Telegram Web Link
Tadabbur Kalamullah 29 Safar 1446H

وَإِذۡ قَالَ مُوسَىٰ لِفَتَىٰهُ لَاۤ أَبۡرَحُ حَتَّىٰۤ أَبۡلُغَ مَجۡمَعَ ٱلۡبَحۡرَیۡنِ أَوۡ أَمۡضِیَ حُقُبࣰا

Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Musa berkata kepada temannya (pembantunya): "Aku tidak akan berhenti berjalan sehingga aku sampai di tempat pertemuan dua laut itu atau aku berjalan terus bertahun-tahun" [Surah al-Kahfi 60]

#Al-Quran menyebut kisah perjalanan rehlah ilmu Nabi Musa Alaihissalam bersama temannya menjejaki Nabi Khidhir Alaihissalam untuk Nabi Musa berguru dengannya. Di dalam surah al-Kahfi ini Allah swt tidak menyatakan nama teman Nabi Musa itu. Namun namanya disebut dalam hadis Nabi saw yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim:

ثُمَّ انْطَلَقَ هُوَ وَفَتَاهُ يُوشَعُ بْنُ نُونٍ، حَتَّى إِذَا أَتَيَا الصَّخْرَةَ وَضَعَا رُءُوسَهُمَا

"Kemudian baginda (Nabi Musa) bergerak bersama dengan pemuda yang menyertai baginda bernama Yusya’ bin Nun, sehingga mereka berdua sampai ke satu batu dan meletakkan kepala di atasnya (berehat)".

#Jom kita kenali teman Nabi Musa tersebut. Beliau ialah Yusya’ bin Nun (يوشع بن نون) bin Afranim bin Yusuf bin Ya’qub bin Ishak bin Ibrahim Khalilullah.

#Setelah kewafatan Nabi Musa Alaihissalam, Allah swt memilih Yusya’ bin Nun sebagai seorang Nabi. Baginda memimpin Bani Israil dan membawa mereka masuk ke Baitul Maqdis.

#Imam Ahmad meriwayatkan daripada Sayidina Abu Hurairah r.a, Nabi saw bersabda:

إِنَّ الشَّمْسَ لَمْ تُحْبَسْ لِبَشَرٍ إِلَّا لِيُوْشَعَ لَيَالِيَ سَارَ إِلَى بَيْتِ الْمَقْدِسِ

"Sesungguhnya matahari tidak pernah di tahan (dari terbenam) kepada seorang manusia sama sekali melainkan kepada Nabi Yusya’ pada malam-malam baginda bergerak memasuki Baitul Maqdis" (Lihat: Musnad Imam Ahmad, Ibn Kathir dalam al-Bidayah wan Nihayah dan Ibn Hajar dalam Fathul Bari)

#Maksud perkataan Nabi saw: “Matahari tidak pernah ditahan” iaitulah matahari tidak pernah dilewatkan dari pusingan dan pergerakannya sehingga tenggelam di ufuq. Manakala perkataan Nabi saw: "Pada malam-malam baginda bergerak memasuki Baitul Maqdis" iaitulah berlaku ketika baginda bergerak membebaskan Baitul Maqdis dari golongan al-Jabbarin. Peperangan tersebut berlaku pada hari Jumaat, ia berterusan sehingga hampir waktu tenggelam matahari. Nabi Yusya’ bin Nun bimbang apabila matahari tenggelam bermakna masuk hari Sabtu, sedangkan mereka dilarang berperang pada hari Sabtu. Lalu baginda Yusya’ Alaihissalam memandang ke arah matahari dan berkata:

إِنَّكِ مَأْمُورَةٌ وَأَنَا مَأْمُورٌ، اللَّهُمَّ احْبِسْهَا عَلَيَّ سَاعَةً، فَحُبِسَتْ لَهُ سَاعَةً حَتَّى فَتَحَ اللَّهُ عَلَيْهِ

"Sesungguhnya engkau (matahari) makhluk yang diberi perintah (oleh Allah swt), demikian juga denganku. Ya Allah tahanlah matahari ini beberapa ketika". Lalu Allah menghalang matahari beberapa ketika sehingga baginda berjaya menawan Baitul Maqdis" (Sahih Ibn Hibban)

#Seterusnya, setelah Baitul Maqdis dikuasai oleh Bani lsrail, Nabi Yusya' bin Nun tetap berada di tengah-tengah kaumnya untuk membimbing, mengarahkan dan memimpin mereka diatas jalan kebenaran sehingga baginda meninggal dunia.

#Al-Imam Ibn Kathir rahimahullah dalam kitabnya al-Bidayah wan Nihayah berkata:

ولما استقرت يد بني إسرائيل على القدس استمروا فيه وبين أظهرهم نبي الله يوشع يحكم بينهم بكتاب الله التوراة حتى قبضه الله إليه وهو ابن مائة وسبع وعشرين سنة، فكان مدة حياته بعد موسى سبعا وعشرين سنة

"Apabila Bani Israil berjaya mendapatkan al-Quds, mereka kekal berada di dalamnya. Dalam kalangan mereka terdapat seorang Nabi Allah iaitulah Nabi Yusya' bin Nun yang berhukum dengan kitab Allah, Taurat sehingga baginda diwafatkan oleh Allah ketika berumur 127 tahun. Tempoh hayat baginda selepas kewafatan Nabi Musa Alaihissalam ialah selama 27 tahun".

Nabi Yusya' bin Nun adalah teman dan juga pembantu Nabi Musa. Baginda juga pengganti Nabi Musa dalam memimpin Bani Israel berjihad menentang golongan Jabbarin sehingga berjaya menguasai Baitul Maqdis

🐊Ust naim

@quotephotovideo 📚📚📚
JANGAN LUPAKAN DOA UNTUK KAUM MUSLIMIN DI PALESTINA

Syaikh Dr. Shalih bin Abdillah bin Hamd Al-‘Ushaimi hafizhahullahu ta‘ala mengatakan:

الدعاء من حقوق الإخاء: اللهم اجعل للأقصى و أهله فرجًا، و اكفِ المسلمين شرَّ الأشرار، و كيد الفجَّار.

“Doa itu merupakan hak persaudaraan :

'Ya Allaah berikanlah jalan keluar bagi Al-Aqsha dan penduduknya, serta lindungilah seluruh kaum muslim dari keburukan orang-orang jahat dan makar para pendosa'.”


#savepalestine🇵🇸
#alaqsa
#alaqsamosque

Semoga hari ini lebih baik dari semalam

Aamiin Ya Allah Ya Mujib 🤲🏻😭

☪️  TARIKH ISLAM ☪️
🌙  29 SAFAR 1446H
🗓  03 SEPTEMBER 2024
📌  SELASA

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

اعوذبا الله من الشيطان الرجيم

بِسْــــــــــــــمِے اللّٰهِےالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْــــــــــــــمِے🌹

👉 Bersamalah dengan ALLAH,
ALLAH akan menjagamu...
👍

@quotephotovideo 💖💖💖
Selasa, 29 Safar 1446H ~

QUOTES, PHOTO & VIDEO hari ini...

tasbih | tahmid | tahlil | takbir

سُبْحَانَ اللهِ وَالحَمْدُ للهِ وَلاَإِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ

subhanallah
walhamdu lillah
wa laa ilaha illallah
wallahu akbar


Semoga hari ini lebih baik dari semalam

♨️ Al-Quranul Karim

📖 Ayat² AL-QURAN

📀 Video QURAN

🎬 Surah al Mulk

📿 Koleksi Selawat

🎯 Tahajud & Subuh

🎨 Koleksi Photo

🇲🇾 Waktu Solat Bandar Utama

•••••••••✿❃❃•⭑•❃❃✿•••••••••

M U H A R R A M    S A F A R

S   A   F   A   R     1  4  4  6  H

Is   Se   Ra   Kh   Ju   Sa   Ah
       01   02   03   04   05   06
07  08   09   10   11   12   13
14  15   16   17   18   19   20
21  22   23   24   25   26   27
28  29   30

R A B I U L A W A L  1446H

Is   Se   Ra   Kh   Ju   Sa   Ah
01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29

Aamiin Ya Allah Ya Mujib 🤲🏻😭

sambung di comments 👇

Selamat Pagi ~ Good Morning ~ Awali Hari Dengan Bismillah

Today…. 🩷 ~ Let your heart smile ~ Smile More ~ New

Adab Berdoa

④ Jangan Engkau Sembunyikan Ilmu Mu

Tanda-tanda Kebinasaan

Jadilah sahabat dan Jiran yang paling baik

Rutin Harian

Pengharaman Rasuah

Sedekah Kunci Keberkatan

⑩ Ajari Anak Jika Ingin Sesuatu, Maka Minta Kepada Allah

Jangan Pernah Kecewa

Hati² 4 hal Ini

Circle yang Baik

Sujud masa Solat

Doa Ibu Bapa

     ○ Solat Sunat Dhuha

     ○ Solat Taubat

     ○ Ayat 1000 Dinar

     ○ Sayyidul Istighfar

     ○ Zikir Hasbi Rabbi

     ○ Zikir Lepas Solat

     ○ Alhamdulillah ala kulli haal

     ○ Bismillah 5

     ○ 3 waktu utama membaca ayat Kursi

     ○ Sedekah Menghapus dosa

     ○ Tiga Pintu Hidayah

     ○ Berlindung dari Empat Perkara pada Tasyahud Akhir

     ○ Jangan sia-siakan kesempatan hidup yg allah berikan

┅═•❃✽✿❁️♡🌸♡❁☘️✿✽❃•═┅

Salam  ZOHOR, ASAR & MAGHRIB

Zikir  01 02 03 04 05 06 07 08 09

@quotephotovideo 💝💐🙂
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
"Berpenat Lelah dalam Kebaikan: Meniti Jalan Kehidupan dengan Keikhlasan"

Hidup ini ibarat layar yang terbentang di samudera luas, penuh gelombang dan arus yang menuntut keberanian untuk terus mengemudi.

Tidak setiap hari mentari memancar terang, kadang-kadang awan gelap menyelubungi langit, menuntut kesabaran dan keazaman kita.

Namun, seperti seorang pelaut yang teguh, kita harus terus berpenat lelah dalam mencari jalan kebaikan.

Dalam setiap langkah yang diambil, meskipun lelah, ada keberkatan yang menanti bagi mereka yang ikhlas.

Sejauh mana kita sanggup berkorban demi kebaikan, sejauh itu jugalah Allah akan mengurniakan pahala yang berlipat ganda.

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, ayat 286:

“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…”

Ayat ini mengingatkan kita bahawa ujian dan kesulitan yang kita hadapi tidak akan melebihi kemampuan kita.

Setiap titisan peluh, setiap hela nafas yang termengah-mengah dalam melakukan kebaikan adalah saksi kepada keikhlasan hati kita.

Dalam keredhaan Allah, kita temui kekuatan yang melampaui batas diri.

Berpenat lelah dalam kebaikan bukan sekadar usaha fizikal, tetapi juga perjuangan rohani yang memperkuatkan jiwa.

Kesusahan dan keperitan yang kita hadapi sebenarnya adalah ujian dari Allah untuk mengukur tahap keimanan kita.

Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa yang ingin tahu kedudukannya di sisi Allah, maka lihatlah bagaimana kedudukannya di sisi Allah.” (HR. Ahmad).

Setiap langkah kecil yang kita ambil di jalan kebaikan adalah satu langkah mendekatkan diri kepada Allah.

Jangan pernah jemu untuk terus berbuat baik walaupun jalan yang dilalui penuh dengan duri dan ranjau.

Setiap kesulitan yang kita tempuhi dengan tabah dan sabar adalah tanda cinta kita kepada Allah.

Bukan ganjaran dunia yang kita kejar, tetapi rahmat dan redha Allah yang menjadi matlamat utama.

Maka, teruskanlah berpenat lelah dalam kebaikan.

Setiap usaha kita, walaupun kecil di mata manusia, adalah besar di sisi Allah.

Dan di akhir perjalanan ini, InsyaAllah, kita akan dapati bahawa segala kelelahan itu berbaloi, kerana di hujung jalan, ada kebahagiaan abadi yang menanti.

@quotephotovideo 🍂🍂🍂
Mencari nilai TAQWA yang benar, bukan pada banyaknya kebaikan untuk dinilai tetapi pada besarnya keikhlasan yang kita letakkan pada setiap niat...

Solat adalah merupakan penyerahan mutlak manusia muslim kepada Allah SWT.

Kemudian wajib dilakukan lima kali sehari semalam dengan hati yang tulus ikhlas sebagai bukti keimanan kepada Allah SWT maksudnya :

"Sesungguhnya Solat itu diwajibkan atas orang-orang yang beriman , menurut waktu yang ditentukan." - (An- Nisa';103)

@quotephotovideo 🐝🐝🐝
Jangan putus asa dengan rahmat Allah...

Berapa besar pun kesilapan kita, Berapa banyak pun dosa kita,
Berapa berat pun ujian kita..
Rahmat Allah s.w.t tu lebih besar daripada segala2nya...

Jgn anggap bila kita dah byk buat silap.. maka kita tak layak utk hidup gembira...jgn anggap bila kita dah byk buat dosa..kita tak layak hidup bahagia...jgn anggap yg bila kita xdpt nk melepasi ujian Allah..kita manusia yg tidak guna...

Jangan...

Jangan berputus asa dari Rahmat Allah s.w.t...usaha lah utk ubah diri walaupun kita sedar diri kita ini byk buat silap...usaha juga utk perbaiki diri walaupun kita tahu diri ini byk dosa...usaha juga utk kita kuat walaupun kita sedar diri kita ini lemah bila diuji dgn pelbagai ujian dan dugaan...yakinlah.. setiap ujian itu pasti ada hikmah-Nya...
Janji Allah pasti..

Maka.. tetaplah berjalan dgn penuh harapan walau hidup ini jarang memberikan anda satu senyuman...


@quotephotovideo 🍂🍂🍂
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Bukan masalahmu yang besar, tapi pikiran dan hatimu yang kecil, sampai tidak sadar adanya Tuhan Yang Maha Besar yang selalu siap menolongmu.

Masalah yang kita hadapi sering kali terasa begitu besar, seolah-olah menelan seluruh hidup kita.

Kita sering kali lupa bahwa ada Tuhan Yang Maha Besar, yang senantiasa siap menolong kita.

Dia yang menciptakan kita, tentu tahu setiap masalah yang kita hadapi dan memiliki rencana yang lebih baik untuk kita.

Masalah kita, betapa pun beratnya, sesungguhnya sangat kecil dibandingkan dengan kebesaran cinta Tuhan.

Cinta-Nya begitu besar, begitu dalam, hingga mampu menumbuhkan kita dari setiap masalah yang kita anggap menghancurkan.

Ketika kita merasa terpuruk, ingatlah bahwa Tuhan selalu menyertai kita, membimbing kita melalui setiap langkah, dan menumbuhkan kita menjadi pribadi yang lebih kuat.

Pikiran kita mungkin terbatas, namun hati yang percaya kepada Tuhan tidak akan pernah kehabisan harapan.

Percayalah, setiap masalah yang kita hadapi hanyalah batu loncatan untuk mencapai kebaikan yang telah Tuhan persiapkan.

Dengan hati yang besar dan pikiran yang terbuka, kita akan selalu melihat bahwa cinta Tuhan jauh lebih besar daripada segala masalah.

Perluas pikiran dan hatimu, niscaya Tuhan Yang Maha Besar menolongmu untuk keluar dari masalahmu yang kecil, menuju kebahagiaan yang lebih besar!

@quotephotovideo ♨️♨️♨️
Lain orang lain rezekinya.

Jangn terlalu leka dengan nikmat orang lain sampai lupa untuk bersyukur.

Syukur seadanya 🤲🏻

TAHAP-TAHAP REZEKI

DUIT berada pada darjat rezeki paling rendah.

KESIHATAN berada pada darjat rezeki paling tinggi.

ANAK SOLEH pula merupakan sebaik-baik rezeki.

Manakala MENDAPAT REDHA ALLAH adalah selengkap-lengkap rezeki

"Ya Allah, Engkau kurniakanlah kepada kami redhaMu"

@quotephotovideo 🎯🎯🎯
Teruslah bersemangat dalam menyemai benih kebaikan walaupun ia tampak remeh di mata manusia.

Siapa tahu, tindakan kecil yang dianggap tidak penting itu mungkin menjadi sebab terbukanya pintu hidayah kepada seseorang.

Setiap kebaikan, sekecil mana pun, mempunyai potensi besar di sisi Allah.


@quotephotovideo
Biar mulut rancak bermadah
Namun jiwa dan hati sentiasa zikir kalimah Allah.

Biar rumah kita kecil sederhana
Namun didalamnya penuh kasih sayang dan cinta.

Biar lincah setiap gerak geri
Namun tingkah tetap berbudi pekerti.

Biar tampak peramah dan mesra
Namun ikut batasannya.

Biar nampak diri bersahaja
Namun diam-diam banyak menderma.

Biar nampak diri aktif bersosial
Namun dalam hati penuh keimanan.

Kita manusia tiada yang sempurna
Bila kita berbudi biarlah hanya Allah yang Mengetahui.

Syurga neraka
Dosa pahala
Itu bukan urusan kita

Janganlah sesekali kita menghakimi kerana kadangkala apa yang terlihat
berbeza dengan apa yang tersirat.


Tawadduk Dan Sangka Baik

@quotephotovideo 🍄🍄🍄
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ

✍🏻📚

SELANGKAH KE ALAM BARZAKH

Sehari selangkah ke kubur.....
Bertambahnya umur menghampiri kubur....

Semalam sudah berlalu selangkah....
Hari ini satu langkah lagi akan berlalu pergi....

Dan esok pasti satu langkah lagi akan mendekatkan kita dengan kematian....
Dan begitulah seterusnya.....

Entah berapa langkah lagi yang tinggal....
Kita tidak tahu...
Tiada siapa yang tahu......

Kita sedang beratur menunggu giliran tanpa nombor giliran.....

Giliran yang akan datang tanpa mengira tempat dan waktu...

Bersiaplah sekarang...
Saat ini dan ketika ini...
Janganlah bertangguh....
Sedialah untuk menuju ke dunia baru.....


Alam barzakh.....

ADA BEKAL ATAU TIADA.
ANTARA HIBA DAN TAWA.
ANTARA DOSA DAN PAHALA.
KITA PASTI MENUJU KE SANA

❤️

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ

@quotephotovideo 🐾🐾🐾
بِسْـــــمِـ اللّٰهِ الرّٰحْمَنِ الرَّحِيْمِـ
اَلسَّــــلَامُـ عَلَيْكُمْـ وَرَحْمَةُاللّٰهِ وَبَرَكَاتُهْ

Mengingat Negeri Akhirat

🌿Bila uban telah bertabur
Kulit wajah telah mengendur
Pandangan mata mulai kabur
Ingatlah sahabat liang kubur

🌿Saat tubuhmu telah terbujur
Kain kafan dipotong diukur
Lahat gelap pengganti kasur
Sanak keluarga beranjak mundur.

🌿Tinggal dirimu sebatang kara
Mungkar Nangkir langsung bertanya
Engkau tergagap menjawab tak kuasa
Sebab di dunia tak kenal agama

🌿Panjang betul jalan ke akhirat
Tanpa bekal nasibmu melarat
Tak guna harta tak pula pangkat
Tanpa iman dan takwa melekat

🌿Semua segera akan kembali
Ke kampung halaman yang hakiki
Hanya saja semua tak pasti
Menuju neraka atau syurga abadi

🌿Beramal ibadahlah duhai insan
Selama masih ada kesempatan
Jangan tergoda rayuan syaitan
Semoga selamat sampai tujuan

Mudah-mudahan kita mendapat taufiq sehingga kita digolongkan dengan orang-orang soleh...

Aamiin ya rabbal alamiin...

@quotephotovideo ⌛️⌛️
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Video Quran
Surah An-Nahl سورة النحل
Qari Hani Ar-Rifa'i

@quotephotovideo 🔈🔉🔊
Indahnya Hidup Memberi 🍃
Sebarkan Jika Bermanfaat 🥀

@quotephotovideo 🎯🎯🎯
"Peringatan Buat Jiwa yang Merasa Mulia"

Kehidupan ini adalah sebuah ujian yang sering kali mengaburkan hakikat sebenar kebaikan dan keburukan.

Dalam perjalanan kita menuju redha Allah, ada kalanya kita terperangkap dalam perasaan keangkuhan.

Kita mungkin merasa diri kita lebih baik, lebih mulia, lebih taat beragama daripada orang lain.

Tetapi, hakikatnya, perasaan seperti ini hanya menunjukkan kelemahan hati kita yang masih belum benar-benar memahami erti rendah hati dan tawaduk.

Adakah kita lupa bahawa hanya Allah yang Maha Mengetahui siapa sebenarnya yang lebih mulia di sisi-Nya?

Allah berfirman dalam Al-Quran,

“Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu” (Surah Al-Hujurat, 49:13)

Ayat ini menjadi peringatan jelas bahawa takwa, bukanlah perasaan diri lebih baik, yang menentukan kedudukan kita di sisi Allah.

Sering kali, kejahatan bukanlah semata-mata dalam bentuk tindakan buruk seperti mencuri atau menipu.

Kejahatan juga boleh datang dalam bentuk perasaan, perasaan yang membuat kita memandang rendah orang lain kerana kita merasa lebih mulia atau lebih baik daripada mereka.

Ketika kita yakin bahawa kita lebih layak masuk syurga berbanding orang lain, ketika itu jugalah hati kita mula dihuni sifat takbur yang bisa merosakkan amal baik kita.

Rasulullah SAW pernah bersabda,

“Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya ada seberat zarah daripada sifat takbur” (Hadis Riwayat Muslim)

Betapa besarnya ancaman ini, sehingga sifat takbur yang sekecil zarah pun mampu menghalang seseorang dari syurga!

Maka, apakah yang lebih layak kita lakukan selain sentiasa merendahkan diri dan beristighfar memohon keampunan?

Kita perlu selalu mengingatkan diri bahawa amalan kita yang sedikit ini, walaupun kelihatan banyak dan besar di mata kita, mungkin tiada nilainya di sisi Allah tanpa keikhlasan dan tawaduk.

Bahkan, mereka yang kita pandang rendah hari ini mungkin memiliki amalan tersembunyi yang lebih besar nilainya di sisi Allah.

Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui segala yang tersembunyi dalam hati setiap insan.

Marilah kita sama-sama membetulkan niat, menjauhi sifat takbur...

@quotephotovideo 🍁🍁🍁
3 KUNCI DALAM PERNIKAHAN

Rezeki suami ada dalam senyum isteri

Keselamatan suami ada dalam doa isteri

Kejayaan suami ada dalam keikhlasan isteri


Maka dari itu, kunci kelancaran rezeki ada pada kejujuran suami kepada isteri

Wallahu'alam

@quotephotovideo
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
DOA BANGUN TIDUR

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرِ


“Alhamdullillahilladzi ahyaanaa bada maa amaatanaa wa ilaihin nushur”

Segala puji bagi Allah, yang telah membangunkan kami setelah menidurkan kami dan kepada-Nya lah kami dibangkitkan

@quotephotovideo 🤗😊🙂
Secara Sunnahnya Nabi Sallallahu A'laihi Wassalam tatkala berdoa diwaktu pagi beliau membaca :

اللهم بِكَ أصْبَحْنَا،وَبِكَ أمْسَيْنَا،وَبِكَ نَحْيَا،وَبِكَ نَمُوْتُ وَإلَيْكَ النُّشُوْرُ

(Allahumma Bika Ash Bahna, Wa Bika Amsaina , Wa Bika Nahya, Wa Bika Namut Wa Ilaikannusyur)

"Ya Allah, dengan rahmat dan pertolongan-Mu kami memasuki waktu pagi, dan dengan rahmat dan pertolongan-Mu kami memasuki waktu petang.

Dengan rahmat dan pertolongan-Mu kami hidup dan dengan kehendak-Mu kami mati.

Dan kepada-Mu kebangkitan (bagi semua makhluk)"

(HR. At-Tirmidzi :5/466 , Shahih At-Tirmidzi : 3/142 , Husnul Muslim hlm.82 , Fiqhul A'diyyah)

@quotephotovideo 🎯🎯🎯
Mulakan hari dengan doa dan zikir agar diberi kebaikan dan kesenangan, dijauhi dari kesusahan dan keburukan.

Jangan tinggalkan doa ini setiap pagi.

Doa Pembuka Pintu Rezeki

Allahumma inni as'aluka 'ilman naaffi' aa, wa rizqon thoyyibaa, wa 'amalan mutaqobbalaa.


"Ya Allah, sungguh aku memohon kepadamu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amal yang diterima."

Semoga hari-hari yang dilalui dilimpahi rahmatNya Aamiin....

@quotephotovideo 🤲🤲🤲
اَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيمِ

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

لا إلهَ إلاّ اللّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ الْمُبِين

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرِ

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ

لاَّ إِلَـهَ إِلاَّ أَنتَ سُبْحَـنَكَ إِنِّى كُنتُ مِنَ الظَّـلِمِينَ

وَأُفَوِّضُ أَمۡرِيٓ إِلَى ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَصِيرُۢ بِٱلۡعِبَادِ

ماشاء الله لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ

@quotephotovideo 📿📿📿
2024/10/04 17:17:30
Back to Top
HTML Embed Code: