Telegram Web Link
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Bersama Dengan Orang Yang Dicintai


عَنْ أَبِي وَائِلٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ الْمَرْءُ مَعَ مَنْ أَحَبَّ

Daripada Abu Wa`il dari Abdullah dari Nabi SAW bahawa baginda bersabda:

"Seseorang akan bersama dengan orang yang dicintainya."

(HR Bukhari No: 5702)
Status: Hadis Sahih


Pengajaran:

1.  Orang yang "mencintai" seseorang akan sentiasa bersama dengan orang yang "dicintai".

2.  Ibnu Hajar menjelaskan: sesungguhnya kita akan bersama dengan orang yang kita cinta, sentiasa akan didekatkan dengan orang yang dicintai malah kita akan  termasuk dalam golongan yang dicintai.

3.  Cintailah orang yang soleh kerana seseorang akan dibangkitkan di hari kiamat bersama dengan orang yang dicintai.

4.  Ibnu Battal dalam Syarah Sahih Al-Bukhari, hlm. 9/333, menyatakan: Ketika seorang mencintai orang yang soleh, di mana dia mencintai mereka kerana ketaatan mereka pada Allah sedang cinta itu merupakan perbuatan hati dan keyakinan hati maka Allah memberi pahala padanya sebagaimana pahala orang soleh yang dicintainya. Kerana niat itu adalah yang asal sedang amal itu mengikuti niat.


قِيلَ لِلنَّبِىِّ صلى الله عليه وسلم الرَّجُلُ يُحِبُّ الْقَوْمَ وَلَمَّا يَلْحَقْ بِهِمْ قَالَ الْمَرْءُ مَعَ مَنْ أَحَبَّ

Ada yang berkata pada Nabi SAW, ‘Ada seseorang yang mencintai suatu kaum, namun ia tidak pernah berjumpa dengan mereka.’ Nabi SAW  lantas bersabda, ‘Setiap orang akan dikumpulkan bersama orang yang ia cintai.’” (HR Muslim  no:  2640) Status: Hadis Sahih.

5.  Orang yang cinta kepada Rasulullah SAW, ia akan tetap dapat bersama Rasulullah SAW memasuki Syurga walaupun tingkatan syurganya berbeza (Fathul Bari, 10: 555).

6.  Cinta kepada Rasulullah SAW adalah dengan sentiasa mencontohi, mengikuti dan mentaati perintah dan larangan. Perbuatan tersebut akan menatijahkan kecintaan Rasulullah SAW kepada kita walaupun kita tidak pernah menemui baginda.

Rabiul Awal, bulan yang mengingatkan kita kepada kelahiran Nabi Muhammad SAW. Marilah kita menunjukkan kecintaan kepada Nabi SAW. Dalam kita membina kehidupan di negara tercinta ini, kita mengharapkan kebahagiaan hidup ini bukan hanya di dunia malah juga di akhirat nanti. Justeru jadikanlah Rasul serta orang-orang soleh sebagai qudwah untuk kita contohi dan cintai. Moga kita akan bersama mereka di Syurga nanti.

08hb Rabiul Awal 1446H
12hb September 2024


@quotephotovideo 📚📚📚
Tadabbur Kalamullah 8 Rabiul Awwal 1446H

وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّبَاتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَائِثَ

"Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk" [Surah al-A’raf  157]

#Yang dimaksudkan dengan الطَّيِّبَاتِ (at-Thoyyibat) ialah lazat, enak, tidak membahayakan, bersih atau halal (Lihat: Fathul Bari, Ibnu Hajar]

#Sedangkan maksud الْخَبَائِثَ (al-Khabaits) ialah sesuatu yang menjijikan, berbahaya dan haram. Sesuatu yang menjijikan seperti barang-barang najis, kotoran atau haiwan-haiwan seperti ulat, kumbang, cengkerik, tikus, cicak, kalajengking, ular dan sebagainya sebagaimana pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam as-Syafi’i. (Lihat: al-Mughni, Ibnu Qudamah)

#Sesuatu yang membahayakan seperti racun, dadah beserta aneka jenisnya, rokok dan sebagainya. Adapun makanan haram seperti arak, babi, bangkai, darah, yang disembelih untuk selain Allah dan sebagainya.

وَقَدْ فَصَّلَ لَكُمْ مَا حَرَّمَ عَلَيْكُمْ إِلَّا مَا اضْطُرِرْتُمْ إِلَيْهِ

"Sesungguhnya Allah telah menjelaskan kepada kamu apa yang diharamkanNya atasmu, kecuali apa yang terpaksa kamu memakannya" [Surah al-An’am 119]

#Sebagaimana kita maklum bahawa makanan mempunyai pengaruh yang kuat bagi diri orang yang memakannya. Ini bererti makanan yang halal, bersih dan baik akan membentuk jiwa yang suci dan jasmani yang sihat. Sebaliknya, makanan yang haram akan membentuk jiwa yang keji dan kebinatangan. Oleh kerana itulah, Islam memerintahkan kepada kita semua untuk memilih makanan yang halal serta menjauhi makanan yang haram.

#Saat ini kita melihat sebahagian daripada manusia telah mengabaikan keprihatinan mereka terhadap status makanan dan minuman yang diambil, sama ada ia betul-betul halal atau sebaliknya. Malah yang mereka pentingkan ialah kelazatannya, tanpa mempedulikan tentang kesan-kesan yang akan dihadapinya.

#Sebab itulah kebelakangan ini timbul isu tentang logo halal. Ada yang mempertikaikan kewajarannya. Ada yang anggap ianya menyusahkan, membebankan dan pelbagai lagi alasan. Yang mempertikaikannya di kalangan orang bukan Islam, malah ada juga di kalangan orang Islam. Sedangkan mencari yang halal itu adalah fardhu bagi seluruh umat Islam.

#Sabda Rasulullah saw: "Mencari yang halal itu adalah wajib bagi setiap orang Islam" (HR Ibnu Abdil Barr)

#Sabda Rasulullah saw lagi: "Sesungguhnya yang halal itu terang (jelas), dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat perkara-perkara yang syubhah (yang tidak terang halal atau haramnya) yang tidak diketahui oleh manusia. Orang yang memelihara dirinya daripada perkara syubhah itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatannya dirinya" (HR al-Bukhari dan Muslim)

Ingatlah, Islam sangat menitikberatkan tentang soal halal dan haram dengan sangat teliti. Ia bukan sahaja berkaitan dengan pemakanan, malah soal pemakaian dan pekerjaan juga turut diambil kira. Ini penting dalam menjaga keselamatan umat Islam itu sendiri dan demi mendapat keredhaan Allah di atas setiap urusan kehidupan yang kita lakukan

🐊Ust naim

@quotephotovideo 📚📚📚
JANGAN LUPAKAN DOA UNTUK KAUM MUSLIMIN DI PALESTINA

Syaikh Dr. Shalih bin Abdillah bin Hamd Al-‘Ushaimi hafizhahullahu ta‘ala mengatakan:

الدعاء من حقوق الإخاء: اللهم اجعل للأقصى و أهله فرجًا، و اكفِ المسلمين شرَّ الأشرار، و كيد الفجَّار.

“Doa itu merupakan hak persaudaraan :

'Ya Allaah berikanlah jalan keluar bagi Al-Aqsha dan penduduknya, serta lindungilah seluruh kaum muslim dari keburukan orang-orang jahat dan makar para pendosa'.”


#savepalestine🇵🇸
#alaqsa
#alaqsamosque

Semoga hari ini lebih baik dari semalam

Aamiin Ya Allah Ya Mujib 🤲🏻😭

☪️  TARIKH ISLAM ☪️
🌙  08 RABIUL AWAL 1446H
🗓  12 SEPTEMBER 2024
📌  KHAMIS

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

اعوذبا الله من الشيطان الرجيم

بِسْــــــــــــــمِے اللّٰهِےالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْــــــــــــــمِے🌹

👉 Bersamalah dengan ALLAH,
ALLAH akan menjagamu...
👍

@quotephotovideo 💖💖💖
Khamis, 08 Rabiul Awal  1446H ~

QUOTES, PHOTO & VIDEO hari ini...

tasbih | tahmid | tahlil | takbir

سُبْحَانَ اللهِ وَالحَمْدُ للهِ وَلاَإِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ

subhanallah
walhamdu lillah
wa laa ilaha illallah
wallahu akbar


Semoga hari ini lebih baik dari semalam

♨️ Al-Quranul Karim

📖 Ayat² AL-QURAN

📗 Surah Al-Fatihah
    🎧 Surah Al-Mulk

📀 Video QURAN

🎬 Murottal Al-Quran

📿 Koleksi Selawat

🎯 Tahajud & Subuh

🔊 Halwa TELINGA & KALBU

🎨 Koleksi Photo

•••••••••✿❃❃•⭑•❃❃✿•••••••••

M U H A R R A M    S A F A R

R A B I U L  A W A L  1446H

Is   Se   Ra   Kh   Ju   Sa   Ah
                      01   02   03   04
05  06   07   08   09   10   11
12  13   14   15   16   17   18
19  20   21   22   23   24   25
26  27   28   29

Aamiin Ya Allah Ya Mujib 🤲🏻😭

sambung di comments 👇

Selamat Pagi ~ Good Morning ~ Awali Hari Dengan Bismillah

Today…. 🩷 ~ Be Kind ~ Be in Love ~ Have Hope

Selamat Datang bulan Rabiul Awal

     ○ 5 Keistimewaan bulan Rabiul Awal

     ○ 6 Keutamaan bulan Rabiul Awal

     ○ Sepanjang bulan Rabiul Awal

④  Know Your Priority

Jom kenali Rasulullah 💕

     ○ Biodata NABI MUHAMMAD S.A.W

     ○ Akhlak Rasulullah 01 02

Panduan Solat atas Kapal Terbang

Doa Mohon Petunjuk, Ketaqwaan, Iffah, dan Kekayaan

Renungan Bersama

Keutamaan Solat Dhuha

Penyebab Kerasnya Hati

Apa yang Allah swt suka

Teruslah meminta Hidayah

Ketika kita Menjauhi Dosa Besar

Perbanyak Sujud dan Perbanyak Solat

Adab Berdoa

     ○ Doa Ibu BapaDoa Untuk Sihat

     ○ Circle yang Baik

     ○ Sayyidul Istighfar

     ○ Bismillah 5

     ○ Hari Putih Rabiul Awal

     ○ Doa untuk Mayit

     ○ Zikir Penenang Hati

     ○ Ayat 1000 Dinar

     ○ Bahaya meninggalkan solat Subuh

     ○ Larangan Menzalimi Pekerja

     ○ 7 Nasihat untuk Hati

┅═•❃✽✿❁️♡🌸♡❁☘️✿✽❃•═┅

Salam  ZOHOR, ASAR & MAGHRIB

Zikir  01 02 03 04 05 06 07 08 09 10

Asmaul Husna

🇲🇾 Waktu Solat Bandar Utama

Hidup itu singkat, maka nikmatilah
Akhirat itu panjang, maka persiapkanlah


@quotephotovideo 💝💐🙂
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
"MENINGGALKAN KEBURUKAN LEBIH UTAMA DARI MEMBURU KEBAIKAN"

📕 Seorang hamba tidak harus melakukan semua kebaikan, tetapi harus meninggalkan semua keburukan.

📒 Siapa meninggalkan keburukan, ia pasti berada di dalam kebaikan, namun tak setiap pelaku kebaikan berada di dalam kebaikan.

📗 Kebaikan biasanya bercampur baur dengan keburukan, sementara keburukan seluruhnya buruk.


@quotephotovideo 🎉🎉🎉
Kalau betul kita islam, solatlah.
Kalau betul nak berubah, solatlah.
Kalau betul cinta Allah Azza Wa Jalla, solatlah.

Kalau nak dapat kekuatan, solatlah.
Kalau nak berjaya, solatlah.
Kalau nak kebahagiaan, solatlah.

Solat itu lama-kelamaan akan menghakis
" JAHILIAH " dalam diri kita.

Kawan...

Solatlah, jangan sesekali tinggalkan solat dengan sengaja.

Jika kita pernah tinggalkan solat, taubatlah dengan " TAUBAT NASUHA " , kemudian qadha' lah kembali solat yang kita telah tinggalkan, dan jangan ulangi lagi.

Moga Allah Subhanahu Wa Ta'ala masukkan kita ke dalam golongan org2 yang mendirikan solat..

Aamiin Ya Rabbal Alaamiin
🤲🏼🌹

@quotephotovideo 🍄🍄🍄
Menghadapi Kematian dengan Kesedaran dan Doa

Dalam kehidupan yang singkat ini, kita sering terhanyut dalam kesibukan memikirkan masa depan sehingga lupa tentang hakikat kematian yang semakin mendekati.

Nafas yang dihirup setiap detik membawa kita selangkah lebih dekat kepada janji Allah yang pasti – iaitu kematian.

Allah SWT telah berfirman dalam surah Ali Imran, ayat 185:

"Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati, dan hanya pada hari kiamatlah diberikan dengan sempurna balasan kamu."

Ayat ini jelas mengingatkan kita bahawa hidup di dunia hanyalah sementara.

Kita tidak akan pernah tahu bagaimana pengakhiran hidup kita.

Namun, sebagai hamba-Nya, kita sentiasa dianjurkan untuk berdoa dan memohon agar Allah mengurniakan pengakhiran yang baik, iaitu husnul khatimah.

Doa merupakan senjata paling ampuh bagi umat Islam, dan kekuatan doa itu milik setiap hamba Allah.

Justeru, amalan berdoa secara istiqamah sangat penting bagi mempersiapkan diri menghadapi hari yang tidak dapat dielakkan ini.

Antara janji Allah yang belum kita lalui adalah kematian.

Namun syarat untuk mati bukanlah sakit, tetapi hidup.

Setiap yang hidup pasti akan mati, dan itu adalah ketetapan yang tidak boleh kita hindari.

Betapa pentingnya untuk kita sentiasa mengingati kematian sebagai motivasi untuk memperbaiki diri, memperbanyakkan amal soleh, dan sentiasa bersedia.

Semoga kita semua diberi pengakhiran yang baik dan dirahmati oleh Allah SWT.

Doa yang diriwayatkan oleh Ibn Hibban:

“Ya Allah, perbaikilah kesudahan segala urusan kami serta lindungilah kami daripada kenistaan hidup di dunia dan seksaan hidup di akhirat.”

Amalkanlah doa ini dan mohonlah kepada Allah agar kita mendapat pengakhiran yang mulia.

Hidup kita adalah ujian, dan kematian adalah pintu menuju kehidupan yang abadi.

Maka, marilah kita mempersiapkan diri sebaik mungkin agar kelak kita kembali kepada-Nya dalam keadaan redha dan diredhai.

@quotephotovideo 🐾🐾🐾
Tak peduli apapun yg terjadi dalam hidup mu, Solat lah!

Tak peduli sebesar apapun dosa mu, Solat lah!

Tidak ada celah sedikitpun untuk meninggalkan nya,

Saudara ku bertanya: "Aku belum berhijab"

Aku katakan padanya: "Solat lah!"

Ia berkata: "lihat lah aku belum berpakaian Islam"

Aku katakan: "Solat lah!"

"Aku minum alkohol" ; "Solat lah!"

"Aku berzina dengan pacarku" ;

"Solat lah!"

Apapun yang terjadi dalam hidupmu, Solat lah!

Ia berkata "bagaimana mungkin aku solat sementara aku bermaksiat?

Itu penghinaan dan aku seperti org munafik"

- Tidak saudaraku, karena itulah kita solat.

Karena kita tdk ada yg sempurna, selalu melakukan dosa dan kesalahan, maka Solatlah! .

Sebagian dari mereka berkata:

"saya perbaiki diri dulu, kalau sudah insyaf insya Alloh saya akan solat"

Saudaraku, engkau tidak akan memperbaiki apapun jika engkau tidak solat.

"Sesungguh nya Solat itu mencegah perbuatan keji & mungkar" ..Q.S Al Ankabuut : 45

@quotephotovideo 🎋🎋🎋
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Lisanmu awal dari nasibmu.

Setiap kata yang kamu ucapkan memiliki kekuatan besar dalam membentuk kehidupanmu.

Ucapan memiliki kekuatan yang luar biasa, karena memengaruhi perasaan, tindakan, dan pada akhirnya kenyataan yang kamu dapatkan.

Kata-kata positif akan membangkitkan harapan, sementara kata-kata negatif akan membawa beban dan kesulitan.

Ketika kamu melukai orang lain dengan perkataan, sejatinya kamu sedang melukai dirimu sendiri.

Begitu pula saat kamu merusak harga diri orang lain, kamu juga merusak nilai dirimu.

Dunia ini dipenuhi dengan hukum tabur tuai: apa yang kamu tanam, itulah yang akan kamu tuai.

Jika kamu menabur kebaikan dengan kata-katamu, maka kebaikan pula yang akan kembali kepadamu.

Oleh karena itu, jagalah lisanmu dari perkataan buruk, niscaya hidupmu akan terhindar dari hal-hal yang buruk.

Ingatlah, kata-kata adalah refleksi dari pikiran dan hatimu.

Saat kamu berbicara dengan cinta, kebaikan, dan ketulusan, kehidupanmu akan terjaga dalam kedamaian, kebahagiaan, dan keberkahan.

Pikiran yang sama hanya akan menciptakan hasil yang sama. Jika Anda ingin hasil yang berbeda, maka ubahlah pikiran Anda!

@quotephotovideo ♨️♨️♨️
025016
Mishary Rashid Alafasy
Al-Furqan 25:16

لَّهُمْ فِيهَا مَا يَشَآءُونَ خَٰلِدِينَۚ كَانَ عَلَىٰ رَبِّكَ وَعْدًا مَّسْـُٔولًا

Mereka beroleh di dalam Syurga itu apa yang mereka kehendaki, mereka pula kekal di dalamnya. Balasan yang demikian adalah satu janji yang dijamin oleh Tuhanmu, lagi yang dipohonkan dan dituntut (dalam doa masing-masing).

@quotephotovideo 📚📚📚
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Video Quran
Surah Al-Maidah سورة المائدة
Qari Saleh Al Quraishi

@quotephotovideo 🔈🔉🔊
Indahnya Hidup Memberi 🍃
Sebarkan Jika Bermanfaat 🥀

@quotephotovideo 🍄🍄🍄
UJIAN TANDA ALLAH SAYANG...

Mata mudah menjadi buta dengan wang dan harta. Hati mudah menjadi gelap dengan hiburan yang leka. Hakikatnya, bila kita senang, kita jarang sekali ingat Allah.

Tapi bila ujian/masalah dan yang seangkatan dengannya menerpa, kita terus ingat akan Allah, masa itu kita mudah menadah tangan untuk berdoa, saat itu kita mudah mengalirkan air mata sebagai hamba,

Subhanallah..❤️
Sungguh benarlah..
Ujian tanda Allah sayang..

Masakan tidak? Kita terus terjaga dari kelalaian dunia melalui ujian dari Allah. Kita kembali ingat kita berTuhan melalui ujian, kita mula hargai kehidupan melalui ujian.

Bukankah itu kerana sayang?

Kesimpulannya, ujian buat kita selalu ingat Allah bukan?

Itulah sebenarnya paling indah antara semuanya....


@quotephotovideo 🐝🐝🐝
"Segemuk-gemuk ikan pasti ada tulangnya. Sekurus-kurus ikan pasti ada dagingnya. Sebaik-baik orang pasti ada buruknya. Seburuk-buruk orang pasti ada baiknya. Buang yang keruh ambil yang jernih, carilah baik dalam buruk orang, itulah akhlak. Carilah buruk dalam kebaikan diri sendiri, itulah ikhlas.”

@quotephotovideo 🐝🐝🐝
Ubat hati ada LIMA :

1. membaca al-Quran dengan merenungkan maknanya,
2. mengosongkan perut (berpuasa),
3. mendirikan solat malam,
4. bermunajat di waktu sahur,
5. berkumpul dengan orang-orang soleh.


(Syaikh lbrahim Al Khawwas)

@quotephotovideo 🌸🌸🌸
Bertabahlah dan terus berusaha menjadi insan yang lebih baik

Biarlah hari ini kita menangis diuji kesakitan ketika berjuang di jalan-Nya,

Semoga hari esok hidup kita lebih indah apabila dihadiahi kemanisan iman...

Biarlah hari ini kita tersungkur dalam penghijrahan...

Semoga esok perjalanan kita lebih mudah dengan petunjuk dan pimpinan-NYA...

SubhanAllah༄
Alhamdulillah༄
Allahu Akbar༄

Kembalikan segala urusan kepada-Nya...

Aamiin ya rabbal alamin...

@quotephotovideo 🦋🦋🦋
🌹MELATIH HATI AGAR TENANG

💛Ketika merasa sunyi BERZIKIRLAH kerana ALLAH Maha Mendengar

Ketika merasa gembira BERSYUKURLAH kerana ALLAH Maha Memberi

💚Ketika marah BERISTIGHFARLAH kerana ALLAH Maha Pemaaf

💛Ketika merasa sedih BERSUJUDLAH kerana ALLAH Maha Pengasih

Terkadang ALLAH memberi apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu kerana Allah Maha Tahu apa yang terbaik

💚ALLAH itu Maha Adil juga Maha Penyayang. Segala yang berlaku akan ada hikmahnya

💖Latih hati untuk PERPRASANGKA BAIK terhadap ALLAH

💟Latih hati untuk BERGANTUNG KEPADA ALLAH bukan kepada manusia

💖Latih hati untuk BERSYUKUR, Insha ALLAH kita bahagia

💟Latih hati untuk MEMINTA MAAF dan MEMAAFKAN, Insha ALLAH keresahan sirna

😎Semoga Kita Semua dapat meng-Amalkan nya.
Insha ALLAH hidup akan tenang...

@quotephotovideo 🎯🎯🎯
🍃 Daun
Kalau dimakan ulat, menjadi sutera.
Kalau dimakan lembu, menjadi daging.

🍃 Nasihat
Kalau jatuhnya di atas hati yang putih, menjadi penawar yang berguna.
Kalau jatuhnya di atas hati yang hitam, menjadi racun yang berbisa.

🍃 Musibah
Kalau menimpa hati yang bersih, menjadi asbab muhasabah.
Kalau menimpa hati yang kotor,
menjadi asbab resah gelisah.

💖 Begitulah.
Benda yang sama.
Sumber yang sama.
Hasilnya menjadi lain-lain.

💖 Tak perlu tengok orang lain.
Tengok diri kita.
Bila diberi nasihat, apa khabar hati dan jiwa?
Tunduk mengangguk taat atau benci meronta-ronta?

💖 Bila ditimpa musibah, kita bagaimana?
Mengamuk dan resah gelisah atau redha terima takdir-Nya?

💖 Sungguh semuanya berbalik pada titik yang sama;

HATI

Kalau Allah ada di hati kita,
Apa pun yang diterima, indah belaka.

@quotephotovideo 🐣🐣🐣
🗝️ KUNCI UNTUK DAPAT HATI SENANG & JIWA TENANG
-------------------------------------

1. TIDAK MEMBENCI
Jangan benci seseorang walaupun dia buat salah padamu.

2. TIDAK MERUNGUT
Jangan berkeluh kesah sebaliknya banyakkan doa.

3. BERSEDERHANA
Hidup sederhana walaupun kamu ada kedudukan tinggi dan berharta.

4. BERSANGKA BAIK
Sentiasa fikir positif walaupun sentiasa di timpa ujian.

5. SELALU SENYUM
Senyumlah walaupun hati terluka.

6. SELALU MEMBERI
Banyakkan beri sedekah walaupun kita terhalang melakukannya..

7. DOA TANPA PENGETAHUAN MEREKA
Jangan putus-putus mendoakan kebaikan untuk saudaramu tanpa pengetahuannya...

8. TIDAK BERDENGKI & IRI HATI
Jangan berdengki dengan kejayaan teman-teman anda, berdoalah semoga anda jua berjaya sepertinya...jika anda dengki dengan mengaibkan dia..ingtlah segala
amal baik anda pasti hangus..Kerana Allah tak terima amal Kebajikan orang yang Berhasad dengki..

9. MUDAH MEMAAFKAN
Jangan merasa liat dan susah dalam memaafkan kesalahan orang lain kerana terdapat kemuliaan dan ketenangan didalam memaafkan

10. HINDARI PERMUSUHAN
Jangan menganggap orang yang tidak sependapat sebagai lawan namun dia adalah kawan anda.

Persiapan Kematian sebagai usaha untuk bekalan ke sana (akhirat)

والله اعلم بالصواب

۞اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ.۞

SEMUA MILIK الله

لاَحَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللّٰهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْم

@quotephotovideo 🐝🐝🐝
2024/10/03 21:24:34
Back to Top
HTML Embed Code: