Telegram Web Link
Hari ini dia jahil,
Esok mungkin dia paling berilmu.

Hari ini dia dibenci,
Esok mungkin paling disayangi.

Manusia berubah, Kuasa Allah.

@quotephotovideo 🐬🐬🐬
Tidak ada seorang pun yang dapat kembali ke masa lalu untuk membuat satu perubahan yang baru.

Namun,

Setiap orang dapat memulai saat ini untuk membuat suatu pengakhiran yang indah.


@quotephotovideo 🦚🦚🦚
Bila berbicara, jangan terlalu angkuh dan bangga, tak rugi merendah diri.

Hidup itu ibarat roda,
orang cerdik boleh salah,
orang pintar boleh gagal dan
orang hebat pun boleh terjatuh.

@quotephotovideo 🎯🎯🎯
Sunlight is free.

Walking is free.

Running is free.

Laughing is free.

Grounding is free.

A good conversation is free.

Saying something kind is free.

Bodyweight exercises are free.

The best things in life are FREE!

@quotephotovideo ♨️♨️♨️
💦💦💦 NILAI SESUATU

Suatu barang itu bernilai bukan terletak pada barang tersebut, tetapi keadaan yang menentukan nilainya.

Sebatang buluh yang hanyut tiada nilai nya dalam keadaan biasa, namun ia akan lebih mahal dari dunia dan isinya bagi seseorang yang sedang terkapai-kapai kelemasan

Demikian juga sebotol air minuman, mungkin nilainya hanya satu ringgit dalam keadaan biasa, tetapi ia akan mencecah ribuan ringgit di saat sedang dahaga di padang pasir.

Demikian lah dengan pahala, ia tidak dirasai nilainya sewaktu di dunia, berbanding di akhirat, yang semua benda tidak bernilai melainkan hanya pahala

Oleh kerana kita semua sedang menuju ke sana, maka lakukanlah apa saja amalan yang menjadi bekalan pahala di akhirat nanti.

@quotephotovideo 🍁🍁🍁
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Video Quran
Surah Muhammad
Qari Ghassan al-Shorbaji

@quotephotovideo 🔈🔈🔈
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Memasuki bulan SAFAR 1446H...

Bulan ke-2 dalam takwim hijrah

Semoga kita semua senantiasa berada dalam rahmat serta taufik dan hidayah allah swt...

@quotephotovideo 🌙🌙🌙
Astaghfirullah 😢 Moga kita menjadi yang pertama...

@quotephotovideo 🕌🕌🕌
Mengutamakan Keperluan Allah SWT dalam Kehidupan

Dalam kekalutan dunia yang semakin membara dengan pandangan dan pendapat manusia, kita sering terjebak dalam usaha untuk memuaskan hati manusia.

Namun, sudah tiba masanya kita memfokuskan diri pada apa yang benar-benar penting: tuntutan dan keperluan Allah SWT.

Pesanan ini bukan sahaja menyegarkan semula pandangan kita tentang kehidupan tetapi juga membawa kita lebih dekat kepada pencapaian kebahagiaan sejati.

Allah SWT telah berfirman dalam Al-Quran,

"Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku." (Adz-Dzariat: 56).

Ayat ini jelas menunjukkan tujuan penciptaan kita, iaitu untuk mengabdi dan memenuhi tuntutan Allah, bukan untuk mengikuti kata-kata manusia yang sering kali berubah-ubah dan tidak konsisten.

Dengan mengabdi kepada Allah, kita menemukan kedamaian dan kejelasan dalam kehidupan, kerana Allah tidak pernah meminta sesuatu yang akan membawa kemudaratan kepada kita.

Di samping itu, kita perlu mengakui bahawa setiap ujian dan dugaan yang kita hadapi adalah dari Allah SWT untuk menguji keimanan kita.

Seperti yang Allah firmankan,

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, 'Kami telah beriman,' sementara mereka tidak diuji" (Al-Ankabut: 2).

Ini adalah pengingat untuk kita bahawa kehidupan ini adalah sementara dan setiap apa yang kita lakukan haruslah bertujuan untuk mencari keredhaan Allah.

Sebagai umat Islam, kita juga diajar untuk bersabar dan tidak berputus asa.

Allah berfirman,

"Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar." (Al-Baqarah: 153)

Oleh itu, daripada membuang masa untuk memikirkan apa yang orang lain katakan atau mungkin berpendapat tentang kita, lebih baik kita menggunakan masa tersebut untuk memperbaiki diri dan melakukan kebaikan yang akan mendapat pujian dari Allah.

Akhir sekali, jadikanlah setiap momen dalam hidup ini sebagai peluang untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan melakukan amal kebajikan dan menghindari perbuatan yang dilarang-Nya.

Dengan ini, bukan sahaja kita akan menemui ketenangan dan kepuasan hati dalam kehidupan dunia ini, tetapi juga persiapan untuk kehidupan akhirat yang kekal abadi.

@quotephotovideo 🐝🐝🐝
selamat malam...

tidurlah dalam-kemaafan,
tanpa rasa bersalah dan gusar,
bersama kasih dan redha Yang Esa,
semoga esok masih menyapa.

اللهم صل عل محمد وعل اله وصحبه وسلم

Selimuti diri dengan kalimah syahadah,
lelapkan mata dengan alunan zikrullah,
awali tidur dengan sepotong doa...

salam beristirehat...

moga Malaikat sentiasa menjaga jiwa kita ketika terlelap...

Aamin Ya Rabbal Alamiin...
Moga² bertemu lagi esok.

In shaa Allah

@quotephotovideo 🍀
KANDUNGAN DOA BANGUN TIDUR

Setidaknya ada tiga kandungan faedah kebaikan yang terdapat dalam doa bangun tidur kita

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرِ

“Segala puji bagi Allah, yang telah membangunkan kami setelah menidurkan kami dan hanya kepadaNya kami dibangkitkan.” (HR. al-Bukhari 6325)

①. Sanjungan pujian untuk Allah

②. Keyakinan bahawa Allah menahan ruh ketika kita tidur lalu mengembalikannya di saat terbangun

③. Kelak kepada Allah kita dibangkitkan di akhirat guna mempertanggungjawabkan seluruh perbuatan

Akan sangat bermanfaat sekira dipahami dan menjadi panduan dalam menjalani aktivitas sepanjang hari; hingga saat kita hendak tidur lagi

Berbekal-lah dengan amal shalih; sebab kita adalah hari ini bukan esok yang belum pasti dan bukan pula kemarin yang telah berlalu pergi

@quotephotovideo ☘️🍃☘️🍁☘️🍃☘️
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمَ

لا إلهَ إلاّ اللّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ الْمُبِين

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرِ

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ

لاَّ إِلَـهَ إِلاَّ أَنتَ سُبْحَـنَكَ إِنِّى كُنتُ مِنَ الظَّـلِمِينَ

وَأُفَوِّضُ أَمۡرِيٓ إِلَى ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَصِيرُۢ بِٱلۡعِبَادِ

ماشاء الله لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ

@quotephotovideo 📿📿📿
آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آمَنَ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنتَ مَوْلَانَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

•••┈••••○❁🍃💙🍃❁○••••┈•••

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لا إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَااسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإنَّهُ لا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ

•••┈••••○❁🍃🧡🍃❁○••••┈•••

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي العَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

@quotephotovideo 📿📿📿
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنزَلَ عَلَىٰ عَبْدِهِ الْكِتَابَ وَلَمْ يَجْعَل لَّهُ عِوَجًا
قَيِّمًا لِّيُنذِرَ بَأْسًا شَدِيدًا مِّن لَّدُنْهُ وَيُبَشِّرَ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا حَسَنًا
مَّاكِثِينَ فِيهِ أَبَدًا
وَيُنذِرَ الَّذِينَ قَالُوا اتَّخَذَ اللَّهُ وَلَدًا
مَّا لَهُم بِهِ مِنْ عِلْمٍ وَلَا لِآبَائِهِمْ كَبُرَتْ كَلِمَةً تَخْرُجُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ إِن يَقُولُونَ إِلَّا كَذِبًا
فَلَعَلَّكَ بَاخِعٌ نَّفْسَكَ عَلَىٰ آثَارِهِمْ إِن لَّمْ يُؤْمِنُوا بِهَٰذَا الْحَدِيثِ أَسَفًا
إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَّهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا
وَإِنَّا لَجَاعِلُونَ مَا عَلَيْهَا صَعِيدًا جُرُزًا
أَمْ حَسِبْتَ أَنَّ أَصْحَابَ الْكَهْفِ وَالرَّقِيمِ كَانُوا مِنْ آيَاتِنَا عَجَبًا
إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوا رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

@quotephotovideo 🌹🌹🌹
219 of 365 🗓 SELASA 💕 01 SAFAR 1446H 06 OGOS 2024

 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Bismillahirrahmanirrahim 🌹

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.

Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya

••✾•◆❀◆•✾••┈•┈┈••✾•◆❀◆•✾••┈

#AllahjagaKita..😘
#PrayertoremoveCovid19... 🇲🇾

"Jika mampu, jadilah orang yang redha. Jika tak mampu, jadilah orang yang sabar. Kerana orang yang redha itu lebih utama daripada orang yang sabar. Sabar itu, menenangkan hati. Redha itu, membahagiakan hati."

Keutamaan Redha dalam Kehidupan

Dalam liku-liku kehidupan, tiada yang lebih bernilai daripada ketenangan dan kebahagiaan hati.

Kita sering dihadapkan dengan dugaan yang membawa rasa tidak puas hati dan kegelisahan.

Namun, Islam mengajarkan kita agar selalu berusaha untuk redha terhadap apa yang telah ditakdirkan oleh Allah, kerana setiap takdir yang Dia tetapkan mengandungi hikmah yang tidak terjangkau oleh akal manusia biasa.

Sheikh Ibrahim Masran Al-Banjari telah berkata,

"Jika mampu, jadilah orang yang redha. Jika tidak mampu, jadilah orang yang sabar. Kerana orang yang redha itu lebih utama daripada orang yang sabar. Sabar itu, menenangkan hati. Redha itu, membahagiakan hati."

Kata-kata ini mengingatkan kita bahawa redha bukan sekadar penerimaan pasif, tetapi merupakan rasa puas dan bahagia terhadap ketetapan Allah.

Dalam Al-Quran, Allah berfirman,

"Sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang." (Surah Ar-Ra'd: 28)

Ayat ini menegaskan bahawa ketenangan dan kebahagiaan hati dapat dicapai melalui redha dan tawakkal kepada Allah.

Kadang-kadang, kita merasa tertimpa oleh takdir yang buruk, tetapi sebenarnya itu adalah sudut pandang kita yang belum mampu untuk melihat kebaikan di balik takdir tersebut.

Oleh itu, yakini bahawa setiap takdir Allah adalah baik.

Jika kita dapat redha, kita akan mampu melihat cahaya hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap ujian.

Redha membebaskan kita dari belenggu kekecewaan dan kesedihan.

Ia membuka mata hati kita untuk melihat lebih jauh daripada yang tampak, membantu kita memahami bahawa setiap ketentuan Allah adalah untuk kebaikan kita, meskipun pada mulanya kita tidak dapat memahaminya.

Marilah kita berusaha untuk menjadi orang yang redha.

Dengan redha, hati kita tidak hanya akan tenang, tetapi juga dipenuhi dengan kebahagiaan yang tak terhingga.

Redha adalah kunci yang dapat membuka pintu-pintu keberkatan dalam kehidupan kita, menjadikan setiap langkah kita lebih dekat dengan keredhaan Allah.

SEMOGA BERMANFAAT 🥰

•══◎◎♡◎◎══•

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin.

🎋سبحان الله 🌻الحمد لله🌺لا اله إلا الله 🌼الله اكبر

@quotephotovideo 🌸🌸🌸
47K016
JANGAN LUPAKAN DOA UNTUK KAUM MUSLIMIN DI PALESTINA

Syaikh Dr. Shalih bin Abdillah bin Hamd Al-‘Ushaimi hafizhahullahu ta‘ala mengatakan:

الدعاء من حقوق الإخاء: اللهم اجعل للأقصى و أهله فرجًا، و اكفِ المسلمين شرَّ الأشرار، و كيد الفجَّار.

“Doa itu merupakan hak persaudaraan :

'Ya Allaah berikanlah jalan keluar bagi Al-Aqsha dan penduduknya, serta lindungilah seluruh kaum muslim dari keburukan orang-orang jahat dan makar para pendosa'.”


#savepalestine🇵🇸
#alaqsa
#alaqsamosque

Semoga hari ini lebih baik dari semalam

Aamiin Ya Allah Ya Mujib 🤲🏻😭

☪️  TARIKH ISLAM ☪️
🌙  01 SAFAR 1446H
🗓  06 OGOS 2024
📌  SELASA

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

اعوذبا الله من الشيطان الرجيم

بِسْــــــــــــــمِے اللّٰهِےالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْــــــــــــــمِے🌹

👉 Bersamalah dengan ALLAH,
ALLAH akan menjagamu...
👍

@quotephotovideo 💖💖💖
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Kesempurnaan Iman Dengan Mengasihi Orang Lain


عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ

Daripada Anas RA dari Nabi SAW baginda bersabda:

"Tidak beriman  (sempurna iman) seseorang dari kalian sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri".

(HR Bukhari No: 13)
Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Islam memerintahkan umatnya agar sentiasa memiliki sifat saling mencintai sesama Muslim.

2. Jika kita suka diri kita mendapat nikmat dalam hal keagamaan, maka wajib baginya mencintai saudara Muslim yang lain agar mendapat nikmat yang sama.

3. Jika kita suka memperolehi nikmat dunia kita juga sewajarnya suka agar saudara muslim yang lain juga memperolehinya.

4. Jangan sesekali kita memiliki sifat dengki dan khianat dengan nikmat yang dimiliki oleh saudara kita yang lain.

5. Ambillah iktibar kisah Aus dan Khazraj di Madinah yang mana kedua-dua kaum ini  begitu taksub dan fanatik dengan kaum masing-masing namun Allah telah satukan hati mereka dengan kasih sayang dan mereka saling mencintai antara satu sama lain apabila menerima Islam. Mereka bersatu atas nama Islam dan mereka berjuang atas nama Islam.

6. Ingatlah bahawa setiap mukmin ini bersaudara.

Firman Allah:

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

“Sesungguhnya orang-orang beriman itu adalah bersaudara. Oleh itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah supaya kamu mendapat rahmat” (al-Hujurat: 10)

7. Saudara kita seagama adalah tanggungjawab kita untuk membantu jika mereka memerlukan bantuan, memberi nasihat ketika mereka memerlukan nasihat, meminjamkan telinga kita untuk mendengar masalah dan kisah mereka, memberi sokongan dan dorongan kepada mereka dan akhir sekali jangan kita lupa untuk mendoakan kepada mereka kerana doa adalah senjata terbaik apatah lagi doa yang tidak diketahui oleh saudaranya sendiri.

Marilah kita memperbaharui semangat perpaduan dan kebersamaan dengan saling mengasihi dan menyayangi orang lain.

Semoga sifat tersebut mengukuhkan jati diri kita dalam bekerjasama mewujudkan Negara Yang Utuh Teguh dan mendapat keredhaan Allah.

06hb Ogos 2024
01hb Safar 1446H


@quotephotovideo 📚📚📚
Tadabbur Kalamullah 1 Safar 1446H

وَیۡلࣱ لِّكُلِّ هُمَزَةࣲ لُّمَزَةٍ

"Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji" [Surah al-Humazah 1]

#Sebagai seorang muslim, perlulah bersifat dengan segala sifat-sifat yang diajarkan oleh Allah swt dan Nabi saw iaitu jagalah lidah daripada mencaci dan mencela.

#Daripada Sayidina Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah saw:
 
وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ

"Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam" (HR al-Bukhari)

#Berkata Khalifah Umar bin Abdul Aziz rahimahullah:

"Aku bertemu dengan beberapa Salaf (orang-orang terdahulu yang soleh), mereka tidak melihat ibadah itu (semata-mata) pada puasa dan solat. Akan tetapi juga pada menahan dari menceroboh maruah manusia. Orang yang bangun malam (beribadah), berpuasa pada siang hari, jika dia tidak menjaga lidahnya dia akan muflis di akhirat kelak".

#Nabi saw juga mencegah kita daripada mencela atau mengejek saudara kita dengan ucapan seperti fasiq atau kafir.

#Sabda Nabi saw:

لاَ يَرْمِي رَجُلٌ رَجُلًا بِالفُسُوقِ، وَلاَ يَرْمِيهِ بِالكُفْرِ، إِلَّا ارْتَدَّتْ عَلَيْهِ، إِنْ لَمْ يَكُنْ صَاحِبُهُ كَذَلِكَ

"Tidaklah seseorang melempar tuduhan kepada orang lain dengan kefasiqan dan tidak pula menuduh dengan kekufuran melainkan (tuduhan itu) akan kembali kepadanya, jika saudaranya tidak seperti itu" (HR al-Bukhari)

#Juga sabdanya lagi:
 
وَمَنْ دَعَا رَجُلًا بِالْكُفْرِ، أَوْ قَالَ: عَدُوُّ اللهِ وَلَيْسَ كَذَلِكَ إِلَّا حَارَ عَلَيْهِ

"Dan barangsiapa yang memanggil seseorang dengan kafir atau dengan berkata wahai musuh Allah sedangkan tidak sedemikian melainkan perkataan tersebut akan kembali kepadanya" (HR Muslim)

Jagalah lidah daripada memperkatakan sesuatu yang buruk dan keji. Berkatalah sesuatu yang baik yang mendatangkan manfaat serta pahala

🐊Ust naim

@quotephotovideo 📚📚📚
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلٰى اٰلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

SELAMAT PAGI SEMOGA HARI INI CERIA SIHAT SYUKUR NIKMAT ☺️

لا إله إلا الله

hidupkan kami dengan kalimah ini ya Allah, wafatkanlah kami dengan kalimah ini ya Allah, bangkitlah kami dengan kalimah ini ya Allah

آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْن 🤲


@quotephotovideo 🎯🎯🎯
Selasa, 01 Safar 1446H ~

QUOTES, PHOTO & VIDEO hari ini...

tasbih | tahmid | tahlil | takbir

سُبْحَانَ اللهِ وَالحَمْدُ للهِ وَلاَإِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ

subhanallah
walhamdu lillah
wa laa ilaha illallah
wallahu akbar


Semoga hari ini lebih baik dari semalam

♨️ Ayat² Al-Quranul Karim

🎬 Surah al Mulk

📿 Koleksi Selawat

🇲🇾 Waktu Solat Bandar Utama

•••••••••✿❃❃•⭑•❃❃✿•••••••••

M U H A R R A M    1 4 4 6 H

S   A   F   A   R     1  4  4  6  H

Is   Se   Ra   Kh   Ju   Sa   Ah
       01   02   03   04   05   06
07  08   09   10   11   12   13
14  15   16   17   18   19   20
21  22   23   24   25   26   27
28  29   30

Aamiin Ya Allah Ya Mujib 🤲🏻😭

sambung di comments 👇

Selamat Pagi ~ Good Morning

Life ~ Hope. Happiness. Trust.

Makruh Menolak Pemberian Minayk Wangi Atau Haruman

Doa Memohon Keamanan Negara

10 Maksiat Hati

Rencana Allah

Penyakit Hati yang Paling Berbahaya

Sibukkan diri dengan hal positif dan bermanfaat

Dosa besar dalam Islam

8 Ciri-ciri Orang yang baik hati

Circle yang Baik

Sujud Syukur

Doa untuk mereka yang telah tiada

Tempat akhir kita

⑮ Ayat al-Quran
     a. Al Isra ayat 36
     b. At Talaq ayat 2
     c. Ali ‘Imran ayat 160
     d. Al Mukmin ayat 39
     e. Yunus ayat 85
     f. An-Najm ayat 43
     g. Ali 'Imran ayat 173
     h. Al-Maidah ayat 114
i. Al-Qalam ayat 52

┅═•❃✽✿❁️♡🌸♡❁☘️✿✽❃•═┅

Salam ZOHOR, ASAR & MAGHRIB

Zikir 01 02 03 04

Kaabah 01 02 03 04 05 06 07 08 09 10

Photo 01 02 03 04 05 06 07 08

@quotephotovideo 🍃🍃🍃
2024/10/05 05:27:32
Back to Top
HTML Embed Code: