Telegram Web Link
Secara Sunnahnya Nabi Sallallahu A'laihi Wassalam tatkala berdoa diwaktu pagi beliau membaca :

اللهم بِكَ أصْبَحْنَا،وَبِكَ أمْسَيْنَا،وَبِكَ نَحْيَا،وَبِكَ نَمُوْتُ وَإلَيْكَ النُّشُوْرُ

(Allahumma Bika Ash Bahna, Wa Bika Amsaina , Wa Bika Nahya, Wa Bika Namut Wa Ilaikannusyur)

"Ya Allah, dengan rahmat dan pertolongan-Mu kami memasuki waktu pagi, dan dengan rahmat dan pertolongan-Mu kami memasuki waktu petang.

Dengan rahmat dan pertolongan-Mu kami hidup dan dengan kehendak-Mu kami mati.

Dan kepada-Mu kebangkitan (bagi semua makhluk)"

(HR. At-Tirmidzi :5/466 , Shahih At-Tirmidzi : 3/142 , Husnul Muslim hlm.82 , Fiqhul A'diyyah)

@quotephotovideo 🎯🎯🎯
238 of 365 🗓 AHAD 💕 20 SAFAR 1446H 25 OGOS 2024

 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Bismillahirrahmanirrahim 🌹

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.

Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya

••✾•◆❀◆•✾••┈•┈┈••✾•◆❀◆•✾••┈

#AllahjagaKita..😘
#PrayertoremoveCovid19... 🇲🇾

JANJI ALLAH PASTI

"Manusia diberi hati untuk mengawal perasaan, mata untuk melihat dan telinga untuk mendengar.

Dengan tiga pemberian itu, sudah cukup untuk manusia mengenal tanda-tanda kebesaran Allah apabila mereka berfikir menggunakan akal yang waras.

Manakala binatang walaupun ada mata, telingan dan hati; tetapi ia tidak dapat berfikir untuk memahami hal-hal kehidupan yang sebenarnya; maka wajar Allah berikan perumpamaan terhadap manusia seperti binatang ternak..."


Allah SWT meletakkan dunia di depan mata supaya kita boleh melihat dengan nyata kewujudan akhirat...

BERSYUKURLAH

Syukur: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu.

(Surah Ibrahim 7)

BERZIKIRLAH

Zikir: “Ingatlah kamu kepada-Ku,
niscaya Aku ingat (pula) kepadamu”

(Surah Al-Baqarah 152)

BERDOALAH

Doa: “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu.”

(Surah Ghaafir 60)

BERISTIGHFARLAH

Istighfar: “Dan tidaklah (pula) Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun.”

(Surah Al-Anfaal 33)

Berkata Imam al Ghazali Rahimahullah

"Hiduplah engkau sesuka hati engkau kerana engkau pasti akan mati.

Cintailah engkau sesiapa saja yang engkau suka kerana engkau pasti berpisah dengannya.

Beramallah engkau sesuka engkau kerana engkau akan dihisab dengan amalan engkau."


Baikilah diri kamu dan serulah orang lain.

Tegakkan Islam dalam diri kamu, nescaya akan tertegak ditempat kamu

WalLahuaLam

SEMOGA BERMANFAAT 🥰

•══◎◎♡◎◎══•

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin.

🎋سبحان الله 🌻الحمد لله🌺لا اله إلا الله 🌼الله اكبر

@quotephotovideo 🌸🌸🌸
47K437
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Jadilah Hamba Allah Yang Bersaudara


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِيَّاكُمْ وَالظَّنَّ فَإِنَّ الظَّنَّ أَكْذَبُ الْحَدِيثِ وَلَا تَحَسَّسُوا وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا تَحَاسَدُوا وَلَا تَدَابَرُوا وَلَا تَبَاغَضُوا وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إِخْوَانًا

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:

"Jauhilah prasangka buruk, kerana prasangka buruk adalah ucapan yang paling dusta, janganlah kalian saling mendiamkan, janganlah suka mencari-cari isu, saling mendengki, saling membelakangi, serta saling membenci, tetapi, jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara."

(HR Bukhari No: 5717)
Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.Islam mengajar agar kita menjauhi prasangka buruk kepada orang lain

2.Islam menyuruh agar tidak mendiamkan diri jika kemungkaran berlaku di hadapan kita (perlu dicegah atau dinasihat)

3.Muslim dilarang mencari-cari isu atau kelemahan orang lain.

4.Setiap kita juga dilarang saling mendengki, saling membelakangi, serta saling membenci terhadap saudara Muslim kita yang lain.

5.Setiap Muslim dituntut agar berusaha menjaga tali persaudaraan sesama Muslim.

Marilah kita  menjaga persaudaraan dengan menjauhi sangka buruk, tidak mencari kelemahan orang lain, tidak berdengki, elakkan membenci, tidak membelakangkan orang lain dan bantu mereka dengan mencegah mereka daripada melakukan maksiat.

20hb Safar 1446H
25hb Ogos 2024


@quotephotovideo 📚📚📚
Tadabbur Kalamullah 20 Safar 1446H

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ ٱرۡكَعُوا۟ وَٱسۡجُدُوا۟ وَٱعۡبُدُوا۟ رَبَّكُمۡ وَٱفۡعَلُوا۟ ٱلۡخَیۡرَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)" [Surah al-Ḥajj 77]

#Dalam ayat ini Allah swt memerintahkan orang yang beriman untuk rukuk serta sujud, iaitu mengerjakan solat, serta beribadah mentauhidkan Allah swt. Allah swt juga memerintahkan orang beriman untuk mengerjakan amal-amal kebajikan supaya beroleh keuntungan dan kebahagiaan dunia akhirat.

#Allah swt menggalakkan seseorang memperbanyakkan sujud untuk mendekatkan diri kepada Allah bagi memudahkan mendapat rahmatNya. Sujud termasuk rukun dalam rukun-rukun solat. Allah telah mewajibkan solat lima waktu sehari semalam yang dalamnya terkandung 17 rakaat dan 34 kali sujud. Setiap rakaat solat mengandungi dua kali sujud. Orang yang meninggalkan solat adalah orang yang meninggalkan sujud kepada Allah swt.

#Antara kelebihan sujud ialah sebagaimana hadis riwayat Sayidina Abu Hurairah r.a, Nabi saw bersabda:

حَتَّى إِذَا أَرَادَ اللَّهُ رَحْمَةَ مَنْ أَرَادَ مِنْ أَهْلِ النَّارِ أَمَرَ اللَّهُ الْمَلَائِكَةَ أَنْ يُخْرِجُوا مَنْ كَانَ يَعْبُدُ اللَّهَ فَيُخْرِجُونَهُمْ وَيَعْرِفُونَهُمْ بِآثَارِ السُّجُودِ وَحَرَّمَ اللَّهُ عَلَى النَّارِ أَنْ تَأْكُلَ أَثَرَ السُّجُودِ فَيَخْرُجُونَ مِنْ النَّارِ فَكُلُّ ابْنِ آدَمَ تَأْكُلُهُ النَّارُ إِلَّا أَثَرَ السُّجُودِ

"Apabila Allah hendak merahmati sesiapa dari kalangan ahli neraka, Allah akan mengarahkan para malaikat untuk mengeluarkan sesiapa yang menyembah Allah, lalu dikeluarkan orang-orang yang menyembah Allah dari neraka, para malaikat mengenali mereka dengan kesan sujud. Allah mengharamkan neraka dari membakar kesan sujud, maka mereka akan keluar dari neraka. Oleh yang demikian setiap anak Adam yang masuk ke dalam neraka akan dibakar tubuh badannya melainkan kesan sujud" (HR Ahmad, al-Bukhari dan Muslim)

#Dalam riwayat yang lain, Nabi saw bersabda:

أَقْرَبُ مَا يَكُونُ الْعَبْدُ مِنْ رَبِّهِ وَهُوَ سَاجِدٌ فَأَكْثِرُوا الدُّعَاءَ".

"Seseorang hamba paling dekat dengan Allah adalah ketika dia sedang sujud, oleh kerana itu perbanyakkanlah doa (di dalamnya)" (HR Muslim, Abu Daud, an-Nasa’ie, dan Ahmad)

#Imam an-Nawawi berkata di dalam Syarh Sahih Muslim: "Hadis ini merupakan dalil bagi yang berpandangan sujud lebih utama dari berdiri dan lebih utama dari kesemua rukun solat yang lain"

#Dalam riwayat yang lain:

Daripada Sayidina Ma’dan bin Abi Talhah r.a katanya: "Saya bertemu dengan Sayidina Thauban maula (bekas hamba) Rasulullah saw, lalu saya berkata: Khabarkan kepada saya satu amalan yang bila saya lakukannya, Allah akan memasukkan saya ke dalam syurga". Atau dia berkata: "Amalan yang lebih disukai oleh Allah, lalu beliau (Thauban)  diam. Kemudian saya bertanya lagi kepadanya, beliau berdiam diri, kemudian saya bertanya lagi kali ketiga. Lalu beliau menjawab: Saya pernah bertanya perkara ini kepada Nabi saw, dan baginda bersabda: "Hendaklah kamu membanyakkan sujud (membanyakkan solat), kerana sesungguhnya kamu tidak melakukan satu sujud kepada Allah melainkan Allah akan menaikkan satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan" (HR Ahmad, Muslim  at-Tirmizi: Hasan Sahih)

Perbanyakkanlah solat agar kita dapat memperbanyakkan sujud. Ini kerana kelebihan orang yang sujud tersangat luar biasa ganjarannya

🐊Ust naim

@quotephotovideo 📚📚📚
JANGAN LUPAKAN DOA UNTUK KAUM MUSLIMIN DI PALESTINA

Syaikh Dr. Shalih bin Abdillah bin Hamd Al-‘Ushaimi hafizhahullahu ta‘ala mengatakan:

الدعاء من حقوق الإخاء: اللهم اجعل للأقصى و أهله فرجًا، و اكفِ المسلمين شرَّ الأشرار، و كيد الفجَّار.

“Doa itu merupakan hak persaudaraan :

'Ya Allaah berikanlah jalan keluar bagi Al-Aqsha dan penduduknya, serta lindungilah seluruh kaum muslim dari keburukan orang-orang jahat dan makar para pendosa'.”


#savepalestine🇵🇸
#alaqsa
#alaqsamosque

Semoga hari ini lebih baik dari semalam

Aamiin Ya Allah Ya Mujib 🤲🏻😭

☪️  TARIKH ISLAM ☪️
🌙  20 SAFAR 1446H
🗓  25 OGOS 2024
📌  AHAD

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

اعوذبا الله من الشيطان الرجيم

بِسْــــــــــــــمِے اللّٰهِےالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْــــــــــــــمِے🌹

👉 Bersamalah dengan ALLAH,
ALLAH akan menjagamu...
👍

@quotephotovideo 💖💖💖
Ahad, 20 Safar 1446H ~

QUOTES, PHOTO & VIDEO hari ini...

tasbih | tahmid | tahlil | takbir

سُبْحَانَ اللهِ وَالحَمْدُ للهِ وَلاَإِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ

subhanallah
walhamdu lillah
wa laa ilaha illallah
wallahu akbar


Semoga hari ini lebih baik dari semalam

♨️ Al-Quranul Karim

📖 Ayat² AL-QURAN

📀 Video QURAN

🎬 Surah al Mulk

📿 Koleksi Selawat

🎯 Tahajud & Subuh

🎨 Koleksi Photo

🇲🇾 Waktu Solat Bandar Utama

•••••••••✿❃❃•⭑•❃❃✿•••••••••

M U H A R R A M    1 4 4 6 H

S   A   F   A   R     1  4  4  6  H

Is   Se   Ra   Kh   Ju   Sa   Ah
       01   02   03   04   05   06
07  08   09   10   11   12   13
14  15   16   17   18   19   20
21  22   23   24   25   26   27
28  29   30

Aamiin Ya Allah Ya Mujib 🤲🏻😭

sambung di comments 👇

Selamat Pagi ~ Good Morning ~ Awali Hari Dengan Bismillah

Today…. 🩷 ~ Believe…♥️ ~ Let your cup overflow with...

Ya Allah, sibukkan aku dengan Kebaikan

④ Jangan merajuk Melebihi 3 hari

Rezeki Itu datang Melalui 3 cara

3 Qul

Penyakit Orang Berilmu dan Ahli Ibadah

Jaminan Syurga bagi orang yang Bertauhid

Kepentingan Solat: Jalan Menuju Kebahagiaan Sejati

⑩ Makna Bacaan dalam Solat

Circle yang Baik

Jangan Pernah Remehkan Birahi

Doa untuk mereka yang telah tiada

Tempat akhir kita

Solat

     ○ Solat Sunat Dhuha

     ○ Solat Taubat

     ○ Selawat Badar

     ○ Selawat Nabi

     ○ Ayat 1000 Dinar

     ○ Sayyidul Istighfar

     ○ Zikir Hasbi Rabbi

     ○ Jangan Tangguh Taubat dan Perubahan Diri

     ○ Jangan Pernah Merendahkan Orang

     ○ Waktumu adalah Hidupmu

     ○ Selama anda Jujur

     ○ People Come and Go

┅═•❃✽✿❁️♡🌸♡❁☘️✿✽❃•═┅

Salam  ZOHOR, ASAR & MAGHRIB ~ JUMAAT

Zikir  01 02 03 04 05 06 07

Doa  01 02 03

@quotephotovideo 💝💐🙂
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Hati-hati dengan mulut,
Mulut tempayan boleh ditutup, mulut orang tidak.

Hati-hati dengan mulut,
Bila marah macam-macam,
maki hamun boleh terkeluar.

Hati-hati dengan mulut,
Kerana mulut badan binasa.

Hati-hati dengan mulut,
Kerana mulut ramai orang terluka.

Hati-hati dengan mulut,
Disebabkan mulut ramai,
yang bermasam muka
antara kawan,
sesama keluarga...

Hati-hati dengan mulut,
Disebabkan bahana mulut ramai terhumban ke neraka Jahanam.

Jaga lidah jaga mulut,
Diam itu lebih baik
daripada berkata yang sia-sia. 🤲🌹

@quotephotovideo 🍄🍄🍄
Hadiah Tersirat dalam Setiap Ujian

Ada pepatah yang mengatakan bahawa kehidupan ini adalah sebuah perjalanan yang penuh dengan ujian dan dugaan.

Kadang-kadang, apa yang kita sangka adalah malapetaka, sebenarnya adalah hadiah yang diselubungi dengan cabaran.

Seperti seorang kawan yang bijak pernah berkata,

"Dalam hidup, banyak 'hadiah' yang terbungkus dengan masalah."

Jadi, mengapa kita harus cepat membenci sesuatu yang kita tidak senangi daripada takdir-Nya?

Apabila kita berhadapan dengan ujian, mudah untuk merasa kecewa, marah, atau putus asa.

Kita sering bertanya kepada diri sendiri, "Mengapa ini terjadi kepadaku?"

Namun, jika kita merenung lebih dalam, kita akan sedar bahawa setiap cabaran itu sebenarnya adalah peluang yang diberikan oleh Allah untuk kita belajar dan berkembang.

Dalam Surah Al-Baqarah, ayat 286, Allah berfirman,

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

Ini menunjukkan bahawa setiap ujian yang kita hadapi sudah tentu dalam kemampuan kita untuk menanganinya.

Jadi, apa yang perlu kita lakukan apabila berdepan dengan situasi yang tidak kita sukai?

Pertama, cuba untuk melihatnya dari perspektif yang berbeza. Ingatlah bahawa setiap kesulitan datang dengan hikmah tersendiri.

Mungkin apa yang kita pandang sebagai kesulitan sebenarnya adalah satu cara Allah mendidik hati kita untuk lebih sabar, lebih tabah, dan lebih dekat dengan-Nya.

Kedua, jangan cepat membuat kesimpulan. Kebencian yang terburu-buru terhadap sesuatu yang kita tidak fahami hanya akan menambahkan kekeliruan dan keperitan dalam jiwa kita.

Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita, dan setiap garis takdir yang ditentukan-Nya mempunyai maksud dan tujuan tertentu.

Akhirnya, belajarlah untuk menerima dan redha dengan apa yang telah ditentukan.

Dalam Surah At-Tawbah, ayat 51, Allah mengingatkan kita,

"Katakanlah: Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kami. Dialah Pelindung kami, dan hanya kepada Allah orang-orang yang beriman harus bertawakal.

Percayalah bahawa segala sesuatu yang terjadi adalah dengan izin Allah, dan Dia tahu apa yang terbaik untuk kita.

Maka, mari kita belajar untuk tidak cepat membenci apa yang kita tidak senangi.

Setiap kesulitan mungkin adalah sebuah hadiah yang tersembunyi, yang menanti untuk kita temui dan hargai.

Hanya dengan hati yang terbuka dan sikap yang positif, kita akan melihat betapa indahnya takdir yang telah diatur oleh-Nya.

@quotephotovideo 🎁🎁🎁
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Jika kamu terus menggenggam masa lalumu, kamu hanya menambah beban berat yang seharusnya tak perlu kamu pikul.

Masa lalu hanyalah bagian dari perjalanan dan pelajaran, bukan tujuan akhir hidupmu.

Melepaskan masa lalumu berarti memberi ruang bagi diri sendiri untuk tumbuh dan berkembang.

Ingatlah, apa yang kamu pikirkan, itulah yang akan kamu rasakan.

Pikiran negatif dari masa lalu hanya akan membawa perasaan berat, sedangkan pikiran positif akan membawa kedamaian dan kebahagiaan.

Berhati-hatilah dengan pikiranmu, karena mereka adalah awal dari apa yang kamu rasakan dan, pada akhirnya, apa yang kamu dapatkan.

Ketika kamu terjebak pada hal-hal yang sudah berlalu, kamu menutup pintu untuk hal-hal indah yang akan datang.

Bebaskan dirimu dari belenggu masa lalu.

Jadikan setiap hari kesempatan baru untuk berpikir lebih baik, merasakan lebih damai, dan hidup lebih bahagia.

Ingat, dirimu berharga dan pantas untuk merasakan kedamaian tanpa beban.

Masa depanmu dimulai dari pikiranmu hari ini.

Lepaskan, dan rasakan ketenangan yang menentramkan hatimu 💞

@quotephotovideo ♨️♨️♨️
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Video Quran
Surah Asy Syura سورة الشورى
Qari Syeikh Abdullah Jaballah

@quotephotovideo 🔈🔉🔊
Indahnya Hidup Memberi 🍃
Sebarkan Jika Bermanfaat 🥀

@quotephotovideo 🍂🍂🍂
Orang tak sembahyang hilang berkat umur. Tiada pengisian pada umurnya.

Orang tak sembahyang rezeki tak murah. Rezekinya tak diberkati. Ada duit, sekejap sahaja habis.

Orang tak sembahyang ALLAH hilangkan cahaya soleh dari wajahnya. Buat amal pun Tuhan tak bagi pahala sebab sembahyang menjadi ASAS.

Yang berat sekali dalam hidup bagi orang tak sembahyang ialah DOA TAK MAKBUL.


TG SYEIKH MUHD ZAINUL ASRI

@quotephotovideo 🕌🕌🕌
Jika kau rasa dunia ini membuatkan kau letih, sedih,
pedih dan tersisih...

Maka banyakkanlah bersujud...

Kerana di sana kau akan temukan ketenangan,
kedamaian dan kekuatan...

Ketika itu, doamu ketika Sujud itu sampai kepada Allah...

Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.

"Keadaan seorang hamba yang paling dekat dari Rabbnya adalah ketika dia sujud, maka perbanyaklah doa." (HR Muslim)

Sesiapa yang sering berdoa ketika sujud akan mengetahui betapa mustajabnya doa.

Ketika sujud jiwa kita begitu hampir kepada Allah, maka perbanyakkan doa semasa sujud.

@quotephotovideo 🐝🐝🐝
Kalau kita rasa malas, maka rawatannya adalah PAKSA.

Kalau kita rasa semakin jauh dengan Allah, maka fikirkanlah dan ingatlah tentang kita akan MATI, sampai bila nak biar diri?

Kalau kita dah beramal tapi rasa tak tenang, hakikatnya kita hanya melaksanakan tanpa penghayatan. Di dalam beramal kejarlah kualiti kerana kualiti amal akan melahirkan ketenangan.

Kalau kita rasa jiwa kita masih keras, maka hakikatnya kita kurang ISTIGHFAR. Mesti kena banyak istighfar.

Kalau kita rasa susah untuk Istiqamah, maka kurangkan komitment kepada dunia.

Kalau kita banyak masalah, mintalah kepada Allah dengan jalan solat dan doa, maksudnya perbanyakkan solat sunat dan banyakkan berdoa ketika sujud.

Kalau kita nak menyelami rasa syukur, berkawanlah dengan orang susah, keluarkan sedikit harta untuk melakukan sedekah.

Kalau hidup kita macam tu je selamanya, cari kawan baru iaitu kawan-kawan yang mengingatkan kita kepada Allah.


@quotephotovideo 🐝🐝🐝
DOA BANGUN TIDUR

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرِ


“Alhamdullillahilladzi ahyaanaa bada maa amaatanaa wa ilaihin nushur”

Segala puji bagi Allah, yang telah membangunkan kami setelah menidurkan kami dan kepada-Nya lah kami dibangkitkan

@quotephotovideo 🤗😊🙂
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ اِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

لا إلهَ إلاّ اللّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ الْمُبِين

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرِ

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ

لاَّ إِلَـهَ إِلاَّ أَنتَ سُبْحَـنَكَ إِنِّى كُنتُ مِنَ الظَّـلِمِينَ

وَأُفَوِّضُ أَمۡرِيٓ إِلَى ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَصِيرُۢ بِٱلۡعِبَادِ

ماشاء الله لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ

@quotephotovideo 📿📿📿
آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آمَنَ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنتَ مَوْلَانَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

•••┈••••○❁🍃💙🍃❁○••••┈•••

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لا إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَااسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإنَّهُ لا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ

•••┈••••○❁🍃🧡🍃❁○••••┈•••

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي العَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

@quotephotovideo 📿📿📿
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنزَلَ عَلَىٰ عَبْدِهِ الْكِتَابَ وَلَمْ يَجْعَل لَّهُ عِوَجًا
قَيِّمًا لِّيُنذِرَ بَأْسًا شَدِيدًا مِّن لَّدُنْهُ وَيُبَشِّرَ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا حَسَنًا
مَّاكِثِينَ فِيهِ أَبَدًا
وَيُنذِرَ الَّذِينَ قَالُوا اتَّخَذَ اللَّهُ وَلَدًا
مَّا لَهُم بِهِ مِنْ عِلْمٍ وَلَا لِآبَائِهِمْ كَبُرَتْ كَلِمَةً تَخْرُجُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ إِن يَقُولُونَ إِلَّا كَذِبًا
فَلَعَلَّكَ بَاخِعٌ نَّفْسَكَ عَلَىٰ آثَارِهِمْ إِن لَّمْ يُؤْمِنُوا بِهَٰذَا الْحَدِيثِ أَسَفًا
إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَّهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا
وَإِنَّا لَجَاعِلُونَ مَا عَلَيْهَا صَعِيدًا جُرُزًا
أَمْ حَسِبْتَ أَنَّ أَصْحَابَ الْكَهْفِ وَالرَّقِيمِ كَانُوا مِنْ آيَاتِنَا عَجَبًا
إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوا رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

@quotephotovideo 🌹🌹🌹
239 of 365 🗓 ISNIN 💕 21 SAFAR 1446H 26 OGOS 2024

 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Bismillahirrahmanirrahim 🌹

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.

Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya

••✾•◆❀◆•✾••┈•┈┈••✾•◆❀◆•✾••┈

#AllahjagaKita..😘
#PrayertoremoveCovid19... 🇲🇾

"Tetaplah Berbuat Baik: Hikmah di Sebalik Kesabaran dan Redha"

Dalam hidup ini, kita tidak akan pernah dapat memuaskan hati semua orang. Kadang-kadang, meskipun kita sudah berusaha sebaik mungkin, tetap ada orang yang tidak suka dengan apa yang kita lakukan.

Tetapi, itulah lumrah kehidupan. Manusia mempunyai pandangan dan pendapat masing-masing, dan mustahil untuk kita mendapatkan keredhaan semua pihak.

Biar orang benci kita, jangan kita benci orang. Biar orang buat kita, jangan kita balas perbuatan mereka. Mengapa? Kerana setiap tindakan kita di dunia ini bukanlah untuk manusia semata-mata, tetapi untuk mendapatkan keredhaan Allah.

Apabila kita membalas kebencian dengan kebencian, kita hanya menambah kekusutan dalam hidup dan menjauhkan diri dari rahmat-Nya.

Sabar dan Redha: Kunci Ketenangan

Rasulullah SAW mengajarkan kita untuk sentiasa bersabar dan redha dalam menghadapi apa jua dugaan.

Kesabaran dan redha adalah kunci ketenangan hati. Ketika kita menerima sesuatu dengan redha, kita belajar untuk melepaskan beban emosi yang tidak perlu, dan kita membiarkan Allah yang menguruskan selebihnya.

Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 286:

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat pahala (dari kebaikan) yang diusahakannya dan dia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya."

Ayat ini mengingatkan kita bahawa setiap ujian dan cabaran yang datang adalah sesuai dengan kemampuan kita.

Oleh itu, kita tidak perlu merasa terbeban dengan pandangan orang lain. Sebaliknya, fokuslah pada usaha untuk menjadi yang terbaik dalam pandangan Allah.

Kebaikan Akan Sentiasa Kembali

Tetaplah buat baik dan jadi baik. Akhirnya, kebaikan itu sentiasa akan kembali kepada kita, walau mungkin bukan melalui jalan yang kita sangkakan.

Tidak ada satu pun kebaikan yang kita lakukan yang akan sia-sia. Allah Maha Mengetahui, dan Dia akan memberi ganjaran kepada setiap hamba-Nya yang berbuat baik.

Rasulullah SAW bersabda:

"Sesiapa yang menahan kemarahannya padahal dia mampu untuk meluapkannya, maka Allah akan memanggilnya di hadapan seluruh makhluk pada hari kiamat dan mempersilakannya memilih mana-mana bidadari yang dia inginkan." (Hadis Riwayat Tirmizi)

Hadis ini menunjukkan betapa besar ganjaran yang menanti bagi mereka yang sabar dan mampu menahan diri dari membalas keburukan dengan keburukan.

Allah Sayang Hamba-Nya yang Berbuat Baik
Tiada yang sia-sia dalam kebaikan yang kita lakukan. Allah tidak akan membiarkan kebaikan kita hilang begitu saja.

Dia Maha Baik dan Dia menyayangi hamba-hamba-Nya yang sentiasa berusaha untuk melakukan kebaikan, walaupun kadang-kadang kita tidak mendapat pengiktirafan atau penghargaan daripada manusia.

Kesimpulan

Dalam hidup ini, mungkin kita tidak akan dapat memuaskan hati semua orang.

Namun, itu tidak seharusnya menjadi penghalang untuk kita terus berbuat baik.

Jangan biarkan kebencian orang lain memadamkan semangat kita untuk melakukan kebaikan.

Ingatlah bahawa kebaikan yang kita lakukan akan kembali kepada kita, dengan cara yang Allah tentukan.

Teruskan bersabar, redha, dan yakinlah bahawa Allah sentiasa bersama mereka yang berbuat baik.

Semoga kita semua diberi kekuatan untuk terus melakukan kebaikan dan sentiasa berada dalam rahmat serta perlindungan-Nya. Aamiin.

SEMOGA BERMANFAAT 🥰

•══◎◎♡◎◎══•

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin.

🎋سبحان الله 🌻الحمد لله🌺لا اله إلا الله 🌼الله اكبر

@quotephotovideo 🌸🌸🌸
47K467
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Akhlak Muslim


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَحَاسَدُوا وَلَا تَنَاجَشُوا وَلَا تَبَاغَضُوا وَلَا تَدَابَرُوا وَلَا يَبِعْ بَعْضُكُمْ عَلَى بَيْعِ بَعْضٍ وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إِخْوَانًا الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لَا يَظْلِمُهُ وَلَا يَخْذُلُهُ وَلَا يَحْقِرُهُ التَّقْوَى هَاهُنَا وَيُشِيرُ إِلَى صَدْرِهِ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ بِحَسْبِ امْرِئٍ مِنْ الشَّرِّ أَنْ يَحْقِرَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ كُلُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ حَرَامٌ دَمُهُ وَمَالُهُ وَعِرْضُهُ

Daripada Abu Hurairah RA dia berkata; Rasulullah SAW bersabda:

'Janganlah kalian saling mendengki, saling memfitnah, saling membenci, dan saling memusuhi. Janganlah ada seseorang di antara kalian yang berjual beli sesuatu yang masih dalam penawaran muslim lainnya dan jadilah kalian hamba-hamba Allah yang saling bersaudara. Muslim yang satu dengan muslim yang lainnya adalah bersaudara tidak boleh menyakiti, merendahkan, ataupun menghina. Takwa itu ada di sini (Rasulullah menunjuk dadanya), Baginda mengucapkannya sebanyak tiga kali. Seseorang telah dianggap berbuat jahat apabila ia menghina saudaranya sesama muslim. Muslim yang satu dengan yang Iainnya haram darahnya. hartanya, dan kehormatannya."

(Sahih Muslim No: 4650)
Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.Islam melarang umatnya berakhlak buruk antaranya:

a.Mendengki
b.Memfitnah
c.Membenci
d.Memusuhi
e.Membeli sesuatu yang telah dibeli atau dijanjikan kepada orang lain

2.Setiap Muslim adalah bersaudara. Muslim dilarang berbuat zalim dengan Muslim yang lain antaranya dengan cara:

a.Menyakiti
b.Merendahkan
c.Menghina

3.Takwa itu di dada (rasa taat dan patuh kepada Allah itu terletak di dalam hati)

4.Seseorang Muslim dianggap berbuat jahat apabila ia menghina saudaranya sesama muslim.

5.Penghinaan  boleh berlaku apabila seseorang meremeh, memperlekeh juga merendahkan orang lain sama ada dengan perkataan atau perbuatan termasuk kesalahan mereka. Penghinaan ini adalah bentuk sifat sombong dan bangga diri serta menganggap dirinya lebih mulia dari orang tesebut.

6.Muslim sesama Muslim dilarang:

a.Menumpahkan darah sesama Muslim
b.Menzalimi hartanya
c.Merendahkan kehormatannya

Dalam kita membina sebuah masyarakat dan negara yang harmoni, marilah kita memelihara hak saudara Muslim sebagai tanda kita menyayangi mereka. Jauhilah berakhlak buruk terhadap Muslim yang lain serta tidak menzaliminya.

21hb Safar 1446H
26hb Ogos 2024


@quotephotovideo 📚📚📚
2024/10/05 15:22:55
Back to Top
HTML Embed Code: