Telegram Web Link
💐 PAHALA SABAR 💐

🏖 Pahala kesabaran itu sangatlah besar, bahkan tidak ada timbangan yang dapat menampung pahala orang yang bersabar.

🏖 Kenapa Allah menyulitkan kehidupan para Nabi setelah mereka berdakwah?

🏖 Padahal sangat mudah bagi Allah untuk menjadikan semua beriman dalam sekejap mata.

🏖 Kerana Allah ingin memberikan pahala yang maksimal kelak di akhirat kepada mereka yang mampu bersabar.

🏖 Kalau semuanya serba mudah, dari mana kita akan menjemput pahala kesabaran?

Allah Ta'ala berfirman:

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ ۗ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ

"Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." (Q.S. Al Baqarah ayat 155)

@quotephotovideo 🍄🍄🍄
Hidup ini amat penat untuk kedengkian, kemarahan, kebencian dan memutuskan hubungan silaturrahim.

Kerana hari esok yang tinggal hanyalah kenangan.

Justeru, senyum dan maafkanlah sesiapa yang menyakiti hati kita.

Kerana kita ataupun dia tidak pernah tahu bila akan berangkat meninggalkan dunia sementara ini.

Belajarlah melupakan setiap kesalahan orang terhadap kita.

Dengan sikap seperti ini hidup kita akan lebih tenang.

Walaupun kebaikan dan kasih sayang tidak selalu dibalas dengan kebaikan dan kasih sayang.

Jangan pernah bosan berbuat kebaikan dan menabur kasih sesama insan.

Kerana satu saat nanti kita akan merasakan kepuasan dalam hidup kita.

Jangan lupa doa sebelum tidur

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ

bismikallahumma ahya wa amutu

Ertinya :

Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati.

@quotephotovideo 🕊🕊🕊
Jadual Waktu Solat
📍 Kuala Lumpur, Putrajaya (Wilayah Persekutuan)
🗓 Rabu, 02 Oktober 2024
🌟 28 Rabi'ul Awal 1446H

 🌥 Imsak   : 05:43 AM
⛅️ Subuh : 05:53 AM
🌤 Syuruk : 06:59 AM
🌞 Zohor : 01:05 PM
☀️ Asar : 04:16 PM
🌙 Maghrib : 07:07 PM
⭐️ Isyak : 08:15 PM


Selamat menunaikan solat fardhu! 😄
⛅️ PERINGATAN SUBUH! ⛅️

(05:53 AM) bagi kawasan Kuala Lumpur, Putrajaya (Wilayah Persekutuan).

🔜 Waktu Syuruk: 06:59 AM
اَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيمِ

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

لا إلهَ إلاّ اللّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ الْمُبِين

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرِ

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ

لاَّ إِلَـهَ إِلاَّ أَنتَ سُبْحَـنَكَ إِنِّى كُنتُ مِنَ الظَّـلِمِينَ

وَأُفَوِّضُ أَمۡرِيٓ إِلَى ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَصِيرُۢ بِٱلۡعِبَادِ

ماشاء الله لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ

@quotephotovideo 📿📿📿
آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آمَنَ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنتَ مَوْلَانَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

•••┈••••○❁🍃💙🍃❁○••••┈•••

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لا إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَااسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإنَّهُ لا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ

•••┈••••○❁🍃🧡🍃❁○••••┈•••

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي العَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

@quotephotovideo 📿📿📿
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنزَلَ عَلَىٰ عَبْدِهِ الْكِتَابَ وَلَمْ يَجْعَل لَّهُ عِوَجًا

قَيِّمًا لِّيُنذِرَ بَأْسًا شَدِيدًا مِّن لَّدُنْهُ وَيُبَشِّرَ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا حَسَنًا

مَّاكِثِينَ فِيهِ أَبَدًا

وَيُنذِرَ الَّذِينَ قَالُوا اتَّخَذَ اللَّهُ وَلَدًا

مَّا لَهُم بِهِ مِنْ عِلْمٍ وَلَا لِآبَائِهِمْ كَبُرَتْ كَلِمَةً تَخْرُجُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ إِن يَقُولُونَ إِلَّا كَذِبًا

فَلَعَلَّكَ بَاخِعٌ نَّفْسَكَ عَلَىٰ آثَارِهِمْ إِن لَّمْ يُؤْمِنُوا بِهَٰذَا الْحَدِيثِ أَسَفًا

إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَّهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا

وَإِنَّا لَجَاعِلُونَ مَا عَلَيْهَا صَعِيدًا جُرُزًا

أَمْ حَسِبْتَ أَنَّ أَصْحَابَ الْكَهْفِ وَالرَّقِيمِ كَانُوا مِنْ آيَاتِنَا عَجَبًا

إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوا رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

┅══•❃✽✿❁️♡🌸♡❁☘️✿✽❃•══┅

الَّذِينَ كَانَتْ أَعْيُنُهُمْ فِي غِطَاءٍ عَن ذِكْرِي وَكَانُوا لَا يَسْتَطِيعُونَ سَمْعًا

أَفَحَسِبَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَن يَتَّخِذُوا عِبَادِي مِن دُونِي أَوْلِيَاءَ إِنَّا أَعْتَدْنَا جَهَنَّمَ لِلْكَافِرِينَ نُزُلًا

قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُم بِالْأَخْسَرِينَ أَعْمَالًا

الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا

أُولَٰئِكَ الَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِ رَبِّهِمْ وَلِقَائِهِ فَحَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فَلَا نُقِيمُ لَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَزْنًا

ذَٰلِكَ جَزَاؤُهُمْ جَهَنَّمُ بِمَا كَفَرُوا وَاتَّخَذُوا آيَاتِي وَرُسُلِي هُزُوًا

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ كَانَتْ لَهُمْ جَنَّاتُ الْفِرْدَوْسِ نُزُلًا

خَالِدِينَ فِيهَا لَا يَبْغُونَ عَنْهَا حِوَلًا

قُل لَّوْ كَانَ الْبَحْرُ مِدَادًا لِّكَلِمَاتِ رَبِّي لَنَفِدَ الْبَحْرُ قَبْلَ أَن تَنفَدَ كَلِمَاتُ رَبِّي وَلَوْ جِئْنَا بِمِثْلِهِ مَدَدًا

قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يُوحَىٰ إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا

@quotephotovideo 🌹🌹🌹
276 of 365 🗓 RABU 💕 28 RABIUL AWAL 1446H 02 OKTOBER 2024

 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Bismillahirrahmanirrahim 🌹

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.

Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya

••✾•◆❀◆•✾••┈•┈┈••✾•◆❀◆•✾••┈

#AllahjagaKita..😘
#PrayertoremoveCovid19... 🇲🇾

"Zikir: Penawar Keresahan Jiwa yang Tersimpan Dalam Hati"

Dalam kehidupan yang penuh dengan kesibukan, kita sering terlepas pandang akan keperluan hati dan jiwa untuk kekal tenang.

Salah satu cara yang paling berkesan untuk mencapai ketenangan itu adalah melalui zikir.

Zikir bukan sekadar lafaz di bibir, tetapi satu ubat yang memberi kekuatan rohani dan ketenangan batin.

Allah SWT berfirman dalam surah Ar-Ra’d, ayat 28:

"Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang."

Ayat ini jelas menunjukkan bahawa zikir adalah kunci kepada ketenangan hati.

Hati yang sentiasa mengingati Allah SWT tidak akan mudah goyah oleh cabaran hidup.

Sebaliknya, apabila zikir diabaikan, hati menjadi resah, bagaikan kehilangan sesuatu yang amat berharga.

Dalam sebuah hadis sahih riwayat Imam Muslim, Nabi Muhammad SAW bersabda:

"Perumpamaan orang yang berzikir kepada Tuhannya dan orang yang tidak berzikir adalah seperti orang hidup dan orang mati."

Hadis ini menekankan betapa pentingnya zikir dalam kehidupan seorang Muslim.

Tanpa zikir, jiwa seolah-olah mati dan tidak bernyawa.

Maka, adalah penting untuk kita sentiasa memastikan lidah dan hati kita sentiasa basah dengan mengingati Allah.

Salah satu doa yang sahih untuk menenangkan hati adalah seperti yang diajarkan oleh Nabi SAW:

اللهم إني أسألكَ نفسًا مطمئنةً تؤمنُ بلقائكَ وترضى بقضائكَ وتقنعُ بعطائكَ

"Ya Allah, aku memohon kepada-Mu jiwa yang tenang, yang percaya kepada pertemuan dengan-Mu, yang reda dengan ketentuan-Mu, dan yang puas dengan pemberian-Mu."

Semoga dengan mengamalkan zikir dan doa ini, hati kita akan sentiasa dipenuhi dengan ketenangan dan kebahagiaan, insya-Allah.

Zikir adalah penawar bagi keresahan jiwa yang tidak dapat disembuhkan dengan cara lain.

Marilah kita sama-sama memperbanyakkan zikir sebagai tanda kesyukuran dan kecintaan kita kepada Allah SWT.

SEMOGA BERMANFAAT 🥰

•══◎◎♡◎◎══•

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin.

🎋سبحان الله 🌻الحمد لله🌺لا اله إلا الله 🌼الله اكبر

@quotephotovideo 🌸🌸🌸
48K307
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Ikuti Pesan Rasulullah SAW Dalam Beramal


عَنْ أَبِي عَمْرٍو الشَّيْبَانِيِّ أَنَّ رَجُلًا قَالَ لِابْنِ مَسْعُودٍ أَيُّ الْعَمَلِ أَفْضَلُ قَالَ سَأَلْتُ عَنْهُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ الصَّلَاةُ عَلَى مَوَاقِيتِهَا قُلْتُ وَمَاذَا يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ وَبِرُّ الْوَالِدَيْنِ قُلْتُ وَمَاذَا يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ وَالْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ

Daripada Abu 'Amru Asy Syaibani bahawa seorang lelaki berkata kepada Ibnu Mas'ud,

"Amal apakah yang paling utama?" ia berkata; "Aku pernah bertanya Rasulullah SAW tentang hal itu, maka baginda pun menjawab: "Solat pada waktunya, " aku bertanya lagi, "Wahai Rasulullah, lalu apa lagi?" baginda menjawab: "Berbuat baik kepada kedua orang tua, " aku bertanya lagi, "Wahai Rasulullah, lalu apa lagi?" baginda menjawab: "Jihad di jalan Allah."

(HR. Tirmidzi No: 158)
Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

Antara amal yang paling utama bagi seorang Muslim adalah:

1.  Solat di awal waktu

2.  Berbuat baik kepada ibu bapa (sama ada semasa mereka masih hidup mahupun selepas meninggal dunia)

3.  Berjihad di jalan Allah (dalam pelbagai relong mengikut kemampuan, ruang dan kesempatan yang ada)

Marilah kita melakukan amal-amal yang menjadi keutamaan dalam kehidupan kita.

28hb Rabiul Awal 1446H
02hb Oktober 2024


@quotephotovideo 📚📚📚
Tadabbur Kalamullah 28 Rabiul Awwal 1446H

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلنَّاسُ كُلُوا۟ مِمَّا فِی ٱلۡأَرۡضِ حَلَـٰلࣰا طَیِّبࣰا وَلَا تَتَّبِعُوا۟ خُطُوَ ٰ⁠تِ ٱلشَّیۡطَـٰنِۚ إِنَّهُۥ لَكُمۡ عَدُوࣱّ مُّبِینٌ

"Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu" [Surah al-Baqarah 168]

#Kita perlu teliti dan mengambil berat perihal berkaitan makan minum agar jelas halal dan khasiatnya. Jangan sesekali terpedaya dengan hasutan syaitan agar makan sahaja apa yang diingini samada halal atau haram.

#Seorang sahabat nabi yang mulia, Sayidina Abu Bakar as-Siddiq r.a sangat tinggi sifat warak dan ketakwaan beliau kepada Allah swt. Terdapat satu kisah yang diceritakan mengenai bagaimana beliau sangat menitik beratkan perihal halal dan haram terhadap apa yang dimakannya.

#Diriwayatkan daripada Sayidatina Aisyah r.ha bahawa ayahnya Sayidina Abu Bakar r.a mempunyai mempunyai seorang budak suruhan. Pada suatu hari budak suruhan ini telah datang dengan membawa makanan, lalu Sayidina Abu Bakar pun makan makanan yang dibawa oleh budak suruhan tersebut. Budak suruhan bertanya kepada Sayidina Abu Bakar r.a: "Adakah engkau mengetahui apa yang engkau makan ini?"

Sayidina Abu Bakar r.a kemudian bertanya kepadanya: "Dari mana kamu mendapatkan makanan ini?"

Budak suruhan itu pun menceritakan: "Dulu, sewaktu di zaman jahiliyah, aku pernah melakukan amalan menilik nasib padahal aku tidak mahir dalam bidang tersebut. Kemudian, ada seorang lelaki yang datang kepadaku dan aku telah menipu beliau. Hari ini, aku menjumpainya kembali dan orang tersebut memberiku hadiah (makanan). Dan ia adalah apa yang anda sedang makan itu".

Setelah mendengar cerita tersebut, Sayidina Abu Bakar kemudian memasukkan jarinya ke dalam mulut dan berusaha memuntahkan kembali apa yang dimakannya" (HR al-Bukhari)

#Kisah ini memperlihatkan kepada kita bahawa ketakwaan Sayidina Abu Bakar as-Siddiq adalah termasuk dengan berhati-hati terhadap apa yang dimakannya serta amat menitikberatkan perihal halal dan haram.

#Sabda Nabi saw: "Barangsiapa yang menjaga diri dari hal-hal yang samar (belum jelas status halal dan haramnya), maka sungguh dia telah menjaga kesucian agama dan kehormatannya. Dan barangsiapa yang terjerumus ke dalam hal-hal yang samar tersebut, maka ia bermakna dia telah terjerumus ke dalam perkara yang haram (dilarang dalam Islam)" (HR Muslim)

Apa yang kita makan itu jika halal dan baik, maka daging yang tumbuh dalam diri kita juga adalah yang baik dan akan memberi kesan baik kepada perbuatan kita. Namun, jika apa yang kita makan itu adalah dari yang syubhah (was-was) atau haram, maka begitulah juga sebaliknya. Oleh itu, pastikan kita sentiasa menitikberatkan sumber yang masuk ke dalam tubuh badan kita, pastikan halal dan baik

🐊Ust naim

@quotephotovideo 📚📚📚
2024/10/02 00:27:45
Back to Top
HTML Embed Code: