Telegram Web Link
Daripada Sayyidina Umar Al-Khatab radhiyallahu 'anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

“Barang siapa mengerjakan solat malam dan dia membaguskan solatnya, maka Allah memuliakannya dengan 9 perkara. 5 perkara di dunia dan 4 perkara di akhirat.

Adapun 5 perkara di dunia adalah :
1. Dijaga oleh Allah dari berbagai bencana.
2. Bekas ketaatan tampak di wajahnya.
3. Disukai oleh para hamba Allah.
4. Lisannya mampu mengucapkan kata-kata yang mengandung hikmah.
5. Dijadikan orang yang bijaksana.

Sementara 4 kebaikan nanti di akhirat adalah:
1. Dibangkitkan dari kuburnya dengan wajah berseri.
2. Diringankan hisabnya.
3. Mampu melewati titian sirat laksana kilat.
4. Diberikan kitab catatan amalnya pada tangan kanan”


[Hadis Riwayat Bukhari]

@quotephotovideo 🍭🍭🍭
Apa persiapan kita pulang?

Harta akan ditinggalkan.
Keluarga akan ditinggalkan.
Pekerjaan juga akan ditinggalkan.
Hanya amalan yang akan dibawa pulang.

Maka perbanyakkan amal kebaikan, kumpul pahala. Banyakkan istighfar, kurangkan dosa.
Penyakit yang akan menimpa manusia kata Nabi adalah penyakit cintakan dunia dan takutkan kematian. Cerita harta rasa seronok, cerita kematian tiada keinsafan. Hati-hati.

Ajaklah orang solat.
Ajaklah orang buat baik.
Ajaklah orang tinggalkan keburukan.
Urusan kita hanya mengajak. Yang berikan hidayah adalah Allah.

1 orang yang baca post kita mula buat baik, pahala yang orang tu dapat akan diberikan juga kepada kita tanpa dikurangi sedikit pun.

Kurangkan mencela.
Kurangkan mengumpat.
Kurangkan mencari salah orang.
Hidup kita tidak lama. Esok-esok kita pasti mati.

Bersiaplah.

@quotephotovideo 🐾🐾🐾
Ketika hatimu merasa sunyi, maka BERZIKIRLAH kerana ALLAH itu Maha Mendengar.

Ketika hatimu merasa gembira, maka BERSYUKURLAH kerana ALLAH itu Maha Memberi.

Ketika hatimu di dalam keadaan sedang marah, maka BERISTIGHFARLAH kerana ALLAH itu sangat Maha Pemaaf.

Ketika mana hatimu merasa sangat sedih, maka BERSUJUDLAH kepada ALLAH. Kerana ALLAH itu Maha Pengasih.

Sahabatku,
Ketahuilah terkadang ALLAH memberi apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu kerana ALLAH Maha Tahu apa yang terbaik buat kita.

Sesungguhnya, ALLAH itu Maha Adil juga Maha Penyayang. Segala yang berlaku akan ada hikmahnya yang baik buat kita.

Sahabatku,
Latihlah hatimu untuk BERPRASANGKA BAIK terhadap ALLAH.

Bahkan latihlah hatimu untuk sentiasa BERGANTUNG KEPADA ALLAH bukan kepada manusia.

Sahabatku,
Latih hatimu untuk BERSYUKUR sentiasa, kerana Insha ALLAH kita akan merasakan bahagia.

Dan latihlah hatimu untuk sentiasa menjadi orang yang sering MEMINTA MAAF dan MEMAAFKAN, Insha ALLAH keresahan di hatimu itu akan sirna.

Semoga kita semua dapat mengamalkannya. Insha ALLAH dan semoga hidup kita akan sentiasa di dalam ketenangan.

Bahkan yang lebih utama adalah semoga kita sentiasa di dalam payungan rahmat dan redha ALLAH. Insha ALLAH.

Sahabatku,
Maka aku berpesan akan perihal ini untuk diriku terlebih dahulunya dan buat pedoman kalian semua yang membacanya.

Semoga ia membawa manfaat keatasku dalam memperbaiki diri dan juga buat kalian semua.
Insha ALLAH.

" Jangan terasa adanya diri "

@quotephotovideo 🌿🌿🌿
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ اِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

لا إلهَ إلاّ اللّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ الْمُبِين

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرِ

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ

لاَّ إِلَـهَ إِلاَّ أَنتَ سُبْحَـنَكَ إِنِّى كُنتُ مِنَ الظَّـلِمِينَ

وَأُفَوِّضُ أَمۡرِيٓ إِلَى ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَصِيرُۢ بِٱلۡعِبَادِ

ماشاء الله لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ

@quotephotovideo 📿📿📿
آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آمَنَ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنتَ مَوْلَانَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

•••┈••••○❁🍃💙🍃❁○••••┈•••

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لا إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَااسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإنَّهُ لا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ

•••┈••••○❁🍃🧡🍃❁○••••┈•••

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي العَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

@quotephotovideo 📿📿📿
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنزَلَ عَلَىٰ عَبْدِهِ الْكِتَابَ وَلَمْ يَجْعَل لَّهُ عِوَجًا

قَيِّمًا لِّيُنذِرَ بَأْسًا شَدِيدًا مِّن لَّدُنْهُ وَيُبَشِّرَ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا حَسَنًا

مَّاكِثِينَ فِيهِ أَبَدًا

وَيُنذِرَ الَّذِينَ قَالُوا اتَّخَذَ اللَّهُ وَلَدًا

مَّا لَهُم بِهِ مِنْ عِلْمٍ وَلَا لِآبَائِهِمْ كَبُرَتْ كَلِمَةً تَخْرُجُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ إِن يَقُولُونَ إِلَّا كَذِبًا

فَلَعَلَّكَ بَاخِعٌ نَّفْسَكَ عَلَىٰ آثَارِهِمْ إِن لَّمْ يُؤْمِنُوا بِهَٰذَا الْحَدِيثِ أَسَفًا

إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَّهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا

وَإِنَّا لَجَاعِلُونَ مَا عَلَيْهَا صَعِيدًا جُرُزًا

أَمْ حَسِبْتَ أَنَّ أَصْحَابَ الْكَهْفِ وَالرَّقِيمِ كَانُوا مِنْ آيَاتِنَا عَجَبًا

إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوا رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

┅══•❃✽✿❁️♡🌸♡❁☘️✿✽❃•══┅

الَّذِينَ كَانَتْ أَعْيُنُهُمْ فِي غِطَاءٍ عَن ذِكْرِي وَكَانُوا لَا يَسْتَطِيعُونَ سَمْعًا

أَفَحَسِبَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَن يَتَّخِذُوا عِبَادِي مِن دُونِي أَوْلِيَاءَ إِنَّا أَعْتَدْنَا جَهَنَّمَ لِلْكَافِرِينَ نُزُلًا

قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُم بِالْأَخْسَرِينَ أَعْمَالًا

الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا

أُولَٰئِكَ الَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِ رَبِّهِمْ وَلِقَائِهِ فَحَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فَلَا نُقِيمُ لَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَزْنًا

ذَٰلِكَ جَزَاؤُهُمْ جَهَنَّمُ بِمَا كَفَرُوا وَاتَّخَذُوا آيَاتِي وَرُسُلِي هُزُوًا

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ كَانَتْ لَهُمْ جَنَّاتُ الْفِرْدَوْسِ نُزُلًا

خَالِدِينَ فِيهَا لَا يَبْغُونَ عَنْهَا حِوَلًا

قُل لَّوْ كَانَ الْبَحْرُ مِدَادًا لِّكَلِمَاتِ رَبِّي لَنَفِدَ الْبَحْرُ قَبْلَ أَن تَنفَدَ كَلِمَاتُ رَبِّي وَلَوْ جِئْنَا بِمِثْلِهِ مَدَدًا

قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يُوحَىٰ إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا

@quotephotovideo 🌹🌹🌹
274 of 365 🗓 ISNIN 💕 26 RABIUL AWAL 1446H 30 SEPTEMBER 2024

 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Bismillahirrahmanirrahim 🌹

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.

Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya

••✾•◆❀◆•✾••┈•┈┈••✾•◆❀◆•✾••┈

#AllahjagaKita..😘
#PrayertoremoveCovid19... 🇲🇾

"Menundukkan Ego: Ujian Terbesar dalam Menasihati Diri Sendiri"

Dalam hidup ini, sering kali kita lebih cenderung menasihati orang lain agar berbuat baik.

Namun, apa yang lebih sukar adalah mendidik hati sendiri agar tidak merasa lebih baik daripada orang lain.

Ini adalah satu ujian besar dalam kehidupan seorang Muslim kerana ego yang tidak dikawal boleh memusnahkan keikhlasan dan merosakkan niat yang murni.

Rasulullah SAW pernah bersabda:

"Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya ada sebesar biji sawi dari sifat sombong."
(Hadis Riwayat Muslim)

Sifat sombong ini boleh muncul apabila kita merasakan diri kita lebih baik, lebih bijak atau lebih beriman daripada orang lain.

Menasihati diri sendiri agar sentiasa rendah hati adalah satu jihad yang halus, tetapi amat penting.

Ingatlah bahawa setiap kebaikan yang kita lakukan, sama ada nasihat atau amalan soleh, semua itu adalah kurniaan daripada Allah SWT.

Kita hanyalah hamba yang diberikan kesempatan oleh-Nya untuk berbuat baik.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Hashr, ayat 18:

"Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat)."

Ayat ini mengingatkan kita untuk sentiasa introspeksi diri, bukan sekadar menilai perbuatan orang lain.

Kejayaan sebenar adalah apabila kita mampu menasihati diri sendiri untuk tetap berbuat kebaikan tanpa merasa sombong atau lebih baik dari orang lain.

Sebagai seorang Muslim, marilah kita berdoa agar Allah melindungi hati kita daripada penyakit sombong dan memberikan kita keikhlasan dalam setiap amalan.

Doa Sahih:

اللّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ نَفْسٍ لاَ تَشْبَعُ وَقَلْبٍ لاَ يَخْشَعُ وَعِلْمٍ لاَ يَنْفَعُ

Terjemahan:

"Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari jiwa yang tidak pernah merasa puas, hati yang tidak khusyuk, dan ilmu yang tidak bermanfaat."

Semoga kita semua sentiasa berada di bawah rahmat dan perlindungan-Nya.

SEMOGA BERMANFAAT 🥰

•══◎◎♡◎◎══•

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin.

🎋سبحان الله 🌻الحمد لله🌺لا اله إلا الله 🌼الله اكبر

@quotephotovideo 🌸🌸🌸
48K244
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Contohi Rasulullah SAW Jika Melihat Suatu Yang Disukai dan Dibenci


عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا رَأَى مَا يُحِبُّ قَالَ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ وَإِذَا رَأَى مَا يَكْرَهُ قَالَ الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ

Daripada 'Aisyah RA dia berkata;

"Apabila Rasulullah SAW melihat sesuatu yang baginda sukai, baginda akan mengucapkan: "Segala puji bagi Allah yang dengan nikmat-Nya semua kebaikan menjadi sempurna." dan apabila baginda melihat sesuatu yang dibenci, baginda mengucapkan: "Segala puji bagi Allah atas setiap keadaan."

(Sunan Ibnu Majah No: 3793)
Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1.  Rasulullah SAW mengajar kepada kita adab apabila melihat sesuatu sama ada yang disukai atau yang dibenci.

2.  Apabila melihat sesuatu yang disukai, hendaklah kita mengucapkan kalimah:

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ

"Segala puji bagi Allah yang dengan nikmat-Nya semua kebaikan menjadi sempurna."

3.  Apabila melihat sesuatu yang kita benci hendaklah kita  mengucapkan kalimah:

الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
  
"Segala puji bagi Allah atas setiap keadaan"


Mari kita amalkan kalimah terpuji apabila melihat sesuatu yang disukai mahupun juga yang dibenci

26hb Rabiul Awal 1446H
30hb September 2024


@quotephotovideo 📚📚📚
Tadabbur Kalamullah 26 Rabiul Awwal 1446H

ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِی خَلَقَ

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk)" [Surah al-ʿAlaq 1]

#Membaca di sini tidak hanya merujuk pada membaca al-Quran semata-mata, tetapi juga pada membaca dan menuntut ilmu secara umum. Al-Quran menekankan bahawa membaca dan menuntut ilmu adalah suatu kewajipan bagi setiap muslim untuk meningkatkan keimanan dan pengetahuannya.

#Perintah membaca dalam al-Quran merupakan seruan yang ampuh untuk mencari ilmu, melestarikannya, dan memanfaatkannya untuk kebaikan yang lebih besar. Bacaan yang bagus dan utama ialah membaca al-Quran.

#Daripada Sayidatina Aisyah r.ha, Rasulullah saw bersabda:

الْمَاهِرُ بِالْقُرْآنِ مَعَ السَّفَرَةِ الْكِرَامِ الْبَرَرَةِ وَالَّذِي يَقْرَأُ الْقُرْآنَ وَيَتَتَعْتَعُ فِيهِ وَهُوَ عَلَيْهِ شَاقٌّ لَهُ أَجْرَانِ

"Seorang yang mahir dalam membaca al-Quran akan bersama para malaikat yang mulia dan sentiasa  taat kepada Allah    dan bagi yang membaca al-Quran namun tersangkut-sangkut dan berasa susah buatnya maka untuknya itu dua ganjaran" (HR Muslim)

#Al-Imam an-Nawawi rahimahullah menyatakan dua ganjaran yang diperolehi adalah daripada pembacaannya serta kepayahannya dalam membaca al-Quran.[Lihat: Al-Minhaj Syarh Sahih Muslim)

#Ada seorang lelaki yang rajin membaca al-Quran, akan tetapi amat sedikit yang dihafalnya. Salah seorang anaknya bertanya: "Apakah faedah ayah selalu membaca al-Quran tetapi tidak menghafalnya?!
  
Jawab: "Ayah akan beritahu kepadamu faedahnya, jika kamu selesai mengisi bakul jerami buat mengisi arang ini dengan air dari laut dan bawa pulang ke rumah. Si anak berkata: "Tidak mungkin saya dapat mengisinya. Kata ayah: "Cubalah dahulu".

Si anak itupun mengambil bakul jerami buat mengisi arang, dan segera menuju ke laut yang berhampiran. Dengan segera dia menceduk air laut dengan bakul jerami yang dibawanya dan cepat-cepat pulang menuju kepada bapanya yang berada di rumah.
  
Malangnya sebuah bakul jerami sudah tentu tidak dapat menampung air laut di dalamnya. Air laut terus meleleh keluar dengan laju dari celah-celah anyaman jerami. Apabila sampai di rumah si anak berkata kepada ayahnya: "Tidak ada gunanya untuk saya melakukan kerja ini!"
 
Jawab Ayahnya yang bijaksana: "Jangan kamu cepat berputus asa. Cuba lagi!" Lalu si anak pun melakukan apa yang disuruh ayahnya. Namun hasilnya tetap sama. Tiada sedikitpun air laut di dalam bakul jerami tersebut. Semuanya habis meleleh keluar sebelum si anak sampai di rumah. Si anak terus mencuba kali ketiga, keempat dan kelima, tetapi tetap tidak berhasil membawa pulang bakul jerami penuh berisi air laut.
  
Si anak keletihan dan berkata kepada ayahnya: "Saya tidak mampu lagi untuk mengisi air laut dalam bakul jerami ini."
 
Si ayah terus berkata kepada anaknya: "Tidakkah kamu perasan sesuatu pada bakul itu wahai anakku?!" Si anak tiba-tiba teruja dan berkata: "Benar wahai ayah, kotoran dari sisa arang telah tiada. Bakul jerami ini sekarang benar-benar telah bersih!" Si ayah segera berkata kepada anaknya:

"Demikianlah yang dilakukan oleh al-Quran terhadap hatimu, dunia dan segala kotorannya yang telah memenuhi hatimu umpama kotoran arang di dalam bakul jerami ini. Al-Quran itu pula umpama air laut yang menghilangkan. Al-Quran itu membersihkan hatimu sekalipun kamu tidak menghafalnya".

Bacalah al-Quran, moga Allah swt mengurniakan keindahan dan kebersihan pada hati kita serta kebaikan yang melimpah-limpah dalam kehidupan kita. Aamiiin

🐊Ust naim

@quotephotovideo 📚📚📚
JANGAN LUPAKAN DOA UNTUK KAUM MUSLIMIN DI PALESTINA

Syaikh Dr. Shalih bin Abdillah bin Hamd Al-‘Ushaimi hafizhahullahu ta‘ala mengatakan:

الدعاء من حقوق الإخاء: اللهم اجعل للأقصى و أهله فرجًا، و اكفِ المسلمين شرَّ الأشرار، و كيد الفجَّار.

“Doa itu merupakan hak persaudaraan :

'Ya Allaah berikanlah jalan keluar bagi Al-Aqsha dan penduduknya, serta lindungilah seluruh kaum muslim dari keburukan orang-orang jahat dan makar para pendosa'.”


#savepalestine🇵🇸
#alaqsa
#alaqsamosque

Semoga hari ini lebih baik dari semalam

Aamiin Ya Allah Ya Mujib 🤲🏻😭

☪️  TARIKH ISLAM ☪️
🌙  26 RABIUL AWAL 1446H
🗓  30 SEPTEMBER 2024
📌  ISNIN

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

اعوذبا الله من الشيطان الرجيم

بِسْــــــــــــــمِے اللّٰهِےالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْــــــــــــــمِے🌹

👉 Bersamalah dengan ALLAH,
ALLAH akan menjagamu...
👍

@quotephotovideo 💖💖💖
Isnin, 26 Rabiul Awal  1446H ~

QUOTES, PHOTO & VIDEO hari ini...

tasbih | tahmid | tahlil | takbir

سُبْحَانَ اللهِ وَالحَمْدُ للهِ وَلاَإِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ

subhanallah
walhamdu lillah
wa laa ilaha illallah
wallahu akbar


Semoga hari ini lebih baik dari semalam

♨️ Al-Quranul Karim

📖 Ayat² AL-QURAN02

     📗 Surah Al-Fatihah
     🎧 Surah Al-Mulk

📀 Video QURAN

🎬 Murottal Al-Quran

📿 Koleksi Selawat

🎯 Tahajud & Subuh

🔊 Halwa TELINGA & KALBU

💎 Mutiara Hikmah

🎨 Koleksi Photo & Video

•••••••••✿❃❃•⭑•❃❃✿•••••••••

M U H A R R A M    S A F A R

R A B I U L  A W A L  1446H

Is   Se   Ra   Kh   Ju   Sa   Ah
                      01   02   03   04
05  06   07   08   09   10   11
12  13   14   15   16   17   18
19  20   21   22   23   24   25
26  27   28   29

Aamiin Ya Allah Ya Mujib 🤲🏻😭

sambung di comments 👇

Selamat Pagi  ~ Good Morning 💕

     ○ Awali Hari Dengan Bismillah
     ○ Pesan Untuk Hari Ini
     ○ Hasbunallah Wani'mal Wakil
     ○ Bersyukurlah
     ○ Life…🩷
     ○ Have a Nice Day
     ○ Be your own sunshine….💛
     ○ Calm your mind….🤍

Selamat Datang bulan Rabiul Awal

     ○ 5 Keistimewaan bulan Rabiul Awal
     ○ 6 Keutamaan bulan Rabiul Awal
     ○ Sepanjang bulan Rabiul Awal
     ○ Hari Putih Rabiul Awal
     ○ Istimewanya bulan Rabiul Awal

Surah at-Taubah ayat 128 dan 129

Bismillah 5

Jaga dan Muliakan Al-Quran

Zikir Pagi Penghapus Dosa

8 Zikir asmaul Husna menjemput Rezeki

Lagi Kuat Keimanan Lagi Kuat Ujian

Rasulullah SAW Menyempurnakan Akhlak Manusia

Nasihat Ulama Tentang Menjaga Lisan

Pikiran burukmu membunuhmu

Orang Bertaqwa Dimudahkan Rezeki

Energi orang selalu menular

Pentingnya Istighfar

6 Nikmat Ini Sering Kita Abaikan

🤲 BerDOAlah 📿 Zikir 🎬 VideoClip

     ○ Adab Berdoa
     ○ Doa Ibu Bapa
     ○ Doa Terhindar dari Ujian Berat
     ○ Sayyidul Istighfar
     ○ Zikir Penenang Hati
     ○ Doa Lepas Baca al-Quran
     ○ Surah Ad-Dhuha
     ○ Dua Kalimat
     ○ Doa Qunut Witir
     ○

┅═•❃✽✿❁️♡🌸♡❁☘️✿✽❃•═┅

Salam  ZOHOR, ASAR & MAGHRIB

👑 Asmaul Husna 📿 Al-Matsurat

🇲🇾 Waktu Solat Bandar Utama

Hidup itu singkat, maka nikmatilah
Akhirat itu panjang, maka persiapkanlah


@quotephotovideo 💝💐🙂
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
"Al-Quran: Sahabat Sejati Menuju Syurga"

Setiap Muslim tahu bahawa Al-Quran bukan sekadar kitab biasa.

Ia adalah wahyu suci daripada Allah, panduan hidup, cahaya bagi hati yang kelam, dan petunjuk bagi setiap langkah kita.

Cinta kepada Al-Quran adalah tanda jelas cinta kepada Allah. Sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW:

"Sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya." (HR. Bukhari)

Mereka yang benar-benar mencintai Al-Quran tidak akan menjadikannya sekadar bacaan harian, tetapi sebagai sahabat yang setia.

Bacaan Al-Quran diulang-ulang, diselami maksudnya, ditadabbur dengan penuh perhatian, dan diamalkan dalam kehidupan.

Sebenarnya, Al-Quran adalah penyembuh jiwa yang resah dan pedoman yang menyinari kegelapan hati.

Tidak perlu mencari-cari masa untuk bersama Al-Quran.

Jadikan Al-Quran sebahagian daripada hidupmu, setiap hari, tanpa rasa jemu. Allah SWT berfirman:

"Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang-orang mukmin yang mengerjakan amal saleh bahawa bagi mereka ada pahala yang besar." (Surah Al-Isra', 17:9)

Apabila kita menjadikan Al-Quran teman hidup, ia akan mengubah setiap sudut kehidupan kita.

Ia membawa kita semakin dekat kepada Allah, melunakkan hati kita, dan menjadi saksi bagi kita di akhirat kelak.

Berdoalah agar Allah sentiasa menjadikan kita hamba yang mencintai Al-Quran:

Doa Sahih:

اللّهُمَّ اجْعَلِ القُرْآنَ رَبِيعَ قَلْبِي وَنُورَ صَدْرِي وَجَلَاءَ حُزْنِي وَذَهَابَ هَمِّي

"Ya Allah, jadikanlah Al-Quran sebagai penawar hatiku, cahaya dadaku, penghapus dukacitaku, dan pelenyap kesusahanku." (HR. Ahmad)

Moga kita terus berusaha menjadi pencinta Al-Quran yang sebenar, dan Al-Quran menjadi saksi kita di hari yang penuh hisab nanti.

@quotephotovideo 🍄🍄🍄
"Rahsia Doa Nabi Yunus: Kunci Keluar dari Tekanan dan Kesulitan"

Dalam kehidupan, kita semua pasti akan berdepan dengan pelbagai cabaran dan tekanan yang kadang kala membuatkan kita berasa terhimpit dan putus asa.

Pada saat seperti ini, ingatlah kisah Nabi Yunus A.S. yang telah mengajarkan kita doa yang sangat agung untuk keluar dari kesulitan.

Ketika Nabi Yunus A.S. berada dalam kegelapan perut ikan, baginda tidak putus asa.

Sebaliknya, baginda berdoa dengan penuh keikhlasan kepada Allah SWT.

Doa baginda diabadikan dalam Surah Al-Anbiya' ayat 87:

لَا إِلٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Maksudnya: "Tiada Tuhan melainkan Engkau (Ya Allah), Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk dalam golongan yang zalim."

Doa ini mengandungi pengakuan tentang keesaan Allah dan pengakuan dosa, yang menjadi kunci bagi pembebasan Nabi Yunus A.S. daripada kesusahan.

Allah SWT mengangkat doa tersebut dan menyelamatkan baginda.

Maka, doa ini amat dianjurkan untuk diamalkan ketika kita berhadapan dengan kesusahan dan kegelisahan dalam hidup.

Dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh At-Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda:

"Doa Dzun-Nun (Nabi Yunus A.S.) apabila dia berdoa dalam perut ikan: ‘Laa ilaaha illaa anta subhaanaka inni kuntu minaz zhalimiin’. Sesungguhnya tidak ada seorang Muslim pun yang berdoa dengannya dalam suatu perkara kecuali Allah akan memperkenankan doanya."

Inilah kekuatan doa yang dikurniakan Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya.

Tidak kira betapa beratnya beban yang ditanggung, jangan sekali-kali berputus asa.

Berdoalah dengan penuh keikhlasan dan keyakinan, kerana Allah SWT sentiasa mendengar dan akan membebaskan kita daripada kesulitan sebagaimana Dia membebaskan Nabi Yunus A.S.

Semoga kita semua diberi ketabahan dalam menghadapi ujian dan sentiasa kembali kepada Allah dengan penuh harapan dan keikhlasan.

@quotephotovideo 🎯🎯🎯
"Selesai solat duduklah dulu...
Minta solat diterima Allah SWT..
Kita yakin solat kita banyak kekurangannya..
Kusyuknya tak sempurna, bacaannya pun begitu juga...

Mohonlah, "Ya Allah, yang kurang dari solatku ini, Kau tutuplah dengan rahmatMu."

Sambunglah dengan zikir dan doa.
Adakah kita sudah merasa kaya dan tidak perlu kepada Allah."

AllahuRabbi ..
'Wahai Allah, ampunilah hambaMu yang benar benar lemah dan hina ini'.

Sering saja dunia ini yang aku utamakan, hinggakan sedikit saja yg aku luangkan untuk akhirat bahkan mungkin langsung aku telah lupa kerana leka.

Sama sama kita Muhasabah diri.

@quotephotovideo 🪼🪼🪼
Buat baik dengan orang tak semestinya orang akan hargai. Tetapi Allah akan membalas kebaikan yang kita buat.

Hormat orang tak semestinya kita akan dihormati. Tetapi Allah melihat itu perbuatan yang mulia.

Buat apa sahaja kebaikan tak semestinya orang akan balas dengan baik. Maka berilah kebaikan bukan kerana orangnya, tetapi sebabnya kerana Allah SWT.

Buat baik bukan kerana kita rasa kita orang baik, tetapi kerana kita mahu jadi terbaik disisi Allah, pemilik semua yang baik.

Alhamdulillah

@quotephotovideo 🍁🍁🍁
Ada seseorang yang ditanya tentang kenapa dirinya tidak pernah meninggalkan sholat, lalu beliau menjawab :

"Saya pernah mendengar seorang Syeikh berkata 'wahai orang yang meninggalkan sholat, musibahmu lebih dahsyat daripada musibahnya Iblis. Kerana iblis menolak sujud kepadaNabi Adam, adapun dirimu menolak sujud kepada Tuhan-nya Nabi Adam.

Ada apa denganmu dan Allah? Hingga kau benci untuk menemui-Nya? Ada apa denganmu dan Allah? Sehingga kamu dihalangi untuk melaksanakan sholat?'

رَبِّ اجْعَلْنِيْ مُقِيْمَ الصَّلٰوةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِيْۖ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاۤءِ

"Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan sebahagian anak cucuku orang yang tetap melaksanakan salat. Ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku."

QS. Ibrahim :40

@quotephotovideo 🕸🕸🕸
Cara Mengetahui POSISI KITA DI SISI ALLAH

Para ulama' berkata: Kedudukanmu disisi Allah sesuai dengan dimana engkau sekarang ini didalam kesibukanmu...

Jika engkau ingin mengetahui kedudukanmu disisi Allah maka lihatlah, dimanakah sekarang ini kesibukan mu

▪️Jika engkau tersibukkan diri dengan zikir, maka ketahuilah bahwasannya Allah menginginkan untuk mengingatmu...

▪️Jika engkau tersibukkan dengan Al-Qur'an maka ketahuilah bahwasannya Allah menginginkanmu untuk berbicara atau berinteraksi denganmu...

▪️Jika engkau tersibukkan dengan ketaatan-ketaatan, maka ketahuilah bahwasannya Allah mendekatimu..

▪️Jika engkau tersibukkan dengan dunia, maka ketahuilah bahwasannya Allah menjauhimu...

▪️Jika engkau tersibukkan dengan manusia, maka ketahuilah bahwasannya Allah menghinakanmu...

▪️Jika engkau tersibuk-kan dengan doa, maka ketahuilah bahwasannya Allah menginginkan memberikan sesuatu kepada dirimu...

Yaa Allah...bantulah kami agar selalu mengingat-MU, mensyukuri-MU dan agar mampu beribadah kepada-MU dengan sebaik-baiknya...

Mudah-mudahan kita mendapat taufiq sehingga kita bisa di golongkan dengan orang-orang soleh...


Aamiin

@quotephotovideo 🐾🐾🐾
Hidup kita takkan sunyi dari ujian

Lagi kita dekat dengan Allah, lagi banyak ujian.

Kalau macam tu ustaz, tak perlu dekat dengan Allah lah.

Jika kita tidak dekat dengan Allah, maka lagi dasyat azab yang kita dapat.

Mengapa hadirnya ujian?

Kerana Allah nak kafarahkan dosa kita. Nak bersihkan diri kita dari dosa dan untuk tingkatkan keimanan kita.

Jangan kita cepat melatah, salahkan takdir dan salahkan orang.

Bersangka baiklah pada Allah.

@quotephotovideo 🍄🍄🍄
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Orang toxic memang batu, maka jadikanlah mereka batu loncatan menuju versi terbaik dirimu.

Ketika orang toxic masuk ke dalam hidup Anda, Anda sering merasa terbebani, tetapi sebenarnya ini adalah kesempatan untuk memperkuat diri.

Orang-orang toxic berusaha merendahkan Anda, membuat Anxa meragukan kemampuan diri, atau mempengaruhi emosi Anda dengan hal negatif.

Namun, ingatlah bahwa pengaruh mereka hanya sebanyak yang Anda izinkan.

Pikiran dan perasaan Anda adalah tanggung jawab Anda, bukan mereka.

Ketika berhadapan dengan orang toxic, Anxa bisa memilih untuk mengambil kendali atas reaksi Anda.

Anda bisa menetapkan batasan yang sehat dan memilih untuk tidak terpengaruh oleh kata-kata atau tindakan mereka.

Jadikan situasi ini sebagai pelajaran untuk memperkuat diri dan memahami bahwa ketenangan batin Anda tidak boleh tergantung pada tindakan orang lain.

Orang toxic hadir untuk menguji kesabaran dan ketahanan Anda, karena pada akhirnya, mereka memberikan Anda peluang untuk tumbuh.

Setiap kali Anda berhasil menghadapinya dengan tenang dan bijaksana, Anda menjadi lebih kuat, lebih percaya diri, dan lebih sadar akan nilai diri Anda.

Fokuslah pada apa yang Anda bisa kendalikan: diri sendiri, tujuan hidup, kebahagiaan, dan ketenangan Anda ☺️

@quotephotovideo ♨️♨️♨️
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Video Quran
Surah Ad-Dukhan سورة الدخان
Qari Arif Abdullah Al-Asyi

@quotephotovideo 🔈🔉🔊
2024/10/02 08:26:11
Back to Top
HTML Embed Code: