jom Selawat

5. Istighfar

6. Al-Baqarah ayat 255 ayatul Kursi

7. Penyakit hati yang paling berbahaya

@quotephotovideo 🍃🍃🍃
Barangsiapa memelihara solat 5 waktu tepat pada waktunya. Dan istiqamah dalam melaksanakannya, maka Allah akan memuliakannya dengan 9 kemuliaan, iaitu:

1. Dicintai Allah.
2. Tubuh yang selalu sihat.
3. Dijaga oleh malaikat.
4. Turun berkah pada rumahnya.
5. Akan nampak diwajahnya tanda-tanda orang soleh.
5. Allah akan melembutkan hatinya.
6. Akan melalui shirath (titian) secepat kilat.
7. Akan diselamatkan oleh Allah dari api neraka.
8. Allah akan menempatkannya beserta orang-orang yang tidak takut.
9. Tidak sedih.


[Sayyidina Uthman Bin Affan رضى الله عنه]

@quotephotovideo 🌸🌸🌸
Pesan abah💯

Didiklah anak perempuan kita untuk 'mahalkan' diri

1. Didik anak perempuan untuk merasa malu dengan aurat sendiri dan aurat orang lain

2. Didik anak perempuan untuk merasa cantik daripada dalaman bukan cuma cantik luaran

3. Didik anak perempuan untuk mencari cinta Pencipta daripada berharap untuk mencari cinta manusia

4. Didik anak perempuan untuk jadikan Al Quran sebagai pegangan dan rujukan harian

5. Didik anak perempuan untuk mengenal siapa mahram dan siapa bukan mahram bagi dirinya

6. Didik anak perempuan untuk menghargai dirinya sendiri lebih daripada cuba mencari penghargaan daripada manusia lain

7. Didik anak perempuan untuk menjaga maruah diri lebih daripada untuk menjaga hati orang yang baru dikenali

“Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.”

[HR Bukhari, Muslim dan at-Tirmizi]

#jommuhasabahdiri

@quotephotovideo 🐝🐝🐝
Sedih? - Al-Baqarah : 25

Berdosa? - Az-Zumar:53

Tertekan? - Ar-Rad: 28

Tidak dihargai? - Al-Insan : 22

Putus asa? - Yusuf : 87

Kesusahan? - Al-Insyirah:5

Kecewa? - Ali Imran : 139

Berharap? - At-Taubah :129

Setiap orang ada struggle yang berbeza.

Allah uji sebab kita semua mampu.

Percayalah, serumit apapun masalah, ia pasti ada jalan keluar.

Jangan lelah, jalani sahaja dengan tenang.

Allah pasti membantu.

@quotephotovideo 🍄🍄🍄
اَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيمِ

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

لا إلهَ إلاّ اللّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ الْمُبِين

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرِ

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ

لاَّ إِلَـهَ إِلاَّ أَنتَ سُبْحَـنَكَ إِنِّى كُنتُ مِنَ الظَّـلِمِينَ

وَأُفَوِّضُ أَمۡرِيٓ إِلَى ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَصِيرُۢ بِٱلۡعِبَادِ

ماشاء الله لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ

@quotephotovideo 📿📿📿
2024/10/06 18:27:37
Back to Top
HTML Embed Code: