Telegram Web Link
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنزَلَ عَلَىٰ عَبْدِهِ الْكِتَابَ وَلَمْ يَجْعَل لَّهُ عِوَجًا
قَيِّمًا لِّيُنذِرَ بَأْسًا شَدِيدًا مِّن لَّدُنْهُ وَيُبَشِّرَ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا حَسَنًا
مَّاكِثِينَ فِيهِ أَبَدًا
وَيُنذِرَ الَّذِينَ قَالُوا اتَّخَذَ اللَّهُ وَلَدًا
مَّا لَهُم بِهِ مِنْ عِلْمٍ وَلَا لِآبَائِهِمْ كَبُرَتْ كَلِمَةً تَخْرُجُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ إِن يَقُولُونَ إِلَّا كَذِبًا
فَلَعَلَّكَ بَاخِعٌ نَّفْسَكَ عَلَىٰ آثَارِهِمْ إِن لَّمْ يُؤْمِنُوا بِهَٰذَا الْحَدِيثِ أَسَفًا
إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَّهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا
وَإِنَّا لَجَاعِلُونَ مَا عَلَيْهَا صَعِيدًا جُرُزًا
أَمْ حَسِبْتَ أَنَّ أَصْحَابَ الْكَهْفِ وَالرَّقِيمِ كَانُوا مِنْ آيَاتِنَا عَجَبًا
إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوا رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

@quotephotovideo 🌹🌹🌹
Jangan tinggalkan doa ini setiap pagi.

Doa pembuka pintu rezeki

Allahumma inni as'aluka 'ilman naaff' aa, wa rizqon thoyyibaa, wa 'amalan mutaqobbalaa.

"Ya Allah, sungguh aku memohon kepadamu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amal yang diterima."

@quotephotovideo 🤲🤲🤲
220 of 365 🗓 RABU 💕 02 SAFAR 1446H 07 OGOS 2024

 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Bismillahirrahmanirrahim 🌹

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.

Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya

••✾•◆❀◆•✾••┈•┈┈••✾•◆❀◆•✾••┈

#AllahjagaKita..😘
#PrayertoremoveCovid19... 🇲🇾

“Jika engkau merasa ada beban didalam hatimu, tubuhmu berasa lemah, rezekimu sempit, maka periksalah mungkin ada kemaksiatan yang dilakukan, lalu solusinya jauhi maksiat dan zuhudlah terhadap dunia, tetap ikhtiar dan doa agar diberikan rezeki yang halal dan keberkatan dalam kehidupan di dunia ini.”

30 kesan maksiat dengan hidup :

1. Membantutkan potensi diri

2. Nafsu tidur akan bertambah

3. Allah tarik keberkatan rezeki

4. Nafsu makan akan semakin liar

5. Banyak kerja tak menjadi hasil

6. Hubungan dengan manusia makin rosak

7. Allah tarik nikmat kesihatan tubuh badan

8. Ilmu-ilmu susah nak masuk

9. Otak jadi malas untuk berfikir

10. Allah akan tarik keberkatan masa

11. Susah menerima teguran dan nasihat

12. Melengah-lengahkan solat terasa biasa

13. Allah akan tarik nikmat beribadah

14. Rasa diri hebat dan paling betul

15. Semua orang dia nak komplen

16. Tak suka tengok kelemahan diri

17. Suka mencari kesalahan orang

18. Sebulan tak baca Al-Quran rasa normal

19. Hati tak terasa apa-apa dengan kematian

20. Sukar bergaul dengan masyarakat

21. Jiwa cepat resah dan gelisah

22. Cepat untuk putus asa

23. Suka lari dari masalah

24. Mencarut jadi amalan harian

25. Cepat marah dan melenting

26. Solat Subuh gajah terasa biasa

27. Selalu mengelak dari majlis ilmu

28. Mengelak dari bersama orang soleh

29. Habiskan masa hanya untuk dunia

30. Maksiat menumbuhkan maksiat lain

Jauhi maksiat, samada kecil ataupun besar.

SEMOGA BERMANFAAT 🥰

•══◎◎♡◎◎══•

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin.

🎋سبحان الله 🌻الحمد لله🌺لا اله إلا الله 🌼الله اكبر

@quotephotovideo 🌸🌸🌸
47K021
"TERIMA NASIHAT..."

Terima nasihat walau dari sesiapa pun.

Nasihat itu penting, kita tidak tahu apa salah dan kesilapan kita sehingga ada yang menegur kita.

Terima jangan angkuh.

Nasihat itu bagi manusia seperti ikan didalam air, Cuba kita perhatikan apabila ikan dipisahkan dari air.

Apa yang terjadi ? Ikan itu mati.

Begitu juga manusia tanpa nasihat.
Hati itu mati.gelap dan sesat dalam
dosa dan maksiat...

Cuba lembutkan hati untuk terima nasihat.

Buang ego dan kekerasan dalam hati agar nasihat mudah diterima

Nasihat itu penting, supaya kita tidak melakukan kesilapan atau dosa secara terus menerus.

Manusia tidak sempurna sentiasa melakukan kesalahan maka terima lah nasihat dari sesiapa pun.

Walau dari pada orang yang kita tidak suka kita benci. Kerana apa yang ditegur adalah untuk kebaikan kita.

Cuba untuk terima nasihat.

Jangan melenting, jangan mengamuk bila dinasihati. Memanglah hati kita mungkin mengatakan apa yang kita buat itu betul. Tetapi dimata manusia ada cacat celanya ada kemungkarannya.

Jadi jangan merasakan diri itu betul sentiasa berhati2 dalam melakukan seuatu perkara.

Ambil nasihat, minta nasihat dari orang lebih alim dan mantap ilmunya.

Kita hidup untuk menunjukkan kebaikan bukan membawa keburukan.

InsyaAllah semoga bermanfaat buat semua.

Ingatlah bahwa masih ada masa depan yang indah lagi buat kita.

Kata orang dulu:

“Belajarlah dari masa lalu, hiduplah untuk masa depan.
Yang terpenting adalah tidak berhenti bertanya dan saliing pesan memesan"


Jangan lupa NASIHATILAH saya jua...

Lakukan perubahan secepatnya moga dengan usaha kecil kita ini menjadi hitungan yang besar hari akhirat kelak.

Aamiin ya ALLAH

@quotephotovideo ♨️♨️♨️
JANGAN LUPAKAN DOA UNTUK KAUM MUSLIMIN DI PALESTINA

Syaikh Dr. Shalih bin Abdillah bin Hamd Al-‘Ushaimi hafizhahullahu ta‘ala mengatakan:

الدعاء من حقوق الإخاء: اللهم اجعل للأقصى و أهله فرجًا، و اكفِ المسلمين شرَّ الأشرار، و كيد الفجَّار.

“Doa itu merupakan hak persaudaraan :

'Ya Allaah berikanlah jalan keluar bagi Al-Aqsha dan penduduknya, serta lindungilah seluruh kaum muslim dari keburukan orang-orang jahat dan makar para pendosa'.”


#savepalestine🇵🇸
#alaqsa
#alaqsamosque

Semoga hari ini lebih baik dari semalam

Aamiin Ya Allah Ya Mujib 🤲🏻😭

☪️  TARIKH ISLAM ☪️
🌙  02 SAFAR 1446H
🗓  07 OGOS 2024
📌  RABU

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

اعوذبا الله من الشيطان الرجيم

بِسْــــــــــــــمِے اللّٰهِےالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْــــــــــــــمِے🌹

👉 Bersamalah dengan ALLAH,
ALLAH akan menjagamu...
👍

@quotephotovideo 💖💖💖
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Jadilah Warganegara Bermanfaat


عَنِ ابْنِ عُمَرَ  قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : "أَحَبُّ النَّاسِ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ , وَأَحَبُّ الأَعْمَالِ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى سُرُورٌ تُدْخِلُهُ عَلَى مُسْلِمٍ , أَوْ تَكَشِفُ عَنْهُ كُرْبَةً , أَوْ تَقْضِي عَنْهُ دَيْنًا , أَوْ تَطْرُدُ عَنْهُ جُوعًا , وَلأَنْ أَمْشِيَ مَعَ أَخِ فِي حَاجَةٍ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ أَنْ أَعْتَكِفَ فِي هَذَا الْمَسْجِدِ يَعْنِي مَسْجِدَ الْمَدِينَةِ شَهْرًا

Daripada Ibnu ‘Umar, Nabi SAW  bersabda,

“Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling memberikan manfaat bagi manusia. Adapun amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah membuat muslim yang lain bahagia, meringankan kesusahan orang lain, membayarkan hutangnya atau menghilangkan rasa laparnya. Seandainya aku berjalan bersama saudaraku untuk memenuhi suatu keperluan, maka hal itu lebih aku cintai daripada iktikaf sebulan di masjid ini iaitu masjid Nabawi di Madinah selama sebulan penuh"

(HR Tobarani dalam Al Mu’jam Al Kabir no. 13280, 12: 453.
Status hadis hasan dalam Sahih Al Jaami’ no. 176).

Pengajaran:

1.Sebagai anggota masyarakat dalam sebuah negara, berusahalah menjadi orang yang paling bermanfaat kepada orang lain kerana orang yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling bermanfaat kepada manusia lain.

2.Hidup bermasyarakat menuntut setiap kita cakna terhadap orang di sekeliling. Amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah membuat orang lain bahagia antaranya dengan cara meringankan kesusahan seseorang,  membayarkan hutangnya atau menghilangkan rasa laparnya.

3.Realiti hidup pada masa kini ada yang terkesan dengan pelbagai masalah antaranya kemiskinan, penyakit, masalah pekerjaan juga keluarga. Orang yang prihatin akan sentiasa menghulurkan bantuan bagi memenuhi keperluan serta meringankan masalah orang lain. Perbuatan tersebut lebih dicintai Allah daripada dia beriktikaf sebulan di masjid Nabawi.

4. Marilah kita menjadi orang yang bermanfaat dengan sentiasa berusaha mewujudkan masyarakat dan negara yang bersatu padu dan diredhai Allah.  Berusahalah kita menjadi orang yang bermanfaat kepada orang lain. Keberadaan kita dalam organisasi,  masyarakat dan negara amat dirasai manfaat kebaikannya. Ketiadaan kita pula akan ditangisi.

07hb Ogos 2024
02hb Safar 1446H


@quotephotovideo 📚📚📚
Tadabbur Kalamullah 2 Safar 1446H

فَلَمَّا تَرَ ٰ⁠ۤءَا ٱلۡجَمۡعَانِ قَالَ أَصۡحَـٰبُ مُوسَىٰۤ إِنَّا لَمُدۡرَكُونَ * قَالَ كَلَّاۤۖ إِنَّ مَعِیَ رَبِّی سَیَهۡدِینِ

Setelah kedua-dua kumpulan itu nampak satu sama lain, berkatalah orang-orang Nabi Musa: "Sesungguhnya kita akan dapat ditawan". Nabi Musa menjawab: "Tidak! Jangan fikir (akan berlaku yang demikian)! Sesungguhnya aku sentiasa disertai oleh Tuhanku (dengan pemuliharaan dan pertolonganNya), Ia akan menunjuk jalan kepadaku" [Surah Ash-Shuʿarāʾ 61-62]

#Ayat yang mulia ini menceritakan kepada kita di saat Nabi Musa Alaihissalam dan pengikutnya dikejar oleh Firaun, akhirnya mereka buntu saat berhadapan dengan laut mati.

#Hal ini kerana dihadapan mereka terdapat laut sedangkan dibelakang mereka terdapat Firaun dan bala tenteranya yang ingin membunuh mereka. Lalu Bani Israel saat itu mula berasa putus asa serta bersangka buruk terhadap Allah swt, namun Nabi Musa Alaihissalam menunjukkan bagaimana setianya dan yakinnya terhadap janji Allah swt dengan menyatakan:

قَالَ كَلَّآ‌ إِنَّ مَعِىَ رَبِّى سَيَہۡدِينِ

Nabi Musa menjawab: "Tidak! Jangan fikir (akan berlaku yang demikian)! Sesungguhnya aku sentiasa disertai oleh Tuhanku  Dia akan menunjuk jalan kepadaku".

#Dengan keyakinan serta kebergantungannya hanya pada Allah serta yakin 100% akan janji-janji pertolongan daripada Allah swt maka Allah swt mendatangkan bantuan dan jalan keluar untuk mereka.

فَأَوۡحَیۡنَاۤ إِلَىٰ مُوسَىٰۤ أَنِ ٱضۡرِب بِّعَصَاكَ ٱلۡبَحۡرَۖ فَٱنفَلَقَ فَكَانَ كُلُّ فِرۡقࣲ كَٱلطَّوۡدِ ٱلۡعَظِیمِ

Lalu Kami wahyukan kepada Nabi Musa: "Pukullah laut itu dengan tongkatmu". (Setelah dipukul) maka terbelahlah laut itu (kepada beberapa bahagian), lalu menjadilah air tiap-tiap bahagian yang terbelah itu terangkat seperti gunung yang besar"

وَأَزۡلَفۡنَا ثَمَّ ٱلۡـَٔاخَرِینَ

"Dan Kami dekatkan golongan yang lain itu ke situ"

وَأَنجَیۡنَا مُوسَىٰ وَمَن مَّعَهُۥۤ أَجۡمَعِینَ

"Dan Kami selamatkan Nabi Musa serta orang-orang yang bersama dengannya, semuanya"

ثُمَّ أَغۡرَقۡنَا ٱلۡـَٔاخَرِینَ

"Kemudian Kami tenggelamkan golongan yang lain (yang mengejarnya)" [Surah Ash-Shuʿarāʾ 63-66]

#Maka, jadilah hambaNya yang benar-benar beriman dan bertaqwa serta kukuh pergantungan pada janji-janjiNya, nescaya dikurniakan jalan keluar yang tidak disangka-sangka.

وَمَن يَتَّقِ اللَّـهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا * وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ ۚ

“Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya" [Surah at-Talaq 2-3]

#Sayidatina Hajar bimbangkan keselamatan anaknya Nabi Ismail Alaihissalam. Beliau berlari antara bukit Safa dan Marwah, beliau menyangka barangkali di belakang dua bukit itu terdapatnya air untuk Ismail. Ternyata, Allah lebih sayangkan Nabi Ismail. Allah terbitkan air tidak jauh dari Nabi Ismail dengan hentakan sayap atau tumit Malaikat Jibrail. Benarlah, Allah memberi jalan keluar kepada hambaNya yang bertaqwa dengan cara yang tidak disangka-sangka.

Yakinlah akan janji Allah swt bahawa setiap ketaatan kepadaNya akan menghasilkan petunjuk, jalan keluar dan kebaikan dariNya

🐊Ust naim

@quotephotovideo 📚📚📚
Rabu, 02 Safar 1446H ~

QUOTES, PHOTO & VIDEO hari ini...

tasbih | tahmid | tahlil | takbir

سُبْحَانَ اللهِ وَالحَمْدُ للهِ وَلاَإِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ

subhanallah
walhamdu lillah
wa laa ilaha illallah
wallahu akbar


Semoga hari ini lebih baik dari semalam

♨️ Ayat² Al-Quranul Karim

🎬 Surah al Mulk

📿 Koleksi Selawat

🇲🇾 Waktu Solat Bandar Utama

•••••••••✿❃❃•⭑•❃❃✿•••••••••

M U H A R R A M    1 4 4 6 H

S   A   F   A   R     1  4  4  6  H

Is   Se   Ra   Kh   Ju   Sa   Ah
       01   02   03   04   05   06
07  08   09   10   11   12   13
14  15   16   17   18   19   20
21  22   23   24   25   26   27
28  29   30

Aamiin Ya Allah Ya Mujib 🤲🏻😭

sambung di comments 👇

Selamat Pagi ~ Good Morning

Simple is beautiful…🩷 ~ Hope. Happiness. Trust.

Orang yang ikhlas itu

Dua Hal ini dalam Dirimu

Dosa yang anda Perolehi tanpa anda sedari

Bahayanya Kesyirikan

Setiap manusia pasti akan mendapatkan Ujian

Kelebihan Beristighfar

Penyebab masuk Syurga atau Neraka

a. Perbanyakanlah Bersyukur
b. Rezeki sudah diatur oleh Tuhan

Waktu Mustajab Doa

Circle yang Baik

9 Langkah Ketenangan Jiwa

Doa untuk mereka yang telah tiada

Tempat akhir kita

⑮ Ayat al-Quran
     a. Al Isra ayat 36
     b. At Talaq ayat 2
     c. Ali ‘Imran ayat 160
     d. Al Mukmin ayat 39
     e. Yunus ayat 85
     f. An-Najm ayat 43
     g. Ali 'Imran ayat 173
     h. Al-Maidah ayat 114
     i. Al-Qalam ayat 52
j. An Nur ayat 46
k. Az-Zukhruf ayat 70
l. Ali-Imran ayat 133

┅═•❃✽✿❁️♡🌸♡❁☘️✿✽❃•═┅

Salam ZOHOR, ASAR & MAGHRIB

Zikir 01 02 03 04

Kaabah 01 02 03 04 05 06 07 08 09 10

Photo 01 02 03 04 05 06 07 08

@quotephotovideo 🍃🍃🍃
Ya Allah, ikhlaskanlah hatiku untuk melepaskan apa jua yang bukan ditakdirkan untukku.

Lapangkanlah hatiku untuk menerima segala ketentuan-Mu meskipun perit sekalipun.

Kerana aku tahu, aturan-Mu jauh lebih baik.

Aamiin Allahumma Aamin.

Sobahul khair

Semoga dipermudahkan segala urusan. Aamiin.

@quotephotovideo 💐💐💐
Selesai sahaja Solat,

Jangan lupa untuk amalkan doa ini

"Allahumma Ajirni Minan Nar."

Ertinya: Ya Allah, lindungi aku dari azab api neraka

Lepas solat waktu mustajab doa.

Jadi ambil peluang baca doa walau sedikit.

Jangan kita jadi hamba yang sombong dengan Tuhan-Nya.

Moga kita dan keluarga dipelihara Allah dari azab api neraka.

Aamiin ya Allah

@quotephotovideo 🍂🍂🍂
Zikrullah ❤️

سبحان الله
• Subhaan’Allah

⭐️ الحمدلله ⭐️
• Alhamdulillah

🌙 لا اله الا الله 🌙
• La’ilaaha’illallah

🌐 الله اكبر 🌐
• Allahu Akbar

💎 أستغفر الله💎
• Astaghfirullah

🌹 لاحول ولا قوة الا بالله 🌹
• La hawla wa la quwatta illa billaah

‎ ‎🤲 اللهم صل وسلم على نبينا محمد 🤲
• Allahumma sallee wa salim ‘ala nabiyina Muhammad

@quotephotovideo 📿📿📿
Jangan bergantung pada siapapun di dunia ini, bahkan bayanganmu akan meninggalkanmu saat gelap.

Laa haula walaa quwwata illaa billaah

@quotephotovideo 🌿🌿🌿
SOLAT itu BukanHanyaSolat!!

Ada ramai dah org boleh solat. Alhamdulillah. Tapi berapa ramai org boleh JAGA SOLAT?? Solat yg sguh2. Khusyuk krn Allah.

Pelajari syarat rukunnya. Tahu smua itu insyaAllah SAH la solat kita. Allah terima. Tapi penerimaan Allah tu mesti ada bbrapa 'darjat'.

Contoh...kita ada ramai kawan. Adakah semuanya SPECIAL di mata kita?? Yg mana satukah yg benar2 'BFF' kita??

Ada ramai hamba Allah yg solat. Tapi berapa ramai yg dgn solatnya dia betul2 dikasihi Allah???

Allah kasih tak agaknya....
Kalau solat; kita kemudiankan berbanding urusan lain??

Baru2 ini saya ada urusan di bank. Hati saya berbisik; sibuk sguh rupanya org2 kerja bank ni ye! Moga smua mrk dirahmati Allah. Jam menunjukkan 4.24ptg. Tiba2 saya mndengar seorg pegawai sebut pada rakannya; Eh aku nak solat jap ye!

Saya keliru. Caranya dia tergesa2. Kalau asar yg lagi bbrapa minit, tak perlulah tergesa2. Sbb waktu belum masuk pun....
Mungkinkah dia berZOHOR??? YaRob!! Lewatnya!!

Ya. Mungkin kamu sibuk duhai saudaraku. Tapi sibuk mana pun kamu, seruan dr Allah itu dah panggil kamu bbrapa jam sblmnya. Ingat ye...kalau kamu mndahulukan Allah, Allah kan bntu mudahkan urusanmu. Yakinlah!

Solat awal waktu buat kita lagi tenang dlm solat....mndatangkan khusyuk. InsyaAllah juga mmbntu kita mmbaca sgl bacaan solat dgn tartil. Maka luluslah Rukun Qauli. Melaluinya juga kita tidak tergesa2 dlm solat. Maka semua Rukun Fikli yakni perbuatan dpt dilakukan dgn tomakninah. Natijahnya, hati turut 'hadir'dlm solat. Alangkah indahnya!

Solat bukan hanya SOLAT! Kdg kau fikir ia mmbebankan. Kesian. Kau tak tau, wpun kita punya segala, tanpa solat semuanya kan jadi sia2. Seorang yg tidak solat lebih 'gila' drp si gila di jalanan. Lebih hina drp binatang yg melata di tepi jalan.

Plz..kerja, kerja jugak. Setiap kali di'panggil'NYA, bersegeralah!! Agar DIA mmndngmu lebih mulia. Meninggikan darjatmu. Rasa resah selagi belum solat. Amat tenang dan indah bila dah laksanakan solat.

@quotephotovideo 🕌🕌
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
024047
Mishary Rashid Alafasy
An-Nur 24:47

وَيَقُولُونَ ءَامَنَّا بِٱللَّهِ وَبِٱلرَّسُولِ وَأَطَعْنَا ثُمَّ يَتَوَلَّىٰ فَرِيقٌ مِّنْهُم مِّنۢ بَعْدِ ذَٰلِكَۚ وَمَآ أُو۟لَٰٓئِكَ بِٱلْمُؤْمِنِينَ

Dan (di antara orang-orang yang tidak dikehendakiNya ke jalan yang lurus ialah) mereka yang berkata: "Kami beriman kepada Allah dan kepada RasulNya serta kami taat"; kemudian sepuak dari mereka berpaling (membelakangkan perintah Allah dan Rasul) sesudah pengakuan itu, dan (kerana berpalingnya) tidaklah mereka itu menjadi orang-orang yang sebenarnya beriman.

@quotephotovideo 📚📚📚
024048
Mishary Rashid Alafasy
An-Nur 24:48

وَإِذَا دُعُوٓا۟ إِلَى ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ لِيَحْكُمَ بَيْنَهُمْ إِذَا فَرِيقٌ مِّنْهُم مُّعْرِضُونَ

Dan (bukti berpalingnya mereka ialah) apabila mereka diajak kepada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, maka dengan serta-merta sepuak dari mereka berpaling ingkar (menolak ajakan itu jika keputusan tidak menguntungkan mereka).

@quotephotovideo 📚📚📚
📚 AL-QURAN 📚

24. AN NUR
(CAHAYA)
SURAH KE 24 : 64 ayat
JUZ 18

📌 [Ayat 32 – 33 Anjuran untuk berkahwin]

24:032 24:033

@quotephotovideo 📚📚📚
💥💥💥 KEMASKINI 💥💥💥

♨️ Ayat² Al-Quranul Karim channel NASIHAT² KEHIDUPAN

Juzuk 18 merupakan bahagian dari 30 juz yang tersusun dalam kitab suci Al-Qur'an.

Juzuk ini diawali dengan kata قَدْ أَفْلَحَ pada surah Al-Mu'minun ayat 1 dan berakhir di surah Al-Furqan ayat 20.

Jumlah ayat dalam juz ini adalah 202 ayat.

Surah 023 : Al-Mu’minun

Surah 024 : An Nur

○ Surah 025 : Furqan

@quotephotovideo 📚📚📚
NIKMAT JUGA UJIAN

Tidak setiap nikmat bererti kemuliaan
Tidak setiap ujian bererti hukuman

"Apabila kamu melihat bahawa Allah memberikan nikmat kepada hamba-Nya yang selalu membuat maksiat kepada-Nya, ketahuilah orang itu menerima istidraj dari Allah" (HR Ahmad)

Dalam kalangan kita ada yang diuji dengan pelbagai pemberian nikmat, namun dirinya terus bergelumang maksiat serta melanggar perintah Allah.

Itulah yang dinamakan istidraj seperti dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad:

“Apabila kamu melihat bahawa Allah memberikan nikmat kepada hamba-Nya yang selalu membuat maksiat kepada-Nya, ketahuilah orang itu menerima istidraj dari Allah”

Pemberian itu sebenarnya tidak diredai Allah SWT. Manusia yang diuji dengan istidraj akan memperoleh pelbagai nikmat dunia sama ada dalam bentuk kekayaan, kejayaan, pangkat dan gelaran, pengiktirafan dan sanjungan.

Namun semua itu tidak menjadikan mereka hamba-Nya yang bersyukur, sebaliknya terus jauh daripada Allah SWT. Mereka menyangka Allah SWT memberi segala-galanya meskipun mereka ingkar kepada-Nya.

Istidraj bukan saja boleh berlaku kepada hamba-Nya yang tidak beriman, malah boleh terjadi kepada golongan yang tidak berusaha mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Allah menyatakan kepada Rasulullah SAW menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), dari arah yang mereka tidak mengetahuinya.” (Surah al-Qalam, ayat 44)

Justeru, janganlah kita persiakan setiap nikmat yang diterima dengan perlakuan mengundang kemurkaan Allah SWT.

Bagi yang sedang diuji dengan kesempitan hidup, yakinlah nikmat Allah SWT akan datang dalam pelbagai bentuk kerana Allah tidak sesekali menzalimi hamba-Nya yang beriman.

@quotephotovideo 🍄🍄🍄
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Video Quran
Surah Ibrahim سورة ابراهيم
Qari Ismail AnNuri

@quotephotovideo 🔈🔉🔊
Sedekah tu percuma tapi berpahala 😊

Tahajud dan Subuh

@quotephotovideo 🙂🙂🙂
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
2024/10/05 13:20:51
Back to Top
HTML Embed Code: