Telegram Web Link
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Hijrah Untuk Kesejahteraan


عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ وَالْمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللَّهُ عَنْهُ

Daripada Abdullah bin Amru dari Nabi SAW, bersabda:

"Seorang muslim adalah orang yang kaum Muslimin selamat dari lisan dan tangannya, dan seorang Muhajir adalah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah "

(HR Bukhari No: 9)
Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Muslim yang sempurna adalah seorang yang sentiasa sejahtera kepada orang Islam lain (sentiasa  selamat dari gangguan lisan dan tangannya seperti umpatan, fitnah, adu domba dan lain-lain).

2.  Seseorang yang mempunyai iman yang sempurna akan mendorong pemiliknya untuk melaksanakan hak-hak iman. Di antara hak-hak iman adalah: Menjaga amanah, jujur dalam bermuamalah, dan menahan diri dari berbuat zalim terhadap sesama manusia dalam perkara darah dan harta mereka  sehingga orang lain merasa aman (kerana merasa tidak terganggu) darah dan harta mereka.

3.  Hijrah adalah perpindahan dari satu situasi atau keadaan kepada satu situasi atau keadaan yang lain.  Muhajir atau seorang yang berhijrah adalah mereka yang berpindah dari perkara yang kurang baik kepada yang lebih baik. Berpindah dari perbuatan berdosa dan maksiat kepada yang baik dan mendatangkan pahala.

4.  Hijrah dituntut ke atas setiap Muslim. Untuk berubah, setiap kita perlu melakukan hijrah.

5.  Hijrah dan perubahan menuntut pengorbanan.  Para sahabat berhijrah dari Mekah ke Madinah terpaksa meninggalkan segala yang dimiliki di Mekah dan menempuh perit getir perjalanan untuk ke Madinah sehingga mereka selamat sampai. Oleh itu untuk berhijrah dan berubah, setiap kita perlu berkorban.

Marilah kita melakukan pengorbanan untuk perubahan yang lebih cemerlang. Ayuhlah berhijrah dari keadaan yang kurang baik kepada keadaan yang lebih cemerlang dan gemilang serta diredhai Allah.

Selamat Menyambut Kedatangan Tahun Baru Hijrah 1446
Al-Falah Pemacu Malaysia Madani

06hb Julai 2024
29hb Zulhijjah 1445H


@quotephotovideo 📚📚📚
Tadabbur Kalamullah 29 Zulhijjah 1445H

فَاذْكُرُوا آلَاءَ اللَّـهِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

"Maka kenanglah akan nikmat-nikmat Allah supaya kamu berjaya" [Surah al-A’raf 69]

#Bersyukur di atas nikmat Allah swt adalah wajib dan tidak harus seseorang itu meninggalkannya.

#Al-Hulaimi berkata: "Bahawa wajib bersyukur kepada Allah bagi hamba-hambaNya kerana kurniaan nikmatNya yang cukup banyak" (Lihat: al-Minhaj fi Syu’ab al-Iman)

#Syukur ialah menzahirkan nikmat melalui lisan, hati dan anggota dengan cara lidah atau lisan mengiyakan yang makruf dan memujinya. Hati pula mengiktiraf dengan nikmat sedangkan anggota melakukan perbuatan yang diredhai kepada yang disyukuri. (Lihat: Tafsir al-Qurtubi)

#Selain itu, berterima kasih kepada manusia atas pertolongan dan kebaikan yang mereka lakukan, juga termasuk dalam tanda syukur pada Allah swt.

#Diriwayatkan daripada Sayidina Abu Hurairah r.a, Nabi saw bersabda:

لاَ يَشْكُرُ اللَّهَ مَنْ لاَ يَشْكُرُ النَّاسَ

"Tidak dikatakan bersyukur pada Allah bagi sesiapa yang tidak tahu berterima kasih pada manusia" (HR Abu Daud dan at-Tirmizi)

#Sewajarnya kita menjadi manusia yang pandai bersyukur dan berterima kasih kepada mereka yang telah banyak melakukan pelbagai kebaikan kepada kita terutamanya mereka dari kalangan ibu bapa, guru, suami, isteri, adik beradik, jiran tetangga dan orang-orang yang banyak melakukan kebaikan kepada kita.

#Ingatlah bahawa seseorang yang sukar untuk berterima kasih pada manusia yang telah melakukan kebaikan padanya, maka dia juga sukar untuk bersyukur kepada Allah swt.

Jadilah insan yang sentiasa bersyukur kepada Allah atas segala nikmat yang dikurniakan serta sentiasa berterima kasih kepada manusia atas segala kebaikan yang telah diberikan

🐊Ust naim

@quotephotovideo 📚📚📚
Sabtu, 29 Zulhijjah 1445H ~

QUOTES, PHOTO & VIDEO hari ini...

tasbih | tahmid | tahlil | takbir

سُبْحَانَ اللهِ وَالحَمْدُ للهِ وَلاَإِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ

subhanallah
walhamdu lillah
wa laa ilaha illallah
wallahu akbar


Semoga hari ini lebih baik dari semalam

Aamiin Ya Allah Ya Mujib 🤲🏻😭

sambung di comments 👇

@quotephotovideo 🍃🍃🍃
📌 PERKONGSIAN DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN HIJRAH

Bersempena dengan ketibaan Awal Muharam 1446H, marilah kita mengakhiri penghujung tahun dan mengawali permulaan tahun baru ini dengan membaca doa akhir tahun dan awal tahun.

Mudah-mudahan kehidupan kita sepanjang tahun ini dan tahun-tahun mendatang dilimpahi keberkatan dan rahmat Allah.

💡 Berikut adalah perkongsian Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah (rujuk lampiran gambar).

🔚 Doa Akhir Tahun Hijrah (1445H) dibaca sebelum masuk waktu Maghrib (akhir waktu Asar atau selepas solat Asar) pada 29 Zulhijah 1445H bersamaan 6 Julai 2024M (Sabtu).

🆕 Doa Awal Tahun Hijrah (1446H) pula dibaca selepas masuk waktu Maghrib pada 6 Julai 2024M (Sabtu).

Info:
📝 Berdasarkan kalendar Islam, pertukaran tarikh hijri (hijrah) bermula selepas masuknya waktu Maghrib.
📝 6 Julai 2024: Waktu Asar bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah pada jam 4.46 petang manakala waktu Maghrib adalah pada jam 7.30 malam.

Marilah sama-sama kita amalkan dan semoga bermanfaat. Insya-allah.

@quotephotovideo 🌙🌙🌙
024018
Mishary Rashid Alafasy
An-Nur 24:18

وَيُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمُ ٱلْءَايَٰتِۚ وَٱللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ

Dan Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan (hukum-hukumNya); kerana Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

@quotephotovideo 📚📚📚
Selamat Tahun Baru Hijrah 1 Muharam 1446H!

Semoga tahun ini membawa keberkahan, kedamaian, dan kebahagiaan bagi kita semua.

Mari kita perbarui semangat hijrah menuju kehidupan yang lebih baik, lebih taat, dan penuh makna.

Aamiin ya Allah

@quotephotovideo 📆📅📆
يَا حَيُّ يَا قَيُّومِ

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

لا إلهَ إلاّ اللّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ الْمُبِين

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرِ

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ

لاَّ إِلَـهَ إِلاَّ أَنتَ سُبْحَـنَكَ إِنِّى كُنتُ مِنَ الظَّـلِمِينَ

وَأُفَوِّضُ أَمۡرِيٓ إِلَى ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَصِيرُۢ بِٱلۡعِبَادِ

ماشاء الله لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ

@quotephotovideo 📿📿📿
آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آمَنَ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنتَ مَوْلَانَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

•••┈••••○❁🍃💙🍃❁○••••┈•••

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لا إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَااسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإنَّهُ لا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ

@quotephotovideo 📿📿📿
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنزَلَ عَلَىٰ عَبْدِهِ الْكِتَابَ وَلَمْ يَجْعَل لَّهُ عِوَجًا
قَيِّمًا لِّيُنذِرَ بَأْسًا شَدِيدًا مِّن لَّدُنْهُ وَيُبَشِّرَ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا حَسَنًا
مَّاكِثِينَ فِيهِ أَبَدًا
وَيُنذِرَ الَّذِينَ قَالُوا اتَّخَذَ اللَّهُ وَلَدًا
مَّا لَهُم بِهِ مِنْ عِلْمٍ وَلَا لِآبَائِهِمْ كَبُرَتْ كَلِمَةً تَخْرُجُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ إِن يَقُولُونَ إِلَّا كَذِبًا
فَلَعَلَّكَ بَاخِعٌ نَّفْسَكَ عَلَىٰ آثَارِهِمْ إِن لَّمْ يُؤْمِنُوا بِهَٰذَا الْحَدِيثِ أَسَفًا
إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَّهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا
وَإِنَّا لَجَاعِلُونَ مَا عَلَيْهَا صَعِيدًا جُرُزًا
أَمْ حَسِبْتَ أَنَّ أَصْحَابَ الْكَهْفِ وَالرَّقِيمِ كَانُوا مِنْ آيَاتِنَا عَجَبًا
إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوا رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

@quotephotovideo 🌹🌹🌹
189 of 365 🗓 AHAD 💕 01 MUHARRAM 1446H 07 JULAI 2024

 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Bismillahirrahmanirrahim 🌹

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.

Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya

••✾•◆❀◆•✾••┈•┈┈••✾•◆❀◆•✾••┈

#AllahjagaKita..😘
#PrayertoremoveCovid19... 🇲🇾

CERMINLAH HATI

Sekadar RENUNGAN...

Meskipun tak ada perintah atau larangan memperingati tahun baru, tapi tak ada salahnya untuk bermuhasabah, tasyakur, tafakur dan tadabbur.

Mari momentum tahun baru ini dihiasi dengan nilai-nilai hikmah untuk melakukan hijrah batiniah menuju kepada hal-hal yang baik. Melakukan resolusi dan reformasi bagi diri untuk bertaubat, meninggalkan dosa dan maksiat, serta melakukan pengendalian hawa nafsu dan membersihkan kalbu dari segala penyakitnya.

Syekh Ibnu Atha'illah mengatakan:

"Hati bagaikan cermin, sedangkan nafsu seperti nafas. Cermin akan pudar setiap kali kau bernafas padanya. Hati seorang fasik tak ubahnya seperti cermin milik lelaki tua renta yang tak lagi memberi perhatian untuk membersihkan atau menggunakannya.

Sebaliknya, hati yang mengenal Allah bagaikan cermin milik pengantin wanita. Setiap hari ia melihat cermin tersebut sehingga tetap bersih dan mengilat.

Perhatian utama seseorang yang zuhud adalah bagaimana memperbanyak amal, sementara perhatian utama orang yang arif adalah bagaimana meluruskan dan membersihkan keadaan jiwa.

Hati adalah tempat tatapan Tuhan. Nabi ‎ﷺ bersabda, Allah tidak melihat kepada rupa dan harta kalian, tetapi Dia melihat kepada hati dan amal kalian."


[Syeikh Ibnu Atha'illah dalam Kitab Taj Al-'Arus]

SEMOGA BERMANFAAT 🥰

•══◎◎♡◎◎══•

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin.

🎋سبحان الله 🌻الحمد لله🌺لا اله إلا الله 🌼الله اكبر

@quotephotovideo 🌸🌸🌸
46K698
JANGAN LUPAKAN DOA UNTUK KAUM MUSLIMIN DI PALESTINA

Syaikh Dr. Shalih bin Abdillah bin Hamd Al-‘Ushaimi hafizhahullahu ta‘ala mengatakan:

الدعاء من حقوق الإخاء: اللهم اجعل للأقصى و أهله فرجًا، و اكفِ المسلمين شرَّ الأشرار، و كيد الفجَّار.

“Doa itu merupakan hak persaudaraan :

'Ya Allaah berikanlah jalan keluar bagi Al-Aqsha dan penduduknya, serta lindungilah seluruh kaum muslim dari keburukan orang-orang jahat dan makar para pendosa'.”


#savepalestine🇵🇸
#alaqsa
#alaqsamosque

Semoga hari ini lebih baik dari semalam

Aamiin Ya Allah Ya Mujib 🤲🏻😭

☪️  TARIKH ISLAM ☪️
🌙  01 MUHARRAM 1446H
🗓  07 JULAI 2024
📌  AHAD

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

اعوذبا الله من الشيطان الرجيم

بِسْــــــــــــــمِے اللّٰهِےالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْــــــــــــــمِے🌹

👉 Bersamalah dengan ALLAH,
ALLAH akan menjagamu...
👍

@quotephotovideo 💖💖💖
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Muharam Bulan Afdhal Puasa Selepas Ramadan


عن أبي هريرة رضي الله عنه قال‏:‏ قال رسول الله صلى الله عليه وسلم‏:‏  أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ شَهْرِ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَإِنَّ أَفْضَلَ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْمَفْرُوضَةِ صَلاَةٌ مِنَ اللَّيْلِ

Daripada Abu Hurairah RA beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Seafdhal-afdhal puasa setelah bulan Ramadhan adalah berpuasa pada bulan Allah al-Muharram dan sesungguhnya solat yang paling afdhal setelah solat fardhu adalah solat malam (Tahajud).

(HR Abu Daud No: 2429)
Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Di antara amalan soleh yang sangat digalakkan untuk umat Islam lakukan pada bulan Muharram adalah dengan memperbanyakkan berpuasa sunat.

2.  Sebaik-baik puasa setelah puasa wajib di bulan Ramadan adalah puasa sunat di bulan Muharam.

3.  Seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang bulan apakah yang Rasulullah perintahkan untuk dirinya berpuasa setelah bulan Ramadhan? Maka jawab baginda SAW:

إِنْ كُنْتَ صَائِمًا بَعْدَ شَهْرِ رَمَضَانَ فَصُمِ الْمُحَرَّمَ فَإِنَّهُ شَهْرُ اللَّهِ

Sekiranya kamu hendak berpuasa setelah bulan Ramadhan maka berpuasalah kamu pada bulan al-Muharram kerana sesungguhnya ia adalah bulan Allah. (HR Tirmizi No: 741)

4.  Bulan Muharram disebut sebagai bulan Allah menunjukkan kemuliaan dan kelebihan bulan Muharam. Umum mengetahui jika sesuatu perkara itu disandarkan kepada Allah maka ianya menjadi suatu yang mulia. Sama seperti Baitullah, Abdullah, Rasulullah, dan seumpamanya.

5.  Menurut Imam Nawawi bulan Muharam adalah antara bulan yang paling utama untuk memperbanyak puasa sunat. Antaranya berpuasa pada hari ke-9 (Tasuua’a) dan ke-10 (Asyura’).

6.  Solat yang paling afdhal setelah solat fardhu adalah solat malam (Tahajud).

Marilah kita perbanyakkan berpuasa sunat pada bulan ini, antaranya puasa sunat Isnin, Khamis, puasa sunat hari puteh (13, 14 dan 15 hb) juga puasa Sunat Tasuua’a dan Asyura pada 9 dan 10 hb Muharam.

Selamat Menyambut Kedatangan Tahun Baru Hijrah 1446
Al-Falah Pemacu Malaysia Madani

07hb Julai 2024
01hb Muharram 1446H


@quotephotovideo 📚📚📚
Tadabbur Kalamullah 1 Muharram 1446H

وَمَن يُهَاجِرْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ يَجِدْ فِي الْأَرْضِ مُرَاغَمًا كَثِيرًا وَسَعَةً

"Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur" [Surah al-Nisa’ 100]

#Syeikh al-Maraghi berkata: Barangsiapa berhijrah di jalan Allah swt, iaitu dengan tujuan mencari keredaanNya dan untuk menegakkan agamanya sesuai dengan kewajipan bagi dirinya selaras dengan jalan yang dicintai oleh Allah swt, nescaya akan memperoleh tempat yang memberinya kelepasan di muka bumi ini. Jika mereka yang tadinya berasa tertindas, mereka akan mendapat tempat perlindungan sehingga mereka memperoleh kebaikan dan rezeki yang banyak di samping terselamat daripada penindasan dan kehinaan.

Ayat ini mengandungi janji kepada orang yang berhijrah di jalan Allah swt bahawa mereka akan memperoleh kemudahan-kemudahan kehidupan yang lebih baik, terlepas daripada penindasan musuh dan mengalahkan musuh. (Lihat: Tafsir al-Maraghi)

#Ini jelas menunjukkan hijrah mempunyai kedudukan yang mulia dan istimewa dalam Islam. Meneliti sejarah hijrah, terlalu ramai para Rasul melakukan hijrah seperti Nabi Ibrahim Alaihissalam, Nabi Musa Alaihissalam dan lain-lain. Betapa hebatnya hijrah sehingga Allah menjanjikan dengan syurga berdasarkan nas yang banyak sama ada daripada al-Quran dan Sunnah.

وَالسَّابِقُونَ الْأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالْأَنصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُم بِإِحْسَانٍ رَّضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ۚ ذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

"Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar" [Surah at-Taubah 100]

#Sabda Rasulullah saw:
 
لَمَّا سُئِل عَنْ أَفْضَلِ الإِيمانِ قَالَ: الْهِجْرَةُ
 
"Apabila ditanyakan berkenaan seafdhal iman, jawab Baginda saw: "Hijrah" (HR Ahmad)

#Selain itu juga, Ia menggambarkan kehebatan dan kekuatan umat Islam yang melaksanakan hijrah. Justeru sewajarnya umat Islam memahami erti dan makna hijrah. Mudah-mudahan dengan itu kita dapat menghijrahkan diri kita dalam usaha untuk menggapai mardhatillah.

#Imam Ibn Qayyim al-Jauziyah berkata, Hijrah terbahagi kepada dua:

1. Hijrah dengan tubuh badan dari sebuah negeri ke sebuah negeri yang lain.
2. Hijrah dengan hati kepada Allah dan RasulNya, iaitu hijrah yang mengandungi (daripada) dan (kepada). Iaitu hijrah dengan hatinya daripada cinta selain Allah kepada cinta kepadaNya. Daripada Ubudiyyah selainNya kepada Ubudiyyah Allah. (Lihat: al-Risalah al-Tabukiyah)

Peristiwa hijrah Nabi saw ke kota Madinah merupakan satu kisah atau peristiwa yang penting kerana bermula dari situlah agama Islam dapat disebarkan sehingga ke serata dunia. Jom, teruskan perjuangan dan dakwah sebarkan Islam

🐊Ust naim

@quotephotovideo 📚📚📚
Ahad, 01 Muharram 1446H ~

QUOTES, PHOTO & VIDEO hari ini...

tasbih | tahmid | tahlil | takbir

سُبْحَانَ اللهِ وَالحَمْدُ للهِ وَلاَإِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ

subhanallah
walhamdu lillah
wa laa ilaha illallah
wallahu akbar


Semoga hari ini lebih baik dari semalam

Aamiin Ya Allah Ya Mujib 🤲🏻😭

sambung di comments 👇

@quotephotovideo 🍃🍃🍃
Sebaik-baik rezeki adalah yang tidak menindasmu...

Tidak pula mengalihkanmu ( dari akhirat)

Betapa banyak diantara manusia yang mendapatkan rezeki dari Allah

Yang mana rezeki tersebut membuatnya semakin menghamba pada dunia dan semakin mengalihkan dirinya dari beribadah


Selamat pagi hari minggu dan Selamat bersarapan🍉🇵🇸

@quotephotovideo 🍄🍄🍄
KAYA HATI ADALAH KEKAYAAN YANG SESUNGGUHNYA.

🎙Syaikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin rahimahullah berkata,

والغنى غنى القلب، فإذا استغنى الإنسان بما عند الله عما في أيدي النَّاس ؛ أغناه الله عن الناس، وجَعَله عزيز النفس بعيدا عن السؤال.

“Dan sejatinya bahwa kekayaan itu ialah kaya hati. Jika seseorang telah merasa cukup dengan apa yang ada disisi Allah dari apa yang ada di tangan manusia, niscaya Allah ta‘ala akan menjadikannya merasa cukup dari manusia, dan Allah akan menjadikannya memiliki jiwa yang mulia serta dijauhkan dari meminta-minta kepada mereka.”

📕 Syarah Riyadhus Shalihin jilid: 1/hal. 196

آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ

Semoga bermanfaat.

@quotephotovideo 🍂🍂🍂
Maula Ya Salli Wa Sallim
Irama Shalawat Nabi _ Violin Cover Instrumental
Salam Maal Hijrah 1 Muharram 1446H / 7 Julai 2024

Semoga tahun baru Islam ini membawa kerberkatan, rahmat dan keredhaan Allah swt kepada kita semua.

Dan menjadi permulaan hijrah untuk kita menjadi hamba yang lebih baik dari sebelumnya.


Maula Ya Salli Wa Sallim

@quotephotovideo 🎯🎯🎯
024019
Mishary Rashid Alafasy
An-Nur 24:19

إِنَّ ٱلَّذِينَ يُحِبُّونَ أَن تَشِيعَ ٱلْفَٰحِشَةُ فِى ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِى ٱلدُّنْيَا وَٱلْءَاخِرَةِۚ وَٱللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).

@quotephotovideo 📚📚📚
6 Fakta Hijrah Rasulullah SAW

1. Hijrah Nabi Muhammad SAW berlaku pada 12 Rabiulawal.

2. Khalifah kedua iaitu Umar Al-Khattab telah memilih bulan
Muharram sebagai permulaan tahun baru Islam.

3. Rasulullah SAW mengasaskan masjid pertama yang dibina oleh orang Islam yang dikenali sebagai Masjid Quba’

4. Sebelum Baginda memulakan perjalanan hijrah, rumah Baginda telah dikepung oleh 11 pembesar Quraisy yang bertujuan membunuh Baginda.

5. Rasulullah SAW berhijrah bersama-sama Abu Bakar Al- Siddiq dan Abdullah bin Uraiqit Al-Laithi (sebagai penunjuk jalan.)

6. Perjalanan hijrah Baginda SAW dan Abu Bakar Al-Siddiq dari Mekah ke Yathrib (Madinah) sejauh + 475 KM adalah dengan menaiki unta.

Sumber: Al-Rahiq Al-Makhtum -Sirah Nabawiyah SAW

@quotephotovideo 🍁🍁🍁
DUNIA...

Sedar tak sedar, kita terlampau sibuk. Terlalu sibuk, kan?

Banyak perkara yang perlu kita settlekan.

Banyak benda yang kita kejar-kejarkan...

Banyak hal yang perlu kita selesaikan.

Terlampau banyak.
Entah bila semua ini akan berakhir.

Cuma satu pesanan...

Sesibuk mana pun kita, bila dah masuk waktu solat, tinggalkan segala apa yang kita usahakan buat sementara, dan luangkan masa bersama Allah. Tak lama. Cuma seketika.

Solatlah.
Dengan solat, hati akan tenang. Berbicaralah pada Tuhan.

Dia sentiasa menanti. Berkata-katalah kepadaNya, tanpa perlu menyimpan di dalam hati, nescaya segala gusar akan hilang serta merta.

Dahulukan Allah, InsyaAllah, Allah akan dahulukan kita. Jaga hak Allah, InsyaAllah, Allah akan jaga hak kita, permudahkan segala urusan kita dunia Akhirat🌹🤲

@quotephotovideo 🕌🕌🕌
2024/10/02 14:17:18
Back to Top
HTML Embed Code: