Telegram Web Link
025003
Mishary Rashid Alafasy
Al-Furqan 25:3

وَٱتَّخَذُوا۟ مِن دُونِهِۦٓ ءَالِهَةً لَّا يَخْلُقُونَ شَيْـًٔا وَهُمْ يُخْلَقُونَ وَلَا يَمْلِكُونَ لِأَنفُسِهِمْ ضَرًّا وَلَا نَفْعًا وَلَا يَمْلِكُونَ مَوْتًا وَلَا حَيَوٰةً وَلَا نُشُورًا

Dan mereka (yang kafir) mengambil benda-benda yang lain dari Allah sebagai tuhan-tuhan, yang tidak dapat mencipta sesuatupun, bahkan benda-benda itu diciptakan (oleh penyembah-penyembahnya dari bahan-bahan di bumi); dan benda-benda itu pula tidak berkuasa mendatangkan sesuatu bahaya atau sesuatu faedah untuk dirinya sendiri; dan tidak berkuasa mematikan atau menghidupkan, atau pun membangkitkan hidup semula makhluk-makhluk yang telah mati.

@quotephotovideo 📚📚📚
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Sifat asli seseorang adalah cerminan dari pikiran dan hati yang murni, dan hanya terlihat saat tidak ada orang yang melihat.

Ketika kamu sendirian, jauh dari penilaian atau pandangan orang lain, di situlah nilai-nilai sejati dan prinsip hidup yang kamu pegang benar-benar diuji.

Inilah momen di mana kamu menunjukkan integritas sejati, tanpa perlu topeng atau kepura-puraan.

Ketika tak ada yang menyaksikan, kamu bebas dari ekspektasi sosial dan norma yang mungkin membatasi.

Di sinilah keputusan kecil, seperti bagaimana kamu memperlakukan dirimu sendiri atau menjaga lingkungan sekitar, menjadi penanda sejati siapa dirimu.

Sifat asli adalah ketika kamu tetap disiplin meski tidak ada yang memuji, tetap berbuat baik walau tak ada yang melihat, dan terus menunjukkan rasa hormat walau tak ada yang memberi balasan.

Kejujuran pada diri sendiri adalah bentuk tertinggi dari kejujuran. Sifat asli ini akan membentuk karakter kuat yang tak mudah goyah, karena bersumber dari hati yang tulus.

Saat kamu berani menjadi dirimu sendiri, baik dalam keramaian maupun kesendirian, kamu telah menunjukkan kekuatan sejati yang akan membawa dirimu pada kesuksesan dan kebahagiaan yang sejati.

@quotephotovideo ♨️♨️♨️
SOLAT adalah pembangun kepada kehidupan Kita tidak melakukannya hanya semata kewajipan.

Kita sedang menyambut seruan Tuhan dengan melaksanakannya agar kehidupan terpandu selalu.

Solat ialah ruang selamat, untuk meluah segala yang kita rasa, saat dunia tidak mengendahkan kita.

Solat menyelamatkan kita daripada merintih dengan cara yang tidak tepat hingga menyakiti orang di sekeliling.

Setiap sesuatu punyai tiang-tiang yang mendokongnya. Salah satu pendiri penting kepada solat adalah bacaan Al-Fatihah.

Ia merupakan rukun qauli yang wajib kita baca dan perlu sampai didengar oleh telinga sendiri.

Kenapa agaknya Al-Fatihah menjadi rukun qauli yang perlu kita sebut sehingga didengar oleh telinga sendiri?

Supaya kita ini sentiasa diperingatkan tentang keperluan menjadi hamba yang bersyukur.

Kita ada kemungkinan untuk selalu please orang lain. Sehingga kita terlupa untuk menghargai diri sendiri.

Meruntuhkan boundaries yang tidak sewajarnya antara kita dengan orang lain, hanya kerana tidak mahu mengecewakan sesiapa pun.

Akhirnya kita sendiri yang kecewa dan terluka.

Solat menjadi ruang selamat buat kita.

Tempat kita meluah. Tempat kita diperingatkan tentang nilai diri kita. Yang sentiasa berharga.

Lalu, kita akan belajar untuk putuskan harapan yang terlalu mendalam kepada dunia dan manusia.

Sebaliknya banyak menyangkut harapan kepada Tuhan yang tidak pernah mengecewakan.

@quotephotovideo 🎯🎯🎯
Allah Menjanjikan yang Terbaik

Ketika kita melepaskan sesuatu yang kita cintai kerana Allah SWT, itu bukanlah kehilangan sebenar.

Ibnu Qayyim rahimahullah pernah menyatakan, "Siapa yang meninggalkan sesuatu kerana Allah, maka Allah akan ganti dengan sesuatu yang lebih baik."

Ini adalah satu janji Allah yang pasti dan tidak pernah dimungkiri.

Melepaskan sesuatu demi Allah adalah bukti keimanan kita.

Dalam Al-Quran, Allah SWT berfirman, "Barang siapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka." (Surah At-Talaq, ayat 2-3).

Janji Allah adalah jelas: bagi setiap pengorbanan yang dilakukan dengan ikhlas, ada ganjaran yang menunggu.

Oleh itu, jangan ragu-ragu untuk meninggalkan sesuatu yang kurang baik demi mencapai keredhaan Allah.

Setiap kali kita melepaskan sesuatu kerana-Nya, yakinlah bahawa pengganti yang lebih baik pasti akan tiba.

Allah tahu apa yang terbaik untuk kita, dan Dia tidak akan membiarkan usaha kita sia-sia.

Teruskan melangkah dengan keimanan dan keyakinan kepada janji-Nya yang abadi.

@quotephotovideo 🍂🍂🍂
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Video Quran
Surah Qaaf سورة ق
Qari Syeikh Abdulaziz Shokry

@quotephotovideo 🔈🔉🔊
Indahnya Hidup Memberi 🍃
Sebarkan Jika Bermanfaat 🥀

@quotephotovideo 🎯🎯🎯
Buatlah baik kerana Allah

Menunjukkan kebaikan itu baik
Menyembunyikan kebaikan itu pun baik.

Yang tidak baiknya ialah yang tak nak buat baik
Yang lebih teruk lagi menghina dan mengata orang yang buat baik.

Bila diajak berbuat baik, ada saja alasannya untuk menolak.

Tak perlu berdebat panjang antara buat baik secara sembunyi-sembunyi atau terang-terangan..

Yang penting terus berbuat baik selagi masih ada kesempatan.

ltu yang paling penting
.

@quotephotovideo ♨️♨️♨️
MEMBERI
membuatkan kita kaya dari org kaya

SENYUM
membuatkan kita indah

KASIH
membuatkan kita lebih bahagia

DOA
membuat kita tenang dan damai

SELALU INGAT PADA TUHAN
membuatkan kita tak pernah kekurangan dan bahagia

@quotephotovideo 🎯🎯🎯
𝗜𝗟𝗠𝗨 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗔𝗡𝗙𝗔𝗔𝗧

Ilmu yang memberi manfaat itu adalah ilmu yang menambahkan rasa takutmu kepada Allah,

ilmu yang menambah celik mata hatimu terhadap keaiban dirimu,

ilmu yang menambahkan ibadahmu kepada Allah,

ilmu yang mengurangkan kasihmu kepada dunia,

ilmu yang membukakan pandangan mata hatimu terhadap kebinasaan-kebinasaan segala amalmu sehingga kamu dapat memelihara dirimu daripadanya,

dan ilmu yang menampakkan kepada kamu segala tipu helah syaitan.


Imam Al-Ghazali رحمه الله تعالى, Bidayatul Hidayah ~

@quotephotovideo 📚📚📚
LAA HAWLA WALA QUWWATA
ILLA BILLAHIL ALIYYIL ADZIM


Semoga Allah SWT senantiasa
Menjaga dan melindungi kita
Mencurahkan rahmat & hidayah-Nya

Kurniakan kita rezeki berlimpah
Umur yang penuh berkah
Dimudahkan kesulitan hidup kita

Mendatangkan banyak kebaikan
Dan juga kebahagiaan
Mewujudkan hajat dan keinginan
Mengabulkan doa dan harapan
Dan mengampuni dosa-dosa kita
Aamiin...


@quotephotovideo 🤲🤲🤲
Al Mulk : Bacalah aku sebelum
kau tidur, dan kelak aku akan
menemani gelapmu di alam
penantian


Ayat Kursi : Bacalah aku
selepas solat, dan hanya
kematianlah yang menjadi
jarak denganmu dan syurga


Al-Ikhkas : Bacalah aku
sebanyak 10x sehari agar
dibangunkan untukmu oleh
Allah rumah di syurga


@quotephotovideo 🍄🍄🍄
حَيَّ عَلَىٰ ٱلصَّلَاةِ

Come to prayer

حَيَّ عَلَىٰ ٱلْفَلَاحِ

Come to success


@quotephotovideo 🕌🕌🕌
DOA BANGUN TIDUR

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرِ


“Alhamdullillahilladzi ahyaanaa bada maa amaatanaa wa ilaihin nushur”

Segala puji bagi Allah, yang telah membangunkan kami setelah menidurkan kami dan kepada-Nya lah kami dibangkitkan

🩷 Doa Pagi

❤️ Doa agar Allah Perbaiki Setiap Urusan

🧡 Allahumma Afini

💛 Doa Rezeki tak Putus

💚 Doa Pagi - Hijjaz

🩵 Doa Memohon 'Afiyah

💙 Zikir Pagi

💜 Zikir Pagi - Allahumma Bika Ash Bahnaa

@quotephotovideo 🤗😊🙂
سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيمِ

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

لا إلهَ إلاّ اللّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ الْمُبِين

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرِ

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ

لاَّ إِلَـهَ إِلاَّ أَنتَ سُبْحَـنَكَ إِنِّى كُنتُ مِنَ الظَّـلِمِينَ

وَأُفَوِّضُ أَمۡرِيٓ إِلَى ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَصِيرُۢ بِٱلۡعِبَادِ

ماشاء الله لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ

@quotephotovideo 📿📿📿
آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آمَنَ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنتَ مَوْلَانَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

•••┈••••○❁🍃💙🍃❁○••••┈•••

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لا إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَااسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإنَّهُ لا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ

•••┈••••○❁🍃🧡🍃❁○••••┈•••

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي العَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

@quotephotovideo 📿📿📿
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنزَلَ عَلَىٰ عَبْدِهِ الْكِتَابَ وَلَمْ يَجْعَل لَّهُ عِوَجًا
قَيِّمًا لِّيُنذِرَ بَأْسًا شَدِيدًا مِّن لَّدُنْهُ وَيُبَشِّرَ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا حَسَنًا
مَّاكِثِينَ فِيهِ أَبَدًا
وَيُنذِرَ الَّذِينَ قَالُوا اتَّخَذَ اللَّهُ وَلَدًا
مَّا لَهُم بِهِ مِنْ عِلْمٍ وَلَا لِآبَائِهِمْ كَبُرَتْ كَلِمَةً تَخْرُجُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ إِن يَقُولُونَ إِلَّا كَذِبًا
فَلَعَلَّكَ بَاخِعٌ نَّفْسَكَ عَلَىٰ آثَارِهِمْ إِن لَّمْ يُؤْمِنُوا بِهَٰذَا الْحَدِيثِ أَسَفًا
إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَّهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا
وَإِنَّا لَجَاعِلُونَ مَا عَلَيْهَا صَعِيدًا جُرُزًا
أَمْ حَسِبْتَ أَنَّ أَصْحَابَ الْكَهْفِ وَالرَّقِيمِ كَانُوا مِنْ آيَاتِنَا عَجَبًا
إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوا رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

@quotephotovideo 🌹🌹🌹
242 of 365 🗓 KHAMIS 💕 24 SAFAR 1446H 29 OGOS 2024

 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Bismillahirrahmanirrahim 🌹

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.

Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya

••✾•◆❀◆•✾••┈•┈┈••✾•◆❀◆•✾••┈

#AllahjagaKita..😘
#PrayertoremoveCovid19... 🇲🇾

"Semua Akan Pergi Meninggalkan Kita Kecuali Amal"

Dalam perjalanan hidup, kita sering kali sibuk mengejar pelbagai perkara duniawi. Jawatan, populariti, harta, dan keluarga menjadi tumpuan utama kita.

Namun, adakah kita sedar bahawa semua ini hanyalah sementara?

Kita mengejar pangkat dan kedudukan dengan harapan bahawa ia akan memberi kita kepuasan dan pengiktirafan.

Populariti pula diidamkan agar kita dikenali dan dihargai oleh masyarakat.

Harta menjadi matlamat bagi kebanyakan kita, dan keluarga adalah tempat kita berlindung dan bersandar.

Namun, hakikatnya, ketika kita dijemput oleh Ilahi, semuanya akan meninggalkan kita.

Jawatan yang kita sandang akan diberikan kepada orang lain.

Populariti yang kita nikmati akan pudar dan dilupakan.

Harta yang kita kumpul akan dibahagikan kepada waris.

Keluarga yang kita kasihi akan terus menjalani kehidupan tanpa kita.

Yang tetap bersama kita hanyalah amal kebaikan yang telah kita lakukan sepanjang hidup.

Amal inilah yang akan menjadi teman setia kita di alam kubur dan pemberat timbangan di akhirat kelak.

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 197:

“Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah.”

Ayat ini mengingatkan kita bahawa setiap amal yang kita lakukan, walau sekecil mana pun, akan dicatat dan diperhitungkan oleh Allah SWT.

Oleh itu, mari kita utamakan amal kebaikan dalam setiap langkah kehidupan kita.

Jadikan setiap perbuatan sebagai ibadah yang mendekatkan kita kepada-Nya.

Semoga amal-amal inilah yang akan menjadi teman setia kita, mengiringi kita dalam perjalanan abadi selepas dunia ini.

Ingatlah, yang kekal hanyalah amal kita.

SEMOGA BERMANFAAT 🥰

•══◎◎♡◎◎══•

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin.

🎋سبحان الله 🌻الحمد لله🌺لا اله إلا الله 🌼الله اكبر

@quotephotovideo 🌸🌸🌸
47K541
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Jauhi Dengki, Marah dan Memutuskan Ukhuwah


عَنْ أَنَسٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَحَاسَدُوا وَلَا تَبَاغَضُوا وَلَا تَقَاطَعُوا وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إِخْوَانًا

Daripada Anas RA bahawa Nabi SAW bersabda:

"Janganlah kalian saling berdengki, saling marah, dan jangan pula saling memutuskan hubungan satu sama lain. Tetapi jadilah kalian hamba Allah yang bersaudara."

(HR Muslim No: 4642)
Status: Hadis  Sahih

Pengajaran:

1.Sebagai Muslim kita dilarang saling berdengki sesama Muslim

2.Elakkan dari berkelahi dan memarahi sesama Muslim.

3.Muslim juga dilarang memutuskan hubungan ukhuwah dan silaturahim sesama kita.

4.Berusahalah menjaga ukhuwah sesama Muslim  kerana orang Mukmin itu bersaudara.

5.Sifat dengki dan tidak boleh mengawal marah yang ada pada seseorang menjadi penyebab putusnya hubungan ukhuwah dan silaturrahim.

Bersama kita membina Negara Malaysia yang teguh dan harmoni. Elakkan diri dari saling berdengki, suka marah-marah serta memutuskan hubungan ukhuwah.

24hb Safar 1446H
29hb Ogos 2024


@quotephotovideo 📚📚📚
Tadabbur Kalamullah 24 Safar 1446H

وَمَاۤ أَصَـٰبَكُم مِّن مُّصِیبَةࣲ فَبِمَا كَسَبَتۡ أَیۡدِیكُمۡ وَیَعۡفُوا۟ عَن كَثِیرࣲ

"Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu" [Surah ash-Shūrā 30]

#Dosa penyebab turunnya azab, bala dan bencana kesusahan. Bala ini akan menimpa orang-orang yang engkar, degil, ahli maksiat bahkan pada semua manusia. Maka berhati-hatilah dalam mengharungi kehidupan agar tidak terpalit dengan dosa dan maksiat yang mengundang bala dan kemurkaan Allah swt.

وَٱتَّقُوا۟ فِتۡنَةࣰ لَّا تُصِیبَنَّ ٱلَّذِینَ ظَلَمُوا۟ مِنكُمۡ خَاۤصَّةࣰۖ وَٱعۡلَمُوۤا۟ أَنَّ ٱللَّهَ شَدِیدُ ٱلۡعِقَابِ

"Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya" [Surah al-Anfal 25]

#Selain itu, dosa juga penyebab kepada tidak diterima segala amal ibadah. Imam Ibnul Qayyim berpesan di dalam kitab Madarij as-Salikin:

أما إذا تذكَّر الذنبَ ففرح وتلذَّذ فلم يُقبل، ولو مكث على ذلك أربعين سنة

"Adapun sekiranya seseorang itu (setelah melakukan ibadah) masih merasa seronok dengan dosa, ketahuilah bahawa ia adalah (tanda-tanda) amalan tidak diterima sekalipun dia melakukan amal kebajikan selama 40 tahun" (Ibn al-Qayyim, Madarij al-Salikin)

#Dosa juga penyebab terbukanya keaiban diri. Imam Ibn Hajar menyebut di dalam karyanya yang berjudul Fathul Bari. Kata Imam Ibn Hajar:

مَن قصد إظهار المعصية والمجاهرةَ، أغضب ربه فلم يستره

"Barangsiapa yang dengan sengaja menzahirkan maksiat yang dilakukan oleh dirinya sendiri, atau menceritakan dosa mereka kepada orang lain, Allah sangat marah kepada mereka sehingga (dengan sebab itu) Allah tidak menutup keaiban mereka (iaitu keaiban mereka didedahkan, malah didedahkan oleh diri mereka sendiri).” (Ibn Hajar, Fath al-Bari)

#Oleh itu, berusahalah untuk menjauhi dosa, agar dijauhi kita daripada bala bencana dan didatangkan rahmat dan kebaikan kepada kita.

#Berkata Abu Hazim rahimahullah:

قال أبو حَازِمٍ: عِنْدَ تَصْحِيحِ الضَّمَائِرِ تُغْفَرُ الْكَبَائِرُ، وَإِذَا عَزَمَ الْعَبْدُ عَلَى تَرْكِ الْآثَامِ أَتَتْهُ الْفُتُوحُ

"Ketika mana dia (mula) memperbaiki akhlaknya maka akan diampunkan dosa-dosa besarnya, ketika mana dia mula bertekad untuk meninggalkan maksiat ketika itu akan dibuka pintu-pintu kebaikan baginya" (Lihat: al-Ikhlas wa al-Niat oleh Ibnu Abi Dunya)

Marilah sama-sama kita merendah diri dan bertaubat kepada Allah swt dan memohon Allah swt jauhkan kita daripada musibah dunia akhirat. Ya Allah hanya padaMu kami memohon keampunan dan pertolongan. Aamiiin

🐊Ust naim

@quotephotovideo 📚📚📚
JANGAN LUPAKAN DOA UNTUK KAUM MUSLIMIN DI PALESTINA

Syaikh Dr. Shalih bin Abdillah bin Hamd Al-‘Ushaimi hafizhahullahu ta‘ala mengatakan:

الدعاء من حقوق الإخاء: اللهم اجعل للأقصى و أهله فرجًا، و اكفِ المسلمين شرَّ الأشرار، و كيد الفجَّار.

“Doa itu merupakan hak persaudaraan :

'Ya Allaah berikanlah jalan keluar bagi Al-Aqsha dan penduduknya, serta lindungilah seluruh kaum muslim dari keburukan orang-orang jahat dan makar para pendosa'.”


#savepalestine🇵🇸
#alaqsa
#alaqsamosque

Semoga hari ini lebih baik dari semalam

Aamiin Ya Allah Ya Mujib 🤲🏻😭

☪️  TARIKH ISLAM ☪️
🌙  24 SAFAR 1446H
🗓  29 OGOS 2024
📌  KHAMIS

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

اعوذبا الله من الشيطان الرجيم

بِسْــــــــــــــمِے اللّٰهِےالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْــــــــــــــمِے🌹

👉 Bersamalah dengan ALLAH,
ALLAH akan menjagamu...
👍

@quotephotovideo 💖💖💖
2024/10/05 07:33:10
Back to Top
HTML Embed Code: