Telegram Web Link
213 of 365 🗓 RABU 💕 25 MUHARRAM 1446H 31 JULAI 2024

 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Bismillahirrahmanirrahim 🌹

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.

Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya

••✾•◆❀◆•✾••┈•┈┈••✾•◆❀◆•✾••┈

#AllahjagaKita..😘
#PrayertoremoveCovid19... 🇲🇾

"Jika kamu tahu seberapa cepat orang-orang akan melupakanmu setelah kematian, kamu takkan menjalani hidup demi menyenangkan siapa pun selain Allah semata."

Di tengah-tengah keramaian kehidupan yang penuh dengan hiruk-pikuk dan kesibukan duniawi, sering kali kita terlupa hakikat kehidupan yang sebenar. Kita terlena dalam usaha menyenangkan hati manusia, mengejar pujian dan penghargaan yang sifatnya sementara. Namun, satu kenyataan yang pasti adalah kematian.

Kematian adalah satu peringatan bahawa hidup ini hanyalah pinjaman. Saat kita meninggalkan dunia ini, berapa cepat orang akan melupakan kita?

Mungkin hanya sejenak sahaja mereka bersedih, dan kemudian kembali pada rutin kehidupan mereka. Oleh itu, mengapa kita perlu menjalani hidup ini demi menyenangkan hati manusia yang mudah lupa, sedangkan Allah sentiasa mengingati kita?

Firman Allah dalam surah Al-Ankabut, ayat 64:

"Dan tidaklah kehidupan dunia ini melainkan hanya senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenar-benarnya, kalau mereka mengetahui."

Ayat ini mengingatkan kita betapa pentingnya mengutamakan Allah dalam setiap langkah dan perbuatan kita.

Dalam usaha mencari keredhaan Allah, kita perlu sedar bahawa hanya Dia yang layak menjadi tujuan utama hidup kita. Kehidupan yang penuh bermakna adalah kehidupan yang dijalani demi mencapai redha Allah, bukan sekadar meraih pujian manusia. Setiap solat yang didirikan, setiap zikir yang dilafazkan, dan setiap amal kebaikan yang dilakukan hanyalah untuk Allah, Tuhan Yang Maha Esa.

Ketahuilah, saat kita meletakkan Allah sebagai yang utama, hidup kita akan dipenuhi dengan keberkatan dan ketenangan. Apabila hati ikhlas kerana Allah, segala kesukaran menjadi ringan, dan segala ujian menjadi kesempatan untuk mendekatkan diri kepada-Nya. Ingatlah, Allah tidak pernah melupakan kita walau sedetik pun, dan setiap amal yang ikhlas akan dibalas dengan ganjaran yang lebih baik di akhirat kelak.

Mari kita perbaharui niat dan tujuan hidup kita. Jadikan Allah sebagai pusat segala perbuatan kita. Hidupkan hati dengan zikrullah, hiasi hari dengan solat, dan penuhi jiwa dengan ketaqwaan.

Sesungguhnya, hanya dengan mengingat Allah, hati akan menjadi tenang dan kehidupan akan diberkati.

Semoga kita semua diberi kekuatan untuk menjalani kehidupan ini demi mencapai redha Allah, dan semoga setiap langkah kita diberkati dan dipermudahkan oleh-Nya. Aamiin

SEMOGA BERMANFAAT 🥰

•══◎◎♡◎◎══•

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin.

🎋سبحان الله 🌻الحمد لله🌺لا اله إلا الله 🌼الله اكبر

@quotephotovideo 🌸🌸🌸
46K957
JANGAN LUPAKAN DOA UNTUK KAUM MUSLIMIN DI PALESTINA

Syaikh Dr. Shalih bin Abdillah bin Hamd Al-‘Ushaimi hafizhahullahu ta‘ala mengatakan:

الدعاء من حقوق الإخاء: اللهم اجعل للأقصى و أهله فرجًا، و اكفِ المسلمين شرَّ الأشرار، و كيد الفجَّار.

“Doa itu merupakan hak persaudaraan :

'Ya Allaah berikanlah jalan keluar bagi Al-Aqsha dan penduduknya, serta lindungilah seluruh kaum muslim dari keburukan orang-orang jahat dan makar para pendosa'.”


#savepalestine🇵🇸
#alaqsa
#alaqsamosque

Semoga hari ini lebih baik dari semalam

Aamiin Ya Allah Ya Mujib 🤲🏻😭

☪️  TARIKH ISLAM ☪️
🌙  25 MUHARRAM 1446H
🗓  31 JULAI 2024
📌  RABU

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

اعوذبا الله من الشيطان الرجيم

بِسْــــــــــــــمِے اللّٰهِےالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْــــــــــــــمِے🌹

👉 Bersamalah dengan ALLAH,
ALLAH akan menjagamu...
👍

@quotephotovideo 💖💖💖
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Tidur Dalam Masjid


عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ قَالَ حَدَّثَنِي نَافِعٌ قَالَ أَخْبَرَنِي عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ أَنَّهُ كَانَ يَنَامُ وَهُوَ شَابٌّ أَعْزَبُ لَا أَهْلَ لَهُ فِي مَسْجِدِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Daripada Ubaidullah berkata, Nafi' telah menceritakan kepadaku katanya,

Abdullah bin  Umar telah mengkhabarkan kepadaku bahawa beliau pernah tidur dalam masjid Nabi SAW, ketika itu dia seorang pemuda bujang yang belum mempunyai isteri.

(HR Bukhari No: 440)
Status Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Tidur di dalam masjid hukumnya diharuskan, dengan syarat dapat menjaga ada-adab dan kebersihannya. Imam Nawawi dalam kitabnya Al-Majmu' Syarah Al-Muhazzab (Juz II, halaman 173-174) menjelaskan:
"Tidur di masjid hukumnya boleh, tidak makruh menurut pendapat kami. Imam Syafie Rahimahullah telah memberikan nas yang membolehkan tidur di masjid dalam kitabnya Al-Umm, dan pendapatnya itu telah disepakati oleh sahabat-sahabatnya".

2. Sesetengah orang menganggap tidur di dalam masjid memberikan 'pemandangan' yang kurang baik. Namun, ia tidak seharusnya dijadikan sebagai larangan mutlak kerana telah dijelaskan dalam hadis di atas.

3. Adab tidur di dalam masjid perlu sentiasa dipelihara mengikut sunnah Nabi SAW, diiringi dengan adab dan perlakuan yang sopan antaranya masuk ke dalam masjid dengan berwuduk, di mulakan dengan kaki kanan, menunaikan solat sunat tahiyatul masjid dan niat iktikaf serta menjaga aurat dan adab kesopanan di dalam masjid. 

Walaupun begitu, bagi yang ingin tidur dalam masjid perlu mengambil kira perkara berikut:

•  Mendapat kebenaran Jawatankuasa Masjid supaya tidak timbul  sebarang permasalahan.

•  Pilih di ruangan yang tidak mengganggu jemaah yang ingin solat di dalam masjid.

•  Pastikan ketika tidur dalam keadaan menutup aurat sepenuhnya.

•  Jauhkan daripada perkara yang mengotorkan masjid seperti keluarnya air liur basi dan sebagainya. Justeru, sebagai salah satu caranya dengan menghamparkan cadar atau kain di tempat tidur.

•  Hormati waktu solat dan hendaklah melazimi solat berjemaah ketika berada di dalam masjid.

31hb Julai 2024
25hb Muharram 1446H


@quotephotovideo 📚📚📚
Tadabbur Kalamullah 25 Muharram 1446H

ٱلۡأَخِلَّاۤءُ یَوۡمَىِٕذِۭ بَعۡضُهُمۡ لِبَعۡضٍ عَدُوٌّ إِلَّا ٱلۡمُتَّقِینَ

"Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh)" [Surah az-Zukhruf 67]

#Mencari seorang sahabat baik bukanlah mudah. Seorang sahabat baik, bukan sahaja bersama kita di kala gembira, namun dia sentiasa ada di sisi sama ada ketika suka, duka, susah mahupun senang. Sahabat yang berhati mulia akan membawa kita ke jalan Allah swt.

#Seorang lelaki berkata kepada al-Junaid (ahli sufi terkenal hidup dalam kurun ke 3 hijrah di Baghdad):

"Sesungguhnya sukar sekali mencari ikhwan (saudara sejati) di zaman ini. Di manakah akan ku temui saudaraku fillah?". Al-Junaid enggan menjawab sehinggalah lelaki itu mengulangi soalan yang sama sebanyak tiga kali. Setelah lelaki itu mengulang-ulangi soalan yang sama, barulah al-Junaid menjawab:

"Sekiranya engkau mencari saudara untuk mencukupkan keperluan hidupmu dan turut menanggung kesulitan yang kamu hadapi, maka demi umurku, saudara seperti itu amat sedikit. Jika engkau mencari saudara fillah yang engkau akan tanggung perbelanjaannya dan sabar menghadapi kerenahnya, maka seperti itu ramai. Aku akan perkenalkan mereka kepadamu".

Mendengar jawapan itu, lelaki itu diam membisu. Lantas al-Junaid menyambung: "Ketahuilah bahawa manusia terdiri dari tiga golongan:

1. Orang yang engkau dapat manfaat dengan bersahabat dengannya.

2. Orang yang engkau memberi manfaat kepadanya tetapi dia tidak memudaratkanmu, cuma engkau tidak mendapat manfaat daripadanya.

3. Orang yang engkau tidak dapat memberi manfaat kepadanya, sebaliknya dia memudaratkanmu. Ini adalah manusia yang bodoh atau berperangai buruk. Engkau hendaklah menjauhkan diri darinya.

Adapun golongan kedua, jangan engkau jauhkan diri darinya kerana engkau akan mendapat manfaat daripadanya di akhirat kelak dengan syafaatnya, doanya dan pahala engkau menolongnya selama ini.

Ada orang berkata: "Aku berkawan dengan sebahagian manusia selama 50 tahun. Tidak pernah berlaku sebarang pertelingkahan antara aku dengan mereka. Ketika aku bersama mereka, aku menanggung keperluan mereka". Jadi, sesiapa yang begitu sifatnya, ramailah saudara-saudaranya" (Lihat: Al-Mustakhlas fi Tazkiatin-Nafs, Sa’eid Hawwa)

Mencari sahabat janganlah berdasarkan kepentingan sementara seperti maslahat di dunia, tetapi carilah demi kemaslahatan bersama yang abadi iaitu maslahat dan manfaat di akhirat

🐊Ust naim

@quotephotovideo 📚📚📚
Rabu, 25  Muharram 1446H ~

QUOTES, PHOTO & VIDEO hari ini...

tasbih | tahmid | tahlil | takbir

سُبْحَانَ اللهِ وَالحَمْدُ للهِ وَلاَإِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ

subhanallah
walhamdu lillah
wa laa ilaha illallah
wallahu akbar


Semoga hari ini lebih baik dari semalam

♨️ Ayat² Al-Quranul Karim

🎬 Surah al Mulk

M U H A R R A M  1 4 4 6 H

Is    Se   Ra   Kh   Ju   Sa   Ah
                                              01  
02   03   04   05   06   07   08 
09   10   11   12   13   14   15
16   17   18   19   20   21   22
23   24   25   26   27   28   29
30

Aamiin Ya Allah Ya Mujib 🤲🏻😭

sambung di comments 👇

Selamat Pagi

Appreciate

Semangat Pagi

Hasbunallah Wanikmal Wakil

Melihat wajah Allah

Kasihi yang muda hormati yang tua

Istidraj

Puasa Sunat Isnin Khamis

Asmaul Husna

Menjaga Lisan

Sebab umat Islam wajib pertahankan bumi Palestin

Rahsia orang yang kuat Firasat Hatinya

Syukuri kurang atau lebih

Hikmah Solat awal Waktu

Allahyarham ISMAIL HANIYEH

┅═•❃✽✿❁️♡🌸♡❁☘️✿✽❃•═┅

Salam ZOHOR, ASAR & MAGHRIB

Zikir 01 02

Kaabah 01 02 03 04 05 06

Photo 01 02 03 04 05 06 07

@quotephotovideo 🍃🍃🍃
Ya Allah, elokkan urusan dunia kami yang padanya tempat mencari kehidupan, elokkan urusan akhirat kami yang padanya tempat kami kembali untuk selama-lamanya.

Antara nikmat yang kita tak sedar adalah nikmat masih boleh bangun harini. Ucap اَلْحَمْدُلِلّهِ tanda syukur kepada Allah. 😊

Ayat² al-Quranul Karim

@quotephotovideo 🎯🎯🎯
Belajarlah dari masa lalu, kita mungkin tidak dapat kembali ke masa lalu namun kita masih boleh mengubahnya.

Melakukan kesilapan itu perkara biasa, tapi mengubah kesilapan itu hal yang luar biasa.

Hanya mereka yang tidak berputus asa, yang mampu mengambil peluang ini untuk memperbaiki masa depannya.

@quotephotovideo 🍂🍂🍂
Kalau impiannya tinggi,
solatnya jangan nanti-nanti.

Kalau impiannya lebih dari satu,
solatnya jangan di akhir waktu.

Kalau impiannya mahal,
solatnya jangan ditinggal.

@quotephotovideo 🍄🍄🍄
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
⚠️ Nasibmu berawal dari mengatur asetmu

Jangan lalai dengan kenikmatan yang sesaat.

Hidup ini penuh godaan yang bisa membuatmu terjebak dalam kepuasan sementara.

Jangan biarkan itu mengalihkan fokusmu dari tujuanmu.

Di masa muda, energi dan waktu terasa melimpah, tapi justru saat inilah kamu harus mulai mengatur uang, tenaga, dan waktu dengan bijak.

Investasikan dalam pendidikan, keterampilan, dan pengalaman yang akan memberimu keuntungan di masa depan.

Saat dewasa, tanggung jawab semakin bertambah.

Keluarga, pekerjaan, dan kebutuhanmu lainnya membutuhkan perhatianmu.

Manajemen keuangan yang baik akan membantumu menjaga stabilitas dan keamanan finansial.

Tetapkan anggaran, tabung untuk masa depan, dan hindari utang yang tidak perlu.

Atur waktu dengan cermat agar kamu bisa mengimbangi pekerjaan dan kehidupan pribadi, sambil tetap merawat kesehatan fisik dan mental.

Di masa tua, buah dari usaha kerasmu di masa muda dan dewasa akan terasa.

Kamu akan menikmati hasil dari perencanaan yang matang.

Waktu yang dihabiskan untuk menjaga kesehatan dan kebugaran akan membayar dalam bentuk hidup yang lebih berkualitas dan mandiri.

Ingat, kenikmatan sesaat adalah godaan yang bisa mengalihkanmu dari tujuanmu.

Aturlah uang, tenaga, dan waktumu dengan baik untuk memperbaiki nasib dan mencapai kebahagiaan sejati.

Lakukan pemrograman pikiran untuk mewujudkan impianmu dengan tingkat keberhasilan 99%!

@quotephotovideo 🔥🔥🔥
Setiap manusia pasti akan diuji dengan pelbagai ujian, untuk meningkatkan kualiti hidupnya.

Jadi, ujian itu diberikan bukan untuk buat kita lebih bermasalah, tapi untuk meningkatkan darjat kita di sisiNya.

Hidup ini mesti ada masalah, ertinya sepanjang hidup kita akan sentiasa berhadapan dengan masalah.

Kalau ada orang yang tak nak masalah, maknanya dia tak nak hidup.

Dengan ujian itu pahala datang, kalau tak pernah diuji bila nak dapat pahala?

Sabar itu ada ketika datang rasa marah, kalau tak ada marah maka kita tak tau nikmatnya sabar.

@quotephotovideo 🍄🍄🍄
Everything Will Be Fine

Ada dua macam orang di dunia ini yang 'PATUT' kita sayangi, iaitu orang tidak kaya namun rela memberikan segalanya untukmu dan orang yang sangat sibuk namun punya waktu untukmu..

@quotephotovideo 🕊🕊🕊
"Di antara tanda matinya hati adalah tidak adanya perasaan sedih atas ketaatan yang kau lewatkan
dan tidak adanya perasaan menyesal atas kesalahan yang kau lakukan"


Kegelapan hati dan kurangnya semangat utk terus mendekatkan diri kepadaNYA adalah dari kerana hati yg sudah mula penuh dengn kelalaian dunia dan nafsu syahwah, apabila hati kamu telah mula gelap, maka hilanglah semangat dan hemmahmu utk terus menuju kepdaNYA...

Maka bertaubatlah kembali kepdaNYA dan jadikanlah hati kamu kembali mengingatiNYA dengn istighfar taubat dan menyebut namaNYA...

InsyaALLAH...dengn rahmatNYA jua hati kamu akan hidup semula untuk terus menuju kepdaNYA sehingga sampai kepadaNYA

@quotephotovideo
024042
Mishary Rashid Alafasy
An-Nur 24:42

وَلِلَّهِ مُلْكُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِۖ وَإِلَى ٱللَّهِ ٱلْمَصِيرُ

Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi dan kepada Allah sahaja tempat kembali (sekalian makhluk).

@quotephotovideo 📚📚📚
Solat subuh :-+4 minit
Solat zuhur :-+8 minit
Solat ashar :-+ 8 minit
Solat maghrib :-+6 minit
Solat isya:-+8 minit

Total :-+34 minit

"Allah memberimu waktu 24 jam dalam sehari. Masihkan kamu mengatakan tidak ada waktu?. Sebenarnya kamu bukanlah sibuk tetapi sombong."

@quotephotovideo ♨️♨️♨️
Jangan buat main doa seorang ibu. Doanya tiada hijab.

Doa seorang ibu akan membawa keberkatan hidup di dunia, kemuliaan, membuka pintu rezeki & pintu hidayah.

Maka berbuat baiklah kepada ibu anda.

Semoga kita semua menjadi anak yang soleh/solehah.

@quotephotovideo 🌿🌿🌿
UNTUNGNYA SOLAT DI MASJID :

1. Pahala sahut seruan azan
2. Pahala melangkah ke masjid
3. Pahala masuk masjid
4. Pahala melangkah kaki kanan kedalam masjid
5. Pahala doa masuk masjid
6. Pahala solat tahiyyatul masjid
7. Pahala i'tikaf
8. Pahala solat berjamaah
9. Pahala takbiratul ihram bersama imam
10. Pahala Aamiin bersama imam
11. Pahala rapatkan saf
12. Pahala luruskan saf
13. Pahala dengar tilawah quran
14. Pahala hubung silaturrahim
15. Pahala duduk dalam majlis zikir
16. Pahala duduk dalam majlis ilmu
17. Pahala jadi makmum
19. Pahala bersalaman dgn kwn2 ahli jamaah
20. Pahala menuntut ilmu
21. Pahala nasihat menasihati
22. Pahala bersihkan masjid
23. Pahala mendengar dan mempelajari bacaan Quran yang betul melalui bacaan imam
24. Pahala mengingatkan imam jika beliau lupa
25. Pahala menghidupkan sunnah rasulullah s.a.w
26. Pahala menghidupkan syiar agama Islam
27. Pahala doa keluar masjid dan dengan langkah kiri.
28. Pahala infaq/derma kat tabung masjid
29. Setiap benda yg berbekas semasa pergi dan balik masjid akan jadi saksi di akhirat, cthnya tapak kasut/selipar, tayar kenderaan, debu/ rumput yg dipijak. Rujuk surah yaasin ayat 12.m
30. Menyulitkan syaitan utk melakukan godaan atas sebb solat berjemaah

Tu dia, untungnya pi masjid naa,

JOM..! Kalu Takmau jugak?

Rugi lah kita

Sama² lah muhasabah diri.

Wallahu'alam...

Pakat² share semoga beri manfaat kpd kita semua...

Lelaki sahaja..perempuan afdhal di rumah..😁

@quotephotovideo 🕌🕌🕌
Ada kenangan yang patut dikenang dan ada juga kenangan yang tak perlu dikenang.

Sesuatu yang pernah hadir menjadi sebahagian daripada kenangan janganlah hadirkan semula dalam kehidupan.

Seandainya terlalu sulit utk menutup kenangan, pohonlah kepada Allah agar Dia memberikan hatimu ketenangan dan keredhaan.

Bilamana kamu mulai redha, kamu akan berhenti mempersoalkannya.

Redha untuk menerima segala kenangan, sebagai suatu jalan dan liku kehidupan.

Sepahit apapun kejadian, suatu hari nanti ia akan menjadi kenangan.

Seindah apapun kehidupan, suatu hari nanti ia akan kita tinggalkan.

Jika cuma kebahagiaan yang dihidang dalam proses kehidupan, boleh jadi sudah lama kita berjalan meninggalkan Tuhan.

Jika tiada jentikan ujian dalam melayari bahtera hidup, boleh jadi air mata kita sudah kering untuk dititiskan kepada Pencipta.

Jika sakit dan luka terlalu sukar untuk dicerita kepada manusia, maka sembunyikan ia dan pilihlah untuk berkongsi dengan Allah.

Bukan semua ujian perlu dilalui dengan air mata dan tangisan,

Kadang kala perlu senyum dan ikhlaskan segalanya.

Sebagai tanda redha dengan segala aturan takdir-Nya ..

Alhamdulillah ♥️

@quotephotovideo 🍁🍁🍁
Telah tertulis di Luh Mahfuz akan setiap langkah perjalanan hidup kita.

Dengan siapa kita kenal.

Dengan siapa kita berkawan.

Bila kita jumpa jodoh.

Bila ajal kita tiba.

Jadi usah risau akan perjalanan hidupmu.

Kita hanya merancang

Tetapi, Allah SWT sebaik baik perancang.

@quotephotovideo
Jangan terlalu memikirkan yang diluar kemampuan mu, belajarlah untuk menikmati kehidupan ini.

Hidup ini bukan hanya tentang kerja keras tetapi tentang bagaimana harus kau bertahan hari demi hari dengan hati yang tenang

Maka nikmatilah apa adanya hari mu, rehatlah sebentar sementara menguatkan kembali semangat yang melemah.

@quotephotovideo 🍂🍂🍂
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Video Quran
Surah Yusuf سورة يوسف
Qari Imam Fahad Aziz Niazi

@quotephotovideo 🔈🔉🔊
2024/10/04 21:20:56
Back to Top
HTML Embed Code: