Telegram Web Link
Tadabbur Kalamullah 22 Zulhijjah 1445H

قَالَ اجْعَلْنِي عَلَىٰ خَزَائِنِ الْأَرْضِ ۖ إِنِّي حَفِيظٌ عَلِيمٌ

Yusuf berkata: "Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir); sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya" [Surah Yusuf 55]

#Berkata Imam Al-Qurtubi dalam tafsirnya menerangkan ciri-ciri individu yang layak meminta jawatan berdasarkan ayat al-Quran di atas. Seseorang yang menepati kriteria untuk memegang sesuatu jawatan tidak dipilih berdasarkan keturunannya dan juga kecantikannya, akan tetapi dinilai berdasarkan kekuatannya dalam kepimpinan dan mempunyai ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan bidang yang diminta. (Lihat: Tafsir al-Jami’ li-Ahkam al-Quran)

#Jawatan adalah amanah dan bebanan. Ia bukannya satu keuntungan atau kemuliaan. Jawatan tidak sepatutnya dimohon atau diminta kecuali bagi orang yang benar-benar layak iaitu mereka yang benar-benar memiliki kepakaran dalam selok belok kepimpinan dan memiliki ilmu yang banyak berkaitan jawatan yang dimohon. Jika tidak memenuhi kriteria, hanya sekadar kaki sembang dan pencipta formula tetapi tiada kepakaran dan ilmu maka jangan sesekali meminta jawatan atau menerima jawatan. Ini lebih kepada menuju kerosakan dan kepincangan bahkan menjadi penyesalan di mahsyar kelak. 

#Nabi saw bersabda berkenaan bahaya meminta jawatan:

إنَّكُمْ سَتَحْرِصُونَ عَلَى الإمَارَةِ، وَسَتَكُونُ نَدَامَةً يَوْمَ القِيامَةِ، فَنِعْمَ المُرْضِعَةُ وبِئْسَتِ الفاطِمَةُ

"Kamu semua akan sukakan kepada jawatan, tetapi ia boleh menjadi penyesalan ketika hari akhirat kelak, kerana pada permulaannya terdapat nikmat, namun pengakhirannya ia menjadi pengikat yang jahat" (HR al-Bukhari)

#Imam Ash-Shan’ani dalam syarah Bulugh al-Maram mengatakan bahawa hadis ini memberi peringatan kepada sesiapa yang mempunyai jawatan atau kekuasaan tidak akan terselamat daripada neraka, kecuali mereka yang mengetahui akan kebenaran (haq) dan beramal dengannya. Mengetahui saja tidak mencukupi, kerana amalan selepas itu juga merupakan tiang-tiang kebenaran (haq). Dan barangsiapa yang tidak beramal dengan kebenaran, maka neraka merupakan tempat yang layak baginya. 

#Terdapat manusia yang berpendapat bahawa memegang sesuatu jawatan itu sebagai satu wasilah untuk meraih keuntungan (ghanimah), memperolehi pelbagai faedah yang menggiurkan. Lantaran itu, mereka akan berusaha bermati-matian walau dengan apa cara sekalipun, tanpa mengambil kira halal atau haram untuk mendapatkan jawatan. Yang penting, jawatan mesti diraih. Makin tinggi jawatan, makin luaslah peluang untuk mendapat ghanimah (keuntungan dan kekayaan).
Dan apabila jawatan telah disandang, amat sukar untuk dilepaskan. Berat atau ringan, cemerlang atau kecundang, bukan menjadi perhitungan. Yang penting jawatan mesti dipertahankan demi menjamin ghanimah berterusan mengalir ke dalam genggaman. Mereka langsung tidak memikirkan soal jawab dan soal siasat di Mahsyar kelak yang bakal menjadi penyesalan yang membawa kepada penderitaan dan kesengsaraan.

Insafilah diri, jawatan bukan satu kemuliaan dan keistimewaan tetapi suatu tanggungan yang membebankan malah boleh menjadi satu penyesalan. Bagi yang memegang jawatan maka tunaikan seamanah dan seadil mungkin agar tidak merosakkan masa depan di akhirat

🐊Ust naim

@quotephotovideo 📚📚📚
Tadabbur Kalamullah 23 Zulhijjah 1445H

قَالَ اجْعَلْنِي عَلَىٰ خَزَائِنِ الْأَرْضِ ۖ إِنِّي حَفِيظٌ عَلِيمٌ

Yusuf berkata: "Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir); sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya" [Surah Yusuf 55]

#Sambung bicara tentang isu berkaitan keghairahan untuk memegang jawatan dan kuasa.

#Sebahagian manusia beranggapan jawatan itu adalah ghanimah. Ghanimah digunakan merujuk harta yang diperolehi hasil daripada kemenangan dalam peperangan menentang orang-orang kafir. Perkataan ini juga bermaksud faedah, keuntungan, berhasil mendapat sesuatu kebaikan. Sebahagian manusia menganggap jawatan sebagai kemasyhuran (tasyrif).

#Sesungguhnya jawatan adalah amanah dan tanggungjawab yang berat yang perlu dipikul. Ia bukanlah semata-mata ghanimah (keuntungan) ataupun kemasyhuran (tasyrif) seperti yang dilihat oleh kebanyakan orang, bahkan ia adalah suatu beban tanggungjawab (taklif) yang perlu dilaksanakan sebaik mungkin.

#Ini sebagaimana kata-kata pepatah Arab yang masyhur: "Sesiapa yang bertambah kemasyhurannya, maka bertambahlah pula beban tanggungjawabnya".

#Kerana itulah Rasulullah saw mengingatkan mereka yang melihat hanya semata-mata kepada jawatan dan pangkat bahawa jawatan dan pangkat itu tidak lebih daripada amanah yang akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak, sebagaimana hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:

Daripada Sayidina Abu Zar al-Ghifari, beliau berkata: Aku bertanya kepada Rasulullah saw: "Wahai Rasulullah, kenapa tidak engkau meletakkan aku di mana-mana jawatan?".
Kemudian Baginda memukul bahuku dengan tangannya dan kemudiannya Baginda bersabda: "Wahai Abu Zar, sesungguhnya kamu adalah seorang yang lemah (dalam memegang memikul tugas dan jawatan). Sesungguhnya jawatan itu adalah amanah, dan sesungguhnya ia adalah menjadi punca kehinaan dan penyesalan pada hari kiamat, kecuali mereka yang mengambilnya dengan hak dan menunaikan tuntutan jawatan yang dipertanggungjawabkan ke atasnya itu".

#Begitu juga dengan kata-kata Khalifah Umar Bin Abdul Aziz ketika beliau dilantik menjadi Khalifah: "Aku bukanlah orang yang menjatuhkan hukum, tetapi aku adalah pelaksana (kepada tugas dan amanah yang diberikan kepadaku), dan aku bukanlah orang yang pertama memulakan perkara ini (dilantik menjadi pemimpin), tetapi aku adalah orang yang mengikuti (menyambung perjuangan orang-orang terdahulu). Ketahuilah bahawa aku bukanlah orang yang terbaik di kalangan kamu, tetapi aku adalah salah daripada kamu (yang sama seperti kamu), kecuali sesungguhnya Allah telah menjadikan beban tanggungjawabku lebih berat berbanding kamu semua".

#Orang yang beriman, berilmu dan bertaqwa menganggap jawatan sebagai Gharimah. Gharimah bermaksud hutang, denda, tanggungan yang membebankan. Orang yang berpendapat jawatan sebagai satu gharimah akan mengelakkan diri dari mengambilnya, lebih-lebih lagi apabila dia menginsafi akan kelemahan diri serta ketidak upayaannya untuk memikul amanah yang dipertanggungjawabkan.

#Apabila jawatan dianggap Gharimah maka tidaklah berlaku perebutan jawatan, tiada yang ghairah meminta jawatan, tiada yang khianat dengan amanah, tiada yang menipu dan berbohong untuk dapatkan jawatan dan tiada yang auta setelah  memegang jawatan kerana mereka tahu jawatan adalah suatu bebanan yang menyusahkan hisab di mahsyar kelak kecuali orang yang benar-benar melaksanakan tanggungjawabnya.

Jawatan adalah satu gharimah. Bukan ghanimah

🐊Ust naim

@quotephotovideo 📚📚📚
024009
Mishary Rashid Alafasy
An-Nur 24:9

وَٱلْخَٰمِسَةَ أَنَّ غَضَبَ ٱللَّهِ عَلَيْهَآ إِن كَانَ مِنَ ٱلصَّٰدِقِينَ

Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata); Bahawa kemurkaan Allah akan menimpa dirinya jika suaminya dari orang-orang yang benar.

@quotephotovideo 📚📚📚
🌿 EMPAT KALIMAT DZIKIR TERBAIK DI WAKTU PAGI DAN PETANG

سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقَهِ وَرِضَى نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ

“Subhanallahi wa bihamdihi ‘adada khalqihi wa ridha nafsihi wa zinata ‘arsyihi wa midada kalimatihi”

Ertinya: Maha Suci Allah dengan segala puji bagi-Nya, sebanyak hitungan makhluk-Nya, menurut keredhaan-Nya, menurut arsy-Nya, dan sebanyak tinta kalimat-Nya”

Bacaan zikir ini dari isteri Rasulullah Juwairiyah binti al-Harits:

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam keluar dari rumahnya pada pagi hari ketika bersembahyang Subuh. Waktu itu Juwairiyah ada di dalam masjidnya.

Kemudian beliau Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam kembali setelah melakukan shalat Dhuha, sedangkan Juwairiyah duduk. Kemudian beliau SAW bersabda:

“Engkau masih tetap dalam keadaan di waktu tadi saya tinggalkan,”

Juwairiyah menjawab, “Ya.” Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam lalu bersabda: “Saya telah mengucapkan setelah meninggalkan engkau tadi empat macam kalimat, sebanyak tiga kali, andaikata kalimat-kalimat itu ditimbang dengan kalimat-kalimat yang engkau ucapkan sejak hari ini tadi, nescaya kalimat-kalimat yang saya ucapkan itu menang daripada yang engkau ucapkan.”

“Kalimat-kalimat itu ialah: ‘Subhanallah wa bihamdihi adada khalqihi wa ridha nafsihi wa zinata ‘arsyihi wa midada kalimatihi”

HR. Muslim, no. 2726]

@quotephotovideo 🍂🍂🍂
Salah satu cara menjaga kesihatan mental,

Berhenti memikirkan perkara-perkara yang tidak perlu kita fikirkan. salah satu cara untuk menjaga hati dan menguatkan jiwa serta menjernihkan minda.

Kurangkan fikir. Banyakkan zikir.

@quotephotovideo 🎯🎯🎯
024010
Mishary Rashid Alafasy
An-Nur 24:10

وَلَوْلَا فَضْلُ ٱللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُۥ وَأَنَّ ٱللَّهَ تَوَّابٌ حَكِيمٌ

Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, dan juga (kalaulah tidak kerana) bahawa Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Bijaksana, (tentulah kamu akan) akan mengalami kesusahan yang sukar diatasi).

@quotephotovideo 📚📚📚
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ اِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

لا إلهَ إلاّ اللّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ الْمُبِين

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرِ

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ

لاَّ إِلَـهَ إِلاَّ أَنتَ سُبْحَـنَكَ إِنِّى كُنتُ مِنَ الظَّـلِمِينَ

وَأُفَوِّضُ أَمۡرِيٓ إِلَى ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَصِيرُۢ بِٱلۡعِبَادِ

ماشاء الله لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ

@quotephotovideo 📿📿📿
آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آمَنَ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنتَ مَوْلَانَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

•••┈••••○❁🍃💙🍃❁○••••┈•••

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لا إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَااسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإنَّهُ لا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ

@quotephotovideo 📿📿📿
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنزَلَ عَلَىٰ عَبْدِهِ الْكِتَابَ وَلَمْ يَجْعَل لَّهُ عِوَجًا
قَيِّمًا لِّيُنذِرَ بَأْسًا شَدِيدًا مِّن لَّدُنْهُ وَيُبَشِّرَ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا حَسَنًا
مَّاكِثِينَ فِيهِ أَبَدًا
وَيُنذِرَ الَّذِينَ قَالُوا اتَّخَذَ اللَّهُ وَلَدًا
مَّا لَهُم بِهِ مِنْ عِلْمٍ وَلَا لِآبَائِهِمْ كَبُرَتْ كَلِمَةً تَخْرُجُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ إِن يَقُولُونَ إِلَّا كَذِبًا
فَلَعَلَّكَ بَاخِعٌ نَّفْسَكَ عَلَىٰ آثَارِهِمْ إِن لَّمْ يُؤْمِنُوا بِهَٰذَا الْحَدِيثِ أَسَفًا
إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَّهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا
وَإِنَّا لَجَاعِلُونَ مَا عَلَيْهَا صَعِيدًا جُرُزًا
أَمْ حَسِبْتَ أَنَّ أَصْحَابَ الْكَهْفِ وَالرَّقِيمِ كَانُوا مِنْ آيَاتِنَا عَجَبًا
إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوا رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

@quotephotovideo 🌹🌹🌹
183 of 365 🗓 ISNIN 💕 24 ZULHIJJAH 1445H 01 JULAI 2024

 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Bismillahirrahmanirrahim 🌹

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.

Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya

••✾•◆❀◆•✾••┈•┈┈••✾•◆❀◆•✾••┈

#AllahjagaKita..😘
#PrayertoremoveCovid19... 🇲🇾

KATA KEHIDUPAN..........✍🏻

①. MANUSIA yang paling berbahaya adalah MUNAFIK.

②. SENJATA yang paling berbahaya adalah LIDAH.

③. KEBIASAAN yang paling merosak adalah MEREMEHKAN DOSA KECIL.

④. PERASAAN yang paling tidak berguna adalah IRI DENGKI.

⑤. KEGAGALAN yang paling melumpuhkan adalah MALAS.

⑥. KONDISI yang terburuk adalah LEMAHNYA IMAN.

⑦. PAKAIAN yang paling indah di dunia adalah AKHLAK YANG MULIA.

⑧. SUKACITA yang terbesar adalah TERKABULNYA DOA.

⑨. PEKERJAAN yang paling memuaskan adalah AMAL YANG IKHLAS.

⑩. KOMPUTER yang paling hebat adalah AKAL.

⑪. ENERGI yang terbesar adalah IMAN YANG TEGUH.

⑫. UBAT TIDUR yang paling mujarab adalah HATI yang TENANG.

⑬. DUA KATA yang penuh kekuatan adalah SAYA BOLEH.

⑭. ASET yang TERBESAR adalah AMAL SOLEH .

⑮. ALAT KOMUNIKASI yang paling hebat adalah DOA.

SEMOGA BERMANFAAT 🥰

•══◎◎♡◎◎══•

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin.

🎋سبحان الله 🌻الحمد لله🌺لا اله إلا الله 🌼الله اكبر

@quotephotovideo 🌸🌸🌸
46K630
SELAMAT PAGI SEMOGA HARI INI CERIA SIHAT SYUKUR NIKMAT☺️

1. Astaghfirullâhal'adzim

2. Subhanallah Wabihamdihi Subhanallahil Adzim

3. La Hawla Wala Quwwata Illa Billah

4. La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin

5. Shallallahu 'ala Muhammad

6. “Ya Allah, Sesungguhnya aku memohon padaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.”

آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ🤲

@quotephotovideo 🍄🍄🍄
"Semoga dihari baru, bulan baru, Allah berikan kita kekuatan untuk mengharungi hari-hari yang mendatang, dikurniakan rezeki yang tak disangka-sangka, mendapat pengkhabaran yang baik dan dilindungi daripada segala musibah yang tidak dingini."

@quotephotovideo ♨️♨️♨️
JANGAN LUPAKAN DOA UNTUK KAUM MUSLIMIN DI PALESTINA

Syaikh Dr. Shalih bin Abdillah bin Hamd Al-‘Ushaimi hafizhahullahu ta‘ala mengatakan:

الدعاء من حقوق الإخاء: اللهم اجعل للأقصى و أهله فرجًا، و اكفِ المسلمين شرَّ الأشرار، و كيد الفجَّار.

“Doa itu merupakan hak persaudaraan :

'Ya Allaah berikanlah jalan keluar bagi Al-Aqsha dan penduduknya, serta lindungilah seluruh kaum muslim dari keburukan orang-orang jahat dan makar para pendosa'.”


#savepalestine🇵🇸
#alaqsa
#alaqsamosque

Semoga hari ini lebih baik dari semalam

Aamiin Ya Allah Ya Mujib 🤲🏻😭

☪️  TARIKH ISLAM ☪️
🌙  24 ZULHIJJAH 1445H
🗓  01 JULAI 2024
📌  ISNIN

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

اعوذبا الله من الشيطان الرجيم

بِسْــــــــــــــمِے اللّٰهِےالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْــــــــــــــمِے🌹

👉 Bersamalah dengan ALLAH,
ALLAH akan menjagamu...
👍

@quotephotovideo 💖💖💖
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Penyebab Ramai Masuk Syurga Atau Neraka


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ سُئِلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا أَكْثَرُ مَا يُدْخِلُ الْجَنَّةَ قَالَ التَّقْوَى وَحُسْنُ الْخُلُقِ وَسُئِلَ مَا أَكْثَرُ مَا يُدْخِلُ النَّارَ قَالَ الْأَجْوَفَانِ الْفَمُ وَالْفَرْجُ

Daripada Abu Hurairah RA dia berkata; Nabi SAW pernah di tanya;

"Perkara apa yang banyak menyebabkan orang masuk syurga?" baginda menjawab: "Taqwa kepada Allah dan akhlak yang mulia." Baginda di tanya lagi; "Perkara apa yang banyak menyebabkan orang masuk neraka?" baginda menjawab: "Dua rongga yang terbuka iaitu mulut dan kemaluan."

(HR Ibnu Majah No: 4236)
Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1.  Bertaqwa kepada Allah dan memiliki akhlak yang mulia antara perkara yang banyak menyebabkan orang masuk syurga dengan rahmat Allah.

2.  Dua perkara yang banyak menyebabkan orang masuk neraka ialah dua rongga yang terbuka iaitu mulut dan kemaluan.

3.  Syeikh Abdullah al-Talidi dalam Jawahir al-Bihar menyatakan: maksud mulut di dalam hadis adalah orang yang tidak menjaga serta berusaha untuk menjaga daripada dosa-dosa mulut seperti mengucapkan ucapan kufur, laknat, qazaf, mengejek, menipu, mengumpat, mengadu domba, persaksian palsu dan sebagainya. Selain itu, makna kemaluan pula adalah orang yang tidak menjaga kemaluannya daripada zina, liwat, tidak menjaga auratnya di hadapan selain daripada mahramnya seperti isterinya dan sebagainya.

4.  Syeikh al-Mubarakfuri dalam Tuhfah al-Ahwazi menyatakan: makna mulut di dalam hadis ini ialah menjaga lidahnya kerana menjaga lidah boleh menyelamatkan keseluruhan urusan agamanya dan memakan yang halal kerana itu adalah penghulu kepada ciri ketaqwaan.

Jadilah orang yang bertaqwa dan memiliki akhlak yang mulia. Peliharalah mulut dan kemaluan.

01hb Julai 2024
24hb Zulhijjah 1445H


@quotephotovideo 📚📚📚
Tadabbur Kalamullah 24 Zulhijjah 1445H

قَالَ اجْعَلْنِي عَلَىٰ خَزَائِنِ الْأَرْضِ ۖ إِنِّي حَفِيظٌ عَلِيمٌ

Yusuf berkata: "Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir); sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya" [Surah Yusuf 55]

#Sambung lagi bicara tentang isu berkaitan keghairahan untuk memegang jawatan dan kuasa.

#Jika dilihat kepada sejarah salafussoleh yang terdahulu, jawatan bukanlah sesuatu yang paling penting bagi mereka. Lihatlah kepada sejarah pedang Allah (saifullah) iaitu Sayidina Khalid al-Walid r.a yang dinaikkan pangkat menjadi panglima perang pada zaman Khalifah Abu Bakar as-Siddiq r.a. Beliau terlibat dan memimpin banyak peperangan pada zaman Khalifah Abu Bakar seperti perang memerangi Musailamah al-Kazzab, peperangan Yarmuk, perang memerangi Rom Timur (Byzantine) dan empayar Parsi, dan berjaya menawan Iraq serta berjaya dalam siri-siri peperangan di Syam.

#Setelah Sayidina Umar r.a dilantik menjadi Khalifah, beliau memecat Sayidina Khalid al-Walid dari jawatan tersebut dan menggantikannya dengan Sayidina Abu ‘Ubaidah r.a. Namun, Sayidina Khalid al-Walid tetap berjuang seperti biasa walaupun sebagai seorang tentera biasa, malah tetap taat dan patuh kepada arahan Sayidina Abu ‘Ubaidah r.a sebagai panglima perang baharu dan arahan Khalifah Umar bin al-Khattab.

#Di zaman kini, berlaku kepelikan apabila manusia yang jahil, penipu dan tidak layak untuk memegang jawatan tetapi mereka berusaha bermati-matian untuk mendapat kuasa dan jawatan sehingga sampai sanggup berbohong, berbalah, bertengkar, bergaduh dan berbunuhan.

#Diingatkan, agar jangan sesekali memberi jawatan atau kuasa kepada orang yang gila kuasa. Hal ini kerana kecintaan mereka terhadap kuasa akan mengaburi mereka dari kebaikan. Adalah dibimbangi kepentingan diri sendiri lebih mereka utamakan dari kesusahan rakyat. Amat sukar mencari pemimpin yang bangkit mengutamakan rakyat dari diri sendiri dizaman kini.

#Al-Imam Abu Ayyub al-Sakhtiyani berpesan bahawa mereka yang cintakan kemasyhuran dan kepimpinan adalah mereka yang sukar dipercayai. Kata beliau:

ما صدق عبد قط فأحب الشهرة

"Tiada yang benar langsung buat si hamba yang mencintai kemasyhuran".

#Berkata juga Imam Fudail ibn Iyyad memberi pesanan:

ما من أحد أحب الرئاسة إلا حسد وبغى، وتتبع عيوب الناس، وكره أن يُذكر أحد بخير

"Tidak ada seorang lelaki yang gilakan kuasa kepimpinan melainkan dia akan terjebak dengan hasad dan kejahatan, suka mencari keaiban manusia dan dia benci untuk menyebut kebaikan orang lain".

#Usah dilantik atau diberikan kuasa kepada mereka yang gila kuasa sehingga sampai meminta-minta walaupun dirinya tidak mampu dan tidak berbakat.

#Diriwayatkan dua orang lelaki pernah bertemu Rasulullah saw lalu meminta daripada Baginda supaya diberikan kuasa sebagai pemimpin. Rasulullah saw menegur mereka dengan berkata:

إِنَّا لاَ نُوَلِّي هَذَا مَنْ سَأَلَهُ، وَلاَ مَنْ حَرَصَ عَلَيْهِ

"Kami tidak memberikan urusan kepimpinan ini kepada siapa yang memintanya, kami juga tidak berikan kepimpinan buat mereka yang terlalu bersungguh mendapatkannya" (HR al-Bukhari)

Sifat gilakan kuasa menyebabkan seseorang akan menjadi hasad dengki, pentingkan diri, kejam bahkan suka mencari keaiban manusia lain. Jadilah pemimpin yang baik, bertaqwa dan adil. Moga sentiasa dibimbing dengan petunjuk Allah swt. Aamiiin

🐊Ust naim

@quotephotovideo 📚📚📚
Isnin, 24 Zulhijjah 1445H ~

QUOTES, PHOTO & VIDEO hari ini...

tasbih | tahmid | tahlil | takbir

سُبْحَانَ اللهِ وَالحَمْدُ للهِ وَلاَإِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ

subhanallah
walhamdu lillah
wa laa ilaha illallah
wallahu akbar


Semoga hari ini lebih baik dari semalam

Aamiin Ya Allah Ya Mujib 🤲🏻😭

sambung di comments 👇

@quotephotovideo 🍃🍃🍃
Hidupkan hati dengan al-Quran.

Jangan sampai jiwa sunyi daripada membaca dan menghayati al-Quran.

Semoga Allah membimbing kita.

@quotephotovideo ❤️❤️❤️
📚 AL-QURAN 📚

02. AL BAQARAH
(SAPI BETINA)
SURAH KE 02 : 286 ayat
JUZ 1

📌 Ayat 1 – 5 Golongan Beriman

02:001 02:002
02:003 02:004
02:005

@quotephotovideo 📚📚📚
024011
Mishary Rashid Alafasy
An-Nur 24:11

إِنَّ ٱلَّذِينَ جَآءُو بِٱلْإِفْكِ عُصْبَةٌ مِّنكُمْۚ لَا تَحْسَبُوهُ شَرًّا لَّكُمۖ بَلْ هُوَ خَيْرٌ لَّكُمْۚ لِكُلِّ ٱمْرِئٍ مِّنْهُم مَّا ٱكْتَسَبَ مِنَ ٱلْإِثْمِۚ وَٱلَّذِى تَوَلَّىٰ كِبْرَهُۥ مِنْهُمْ لَهُۥ عَذَابٌ عَظِيمٌ

Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat).

@quotephotovideo 📚📚📚
TAKDIR ...

Ada satu ketika ..
Kita rasa mahu saja
menghentikan masa.

Kerana kita..
tak mahu mendengar..
apa yang perlu kita dengar.

Kerana kita...
tak mahu melihat ,
apa yang perlu kita lihat.

Dan kerana kita,
tak mahu menerima ,
apa yang perlu kita terima.

Namun..
dalam kehidupan,
tidak wujudnya kebetulan.

Yang ada..
hanyalah takdir dari Tuhan.

@quotephotovideo 🍄🍄🍄
2024/10/02 04:28:34
Back to Top
HTML Embed Code: