Telegram Web Link
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Menyayangi Untuk Disayangi


عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بن عَمْرٍو قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:"الرَّاحِمُونَ يَرْحَمُهُمُ اللَّهُ ارْحَمْ مَنْ فِي الأَرْضِ يَرْحَمْكَ مَنْ فِي السَّمَاءِ

Daripada Abdullah bin Amir RA, Rasulullah SAW bersabda:

“Seseorang yang menyayangi (orang lain) pasti akan disayangi Allah. Sayangilah setiap penduduk bumi, nescaya engkau akan disayangi para penghuni langit”

(Mu’jam Awsat li al-Tabarani No: 9009) Maktabah al-Maarif 
Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.Menjadi tanggungjawab setiap Muslim memiliki sifat penyayang mengikut panduan syarak.

2.Orang yang menyayangi makhluk nescaya Allah akan menyayanginya

3.Orang yang mengasihi orang lain, dia akan disayangi oleh penghuni dilangit

4.Sifat saling menyayangi datang daripada mereka yang memiliki kejernihan jiwa dan kesucian rohani

5.Kongsikanlah nilai mengasihi orang lain dalam kita membina semangat setiakawan sesama rakyat Malaysia.
 
Berusahalah menyayangi orang lain. Jauhi prasangka buruk, membuat tuduhan, menghukum, memberi gelaran buruk dan memfitnah terhadap orang lain. Elakkan permusuhan dan persengketaan. Pereratkan yang dekat, rapatkan yang jauh.

09hb Ogos 2024
04hb Safar 1446H


@quotephotovideo 📚📚📚
Tadabbur Kalamullah 4 Safar 1446H

وَقُل رَّبِّ زِدۡنِی عِلۡمࣰا

"Dan berdoalah dengan berkata: "Wahai Tuhanku, tambahilah ilmu kepadaku" [Surah Ṭā-Hā 114]

#Rasulullah saw tidaklah berdoa untuk meminta tambahan sesuatu kecuali ilmu. Maka kita yang kerdil lagi jahil ini sewajarnya berdoa dan berusaha menambahkan ilmu serta beramal dengan ilmu yang dipelajari.

#Untuk menjadi seorang yang berilmu dan sentiasa bertambah ilmu maka perlu hidup dalam suasana memperkatakan tentang ilmu atau sentiasa membahaskan permasalahan berkaitan ilmu serta tidak tergolong dalam kalangan mereka yang lalai.

#Berkata Imam Abu Daud rahimahullah: "Aku telah bertemu dengan 200 orang ulamak. Tidak pernah aku lihat seorang pun seumpama Imam Ahmad bin Hambal. Beliau tidak akan turut berbual dalam perkara yang orang ramai bualkan. Namun apabila dibualkan perkara ilmu, beliau akan mula berbicara" (Lihat: Manaqib al-Imam Ahmad oleh Ibn al-Jauzi)

#Apabila seseorang itu bertambah ilmu, maka sepatutnya ia bertambah tawadhuk dan tidak sombong. Inilah sifat ahli ilmu yang beramal dengan ilmunya. Hal ini kerana ahli ilmu yang sombong dengan ilmunya akan dihalang daripada memahami ilmu dan beramal dengan ilmunya.

#Berkata al-Allamah Ibn al-Hajj al-Maliki rahimahullah: "Allah swt berfirman:

سَأَصۡرِفُ عَنۡ ءَایَـٰتِیَ ٱلَّذِینَ یَتَكَبَّرُونَ فِی ٱلۡأَرۡضِ بِغَیۡرِ ٱلۡحَقِّ وَإِن یَرَوۡا۟ كُلَّ ءَایَةࣲ لَّا یُؤۡمِنُوا۟ بِهَا وَإِن یَرَوۡا۟ سَبِیلَ ٱلرُّشۡدِ لَا یَتَّخِذُوهُ سَبِیلࣰا وَإِن یَرَوۡا۟ سَبِیلَ ٱلۡغَیِّ یَتَّخِذُوهُ سَبِیلࣰاۚ ذَ ٰ⁠لِكَ بِأَنَّهُمۡ كَذَّبُوا۟ بِـَٔایَـٰتِنَا وَكَانُوا۟ عَنۡهَا غَـٰفِلِینَ

"Aku akan memalingkan (hati) orang-orang yang sombong takbur di muka bumi dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat-ayatKu (yang menunjukkan kekuasaanKu); dan mereka (yang bersifat demikian) jika mereka melihat sebarang keterangan (bukti), mereka tidak beriman kepadanya, dan jika mereka melihat jalan yang (membawa kepada) hidayah petunjuk, mereka tidak mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Dan sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Yang demikian itu, kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya" [Surah al-A'raf 146]. Dan satu yang pasti sedia diketahui bahawa sebahagian orang-orang yang sombong ada yang menghafaz al-Quran dan ilmu. Akan tetapi mereka dihalang dari memperolehi faedahnya iaitulah kefahaman dan beramal sedangkan itulah yang dituntut. Maka kekallah orang awam yang lebih baik keadaan (dari sudut dapat mengambil faedah dan beramal) berbanding mereka yang hafiz dan alim akan tetapi sombong. Allahul Musta'an" (Lihat: al-Madkhal)

#Para ulamak mengingatkan kita semua bahawa seburuk-buruk zaman yang kita lalui ialah zaman dimana manusia banyak bercakap tetapi tidak berilmu dan banyak ilmu tetapi tidak beramal dengan ilmunya.

#Berkata Abu Hazim rahimahullah:

قَالَ أَبُو حَازِمٍ: إِذَا كُنْتَ فِي زَمَانٍ يُرْضَى فِيهِ مِنَ الْعِلْمِ بِالْقَوْلِ، وَمِنَ الْعَمَلِ بِالْعِلْمِ؛ فَأَنْتَ فِي شَرِّ زَمَانٍ وَشَرِّ أُنَاسٍ.

"Jika engkau berada pada zaman di mana orang lebih mengutamakan kata-kata berbanding ilmu atau ilmu berbanding amal, maka engkau berada di seburuk-buruk zaman dan serosak-rosak masyarakat." (Lihat: al-Mujalasah wa Jawahir al-Ilm)

Tuntutlah ilmu dan beramallah dengannya, semoga Allah menambahkan kita ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk diamalkan. Aamiiin

🐊Ust naim

@quotephotovideo 📚📚📚
Jumaat, 04 Safar 1446H ~

QUOTES, PHOTO & VIDEO hari ini...

tasbih | tahmid | tahlil | takbir

سُبْحَانَ اللهِ وَالحَمْدُ للهِ وَلاَإِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ

subhanallah
walhamdu lillah
wa laa ilaha illallah
wallahu akbar


Semoga hari ini lebih baik dari semalam

♨️ Ayat² Al-Quranul Karim

📀 Video QURAN

🎬 Surah al Mulk

📿 Koleksi Selawat

🇲🇾 Waktu Solat Bandar Utama

•••••••••✿❃❃•⭑•❃❃✿•••••••••

M U H A R R A M    1 4 4 6 H

S   A   F   A   R     1  4  4  6  H

Is   Se   Ra   Kh   Ju   Sa   Ah
       01   02   03   04   05   06
07  08   09   10   11   12   13
14  15   16   17   18   19   20
21  22   23   24   25   26   27
28  29   30

Aamiin Ya Allah Ya Mujib 🤲🏻😭

sambung di comments 👇

Selamat Pagi ~ Good Morning ~ Awali Hari Dengan Bismillah

Life is short and beautiful…♥️ ~ Fill your Jar With...

Doa Memohon Hidayah

Selawat Ibrahimiyyah

Berselawat diampun Dosa dan Diangkat Darjat

Empat Pertanyaan dihari Kiamat

Sendirian

Allah dan Iman

7 Asas Membina Keluarga Bahagia

Muraqabah

Circle yang Baik

9 Langkah Ketenangan Jiwa

Doa untuk mereka yang telah tiada

Tempat akhir kita

⑮ Ayat al-Quran
     a. Al Isra ayat 36
     b. At Talaq ayat 2
     c. Ali ‘Imran ayat 160
     d. Al Mukmin ayat 39
     e. Yunus ayat 85
     f. An-Najm ayat 43
     g. Ali 'Imran ayat 173
     h. Al-Maidah ayat 114
     i. Al-Qalam ayat 52
     j. An Nur ayat 46
     k. Az-Zukhruf ayat 70
     l. Ali-Imran ayat 133

┅═•❃✽✿❁️♡🌸♡❁☘️✿✽❃•═┅

Salam  ZOHOR, ASAR & MAGHRIB ~ JUMAAT

Zikir  01  02  03  04  05

Doa  01

Kaabah  01 02 03 04 05 06 07 08 09 10 11

Photo  01 02 03 04 05 06 07 08

@quotephotovideo ❤️💐🙂
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Sesiapa yang memperbanyakkan SELAWAT ke atas Nabi Muhammad SAW akan dijamin banyak perkara, antaranya:

1. Dicukupkan keperluan mereka.
2. Doa lebih mudah dimakbulkan.
3. Dekat dengan Nabi ﷺ di hari kiamat.
4. Dipermudahkan rezeki mereka.

Dan banyak lagi kelebihan dan fadhilat yang akan kita dapat.

Semoga Allah SWT menjadikan kita termasuk orang-orang yang sentiasa melimpahkan selawat ke atas Kekasih-Nya ﷺ

1. Selawat Badriyah
2. Selawat Tafrijiyah  2  3 4
3. Selawat Azimiyah
4. Selawat Badar
5. Selawat Sa'adah  2  3
6. Selawat Nariyah
7. Selawat Adnani  2
8. Selawat Nuril Mubin
9. Selawat Syifa'
10. Sholatullah Salamullah
11. Lakum Busyro
12. Assholaatu 'Alannabi
13. Syi'ir Tawasul Al-Rifa'ie
14. Selawat Asyghil
15. Selawat Muzhibil Lin Nisyan
16. Selawat Munjiyat
17. Selawat Huwannur
18. Selawat Jibril


Selawat01  Selawat02  Selawat03 Selawat04  Selawat05 Selawat06
Selawat07

Salam JUMAAT
Selawat Ibrahimiyyah
Selawat Maulidur Rasul

@quotephotovideo 🌺🌸🌼
You need 3 daily wins:

A physical win. Walking, running, lifting, swimming

A mental win. Reading, writing, creating, learning.

A spiritual win. Praying, meditating, studying, growing.

Be a complete winner!

@quotephotovideo ♨️♨️♨️
024049
Mishary Rashid Alafasy
An-Nur 24:49

وَإِن يَكُن لَّهُمُ ٱلْحَقُّ يَأْتُوٓا۟ إِلَيْهِ مُذْعِنِينَ

Dan (sebaliknya) jika keputusan itu memberi hak kepada mereka, mereka segera datang kepadanya dengan tunduk taat (menerima hukumnya).

@quotephotovideo 📚📚📚
024050
Mishary Rashid Alafasy
An-Nur 24:50

أَفِى قُلُوبِهِم مَّرَضٌ أَمِ ٱرْتَابُوٓا۟ أَمْ يَخَافُونَ أَن يَحِيفَ ٱللَّهُ عَلَيْهِمْ وَرَسُولُهُۥۚ بَلْ أُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلظَّٰلِمُونَ

(Mengapa mereka bersikap demikian), adakah kerana hati mereka mengandungi penyakit (kufur), atau kerana mereka ragu-ragu (terhadap kebenaran hukuman), ataupun kerana mereka takut bahawa Allah dan RasulNya akan berlaku zalim kepada mereka? (Allah dan RasulNya tidak sekali-kali akan berlaku zalim) bahkan merekalah sendiri orang-orang yang zalim (disebabkan keraguan dan kekufuran mereka).

@quotephotovideo 📚📚📚
📚 AL-QURAN 📚

24. AN NUR
(CAHAYA)
SURAH KE 24 : 64 ayat
JUZ 18

📌 [Ayat 34 – 36 Nur ala Nur]

24:034 24:035 24:036

@quotephotovideo 📚📚📚
🔰 AKHLAK DAN ADAB

Ilmu boleh dicari dengan belajar, tetapi akhlak dan adab hanya diperoleh melalui mujahadah membersihkan hati.

Jangan pelik melihat orang yang berilmu tetapi tiada akhlak kerana hatinya masih kotor dengan dosa dan penyakit hati.

Tidak aku temui orang yang kuat berzikir, melainkan akhlaknya amat lunak dan menenangkan.

Akhlak dan adab mendepani ilmu. Ilmu tanpa adab dan akhlak itu umpama mengisi air di dalam bekas yang berlubang.

❣️🇲🇾❣️

اَللَّٰہُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَیٰ سَیِّدِنَا مُحَمَّدِِ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

💞🦋🍋🍓🦋💞

@quotephotovideo 🍁🍁🍁
Dalam perjalanan hidup yang penuh dengan cabaran dan ketidakpastian, kita sering berhadapan dengan situasi yang menguji ketabahan dan keyakinan diri.

Setiap insan mempunyai impian dan matlamat yang ingin dicapai, namun adakalanya kita berasa kecewa apabila usaha yang dilakukan seolah-olah tidak membuahkan hasil seperti yang diharapkan.

Namun begitu, kita perlu sedar bahawa setiap kegagalan bukanlah pengakhiran, melainkan satu peluang untuk kita belajar dan berkembang.

Jika suatu ketika nanti kita tidak dapat mencapai apa yang diinginkan, janganlah berputus asa.

Sebaliknya, kita harus tetap teguh pendirian dan yakin pada diri sendiri.

Ingatlah bahawa Allah SWT sentiasa bersama kita dan Dia telah merancang yang terbaik untuk setiap hambaNya.

Seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran, Surah Al-Baqarah ayat 216:

"...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."

Ayat ini mengingatkan kita bahawa Allah SWT mempunyai hikmah di sebalik setiap kejadian.

Apa yang kita anggap sebagai kegagalan mungkin sebenarnya adalah pintu kepada sesuatu yang lebih baik yang telah Allah sediakan untuk kita.

Oleh itu, marilah kita terus berusaha dengan gigih dan berdoa kepada Allah SWT.

Percayalah bahawa setiap cabaran yang kita hadapi adalah satu proses untuk menjadikan kita insan yang lebih kuat dan bijaksana.

Jangan sekali-kali meragui kebijaksanaan Allah dalam mengatur kehidupan kita.

Akhir kata, ingatlah bahawa Allah telah mempersiapkan sesuatu yang lebih baik untuk kita.

Mungkin kita tidak dapat melihatnya sekarang, tetapi yakinlah bahawa segala usaha dan kesabaran kita akan membuahkan hasil yang manis pada waktunya.

Teruslah melangkah ke hadapan dengan penuh keyakinan dan tawakkal kepada Allah SWT.

@quotephotovideo 🌾🌾🌾
Muhasabah Diri

Mudah melihat dicermin kesempurnaan diri sendiri...

Susah mengakui kesalahan manakala Melakukan...

Mudah melihat kesalahan orang lain...

Susah mengakui dan menerima kebaikan orang lain...

Mudah berbicara dan memerintah ...

Susah ketika giliran diri sendiri untuk melakukan...

Itulah yang biasa kita lakukan selama ini ...

Padahal kita hidup bersama dengan orang lain....

Belajar menghargai orang lain dan rendah hati

Membuat hidup jadi berkualiti dan bahagia.

@quotephotovideo ♨️♨️♨️
Segala Urusan Kembali pada Allah

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman,

وَلِلَّهِ عَٰقِبَةُ ٱلْأُمُورِ

"...dan kepada Allah-lah kembali segala urusan." [QS. Al-Hajj: 41]

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam ayat ini mengukuhkan seorang mukmin yang merasa pertolongan Allah masih jauh dalam pandangannya, sehingga dia mempersiapkan berbagai sebab yang bisa disiapkan, karena sesungguhnya akhir semua urusan akan kembali kepada Allah.

Allah Subhanahu wa Ta'ala akan mengubah hasilnya sesuai dengan kebijaksanaan-Nya.

@quotephotovideo 🌱🌱🌱
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Video Quran
Surah As-Sajdah سورة السجدة
Qari Hazza al Balushi

@quotephotovideo 🔈🔉🔈
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
DOA BANGUN TIDUR

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرِ


“Alhamdullillahilladzi ahyaanaa bada maa amaatanaa wa ilaihin nushur”

Segala puji bagi Allah, yang telah membangunkan kami setelah menidurkan kami dan kepada-Nya lah kami dibangkitkan

01 02 03 04 05 06 07

Adab bangun tidur 01 02

@quotephotovideo 🤗😊🙂
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
لا إله إلا الله

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

لا إلهَ إلاّ اللّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ الْمُبِين

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرِ

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ

لاَّ إِلَـهَ إِلاَّ أَنتَ سُبْحَـنَكَ إِنِّى كُنتُ مِنَ الظَّـلِمِينَ

وَأُفَوِّضُ أَمۡرِيٓ إِلَى ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَصِيرُۢ بِٱلۡعِبَادِ

ماشاء الله لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ

@quotephotovideo 📿📿📿
آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آمَنَ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنتَ مَوْلَانَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

•••┈••••○❁🍃💙🍃❁○••••┈•••

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لا إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَااسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإنَّهُ لا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ

•••┈••••○❁🍃🧡🍃❁○••••┈•••

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي العَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

@quotephotovideo 📿📿📿
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنزَلَ عَلَىٰ عَبْدِهِ الْكِتَابَ وَلَمْ يَجْعَل لَّهُ عِوَجًا
قَيِّمًا لِّيُنذِرَ بَأْسًا شَدِيدًا مِّن لَّدُنْهُ وَيُبَشِّرَ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا حَسَنًا
مَّاكِثِينَ فِيهِ أَبَدًا
وَيُنذِرَ الَّذِينَ قَالُوا اتَّخَذَ اللَّهُ وَلَدًا
مَّا لَهُم بِهِ مِنْ عِلْمٍ وَلَا لِآبَائِهِمْ كَبُرَتْ كَلِمَةً تَخْرُجُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ إِن يَقُولُونَ إِلَّا كَذِبًا
فَلَعَلَّكَ بَاخِعٌ نَّفْسَكَ عَلَىٰ آثَارِهِمْ إِن لَّمْ يُؤْمِنُوا بِهَٰذَا الْحَدِيثِ أَسَفًا
إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَّهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا
وَإِنَّا لَجَاعِلُونَ مَا عَلَيْهَا صَعِيدًا جُرُزًا
أَمْ حَسِبْتَ أَنَّ أَصْحَابَ الْكَهْفِ وَالرَّقِيمِ كَانُوا مِنْ آيَاتِنَا عَجَبًا
إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوا رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

@quotephotovideo 🌹🌹🌹
Jangan tinggalkan doa ini setiap pagi.

Doa pembuka pintu rezeki

Allahumma inni as'aluka 'ilman naaff' aa, wa rizqon thoyyibaa, wa 'amalan mutaqobbalaa.

"Ya Allah, sungguh aku memohon kepadamu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amal yang diterima."

@quotephotovideo 🤲🤲🤲
2024/10/05 15:20:19
Back to Top
HTML Embed Code: