Telegram Web Link
:: Ubat Cinta adalah Menikah.

:: Ubat Marah adalah Wudhu.

:: Ubat Gelisah adalah zikir dan membaca Al-Qur'an.

:: Ubat Ketidak Senangan hati adalah selawat.

:: Ubat kemiskinan adalah Istighfar, Usaha dan Sedekah.

:: Ubat Nafsu adalah Puasa.

:: Ubat Putus asa adalah Harapan dan Doa.

@quotephotovideo 🍁🍁🍁
Catatan Hari Ini

Allah mempertemukan setiap orang dengan sebuah alasan, mungkin untuk belajar atau mengajarkan, menjadi yang terpenting atau sementara, sesaat atau selamanya.

Namun tetaplah menjadi yang terbaik pada waktu tersebut dan lakukan dengan ikhlas meskipun tidak menjadi apa yang diinginkan.

Tiada yang sia-sia kerana Allah yang mempertemukan dan hanya Allah pula yang membolak-balikan segalanya menjadi lebih baik.


@quotephotovideo 🎯🎯🎯
Kerana hidup adalah belajar

Belajar bangkit dari terjatuh

Belajar ikhlas dari kehilangan.

Dan belajar bersabar dari setiap cubaan.

Jadikanlah setiap apa yang dirasakan menjadi pelajaran.

Agar kelak ketika sudah mengerti bahawa sesuatu yang terjadi lagi tidak perlu untuk ditangisi kembali.

Dan apapun yang ALLAH takdirkan
adalah yang terbaik.

Saat ini hanyalah untuk menjalani, mensyukuri, dan bersabar atas ketetapan-Nya.



@quotephotovideo 🌿🌿🌿
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Kata ahli Ulama:

Bertemanlah dengan orang yang ada Agama.

Jika tidak jumpa maka bertemanlah dengan orang yang ada maruah...

@quotephotovideo 🍄🍄🍄
Learn these words

1. Thank you:- Jazakallahu Khairan

2. Forgot:- Astagfirullah

3. Amazing:- Ma Shaa Allah

4. Sad:- La Tahzan Inallaha Ma'ana

5. Not confident:- La hawla wa laa quwwata illa billah

6. Insecure:- Hasbunallah waniamal wakeel

7. Unexpected incident:- Qadarullahi wa ma shaa fa'al

8. Be careful:- Fi Amanillah

9. Okay:- In Sha Allah

I0. If you feel jealous:- Wama Indallahi Khair

11. Get well soon:- Shifakum Allah

12. Always considered wrong:- Wakafa Billahi Shahida

@quotephotovideo 🌹🌹🌹
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
يَا حَيُّ يَا قَيُّومِ

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

لا إلهَ إلاّ اللّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ الْمُبِين

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرِ

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ

لاَّ إِلَـهَ إِلاَّ أَنتَ سُبْحَـنَكَ إِنِّى كُنتُ مِنَ الظَّـلِمِينَ

وَأُفَوِّضُ أَمۡرِيٓ إِلَى ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَصِيرُۢ بِٱلۡعِبَادِ

ماشاء الله لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ

@quotephotovideo 📿📿📿
آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آمَنَ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنتَ مَوْلَانَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

•••┈••••○❁🍃💙🍃❁○••••┈•••

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لا إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَااسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإنَّهُ لا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ

•••┈••••○❁🍃🧡🍃❁○••••┈•••

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي العَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

@quotephotovideo 📿📿📿
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنزَلَ عَلَىٰ عَبْدِهِ الْكِتَابَ وَلَمْ يَجْعَل لَّهُ عِوَجًا
قَيِّمًا لِّيُنذِرَ بَأْسًا شَدِيدًا مِّن لَّدُنْهُ وَيُبَشِّرَ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا حَسَنًا
مَّاكِثِينَ فِيهِ أَبَدًا
وَيُنذِرَ الَّذِينَ قَالُوا اتَّخَذَ اللَّهُ وَلَدًا
مَّا لَهُم بِهِ مِنْ عِلْمٍ وَلَا لِآبَائِهِمْ كَبُرَتْ كَلِمَةً تَخْرُجُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ إِن يَقُولُونَ إِلَّا كَذِبًا
فَلَعَلَّكَ بَاخِعٌ نَّفْسَكَ عَلَىٰ آثَارِهِمْ إِن لَّمْ يُؤْمِنُوا بِهَٰذَا الْحَدِيثِ أَسَفًا
إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَّهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا
وَإِنَّا لَجَاعِلُونَ مَا عَلَيْهَا صَعِيدًا جُرُزًا
أَمْ حَسِبْتَ أَنَّ أَصْحَابَ الْكَهْفِ وَالرَّقِيمِ كَانُوا مِنْ آيَاتِنَا عَجَبًا
إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوا رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

@quotephotovideo 🌹🌹🌹
196 of 365 🗓 AHAD 💕 08 MUHARRAM 1446H 14 JULAI 2024

 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Bismillahirrahmanirrahim 🌹

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.

Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya

••✾•◆❀◆•✾••┈•┈┈••✾•◆❀◆•✾••┈

#AllahjagaKita..😘
#PrayertoremoveCovid19... 🇲🇾

Hati-Hati dengan Dunia: Mencari Keseimbangan dalam Kecukupan

Dalam hembusan angin kehidupan yang semakin deras, ramai yang mengejar bayangan kekayaan, menganggapnya sebagai penentu kebahagiaan dan kejayaan.

Namun, seringkali kita terlepas pandang bahawa kekayaan juga merupakan ujian yang besar. Dalam kesibukan mengejar dunia, pesan Tok Guru kami,

"Biarlah hidup dalam keadaan cukup sekadar cukup, khuatir jika diberi lebih, kita akan hanyut dengan dunia. Sungguh ujian harta dan kemewahan itu cukup besar dan berat tanggungannya di Mahsyar kelak."

Keindahan dalam Kecukupan

Kecukupan adalah satu anugerah yang tidak ternilai harganya. Hidup dalam kesederhanaan bukanlah tanda kelemahan, tetapi lambang kebijaksanaan.

Dalam surah Al-Baqarah, Allah berfirman:

“Dan di antara mereka ada yang berdoa: ‘Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan lindungilah kami dari siksa neraka.’" (Surah Al-Baqarah, 2:201)

Kecukupan membawa kita lebih dekat kepada keredhaan Allah, membebaskan jiwa dari belenggu materialistik dan membuka jalan kepada ketenangan hakiki.

Kekayaan: Ujian di Sebalik Nikmat

Kekayaan yang melimpah ruah sering kali membawa kita jauh dari hakikat kehidupan. Seperti arus deras yang menggulung, ia mampu menghanyutkan kita dari jalan yang lurus.

Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya setiap umat mempunyai ujian, dan ujian bagi umatku adalah harta.” (Hadis riwayat Tirmidzi)

Harta yang melimpah bukan sekadar nikmat, tetapi juga ujian yang berat. Ia menguji sejauh mana kita mampu mempertahankan keimanan dan ketakwaan.

Dengan harta, kita boleh mendekatkan diri kepada Allah melalui sedekah dan amal jariah, tetapi kita juga boleh tergelincir ke lembah kemaksiatan jika tidak berhati-hati.

Keseimbangan Dunia dan Akhirat

Mencari keseimbangan antara dunia dan akhirat adalah kunci kepada kehidupan yang sejahtera. Dalam mengejar dunia, jangan sampai kita melupakan akhirat.

Firman Allah dalam surah Al-Qasas:

“Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu di dunia.” (Surah Al-Qasas, 28:77)

Keseimbangan antara dunia dan akhirat adalah penting. Dunia adalah tempat persinggahan sementara, manakala akhirat adalah destinasi abadi.

Oleh itu, kita perlu bijak menguruskan nikmat yang diberikan oleh Allah agar ia menjadi bekalan yang bermanfaat di akhirat kelak.

Penutup

Pesan Tok Guru kami adalah satu peringatan yang amat berharga dalam dunia yang penuh dengan godaan ini.

Hidup dalam kecukupan adalah tanda kebijaksanaan dan keimanan yang tinggi.

Kekayaan bukanlah penentu kebahagiaan sejati, tetapi bagaimana kita menguruskan nikmat tersebut yang akan menentukan nasib kita di akhirat kelak.

Semoga kita semua sentiasa di bawah lindungan Allah, diberi kebijaksanaan untuk menguruskan nikmat dunia dan tidak hanyut dengan godaannya.

Ingatlah, di akhirat kelak, kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap nikmat yang telah kita peroleh di dunia ini.

Semoga artikel ini menjadi sumber inspirasi dan peringatan bagi kita semua.

SEMOGA BERMANFAAT 🥰

•══◎◎♡◎◎══•

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin.

🎋سبحان الله 🌻الحمد لله🌺لا اله إلا الله 🌼الله اكبر

@quotephotovideo 🌸🌸🌸
46K775
KEUTAMAAN PUASA DI BULAN MUHARRAM

Bulan Muharram adalah bulan yang dimuliakan. Pada bulan Muharram banyak sekali keutamaan-keutamaan yang hendaknya seorang muslim mengejarnya.

Bulan Muharram termasuk dari 4 bulan haram atau suci, dimana pahala dari amal shalih akan dilipat gandakan dan perbuatan maksiat berupa dosa juga akan dilipat gandakan.

Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu mengatakan:

في كلهن، ثم اختص من ذلك أربعة أشهر فجعلهن حراما، وعظم حرماتهن، وجعل الذنب فيهن أعظم، والعمل الصالح والأجر أعظم.

“(Janganlah kalian menganiaya diri kalian) dalam seluruh bulan. Kemudian Allah mengkhususkan empat bulan sebagai bulan-bulan haram dan Allah pun mengagungkan kemuliaannya. Allah juga menjadikan perbuatan dosa yang dilakukan di dalamnya lebih besar. Demikian pula, Allah pun menjadikan amalan shalih dan ganjaran yang didapatkan di dalamnya lebih besar pula” (Tafsir Ibnu Katsir: 3/26)

Salah satu amalan yang dianjurkan di bulan Muharram adalah berpuasa.

Ibnu Rajab Al Hambali mengatakan,

“Puasa yang paling utama di antara bulan-bulan haram (Dzulqo’dah, Dzulhijah, Muharram, Rajab -pen) adalah puasa di bulan Muharram (syahrullah)” (Lathoif Al Ma’arif, hal. 67)

Dan jangan sampai ketinggalan berpuasa Tasu’a pada 9 Muharram untuk menyelisihi kaum Yahudi dan Puasa Asyura pada 10 Muharram yang keutamaannya dapat menghapus dosa setahun yang lalu sebagaimana dalam HR. Muslim no. 1162.

Insha Allah bermula esok kita akan berpuasa, maksimum 8 hari berturut mengikut kemampuan masing² atau sekurang²nya pada hari Asyura. Semoga Allah swt memudahkannya.

@quotephotovideo 🎯🎯🎯
JANGAN LUPAKAN DOA UNTUK KAUM MUSLIMIN DI PALESTINA

Syaikh Dr. Shalih bin Abdillah bin Hamd Al-‘Ushaimi hafizhahullahu ta‘ala mengatakan:

الدعاء من حقوق الإخاء: اللهم اجعل للأقصى و أهله فرجًا، و اكفِ المسلمين شرَّ الأشرار، و كيد الفجَّار.

“Doa itu merupakan hak persaudaraan :

'Ya Allaah berikanlah jalan keluar bagi Al-Aqsha dan penduduknya, serta lindungilah seluruh kaum muslim dari keburukan orang-orang jahat dan makar para pendosa'.”


#savepalestine🇵🇸
#alaqsa
#alaqsamosque

Semoga hari ini lebih baik dari semalam

Aamiin Ya Allah Ya Mujib 🤲🏻😭

☪️  TARIKH ISLAM ☪️
🌙  08 MUHARRAM 1446H
🗓  14 JULAI 2024
📌  AHAD

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

اعوذبا الله من الشيطان الرجيم

بِسْــــــــــــــمِے اللّٰهِےالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْــــــــــــــمِے🌹

👉 Bersamalah dengan ALLAH,
ALLAH akan menjagamu...
👍

@quotephotovideo 💖💖💖
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Puasa Menjauhkan Dari Api Neraka


عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: مَنْ صَامَ يَوْمًا فِى سَبِيلِ اللَّهِ بَعَّدَ اللَّهُ وَجْهَهُ عَنِ النَّارِ سَبْعِينَ خَرِيفًا

Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya, aku mendengar Sabda Rasulullah SAW:

Barangsiapa melakukan puasa satu hari di jalan Allah (dalam melakukan ketaatan pada Allah / jihad ), maka Allah akan menjauhkannya dari neraka sejauh perjalanan 70 tahun.

(HR Bukhari No: 2840)
Status Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Puasa adalah antara ibadat yang menjadikan seseorang hamba dekat dengan syurga dan jauh daripada neraka.

2.  Puasa adalah perisai kepada seorang mukmin. Rasulullah SAW bersabda:

الصِّيَامُ جُنَّةٌ يَسْتَجِنُّ بِهَا الْعَبْدْ مِنَ النَّارِ

Puasa adalah perisai, seorang hamba berperisai dengannya dari api neraka” (HR Ahmad 3/241) Status: Hadis Sahih

3.  Sehari ibadat puasa oleh seorang Mukmin yang dilakukan dengan ikhlas akan menjauhkan seseorang dari neraka sejauh 70 tahun perjalanan.

4.  Rasulullah SAW menganjurkan kita untuk melakukan puasa sunat khususnya pada bulan Muharam. Antara hari yang digalakkan berpuasa selain daripada Isnin dan Khamis, puasa Tasu’a (9 Muharam) dan puasa Asyura (10 Muharam) juga puasa sunat pada pertengahan bulan hijrah atau dipanggil puasa hari puteh (13, 14 dan 15 haribulan Hijrah)

عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ أَمَرَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ نَصُومَ مِنْ الشَّهْرِ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ الْبِيضَ ثَلَاثَ عَشْرَةَ وَأَرْبَعَ عَشْرَةَ وَخَمْسَ عَشْرَةَ

Dari Abu Dzarr RA dia berkata; "Rasulullah  SAW  memerintahkan kami agar berpuasa tiga hari Bidh  (Putih) dalam sebulan iaitu tiga belas, empat belas dan lima belas." (HR Nasai No: 2380) Status: Hadis Hasan

Marilah kita melakukan puasa sunat pada sepanjang bulan Muharam ini selain daripada puasa pada hari ke 9 (Tasu’a), hari ke 10 (Asyura). Disamping  puasa sunat hari Isnin dan Khamis juga puasa hari-hari puteh pada 13hb, 14hb dan 15hb Muharam.

Moga ibadat puasa akan menghindarkan kita dari api neraka.

14hb Julai 2024
08hb Muharram 1446H


@quotephotovideo 📚📚📚
Tadabbur Kalamullah 8 Muharram 1446H

 إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالْإِحْسَان

"Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan" [Surah an-Nahl 90]

#Syeikh as-Sa’di menyatakan bahawa berlaku adil itulah adalah wajib, sedangkan berbuat baik (Ihsan) adalah merupakan nilai tambah yang disunatkan seperti manusia memberi manfaat dengan hartanya atau jasadnya atau ilmunya atau lain-lain perkara yang bermanfaat. (Lihat: Tafsir al-Sa’di)

#Terdapat satu kisah Sultan Muhammad al-Fateh dengan arkitek daripada Rom. Sultan Muhammad al-Fateh telah memerintahkan untuk membina masjid di Bandar Istanbul dan beliau melantik seorang arkitek bernama Esplanati al-Rumi, seorang arkitek mahir untuk mengendalikan pembinaan masjid tersebut. Sultan telah memerintahkan supaya membina masjid ini daripada marmar dan tiang masjid ini dibina tinggi supaya ianya kelihatan mewah dan ketinggian itu ditentukan oleh arkitek tersebut. Tetapi Arkitek al-Rumi ini telah memberi arahan supaya dipendekkan tiang menjadikan ianya rendah tanpa memberitahu Sultan atau meminta pandangan daripada sultan. Dan ketika Sultan al-Fateh mendengar berita tersebut, beliau menjadi marah kerana apa yang dibuat oleh arkitek itu tidak ada faedah dan manfaat pada pandangannya dan disebabkan oleh kemarahan beliau, beliau memerintahkan supaya tangan arkitek tersebut dipotong. Walaupun arkitek tersebut telah menyesal namun sesalannya itu sudah terlambat.

#Arkitek al-Rumi ini tidak berdiam diri tentang ketidakadilan yang menimpanya. Dia berjumpa dan mengadu kepada Qadhi Istanbul, yang reputasi keadilannya telah tersebar di seluruh kerajaan. Qadhi tidak teragak-agak untuk menerima aduan tersebut ini, dan mengirim utusan kepada Sultan memanggilnya untuk hadir di hadapannya di mahkamah.

#Sultan Muhammad al-Fateh pun berdiri di sebelah lawannya, iaitu arkitek al-Rumi, yang menjelaskan aduannya kepada hakim. Dan ketika giliran Sultan untuk berbicara, dia menyokong apa yang dikatakan oleh al-Rumi. Setelah selesai, dia berdiri menunggu keputusan Qadhi, yang berfikir sebentar dan kemudian berpaling kepadanya dan berkata: "Menurut perintah undang-undang, tangan kamu harus dipotong, wahai Sultan, sebagai hukuman Qisas!"

#Arkitek al-Rumi tercengang, dan merasa gementar dengan keputusan yang diucapkan oleh Qadhi dan yang tidak ada dalam fikirannya agar dipotong tangan pembuka kota Konstantinopel. Apa yang ada dalam fikirannya hanyalah pampasan wang sahaja. Dengan suara terpana dan gementar, al-Rumi mengatakan kepada Qadhi, bahawa dia menarik balik tuntutannya, dan bahawa apa yang dia harapkan daripadanya adalah pampasan harta sahaja, kerana memotong tangan Sultan tidak akan menguntungkan apa-apa baginya. Jadi, Qadhi memerintahkannya untuk membayar sepuluh keping wang untuk al-Rumi tersebut setiap hari sepanjang hidupnya, sebagai ganti rugi atas kerugian besar yang ditanggungnya. Tetapi Sultan Muhammad al-Fateh memutuskan untuk memberikannya dua kali ganda iaitu dua puluh keping wang setiap hari, sebagai ungkapan kegembiraannya atas pembebasannya daripada hukuman qisas tersebut, dan juga sebagai tanda penyesalannya. (Lihat: Rawaie’ min al-Tarikh al-Uthmani)

Keadilan Islam tidak kira siapa kamu dan apapun kedudukan kamu. Maka, berlaku adillah pada semua manusia tanpa khianat dengan amanah yang diberikan

🐊Ust naim

@quotephotovideo 📚📚📚
Ahad, 08 Muharram 1446H ~

QUOTES, PHOTO & VIDEO hari ini...

tasbih | tahmid | tahlil | takbir

سُبْحَانَ اللهِ وَالحَمْدُ للهِ وَلاَإِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ

subhanallah
walhamdu lillah
wa laa ilaha illallah
wallahu akbar


Semoga hari ini lebih baik dari semalam

Aamiin Ya Allah Ya Mujib 🤲🏻😭

sambung di comments 👇

Niat Puasa - Hari Tasu'a dan Hari 'Asyura

Puasa sunnah Muharram

Tarikh Puasa Sunat Bulan Muharram 1446H

12 Pesan Luqmanul Hakim kepada anaknya

Doa Ketenangan Hati

Today be positive…

Salam ASAR

Salam MAGHRIB

@quotephotovideo 🍃🍃🍃
Jangan tinggal selawat.

Walau tak pegang tasbih sekalipun.

Selawat adalah penawar maksiat.

Dengan selawat kepada Nabi Saw menjadi pengikat taat dan ibadah kepada Allah Swt.

Tiada kebetulan bagi yang beriman.

Tiada malang bagi yang berselawat.

Moga hati sentiasa berselawat.


@quotephotovideo 📿📿📿
🍁🍁*﷽*🍁🍁
-----------------------------------
KEISTIMEWAAN PUASA ASYURA

🎙Dari Abu Qotadah Al Anshoriy berkata,

"Rasulullah ﷺ ditanya mengenai keutamaan puasa Arafah? Beliau menjawab, "Puasa Arafah akan menghapus dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang." Beliau juga ditanya mengenai keistimewaan puasa 'Asyura? Beliau menjawab, "Puasa 'Asyura akan menghapus dosa setahun yang lalu."

📕 HR. Muslim 1162

@quotephotovideo
wahai mata mata yang membaca
wahai telinga yang mendengar
wahai hati yang berdetak

dengarkanlah

dunia ini bukan tempat tinggal kita
dunia hanya tempat pengasingan
kita tidak abadi di sini
kita akan mati
kita tidak ada urusan di sini

melainkan hanya

urusan perut, berkasih dan bernaung
tapi kita tetap akan mati

walaupun tiap hari kita makan
kita tetap akan mati

walaupun tiap hari kita memadu kasih
kita tetap akan mati

walaupun kita bernaung di istana raja
kita tetap akan mati

mati dan meninggalkan semuanya
meninggalkan lapar dan haus
meninggalkan hasrat
meninggalkan rumah kita walau terbangun dari emas dan perak

kerana rumah kita bukan di sini
tempat tinggal kita bukan di sini
kita tinggal di sana
rumah kita di sana

dan kita akan abadi di sana
di akhirat...

@quotephotovideo 🍄🍄🍄
Hidup ini tinggal sisa dan saki baki yang kita tidak tahu bila ia akan berakhir.

Oleh itu jadilah kita orang yang paling bahagia dan membahagiakan.

Orang yang ceria dan menceriakan.

Jadilah ibu yang menjadi kedamaian pada anak-anak.

Jika kita seorang isteri, jadilah isteri yang memberi kebahagiaan, keceriaan dan manfaat pada suami kita.

Jika kita menjadi sahabat jadilah sahabat yang mendamaikan.

Jika kita menjadi anak jadilah anak yang menyejukkan kedua ibubapa.

Kerna hidup ini hanya seketika.

Siapa duga dan sangka saat kudrat dengan kesihatan yang baik tiba-tiba kematian datang menimpa tanpa di sangka.

Pengajaran untuk kita betapa rapuhnya hidup kita.

Kematian itu tidak mengira masa dan usia. Muda mahupun tua.

Jangan bertangguh untuk menjadi anak yang baik.

Jangan bertangguh untuk menjadi isteri yang baik.

Jangan bertangguh untuk menjadi suami yang baik.

Jangan bertangguh menjadi ibu yang baik.

Jangan bertangguh menjadi sahabat yang baik.

Jangan bertangguh menjadi pekerja yang baik.

Jangan bertangguh menjadi majikan yang baik.

Kadang-kadang kita terasa hati, kecewa, sakit hati, sedih.

Maaf kan sahaja.

Jadilah orang yang memberi manfaat pada orang lain.

Kerana kematian itu sangat rapuh.

Jadilah orang yang bahagia dan membahagiakan.

@quotephotovideo 🕊🕊🕊
Sahabatku yang baik.......

• Jangan pernah menyesal atas perkenalanmu dengan siapapun dalam hidupmu.

Kerana...

• Kalau yang engkau kenal orang baik, maka dia akan memberikan kepadamu sebuah {KEBAHAGIAAN}.

• Dan kalau yang engkau kenal bukan orang baik, maka dia akan memberikanmu sebuah {PENGALAMAN} yang berguna.

• Bahkan kalau yang engkau kenal adalah orang yang terburuk, maka dia akan memberikanmu sebuah {PELAJARAN} yang berharga.

Tetap Semangat...

@quotephotovideo 🎯🎯🎯
Carilah hati yang indah bukan wajah yang cantik.

Hal² yang indah, tidak selalu baik, tapi hal² yang baik akan selalu indah...

@quotephotovideo 🐣🐣🐣
2024/10/03 06:27:46
Back to Top
HTML Embed Code: