Telegram Web Link
Allah Tempat Bergantung Dalam Segala Keadaan

Dalam kehidupan ini, kita sering diuji dengan pelbagai cabaran dan kesulitan.

Kadang-kala, hati kita seolah-olah tenggelam dalam lautan masalah yang tiada penghujung.

Namun, di saat-saat genting inilah kita perlu ingat bahawa Allah sentiasa ada untuk kita.

Kita mungkin merasa lemah, tetapi ketahuilah, kekuatan sebenar terletak pada keyakinan kita kepada Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Apabila ditimpa masalah, jadikan Allah sebagai tempat pertama yang kita tuju.

Dalam surah Al-Baqarah, ayat 286, Allah berfirman:

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

Ini menunjukkan bahawa setiap ujian yang datang adalah dengan kehendak-Nya, dan Dia mengetahui kemampuan kita lebih daripada kita sendiri.

Jangan biarkan hati kita tertunduk lesu, kerana Allah tidak pernah meninggalkan hamba-hamba-Nya.

Setiap ujian yang kita hadapi, walau seberat mana pun, jadikan ia peluang untuk kita mendekatkan diri kepada Allah.

Segala rasa gelisah yang hadir, hanya Allah mampu memberikan ketenangan yang sejati.

Dalam surah Ar-Ra’d, ayat 28, disebut: “Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.”

Maka, carilah ketenangan itu dalam zikir dan doa.

Tatkala kesedihan melanda, jangan sesekali merasa putus asa.

Ingatlah, kesedihan itu hanya sementara, dan di sebalik kesedihan ada hikmah yang tersembunyi.

Allah, dengan rahmat-Nya yang luas, sentiasa menjadi pendengar setia bagi setiap keluhan dan tangisan kita.

Sesungguhnya, Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.

Yakinlah, dalam setiap langkah hidup kita, Allah sentiasa bersama.

Hanya kepada-Nya kita berserah dan hanya kepada-Nya kita bergantung sepenuhnya.

Jangan pernah ragu, kerana pertolongan Allah itu dekat.

Semoga Allah merahmati sahabat dunia dan akhirat. Aamiin ya Allah. 😊

@quotephotovideo 🍄🍄🍄
🤍

‎۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

‘Allahumma salli ala sayyidina muhammad waala ali sayyidina muhammad’

Maksudnya: “Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad”

🕋🕋__

Sesiapa berselawat kepada Nabi Muhammad saw sekali Allah SWT berselawat kepadanya 10X.

memperoleh syafaat dan perlindungan, pembelaan dari Nabi Muhammad saw serta mendapat keampunan dari Allah SWT.

‎حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ
النَّصِيْرُ

‘Hasbunallah wanikmal wakil nikmal maula wanikman nasir’

Maksudnya: “Cukuplah Allah sebagai penolong kami, dan Allah sebaik-baik pelindung” Muhammad”

__�

@quotephotovideo
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Selagi mendirikan solat terasa beban, selagi itulah hidup akan terasa satu bebanan.

Hijrahkanlah solat kita, insyaAllah akan hijrahlah seluruh hidup kita.

Hayatilah makna dalam setiap bacaan, geraklaku dan rasa hati di dalamnya.

Jagalah solat,
Allah akan jaga kita."
In syaa Allah🌹

@quotephotovideo 🎯🎯🎯
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Lingkunganmu menentukan siapa dirimu.

Saat kita bayi, kita tidak pernah memandang dunia dengan kebencian atau rasa takut.

Kita melihat dunia dengan rasa ingin tahu dan kebahagiaan.

Namun, seiring berjalannya waktu, lingkungan sekitar mulai mempengaruhi kita.

Lingkungan yang dipenuhi oleh kritik, tekanan, atau pemikiran negatif dapat membentuk cara kita berpikir dan merasakan diri kita sendiri.

Namun, penting untuk diingat bahwa sifat negatif itu bukanlah bagian dari siapa kita sebenarnya.

Itu hanyalah cerminan dari apa yang kita serap dari luar.

Kita punya kendali penuh untuk mengubah pola pikir kita.

Dengan memilih lingkungan yang positif, menjaga hubungan dengan orang-orang yang mendukung, serta fokus pada hal-hal yang membuat kita berkembang, kita bisa melepaskan pengaruh negatif yang ada di sekitar kita.

Pada akhirnya, kita bisa kembali pada sifat dasar kita yang penuh dengan kebaikan, rasa ingin tahu, dan semangat.

Perubahan ini mungkin tidak mudah, tetapi semua memang terlihat sulit awalnya, namun ujungnya selalu menghasilkan kemudahan.

Kita hanya perlu mengingat bahwa kekuatan untuk berpikir positif dan berkembang selalu ada di dalam diri kita, menunggu untuk diaktifkan dengan keputusan dan tindakan yang tepat.

Pikiran yang sama hanya akan membuat Anda memiliki hasil yang sama. Maka untuk mendapat hasil yang berbeda, ubahlah pikiran Anda!

@quotephotovideo ♨️♨️♨️
Kenapa malas sembahyang...

Allah bagi jasad siap dengan bayang bayang
Bukankah beruntung daripada menjadi tiang
Berdiri tanpa roh malam dan siang

Kenapa malas sembahyang...

Kerja dah best keluarga pun senang
Negara pun dah aman takde perang
Takkan 5 minit 5 waktu tak boleh luang

Kenapa malas sembahyang...

Allah bagi otak, peringatan tak waktu selang
Allah bagi ilmu boleh fikir susah senang
Allah bagi nikmat tapi tak kenang...

Kenapa malas sembahyang...

Kena ingat umur kita bukan panjang
pagi sihat petang nanti boleh kejang
nanti dalam kubur kena seksa seorang sorang

Kenapa malas sembahyang...

Main bola sanggup sampai petang
Beli tiket konsert sanggup beratur panjang.

YA Allah aku takut neraka mu tapi ku tak layak kesyurgamu.
Sedar pun

Kenapa malas sembahyang...

Seksa akhirat cubalah bayang
Perjalanan di sana terlalu panjang
Janji Allah itu pasti takde boleh halang

Sembahyanglah sebelum tiba hari disembahyangkan.

ASTAGHFIRULLAHAL,AZIM

SUBHANALLAH
ALHAMDULILLAH
ALLAHHUAKBAR

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ


@quotephotovideo 🌿🌿🌿
Merasa diri tiada cela itulah tanda diri penuh cela..

Merasa diri tiada berdosa itulah tanda tenggelam dalam dosa.

Merasa diri serba sempurna itulah tanda diri serba kekurangan.

Biar merasa diri penuh cela supaya hilang rasa ujubnya

Biar merasa diri sentiasa berdosa supaya menjadi banyak taubatnya.

Biar merasa diri serba kekurangan ketika itulah Allah memberi kaya hatinya.


Ustaz Hj Jafri Abu Bakar Mahmoodi

@quotephotovideo 🐞🐞🐞
Jika nasi mampu membuatmu
kenyang di saat kamu lapar,

Semoga solatmu mampu membuat
tenang di saat kamu gelisah.


@quotephotovideo 🍂🍂🍂
Sesiapa yang memperbanyakkan SELAWAT ke atas Nabi Muhammad SAW akan dijamin banyak perkara, antaranya:

1. Dicukupkan keperluan mereka.
2. Doa lebih mudah dimakbulkan.
3. Dekat dengan Nabi ﷺ di hari kiamat.
4. Dipermudahkan rezeki mereka.

Dan banyak lagi kelebihan dan fadhilat yang akan kita dapat.

Semoga Allah SWT menjadikan kita termasuk orang-orang yang sentiasa melimpahkan selawat ke atas Kekasih-Nya ﷺ

1. Selawat Badriyah
2. Selawat Tafrijiyah  2  3 4 5
3. Selawat Azimiyah
4. Selawat Badar 2
5. Selawat Sa'adah  2  3 4
6. Selawat Nariyah
7. Selawat Adnani  2
8. Selawat Nuril Mubin 2
9. Selawat Syifa'
10. Sholatullah Salamullah
11. Lakum Busyro
12. Assholaatu 'Alannabi
13. Syi'ir Tawasul Al-Rifa'ie
14. Selawat Asyghil
15. Selawat Muzhibil Lin Nisyan
16. Selawat Munjiyat
17. Selawat Huwannur 2
18. Selawat Jibril

BazliUNIC
📍Hasbi Rabbi
📍Selawat Tafrijiyah
📍Selawat Badar

Selawat01  Selawat02  Selawat03 Selawat04  Selawat05 Selawat06
Selawat07 Selawat08 Selawat09
Selawat10 Selawat11

Salam JUMAAT
Selawat Ibrahimiyyah 2
Selawat Maulidur Rasul

@quotephotovideo 🌺🌸🌼
Lelaki,

Kalau korang tau macam mana tajamnya pandangan korang,,,

Peti besi kat bank pun korang boleh tembus kira duit berapa juta dalam tu.

Lokasi Dragon ball kat planet Namek pun korang boleh tau kat mana.

Apatah lagi sehelai kain yang membaluti tubuh seorang wanita!

Sebab tu Allah wajibkan tundukkan pandangan!

Supaya iman korang sentiasa terpelihara!

Wanita,

Kalau korang tau macam mana mata lelaki berfungsi,,,

Korang tak kan berani buka aurat,
Korang tak kan berani pakai tudung singkat,
Korang tak kan berani berpegangan tangan dengan lelaki,
Korang tak kan berani lalu depan lelaki.

Kalau boleh nak sediakan jarak sebesar tembok besar China.
Kalau boleh nak letak peluru berpandu, machine gun, bom atom, laser kat siapa-siapa yang cuba nak curi pandang korang.

Sebab korang seindah-indah ciptaan Allah!

Sebab tu juga Allah kurniakan sifat malu kat korang.

Sebab tu juga Allah suruh tutup seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan.

Sebab maruah yang ada pada diri korang tu, lebih bernilai dari dunia dan seluruh isinya!

@quotephotovideo ♨️♨️♨️
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Video Quran
Surah Al-Furqan سورة الفرقان
Qari Yusuf Othman

@quotephotovideo 🔈🔉🔊
MasyaAllah 🥲 Semoga kita semua terpilih mendapat syafaat baginda Rasulullah SAW. Aamiin ya mujib. 🤲🏻

Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala ali Sayyidina Muhammad 💚

Indahnya Hidup Memberi 🍃
Sebarkan Jika Bermanfaat 🥀

@quotephotovideo 🎯🎯🎯
KUNCI KEHIDUPAN

Mungkin kita tahu, hidup ini tidaklah seindah pelangi.

Adakalanya kita berada dalam satu warna dalam bentuk kesedihan.

Ada warna lain dalam bentuk kebahagiaan.

Semua adalah khiasan warna cubaan dari-Nya.

Hidup ini adalah aturan ALLAH, maka kunci kehidupan bagi kita
adalah...

▪️Bersyukur walaupun kekurangan.
▪️Ikhlas walaupun tidak rela.
▪️Taat walaupun berat.
▪️Memahami walaupun tidak sehati.
▪️Setia walaupun banyak godaan.
▪️Memberi walaupun tidak seberapa.
▪️Mengasihi walaupun disakiti.
▪️Tenang walaupun gelisah. Dan,
▪️Percaya walaupun sulit.

Kerana kita yakin Allah senantiasa ada disamping kita, inshaAllah...

Aamiin.

@quotephotovideo 🐝🐝🐝
Allah memberi kedewasaan tatkala ditimpa masalah.

Allah mendidik kesabaran melalui keperitan.

Allah tidak pernah ambil apa yang kita sayang kecuali menggantikannya dengan yang lebih baik.

Maka itu ketika bersedih...

Pilihlah untuk tenang...
Walau kita memiliki seribu satu alasan untuk berdukacita.

Pilihlah untuk bangkit...
Walaupun kita telah berkali-kali jatuh dan berasa malu.

Pilihlah untuk sabar dan redha...
Walau kita punya sejuta alasan untuk berasa kecewa.

Senyum dan berbahagialah, walau hati diruntun pilu.

Apa yang berlaku dalam kehidupan kita Allah sudah tetapkan.

Allah ada perancangan yang indah untuk kita.

Lakaran hidupmu adalah yang paling baik..buatmu!

Bersangka baiklah dengan aturan Allah.

Kerana aturan Allah itu cukup indah.

Alhamdulillah ♥️

@quotephotovideo 🌾🌾🌾
DOA BANGUN TIDUR

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرِ


“Alhamdullillahilladzi ahyaanaa bada maa amaatanaa wa ilaihin nushur”

Segala puji bagi Allah, yang telah membangunkan kami setelah menidurkan kami dan kepada-Nya lah kami dibangkitkan

🩷 Doa Pagi

❤️ Doa agar Allah Perbaiki Setiap Urusan

🧡 Allahumma Afini

💛 Doa Rezeki tak Putus

💚 Doa Pagi - Hijjaz

🩵 Doa Memohon 'Afiyah

💙 Zikir Pagi

💜 Zikir Pagi - Allahumma Bika Ash Bahnaa

@quotephotovideo 🤗😊🙂
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمَ

لا إلهَ إلاّ اللّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ الْمُبِين

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرِ

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ

لاَّ إِلَـهَ إِلاَّ أَنتَ سُبْحَـنَكَ إِنِّى كُنتُ مِنَ الظَّـلِمِينَ

وَأُفَوِّضُ أَمۡرِيٓ إِلَى ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَصِيرُۢ بِٱلۡعِبَادِ

ماشاء الله لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ

@quotephotovideo 📿📿📿
آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آمَنَ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنتَ مَوْلَانَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

•••┈••••○❁🍃💙🍃❁○••••┈•••

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لا إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَااسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإنَّهُ لا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ

•••┈••••○❁🍃🧡🍃❁○••••┈•••

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي العَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

@quotephotovideo 📿📿📿
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنزَلَ عَلَىٰ عَبْدِهِ الْكِتَابَ وَلَمْ يَجْعَل لَّهُ عِوَجًا

قَيِّمًا لِّيُنذِرَ بَأْسًا شَدِيدًا مِّن لَّدُنْهُ وَيُبَشِّرَ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا حَسَنًا

مَّاكِثِينَ فِيهِ أَبَدًا

وَيُنذِرَ الَّذِينَ قَالُوا اتَّخَذَ اللَّهُ وَلَدًا

مَّا لَهُم بِهِ مِنْ عِلْمٍ وَلَا لِآبَائِهِمْ كَبُرَتْ كَلِمَةً تَخْرُجُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ إِن يَقُولُونَ إِلَّا كَذِبًا

فَلَعَلَّكَ بَاخِعٌ نَّفْسَكَ عَلَىٰ آثَارِهِمْ إِن لَّمْ يُؤْمِنُوا بِهَٰذَا الْحَدِيثِ أَسَفًا

إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَّهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا

وَإِنَّا لَجَاعِلُونَ مَا عَلَيْهَا صَعِيدًا جُرُزًا

أَمْ حَسِبْتَ أَنَّ أَصْحَابَ الْكَهْفِ وَالرَّقِيمِ كَانُوا مِنْ آيَاتِنَا عَجَبًا

إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوا رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

┅══•❃✽✿❁️♡🌸♡❁☘️✿✽❃•══┅

الَّذِينَ كَانَتْ أَعْيُنُهُمْ فِي غِطَاءٍ عَن ذِكْرِي وَكَانُوا لَا يَسْتَطِيعُونَ سَمْعًا

أَفَحَسِبَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَن يَتَّخِذُوا عِبَادِي مِن دُونِي أَوْلِيَاءَ إِنَّا أَعْتَدْنَا جَهَنَّمَ لِلْكَافِرِينَ نُزُلًا

قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُم بِالْأَخْسَرِينَ أَعْمَالًا

الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا

أُولَٰئِكَ الَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِ رَبِّهِمْ وَلِقَائِهِ فَحَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فَلَا نُقِيمُ لَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَزْنًا

ذَٰلِكَ جَزَاؤُهُمْ جَهَنَّمُ بِمَا كَفَرُوا وَاتَّخَذُوا آيَاتِي وَرُسُلِي هُزُوًا

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ كَانَتْ لَهُمْ جَنَّاتُ الْفِرْدَوْسِ نُزُلًا

خَالِدِينَ فِيهَا لَا يَبْغُونَ عَنْهَا حِوَلًا

قُل لَّوْ كَانَ الْبَحْرُ مِدَادًا لِّكَلِمَاتِ رَبِّي لَنَفِدَ الْبَحْرُ قَبْلَ أَن تَنفَدَ كَلِمَاتُ رَبِّي وَلَوْ جِئْنَا بِمِثْلِهِ مَدَدًا

قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يُوحَىٰ إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا

@quotephotovideo 🌹🌹🌹
261 of 365 🗓 SELASA 💕 13 RABIUL AWAL 1446H 17 SEPTEMBER 2024

 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Bismillahirrahmanirrahim 🌹

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.

Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya

••✾•◆❀◆•✾••┈•┈┈••✾•◆❀◆•✾••┈

#AllahjagaKita..😘
#PrayertoremoveCovid19... 🇲🇾

Ringankan Beban, Allah Mudahkan Segala Urusan

Hidup ini umpama perjalanan yang penuh liku, ada saatnya kita diuji dengan kesusahan dan ada ketikanya kita diberi nikmat yang melimpah.

Dalam menempuh semua itu, Allah mengajar kita untuk tidak hanya memikirkan diri sendiri tetapi juga memandang mereka di sekeliling.

Setiap kali kita memudahkan urusan orang lain, Allah dengan kasih sayang-Nya akan memudahkan urusan kita juga, meskipun kita tidak menyedarinya.

Dalam Al-Quran, Allah berfirman:

"Dan tolong-menolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan takwa, dan janganlah kamu tolong-menolong dalam perkara dosa dan permusuhan." (Surah Al-Maidah, ayat 2)

Ayat ini jelas menunjukkan betapa pentingnya sikap tolong-menolong dalam kehidupan.

Apabila kita melihat seseorang yang dalam kesusahan, itu bukan sekadar ujian buat mereka, tetapi juga peluang buat kita untuk menghulurkan bantuan.

Dengan menolong, kita sebenarnya sedang menjalani ujian dari Allah, menguji sejauh mana kita mampu meringankan beban saudara seagama kita.

Bantuan yang dihulurkan tidak semestinya besar, kadangkala sekadar senyuman atau nasihat yang baik sudah cukup untuk mengubah hari seseorang.

Ingatlah, setiap kebaikan yang kita lakukan, walau sekecil mana sekalipun, akan dinilai oleh Allah.

Bukankah Rasulullah SAW pernah bersabda, "Barang siapa yang memudahkan urusan saudaranya di dunia, Allah akan memudahkan urusannya di akhirat"?

Bersikap ikhlas dalam membantu, kerana hati yang tulus lebih berharga daripada harta.

Jika kita permudahkan hidup orang lain dengan niat kerana Allah, pasti Allah akan hadirkan kemudahan yang tidak kita jangka.

Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui dan Maha Penyayang terhadap setiap hamba-Nya.

Teruslah berbuat baik, kerana dalam setiap kebaikan yang kita hulurkan, ada sinar keberkatan yang menanti di hujung jalan.

SEMOGA BERMANFAAT 🥰

•══◎◎♡◎◎══•

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin.

🎋سبحان الله 🌻الحمد لله🌺لا اله إلا الله 🌼الله اكبر

@quotephotovideo 🌸🌸🌸
47K903
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Kemanisan Iman


عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ

Daripada Anas bin Malik dari Nabi SAW, baginda bersabda:

"Tiga perkara yang apabila ada pada diri seseorang, ia akan mendapatkan manisnya iman: Dijadikannya Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya dari selain keduanya. Jika ia mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah. Dia benci kembali kepada kekufuran seperti dia benci bila dilempar ke neraka"

(HR Bukhari No: 15)
Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Tiga perkara jika dimiliki akan menjadikan seseorang mendapat kemanisan iman:

a.  Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai dari segala-galanya di dunia.

b.  Mencintai seseorang hanya kerana Allah.

c.  Tidak suka kembali kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkannya, sebagaimana ia tidak mahu untuk dicampakkan ke dalam api neraka.

2.  Mencintai Rasulullah SAW mewajibkan adanya penghormatan, ketundukan dan mengikuti serta mencontohi apa yang dilakukan oleh baginda (mengagungkan sunnahnya).

Allah berfirman:

قُلۡ إِن كُنتُمۡ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِي يُحۡبِبۡكُمُ ٱللَّهُ وَيَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡۚ وَٱللَّهُ غَفُورٞ رَّحِيمٞ ٣١

“Katakanlah: ‘Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah akan mencintai kamu dan mengampuni dosa-dosamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.’” [Ali ‘Imran: 31]

Ibnu Katsir ketika menafsirkan ayat ini menyatakan: “Ayat ini adalah pemutus hukum bagi setiap orang yang mengaku mencintai Allah namun tidak mahu menempuh jalan yang dilalui Rasulullah SAW, maka orang itu dusta dalam pengakuannya sehinggalah ia mengikuti syariat dan agama yang dibawa Rasulullah SAW dalam semua ucapan dan perbuatannya.”

3.  Di antara tanda cinta kepada Rasulullah SAW adalah dengan mengamalkan Sunnahnya, menghidupkan, dan mengajak kaum Muslimin untuk mengamalkannya, serta berjuang membela As-Sunnah dari orang-orang yang mengingkari As-Sunnah dan melecehkannya. Termasuk cinta kepada Nabi SAW adalah menolak dan mengingkari semua bentuk bid’ah yang menyesatkan.

4.  Mencintai seseorang adalah semata-mata kerana Allah. Ibnul Qayyim al-Jauziyyah berkata:

“Setiap kecintaan dan pengagungan kepada manusia hanya dibolehkan dalam rangka mengikuti kecintaan dan pengagungan kepada Allah. Mencintai dan mengagungkan Rasulullah SAW  adalah penyempurnaan kecintaan dan pengagungan kepada Allah”.

Rabiul Awal, bulan yang mengingatkan kita kepada kelahiran Nabi Muhammad SAW. Marilah kita menunjukkan kecintaan kepada Nabi SAW.

13hb Rabiul Awal 1446H
17hb September 2024


@quotephotovideo 📚📚📚
Tadabbur Kalamullah 13 Rabiul Awwal 1446H

مُّحَمَّدࣱ رَّسُولُ ٱللَّهِۚ

"Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah.." [Surah al-Fatḥ 29]

#Masuk bulan Rabiulawal setiap tahun, umat Islam di seluruh dunia memperingati kelahiran Rasulullah saw yang telah berjuang dan berkorban menyebarkan ajaran Islam kepada umat manusia yang ketika itu hidup dalam kegelapan dan disambung sebarannya oleh para pewarisnya pada setiap zaman.

#Jom kenali salasilah keturunan nabi kita, Nabi Muhammad saw.

#Nama baginda, Sayidina Muhammad bin Abdillah bin 'Abd al-Mutallib عَبْدِ المُطَّلِبِ (nama 'Abd al-Muttalib ialah Syaibah) bin Hashim هاشم (nama Hashim ialah 'Amr عمرو) bin 'Abd Manaf (nama 'Abd Manaf ialah al-Mughirah) bin Qusyai قصي (nama Qusyai ialah Zaid) bin Kilab كِلاَبِ bin Murrah مُرَّةَ bin Ka'ab كَعْبِ bin Luaiy لُؤَيِّ bin Ghalib غَالِبِ bin Fihrin فِهْرِ bin Malik bin al-Nadhar النضر bin Kinanah كنانة bin Khuzaimah خزيمة bin Mudrikah مدركة (nama Mudrikah ialah 'Amir عامر) bin Ilyas إِلْيَاسَ bin Mudhar مُضَرَ bin Nazar نزَارِ bin Ma'addin مَعَدِّ bin 'Adnan عدنان. 

#Adnan ini daripada Nabi Ismail bin Ibrahim Alaihissalam dengan sepakat semua para ulamak.

#Para ulamak berbeza pandangan antara Adnan dengan Nabi Ismail ada berapa nama. Ada di kalangan ulamak yang  mengatakan terdapat tujuh nama lagi, ada yang mengatakan sembilan, ada yang menyebut 15 nama, bahkan ada pandangan yang mengatakan ada 40 nama. Selain itu mereka juga berbeza dalam menentukan nama-nama tersebut

#Abu 'Umar Ibn 'Abd al-Barr berkata: "Berdasarkan para imam dalam bidang ini, beliau (nasab Adnan) ialah:

عَدْنانُ بْنُ أُدَدِ بْنِ مُقَوِّمِ بْنِ ناحُورَ بْنِ تَيْرَحِ بْنِ يَعْرُبَ بْنِ يَشْجُبَ بْنِ نابِتِ بْنِ إسْماعِيلَ بْنِ إبْراهِيمَ الخَلِيلِ بْنِ آزَرَ واسْمُهُ تارَحُ بْنُ ناحُورَ بْنِ سارُوغَ بْنِ راغُو بْنِ فالَخَ بْنِ عَيْبَرَ بن شالخ بن أَرْفَخْشَذ بن سام بن نُوحٍ -عَلَيْهِ السَّلامُ- بْنِ لَمَّكِ بْنِ مَتُّوشَلَخَ بن خنوخ، وهو إدريس -عليه السلام- بن يَرْدَ بْنِ مِهْلِيلَ بْنِ قَيْنَنَ بْنِ يانِشَ بْنِ شِيثَ بْنِ آدَمَ أبِي البَشَرِ -عَلَيْهِ السَّلامُ

'Adnan bin Udad bin Muqawwim bin Nahur bin Tairah bin Ya'rub bin Yasyjub bin Nabit bin Ismail bin Ibrahim al-Khalil bin Azar, namanya Tarah bin Nahur bin Sarugh bin Raghu bin Falakh bin 'Aibar bin Syalikh bin Arfakhsyaz bin Sam bin Nuh AS bin Lammak bin Mattusyalakh bin Khanukh, iaitulah Nabi Idris bin Bard bin Mihlil bin Qainan bin Yanisy bin Syith bin Adam, bapa manusia.  Inilah yang dipegang oleh Muhammad bin Ishak di dalam kitab sirahnya. Namun kata Ibn Sa'ad: "Sepatutnya kita diam (tidak membicarakan) nama siapa selepas 'Adnan sehingga ke Ismail." (Lihat al-Siyar oleh az-Zahabi)

#Kata Imam Ibn Hibban RH:

نسبة رسول الله صلى الله عليه وسلم تصح إلى عدنان، وما وراء عدنان فليس عندي فيه شيء صحيح أعتمد عليه

"Nasab Rasulullah saw sahih sehingga Adnan. Adapun selepas Adnan tiada di sisiku sesuatu yang sahih yang dapat aku berpegang kepadanya" (Lihat: al-Sirah al-Nabawiyyah Wa Akhbar al-Khulafa')

#Nasab keturunan Baginda saw merupakan nasab keturunan yang paling mulia dalam masyarakat ketika itu, datuk nenek Baginda terdiri daripada orang-orang yang menjaga kesucian diri dan keturunan Baginda berpindah daripada tulang-tulang sulbi mereka kepada rahim-rahim yang suci, dengan jalan perkahwinan serta tidak pernah dicemari dengan perbuatan kotor (zina).
 
#Allah swt telah memilih Nabi Muhammad sebagai pembawa petunjuk, dan Nabi Muhammad adalah daripada kalangan mereka yang paling tinggi kedudukannya, terhormat dan disegani dalam kalangan masyarakat ketika itu, iaitu kabilah Quraisy.

#Tempat kelahiran Baginda di bumi Mekah, iaitu di rumah Abu Talib yang terletak didalam perkampungan Bani Hashim. Baginda dilahirkan pada tahun Gajah, iaitu tahun ketika berlakunya pencerobohan tentera bergajah Abrahah al-Ashram terhadap Mekah.

Baginda saw adalah Rasulullah, insan terpilih dan sebaik-baik makhluk di alam ini. Jom selawat!!

🐊Ust naim

@quotephotovideo 📚📚📚
2024/10/03 11:21:55
Back to Top
HTML Embed Code: