Telegram Web Link
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Rasulullah SAW Pembawa Rahmat


عَنْ أَبِي صَالِحٍ قَالَ: كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُنَادِيهِمْ: يَا أَيُّهَا النَّاسُ, إِنَّمَا أَنَا رَحْمَةٌ مُهْدَاةٌ.

Daripada Abu Soleh RA, beliau berkata:

"Adalah Nabi SAW (pada suatu hari) menyeru para sahabat: "Wahai sekalian manusia! (Ketahuilah) Bahawa sesungguhnya daku ini adalah rahmat yang dihadiahkan (oleh Allah SWT kepada seluruh alam)."

(Hadis riwayat Ad-Darimi, No: 15, Al-Hakim dalam Al-Mustadrak, No: 98, beliau berkata: " Hadis ini adalah sahih dengan mengikuti syarat-syarat yang telah digariskan oleh Imam al-Bukhari & Muslim).

Pengajaran:

1.  Rasulullah SAW adalah rahmat yang diutus untuk seluruh alam.
Firman Allah:

وَمَآ أَرۡسَلۡنَٰكَ إِلَّا رَحۡمَةٗ لِّلۡعَٰلَمِينَ ١٠٧

Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. (al-Anbiya:107).

2.  Menurut Ibnu Abbas, Allah mengutus Nabi Muhammad SAW sebagai rahmat bagi seluruh manusia, baik mukmin mahupun kafir. Rahmat bagi orang mukmin iaitu Allah memberinya petunjuk dengan sebab diutusnya Rasulullah. Baginda penyebab memasukkan orang-orang beriman ke dalam syurga dengan iman dan amal mereka terhadap perintah Allah. Sedangkan rahmat bagi orang kafir, berupa tidak disegerakannya bencana seperti yang menimpa umat-umat terdahulu yang mengingkari perintah Allah.

3.  Rahmat adalah kasih sayang. Nabi SAW diutuskan semata-mata untuk membawa risalah ketauhidan, iaitu dengan mengeluarkan manusia daripada lembah penghambaan sesama manusia kepada semata-mata menyembah Allah SWT, Tuhan Yang Esa. Risalah tauhid ini disampaikan dengan penuh rahmat melalui jalan dakwah iaitu mengajak manusia beriman kepada Allah SWT. Tatkala manusia itu beriman maka alam pun akan mendapat manfaat diatas keimanan tersebut. Itulah rahmat dan hadiah yang besar daripada Allah SWT kepada seluruh alam.

4.  Para sarjana menyatakan bahawa rahmat itu adalah kasih sayang iaitu sifat memberikan manfaat kepada orang lain juga sifat bersusah payah demi memberikan kemudahan kepada orang lain atau makhluk alam juga menjauhkannya daripada bencana.

Jadilah kita pewaris sifat rahmah kepada sesama manusia juga kepada makhluk alam yang lain.

21hb Rabiul Awal 1446H
25hb September 2024


@quotephotovideo 📚📚📚
Tadabbur Kalamullah 21 Rabiul Awwal 1446H

وَمَن یَقۡنُتۡ مِنكُنَّ لِلَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَتَعۡمَلۡ صَـٰلِحࣰا نُّؤۡتِهَاۤ أَجۡرَهَا مَرَّتَیۡنِ وَأَعۡتَدۡنَا لَهَا رِزۡقࣰا كَرِیمࣰا

"Dan sesiapa di antara kamu semua (isteri-isteri nabi) tetap taat kepada Allah dan RasulNya serta mengerjakan amal yang soleh, Kami akan beri kepadanya pahala amalnya itu dua kali ganda, dan Kami sediakan baginya limpah kurnia yang mulia" [Surah al-Aḥzāb 31]

#Allah swt menjanjikan pahala dua kali ganda kepada isteri-isteri nabi saw yang patuh dan taat mengikuti perintah Allah dan RasulNya.

#Hal ini kerana pahala yang pertama adalah sebagai seorang Muslim dan pahala yang kedua adalah kerana mereka menjadi contoh kepada wanita-wanita Muslim yang lain. Orang yang berada di kedudukan yang tinggi, kebaikan dan kesalahan mereka bukan hanya pada mereka sahaja, tetapi diikuti dan dicontohi oleh orang lain.

#Maka jikalau mereka berbuat salah, mereka akan diikuti oleh orang bawahan dan kalau mereka berbuat baik, maka mereka juga akan diikuti dengan kebaikan itu. Maka kerana itu kalau baik atau buruk, mereka mendapat dua kali ganda ganjaran. Bahkan di akhirat kelak mereka akan diberikan dengan balasan syurga dengan nikmat yang berkekalan.

#Jom kenali isteri-isteri Baginda Rasulullah saw:

1. Ulamak sirah bersepakat, wanita pertama yang dikahwini oleh Baginda saw ialah Sayidatina Khadijah binti Khuwailid r.ha. Demikian juga Baginda saw tidak mengahwini mana-mana wanita lain sehinggalah Sayidatina Khadijah meninggal dunia.

2. Ulamak juga bersepakat ketika Baginda saw wafat, isteri Baginda seramai 9 orang iaitu Sayidatina 'Aisyah, Hafsah, Saudah, Zainab, Ummu Salamah, Ummu Habibah, Maimunah, Juwairiah dan Safiyyah r.anhum. (Lihat: Syarah Sahih Muslim)

3. Ulamak juga bersepakat isteri Baginda bernama Sayidatina Zainab binti Khuzaimah meninggal dunia ketika Nabi saw masih hidup.

4. Kesemua nama-nama di atas seramai 11 orang, telah disepakati oleh para ulamak, mereka adalah isteri Nabi saw.

5. Enam orang dari bangsa Quraisy iaitu Sayidatina Khadijah, Saudah, 'Aisyah, Hafsah, Ummu Salamah dan Ummu Habibah r.a.

6. Empat orang dari bangsa Arab lain, iaitu Sayidatina Zainab binti Khuzaimah, Zainab binti Jahsy, Juwairiah dan Maimunah.

7. Dan seorang dari keturunan Bani Israil iaitu Sayidatina Safiyyah binti Huyai.

8. Dua orang dari mereka meninggal ketika hayat baginda saw. Mereka ialah Sayidatina Khadijah dan Zainab binti Khuzaimah r.ha. Manakala sembilan yang lain masih hidup ketika Baginda meninggal dunia.

#Para isteri Baginda saw merupakan antara manusia yang mulia dan sangat mentaati Allah swt dan wajar dicontohi dan diteladani.

#Imam Al-Alusi di dalam tafsirnya menyebut bahawa isteri-isteri nabi saw sama sekali tidak sama dengan wanita-wanita yang ada di zamannya. Mereka mendapat dua kemuliaan, pertama menjadi isteri Nabi saw dan yang kedua menjadi ibu-ibu bagi orang mukmin"

#Berkata Imam at-Tahawi: "Sesiapa yang memperelokkan kata-katanya terhadap para sahabat dan juga para isteri Nabi yang mulia lagi suci serta zuriatnya dan menjauhkan diri dari menyebut perkataan yang buruk tentang mereka, maka dia telah bebas daripada kemunafikan" (Lihat: al-Akidah at-Tohawiyah)

Di antara cara memuliakan Nabi saw adalah dengan memuliakan dan menghormati kedudukan isteri-isteri Nabi saw. Menjadi kewajipan setiap muslim pada setiap tempat dan masa untuk memuliakan Nabi saw

🐊Ust naim

@quotephotovideo 📚📚📚
JANGAN LUPAKAN DOA UNTUK KAUM MUSLIMIN DI PALESTINA

Syaikh Dr. Shalih bin Abdillah bin Hamd Al-‘Ushaimi hafizhahullahu ta‘ala mengatakan:

الدعاء من حقوق الإخاء: اللهم اجعل للأقصى و أهله فرجًا، و اكفِ المسلمين شرَّ الأشرار، و كيد الفجَّار.

“Doa itu merupakan hak persaudaraan :

'Ya Allaah berikanlah jalan keluar bagi Al-Aqsha dan penduduknya, serta lindungilah seluruh kaum muslim dari keburukan orang-orang jahat dan makar para pendosa'.”


#savepalestine🇵🇸
#alaqsa
#alaqsamosque

Semoga hari ini lebih baik dari semalam

Aamiin Ya Allah Ya Mujib 🤲🏻😭

☪️  TARIKH ISLAM ☪️
🌙  21 RABIUL AWAL 1446H
🗓  25 SEPTEMBER 2024
📌  RABU

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

اعوذبا الله من الشيطان الرجيم

بِسْــــــــــــــمِے اللّٰهِےالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْــــــــــــــمِے🌹

👉 Bersamalah dengan ALLAH,
ALLAH akan menjagamu...
👍

@quotephotovideo 💖💖💖
Rabu, 21 Rabiul Awal  1446H ~

QUOTES, PHOTO & VIDEO hari ini...

tasbih | tahmid | tahlil | takbir

سُبْحَانَ اللهِ وَالحَمْدُ للهِ وَلاَإِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ

subhanallah
walhamdu lillah
wa laa ilaha illallah
wallahu akbar


Semoga hari ini lebih baik dari semalam

♨️ Al-Quranul Karim

📖 Ayat² AL-QURAN02

     📗 Surah Al-Fatihah
     🎧 Surah Al-Mulk

📀 Video QURAN

🎬 Murottal Al-Quran

📿 Koleksi Selawat

🎯 Tahajud & Subuh

🔊 Halwa TELINGA & KALBU

🎨 Koleksi Photo & Video

•••••••••✿❃❃•⭑•❃❃✿•••••••••

M U H A R R A M    S A F A R

R A B I U L  A W A L  1446H

Is   Se   Ra   Kh   Ju   Sa   Ah
                      01   02   03   04
05  06   07   08   09   10   11
12  13   14   15   16   17   18
19  20   21   22   23   24   25
26  27   28   29

Aamiin Ya Allah Ya Mujib 🤲🏻😭

sambung di comments 👇

Selamat Pagi  ~ Good Morning 💕

     ○ Awali Hari Dengan Bismillah
Pesan Untuk Hari Ini
     ○ Hasbunallah Wani'mal Wakil
     ○ Bersyukurlah
     ○ Protect your peace…
     ○ Take care of your soul…
     ○ Your heart...❤️
     ○ Heart...💜

Selamat Datang bulan Rabiul Awal

     ○ 5 Keistimewaan bulan Rabiul Awal
     ○ 6 Keutamaan bulan Rabiul Awal
     ○ Sepanjang bulan Rabiul Awal
     ○ Hari Putih Rabiul Awal
     ○ Istimewanya bulan Rabiul Awal

Surah at-Taubah ayat 128 dan 129

Manusia Paling Kaya

Kiat Mendapatkan Rezeki : Bersedekah

5 Perkara Menyebabkan Solat Tidak Sah

Musibah Terjadi Kerana Dosa Manusia

7 Sunnah Harian Rasulullah

Speak these 5 lines every morning…

Life Advice

10 Kunci Ketenangan Hati

Tanda Allah Menghendaki Kebaikan untukmu

Sebarkan Salam, Eratkan Ukhuwah

Sabarlah Sejenak, Agar tak Menyesal

Ganjaran Mengiringi Jenazah

🤲 BerDOAlah 📿 Zikir 🎬 VideoClip

     ○ Adab Berdoa
     ○ Doa Ibu Bapa
     ○ Doa Terhindar dari Ujian Berat
     ○ Sayyidul Istighfar
     ○ Zikir Penenang Hati
     ○ Doa Lepas Baca al-Quran
     ○ Surah Ad-Dhuha
     ○ Dua Kalimat
     ○ Doa Qunut Witir
     ○

┅═•❃✽✿❁️♡🌸♡❁☘️✿✽❃•═┅

Salam  ZOHOR, ASAR & MAGHRIB

👑 Asmaul Husna 📿 Al-Matsurat

🇲🇾 Waktu Solat Bandar Utama

Hidup itu singkat, maka nikmatilah
Akhirat itu panjang, maka persiapkanlah


@quotephotovideo 💝💐🙂
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
"Letakkan Harapan Kepada Allah, Bukan Manusia: Jalan Menuju Ketenangan Jiwa"

Kehidupan sering mengajar kita untuk berharap pada sesuatu yang kita lihat, termasuk manusia.

Namun, terlalu bergantung kepada sesama insan akan membawa kekecewaan.

Ini kerana manusia adalah makhluk yang terbatas, tidak mampu memenuhi semua kehendak dan keperluan kita.

Sebaliknya, hanya Allah yang Maha Kuasa, tempat terbaik untuk kita bersandar dan meletakkan segala harapan.

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, ayat 286:

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

Ini membuktikan bahawa Allah memahami setiap kelemahan kita dan akan selalu memberikan yang terbaik untuk kita.

Rasulullah SAW juga bersabda dalam sebuah hadis riwayat Imam Ahmad:

"Barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya." (HR Ahmad, No. 20642)

Tawakkal adalah tanda keimanan yang tulus kepada Allah.

Bila kita menyerahkan segala urusan kepada-Nya, hati kita akan lebih tenang dan yakin bahawa segala yang berlaku adalah ketetapan terbaik.

Letakkanlah harapan sepenuhnya kepada Allah.

Jangan gantung harapan kepada manusia, kerana manusia akan melakukan kesilapan dan ada batasnya.

Sebaliknya, Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.

Dia tahu apa yang terbaik untuk kita, walaupun kita tidak dapat melihatnya saat ini.

Dengan mempercayakan sepenuhnya kepada Allah, kita akan temui ketenangan yang sebenar.

Jiwa kita akan merasa ringan, terlepas dari belenggu kekecewaan kerana harapan kita tidak lagi bergantung pada manusia, tetapi kepada Tuhan yang Maha Kuasa.

@quotephotovideo 🎯🎯🎯
"Rahsia Kejayaan Dunia Akhirat: Menjaga Solat dengan Taqwa"

Setiap daripada kita sering mengejar kejayaan dalam hidup.

Ada yang bekerja siang dan malam dengan harapan memperoleh kekayaan dan kebahagiaan.

Namun, hakikatnya, kejayaan yang sebenar tidak semestinya terletak pada kekayaan dunia semata.

Allah SWT telah memberikan kita satu kunci kejayaan yang pasti – menjaga solat dengan penuh taqwa.

Allah SWT berfirman dalam surah Al-Mu’minun ayat 1-2:

“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, (iaitu) mereka yang khusyuk dalam solat mereka.”

Ayat ini menegaskan bahawa solat yang dilakukan dengan penuh kekhusyukan adalah salah satu kunci utama kejayaan di dunia dan di akhirat.

Kejayaan yang dimaksudkan bukan hanya bersifat material, tetapi mencakupi keberkatan hidup, ketenangan hati, serta jaminan syurga di akhirat kelak.

Rasulullah SAW juga pernah bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:

"Perkara pertama yang akan dihisab ke atas seorang hamba pada hari kiamat ialah solat. Jika baik solatnya, maka baiklah amalannya yang lain, tetapi jika rosak solatnya, maka rosaklah amalannya yang lain." (Hadis Riwayat Muslim)

Oleh itu, kita harus memastikan solat kita sentiasa dipelihara.

Bukan sekadar menunaikannya, tetapi melaksanakannya dengan penuh keikhlasan dan khusyuk.

Inilah jalan yang dijanjikan oleh Allah SWT bagi mereka yang mahu mencapai kejayaan yang hakiki.

Sebagai umat Islam, marilah kita berdoa agar sentiasa istiqamah dalam menjaga solat dan memperoleh keberkatan dari Allah:

اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

Maksudnya: “Ya Allah, bantulah aku untuk sentiasa mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu dan memperelokkan ibadahku kepada-Mu.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

Semoga Allah memberikan kita kekuatan untuk menjaga solat dan mengurniakan kejayaan dunia dan akhirat.

@quotephotovideo 🍄🍄🍄
بِسْــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِالرَّحِيْـــــــــــم

Semoga hari ini dan seterusnya diberikan kemudahan dan diberkahi dengan banyak rezeki....

آمِــــــــــيْن يَارَبَّ الْعَالَمِــــــــــيْنَ

Ayat² aL-QURAN

01. Al-Qasas ayat 16
02. Thaha ayat 26
03. Al-Maidah ayat 88
04. Ali-‘Imran ayat 131
05. Ad-Dhuha ayat 4
06. Asy-Syura ayat 30
07. Al-Qashash ayat 77
08. Al-Muddatstsir ayat 38
09. Asy-Syura ayat 19
10. Al- Baqarah ayat 186
11. Maryam ayat 95
12. Ar-Rad ayat 28
13. Al-Qamar ayat 53
14. At-Taghabun ayat 11
15. Hud ayat 88
16. Al-Hajj ayat 78
17. Al-Anbiya ayat 89
18. Thaha ayat 26

Page 01

•━━❦✻✿🍀🍀✿✻❦━━•⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣
💖 Like 👍 Share 🔄 Tag 👤
•═════════════════•⁣

SEMOGA BERMANFAAT DAN MENGINSPIRASI

@quotephotovideo 📚📚📚
025023
Mishary Rashid Alafasy
Al-Furqan 25:23

وَقَدِمْنَآ إِلَىٰ مَا عَمِلُوا۟ مِنْ عَمَلٍ فَجَعَلْنَٰهُ هَبَآءً مَّنثُورًا

Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan.

@quotephotovideo 📚📚📚
HAKIKAT BUTA MATA DAN BUTA HATI

Ketika kita nampak orang buta nak jatuh lubang...Maka ramai yang risau...Dan semua komen...

"Ya Allah selamatkan orang buta itu dari jatuh lubang"😩

"Pakcik kat situ ada lubang, jgn lalu" 😱

Maka ramailah antara kita yang like, share dan buat emoji sedih...

Itulah yg terjadi sekarang..

Tapi apabila kita tengok kawan², anak, isteri tak solat, sanak saudara tak kisah pasal agama, jauh dari agama, tak tutup aurat, tak pergi masjid (lelaki)..mereka menuju ke LUBANG NERAKA..

Kita tak pernah pegang tangan diorang, pimpin mereka ke jalan lurus..didik mereka dengan agama..

1⃣ Kita lebih risau apa yang berlaku di media sosial daripada apa yang berlaku disekeliling kita.

2⃣ Kita lebih takut orang lain yang jatuh ke dalam lubang daripada anak, isteri, ahli keluarga kita yang bakal jatuh ke lubang neraka.

3⃣ Kita tidak sedar yang jika anak, isteri, keluarga kita jatuh ke lubang neraka, kita juga boleh jatuh sekali bersama mereka ke dalam lubang neraka kerana tidak pernah mendidik mereka dengan agama.

👉 Kita tak sedar yang kita tak BUTA MATA tapi kita dah lama BUTA HATI?

Peringatan bersama...

@quotephotovideo 🍂🍂🍂
❝𝙴𝚖𝚙𝚊𝚝 𝚑𝚊𝚕 𝚢𝚊𝚗𝚐 𝚖𝚎𝚗𝚐𝚊𝚗𝚐𝚔𝚊𝚝 𝚖𝚊𝚗𝚞𝚜𝚒𝚊 𝚔𝚎 𝚍𝚎𝚛𝚊𝚓𝚊𝚝 𝚢𝚊𝚗𝚐 𝚝𝚒𝚗𝚐𝚐𝚒 𝚖𝚎𝚜𝚔𝚒 𝚊𝚖𝚊𝚕 𝚍𝚊𝚗 𝚒𝚕𝚖𝚞𝚗𝚢𝚊 𝚜𝚎𝚍𝚒𝚔𝚒𝚝: 𝚔𝚎𝚜𝚊𝚋𝚊𝚛𝚊𝚗, 𝚔𝚎𝚜𝚎𝚍𝚎𝚛𝚑𝚊𝚗𝚊𝚊𝚗, 𝚔𝚎𝚖𝚞𝚛𝚊𝚑𝚊𝚗 𝚑𝚊𝚝𝚒 𝚍𝚊𝚗 𝚊𝚔𝚑𝚕𝚊𝚔 𝚢𝚊𝚗𝚐 𝚋𝚊𝚒𝚔.❞

𝙸𝚖𝚊𝚖 𝙹𝚞𝚗𝚊𝚒𝚍 𝚊𝚕-𝙱𝚊𝚐𝚑𝚍𝚊𝚍𝚒

❝𝙾𝚛𝚊𝚗𝚐 𝚢𝚊𝚗𝚐 𝚋𝚊𝚗𝚢𝚊𝚔 𝚔𝚎𝚝𝚊𝚠𝚊 𝚒𝚝𝚞 𝚔𝚞𝚛𝚊𝚗𝚐 𝚠𝚒𝚋𝚊𝚠𝚊𝚗𝚢𝚊. 𝙾𝚛𝚊𝚗𝚐 𝚢𝚊𝚗𝚐 𝚜𝚞𝚔𝚊 𝚖𝚎𝚗𝚐𝚑𝚒𝚗𝚊 𝚘𝚛𝚊𝚗𝚐 𝚕𝚊𝚒𝚗, 𝚍𝚒𝚊 𝚓𝚞𝚐𝚊 𝚊𝚔𝚊𝚗 𝚍𝚒𝚑𝚒𝚗𝚊. 𝙾𝚛𝚊𝚗𝚐 𝚢𝚊𝚗𝚐 𝚖𝚎𝚗𝚌𝚒𝚗𝚝𝚊𝚒 𝚊𝚔𝚑𝚒𝚛𝚊𝚝, 𝚍𝚞𝚗𝚒𝚊 𝚙𝚊𝚜𝚝𝚒 𝚖𝚎𝚗𝚢𝚎𝚛𝚝𝚊𝚒𝚗𝚢𝚊. 𝙱𝚊𝚛𝚊𝚗𝚐 𝚜𝚒𝚊𝚙𝚊 𝚖𝚎𝚗𝚓𝚊𝚐𝚊 𝚔𝚎𝚑𝚘𝚛𝚖𝚊𝚝𝚊𝚗 𝚘𝚛𝚊𝚗𝚐 𝚕𝚊𝚒𝚗, 𝚙𝚊𝚜𝚝𝚒 𝚔𝚎𝚑𝚘𝚛𝚖𝚊𝚝𝚊𝚗 𝚍𝚒𝚛𝚒𝚗𝚢𝚊 𝚊𝚔𝚊𝚗 𝚝𝚎𝚛𝚓𝚊𝚐𝚊.❞

𝚂𝚊𝚢𝚢𝚒𝚍𝚒𝚗𝚊 𝚄𝚖𝚊𝚛 𝚋𝚒𝚗 𝙺𝚑𝚊𝚝𝚝𝚊𝚋

@quotephotovideo 🍂🍂🍂
"Syukur: Kunci Kebahagiaan Sejati"

Syukur merupakan amalan hati yang melambangkan penghargaan dan kesedaran terhadap segala nikmat yang diberikan oleh Allah SWT.

Dalam kehidupan seharian, kita seringkali terlupa akan nikmat yang besar dan kecil, sedangkan setiap detik kehidupan kita adalah anugerah yang tidak ternilai.

Menyedari hakikat ini, Islam menekankan betapa pentingnya bersyukur sebagai tanda ketaatan dan keimanan kepada Pencipta.

Allah SWT berfirman dalam surah Ibrahim, ayat 7:

“Dan (ingatlah) tatkala Tuhanmu memberitahu: 'Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.'"

Hadis daripada Rasulullah SAW juga menjelaskan pentingnya syukur. Baginda bersabda:

"Lihatlah kepada orang yang lebih rendah daripadamu dan jangan melihat kepada orang yang lebih tinggi daripadamu. Ini lebih layak bagimu agar kamu tidak meremehkan nikmat Allah kepadamu."
(HR. Muslim)

Syukur bukan sekadar ucapan “alhamdulillah” tetapi turut melibatkan tindakan dan perbuatan.

Syukur dapat dizahirkan dengan menjaga amanah yang diberikan, membantu orang lain yang memerlukan, dan mengelakkan sikap tamak.

Malah, syukur juga mengajar kita untuk lebih menghargai apa yang kita miliki daripada berkeluh-kesah tentang apa yang tiada.

Marilah kita sentiasa mengingati dan mengamalkan doa Nabi SAW yang mengajak kita untuk menjadi hamba yang sentiasa bersyukur:

اللَّهُمَّ اجْعَلْنِي لَكَ شَكَّارًا، لَكَ ذَكَّارًا، لَكَ رَهَّابًا، لَكَ مِطْوَاعًا، إِلَيْكَ مُخْبِتًا، إِلَيْكَ أَوَّاهًا مُنِيبًا

“Ya Allah, jadikanlah aku orang yang banyak bersyukur kepada-Mu, banyak mengingat-Mu, banyak takut kepada-Mu, selalu taat kepada-Mu, tunduk dan merendah diri kepada-Mu, dan selalu kembali kepada-Mu dengan penuh penyesalan.”
(HR. Ahmad)

Syukur adalah kunci kepada ketenangan hati dan kebahagiaan sejati.

@quotephotovideo 🍁🍁🍁
RENUNGAN DAN MUHASABAH DIRI

"JANGAN KITA BANGGA"


📱Jangan bangga dengan HANDPHONE MAHAL & CANGGIH kerana alat komunikasi yang akan menyelamatkan kita adalah DOA.

🏡 Jangan bangga dengan RUMAH MEWAH, kerana rumah terakhir kita adalah KUBUR.

👨🏻‍✈️ Jangan bangga dengan PANGKAT & GELARAN, kerana pangkat kita yang terakhir adalah AL MARHUM.

☠️ Jangan bangga dengan wajah yang CANTIK, kerana wajah kita yang terakhir adalah TENGKORAK.

👔👗 Jangan bangga dengan pakaian yang MEWAH kerana pakaian yang terakhir adalah KAIN KAFAN.

🚘 Jangan bangga dengan KENDERAAN kita yang MEWAH, kerana kendaraan terakhir kita adalah KERANDA JENAZAH.

🛌 Jangan Sombong dengan TEMPAT TIDUR yang EMPUK, kerana tempat tidur kita yang terakhir adalah LIANG LAHAT.

@quotephotovideo 🎗🎗🎗
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Kebahagiaan mengandung hal yang bertentangan:

Semakin kita mencari kebahagiaan, semakin sulit kita merasakan kebahagiaan.

Mengapa?

Karena saat berusaha meraih sesuatu yang besar, kita sering mengabaikan hal-hal kecil yang membuat kita bahagia.

Kita terjebak dalam pola pikir bahwa kebahagiaan adalah tujuan yang jauh, bukan sesuatu yang bisa kita nikmati saat ini.

Padahal, kebahagiaan sejati sering kali ada di depan mata: tawa bersama teman, kesehatan, atau sekadar waktu hening untuk diri sendiri.

Ketika kita mulai menghargai kebahagiaan-kebahagiaan kecil ini, hati kita terbuka untuk merasakan kebahagiaan yang lebih besar.

Kebahagiaan tidak perlu dicari ke tempat yang jauh atau dalam pencapaian besar.

Justru, kebahagiaan terbesar hadir ketika kita mampu merasakan syukur atas hal-hal sederhana di sekitar kita.

Hidup bukan tentang mengejar kebahagiaan yang sulit digapai, melainkan tentang menemukan makna dalam setiap momen.

Ingatlah, hanya dengan menghargai kebahagiaan kecil, kita akan merasakan kebahagiaan yang besar.

Hukum pikiran ini pun sejalan dengan firman Allah:

“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat kepadamu” (QS. Ibrahim: 7).

Pikiran yang sama hanya akan membuat Anda terjebak pada masalah yang sama.

Maka untuk keluar dari masalah Anda, ubahlah pikiran Anda!

@quotephotovideo ♨️♨️♨️
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Video Quran

Surah Ash Shaffat سورة الصافات
Qari Ismail An Nuri

@quotephotovideo 🔈🔈🔈
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Tahajud & Subuh

Disaat kamu diberikan kemudahan oleh Allah untuk melaksanakan shalat tahajud dan subuh.

Maka bersyukurlah, kerana itu merupakan hadiah terbesar dan termasuk nikmat yang belum tentu orang lain mendapatkannya.

Indahnya Hidup Memberi 🍃
Sebarkan Jika Bermanfaat 🥀

01. Selamat Malam

02. Selawat Keatas Nabi

03. Allah Murka jika Kita tidak Meminta

04. 5 tips agar tidak lelah menghafal al-Quran

05. Istighfar

06. Solat Qabliyah Subuh

07. Doa masa Sedih

سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ  وَ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ

            •••┈••••○❁🍃💙🍃❁○••••┈•••

          ♨️ Jom baca Surah AL-MULK

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

@quotephotovideo
DOA BANGUN TIDUR

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرِ


“Alhamdullillahilladzi ahyaanaa bada maa amaatanaa wa ilaihin nushur”

Segala puji bagi Allah, yang telah membangunkan kami setelah menidurkan kami dan kepada-Nya lah kami dibangkitkan

@quotephotovideo 🤗😊🙂
سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيمِ

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

لا إلهَ إلاّ اللّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ الْمُبِين

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرِ

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ

لاَّ إِلَـهَ إِلاَّ أَنتَ سُبْحَـنَكَ إِنِّى كُنتُ مِنَ الظَّـلِمِينَ

وَأُفَوِّضُ أَمۡرِيٓ إِلَى ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَصِيرُۢ بِٱلۡعِبَادِ

ماشاء الله لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ

@quotephotovideo 📿📿📿
آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آمَنَ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنتَ مَوْلَانَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

•••┈••••○❁🍃💙🍃❁○••••┈•••

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لا إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَااسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإنَّهُ لا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ

•••┈••••○❁🍃🧡🍃❁○••••┈•••

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي العَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

@quotephotovideo 📿📿📿
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنزَلَ عَلَىٰ عَبْدِهِ الْكِتَابَ وَلَمْ يَجْعَل لَّهُ عِوَجًا

قَيِّمًا لِّيُنذِرَ بَأْسًا شَدِيدًا مِّن لَّدُنْهُ وَيُبَشِّرَ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا حَسَنًا

مَّاكِثِينَ فِيهِ أَبَدًا

وَيُنذِرَ الَّذِينَ قَالُوا اتَّخَذَ اللَّهُ وَلَدًا

مَّا لَهُم بِهِ مِنْ عِلْمٍ وَلَا لِآبَائِهِمْ كَبُرَتْ كَلِمَةً تَخْرُجُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ إِن يَقُولُونَ إِلَّا كَذِبًا

فَلَعَلَّكَ بَاخِعٌ نَّفْسَكَ عَلَىٰ آثَارِهِمْ إِن لَّمْ يُؤْمِنُوا بِهَٰذَا الْحَدِيثِ أَسَفًا

إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَّهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا

وَإِنَّا لَجَاعِلُونَ مَا عَلَيْهَا صَعِيدًا جُرُزًا

أَمْ حَسِبْتَ أَنَّ أَصْحَابَ الْكَهْفِ وَالرَّقِيمِ كَانُوا مِنْ آيَاتِنَا عَجَبًا

إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوا رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

┅══•❃✽✿❁️♡🌸♡❁☘️✿✽❃•══┅

الَّذِينَ كَانَتْ أَعْيُنُهُمْ فِي غِطَاءٍ عَن ذِكْرِي وَكَانُوا لَا يَسْتَطِيعُونَ سَمْعًا

أَفَحَسِبَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَن يَتَّخِذُوا عِبَادِي مِن دُونِي أَوْلِيَاءَ إِنَّا أَعْتَدْنَا جَهَنَّمَ لِلْكَافِرِينَ نُزُلًا

قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُم بِالْأَخْسَرِينَ أَعْمَالًا

الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا

أُولَٰئِكَ الَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِ رَبِّهِمْ وَلِقَائِهِ فَحَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فَلَا نُقِيمُ لَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَزْنًا

ذَٰلِكَ جَزَاؤُهُمْ جَهَنَّمُ بِمَا كَفَرُوا وَاتَّخَذُوا آيَاتِي وَرُسُلِي هُزُوًا

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ كَانَتْ لَهُمْ جَنَّاتُ الْفِرْدَوْسِ نُزُلًا

خَالِدِينَ فِيهَا لَا يَبْغُونَ عَنْهَا حِوَلًا

قُل لَّوْ كَانَ الْبَحْرُ مِدَادًا لِّكَلِمَاتِ رَبِّي لَنَفِدَ الْبَحْرُ قَبْلَ أَن تَنفَدَ كَلِمَاتُ رَبِّي وَلَوْ جِئْنَا بِمِثْلِهِ مَدَدًا

قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يُوحَىٰ إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا

@quotephotovideo 🌹🌹🌹
270 of 365 🗓 KHAMIS 💕 22 RABIUL AWAL 1446H 26 SEPTEMBER 2024

 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Bismillahirrahmanirrahim 🌹

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.

Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya

••✾•◆❀◆•✾••┈•┈┈••✾•◆❀◆•✾••┈

#AllahjagaKita..😘
#PrayertoremoveCovid19... 🇲🇾

"Kunci Hati dan Lidah: Doa untuk Kelancaran Urusan Hidup"

Setiap hari, kita berhadapan dengan pelbagai cabaran yang memerlukan kekuatan hati dan kelancaran lidah untuk menyampaikan mesej dengan jelas.

Tidak dinafikan, setiap kata-kata yang keluar dari mulut kita boleh menjadi sebab kelapangan atau kesulitan dalam urusan seharian.

Oleh itu, amat penting untuk kita sentiasa memohon pertolongan Allah agar diberi kelapangan dada, ketenangan fikiran, dan kemudahan dalam setiap urusan.

Dalam Al-Quran, Allah SWT telah mengajarkan kepada kita satu doa yang pernah dipanjatkan oleh Nabi Musa AS.

Baginda memohon kepada Allah SWT untuk memperbaiki ucapannya agar lebih mudah difahami oleh kaumnya.

Doa ini boleh diamalkan oleh sesiapa sahaja yang berhadapan dengan kesukaran dalam percakapan atau urusan penting.

Firman Allah SWT dalam Surah Taha, ayat 25-28:

"قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي (٢٥) وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي (٢٦) وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِّن لِّسَانِي (٢٧) يَفْقَهُوا قَوْلِي (٢٨)"

Yang bermaksud:

"Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, agar mereka mengerti perkataanku." (Surah Taha: 25-28)

Selain daripada doa ini, Rasulullah SAW juga sering mengajarkan umatnya agar sentiasa memohon kepada Allah dalam setiap perkara.

Baginda SAW bersabda dalam satu hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:

"Tidak akan rugi orang yang beristikharah dan tidak akan menyesal orang yang bermesyuarat, serta tidak akan miskin orang yang bersederhana."

Marilah kita jadikan doa dan usaha sebagai kekuatan dalam setiap langkah hidup.

Mohonlah kepada Allah dengan penuh yakin, nescaya segala urusan akan dipermudahkan oleh-Nya.

Doa:

اللهم اشرح لي صدري ويسر لي أمري واحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي

Semoga doa ini menjadi kunci bagi kita untuk menghadapi hari-hari yang mencabar dengan penuh ketenangan dan kejayaan, insya-Allah.

SEMOGA BERMANFAAT 🥰

•══◎◎♡◎◎══•

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin.

🎋سبحان الله 🌻الحمد لله🌺لا اله إلا الله 🌼الله اكبر

@quotephotovideo 🌸🌸🌸
48K133
2024/10/06 04:31:21
Back to Top
HTML Embed Code: