Telegram Web Link
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Mengutamakan Orang Lain


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَجُلًا أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَبَعَثَ إِلَى نِسَائِهِ فَقُلْنَ مَا مَعَنَا إِلَّا الْمَاءُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ يَضُمُّ أَوْ يُضِيفُ هَذَا فَقَالَ رَجُلٌ مِنْ الْأَنْصَارِ أَنَا فَانْطَلَقَ بِهِ إِلَى امْرَأَتِهِ فَقَالَ أَكْرِمِي ضَيْفَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَتْ مَا عِنْدَنَا إِلَّا قُوتُ صِبْيَانِي فَقَالَ هَيِّئِي طَعَامَكِ وَأَصْبِحِي سِرَاجَكِ وَنَوِّمِي صِبْيَانَكِ إِذَا أَرَادُوا عَشَاءً فَهَيَّأَتْ طَعَامَهَا وَأَصْبَحَتْ سِرَاجَهَا وَنَوَّمَتْ صِبْيَانَهَا ثُمَّ قَامَتْ كَأَنَّهَا تُصْلِحُ سِرَاجَهَا فَأَطْفَأَتْهُ فَجَعَلَا يُرِيَانِهِ أَنَّهُمَا يَأْكُلَانِ فَبَاتَا طَاوِيَيْنِ فَلَمَّا أَصْبَحَ غَدَا إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ ضَحِكَ اللَّهُ اللَّيْلَةَ أَوْ عَجِبَ مِنْ فَعَالِكُمَا فَأَنْزَلَ اللَّهُ: (وَيُؤْثِرُونَ عَلَى أَنْفُسِهِمْ وَلَوْ كَانَ بِهِمْ خَصَاصَةٌ وَمَنْ يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُولَئِكَ هُمْ الْمُفْلِحُونَ )

Daripada Abu Hurairah RA bahawa ada seorang lelaki (yang susah) datang kepada Nabi SAW lalu baginda memberitahu para isteri baginda (jika ada sesuatu yang boleh diberi). Para isteri baginda berkata; "Kami tidak mempunyai apa-apa selain air". Kemudian Rasulullah SAW berkata kepada orang ramai: "Siapakah yang mahu mengajak atau menjamu orang ini?". Maka seorang lelaki Ansar berkata; "Aku". Lelaki Ansar itu pulang bersama lelaki tadi menemui isterinya lalu berkata; "Muliakanlah tamu Rasulullah SAW ini". Isterinya berkata; "Kita tidak memiliki apa-apa kecuali sepotong roti untuk anak kita". Lelaki Ansar itu berkata; "Sediakanlah makanan itu, tidurkanlah anak kita dan matikanlah lampu". Ketika mereka hendak menikmati makan malam, maka isterinya menyediakan makanan itu lalu mematikan lampu dan menidurkan anaknya kemudian dia berdiri seakan hendak memperbaiki lampunya, lalu dimatikannya kembali. Suami-isteri hanya menggerak-gerakkan mulutnya (seperti mengunyah sesuatu) seolah keduanya turut menikmati hidangan. Kemudian keduanya tidur dalam keadaan lapar kerana tidak makan malam. Ketika pagi harinya, lelaki Ansar menemui Rasulullah SAW. Maka baginda berkata: "Malam tadi Allah kagum kerana perbuatan kalian berdua". Lalu Allah menurunkan firman-Nya dalam Surah al-Hasyr ayat 9 yang artinya: (Dan mereka lebih mengutamakan orang lain (Muhajirin) dari pada diri mereka sendiri sekalipun mereka memerlukan apa yang mereka berikan itu. Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung).

(HR Bukhari No: 3514)
Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Rasulullah SAW menunjukkan contoh terbaik dengan berusaha tidak menghampakan setiap yang datang menemui baginda

2.  Melayani tetamu adalah antara tuntutan akhlak terpuji seorang Muslim

3.  Memiliki sifat "itsar”  (mengutamakan orang lain) melebihi diri sendiri adalah akhlak yang dikagumi dan suatu kemuliaan di sisi Allah

4.  Mengutamakan dan memuliakan orang lain adalah satu daripada akhlak terpuji yang perlu diasuh sebagai satu daripada sifat RAHMAH seorang Muslim.

Marilah kita berusaha untuk memiliki sifat “itsar” agar menjadi orang yang mulia disisi Allah.

18hb Julai 2024
12hb Muharram 1446H


@quotephotovideo 📚📚📚
Tadabbur Kalamullah 12 Muharram 1446H

خُذِ ٱلۡعَفۡوَ وَأۡمُرۡ بِٱلۡعُرۡفِ وَأَعۡرِضۡ عَنِ ٱلۡجَـٰهِلِینَ

"Terimalah apa yang mudah engkau lakukan, dan suruhlah dengan perkara yang baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang yang jahil (yang degil dengan kejahilannya)" [Surah Al-Aʿrāf 199]

#Sayidina Ibn Abbas r.huma telah meriwayatkan bahawa ‘Uyainah bin Hisn telah datang ke Madinah. Beliau menumpang di rumah anak saudaranya Hurr bin Qais. Sayidina Hurr bin Qais termasuk individu yang rapat dengan Khalifah Umar bin al-Khattab r.a. Seorang yang menghafaz al-Quran dan salah seorang ahli Majlis Mesyuarat Umar yang terdiri daripada warga tua dan juga pemuda.

‘Uyainah berkata kepada Hurr, “Wahai anak saudaraku, engkau seorang yang ada kedudukan di sisi Amirul Mukminin. Mohonlah izin untukku bertemu dengannya!”

Hurr memohon izin daripada Sayidina Umar. Maka Sayidina Umar mengizinkannya. Maka, ‘Uyainah pun tiba pada waktu yang telah ditetapkan, dia terus berkata kepada Khalifah Umar dengan kata-kata yang kesat:

"Wahai Ibnul Khattab, demi Allah! Engkau tidak memberi kepada kami dengan saksama, dan engkau tidak menghukum antara kami dengan cara yang adil!”

#Kata-kata itu membuatkan Sayidina Umar marah sehingga beliau hampir bertindak ke atasnya.

#Pada waktu itu, Hurr bin Qais segera mengingatkan Sayidina Umar dengan membaca ayat di atas (Surah Al-Aʿrāf ayat 199). Dan berkata lelaki ini sebenarnya termasuk dalam kalangan orang jahil.

#Sayidina Ibn Abbas r.a berkata: "Demi Allah! Sayidina Umar tidak melangkahinya ketika Hurr membacakan ayat itu kepadanya. Sesungguhnya dia (Umar) seorang yang sangat teguh berhenti dan berdiri di sisi Kitab Allah Taala" (Riwayat al-Bukhari. Riadhus-Solihin)

#Kata-kata kesat dan biadab yang dilemparkan oleh Uyainah di depan Sayidina Umar saat pertama kali berjumpa amatlah tidak wajar dan merupakan satu pembohongan yang nyata kerana semua maklum, diperakui oleh muslim dan bukan muslim akan keadilan yang ditegakkan oleh Sayidina Umar sepanjang pemerintahannya. Maka tidak hairanlah jika Sayidina Umar begitu marah mendengar tuduhan yang tidak berasas itu. Namun, jika disampaikan dengan cara yang lebih lunak dan berhemah, mungkin Sayidina Umar akan mendengar dan berbincang, sudut manakah yang dikatakan beliau tidak adil dan apakah buktinya?

#Apa yang ini ditekankan disini ialah kehebatan peribadi, kekentalan hati insan yang bernama Sayidina Umar bin al-Khattab r.a sangat terserlah tatkala mendengar firman Allah swt. Di mana kita dapat menyaksikan beliau mampu memadamkan api kemarahan dengan sekelip mata apabila sahaja mendengar ayat Allah dibaca. Tiada suara membantah, bersungut, mengugut dan sebagainya walaupun yang membaca itu hanyalah seorang anak muda yang bertaraf anak atau cucu kepadanya.

Persoalannya di manakah kedudukan dan iman kita saat ayat Allah dilantunkan. Lunakkah? Insafkah? Atau kekal degil, tidak peduli, sombong dan derhaka?. Tepuk dada, muhasabah iman!!

🐊Ust naim

@quotephotovideo 📚📚📚
NIKMAT BERSAHABAT

Selain nikmat Iman dan Islam
Nikmat sihat dan semestinya
Nikmat bersahabat juga adalah
Anugerah Allah yang tidak
Terhingga kepada kita.

Betapa nikmatnya hidup
mempunyai sahabat ramai
dan baik pula. Ia lebih berharga
Daripada harta yang melimpah ruah.

Selemah-lemah manusia ialah orang
yang tidak boleh mencari sahabat dan
orang yang lebih lemah ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang dicari

Suatu perkara yang amat sukar
ialah menegur kesalahan
Sahabat yang rapat dengan kita
Berbanding dengan orang yang
Jauh dengan kita.

Kita selalu memikirkan nanti
hubungan kita menjadi
Renggang Sebab kita menegurnya.
Ini adalah sikap yang salah.

Sebagai sahabat kita kena
Sokong dan tolong dia.
kalau dia dalam kesusahan

Tapi jika dia tersasar
Itu juga tugas kau untuk
membawanya kembali .
bersama pada jalan Allah .

Ulamak berkata:.

"Carilah kawan sejati yang beriman,
Yang membantu mu (ingat) dan taat kepada Allah, membangkitkan dirimu untuk melakukan kebaikan, mengingatkan dirimu dari keburukan, dan engkau tidak mendapatkan Sesuatu darinya melainkan kebaikan."


Hargailah bila bersahabat.
Sayangilah bila bersama.
Maafkan bila terluka.
Rindulah bila berjauhan.
Fahamilah bila keliru.
Nasihati bila terleka
Dan tegurlah bila tersilap.

Jika dirasakan
Permata nilam
Itu indah,
Indah lagi ukhuwah
yang terjalin sesama insan

Sama -samaLah kita manafaatkan
Nikmat yang Allah anugerahkan ini.

@quotephotovideo 🍁🍁🍁
Kelazatan yang dirasakan seseorang di saat melakukan perbuatan maksiat akan lenyap, sedangkan dosanya akan tetap tercatat hingga hari kiamat.

Begitu juga keletihan di saat melakukan ibadah akan lenyap, sedangkan pahalanya akan terus bertahan hingga hari kiamat.

Jangan korbankan kenikmatan Akhirat hanya demi mengejar kenikmatan Dunia yang sementara.

Lihatlah mereka yang dahulu pernah hidup di Dunia ini lalu menghabiskan usia mereka di dalam lembah dosa.

Di mana mereka sekarang?

Lihatlah mereka yang dahulu menghabiskan usia mereka untuk beribadah

Di mana mereka sekarang?

Seandainya waktu dapat diputar semula,
tentu mereka yang dulu berbuat dosa berangan-angan kembali ke dunia lalu beribadah kepada ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala. Tapi ia tidak akan mungkin terjadi.

Maka peringatan ini hanya bermanfaat bagi orang yang masih hidup sekarang dan mempunyai pemikiran yang jernih.

Jangan sampai semuanya terlambat. Segeralah bertaubat dan isi hari-hari kita dengan ibadah kepada ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala.

Muhasabah diri..
Hamba Yang Naif🌹

@quotephotovideo 🍂🍂🍂
Khamis, 12  Muharram 1446H ~

QUOTES, PHOTO & VIDEO hari ini...

tasbih | tahmid | tahlil | takbir

سُبْحَانَ اللهِ وَالحَمْدُ للهِ وَلاَإِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ

subhanallah
walhamdu lillah
wa laa ilaha illallah
wallahu akbar


Semoga hari ini lebih baik dari semalam

M U H A R R A M  1 4 4 6 H

01   02   03   04   05   06   07
08   09   10   11   12   13   14
15   16   17   18   19   20   21
22   23   24   25   26   27   28
29   30

Aamiin Ya Allah Ya Mujib 🤲🏻😭

sambung di comments 👇

Semangat Pagi

Ada sebab Ada akibat

Nikmat Allah

Kaabah

Al-Fatihah

Salam ASAR

Healing yang Sejati

Renungan Diri

Adab Berjalan

Cukuplah Allah bagiku

Puasa Ayyamul Bidh Muharram 1446H

@quotephotovideo 🍃🍃🍃
Syukur Dan Sabar Dalam Kehidupan

Daripada Suhaib R.A, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

“Amat menakjubkan urusan orang yang beriman kerana setiap urusannya adalah baik, dan itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada orang beriman. Jika dia mendapat sesuatu yang menyenangkan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Dan jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya.” Riwayat Muslim (7692)

Berikut doa yang boleh diamalkan untuk memohon agar diberikan kesabaran dan kekuatan:

رَبَّنَآ اَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَّثَبِّتْ اَقْدَامَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكٰفِرِيْنَ

"Wahai Tuhan Kami, Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir.”

Surah Al-Baqarah (250)

@quotephotovideo 🍂🍂🍂
Dalam menjalani kehidupan seharian, sering kali kita menghadapi cabaran yang menguji kesabaran dan keimanan.

Namun, di tengah-tengah ujian tersebut, terdapat satu pegangan yang pasti memberikan kekuatan dan ketenangan, iaitu mengutamakan Allah SWT dalam setiap aspek kehidupan kita.

Bayangkanlah, apabila Allah menjadi yang pertama di dalam hatimu, tiada satu pun yang mampu menyakitimu.

Allah SWT berfirman dalam Surah Ar-Ra’d, ayat 28:

"Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikir kepada Allah. Ketahuilah, dengan zikir kepada Allah, hati akan menjadi tenang."

Dengan menjadikan Allah sebagai tujuan utama, kita akan mendapati setiap langkah kita dipenuhi dengan keberkatan dan ketenangan.

Apabila hati kita dipenuhi dengan cinta dan keikhlasan kepada-Nya, segala bentuk kesakitan dan kesedihan tidak akan dapat menembusi perisai keimanan kita.

Rasulullah SAW bersabda:

"Perbandingan orang yang mengingati Allah dengan orang yang tidak mengingati-Nya adalah seperti perbandingan antara yang hidup dan yang mati." (Hadis riwayat al-Bukhari)

Bayangkan betapa agungnya keberkatan yang kita peroleh apabila hati kita sentiasa berzikir dan mengingati Allah. Setiap ujian yang datang hanya akan menjadi pemangkin untuk kita mendekatkan diri kepada-Nya, dan setiap nikmat yang kita terima akan meningkatkan rasa syukur kita.

Maka, jadikanlah Allah yang pertama di dalam hatimu, agar tiada apa pun yang mampu menggugat ketenangan dan kekuatanmu. Dengan Allah sebagai pegangan, segala rintangan akan menjadi ringan, dan setiap langkah menuju kejayaan akan dipermudahkan.

Sentiasalah berdoa dan berserah kepada-Nya, kerana hanya dengan kebergantungan penuh kepada Allah, kita akan menemukan kedamaian sejati.

Semoga kita semua dapat menjadikan Allah sebagai pusat kehidupan kita dan mendapat keberkatan dalam setiap langkah yang diambil.

@quotephotovideo 🍄🍄🍄
حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ

“Cukuplah bagi kami Allah, sebaik-baiknya pelindung dan sebaik-baiknya penolong kami.”

@quotephotovideo 📿📿📿
Sembunyikan emosimu dengan diam

Kunci diammu dengan sabar

Perlihatkan sabarmu dengan senyuman

Dan biarkan dunia bertanya²

Bagaimana mungkin kita boleh diam dan sabar dengan senyuman

@quotephotovideo 🍄🍄🍄
💥BICARA HATI💥

💦 Lalu aku semakin tarasa bersalah...

💦 Ketika teringat hampir seluruh waktu ku dihabiskan untuk mengerjakan tugas-tugas dunia.

💦 Sedangkan untuk Allah hanya ku beri waktu sisa.

💦 Entah apa yang akan aku katakan pada NYA, jika sedetik kemudian DIA memanggil aku pulang.😭

💦اللهم صل على محمد عبدك و رسولك النبى الأمى وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّم💦ْ

@quotephotovideo ♨️♨️♨️
024029
Mishary Rashid Alafasy
An-Nur 24:29

لَّيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَن تَدْخُلُوا۟ بُيُوتًا غَيْرَ مَسْكُونَةٍ فِيهَا مَتَٰعٌ لَّكُمْۚ وَٱللَّهُ يَعْلَمُ مَا تُبْدُونَ وَمَا تَكْتُمُونَ

Tidaklah menjadi salah kamu memasuki (dengan tidak meminta izin) mana-mana rumah yang tidak didiami orang, yang ada keperluan kamu padanya; dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu zahirkan dan apa yang kamu sembunyikan.

@quotephotovideo 📚📚📚
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Video Quran
Surah Al Mulk سورة الملك
Qari Fahad Wasel AlMutairi

@quotephotovideo 🔈🔉🔊
MOTIVASI DIRI

💙 Cara Allah menyayangimu terkadang bukan dengan memberimu hidup dalam limpahan harta, tapi dengan hidup penuh kesederhanaan sebab Allah ingin meringankan hisabmu. 💙🕊️💫

@quotephotovideo 🐬🐬🐬
Solatlah agar hatimu tenang.

Istighfarlah agar kecewamu hilang.

Dan Berdoalah agar bahagiamu segera datang.

@quotephotovideo 🍁🍁🍁
Jika doa dan harapanmu belum dikabulkan bererti ada yang lebih yang baik lagi, yang dipersiapkan untukmu,

kamu hanya perlu sedikit lebih sabar lagi, perbaiki saja dirimu terlebih dahulu, percayalah; doa dan harapanmu tersebut akan dikabulkan-Nya disaat dan waktu yang tepat.


@quotephotovideo 🐞🐞🐞
يَا الله

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

لا إلهَ إلاّ اللّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ الْمُبِين

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرِ

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ

لاَّ إِلَـهَ إِلاَّ أَنتَ سُبْحَـنَكَ إِنِّى كُنتُ مِنَ الظَّـلِمِينَ

وَأُفَوِّضُ أَمۡرِيٓ إِلَى ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَصِيرُۢ بِٱلۡعِبَادِ

ماشاء الله لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ

@quotephotovideo 📿📿📿
آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آمَنَ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنتَ مَوْلَانَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

•••┈••••○❁🍃💙🍃❁○••••┈•••

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لا إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَااسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإنَّهُ لا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ

•••┈••••○❁🍃🧡🍃❁○••••┈•••

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي العَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

@quotephotovideo 📿📿📿
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنزَلَ عَلَىٰ عَبْدِهِ الْكِتَابَ وَلَمْ يَجْعَل لَّهُ عِوَجًا
قَيِّمًا لِّيُنذِرَ بَأْسًا شَدِيدًا مِّن لَّدُنْهُ وَيُبَشِّرَ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا حَسَنًا
مَّاكِثِينَ فِيهِ أَبَدًا
وَيُنذِرَ الَّذِينَ قَالُوا اتَّخَذَ اللَّهُ وَلَدًا
مَّا لَهُم بِهِ مِنْ عِلْمٍ وَلَا لِآبَائِهِمْ كَبُرَتْ كَلِمَةً تَخْرُجُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ إِن يَقُولُونَ إِلَّا كَذِبًا
فَلَعَلَّكَ بَاخِعٌ نَّفْسَكَ عَلَىٰ آثَارِهِمْ إِن لَّمْ يُؤْمِنُوا بِهَٰذَا الْحَدِيثِ أَسَفًا
إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَّهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا
وَإِنَّا لَجَاعِلُونَ مَا عَلَيْهَا صَعِيدًا جُرُزًا
أَمْ حَسِبْتَ أَنَّ أَصْحَابَ الْكَهْفِ وَالرَّقِيمِ كَانُوا مِنْ آيَاتِنَا عَجَبًا
إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوا رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

@quotephotovideo 🌹🌹🌹
201 of 365 🗓 JUMAAT 💕 13 MUHARRAM 1446H 19 JULAI 2024

 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Bismillahirrahmanirrahim 🌹

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.

Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya

••✾•◆❀◆•✾••┈•┈┈••✾•◆❀◆•✾••┈

#AllahjagaKita..😘
#PrayertoremoveCovid19... 🇲🇾

PERJALANAN HIDUP KITA

Saudaraku,

Di perut ibu : 9 bulan 10 hari
Di perut bumi : 60-70 tahun (jika umur panjang)
Di perut kubur : Hingga dibangkitkan diMahsyar
Di perut akhirat : Selama-lamanya..

Seindah-indahnya nikmat dunia ini adalah harta, namun ia tetap bukan milik kita setelah mati.

Seringan-ringan azab neraka ialah diletakkan dua bara api dibawah telapak kaki kita. Sehingga otak kita mendidih.

Jangan tangguh kebaikan dan amal² mu!

Hidup ini hanyalah satu proses kesedaran.
Kesedaran dalam memahami diri sendiri dan Tuhan. carilah ‘kesejatian hidup’ dan ‘hidup yang sejati’.

Jika ketika ini kita bebas semahunya memilih jalan hidup. Allah-lah yang memberi nikmat kebebasan itu.
Jadi tidak adil kah jika Allah juga bebas memberi ganjaran balasan dan hukuman-Nya setelah kita mati?

Maha Adil-Nya Allah..
Yang baik dibalas baik,
Yang jahat dibalas jahat.
Maka Lakukanlah pada orang lain apa yang ingin kau terima dari Tuhanmu".

"Datang cara baik, Pergilah dengan cara yang baik, Isilah HIDUP dengan benda yang baik, Kerana tak semua kita MATI dalam keadaan yang baik."

Sebanyak Apapun Harta Takkan Bisa di Bawa Mati, Tetapi Sekecil Apapun Kebaikan Akan Kita Bawa Sampai kita Mati.

Harta yang kita makan, itu akan jadi kotoran. Harta yang kita simpan, itu akan jadi harta waris & rebutan. Harta yang kita sedekahkan, itulah harta kita yang sesungguhnya.

145 kali kata kematian disebut dalam al Qur'an.

Sayidina Abu Bakar r.a pernah berkata,

"Sesiapa masuk kubur tanpa bekalan, maka seperti mengharungi laut tanpa perahu!"

“MATI bukan ketakutan dalam hidup.
Ketakutan sebenar dalam hidup ialah apabila ketakutan kita pada ALLAH sudah lama mati, semasa kita masih hidup.”

SEMOGA BERMANFAAT 🥰

•══◎◎♡◎◎══•

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin.

🎋سبحان الله 🌻الحمد لله🌺لا اله إلا الله 🌼الله اكبر

@quotephotovideo 🌸🌸🌸
46K832
2024/10/03 17:20:13
Back to Top
HTML Embed Code: