Telegram Web Link
KATA-KATA EMAS DARI ALI BIN ABI THALIB

1. Orang cantik tidak selalu baik, tapi orang baik selalu cantik.

2. Jika ada kata-kata yang menyakiti hatimu, maka menunduklah jangan dimasukkan ke dalam hati, agar hatimu tidak lelah.

3. Jadilah seperti bunga yang selalu memberikan keharuman, bahkan kepada tangan yang menghancurkannya.

4. Jangan samakan anakmu dengan dirimu, kerana ia lahir bukan di zaman mu.

5. Jangan ceritakan tentang dirimu kepada siapapun, kerana yang membencimu tidak percaya itu dan yang menyukaimu tidak membutuhkan itu.

@quotephotovideo 🎯🎯🎯
Sholawat Badriyah
<unknown>
Sholawat Badriyah

@quotephotovideo ♨️♨️♨️
Deen Assalam (Instrumental Piano)
<unknown>
Deen Assalam (Instrumental Piano)

erfansukri - Topic

@quotephotovideo 🎵🎶🎵
024020
Mishary Rashid Alafasy
An-Nur 24:20

وَلَوْلَا فَضْلُ ٱللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُۥ وَأَنَّ ٱللَّهَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ

Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, dan juga (kalaulah tidak kerana) bahawa Allah Amat melimpah belas kasihanNya, (tentulah kamu akan ditimpa azab dengan serta-merta).

@quotephotovideo 📚📚📚
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمَ

لا إلهَ إلاّ اللّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ الْمُبِين

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرِ

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ

لاَّ إِلَـهَ إِلاَّ أَنتَ سُبْحَـنَكَ إِنِّى كُنتُ مِنَ الظَّـلِمِينَ

وَأُفَوِّضُ أَمۡرِيٓ إِلَى ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَصِيرُۢ بِٱلۡعِبَادِ

ماشاء الله لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ

@quotephotovideo 📿📿📿
آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آمَنَ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنتَ مَوْلَانَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

•••┈••••○❁🍃💙🍃❁○••••┈•••

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لا إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَااسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإنَّهُ لا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ

@quotephotovideo 📿📿📿
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنزَلَ عَلَىٰ عَبْدِهِ الْكِتَابَ وَلَمْ يَجْعَل لَّهُ عِوَجًا
قَيِّمًا لِّيُنذِرَ بَأْسًا شَدِيدًا مِّن لَّدُنْهُ وَيُبَشِّرَ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا حَسَنًا
مَّاكِثِينَ فِيهِ أَبَدًا
وَيُنذِرَ الَّذِينَ قَالُوا اتَّخَذَ اللَّهُ وَلَدًا
مَّا لَهُم بِهِ مِنْ عِلْمٍ وَلَا لِآبَائِهِمْ كَبُرَتْ كَلِمَةً تَخْرُجُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ إِن يَقُولُونَ إِلَّا كَذِبًا
فَلَعَلَّكَ بَاخِعٌ نَّفْسَكَ عَلَىٰ آثَارِهِمْ إِن لَّمْ يُؤْمِنُوا بِهَٰذَا الْحَدِيثِ أَسَفًا
إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَّهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا
وَإِنَّا لَجَاعِلُونَ مَا عَلَيْهَا صَعِيدًا جُرُزًا
أَمْ حَسِبْتَ أَنَّ أَصْحَابَ الْكَهْفِ وَالرَّقِيمِ كَانُوا مِنْ آيَاتِنَا عَجَبًا
إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوا رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

@quotephotovideo 🌹🌹🌹
191 of 365 🗓 SELASA 💕 03 MUHARRAM 1446H 09 JULAI 2024

 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Bismillahirrahmanirrahim 🌹

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.

Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya

••✾•◆❀◆•✾••┈•┈┈••✾•◆❀◆•✾••┈

#AllahjagaKita..😘
#PrayertoremoveCovid19... 🇲🇾

Adakalanya, dalam deretan hari yang panjang dan penuh liku, kita merasakan kepedihan yang menyayat hati.

Luka demi luka yang tergores membuat kita seakan hilang harapan, terkapar dalam gelapnya kesedihan.

Namun, ingatlah, setiap luka adalah pintu menuju kebahagiaan yang tidak pernah kita duga.

Setiap air mata adalah janji akan kebahagiaan yang bakal tiba.

Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 286:

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebaikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya."

Ketika kesusahan datang melanda, anggaplah ia sebagai ujian untuk mengukur sejauh mana kekuatan kita, dan sebagai penyuci dosa-dosa yang telah kita lakukan.

Ujian ini, walaupun pahit, adalah cara Allah menyiapkan kita untuk kebahagiaan yang lebih besar.

Allah tidak pernah meninggalkan hamba-Nya dalam kesusahan tanpa menyediakan jalan keluar.

Yakinlah bahawa Allah akan menggantikan segala luka yang pernah kita rasakan dengan kebahagiaan yang tidak pernah kita duga.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda,

"Tidak ada seorang Muslim pun yang tertimpa musibah berupa penyakit atau yang lainnya, melainkan Allah akan menggugurkan dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daunnya." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Maka, bersabarlah dalam menempuh ujian hidup ini.

Jadikan setiap kesakitan sebagai penguat iman dan pengingat bahawa setiap luka akan digantikan dengan kebahagiaan.

Teruslah berdoa dan berharap kepada Allah, kerana hanya Dia yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

Semoga Allah permudahkan setiap urusan kita dan gantikan setiap luka dengan kebahagiaan yang abadi.

SEMOGA BERMANFAAT 🥰

•══◎◎♡◎◎══•

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin.

🎋سبحان الله 🌻الحمد لله🌺لا اله إلا الله 🌼الله اكبر

@quotephotovideo 🌸🌸🌸
46K713
JANGAN LUPAKAN DOA UNTUK KAUM MUSLIMIN DI PALESTINA

Syaikh Dr. Shalih bin Abdillah bin Hamd Al-‘Ushaimi hafizhahullahu ta‘ala mengatakan:

الدعاء من حقوق الإخاء: اللهم اجعل للأقصى و أهله فرجًا، و اكفِ المسلمين شرَّ الأشرار، و كيد الفجَّار.

“Doa itu merupakan hak persaudaraan :

'Ya Allaah berikanlah jalan keluar bagi Al-Aqsha dan penduduknya, serta lindungilah seluruh kaum muslim dari keburukan orang-orang jahat dan makar para pendosa'.”


#savepalestine🇵🇸
#alaqsa
#alaqsamosque

Semoga hari ini lebih baik dari semalam

Aamiin Ya Allah Ya Mujib 🤲🏻😭

☪️  TARIKH ISLAM ☪️
🌙  03 MUHARRAM 1446H
🗓  09 JULAI 2024
📌  SELASA

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

اعوذبا الله من الشيطان الرجيم

بِسْــــــــــــــمِے اللّٰهِےالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْــــــــــــــمِے🌹

👉 Bersamalah dengan ALLAH,
ALLAH akan menjagamu...
👍

@quotephotovideo 💖💖💖
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Membangun dan Mengimarahkan Masjid


عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ بَنَى مَسْجِدًا يُذْكَرُ فِيهِ اسْمُ اللَّهِ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ

Daripada Umar Ibnul Khatthab RA ia berkata; Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

"Barangsiapa membangunkan masjid yang di dalamnya digunakan untuk berzikir kepada Allah, maka Allah akan membangunkan baginya sebuah rumah di syurga."

(Sunan Ibnu Majah No: 727)
Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Allah memberikan ganjaran yang besar kepada sesiapa yang membina masjid dengan ikhlas semata-mata untuk digunakan di dalamnya bagi mengingati Allah.

2.  Orang yang membangunkan masjid ini tergolong dalam kalangan pemakmur masjid Allah. Firman Allah:

إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلا اللَّهَ فَعَسَى أُولَئِكَ أَنْ يَكُونُوا مِنَ الْمُهْتَدِينَ

Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang  beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain Allah, maka merekalah yang termasuk golongan orang-orang yang selalu mendapat petunjuk (dari Allah Ta’ala)” (Surah At-Taubah: 18).

3.  Ibnu al-Jauzi dalam Zaadul Masiir (3/408) berkata: yang dimaksudkan dengan “memakmurkan” dalam ayat di atas ialah mereka yang:

a.  Selalu mendatangi masjid dan beribadat di dalamnya
b.  Membangun masjid dan memperbaikinya.

4.  Masjid perlu dibangunkan fizikal serta rohnya (program dan aktiviti yang mendekatkan seseorang kepada Allah). Orang yang membangunkan masjid akan diberi ganjaran mahligai di syurga.

5.  Perkara pertama yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dalam peristiwa hijrah adalah membina Masjid. Dimulakan dengan masjid Quba dan diikuti dengan Masjid Madinah. Masjid dijadikan tempat menghimpunkan rakyat, merapatkan ukhuwah, menyampaikan dakwah, mengajarkan al-Quran serta mengurus pemerintahan.

6.  Jangan jadikan masjid seperti gajah puteh. Kata Saidina Ali: Akan datang suatu zaman ke atas manusia, tidak kekal di dalam Islam kecuali namanya sahaja dan tidak kekal dalam ajaran al-Quran melainkan tinggal tulisannya sahaja, masjid yang besar dan indah dibangunkan di sana sini tetapi manusia tidak mengambil petunjuk daripadanya.

Marilah sempena Sambutan Hijrah 1446 ini kita mencontohi kejayaan dan kegemilangan Rasulullah SAW membangunkan Negara Islam Madinah dengan dimulakan di masjid. Jom ikat diri kita dengan masjid. Mengimarahkan Masjid Tanggungjawab Kita.

Al-Falah Pemacu Malaysia Madani

09hb Julai 2024
03hb Muharram 1446H


@quotephotovideo 📚📚📚
Tadabbur Kalamullah 3 Muharram 1446H

فَالَّذِينَ هَاجَرُوا وَأُخْرِجُوا مِن دِيَارِهِمْ وَأُوذُوا فِي سَبِيلِي وَقَاتَلُوا وَقُتِلُوا لَأُكَفِّرَنَّ عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ وَلَأُدْخِلَنَّهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ ثَوَابًا مِّنْ عِندِ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ عِندَهُ حُسْنُ الثَّوَابِ

"Maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan ugamanya), dan yang diusir ke luar dari tempat tinggalnya, dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan ugamaKu, dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam), dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil) - sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka, dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah. Dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal soleh)" [Surah Aali Imran 195]

#Rasulullah saw di perlakukan begitu zalim oleh kaum Quraisy sewaktu baginda mula menyebarkan agama Islam. Digelar sebagai orang gila, di hina, dimaki, dilempar najis, dibelasah dan juga mereka sanggup memberikan apa sahaja kepada baginda saw samada harta, pangkat dan wanita asalkan Rasulullah saw sanggup berhenti daripada menyampaikan berdakwah. Usaha mereka gagal.

#Kaum musyrikin Quraisy yang tidak pernah berputus asa, mengambil langkah yang lebih zalim. Mereka mula menangkap dan menyeksa sahabat nabi di kalangan mereka yang lemah. Satu persatu sahabat nabi saw di kalangan hamba abdi menjadi sasaran mereka, begitu juga kepada kaum keluarga mereka sendiri atau kepada sesiapa sahaja yang boleh mereka aniaya. Sayidina Abu Bakar r.a pernah diikat bersama Sayidina Thalhah bin ‘Ubaidillah r.a ketika mereka ingin melakukan solat oleh Naufal bin Khuwailid al-Adawi.

#Sayidina Zubair bin Awwam, saat itu berusia 16 tahun. Tubuhnya pernah dipukul oleh kaum musyrik berkali-kali sehingga membuat dadanya terkena penyakit. Rasulullah saw lalu mengizinkan Sayidina Zubair memakai pakaian sutera untuk menyembuhkan penyakitnya.

#Keluarga Sayidina Ammar bin Yasir berasal dari bani Makhzum. Mereka di seret keluar menuju al-Abthah oleh kaum musyrik yang dipimpin oleh Abu Jahal. Ayahnya meninggal kerana seksaan itu sedangkan ibunya, Sayidatina Sumayyah r.ha, ditusuk dari arah belakang dengan tombak oleh Abu Jahal. Beliaulah wanita pertama yang mati syahid. Sementara Sayidina Ammar pula dijemur ditengah panas dan di atas dadanya ditindih dengan batu yang keras. Mereka juga menenggelamkan wajahnya ke dalam air sehingga pengsan.

#Terdapat ramai lagi para sahabat yang patut dikenang di atas kesengsaraan dan penderitaan yang mereka alami demi mempertahankan tauhid mereka sebelum Allah swt perintahkan mereka berhijrah.

#Hijrah pertama ke Habsyah ketika golongan kuffar Mekah menggandakan tekanan dan seksaan ke atas para sahabat. Kemudian barulah diperintahkan berhijrah meninggalkan Mekah menuju ke Madinah.

#Sabda Nabi saw: "Aku telah bermimpi bahawa sesungguhnya aku berhijrah dari kota Makkah menuju ke suatu tempat yang ada pohon kurma padanya. Lalu aku mengira tempat itu ialah adalah al-Yamamah atau Hajr. Akan tetapi, ia sebenarnya adalah Yathrib (Nama lama bagi kota Madinah)" (HR al-Bukhari)

#Dalam riwayat lain: "Aku diperlihatkan negeri hijrah kamu, iaitu satu negeri yang memiliki pohon kurma di antara dua yang berbatu" (HR al-Bukhari)

#Apabila kaum muslimin mendengar sahaja ucapan Rasulullah saw ini, maka mereka terus bergegas melakukan hijrah ke kota Madinah. Begitu juga dengan sebahagian kaum muslimin yang sedang berada di Habsyah. Mereka juga segera berangkat menuju ke kota Madinah.

Allah swt menjanjikan syurga bagi mereka yang berhijrah mempertahankan akidah keIslaman mereka hanya kerana mencari redha Allah swt semata-mata

🐊Ust naim

@quotephotovideo 📚📚📚
Selasa, 03 Muharram 1446H ~

QUOTES, PHOTO & VIDEO hari ini...

tasbih | tahmid | tahlil | takbir

سُبْحَانَ اللهِ وَالحَمْدُ للهِ وَلاَإِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ

subhanallah
walhamdu lillah
wa laa ilaha illallah
wallahu akbar


Semoga hari ini lebih baik dari semalam

Aamiin Ya Allah Ya Mujib 🤲🏻😭

sambung di comments 👇

@quotephotovideo 🍃🍃🍃
Puasa Sunat Tasu'a & Asyura

@quotephotovideo 💙💙💙
Bulan Muharram adalah Bulan haram dimana Dosa dan Pahala dilipatgandakan

Tiga bulan berurutan ini Dzulq'odah, Dzulhijjah, Muharram ialah bulan Haram (Suci) dimana Pahala dan Dosa dilipatgandakan

Telah dimaklumi bersama bahwa dalam setahun terdapat 12 bulan, diantaranya empat bulan haram yang Allah subhanahu wata'ala tambahkan kemuliaannya.

Ertinya: “Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu”. (QS. At Taubah ayat: 36)

4 bulan haram tersebut dijelaskan oleh Rasulullah shallallahu alaihi wasallam yaitu: Zulqa’idah, Zulhijjah dan Muharram secara berturut-turut, dan yang terpisah adalah Rajab. (HR. Al Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abi Bakrah)

Ibnu Abbas Radhiyallahu Anhuma mengatakan: “Allah Subhanahu wata'ala mengkhususkan 4 bulan dalam setahun sebagai bulan-bulan haram. Allah agungkan kehormatannya, dosa dan amal shaleh juga dilipatgandakan” (Tafsir at-Thabari, 10/89)

Tidak ada riwayat untuk melakukan amalan khusus di bulan ini. Namun jika ingin berpuasa atau melebihkan amalan berupa zikir, membaca al-Quran dan selawat, hal ini kebaikan yang masuk ke dalam keumuman ayat tersebut.

Isilah bulan ini dengan memperbanyak bacaan al-Quran, istighfar, selawat, sedekah dan ibadah.

@quotephotovideo 🌙🌙🌙
CAHAYA DHUHA

Jangan risau dengan rezeki esok hari kerana tidak ada yang menjamin kita hidup sampai esok hari.

Jangan sedih dengan apa yang terjadi kelmarin karena tidak ada yang boleh mengembalikan kita ke hari kelmarin.

Tetaplah bersemangat dan berusaha serta bertawakkal lah kepada Allah.

Jangan abaikan solat dhuha ya? Dua rakaat susah memadai.

@quotephotovideo 🕌🕌🕌
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
لاَ إِلَـٰهَ إِلاَّ اللَّهُ الْعَظِيْمُ الْحَلِيْمُ، لاَ إِلَـٰهَ إِلاَّ اللَّهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ، لاَ إِلَـٰهَ إِلاَّ اللَّهُ رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَرَبُّ اْلأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيْمِ

Laa ilaaha illallahul ‘adzhiimul haliim, laa ilaaha illallaahu rabbil arsyil ‘adzhiim, laa ilaaha illallaahu rabbus samaawaati wa rabbul ardhi wa rabbul arsyil kariim.

Ertinya: “Tiada Tuhan yang wajib disembah selain Allah, Tuhan Yang Maha Agung dan Mahasantun, tiada Tuhan yang wajib disembah selain Allah, Tuhan yang menguasai Arsy yang agung, tiada Tuhan yang wajib disembah selain Allah, Tuhan yang menguasai langit dan bumi dan menguasai Arsy yang agung,” (HR. Bukhari dan Muslim).

@quotephotovideo 🩵🩵🩵
MUHARRAM BULAN ALLAH

Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

أَفْضَلُ الصِّيَامِ، بَعْدَ رَمَضَانَ، شَهْرُ اللّهِ الْمُحَرَّمُ، وَأَفْضَلُ الصَّلَاةِ، بَعْدَ الْفَرِيضَةِ، صَلَاةُ اللَّيْلِ

“Sebaik-baik puasa selepas Ramadan adalah berpuasa pada bulan Allah, iaitu Muharram. Sebaik-baik solat selepas solat fardu adalah solat di tengah malam.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 1163)

1) Sandaran nama bulan itu kepada Allah adalah untuk mengagungkan dan menunjukkan kemuliaannya.

2) Menurut Ibn Rejab al-Hanbali, Rasulullah menyandarkan Muharram dengan panggilan bulan Allah ini menggambarkan kelebihan yang ada padanya termasuklah kelebihan berpuasa.

3) Bulan Muharram juga termasuk bulan haram, seperti sabda Rasulullah: "Waktu telah pun berputar sebagaimana keadaannya ketika Allah SWT menciptakan langit dan bumi. Setahun terdiri daripada 12 bulan. Pada 12 bulan itu terdapat empat bulan haram (bulan yang mulia). Tiga bulan haram yang berturut-turut, iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram, serta Rejab (yang sangat diagungkan oleh) kabilah Mudor, yang terletak antara Jamadil Akhir dan Syaaban.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

4) Ketika menghuraikan ayat 36 dalam Surah al-Taubah, Ibn Abbas RA berkata: "Allah menjadikan dosa pada bulan-bulan haram ini lebih besar. Amalan soleh dan pahala juga lebih besar."

Semoga Allah membantu kita untuk meninggalkan segala dosa maksiat dan perbanyakkan amal soleh.

@quotephotovideo 🍂🍂🍂
024021
Mishary Rashid Alafasy
An-Nur 24:21

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تَتَّبِعُوا۟ خُطُوَٰتِ ٱلشَّيْطَٰنِۚ وَمَن يَتَّبِعْ خُطُوَٰتِ ٱلشَّيْطَٰنِ فَإِنَّهُۥ يَأْمُرُ بِٱلْفَحْشَآءِ وَٱلْمُنكَرِۚ وَلَوْلَا فَضْلُ ٱللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُۥ مَا زَكَىٰ مِنكُم مِّنْ أَحَدٍ أَبَدًا وَلَٰكِنَّ ٱللَّهَ يُزَكِّى مَن يَشَآءُۗ وَٱللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui

@quotephotovideo 📚📚📚
• Yang pertama meminta maaf adalah yang paling berani.

• Yang pertama memaafkan adalah yang terkuat.

• Yang pertama melupakan kesalahan orang lain adalah yang paling bahagia.

Pastikan kamu untuk menjadi yang pertama...

@quotephotovideo 🍂🍂🍂
Muhasabah

@quotephotovideo 🍄🍄🍄
2024/10/02 18:28:43
Back to Top
HTML Embed Code: