Telegram Web Link
Allah selalu 'setia' tunggu kita.

Kerana Allah tahu kita si hamba banyak buat silap dan dosa.

Sebab tu Dia buka pintu taubat 24 jam tanpa ditutup sedikit pun.

Nak sang hamba bila tersedar, cepat-cepat 'kembali' pada-Nya.

Tapi...

Mati tak pernah 'menunggu' sesiapa.

Mati tak pernah beri saat dan ruang untuk seseorang kata,

"Tunggulah, saya bertaubat sekejap!"

Tak pernah.

Bila dah sampai detik waktu mati itu, semua wajib 'kembali' pada-Nya.

@quotephotovideo 📚📚📚
JANGAN LUPAKAN DOA UNTUK KAUM MUSLIMIN DI PALESTINA

Syaikh Dr. Shalih bin Abdillah bin Hamd Al-‘Ushaimi hafizhahullahu ta‘ala mengatakan:

الدعاء من حقوق الإخاء: اللهم اجعل للأقصى و أهله فرجًا، و اكفِ المسلمين شرَّ الأشرار، و كيد الفجَّار.

“Doa itu merupakan hak persaudaraan :

'Ya Allaah berikanlah jalan keluar bagi Al-Aqsha dan penduduknya, serta lindungilah seluruh kaum muslim dari keburukan orang-orang jahat dan makar para pendosa'.”


#savepalestine🇵🇸
#alaqsa
#alaqsamosque

Semoga hari ini lebih baik dari semalam

Aamiin Ya Allah Ya Mujib 🤲🏻😭

☪️  TARIKH ISLAM ☪️
🌙  26 ZULHIJJAH 1445H
🗓  03 JULAI 2024
📌  RABU

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

اعوذبا الله من الشيطان الرجيم

بِسْــــــــــــــمِے اللّٰهِےالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْــــــــــــــمِے🌹

👉 Bersamalah dengan ALLAH,
ALLAH akan menjagamu...
👍

@quotephotovideo 💖💖💖
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Larangan Mencela Sesama Muslim


عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ سَعْدٍ عَنْ سَعْدٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سِبَابُ الْمُسْلِمِ فُسُوقٌ وَقِتَالُهُ كُفْرٌ

Daripada Muhammad bin Sa'd dari Sa'ad, dia berkata, "Rasulullah SAW bersabda:

"Mencaci orang muslim adalah kefasikan dan memeranginya adalah kekufuran."

(HR Ibnu Majah No: 3931)
Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Mencaci orang Islam itu termasuk perbuatan fasik.

2.  Memerangi orang Islam itu termasuk perbuatan kufur.

3.  Allah melarang orang beriman dari saling mencela. Firman Allah:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَومٌ مِّن قَوْمٍ عَسَى أَن يَكُونُوا خَيْراً مِّنْهُمْ وَلَا نِسَاء مِّن نِّسَاء عَسَى أَن يَكُنَّ خَيْراً مِّنْهُنَّ وَلَا تَلْمِزُوا أَنفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ بِئْسَ الاِسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمَانِ وَمَن لَّمْ يَتُبْ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki mencela kumpulan yang lain, boleh jadi yang dicela itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan mencela kumpulan lainnya, boleh jadi yang dicela itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barang siapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim “ (QS. Al Hujuraat :11)

4.  Imam At Thabari menyatakan: larangan ini mencakup seluruh bentuk celaan dan cacian. Tidak boleh seorang mukmin mencela mukmin yang lain kerana kemiskinannya, kerana perbuatan dosa yang telah dilakukannya, juga sebab yang lainnya” (Lihat Jaami’ul Bayan).

5.  Sikap mencela orang lain itu berpunca dari rasa sombong dan ujub terhadap dirinya sendiri yang merasakan dirinya lebih baik.

6.  Seorang Mukmin tidak akan memanggil atau menggelar orang lain dengan gelaran atau panggilan yang buruk.

Marilah kita bersifat RAHMAH. Moga kita dijauhi dari sifat suka mencela dan menghina orang lain.

03hb Julai 2024
26hb Zulhijjah 1445H


@quotephotovideo 📚📚📚
Tadabbur Kalamullah 26 Zulhijjah 1445H

وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ 

"Juga saling nasihat-menasihati kepada kebenaran dan saling nasihat-menasihati kepada kesabaran" [Surah al-Asr 3]

#Antara nasihat yang utama untuk dilaksanakan ialah nasihat dan teguran kepada para pemimpin umat Islam. Daripada Sayidina Abu Ruqayyah bin ‘Aus al-Dari r.a, bahawa Nabi saw bersabda:

الدِينُ النَصِيحَةُ، قُلنَا: لِمَنْ؟ لِلَّهِ، وَلِكَتَابِهِ، وَلِرَسُولِهِ، وَلِأَئِمَّةِ المُسْلِمِينَ، وَعَامَّتِهِم

"Agama itu merupakan nasihat.” Kami bertanya: “Untuk siapa?” Sabda Baginda: “Bagi Allah, Kitab-Kitabnya, RasulNya, pemimpin-pemimpin orang Islam dan masyarakat semuanya" (HR Muslim)

#Berkata Sayidina Abdullah bin Mas’ud r.a yang mengungkapkan ucapan yang penuh berharga: "Orang yang berbahagia (beruntung) adalah orang yang mengambil nasihat (pelajaran) dari (peristiwa yang dialami) orang lain" (HR Muslim).

*Maka, menjadi keperluan untuk para ulamak meneliti sejarah terdahulu, bagaimana para ulamak menasihat pemimpin kerana sebaik-baik pengajaran adalah daripada sejarah.

#Hayati kisah nasihat Syaiban al-Ra’i kepada Khalifah Harun al-Rasyid:

Syaiban al-Ra’i ketika menasihati Khalifah Harun al-Rasyid berkenaan melantik dan mengambil penasihat yang benar, berkata:

"Wahai Amir al-Mukminin, andainya engkau bersahabat dengan orang yang menjadikan engkau rasa takut sehingga engkau berasa aman lebih baik daripada engkau bersahabat dengan orang yang menjadikan engkau rasa aman sehingga menyebabkan engkau mendapat ketakutan.”

Khalifah Harun al-Rasyid bertanya: "Jelaskan maksudnya untukku"

Jawab Syaiban: “Sesiapa yang berkata kepada engkau: "Engkau bertanggungjawab terhadap rakyatmu, takutlah Allah!" adalah lebih baik daripada orang yang berkata: "Kamu kaum keluarga Nabi, diampunkan dosa kamu, kamulah kerabat Nabi!" (Lihat: al-Adab al-Syar’iyyah oleh Ibn Muflih dan Hilyatul al-Awliya)

#Begitu juga kisah nasihat Ibn al-Wasiti kepada Sultan Nuruddin:

Imam Ibn Kathir meriwayatkan bahawa Sultan Nuruddin Mahmud bin Imaduddin Zanki bin Aq-Sunqur, salah seorang sultan yang sentiasa melakukan Qiamullail pada malam hari dan berpuasa pada siang hari.
Pernah beliau meminta bala tenteranya pergi ke Damsyiq dan beliau telah mengadakan pesta besar-besaran yang dihadiri oleh para gabenor, para menteri, dan para panglima, serta khalayak ramai dan penduduk Damsyiq. Selepas pesta ini selesai, salah seorang Ibn al-Wasiti, seorang ulamak besar pada ketika itu masuk dengan pakaian sederhananya, dan berdiri di hadapan sultan, lalu beliau berkata: "Wahai sultan yang agung, dengarkanlah dengan baik terhadap janji Allah, Maha Raja Langit dan bumi".

Tiba-tiba orang ramai terdiam dan berhenti berpesta, mereka menunggu apa yang akan di ucapkan syeikh besar ini. Tuan syeikh itu berbicara kepada sultan ketika ia berada di atas singgah sana kerajaannya:

"Wahai manusia yang tertipu, anggaplah dirimu, kini berada pada hari kiamat dan langit bergoncang, Jika dikatakan: 'Nuruddin datang berserah diri’ Hati-hatilah engkau datang tanpa memiliki nur (cahaya)"

Akhirnya, Sultan Nuruddin pun menangis. 

#Nasihat yang tulus dari hati yang bertakwa dan takutkan Allah amat memberi kesan kepada para pemimpin.

Nasihati dan teguran kepada pemerintah adalah tuntutan dan tanggungjawab para ulamak dan para penasihatnya. Moga ada sinar kebaikan atas nasihat menasihati yang dilakukan dengan tulus ikhlas

🐊Ust naim

@quotephotovideo 📚📚📚
Rabu, 26 Zulhijjah 1445H ~

QUOTES, PHOTO & VIDEO hari ini...

tasbih | tahmid | tahlil | takbir

سُبْحَانَ اللهِ وَالحَمْدُ للهِ وَلاَإِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ

subhanallah
walhamdu lillah
wa laa ilaha illallah
wallahu akbar


Semoga hari ini lebih baik dari semalam

Aamiin Ya Allah Ya Mujib 🤲🏻😭

sambung di comments 👇

@quotephotovideo 🍃🍃🍃
📚 AL-QURAN 📚

24. AN NUR
(CAHAYA)
SURAH KE 24 : 64 ayat
JUZ 18

📌 Ayat 11 Peristiwa ifk A’isyah

24:011

@quotephotovideo 📚📚📚
Hiduplah sebagai insan yang sedar diri...

Ingat betapa kehidupan ini di atur oleh agama bukan nafsu, diatur oleh iman bukan kemahuan!

Betapa agama adalah pakaian kepada kehidupan & tidak akan pernah kecewa dan gagal orang yang hidupnya diatur oleh agama & iman.


Renungkan...

@quotephotovideo 🎯🎯🎯
DHUHA TIME

Solat Dhuha hukumnya sunat muakad (sangat dianjurkan dan mendekati wajib) kerana Rasulullah sentiasa mengerjakannya dan berpesan kepada para sahabat untuk mengerjakannya.

Solat Dhuha juga merupakan wasiat Rasul kepada umatnya sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadis.

“Abu Hurairah r.a. menceritakan, ‘Kekasihku Rasulullah Saw. memberi wasiat kepadaku dengan tiga hal yang tidak pernah kutinggalkan hingga meninggal dunia: Berpuasa tiga hari dalam sebulan, dua rakaat solat Dhuha, dan hanya tidur setelah melakukan solat Witir” (H.R. Bukhari dan Muslim)

Tentu saja, Rasulullah Saw. tidak akan mengistimewakan solat Dhuha tanpa alasan.

@quotephotovideo ♨️♨️♨️
Jangan lupa istighfar sahabat.. 😊

@quotephotovideo 🍂🍂🍂
"Ketika kamu selalu dianggap salah, cukup katakan."

وَكَفَىٰ بِاللَّهِ شَهِيدًا

Wa kafa billahi syahida

"Dan cukuplah Allah sebagai saksi".
(QS. Al-Fath Ayat 28)

@quotephotovideo 🌿🌿🌿
BERILAH AKU SEGELAS BERAS..

Suatu ketika lori pengangkut BERAS tiba di-sebuah kedai. Orang2 datang berebut untuk membelinya.

Maka pembeli beratur panjang menunggu giliran di kedai pedagang beras itu.

Tibalah giliran seorang WANITA TUA miskin, dengan tangan terketar2 dia menghulurkan gelas yang dibawanya kepada penjual beras.

WANITA TUA berkata : "Aku tidak mampu membeli beras mu, sudikah engkau bersedekah untukku dengan segelas beras saja.?"

PENJUAL BERAS :"Tidak, aku tidak boleh memberimu segelas BERAS..!"

Tetapi kemudian penjual beras itu menyuruh pembantunya untuk membawa sekarung beras dan menghantarkannya ke rumah wanita tua itu.

WANITA TUA tersebut menerimanya dengan mata berkaca-kaca kerana tidak percaya apa yang telah terjadi.

Air mata bahagia mengalir deras di-pipi keriputnya.

Seorang lelaki pembeli yang tadinya berdiri di belakang WANITA TUA bertanya pada si PENJUAL BERAS, "Tuan, bukankah yang diminta wanita tua itu hanya SEGELAS beras, mengapa tuan memberinya SEKARUNG beras..?"

PENJUAL BERAS : "Itu kerana dia meminta sesuai dengan KEPERLUANNYA, sedangkan aku memberi sesuai KEMAMPUANKU.."

"Aku melakukan itu kerana begitu pula yang ALLAH lakukan kepadaku selama ini.."

"Setiap kali aku MEMINTA kepada-NYA apa yang kuinginkan, Ia selalu MEMBERIKU berdasarkan KUASA-NYA."

"Dan pemberian-NYA bukan hanya sekadar cukup, melainkan SELALU LEBIH dari cukup."

"ALLAH memberi apa yang aku PERLUKAN, LEBIH dari sekadar apa yang aku INGINKAN.."

"Maka ALLAH akan mencurahkan Kurnia-Nya dan keberkahan-Nya sesuai dengan Kuasa-Nya.."


Semoga kita semua diberi rezeki yang barakah ...

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ

لا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ اِلا بِا للهِ الْعَلَيِ الْعَظَيْمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنمُحَمَّدٍ

@quotephotovideo 📚📚📚
Ya Allah...

Sedar atau tidak ketika bersolat, banyak ciri munafik dalam ibadah kita 🥺

@quotephotovideo 🕌🕌🕌
Titik utama dalam amal soleh ialah istiqamah.

Dengan Istiqamah amal soleh makin sempurna.

Bila amal soleh bersifat sempurna maka natijah utama ialah kehidupan menjadi tenang dan bahagia.

@quotephotovideo 🎯🎯🎯
024015
Mishary Rashid Alafasy
An-Nur 24:15

إِذْ تَلَقَّوْنَهُۥ بِأَلْسِنَتِكُمْ وَتَقُولُونَ بِأَفْوَاهِكُم مَّا لَيْسَ لَكُم بِهِۦ عِلْمٌ وَتَحْسَبُونَهُۥ هَيِّنًا وَهُوَ عِندَ ٱللَّهِ عَظِيمٌ

Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya; dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.

@quotephotovideo 📚📚📚
Sesekali, duduklah dalam sepi untuk merenung dosa-dosa diri sendiri.

Nescaya kita akan sedar terlalu banyak dosa yang kita lakukan sedangkan kebaikan sangatlah sedikit.

Jika sudah muhasabah diri, ambil wuduk dan buatlah solat Taubat.

Tiada manusia yang tak buat dosa!

Tapi Allah itu Maha Pengampun selagi mana hambanya memohon keampunanNya.

Semoga bermanfaat ❤️

@quotephotovideo ♨️♨️♨️
Bulan Haram adalah bulan suci kerana pada bulan ini diharamkan berperang. Allah SWT mengharamkan sebarang kezaliman dan setiap kezaliman yang dilakukan dosanya adalah lebih besar berbanding bulan-bulan yang lain. 🌱

@quotephotovideo 🌙🌙🌙
Bergurau senda dan ketawa, itulah ubat untuk hilang sekejap tekanan kita..

Buat orang senyum percuma dapat pahala..

Walau tak kenal secara berdepan, tapi ada kasih sayang dan bersopan.

Zaman ini susah mencari hati yang suci, apa lagi boleh dipilih rapat secara peribadi..

Yang ramai busuk hati campur hasad dengki.

Jika nak cari damai dihati.. pilihlah insan-insan yang indah disisi..

"Sesungguhnya kamu tidak dapat menarik hati manusia dengan harta kamu. Akan tetapi kamu boleh menarik hati mereka dengan wajah berseri-seri dan akhlak peribadi yang mulia” (Hadis Riwayat AlHakim)

@quotephotovideo 🍄🍄🍄
Dalam keheningan malam yang sunyi, tahajud adalah permata yang tersembunyi.

Ia bukanlah sekadar ritual, tetapi satu perjalanan rohani yang membawa kita lebih dekat kepada Allah SWT.

Dalam kesunyian malam, suara hati kita lebih jelas terdengar, dan dalam sujud yang panjang, kita menemui keikhlasan yang sejati.

Pada awalnya, mungkin terasa sukar untuk bangun di tengah malam. Badan terasa berat, mata masih ingin terpejam.

Namun, seperti mana-mana perkara berharga dalam hidup, tahajud memerlukan usaha dan kesungguhan.

Firman Allah dalam Surah Al-Muzzammil, ayat 6: "Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusyuk) dan bacaan di waktu itu lebih berkesan."

Ketika kita memaksa diri untuk bangun dan beribadah, perlahan-lahan hati kita mula merasai ketenangan yang luar biasa.

Rasa tenang yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Ia seolah-olah menjadi keperluan dalam hidup kita.

Seperti seorang musafir yang dahaga mencari setitik air di padang pasir, begitulah rasa rindu kita kepada tahajud.

Dan pada saat itu, keikhlasan akan hadir dengan sendirinya. Tiada lagi paksaan, tiada lagi keluhan.

Setiap sujud menjadi peluang untuk berbicara dengan Allah, untuk memohon keampunan, dan untuk mencari kekuatan.

Rasulullah SAW bersabda: "Lakukanlah solat malam, kerana ia adalah kebiasaan orang-orang yang soleh sebelum kalian, dan ia mendekatkan kalian kepada Tuhan kalian, menghapuskan kesalahan-kesalahan dan mencegah dosa." (Riwayat Tirmidzi)

Marilah kita sama-sama berusaha untuk memuliakan malam-malam kita dengan tahajud.

Meskipun ia bermula dengan paksaan, tetapi akhirnya ia akan menjadi satu kebiasaan yang kita tidak mampu tinggalkan.

Dan di situlah kita akan menemui keikhlasan yang sebenar.

Semoga Allah merahmati sahabat dunia dan akhirat. Aamiin ya Allah 😊

@quotephotovideo 🐝🐝🐝
2024/10/02 08:20:24
Back to Top
HTML Embed Code: