Telegram Web Link
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنزَلَ عَلَىٰ عَبْدِهِ الْكِتَابَ وَلَمْ يَجْعَل لَّهُ عِوَجًا
قَيِّمًا لِّيُنذِرَ بَأْسًا شَدِيدًا مِّن لَّدُنْهُ وَيُبَشِّرَ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا حَسَنًا
مَّاكِثِينَ فِيهِ أَبَدًا
وَيُنذِرَ الَّذِينَ قَالُوا اتَّخَذَ اللَّهُ وَلَدًا
مَّا لَهُم بِهِ مِنْ عِلْمٍ وَلَا لِآبَائِهِمْ كَبُرَتْ كَلِمَةً تَخْرُجُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ إِن يَقُولُونَ إِلَّا كَذِبًا
فَلَعَلَّكَ بَاخِعٌ نَّفْسَكَ عَلَىٰ آثَارِهِمْ إِن لَّمْ يُؤْمِنُوا بِهَٰذَا الْحَدِيثِ أَسَفًا
إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَّهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا
وَإِنَّا لَجَاعِلُونَ مَا عَلَيْهَا صَعِيدًا جُرُزًا
أَمْ حَسِبْتَ أَنَّ أَصْحَابَ الْكَهْفِ وَالرَّقِيمِ كَانُوا مِنْ آيَاتِنَا عَجَبًا
إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوا رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

@quotephotovideo 🌹🌹🌹
249 of 365 🗓 KHAMIS 💕 01 RABIUL AWAL 1446H 05 SEPTEMBER 2024

 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Bismillahirrahmanirrahim 🌹

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.

Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya

••✾•◆❀◆•✾••┈•┈┈••✾•◆❀◆•✾••┈

#AllahjagaKita..😘
#PrayertoremoveCovid19... 🇲🇾

"Usaha, Doa, dan Tawakkal: Rezeki Akan Hadir Tepat Pada Waktunya"

[Cara-Cara Mendapatkan Rezeki Yang Berkat dan Melimpah]

Rezeki adalah kurniaan daripada Allah SWT yang tidak terhitung banyaknya.

Namun, ramai antara kita yang masih mencari-cari bagaimana cara untuk memastikan rezeki yang diperoleh bukan sahaja cukup tetapi juga penuh keberkatan.

Islam telah memberikan panduan yang jelas untuk kita dalam usaha mencapai rezeki yang melimpah.

Berikut adalah beberapa langkah praktikal yang boleh diamalkan untuk membuka pintu rezeki dengan penuh keimanan dan kesungguhan.

1. Memulakan Hari dengan Syukur dan Pujian kepada Allah

Setiap pagi apabila kita bangun tidur, mulakanlah dengan mengucapkan "Alhamdulillah".

Menghela nafas dalam-dalam dan bersyukur kerana masih diberi peluang untuk hidup dan memperbaiki diri.

Amalan ini mungkin nampak kecil, tetapi ia adalah tanda penghargaan kita kepada Allah atas segala nikmat-Nya.

Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang bangun di pagi hari dalam keadaan aman, sihat badannya, dan memiliki makanan untuk hari itu, seolah-olah dunia telah diberikan kepadanya.” (HR. Tirmidzi)

2. Menghidupkan Malam dengan Solat Tahajud

Amalkan solat sunat Tahajud dua rakaat setiap malam.

Bagi mereka yang sedang menghadapi ujian hidup, istighfar adalah zikir yang menenangkan hati.

Menangislah, merayulah kepada Allah SWT pada waktu malam yang hening.

Selepas Tahajud, dirikanlah solat Subuh dengan khusyuk.

Allah SWT berfirman: “Dan pada sebahagian malam, lakukanlah solat tahajud (sebagai suatu ibadah) tambahan bagimu; semoga Tuhanmu mengangkatmu ke tempat yang terpuji.” (Surah Al-Isra, 17:79)

3. Mengamalkan Solat Dhuha dengan Penuh Keyakinan

Solat sunat Dhuha merupakan salah satu amalan yang dapat membuka pintu rezeki.

Laksanakanlah dua rakaat sebanyak dua kali, dan bacalah doa Dhuha dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan.

Amalan ini bukan sahaja mendekatkan diri kepada Allah, tetapi juga membantu membuka pintu-pintu rezeki yang mungkin kita tidak sedar.

4. Fokus Dalam Tugas, Hindari Gosip dan Membawang

Dalam menjalani kehidupan seharian, tekadkan dalam diri untuk sentiasa fokus pada kerja dan tanggungjawab.

Hindarilah membawang atau bergosip dengan rakan sekerja atau rakan sekuliah.

Fokus yang tinggi dalam pekerjaan akan membawa keberkatan dan rezeki yang tidak disangka-sangka.

5. Sentiasa Berzikir Menyebut Nama Allah

Jadikanlah lidah kita basah dengan zikir, terutama menyebut nama Allah.

Tanpa kita sedari, kita mungkin telah menyebut nama Allah sebanyak 1,000 kali sehari!

Zikir bukan sahaja menenangkan jiwa, tetapi juga menarik rahmat dan rezeki dari Allah SWT.

6. Bersedekah dengan Niat yang Tulus

Setiap kali membeli makanan atau barangan niatkan untuk memberi lebih kepada penjual sebagai sedekah.

Amalan ini dapat memberi manfaat bukan sahaja kepada penjual tetapi juga kepada mereka yang memerlukan.

Sabda Rasulullah SAW, "Sedekah tidak akan mengurangi harta." (HR. Muslim)

7. Menjaga Solat Pada Awal Waktu

Usahakan untuk solat di awal waktu.

Solat pada awal waktu bukan sahaja memberi kita ketenangan, tetapi juga memanjangkan masa seharian kita.

Dengan berbuat demikian, kita akan lebih produktif dan mendapat keberkatan dalam setiap usaha kita.

8. Berdoa dengan Penuh Kesungguhan Selepas Solat

Selepas solat, luangkan masa untuk duduk di atas sejadah dan berdoa dengan penuh kesungguhan.

Minta kepada Allah rezeki yang berkat dan melimpah.

Ingatlah, Allah adalah Maha Pemberi, maka mintalah hanya kepada-Nya, bukan kepada manusia.

@quotephotovideo 🌸🌸🌸
9. Sentiasa Bersyukur Walaupun Sedang Diuji

Ucapkanlah syukur kepada Allah dalam setiap keadaan.

Meskipun sedang diuji, ingatlah bahawa ujian adalah tanda kasih sayang Allah.

Dengan bersyukur, kita membuka lebih banyak pintu rezeki dan rahmat dari Allah SWT.

10. Kekalkan Tekad untuk Rajin Bersedekah

Tidak kira dalam apa jua keadaan, tekadkan diri untuk rajin bersedekah.

Memberi bukan sahaja meningkatkan keberkatan rezeki kita, tetapi juga mengeratkan hubungan dengan sesama manusia dan mendekatkan diri kepada Allah.

Dengan mengamalkan langkah-langkah ini, kita bukan sahaja berusaha untuk mendapat rezeki yang melimpah, tetapi juga rezeki yang berkat dan diredhai oleh Allah SWT.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu rezeki untuk kita semua. Aamiin.

SEMOGA BERMANFAAT 🥰

•══◎◎♡◎◎══•

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin.

🎋سبحان الله 🌻الحمد لله🌺لا اله إلا الله 🌼الله اكبر

@quotephotovideo 🌸🌸🌸
47K743
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Makan Daging Saudara SeIslam


عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْن مَسْعُودٍ رَضِيَ الله عَنْهُ قَالَ: كُنَّا جُلُوسًا عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَامَ رَجُلٌ فَوَقَعَ فِيهِ رَجُلٌ مِنْ بَعْدِهِ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "تَخَلَّلْ" قَالَ: وَمَا أَتَخَلَّلُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَكَلْتُ لَحْمًا قَالَ: "إِنَّكَ أَكَلْتَ لَحْمَ أَخِيكَ

Daripada Abdullah ibn Masud RA beliau berkata :

Kami berada di sisi Nabi SAW, kemudian berdirilah seorang lelaki, dan seorang lelaki lain menceritakan keaibannya selepas dia pergi, berkata Nabi SAW : “Keluarkanlah ia (baki-baki makanan) dari celah-celah gigimu!”, kemudian dia berkata : Apa yang perlu aku keluarkan? Aku tidak makan apa-apa daging! Baginda berkata : “Sesungguhnya engkau telah memakan daging saudaramu.”

(HR Thabarani  No: 13145)
Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Dalam kehidupan ini, setiap orang tidak terlepas dari kekurangan dan kesilapan. Namun kita dilarang menceritakan kekurangan dan aib orang lain.

2.  Orang yang menceritakan aib orang lain atau disebut mengumpat, diumpamakan seperti memakan daging saudara Islam yang lain. Firman Allah:

يَٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرٗا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعۡضَ ٱلظَّنِّ إِثۡمٞۖ وَ لَا تَجَسَّسُواْ وَلَا يَغۡتَب بَّعۡضُكُم بَعۡضًاۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمۡ أَن يَأۡكُلَ لَحۡمَ أَخِيهِ مَيۡتٗا فَكَرِهۡتُمُوهُۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ تَوَّابٞ رَّحِيمٞ ١٢

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (al-Hujurat: 12)

3.  Ibn Kathir dalam menafsirkan ayat ini menyatakan; mengumpat adalah haram secara ijma’ dan tidak dikecualikan suatu apa pun dari itu melainkan terdapat maslahah (kebaikan) pada mengumpat lebih kuat daripada mafsadahnya (kerosakan) (Ahmad Syakir, ‘Umdat al-Tafsir, 3/359)

4.  Walaupun begitu, bukanlah larangan mutlak menceritakan aib dan kelemahan orang lain. Al-Nawawi dan Ibn Qudamah menyebut Enam keadaan mengumpat yang diharuskan oleh syarak:

a)  Membuat aduan mengenai kezaliman kepada pihak berkuasa atau  hakim agar kezaliman dapat dibanteras dan diadili.
b)  Meminta bantuan untuk mengubah kemungkaran dan maksiat
c)  Meminta fatwa
d)  Memberikan peringatan kepada orang lain terhadap kejahatan seseorang agar setiap orang terhindar daripada kejahatannya.
e)  Seseorang yang terang-terang melakukan kemungkaran.
f)  Dibolehkan jika dia memang dikenali dan dipanggil dengan gelaran-gelaran tertentu seperti si buta dan dia redha dengannya

Bersamalah kita menjaga hubungan dalam hidup bermasyarakat. Elakkan diri daripada melakukan perkara yang boleh merosakkan hubungan ukhuwah sesama kita.

01hb Rabiul Awal 1446H
05hb September 2024


@quotephotovideo 📚📚📚
Tadabbur Kalamullah 1 Rabiul Awwal 1446H

وَٱلسَّـٰبِقُونَ ٱلۡأَوَّلُونَ مِنَ ٱلۡمُهَـٰجِرِینَ وَٱلۡأَنصَارِ وَٱلَّذِینَ ٱتَّبَعُوهُم بِإِحۡسَـٰنࣲ رَّضِیَ ٱللَّهُ عَنۡهُمۡ وَرَضُوا۟ عَنۡهُ وَأَعَدَّ لَهُمۡ جَنَّـٰتࣲ تَجۡرِی تَحۡتَهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ خَـٰلِدِینَ فِیهَاۤ أَبَدࣰاۚ ذَ ٰ⁠لِكَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِیمُ

"Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar" [Surah at-Tawbah 100]

#Berkata Buya Hamka: "Tafakkurlah kita memikirkan bahawa seorang muslim yang hebat, Sayidina Umar bin al-Khattab r.a, yakni redha Allah terlimpah kepadanya. Itu yang dimaksud "رضي الله عنه" semoga Allah meredhainya. Sebutan "semoga Allah meredhainya" itu bukanlah satu perkara yang belum pasti. Bahkan kita wajib menyakini Allah swt telah meredhai Sayidina Umar bin al-Khattab berdasarkan ayat al-Quran diatas.

#Ayat diatas menyebut: 'Orang-orang awal dari kalangan Muhajirin dan Ansar…'. Sayidina Umar bin al-Khattab secara pasti dan yakin bahawa beliau salah seorang dari kalangan muhajirin. Allah swt menyebut: "Allah redha kepada mereka". Maka wajib kita yakini bahawa Umar termasuk dalam kalangan orang yang diredhai oleh Allah swt.

#Berkata Buya Hamka lagi: "Sayidina Umar bin al-Khattab sentiasa bertanya kepada seorang sahabat lagi yang alim tentang penyakit-penyakit jiwa manusia (penyakit munafiq) iaitu Sayidina Huzaifah bin al-Yaman. (Kata Umar):" Beritahu kepadaku, mungkin pada diriku ada sifat-sifat munafik yang aku sendiri tidak sedar".

#Lihatlah, Sayidina Umar, seorang yang telah dijamin sebagai ahli syurga berkali-kali bertanya kepada Sayidina Huzaifah bin al-Yaman, wahai Huzaifah apakah pada diriku ini ada sifat munafik?

#Sedangkan kita hari ini, dalam diri kita, apa yang kita rasa? Pasti kita rasa kita tidak ada sifat munafik. Orang lain yang ada sifat munafik. Bila disebut tentang sifat munafik, kita hanya nampak orang lain, si fulan dan si fulan. Semua kita tunjuk kepada orang lain. Tetapi diri kita? Kita tidak pernah bimbangkan. Sedangkan kata para ulamak:

"Sesiapa yang berasa aman dari sifat munafik, maka ada kemunafikan pada dirinya"

#Hal ini kerana orang munafik itu, dosa besar yang dia lakukan, dia rasa seperti lalat yang hinggap di atas hidungnya. Dengan hanya kais sedikit sahaja, lalat itu akan lari. Maksudnya orang munafik dengan dosa besar yang dia lakukan, dirasakan kecil dan mudah sahaja untuk dihilangkan, dengan istighfar sahaja Allah akan ampun. Itu sifat orang munafik. Sifat itu ada pada diri kita, pada saya dan pada kita semua. Sedangkan sifat orang mukmin yang sebenarnya, tidak sedemikian.

#Berkata salah seorang Tabi’in: "Aku telah berjumpa dengan lebih 70 orang sahabat Nabi saw, tidak aku jumpa mereka, melainkan kesemua mereka bimbang ada nifak (sifat munafik) di dalam diri mereka".

#Ya Allah, sahabat Nabi saw sentiasa bimbangkan ada kemunafikan di dalam diri mereka, sedangkan kita sentiasa berasa aman dari sifat kemunafikan di dalam diri kita. Maka kita wajib perbaiki diri kita.

Ya Allah, kami memohon kepadaMu agar membimbing kami ke jalanMu yang lurus dan jauhi kami daripada sifat berasa aman dari dosa dan sifat munafik. Aamiiin

🐊Ust naim

@quotephotovideo 📚📚📚
JANGAN LUPAKAN DOA UNTUK KAUM MUSLIMIN DI PALESTINA

Syaikh Dr. Shalih bin Abdillah bin Hamd Al-‘Ushaimi hafizhahullahu ta‘ala mengatakan:

الدعاء من حقوق الإخاء: اللهم اجعل للأقصى و أهله فرجًا، و اكفِ المسلمين شرَّ الأشرار، و كيد الفجَّار.

“Doa itu merupakan hak persaudaraan :

'Ya Allaah berikanlah jalan keluar bagi Al-Aqsha dan penduduknya, serta lindungilah seluruh kaum muslim dari keburukan orang-orang jahat dan makar para pendosa'.”


#savepalestine🇵🇸
#alaqsa
#alaqsamosque

Semoga hari ini lebih baik dari semalam

Aamiin Ya Allah Ya Mujib 🤲🏻😭

☪️  TARIKH ISLAM ☪️
🌙  01 RABIUL AWAL 1446H
🗓  05 SEPTEMBER 2024
📌  KHAMIS

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

اعوذبا الله من الشيطان الرجيم

بِسْــــــــــــــمِے اللّٰهِےالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْــــــــــــــمِے🌹

👉 Bersamalah dengan ALLAH,
ALLAH akan menjagamu...
👍

@quotephotovideo 💖💖💖
Khamis, 01 Rabiul Awal 1446H ~

QUOTES, PHOTO & VIDEO hari ini...

tasbih | tahmid | tahlil | takbir

سُبْحَانَ اللهِ وَالحَمْدُ للهِ وَلاَإِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ

subhanallah
walhamdu lillah
wa laa ilaha illallah
wallahu akbar


Semoga hari ini lebih baik dari semalam

♨️ Al-Quranul Karim

📖 Ayat² AL-QURAN

📀 Video QURAN

🎬 Surah al Mulk

📿 Koleksi Selawat

🎯 Tahajud & Subuh

🎨 Koleksi Photo

🇲🇾 Waktu Solat Bandar Utama

•••••••••✿❃❃•⭑•❃❃✿•••••••••

M U H A R R A M    S A F A R

R A B I U L  A W A L  1446H

Is   Se   Ra   Kh   Ju   Sa   Ah
                      01   02   03   04
05  06   07   08   09   10   11
12  13   14   15   16   17   18
19  20   21   22   23   24   25
26  27   28   29

Aamiin Ya Allah Ya Mujib 🤲🏻😭

sambung di comments 👇

Selamat Pagi ~ Good Morning ~ Awali Hari Dengan Bismillah

Today…. 🩷 ~ Let your heart smile ~ Be in Love ~ Today Smile ~ New

Selamat Datang bulan Rabiul Awal

④ 5 Keistimewaan bulan Rabiul Awal

3 Kunci Kebaikan Dunia dan Akhirat

Untungnya bumi masih berputar

Ketenangan dalam Hidup

Ujian itu Milik Allah

Kandungan Hiburan Menurut Garis Panduan Islam

⑩ Bagaimana Cara Mengubati Hati yang Sakit, yang Sedih, yang Gelisah?

Sabar itu Indah

Banyak Tertawa akan mematikan hati

Lakukan ini kalau menguap ketika solat

Iblis Suka Manusia Bodoh Agama

Adab Berdoa

     ○ Doa Ibu Bapa

     ○ Circle yang Baik

     ○ Sayyidul Istighfar

     ○ Bismillah 5

     ○ Hari Putih Rabiul Awal

     ○ Keutamaan Solat Subuh

     ○ Lihat siapa yang berniat jahat di belakangmu

     ○ Anjuran Berselawat pada hari Jumaat

     ○ Al Kahfi Time

     ○ Zikir Penenang Hati

┅═•❃✽✿❁️♡🌸♡❁☘️✿✽❃•═┅

Salam  ZOHOR, ASAR & MAGHRIB

Zikir  01 02 03 04 05 06 07 08 09

@quotephotovideo 💝💐🙂
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
"Elakkan Bicara Yang Memudaratkan"

Dalam setiap tutur kata kita, tersimpan kekuatan yang mampu mengubah kehidupan.

Kata-kata bukan sekadar bisikan angin yang berlalu.

Ia mampu menjadi benih kebaikan atau duri yang menikam hati.

Mengumpat, bergosip, dan mengata, semua ini hanya menambah gelap di dalam jiwa.

Sebuah hati yang terbeban dengan prasangka dan kebencian, tidak akan merasai kedamaian yang sebenarnya.

Al-Quran menegaskan,

“Dan janganlah kamu mengintip atau mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang di antara kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu berasa jijik kepadanya.”

(Surah Al-Hujurat: 12)

Ayat ini mengingatkan kita betapa mengumpat itu menjijikkan, seolah-olah memakan daging saudara kita sendiri.

Memilih untuk menjauhi perbuatan ini adalah pilihan bijak yang akan membawa ketenangan dalam jiwa.

Ia bukan sahaja menjauhkan kita dari dosa, tetapi mendekatkan kita dengan kasih sayang Allah SWT.

Hati yang bersih, yang bebas dari sifat buruk, akan lebih mudah merasai kelembutan rahmat-Nya.

Jadikanlah lidah kita sebagai alat untuk menyebarkan kebaikan, menyampaikan kata-kata yang menenangkan, bukan untuk melukai atau merendahkan.

Oleh itu, marilah kita semua berusaha memperbaiki diri.

Menghindari dari terjebak dengan kata-kata yang tidak bermanfaat.

Ingatlah, semakin kita menjaga lidah, semakin dekat kita dengan redha-Nya.

Mudah-mudahan, Allah SWT membimbing kita semua ke jalan yang diredhai-Nya, dan menjauhkan kita dari segala bentuk kemaksiatan yang memisahkan kita dari-Nya.

Semoga Allah merahmati sahabat dunia dan akhirat. Amin ya Allah 😊

@quotephotovideo
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
SUCIKAN HATI MU...

Bagaimana hati dapat bersinar sementara gambar dunia masih terkikis dalam cerminnya?

Atau, bagaimana hati bisa berangkat menuju Allah kalau ia masih terbelenggu oleh syahwatnya?

Atau, bagaimana hati alam menghadap ke hadirat Allah bila ia belum suci dari "janabah" kelalaiannya?

Atau, bagaimana hati mampu memahami kedalaman misteri ghaib padahal ia belum bertaubat dari kesalahannya?

Terang cahaya di hati akan menerangi kepada yang Haq

Maka zahir akan terbimbing dengan
arah ke mustaqim.

Kegelapan hati dan menutupi kebenaran malah kebatilan dipandang sebagai
yang haq.

Hingga arah hidup terbimbing kepada kelalaian dan sia-sia tanpa Tuhan.

Dunia ibarat perempuan tua yang tetap kelihatan anggun dan cantik dengan segala macam perhiasannya tetap menarik hatimu dan sukar diketepikan.

Sucikan hatimu agar nasib mu terpelihara dan beruntung...

@quotephotovideo 🌿🌿🌿
"Umatku yang termulia ialah penghafal Al Qur'an dan yang selalu solat tengah malam."

HR Thabrani

@quotephotovideo 🍁🍁🍁
025010
Mishary Rashid Alafasy
Al-Furqan 25:10

تَبَارَكَ ٱلَّذِىٓ إِن شَآءَ جَعَلَ لَكَ خَيْرًا مِّن ذَٰلِكَ جَنَّٰتٍ تَجْرِى مِن تَحْتِهَا ٱلْأَنْهَٰرُ وَيَجْعَل لَّكَ قُصُورًۢا

Maha Berkat Tuhan yang jika Ia kehendaki tentulah Ia akan mengadakan untukmu (di dunia ini) sesuatu yang lebih baik dari apa yang mereka katakan itu, iaitu syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta mengadakan untukmu istana-istana (yang tersergam indah).

@quotephotovideo 📚📚📚
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Tenanglah, semua baik-baik saja. Yang tidak baik hanya pikiranmu saja.

Beban berat yang kita rasakan dan masalah bukanlah berasal dari luar diri Anda, melainkan dari pikiran Anda sendiri.

Pikiran yang terus-menerus memikirkan hal negatif, mengulang-ulang kekhawatiran, dan menciptakan skenario buruk yang belum tentu terjadi.

Namun, kenyataannya, di luar pikiran Anda, semuanya berjalan sebagaimana mestinya:

Semesta selalu punya cara untuk membuat semuanya dalam keadaan yang baik.

Kita sering kali lupa bahwa pikiran adalah alat yang kuat, yang jika tidak dikendalikan, ia bisa menjadi musuh terbesar kita.

Pikiran buruk Anda bukanlah kenyataan; ia hanyalah bayangan yang Anda ciptakan sendiri.

Saat Anda mulai menyadari bahwa pikiran Anda adalah sumber dari rasa cemas dan ketidakpastian, Anda bisa mengambil alih kendali semua perasaan Anda.

Daripda membiarkan pikiran Anda menguasai diri Anda, mari latih diri untuk fokus pada hal-hal yang membuat Anda mampu mengendalikan pikiran.

Dengan menyadari bahwa semua baik-baik saja, kita bisa menciptakan ketenangan dalam diri.

Saat kita tenang, kita mampu melihat solusi dengan lebih jelas, menghadapi tantangan dengan lebih bijak, dan menjalani hidup dengan lebih damai.

Ingatlah, semuanya akan baik-baik saja, yang tidak baik hanya pikiranmu saja.

Apapun yang terjadi, tenanglah..
Semua Hanya Soal Mindset ❤️

@quotephotovideo ♨️♨️♨️
Solat kalau semakin kita tunda ia membuatkan kita semakin malas mengerjakannya.

Semakin disegerakan ia membuatkan kita semakin bersemangat mengerjakannya.

Begitu juga dengan amal kebaikan.

Semakin ditunda dalam mengerjakannya, maka syaitan akan mula mula mencelah dan mempengaruhi hati kita lalu membisikkan kemalasan hingga akhirnya melalaikan kita.

Kalau hati berniat untuk melakukan kebaikan.

Jangan tunggu lama-lama. Terus lakukan agar syaitan tak dapat mencelah!


@quotephotovideo 🕌🕌🕌
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Video Quran
Surah Hud سورة هود
Qari Syeikh Hani Ar-Rifa'i

@quotephotovideo 🔈🔉🔊
DENGKI!

Sebolehnya Kita usah simpan perasan ini. Merosakkan akal, emosi dan iman.

Mengundang penyakit ain dan menghancurkan kebahagian sendiri.

Kalau kita rasa cemburu atas apa yang diperolehi orang lain, kita doa, doa lagi, doa selalu, supaya mereka lebih berjaya lebih bahagia.

Sebab malaikat akan aamiin kan pula untuk kita, supaya kita dapat lebih baik dari mereka yang didoakan.

Bukankah doa yang diaminkan malaikat lebih maqbul?

Sedangkan dengki itu dari sifat syaitan.


Pilihlah.

@quotephotovideo 🎯🎯🎯
Indahnya Hidup Memberi 🍃
Sebarkan Jika Bermanfaat 🥀

@quotephotovideo 🔅🔅🔅
"Memilih diam itu lebih baik daripada kita harus berperang dengan ego dan emosi orang lain. Ikhlaskan saja orang lain mahu memandang kita baik ataupun buruk, kerana orang yang sudah berfikir negatif tentang kita, tidak akan pernah melihat sisi baik dari apapun yang kita lakukan" 💀🫵🏼

(Al Habib Umar Ben Hafidz)

@quotephotovideo 🪵🪵🪵
Kadang kita terlalu fokus pada mimpi-mimpi besar yang ingin kita capai, hingga lupa untuk bersyukur atas nikmat terbesar yang sudah kita miliki sampai hari ini iaitu hidup.

Melihat impian terwujud memang luar biasa, tapi mari kita sadari bahawa kita bisa bertahan untuk hidup di tengah badai ujian hidup yang telah kita lalui juga adalah sebuah anugerah yang tak ternilai.

Bayangkan betapa banyak momen kecil yang kita lalui setiap harinya, detik-detik kebersamaan dengan orang yang kita cintai, udara yang kita hirup, langkah yang kita ambil, orang baik yang kita temui.

Seringkali, kita mengejar bintang yang jauh, padahal langit yang menaungi kita sudah begitu indah.

Kita mungkin belum mencapai semua yang kita impikan, tetapi jangan pernah meremehkan betapa berharganya perjalanan ini.

Langkah demi langkah yang kita ambil, setiap detik yang kita jalani, adalah bahagian dari kisah indah yang sedang kita ukir.

Hidup ini bukan hanya tentang mencapai tujuan, tetapi tentang bagaimana kita menjalani setiap hari dengan hati yang penuh rasa syukur.

Jadi, saat kita merenungkan perjalanan hidup kita, jangan hanya melihat ke puncak-puncak yang ingin kita capai.

Lihatlah ke sekeliling dan sadari bahawa berada di sini, hari ini, adalah berkah yang luar biasa.

Kerana pada akhirnya, apa yang benar-benar penting bukan hanya mimpi yang kita kejar, tapi juga bagaimana kita menjalani setiap hari dalam perjalanan itu.

Dan itulah yang membuat hidup ini begitu bererti.

Bukankah tujuan akhir kita adalah rahmah dan syurga-Nya?

@quotephotovideo 🦩🐦‍🔥🦜🐓🦃
"YANG DITUAI ADALAH YANG DITABUR"

Kalau setiap saat kita ingin menikmati pemberian Allah swt, mengapa pula tidak setiap saat kita bersyukur kepada Allah swt ?

Kalau setiap saat kita ingin mendapat kebaikan, mengapa tidak setiap saat kita berbuat kebaikan ?

Kalau setiap saat kita ingin bahagia, mengapa tidak setiap saat kita berniat ikhlas ?

Kalau setiap saat kita ingin sihat, mengapa tidak setiap saat kita menjaga kesihatan ?

Kalau setiap kita ingin di hargai dan dimuliakan, mengapa tidak setiap saat kita menghargai dan memuliakan semua orang ?

Kalau setiap saat kita ingin menambah ilmu, mengapa tidak setiap saat kita belajar dan memberi ilmu ?

Kalau setiap saat kita ingin meningkatkan iman, mengapa tidak setiap saat kita jaga ketaatan, berzikir dan berdoa ?

Intinya, pegang teguh ajaran Allah swt dan hidupkan terus sunnah Nabi saw.

Nescaya Allah swt bahagiakan dan muliakan kita.

اَللَّهُم َّصَلِّ وَ سَلِّم عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
وَ عَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد

@quotephotovideo 🐳🐳🐳
2024/10/04 13:25:56
Back to Top
HTML Embed Code: