Telegram Web Link
Ahad, 25 Rabiul Awal  1446H ~

QUOTES, PHOTO & VIDEO hari ini...

tasbih | tahmid | tahlil | takbir

سُبْحَانَ اللهِ وَالحَمْدُ للهِ وَلاَإِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ

subhanallah
walhamdu lillah
wa laa ilaha illallah
wallahu akbar


Semoga hari ini lebih baik dari semalam

♨️ Al-Quranul Karim

📖 Ayat² AL-QURAN02

     📗 Surah Al-Fatihah
     🎧 Surah Al-Mulk

📀 Video QURAN

🎬 Murottal Al-Quran

📿 Koleksi Selawat

🎯 Tahajud & Subuh

🔊 Halwa TELINGA & KALBU

💎 Mutiara Hikmah

🎨 Koleksi Photo & Video

•••••••••✿❃❃•⭑•❃❃✿•••••••••

M U H A R R A M    S A F A R

R A B I U L  A W A L  1446H

Is   Se   Ra   Kh   Ju   Sa   Ah
                      01   02   03   04
05  06   07   08   09   10   11
12  13   14   15   16   17   18
19  20   21   22   23   24   25
26  27   28   29

Aamiin Ya Allah Ya Mujib 🤲🏻😭

sambung di comments 👇

Selamat Pagi  ~ Good Morning 💕

     ○ Awali Hari Dengan Bismillah
     ○ Pesan Untuk Hari Ini
     ○ Hasbunallah Wani'mal Wakil
     ○ Bersyukurlah
     ○ Never give up on hope…🧡
     ○ Have a Nice Day
     ○ Your heart...❤️
     ○ Calm your mind….🤍

Selamat Datang bulan Rabiul Awal

     ○ 5 Keistimewaan bulan Rabiul Awal
     ○ 6 Keutamaan bulan Rabiul Awal
     ○ Sepanjang bulan Rabiul Awal
     ○ Hari Putih Rabiul Awal
     ○ Istimewanya bulan Rabiul Awal

Surah at-Taubah ayat 128 dan 129

Bismillah 5

Jaga dan Muliakan Al-Quran

Zikir Pagi Penghapus Dosa

8 Zikir asmaul Husna menjemput Rezeki

Menunggu Dua Waktu

Larangan Bersikap Ego: Hikmah Surah Luqman

Rezekimu Adalah Milikmu

Istighfar dapat menolok Bala dan Musibah

Hati Itu Mahal

Tak perlu Khuatir Tentang Rezeki

Tanda Hati Lemah

Waktu

🤲 BerDOAlah 📿 Zikir 🎬 VideoClip

     ○ Adab Berdoa
     ○ Doa Ibu Bapa
     ○ Doa Terhindar dari Ujian Berat
     ○ Sayyidul Istighfar
     ○ Zikir Penenang Hati
     ○ Doa Lepas Baca al-Quran
     ○ Surah Ad-Dhuha
     ○ Dua Kalimat
     ○ Doa Qunut Witir
     ○

┅═•❃✽✿❁️♡🌸♡❁☘️✿✽❃•═┅

Salam  ZOHOR, ASAR & MAGHRIB

👑 Asmaul Husna 📿 Al-Matsurat

🇲🇾 Waktu Solat Bandar Utama

Hidup itu singkat, maka nikmatilah
Akhirat itu panjang, maka persiapkanlah


@quotephotovideo 💝💐🙂
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
"Usah Cemburu Pada Rezeki Orang Lain: Rezekimu Pasti Milikmu"

Setiap daripada kita telah ditentukan rezeki masing-masing oleh Allah SWT.

Kadang-kadang, kita merasa iri apabila melihat kejayaan orang lain, jodoh yang baik, atau rezeki yang melimpah.

Namun, cemburu bukanlah jalan yang terbaik.

Dalam Surah Al-Baqarah ayat 286, Allah berfirman:

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya."

Ayat ini menunjukkan bahawa setiap ujian dan rezeki yang kita terima adalah dalam kemampuan kita menghadapinya.

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:

"Lihatlah kepada orang yang lebih rendah darimu, dan janganlah kamu melihat orang yang lebih tinggi darimu, kerana hal itu akan membuatmu tidak meremehkan nikmat Allah yang diberikan kepadamu." (Hadis Riwayat Muslim)

Setiap insan mempunyai bahagian rezeki yang telah ditetapkan.

Tidak ada satu jiwa pun yang akan terlepas dari rezeki yang ditetapkan untuknya.

Oleh itu, usaha kita adalah penting, namun jangan kita lupa bahawa rezeki datang daripada Allah.

Selagi ada peluang, berusahalah dengan sebaik-baiknya kerana Allah melihat setiap usaha yang kita lakukan.

Doa ini boleh diamalkan untuk memohon rezeki yang baik dan keberkatan dalam usaha:

"اللّهُمَّ اكْفِنِي بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَاغْنِنِي بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ"

Yang bermaksud: “Ya Allah, cukupkanlah aku dengan rezeki yang halal, jauhkanlah aku daripada yang haram, dan kayakanlah aku dengan kurniaan-Mu, bukan daripada selain-Mu.”

Dengan doa dan usaha yang berterusan, yakinlah bahawa rezeki yang telah Allah tetapkan buatmu tidak akan tersasar.

Teruskan usaha dan serahkan segalanya kepada-Nya kerana Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita semua.

@quotephotovideo 🐝🐝🐝
"BILA BUMI BERBICARA: TEGURAN UNTUK MANUSIA"

Wahai Anak Adam...

Hari ini engkau melangkah megah di atas bumi ini, namun ingatlah, suatu masa nanti engkau akan bersemadi di dalam perutnya.

Kini engkau berseronok melakukan maksiat di permukaannya, tetapi sedarlah, kelak engkau akan merasakan azab di bawahnya.

Hari ini engkau tersenyum riang di atasnya, namun kelak engkau bakal menangis keseorangan di kegelapannya.

Kini engkau sibuk mengumpul harta dunia, tetapi ingatlah, tiada satu pun harta yang akan menyelamatkanmu ketika engkau terkubur di dalam tanah.

Saat ini engkau dengan rakus menikmati makanan yang haram di dunia, namun ingatlah, kelak jasadmu akan menjadi santapan cacing di alam barzakh.

Ketika ini engkau melangkah sombong di permukaan bumi, tetapi ingatlah, pada akhirnya engkau akan kembali menjadi tanah, tanpa harga diri, tanpa kehormatan.

Sekarang engkau hidup di bawah sinaran matahari, bulan dan bintang, namun kelak engkau akan ditinggalkan dalam kegelapan kuburmu, bersendirian tanpa teman.

Hari ini engkau dikelilingi ramai kenalan, tetapi ingatlah, di dalam kubur nanti, engkau akan keseorangan tanpa sesiapa.

Ya Allah...

Ampunilah kami yang amalnya masih sedikit.

Ampunilah kami yang sering tewas kepada riya’.

Ampunilah kami yang belum bersungguh-sungguh mempersiapkan diri untuk bertemu dengan-Mu.

Ampunilah kami yang masih leka dari mencari bekal buat akhirat.

Mari kita persiapkan diri dengan amal yang terbaik sepanjang hayat ini, kerana sesungguhnya kematian itu amat dekat.

Alhamdulillah ♥️

@quotephotovideo 🌎🌍🌏
Jangan sekali kita merasakan ujian yang kita hadapi sebagai LEBIH besar dari orang lain atau ANGGAP KECIL ujian orang lain hanya kerana kuantitinya atau hatta dek kerana berat jenis ujian.

Satu ujian yang kelihatan kecil pada andaian mata kita mungkin beribu kali lebih berat pada orang tersebut.

Semua bergantung kepada iman, situasi dan persediaan. Contoh : tayar pancit di tengah jalan mungkin simple pada kita, tapi tidak bagi sesetengah orang yang mungkin membawa kemurungan teruk & sudah terlewat etc.

Pengajaran : Jangan melihat ujian ke atas kitalah yang terbesar sebaliknya rasakan ujian kepada orang lain lebih besar, agar kita lebih kuat hadapi ujian kita walau sebesar manapun ia. Anggaplah ia masih kecil dan boleh diselesaikan.

@quotephotovideo 🍁🍁🍁
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Nasib itu seperti pertandingan yang tak bisa kita prediksi.

Kadang, kita melihat orang lain dan terlalu cepat menilai mereka dari luar: dari penampilan, kekurangan, atau bahkan kelemahan yang mereka tunjukkan.

Namun, kita sering lupa bahwa nasib tidak selalu memihak pada yang terlihat kuat, dan kemenangan tak selalu datang kepada yang merasa paling unggul.

Dalam hidup, setiap orang punya cerita.

Setiap orang punya perjuangannya masing-masing.

Jangan pernah meremehkan seseorang hanya karena dia terlihat lemah atau berbeda dari apa yang kita harapkan.

Kita tidak pernah tahu seberapa besar tekad, kekuatan, dan hati yang tersembunyi di balik raga mereka.

Kemenangan sering kali datang kepada mereka yang terus berjuang meskipun tak dianggap.

Sikap merendahkan orang lain bukan hanya tidak manusiawi, tapi juga menjadi penghalang bagi kita untuk belajar dari mereka.

Setiap orang, bahkan lawan kita, punya sesuatu yang bisa diajarkan.

Karena pada akhirnya, yang menentukan nasib bukanlah seberapa besar otot atau seberapa hebat kita terlihat, melainkan seberapa kuat kita bertahan, seberapa besar kita percaya pada diri sendiri, dan seberapa rendah hati kita dalam menghadapi orang lain.

Pikiran yang sama hanya akan menciptakan nasib yang sama.

Maka untuk mengubah nasib Anda, ubahlah pikiran Anda!

@quotephotovideo ♨️♨️♨️
Jadilah penanam kebaikan semasa di dunia, maka kamu akan menuai limpahan rahmat Allah kelak di akhirat.

Angin tidak berhembus untuk menggoyangkan pepohonan, melainkan menguji kekuatan akarnya.


@quotephotovideo 🌴🌴🌴
RENUNGAN KEHIDUPAN

𝗠𝗔𝗧𝗔 𝘀𝗲𝗹𝗮𝗹𝘂 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗺𝗲𝗻𝗶𝗹𝗮𝗶,....

𝗛𝗔𝗧𝗜 𝘁𝗮𝗸 𝘁𝗲𝗿𝗷𝗮𝗴𝗮 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗯𝘂𝗿𝘂𝗸 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮,....

𝗞𝗔𝗞𝗜" 𝘁𝗮𝗸 𝘁𝗲𝗿𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗵.

𝗣𝗜𝗞𝗜𝗥𝗔𝗡 " 𝘁𝗮𝗸 𝘀𝗲𝗷𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗿𝗲𝗮𝗹𝗶𝘁𝗮.

𝗗𝗨𝗡𝗜𝗔 𝗺𝗲𝗺𝗯𝘂𝗮𝘁𝗻𝘆𝗮 𝗹𝘂𝗽𝗮 𝘀𝗲𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗵𝗶𝗱𝘂𝗽 𝘀𝗲𝗿𝗶𝗯𝘂 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 𝗹𝗮𝗺𝗮𝗻𝘆𝗮.

𝗞𝗘𝗔𝗡𝗚𝗞𝗨𝗛𝗔𝗡, 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗥𝗔𝗞𝗔𝗛𝗔𝗡, 𝗘𝗚𝗢𝗜𝗦 𝗱𝗮𝗻 𝗶𝗻𝗴𝗶𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶 𝗺𝗲𝗻𝘂𝘁𝘂𝗽 𝗺𝗮𝘁𝗮 𝗵𝗮𝘁𝗶.

𝗦𝗜𝗙𝗔𝗧 𝗸𝗶𝗸𝗶𝗿 𝗱𝗮𝗻 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗱𝘂𝗹𝗶 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝘀𝗲𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗵𝗮𝗹 𝗯𝗶𝗮𝘀𝗮.

𝗛𝗜𝗗𝗨𝗣 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝘂𝗵 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗔𝗟𝗟𝗔𝗛 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗶𝗽𝘁𝗮𝗸𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮.

𝗗𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗿𝗶𝗻𝘆𝗮 𝗹𝘂𝗽𝗮 𝗯𝗮𝗵𝘄𝗮 𝗱𝗶𝗮 𝗵𝗮𝗻𝘆𝗮𝗹𝗮𝗵 "𝗧𝗔𝗡𝗔𝗛 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗜𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗡𝗬𝗔𝗪𝗔"

𝗬𝗔𝗔 𝗥𝗔𝗕𝗕,

Tuntun dan bimbing hambamu yang lemah ini dalam petunjuk, keridhaan dan Rahmat (kasih sayang)-Mu.

Limpahkan rezeki yang halal dan 𝗯𝗲𝗿𝗸𝗮𝗵

Istiqomahkan 𝗵𝗮𝗺𝗯𝗮 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗸𝗲𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗯𝗮𝗶𝗸𝗮𝗻.

𝗠𝘂𝗱𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗸𝗲𝘀𝘂𝗹𝗶𝘁𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝘂𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗱𝘂𝗻𝗶𝗮.

𝗗𝗮𝗻 𝗷𝗮𝗱𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗮𝗸𝗵𝗶𝗿 𝗸𝗲𝗵𝗶𝗱𝘂𝗽𝗮𝗻 𝗶𝗻𝗶 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗸𝗲𝗯𝗮𝗶𝗸𝗮𝗻,.... 𝗔𝗔𝗠𝗜𝗜𝗡

@quotephotovideo 🪼🪼🪼
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Video Quran
Surah Az Zukhruf سورة الزخرف
Qari Arif Abdullah Al-Asyi

@quotephotovideo 🔈🔉🔊
Indahnya Hidup Memberi 🍃
Sebarkan Jika Bermanfaat 🥀

@quotephotovideo 🍄🍄🍄
TANDA ORANG BIJAK

Pesan guruku :" Tanda orang yg bijak itu ada enam:-

1. Apabila menyebut nama Allah, dia merasa bangga.

2. Apabila menyebut nama dirinya, dia merasa hina.

3. Apabila memperhatikan ayat-ayat Allah, dia ambil pelajarannya.

4. Apabila timbul keinginan untuk bermaksiat, dia segera mencegahnya.

5. Apabila disebutkan ampunan Allah, dia merasa gembira.

6. Dan apabila mengingat dosanya, dia segera beristighfar."

Ayuh banyakkan istighfar...

@quotephotovideo 🐿🐿🐿
Buatlah baik kerana Allah

Menunjukkan kebaikan itu baik
Menyembunyikan kebaikan itu pun baik.

Yang tidak baiknya ialah yang tak nak buat baik
Yang lebih teruk lagi menghina dan mengata orang yang buat baik.

Bila diajak berbuat baik, ada saja alasannya untuk menolak.

Tak perlu berdebat panjang antara buat baik secara sembunyi-sembunyi atau terang-terangan..

Yang penting terus berbuat baik selagi masih ada kesempatan.

ltu yang paling penting
.

@quotephotovideo 🐠🐠🐠
Daripada Sayyidina Umar Al-Khatab radhiyallahu 'anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

“Barang siapa mengerjakan solat malam dan dia membaguskan solatnya, maka Allah memuliakannya dengan 9 perkara. 5 perkara di dunia dan 4 perkara di akhirat.

Adapun 5 perkara di dunia adalah :
1. Dijaga oleh Allah dari berbagai bencana.
2. Bekas ketaatan tampak di wajahnya.
3. Disukai oleh para hamba Allah.
4. Lisannya mampu mengucapkan kata-kata yang mengandung hikmah.
5. Dijadikan orang yang bijaksana.

Sementara 4 kebaikan nanti di akhirat adalah:
1. Dibangkitkan dari kuburnya dengan wajah berseri.
2. Diringankan hisabnya.
3. Mampu melewati titian sirat laksana kilat.
4. Diberikan kitab catatan amalnya pada tangan kanan”


[Hadis Riwayat Bukhari]

@quotephotovideo 🍭🍭🍭
Apa persiapan kita pulang?

Harta akan ditinggalkan.
Keluarga akan ditinggalkan.
Pekerjaan juga akan ditinggalkan.
Hanya amalan yang akan dibawa pulang.

Maka perbanyakkan amal kebaikan, kumpul pahala. Banyakkan istighfar, kurangkan dosa.
Penyakit yang akan menimpa manusia kata Nabi adalah penyakit cintakan dunia dan takutkan kematian. Cerita harta rasa seronok, cerita kematian tiada keinsafan. Hati-hati.

Ajaklah orang solat.
Ajaklah orang buat baik.
Ajaklah orang tinggalkan keburukan.
Urusan kita hanya mengajak. Yang berikan hidayah adalah Allah.

1 orang yang baca post kita mula buat baik, pahala yang orang tu dapat akan diberikan juga kepada kita tanpa dikurangi sedikit pun.

Kurangkan mencela.
Kurangkan mengumpat.
Kurangkan mencari salah orang.
Hidup kita tidak lama. Esok-esok kita pasti mati.

Bersiaplah.

@quotephotovideo 🐾🐾🐾
Ketika hatimu merasa sunyi, maka BERZIKIRLAH kerana ALLAH itu Maha Mendengar.

Ketika hatimu merasa gembira, maka BERSYUKURLAH kerana ALLAH itu Maha Memberi.

Ketika hatimu di dalam keadaan sedang marah, maka BERISTIGHFARLAH kerana ALLAH itu sangat Maha Pemaaf.

Ketika mana hatimu merasa sangat sedih, maka BERSUJUDLAH kepada ALLAH. Kerana ALLAH itu Maha Pengasih.

Sahabatku,
Ketahuilah terkadang ALLAH memberi apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu kerana ALLAH Maha Tahu apa yang terbaik buat kita.

Sesungguhnya, ALLAH itu Maha Adil juga Maha Penyayang. Segala yang berlaku akan ada hikmahnya yang baik buat kita.

Sahabatku,
Latihlah hatimu untuk BERPRASANGKA BAIK terhadap ALLAH.

Bahkan latihlah hatimu untuk sentiasa BERGANTUNG KEPADA ALLAH bukan kepada manusia.

Sahabatku,
Latih hatimu untuk BERSYUKUR sentiasa, kerana Insha ALLAH kita akan merasakan bahagia.

Dan latihlah hatimu untuk sentiasa menjadi orang yang sering MEMINTA MAAF dan MEMAAFKAN, Insha ALLAH keresahan di hatimu itu akan sirna.

Semoga kita semua dapat mengamalkannya. Insha ALLAH dan semoga hidup kita akan sentiasa di dalam ketenangan.

Bahkan yang lebih utama adalah semoga kita sentiasa di dalam payungan rahmat dan redha ALLAH. Insha ALLAH.

Sahabatku,
Maka aku berpesan akan perihal ini untuk diriku terlebih dahulunya dan buat pedoman kalian semua yang membacanya.

Semoga ia membawa manfaat keatasku dalam memperbaiki diri dan juga buat kalian semua.
Insha ALLAH.

" Jangan terasa adanya diri "

@quotephotovideo 🌿🌿🌿
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ اِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

لا إلهَ إلاّ اللّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ الْمُبِين

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرِ

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ

لاَّ إِلَـهَ إِلاَّ أَنتَ سُبْحَـنَكَ إِنِّى كُنتُ مِنَ الظَّـلِمِينَ

وَأُفَوِّضُ أَمۡرِيٓ إِلَى ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَصِيرُۢ بِٱلۡعِبَادِ

ماشاء الله لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ

@quotephotovideo 📿📿📿
آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آمَنَ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنتَ مَوْلَانَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

•••┈••••○❁🍃💙🍃❁○••••┈•••

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لا إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَااسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإنَّهُ لا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ

•••┈••••○❁🍃🧡🍃❁○••••┈•••

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي العَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

@quotephotovideo 📿📿📿
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنزَلَ عَلَىٰ عَبْدِهِ الْكِتَابَ وَلَمْ يَجْعَل لَّهُ عِوَجًا

قَيِّمًا لِّيُنذِرَ بَأْسًا شَدِيدًا مِّن لَّدُنْهُ وَيُبَشِّرَ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا حَسَنًا

مَّاكِثِينَ فِيهِ أَبَدًا

وَيُنذِرَ الَّذِينَ قَالُوا اتَّخَذَ اللَّهُ وَلَدًا

مَّا لَهُم بِهِ مِنْ عِلْمٍ وَلَا لِآبَائِهِمْ كَبُرَتْ كَلِمَةً تَخْرُجُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ إِن يَقُولُونَ إِلَّا كَذِبًا

فَلَعَلَّكَ بَاخِعٌ نَّفْسَكَ عَلَىٰ آثَارِهِمْ إِن لَّمْ يُؤْمِنُوا بِهَٰذَا الْحَدِيثِ أَسَفًا

إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَّهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا

وَإِنَّا لَجَاعِلُونَ مَا عَلَيْهَا صَعِيدًا جُرُزًا

أَمْ حَسِبْتَ أَنَّ أَصْحَابَ الْكَهْفِ وَالرَّقِيمِ كَانُوا مِنْ آيَاتِنَا عَجَبًا

إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوا رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

┅══•❃✽✿❁️♡🌸♡❁☘️✿✽❃•══┅

الَّذِينَ كَانَتْ أَعْيُنُهُمْ فِي غِطَاءٍ عَن ذِكْرِي وَكَانُوا لَا يَسْتَطِيعُونَ سَمْعًا

أَفَحَسِبَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَن يَتَّخِذُوا عِبَادِي مِن دُونِي أَوْلِيَاءَ إِنَّا أَعْتَدْنَا جَهَنَّمَ لِلْكَافِرِينَ نُزُلًا

قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُم بِالْأَخْسَرِينَ أَعْمَالًا

الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا

أُولَٰئِكَ الَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِ رَبِّهِمْ وَلِقَائِهِ فَحَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فَلَا نُقِيمُ لَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَزْنًا

ذَٰلِكَ جَزَاؤُهُمْ جَهَنَّمُ بِمَا كَفَرُوا وَاتَّخَذُوا آيَاتِي وَرُسُلِي هُزُوًا

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ كَانَتْ لَهُمْ جَنَّاتُ الْفِرْدَوْسِ نُزُلًا

خَالِدِينَ فِيهَا لَا يَبْغُونَ عَنْهَا حِوَلًا

قُل لَّوْ كَانَ الْبَحْرُ مِدَادًا لِّكَلِمَاتِ رَبِّي لَنَفِدَ الْبَحْرُ قَبْلَ أَن تَنفَدَ كَلِمَاتُ رَبِّي وَلَوْ جِئْنَا بِمِثْلِهِ مَدَدًا

قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يُوحَىٰ إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا

@quotephotovideo 🌹🌹🌹
274 of 365 🗓 ISNIN 💕 26 RABIUL AWAL 1446H 30 SEPTEMBER 2024

 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Bismillahirrahmanirrahim 🌹

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.

Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya

••✾•◆❀◆•✾••┈•┈┈••✾•◆❀◆•✾••┈

#AllahjagaKita..😘
#PrayertoremoveCovid19... 🇲🇾

"Menundukkan Ego: Ujian Terbesar dalam Menasihati Diri Sendiri"

Dalam hidup ini, sering kali kita lebih cenderung menasihati orang lain agar berbuat baik.

Namun, apa yang lebih sukar adalah mendidik hati sendiri agar tidak merasa lebih baik daripada orang lain.

Ini adalah satu ujian besar dalam kehidupan seorang Muslim kerana ego yang tidak dikawal boleh memusnahkan keikhlasan dan merosakkan niat yang murni.

Rasulullah SAW pernah bersabda:

"Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya ada sebesar biji sawi dari sifat sombong."
(Hadis Riwayat Muslim)

Sifat sombong ini boleh muncul apabila kita merasakan diri kita lebih baik, lebih bijak atau lebih beriman daripada orang lain.

Menasihati diri sendiri agar sentiasa rendah hati adalah satu jihad yang halus, tetapi amat penting.

Ingatlah bahawa setiap kebaikan yang kita lakukan, sama ada nasihat atau amalan soleh, semua itu adalah kurniaan daripada Allah SWT.

Kita hanyalah hamba yang diberikan kesempatan oleh-Nya untuk berbuat baik.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Hashr, ayat 18:

"Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat)."

Ayat ini mengingatkan kita untuk sentiasa introspeksi diri, bukan sekadar menilai perbuatan orang lain.

Kejayaan sebenar adalah apabila kita mampu menasihati diri sendiri untuk tetap berbuat kebaikan tanpa merasa sombong atau lebih baik dari orang lain.

Sebagai seorang Muslim, marilah kita berdoa agar Allah melindungi hati kita daripada penyakit sombong dan memberikan kita keikhlasan dalam setiap amalan.

Doa Sahih:

اللّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ نَفْسٍ لاَ تَشْبَعُ وَقَلْبٍ لاَ يَخْشَعُ وَعِلْمٍ لاَ يَنْفَعُ

Terjemahan:

"Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari jiwa yang tidak pernah merasa puas, hati yang tidak khusyuk, dan ilmu yang tidak bermanfaat."

Semoga kita semua sentiasa berada di bawah rahmat dan perlindungan-Nya.

SEMOGA BERMANFAAT 🥰

•══◎◎♡◎◎══•

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin.

🎋سبحان الله 🌻الحمد لله🌺لا اله إلا الله 🌼الله اكبر

@quotephotovideo 🌸🌸🌸
48K244
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Contohi Rasulullah SAW Jika Melihat Suatu Yang Disukai dan Dibenci


عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا رَأَى مَا يُحِبُّ قَالَ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ وَإِذَا رَأَى مَا يَكْرَهُ قَالَ الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ

Daripada 'Aisyah RA dia berkata;

"Apabila Rasulullah SAW melihat sesuatu yang baginda sukai, baginda akan mengucapkan: "Segala puji bagi Allah yang dengan nikmat-Nya semua kebaikan menjadi sempurna." dan apabila baginda melihat sesuatu yang dibenci, baginda mengucapkan: "Segala puji bagi Allah atas setiap keadaan."

(Sunan Ibnu Majah No: 3793)
Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1.  Rasulullah SAW mengajar kepada kita adab apabila melihat sesuatu sama ada yang disukai atau yang dibenci.

2.  Apabila melihat sesuatu yang disukai, hendaklah kita mengucapkan kalimah:

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ

"Segala puji bagi Allah yang dengan nikmat-Nya semua kebaikan menjadi sempurna."

3.  Apabila melihat sesuatu yang kita benci hendaklah kita  mengucapkan kalimah:

الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
  
"Segala puji bagi Allah atas setiap keadaan"


Mari kita amalkan kalimah terpuji apabila melihat sesuatu yang disukai mahupun juga yang dibenci

26hb Rabiul Awal 1446H
30hb September 2024


@quotephotovideo 📚📚📚
Tadabbur Kalamullah 26 Rabiul Awwal 1446H

ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِی خَلَقَ

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk)" [Surah al-ʿAlaq 1]

#Membaca di sini tidak hanya merujuk pada membaca al-Quran semata-mata, tetapi juga pada membaca dan menuntut ilmu secara umum. Al-Quran menekankan bahawa membaca dan menuntut ilmu adalah suatu kewajipan bagi setiap muslim untuk meningkatkan keimanan dan pengetahuannya.

#Perintah membaca dalam al-Quran merupakan seruan yang ampuh untuk mencari ilmu, melestarikannya, dan memanfaatkannya untuk kebaikan yang lebih besar. Bacaan yang bagus dan utama ialah membaca al-Quran.

#Daripada Sayidatina Aisyah r.ha, Rasulullah saw bersabda:

الْمَاهِرُ بِالْقُرْآنِ مَعَ السَّفَرَةِ الْكِرَامِ الْبَرَرَةِ وَالَّذِي يَقْرَأُ الْقُرْآنَ وَيَتَتَعْتَعُ فِيهِ وَهُوَ عَلَيْهِ شَاقٌّ لَهُ أَجْرَانِ

"Seorang yang mahir dalam membaca al-Quran akan bersama para malaikat yang mulia dan sentiasa  taat kepada Allah    dan bagi yang membaca al-Quran namun tersangkut-sangkut dan berasa susah buatnya maka untuknya itu dua ganjaran" (HR Muslim)

#Al-Imam an-Nawawi rahimahullah menyatakan dua ganjaran yang diperolehi adalah daripada pembacaannya serta kepayahannya dalam membaca al-Quran.[Lihat: Al-Minhaj Syarh Sahih Muslim)

#Ada seorang lelaki yang rajin membaca al-Quran, akan tetapi amat sedikit yang dihafalnya. Salah seorang anaknya bertanya: "Apakah faedah ayah selalu membaca al-Quran tetapi tidak menghafalnya?!
  
Jawab: "Ayah akan beritahu kepadamu faedahnya, jika kamu selesai mengisi bakul jerami buat mengisi arang ini dengan air dari laut dan bawa pulang ke rumah. Si anak berkata: "Tidak mungkin saya dapat mengisinya. Kata ayah: "Cubalah dahulu".

Si anak itupun mengambil bakul jerami buat mengisi arang, dan segera menuju ke laut yang berhampiran. Dengan segera dia menceduk air laut dengan bakul jerami yang dibawanya dan cepat-cepat pulang menuju kepada bapanya yang berada di rumah.
  
Malangnya sebuah bakul jerami sudah tentu tidak dapat menampung air laut di dalamnya. Air laut terus meleleh keluar dengan laju dari celah-celah anyaman jerami. Apabila sampai di rumah si anak berkata kepada ayahnya: "Tidak ada gunanya untuk saya melakukan kerja ini!"
 
Jawab Ayahnya yang bijaksana: "Jangan kamu cepat berputus asa. Cuba lagi!" Lalu si anak pun melakukan apa yang disuruh ayahnya. Namun hasilnya tetap sama. Tiada sedikitpun air laut di dalam bakul jerami tersebut. Semuanya habis meleleh keluar sebelum si anak sampai di rumah. Si anak terus mencuba kali ketiga, keempat dan kelima, tetapi tetap tidak berhasil membawa pulang bakul jerami penuh berisi air laut.
  
Si anak keletihan dan berkata kepada ayahnya: "Saya tidak mampu lagi untuk mengisi air laut dalam bakul jerami ini."
 
Si ayah terus berkata kepada anaknya: "Tidakkah kamu perasan sesuatu pada bakul itu wahai anakku?!" Si anak tiba-tiba teruja dan berkata: "Benar wahai ayah, kotoran dari sisa arang telah tiada. Bakul jerami ini sekarang benar-benar telah bersih!" Si ayah segera berkata kepada anaknya:

"Demikianlah yang dilakukan oleh al-Quran terhadap hatimu, dunia dan segala kotorannya yang telah memenuhi hatimu umpama kotoran arang di dalam bakul jerami ini. Al-Quran itu pula umpama air laut yang menghilangkan. Al-Quran itu membersihkan hatimu sekalipun kamu tidak menghafalnya".

Bacalah al-Quran, moga Allah swt mengurniakan keindahan dan kebersihan pada hati kita serta kebaikan yang melimpah-limpah dalam kehidupan kita. Aamiiin

🐊Ust naim

@quotephotovideo 📚📚📚
2024/11/19 23:04:18
Back to Top
HTML Embed Code: