Telegram Web Link
♨️ COME JOIN AND ENJOY ♨️

💥 @hatikuhatimu
KEMBARA KASIH, MUSAFIR CINTA

💥 @ilovequrann
Perkongsian quran, hadis & kalam ulama

💥 @otakbercakap
Random QUOTES

💥 @quotephotovideo
Nasihat² KEHIDUPAN

💥 @CerpenByMe
Penulisan satu kepuasan

https://www.tg-me.com/hatikuhatimu

💞 Group Discussion @quotephotovideochat

SEMOGA BERMANFAAT
TERIMAKASIH! ♨️
Sentiasa rasa cukup in everything will make your life happier. 🙂❤️

Everyday, I ask Allah to let me

Rasa Cukup, Rasa Syukur dengan apa yang ada.

Jangan ada rasa tamak, jangan rasa diri hebat, jangan downgradekan orang.

I just want to be happy and be happy with someone happiness.

•••┈••••○❁🍃💙🍃❁○••••┈•••

01. Rumah Contoh

02. Change your mindset as a Muslim

03. Powerful Doa

@quotephotovideo 🦋🦋🦋
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
🌞 PERINGATAN ZOHOR! 🌞

(01:04 PM) bagi kawasan Kuala Lumpur, Putrajaya (Wilayah Persekutuan).

🔜 Waktu Asar: 04:17 PM
"Doa Hebat Untuk Keselamatan Dunia dan Akhirat: Pelindung Jiwa, Penawar Hati"

Setiap insan mendambakan keselamatan dalam kehidupan dunia dan akhirat.

Dalam dunia yang semakin mencabar ini, kita sering berhadapan dengan pelbagai ujian dan dugaan.

Keselamatan, kesihatan, ilmu yang bermanfaat, rezeki yang berkat, dan pengampunan adalah antara nikmat yang paling berharga.

Oleh itu, kita diajar oleh Rasulullah SAW untuk sentiasa berdoa memohon perlindungan dan keberkatan daripada Allah SWT.

Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA, Rasulullah SAW bersabda:

"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu keselamatan dalam agamaku, duniaku, keluargaku, dan hartaku. Ya Allah, tutuplah auratku (aibku), dan tenangkanlah hatiku dari rasa ketakutan. Ya Allah, peliharalah aku dari depan, belakang, kanan, kiri, dan atas. Aku berlindung dengan kebesaran-Mu daripada ditelan bumi." (Hadis Riwayat Abu Daud)

Doa ini adalah pengingat kepada kita bahawa Allah SWT adalah sebaik-baik pelindung dalam segala keadaan.

Kita disarankan untuk sentiasa memohon perlindungan daripada segala kejahatan yang terlihat dan tersembunyi.

Berikut adalah doa yang boleh diamalkan:

اللهمَّ إنِّي أسأَلُكَ العَفْوَ والعَافِيَةَ في دِينِي ودُنْيَايَ وأهْلِي ومَالِي، اللهمَّ اسْتُرْ عَوْراتِي وآمِنْ رَوْعاتِي، اللهمَّ احْفَظْنِي مِنْ بَيْنِ يَدَيَّ وَمِنْ خَلْفِي وَعَنْ يَمِينِي وَعَنْ شِمَالِي وَمِنْ فَوْقِي، وأعُوذُ بِعَظَمَتِكَ أنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِي

“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kemaafan dan keselamatan dalam agamaku, duniaku, keluargaku, dan hartaku. Ya Allah, tutuplah aibku dan lindungilah aku dari ketakutan. Ya Allah, peliharalah aku dari depan, belakang, kanan, kiri, dan atas. Dan aku berlindung kepada-Mu dari ditelan bumi.”

Amalkanlah doa ini setiap hari, moga-moga Allah melimpahkan rahmat, keselamatan, dan keberkatan kepada kita semua di dunia dan akhirat.

Sesungguhnya, Allah SWT Maha Mendengar dan Maha Mengabulkan doa hamba-hamba-Nya yang ikhlas.

@quotephotovideo 🤲🤲🤲
Makin kita berumur,
Solat kita tak boleh lewat.

Makin kita berumur,
Solat kita kena buat berjemaah.

Makin kita berumur,
Solat sunat kita kena lebih.

Makin kita berumur,
Solat sunat Qabliyyah dan Ba'diah jangan tinggal.

Makin kita berumur,
Solat sunat witir sebelum tidur jangan tinggal.

Makin kita berumur,
Solat sunat dhuha & tahajjud jangan tinggal.

Makin kita berumur,
Paling tidak khatam AL Quran 2 kali dalam setahun.

Makin kita berumur,
Ambillah peluang puasa sunat, paling tidak sebulan sekali, nak cantik seminggu dua kali.

Makin kita berumur,
Zikir kita kena banyak dan kurangkan bercakap yang tidak berfaedah.

Makin kita berumur,
Selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW kena bertambah banyak.

Jangan menangisi dan berduka terlalu lama pada urusan duniamu,

Akan tetapi menangislah pada urusan akhiratmu,

Kerana kehidupanmu yang sebenar bakal bermula.

~ Syeikh Ibnu Atha'illah As Sakandari

Alhamdulillah ♥️

@quotephotovideo 🍄🍄🍄
☀️ PERINGATAN ASAR! ☀️

(04:17 PM) bagi kawasan Kuala Lumpur, Putrajaya (Wilayah Persekutuan).

🔜 Waktu Maghrib: 07:05 PM
2024/10/05 09:17:37
Back to Top
HTML Embed Code: