Telegram Web Link
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Video Quran

Surah Al-Ankabut ورة العنكبوت
Qari Syeikh Hani Ar-Rifa'i

@quotephotovideo 🔈🔉🔊
Astaghfirullahal'azim...

THE POWER OF ISTIGHFAR 🙏

• Istighfar removes anxiety
• Istighfar increases du'a acceptance
• Istighfar opens the door of sustenance
• Istighfar opens the door of mercy
• Istighfar is a gateway to productivity
• Istighfar relieves and eases you

#Istighfar

Indahnya Hidup Memberi 🍃
Sebarkan Jika Bermanfaat 🥀

01. Doa Para Nabi Ketika Kesusahan dan Kesulitan

02. Penyakitnya Orang yang Ikhlas

03. Membaca ayat Kursi

04. Tahajudlah walau Terpaksa

05. Selamat BerIstirehat

  •••┈••••○❁🍃💙🍃❁○••••┈•••

          ♨️ Jom baca Surah AL-MULK

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

@quotephotovideo 🌿🌿🌿
REDHA DENGAN KETETAPAN ALLAH

Semakin cepat direlakan, semakin cepat ketenangan dihadirkan.

Semakin segera diikhlaskan, semakin segera pula hati menjadi tenteram.

Semakin cepat redha dengan ketetapan-NYA, semakin cepat menyelinap rasa bahagia.

Semakin cepat dipasrahkan, semakin cepat juga Allah SWT bantu menguatkan.

Membiarkan bukan bererti tanpa usaha, sabar pun termasuk usaha, memaafkan pun usaha, ikhlas dengan segera juga usaha.

Usaha yang maksimum dilakukan oleh hati dan pembalasan rasa sakitnya dari Ilahi.

Wallahu'alam bishawab

@quotephotovideo 🍭🍭🍭
Seimbangkan Hidup​

Sedarilah bahawa pencarian harta benda tidak ada kesudahannya, kerana... kesudahan kehidupan itu adalah kematian.

Namun, pencarian ilmu & iman itu tidak ada noktah penghujungnya, kerana.. pencarian itulah yang akan menjadi benteng penyelamat selepas kematian.

Justeru, berwaspadalah dengan pencarian harta supaya tidak terabai masa & tenaga yang juga diperlukan untuk pencarian ilmu & iman.

Hidup ini bagaikan senafas ke barzakh. Bila-bila akan datang tepat pada masanya.

@quotephotovideo 💛💛💛
🔐 5 GRED SOLAT

GRED E
Bila azan, buat tak tahu, tengah memasak terus memasak, tengah berFB terus berFB, sedang tengok TV terus tengok TV dan seumpamanya.

GRED D
Bila azan berkumandang, dia perlahankan TV, perlahankan radio, tetapi tetap meneruskan aktiviti, tidak bersedia untuk bersolat.

GRED C
Bila azan berkumandang, terus mengambil wuduk dan solat.

GRED B
Bila azan, terus berwuduk dan menuju ke masjid mahupun surau.

GRED A
Bila azan, dah pun berada di masjid dalam keadaan berwuduk dan bersedia untuk bersolat.

Apakah gred solat kita?

Jangan lupa solat adalah perkara pertama yang akan ditanya Allah.

Perbaikilah gred solat kita OK ....

@quotephotovideo 🕌🕌🕌
Pesan pada hati ♥️

Benci jangan sampai menghina
Suka jangan sampai memuja
Menangis jangan sampai merana.

Kekadang yang dipuji itu lebih keji
Dari Orang yang memuji

Kekadang yang dihina itu lebih mulia
Dari yang menghina..

Apapun yang engkau berikan kepada orang yang pandai bersyukur

Nescaya ia akan tetap berbahagia meskipun yang engkau berikan sesuatu yang jelek

Bersederhanalah dalam apa juga yang kita lakukan

Kesederhanaan itu akan membuahkan kejayaan dan kebahagiaan

Jika tanganmu pendek untuk membalas kebaikan seseorang

Maka panjangkan lisanmu untuk selalu mendoakannya.

Marilah kita saling menasihati dan saling mendoakan

Moga² ALLAH merahmati Kita semua 💕

@quotephotovideo 🌾🌾🌾
Ilmu adalah teman ketika hidup...

Sedangkan amalan adalah teman ketika mati...

Satu-satunya perlindungan terbaik menghadapi hari-hari susah adalah memperbanyak ilmu di saat-saat mudah.


@quotephotovideo 📚📚📚
DOA BANGUN TIDUR

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرِ


“Alhamdullillahilladzi ahyaanaa bada maa amaatanaa wa ilaihin nushur”

Segala puji bagi Allah, yang telah membangunkan kami setelah menidurkan kami dan kepada-Nya lah kami dibangkitkan

🩷 Doa Pagi

❤️ Doa agar Allah Perbaiki Setiap Urusan

🧡 Allahumma Afini

💛 Doa Rezeki tak Putus

💚 Doa Pagi - Hijjaz

🩵 Doa Memohon 'Afiyah

💙 Zikir Pagi

💜 Zikir Pagi - Allahumma Bika Ash Bahnaa

@quotephotovideo 🤗😊🙂
لا إله إلا الله

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

لا إلهَ إلاّ اللّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ الْمُبِين

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرِ

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ

لاَّ إِلَـهَ إِلاَّ أَنتَ سُبْحَـنَكَ إِنِّى كُنتُ مِنَ الظَّـلِمِينَ

وَأُفَوِّضُ أَمۡرِيٓ إِلَى ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَصِيرُۢ بِٱلۡعِبَادِ

ماشاء الله لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ

@quotephotovideo 📿📿📿
آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آمَنَ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنتَ مَوْلَانَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

•••┈••••○❁🍃💙🍃❁○••••┈•••

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لا إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَااسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإنَّهُ لا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ

•••┈••••○❁🍃🧡🍃❁○••••┈•••

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي العَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

@quotephotovideo 📿📿📿
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنزَلَ عَلَىٰ عَبْدِهِ الْكِتَابَ وَلَمْ يَجْعَل لَّهُ عِوَجًا

قَيِّمًا لِّيُنذِرَ بَأْسًا شَدِيدًا مِّن لَّدُنْهُ وَيُبَشِّرَ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا حَسَنًا

مَّاكِثِينَ فِيهِ أَبَدًا

وَيُنذِرَ الَّذِينَ قَالُوا اتَّخَذَ اللَّهُ وَلَدًا

مَّا لَهُم بِهِ مِنْ عِلْمٍ وَلَا لِآبَائِهِمْ كَبُرَتْ كَلِمَةً تَخْرُجُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ إِن يَقُولُونَ إِلَّا كَذِبًا

فَلَعَلَّكَ بَاخِعٌ نَّفْسَكَ عَلَىٰ آثَارِهِمْ إِن لَّمْ يُؤْمِنُوا بِهَٰذَا الْحَدِيثِ أَسَفًا

إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَّهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا

وَإِنَّا لَجَاعِلُونَ مَا عَلَيْهَا صَعِيدًا جُرُزًا

أَمْ حَسِبْتَ أَنَّ أَصْحَابَ الْكَهْفِ وَالرَّقِيمِ كَانُوا مِنْ آيَاتِنَا عَجَبًا

إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوا رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

┅══•❃✽✿❁️♡🌸♡❁☘️✿✽❃•══┅

الَّذِينَ كَانَتْ أَعْيُنُهُمْ فِي غِطَاءٍ عَن ذِكْرِي وَكَانُوا لَا يَسْتَطِيعُونَ سَمْعًا

أَفَحَسِبَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَن يَتَّخِذُوا عِبَادِي مِن دُونِي أَوْلِيَاءَ إِنَّا أَعْتَدْنَا جَهَنَّمَ لِلْكَافِرِينَ نُزُلًا

قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُم بِالْأَخْسَرِينَ أَعْمَالًا

الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا

أُولَٰئِكَ الَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِ رَبِّهِمْ وَلِقَائِهِ فَحَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فَلَا نُقِيمُ لَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَزْنًا

ذَٰلِكَ جَزَاؤُهُمْ جَهَنَّمُ بِمَا كَفَرُوا وَاتَّخَذُوا آيَاتِي وَرُسُلِي هُزُوًا

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ كَانَتْ لَهُمْ جَنَّاتُ الْفِرْدَوْسِ نُزُلًا

خَالِدِينَ فِيهَا لَا يَبْغُونَ عَنْهَا حِوَلًا

قُل لَّوْ كَانَ الْبَحْرُ مِدَادًا لِّكَلِمَاتِ رَبِّي لَنَفِدَ الْبَحْرُ قَبْلَ أَن تَنفَدَ كَلِمَاتُ رَبِّي وَلَوْ جِئْنَا بِمِثْلِهِ مَدَدًا

قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يُوحَىٰ إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا

@quotephotovideo 🌹🌹🌹
265 of 365 🗓 SABTU 💕 17 RABIUL AWAL 1446H 21 SEPTEMBER 2024

 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Bismillahirrahmanirrahim 🌹

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.

Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya

••✾•◆❀◆•✾••┈•┈┈••✾•◆❀◆•✾••┈

#AllahjagaKita..😘
#PrayertoremoveCovid19... 🇲🇾

"Jangan Lupa Pada Sang Pemberi Rezeki: Usaha, Tawakkal dan Keberkatan yang Terlindung"

MasyaAllah, Maha Suci Allah, yang mengatur rezeki setiap hamba-Nya dengan penuh keadilan dan kasih sayang.

Dialah Pemberi Rezeki yang sebenar, yang membuka jalan bagi mereka yang berusaha dan menyerahkan urusan mereka kepada-Nya.

Setiap detik dalam hidup kita, dari hembusan nafas hingga rezeki yang kita terima, semuanya datang daripada Allah SWT.

Bayangkan diri kita dalam kesibukan mengejar dunia, memerah keringat siang dan malam untuk mencari sesuap rezeki, hingga kita terlupa pada hakikat yang paling penting — bahawa rezeki itu hak mutlak Allah.

Ramai di antara kita terjebak dalam kehidupan yang serba pantas. Bangun pagi, mengejar masa, bekerja tanpa henti.

Tetapi pernahkah kita terfikir, dalam setiap usaha itu, adakah kita sempat mengingati Pemberi Rezeki?

Adakah hati kita masih bergantung kepada-Nya, atau sudah terlalu hanyut dalam dunia yang fana ini?

Usaha yang Diringi Tawakkal: Kunci Ketenangan Hati

Allah SWT tidak pernah meminta hamba-Nya berhenti berusaha. Malah, Islam sendiri menuntut kita untuk bekerja dan berusaha mencari rezeki. Namun, yang sering dilupakan oleh ramai orang ialah tawakkal.

Tawakkal ialah kunci sebenar kepada ketenangan hati.

Selepas segala daya upaya dicurahkan, hati kita perlu bersandar penuh kepada Allah. Kerana hanya Dia yang mampu memberikan hasil kepada setiap usaha yang kita lakukan.

Kita mungkin merasa kecewa apabila usaha tidak membuahkan hasil seperti yang diharapkan.

Tapi, tidakkah kita sedar bahawa setiap rezeki itu datang pada waktunya, mengikut ketetapan Allah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita?

Kadang-kadang, apa yang kita sangka sebagai kegagalan, sebenarnya adalah rahmat tersembunyi yang Allah simpan untuk kita.

Dalam Surah Al-Baqarah, ayat 216, Allah berfirman:

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."

Hati yang Bersyukur: Pintu Keberkatan Terbuka Luas

Tidak kira sebesar mana pun rezeki yang kita terima, apa yang lebih penting ialah syukur. Syukur itu adalah satu perasaan yang menenangkan jiwa.

Setiap kali kita bersyukur, Allah janjikan untuk menambah lagi nikmat-Nya. Namun, betapa ramai di antara kita yang terlupa untuk bersyukur?

Berapa kali dalam sehari kita benar-benar merasakan kehadiran Allah dalam hidup kita?

Syukur bukan sekadar di bibir, tetapi di hati, dalam setiap tindakan kita, dalam setiap doa yang kita panjatkan.

Ada orang yang Allah uji dengan kekurangan rezeki, tetapi dia masih mampu tersenyum, kerana dia tahu Allah bersama-sama dengannya.

Ada pula yang diberikan kekayaan melimpah ruah, tetapi hidupnya kosong, kerana dia terlupa untuk bersyukur.

Ingatlah firman Allah dalam Surah Ibrahim, ayat 7:

"Dan (ingatlah) tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih."

Syukur adalah pintu keberkatan, dan tanpa syukur, keberkatan itu akan hilang begitu sahaja. Allah tidak meminta banyak daripada hamba-Nya.

Cukup sekadar kita mengingati-Nya, memohon kepada-Nya, dan sentiasa sedar bahawa setiap apa yang kita miliki adalah milik-Nya.

Jangan Lupa Kepada Sang Pemberi Rezeki

Setiap kali kita merasa penat, merasa dunia ini begitu menekan, ingatlah kepada Allah. Dialah yang memberi kita kekuatan untuk terus melangkah.

Rezeki bukan semata-mata tentang harta benda.

@quotephotovideo 🌸🌸🌸
Kadangkala, rezeki itu hadir dalam bentuk kesihatan, ketenangan jiwa, atau kasih sayang keluarga.

Betapa ramai di luar sana yang memiliki segala kekayaan dunia, tetapi masih merasakan kekosongan dalam hati?

Itulah hakikat rezeki yang sebenar, iaitu keberkatan yang hanya Allah boleh berikan.

Berusahalah dengan penuh keikhlasan, namun jangan sesekali lupa untuk berdoa dan meletakkan tawakkal kepada-Nya.

Allah tidak pernah mengecewakan hamba-Nya yang mengingati-Nya. Rezeki akan datang dalam bentuk yang kita tidak jangka, dari arah yang kita tidak pernah sangka.

MasyaAllah, Maha Suci Allah, yang telah memberikan kita peluang untuk hidup di dunia ni. Segala rezeki dan nikmat yang kita miliki, semuanya datang dari Allah SWT.

Setiap langkah yang kita ambil, setiap usaha yang kita lakukan, tidak akan berhasil tanpa izin-Nya.

Maka, kembalilah kepada-Nya, dan rasakanlah ketenangan yang sebenar dalam mencari rezeki.

SEMOGA BERMANFAAT 🥰

•══◎◎♡◎◎══•

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin.

🎋سبحان الله 🌻الحمد لله🌺لا اله إلا الله 🌼الله اكبر

@quotephotovideo 🌸🌸🌸
48K005
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Gigit Sunnah Rasulullah SAW Dengan Gigi Geraham


حَدَّثَنِي يَحْيَى بْنُ أَبِي الْمُطَاعِ قَالَ سَمِعْتُ الْعِرْبَاضَ بْنَ سَارِيَةَ يَقُولُ قَامَ فِينَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ يَوْمٍ فَوَعَظَنَا مَوْعِظَةً بَلِيغَةً وَجِلَتْ مِنْهَا الْقُلُوبُ وَذَرَفَتْ مِنْهَا الْعُيُونُ فَقِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَعَظْتَنَا مَوْعِظَةَ مُوَدِّعٍ فَاعْهَدْ إِلَيْنَا بِعَهْدٍ فَقَالَ عَلَيْكُمْ بِتَقْوَى اللَّهِ وَالسَّمْعِ وَالطَّاعَةِ وَإِنْ عَبْدًا حَبَشِيًّا وَسَتَرَوْنَ مِنْ بَعْدِي اخْتِلَافًا شَدِيدًا فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ الْمَهْدِيِّينَ عَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ وَإِيَّاكُمْ وَالْأُمُورَ الْمُحْدَثَاتِ فَإِنَّ كُلَّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ

Telah menceritakan kepadaku Yahya bin Abi Al Mutha' ia berkata; aku mendengar 'Irbadh bin Sariyah berkata;

"Pada suatu hari Rasulullah SAW berdiri di tengah-tengah kami. Baginda memberi nasihat yang sangat menyentuh, membuat hati menjadi gemetar, dan airmata berlinangan. Lalu dikatakan; "Wahai Rasulullah, engkau telah memberikan nasihat kepada kami satu nasihat perpisahan, maka berilah kami satu wasiat." Baginda bersabda: "Hendaklah kalian bertakwa kepada Allah, mendengar dan taat meskipun kepada seorang hamba Habasyi. Dan sepeninggalku nanti, kalian akan melihat perselisihan yang sangat dahsyat, maka hendaklah kalian berpegang dengan sunnahku dan sunnah para khulaf ar-Rasyidin yang mendapat petunjuk. Gigitlah sunnah itu dengan gigi geraham, dan jangan sampai kalian mengikuti perkara-perkara (bid’ah) yang dibuat-buat, kerana sesungguhnya semua bid’ah itu adalah sesat."

(HR Ibnu Majah No: 42)
Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

Rasulullah SAW meninggalkan wasiat untuk kita laksanakan:

1.  Hendaklah kita bertakwa kepada Allah, mendengar dan taat kepada pemimpin yang benar dan hak, meskipun kepada seorang hamba Habasyi.

2.  Sepeninggalan Rasulullah SAW,  akan berlaku banyak perselisihan yang dahsyat. Sebagai orang beriman, kita mesti berpegang teguh dan bersungguh-sungguh sunnah Rasulullah SAW dan sunnah para khulafa ar-Rasyidin yang mendapat petunjuk (menggigit dengan gigi geraham). Mengigit dengan gigi geraham lebih kuat dan mantap berbanding mengigit dengan gigi kacip yang boleh terlepas.

3.  Berpegang teguh dengan sunnah yang dimaksudkan ialah teguh dan berterusan mengikuti dan mencontohi semua jalan hidup, pemikiran, amalan dan tunjuk ajar Rasulullah SAW dalam segenap lapangan hidup. Juga mengikuti jalan hidup khulafa ar-Rashidin.

Jadilah seperti Saidina Abu Bakar Ash Shiddiq RA yang menyatakan:

لَسْتُ تَارِكًا شَيْئًا كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ يَعْمَلُ بِهِ إِلَّا عَمِلْتُ بِهِ إِنِّي أَخْشَى إِنْ تَرَكْتُ شَيْئًا مِنْ أَمْرِهِ أَنْ أَزِيْغَ

“Tidaklah aku biarkan satupun yang Rasulullah SAW amalkan kecuali aku mengamalkannya kerana aku takut jika meninggalkannya sedikit saja, aku akan menyimpang.” (Atsar R. Abu Daud No. 2970)

4.  Jangan terlibat dengan perkara bid’ah yang dikeji. Bid’ah yang dikeji mengikut Ibnu Hajar al-Asqalani adalah menambah atau mengurangkan dalam hal agama yang tiada dalil syarak dan ia adalah amalan yang dikeji oleh syarak.

Marilah sempena mengingati bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW, kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mengamalkan dan mencontohi sunnah baginda dan khulafa ar-Rashidin.

17hb Rabiul Awal 1446H
21hb September 2024


@quotephotovideo 📚📚📚
Tadabbur Kalamullah 17 Rabiul Awwal 1446H

مُّحَمَّدࣱ رَّسُولُ ٱللَّهِۚ

"Nabi Muhammad saw ialah Rasulullah" [Surah al-Fatḥ 29]

#Baginda Nabi Muhammad saw dilahirkan dalam keadaan yatim kerana bapanya Abdullah bin Abdul Mutalib meninggal dunia di Madinah ketika baginda baru dua bulan dalam kandungan ibunya, Aminah bt Wahab.

#Ketika berusia 6 tahun ibunya membawa baginda menziarahi kubur bapanya, namun ibunya sakit ketika dalam perjalanan pulang lalu meninggal dunia di Abwa’, iaitu tempat yang terletak antara Mekah dengan Madinah.

#Baginda saw menjadi yatim piatu ketika masih kecil, namun Allah swt menghadirkan manusia mulia dalam kehidupan baginda. Meskipun Rasulullah saw anak tunggal, namun baginda mempunyai ramai saudara susuan lantaran ramai orang yang menjaga dan mengasuh baginda sejak dari bayi.

#Selain Sayyidah Aminah bt Wahab, ibu susuan baginda termasuklah Suwaibah as-Aslamiyyah dan Halimah as-Saa‘diyyah. Selain itu, baginda saw pernah dijaga oleh Ummu Aiman dan saudara susuannya iaitu Syaima’. Saudara susuan baginda pula Abu Salamah, Abdullah, Hamzah (yang juga bapa saudaranya), Abdullah dan Syaima’ (anak Halimah) dan Abu Sufian (yang juga sepupu baginda).

#Menurut Imam al-Jauzi, Sayidina Hamzah bin Abdul Mutallib (bapa saudara baginda) bertemu saudara susuan bersama Rasulullah saw daripada dua cabang yang sama iaitu Suwaibah dan Halimah al-Saa‘diyyah (Lihat: Zadul Ma‘ad).

#Selepas kewafatan bondanya pada usia 6 tahun, tanggungjawab menjaga nabi saw diambil alih oleh datuknya, Abdul Muttalib. Namun selepas dua tahun dalam jagaan datuknya, Abdul Mutallib meninggal dunia sehingga baginda dijaga pula oleh bapa saudaranya iaitu Abu Talib. Allahu...

#Sejak kecil lagi baginda saw diuji dengan pelbagai peristiwa besar, untuk menjadikan jiwa baginda sentiasa kental, tabah, sabar dan menjiwai apa yang baginda lalui untuk persiapan jiwa kerana suatu hari nanti baginda akan berhadapan dengan pelbagai ujian dan dugaan dalam kehidupan.

#Peristiwa kematian orang tersayang ini juga menyebabkan Rasulullah saw hidup semasa kecilnya tanpa mendapat kasih sayang dari ibu dan jagaan serta perhatian yang sewajarnya dari bapa. Beginilah arus hikmah Ilahi yang mahukan Rasulullah saw hidup dalam keadaan yatim piatu. Hanya arahan dan jagaan Ilahi sahaja dapat menjauhkan tangan-tangan yang suka memanjanya, menjauh wang, harta kekayaan dan yang cuba memewahkan kehidupannya. Ini berlaku supaya jangan timbul di jiwanya semangat kebendaan atau gilakan pangkat.

#Jika Rasulullah saw yang dijanjikan syurga oleh Allah swt pun ditimpa pelbagai ujian di masa kanak-kanak dan pernah kehilangan enam orang anak semasa hayatnya (kecuali Fatimah r.ha) yang meninggal selepas baginda wafat. Adakah kita harus berputus asa dengan setiap ujian yang mendatang terutama bab kehilangan insan tersayang?

Jika kita sering berasa susah hati dengan setiap ujian yang menimpa hingga mengalami kemurungan, tahukah bahawa kekasih Allah, Rasulullah saw tidak lari diuji biarpun diri Baginda adalah kekasih Allah dan pemberi syafaat kepada kita di hari akhirat kelak. Bersabar dan bertabahlah dengan setiap ujian yang datang!!

🐊Ust naim

@quotephotovideo 📚📚📚
JANGAN LUPAKAN DOA UNTUK KAUM MUSLIMIN DI PALESTINA

Syaikh Dr. Shalih bin Abdillah bin Hamd Al-‘Ushaimi hafizhahullahu ta‘ala mengatakan:

الدعاء من حقوق الإخاء: اللهم اجعل للأقصى و أهله فرجًا، و اكفِ المسلمين شرَّ الأشرار، و كيد الفجَّار.

“Doa itu merupakan hak persaudaraan :

'Ya Allaah berikanlah jalan keluar bagi Al-Aqsha dan penduduknya, serta lindungilah seluruh kaum muslim dari keburukan orang-orang jahat dan makar para pendosa'.”


#savepalestine🇵🇸
#alaqsa
#alaqsamosque

Semoga hari ini lebih baik dari semalam

Aamiin Ya Allah Ya Mujib 🤲🏻😭

☪️  TARIKH ISLAM ☪️
🌙  17 RABIUL AWAL 1446H
🗓  21 SEPTEMBER 2024
📌  SABTU

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

اعوذبا الله من الشيطان الرجيم

بِسْــــــــــــــمِے اللّٰهِےالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْــــــــــــــمِے🌹

👉 Bersamalah dengan ALLAH,
ALLAH akan menjagamu...
👍

@quotephotovideo 💖💖💖
Sabtu, 17 Rabiul Awal  1446H ~

QUOTES, PHOTO & VIDEO hari ini...

tasbih | tahmid | tahlil | takbir

سُبْحَانَ اللهِ وَالحَمْدُ للهِ وَلاَإِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ

subhanallah
walhamdu lillah
wa laa ilaha illallah
wallahu akbar


Semoga hari ini lebih baik dari semalam

♨️ Al-Quranul Karim

📖 Ayat² AL-QURAN

     📗 Surah Al-Fatihah
     🎧 Surah Al-Mulk

📀 Video QURAN

🎬 Murottal Al-Quran

📿 Koleksi Selawat

🎯 Tahajud & Subuh

🔊 Halwa TELINGA & KALBU

🎨 Koleksi Photo

•••••••••✿❃❃•⭑•❃❃✿•••••••••

M U H A R R A M    S A F A R

R A B I U L  A W A L  1446H

Is   Se   Ra   Kh   Ju   Sa   Ah
                      01   02   03   04
05  06   07   08   09   10   11
12  13   14   15   16   17   18
19  20   21   22   23   24   25
26  27   28   29

Aamiin Ya Allah Ya Mujib 🤲🏻😭

sambung di comments 👇

Selamat Pagi  ~ Good Morning 💕

     ○ Awali Hari Dengan Bismillah
Hasbunallah Wani'mal Wakil
     ○ Be grateful..♥️
     ○ Life is too beautiful to waste…
     ○ Life is a beautiful dream…
     ○ Simple is comforting…

Selamat Datang bulan Rabiul Awal

     ○ 5 Keistimewaan bulan Rabiul Awal
     ○ 6 Keutamaan bulan Rabiul Awal
     ○ Sepanjang bulan Rabiul Awal
     ○ Hari Putih Rabiul Awal
     ○ Istimewanya bulan Rabiul Awal

Know Your Priority

Bacalah Al-Quran

Menikmati Perjalanan Hidup

5 Sifat yang disukai Allah

Doa Mohon Petunjuk, Ketaqwaan, Iffah, dan Kekayaan

Renungan Bersama

Jangan sampai emosimu mengendalikan hidupmu 🥲

8 Rezeki yang di jamin

Usah Risau, Rezeki Anak Dijamin Allah SWT

Ada Kebaikan di balik hal-hal Menyakitkan

Mengapa Allah Menguji Kita

Jangan Lepaskan Orang yang mempunyai Ciri² Seperti Ini

Habis Gelap Terbitlah Terang

🤲 BerDOAlah 📿 Zikir 🎬 VideoClip

  ○ Adab Berdoa
Doa Ibu Bapa
    ○ Doa Terhindar dari Ujian Berat
     ○ Sayyidul Istighfar
     ○ Zikir Penenang Hati
     ○ Doa Lepas Baca al-Quran
     ○ Surah Ad-Dhuha
     ○
  ○
  ○

┅═•❃✽✿❁️♡🌸♡❁☘️✿✽❃•═┅

Salam  ZOHOR, ASAR & MAGHRIB

Zikir  01 02 03 04 05 06 07 08 09 10 11

👑 Asmaul Husna 📿 Al-Matsurat

🇲🇾 Waktu Solat Bandar Utama

Hidup itu singkat, maka nikmatilah
Akhirat itu panjang, maka persiapkanlah


@quotephotovideo 💝💐🙂
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Ada orang sedang belajar memperbaiki solatnya

Ada orang sedang berusaha menutup auratnya dengan sempurna

Ada pula orang sedang gigih mencari sumber rezeki yang halal buat dia dan keluarga

Semua orang ada susah payah masing-masing

Semua orang ada jalan dan cerita ‘hijrah’ masing-masing

Cuma kita tidak nampak
Menjadi rahsia dia dengan Allah

Jangan terlalu mudah menghukum orang seolah-olah orang lain tiada ruang dan peluang untuk berubah

Bersangka baik

Jaga hati

Kerana kita juga, punya aib yang ditutup oleh Allah

Boleh jadi, dia yang kita sangka buruk itulah yang paling banyak menangis di hadapan Allah berbanding kita yang nampak baik ini


Doakan saudara kita yang berada di Palestin 🇵🇸

@quotephotovideo 🪴🪴🪴
Hiduplah kita mengikuti kemampuan jangan hidup menurut kemahuan...

Jangan bandingkan kemampuan kita dengan kemampuan orang lain...

Jangan bandingkan kemewahan kita dengan kemewahan orang lain...

Taraf hidup semua orang tidaklah sama...

Apa yang kita miliki itulah kebahagiaan kita...

Bersyukur dan nikmatilah...

IKHLAS

@quotephotovideo 🕊🕊🕊
JANGAN SUKA MENCARI SALAH ORANG

Siapa diri kita sebenarnya hendak menilai dosa pahala orang?

Jangan mencari-cari kesalahan sahabatmu dan membuka aib sahabatmu di media sosial.

Jagalah adab sopan dan budi bahasa bila berbicara di media sosial.

Anda saling tidak mengenali latar belakang diri sahabat anda dan belajarlah menghormati perasaan orang lain.

Diri sendiri pun belum tentu betul atau tidak sebelum membuat hukuman kepada orang lain.

Hanya Allah sebaik baik keadilan dan pemberi hukuman bukan nya manusia sesama manusia.

Barokallahufiikum

@quotephotovideo 🪵🪵🪵
2024/10/03 04:37:33
Back to Top
HTML Embed Code: