Telegram Web Link
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Pahala Solat Berterusan Dan Didoakan Malaikat


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَحَدُكُمْ مَا قَعَدَ يَنْتَظِرُ الصَّلَاةَ فِي صَلَاةٍ مَا لَمْ يُحْدِثْ تَدْعُو لَهُ الْمَلَائِكَةُ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ اللَّهُمَّ ارْحَمْهُ

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Salah seorang diantara kalian dihitung akan sentiasa berada dalam (pahala) solat selama duduk menunggu solat, dan selama ia tidak berhadas, malaikat juga akan mendoakannya; "Ya Allah, ampunilah dia, ya Allah, rahmatilah dia."

(HR Muslim No: 1063)
Status Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Orang yang berada di masjid awal atau iktikaf sambil menunggu waktu solat seterusnya di masjid untuk solat berjemaah, akan mendapat ganjaran pahala seolah-olah sentiasa berada dalam keadaan solat selama ia masih menanti waktu solat seterusnya di tempat solat tersebut  (di masjid) selama mana ia masih berwuduk.

2.  Orang yang berada dalam keadaan berwuduk serta berada di masjid sementara menunggu waktu solat seterusnya, para malaikat akan berdoa untuknya agar dosanya diampunkan dan dia sentiasa dirahmati Allah.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ اللَّهُمَّ ارْحَمْهُ

Ya Allah, ampunilah dia, ya Allah, rahmatilah dia.

Ayuh rebut pahala berterusan dan mendapat doa dari Malaikat dengan kita berada di masjid sementara menunggu masuknya waktu solat seterusnya.

23hb Julai 2024
17hb Muharram 1446H


@quotephotovideo 📚📚📚
Tadabbur Kalamullah 17 Muharram 1446H

لَّا یُحِبُّ ٱللَّهُ ٱلۡجَهۡرَ بِٱلسُّوۤءِ مِنَ ٱلۡقَوۡلِ إِلَّا مَن ظُلِمَۚ وَكَانَ ٱللَّهُ سَمِیعًا عَلِیمًا

"Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui" [Surah an-Nisāʾ 148]

#Imam an-Nawawi rahimahullah telah meletakkan dalam kitabnya satu tajuk berkait hukum mendoakan golongan zalim dalam kitabnya al-Azkar iaitu: "Bab: Harus bagi seorang manusia untuk mendoakan keburukan kepada orang yang menzalimi orang-orang Islam atau menzalimi dirinya sendiri".

#Berkata Syeikh Muhammad Allan as-Siddiqi as-Syafie ketika menghuraikan tajuk ini: "Maksud harus yang disebut Imam an-Nawawi rahimahullah adalah merangkumi sunat. Maksudnya ia tidak haram dan tidak makruh. Sekiranya doa kecelakaan kepada orang yang menzalimi manusia lain supaya terhindar dari kezalimannya maka hukumnya sunat".

#Rasulullah saw pernah mendoakan para pemimpin yang baik dan yang zalim dengan doa ini:

اللَّهُمَّ مَنْ وَلِيَ مِنْ أَمْرِ هَذِهِ أُمَّتِي شَيْئاً فَرَفَقَ بِهِمْ، فَارْفُقْ بِهِ. وَمَنْ شَقَّ عَلَيْهَا فَاشْفُقْ عَلَيْهِ.

"Ya Allah, siapa sahaja yang memimpin/mengurus urusan umatku ini, yang kemudian ia menyayangi mereka, maka sayangilah ia. Dan siapa sahaja yang menyusahkan mereka, maka susahkanlah dia" (HR Muslim)

#Hadis ini merupakan satu motivasi bagi para pemimpin untuk menyayangi rakyatnya. Juga menjadi ancaman bagi para pemimpin yang zalim kepada rakyatnya dengan ancaman kesengsaraan.

#Dalam hadis diatas juga menunjukkan Rasulullah saw mendoakan pemimpin yang zalim secara umum. Yang disebutkan oleh baginda adalah sifatnya, iaitu yang zalim kepada umat. Bukan nama atau individu secara spesifik. Maka dibolehkan mendoakan kesengsaraan bagi mereka yang zalim.

#Selain itu, dalam riwayat lain:

أنه صلى الله عليه وسلم دعا على الذين قتلوا القراء رضي الله عنهم وأدام الدعاء عليهم شهرا يقول: اللهم العن رعلا وذكوان وعصية

"Sesungguhnya Nabi saw mendoakan kecelakaan kepada orang-orang yang membunuh penghafaz-penghafaz al-Quran dan sentiasa mendoakan kecelakaan kepada mereka selama sebulan. Baginda berdoa: Ya Allah laknatilah Bani Ri’l, Zakwan dan ‘Usayyah (nama2 kabilah)" (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Sabda Nabi saw:

اتَّقُوا دَعْوَةَ الْمَظْلُومِ

" Berhati-hatilah kalian dari doa orang yang dizalimi"  (HR Ahmad)

#Selain itu, kita semua diperintahkan sentiasa memohon perlindungan daripada orang zalim. Firman Allah swt:

رَبِّ فَلَا تَجۡعَلۡنِی فِی ٱلۡقَوۡمِ ٱلظَّـٰلِمِینَ

"Maka wahai Tuhanku, janganlah Engkau biarkan daku tinggal dalam kalangan kaum yang zalim itu" [Surah al-Muʾminūn 94]

فَخَرَجَ مِنۡهَا خَاۤىِٕفࣰا یَتَرَقَّبُۖ قَالَ رَبِّ نَجِّنِی مِنَ ٱلۡقَوۡمِ ٱلظَّـٰلِمِینَ

"Musa pun keluarlah dari negeri itu dalam keadaan cemas sambil memerhatikan (berita mengenai dirinya) serta berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, selamatkanlah daku dari kaum yang zalim" [Surah al-Qaṣaṣ 21]

قَالُوا۟ رَبَّنَا لَا تَجۡعَلۡنَا مَعَ ٱلۡقَوۡمِ ٱلظَّـٰلِمِینَ

"Mereka (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami bersama orang-orang yang zalim" [Surah al-Aʿrāf 47]

Doalah kebaikan kepada semua manusia, moga mereka berubah menjadi baik. Namun, jika mereka tersangat zalim, tidaklah salah mendoakan kebinasaan kepada mereka

🐊Ust naim

@quotephotovideo 📚📚📚
Selasa, 17  Muharram 1446H ~

QUOTES, PHOTO & VIDEO hari ini...

tasbih | tahmid | tahlil | takbir

سُبْحَانَ اللهِ وَالحَمْدُ للهِ وَلاَإِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ

subhanallah
walhamdu lillah
wa laa ilaha illallah
wallahu akbar


Semoga hari ini lebih baik dari semalam

Surah al Mulk

M U H A R R A M  1 4 4 6 H

01   02   03   04   05   06   07
08   09   10   11   12   13   14
15   16   17   18   19   20   21
22   23   24   25   26   27   28
29   30

Aamiin Ya Allah Ya Mujib 🤲🏻😭

sambung di comments 👇

Selamat Pagi

La Haula Walaa

③ Photo 01 02 03 04 05

Satu Langkah ke arah Kebaikan

Pesan Hari Ini

Rendah Hati

Semangat Pagi

Tiga Amalan Yang Kekal Setelah Mati

Salam ZOHOR

al Baqarah ayat 286

al Qariah ayatul Qursi

Salam ASAR

Salam MAGHRIB

Doa memohon Empat perkara yang sangat Penting

Tahajud

@quotephotovideo 🍃🍃🍃
Pagi yang tenang membawa seribu satu rahmat.

Dalam kehangatan cahaya matahari yang mula menyinari bumi, marilah kita merenungi makna doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW, doa yang mengharapkan kebaikan dalam ilmu, rezeki, dan amal.

اللهم إني أسألك علما نافعا ورزقا طيبا وعملا متقبلا

"Ya Allah, sungguh aku mohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amal yang diterima."

Setiap butir kata dalam doa ini membawa makna yang mendalam.

Doa ini mengajarkan kita untuk sentiasa mencari ilmu yang bermanfaat.

Ilmu adalah cahaya yang membimbing langkah kita dalam meniti kehidupan ini.

Dengan ilmu, kita dapat membezakan antara yang hak dan yang batil, serta menyuluh jalan kita ke arah yang diredhai Allah.

Selain itu, rezeki yang baik adalah sesuatu yang menjadi idaman setiap hamba.

Bukan hanya rezeki yang banyak, tetapi rezeki yang diberkati.

Rezeki yang halal dan diberkati Allah akan membawa ketenangan dalam jiwa dan kehidupan kita.

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, ayat 172:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِن طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ وَاشْكُرُوا لِلَّهِ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya menyembah-Nya."

Amal yang diterima adalah impian setiap mukmin.

Setiap usaha dan perbuatan yang dilakukan dengan ikhlas mengharap redha Allah pasti akan mendapat ganjaran yang besar di sisi-Nya.

Amal yang diterima adalah bukti keikhlasan dan ketulusan hati kita dalam mengabdi kepada-Nya.

Dalam menjalani kehidupan, kita sering kali merasa tidak cukup dengan apa yang kita miliki.

Namun, kecukupan bukanlah terletak pada banyaknya harta yang kita miliki, tetapi pada keberkatan rezeki dan ketenangan jiwa yang Allah kurniakan.

Ingatlah bahawa Allah telah menetapkan rezeki untuk setiap hamba-Nya.

Firman Allah dalam Surah Ash-Sharh, ayat 7-8:

فَإِذَا فَرَغْتَ فَانصَبْ وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ

"Maka apabila kamu telah selesai dari sesuatu urusan, tetaplah bekerja keras untuk urusan yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmu lah hendaknya kamu berharap."

Mari kita hayati doa ini setiap pagi, memohon kepada Allah agar diberi ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik, dan amal yang diterima.

Semoga dengan doa ini, hidup kita akan sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT, serta kita sentiasa merasa cukup dengan rezeki yang dikurniakan-Nya.

Aamiin ya Rabbal 'Alamin.

@quotephotovideo 🎯🎯🎯
Sebab-sebab kenapa Allah SWT uji kita

1. Allah menguji untuk menaikkan darjat kita

2. Allah menguji untuk membimbing hati kita

3. Allah menguji untuk mengampuni dosa kita

4. Allah menguji untuk melindungi diri kita

5. Allah menguji untuk kita sentiasa ingat Dia

@quotephotovideo 🍂🍂🍂
Tetaplah Menjadi Baik Dengan Caramu Sendiri,

Walaupun Namamu Tidak Baik Dalam Cerita Orang Lain.


@quotephotovideo 🍂🍂🍂
Jagalah SOLAT selagi kamu masih BERNAFAS, maka SOLATMU yang akan menjagamu setelah kamu berhenti BERNAFAS.

@quotephotovideo 🕌🕌🕌
Banyak-banyaklah berselawat, agar tali cinta antaramu dengan Allah menjadi semakin erat dengan diikat oleh syafaat Nabi Muhammad.

@quotephotovideo 📿📿📿
Pilihlah pasangan

yang tangannya ringan dalam memberi,
yang berlapang dada menerima,
yang lisannya mudah menuntun,
yang amarahnya tidak dipertontonkan,
yang kakinya memudahkan langkahmu ke syurga
dan yang dihatinya hanya hidup satu nama iaitu kamu.

Semoga kita dijauhkan dari hubungan yang sia-sia.

Mendapat jodoh yang baik & ahli keluarga pasangan dapat terima kita seadanya. Aamiin...

@quotephotovideo 🫶🫶🫶
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Mereka yang sibuk membicarakanmu sebenarnya sedang menunjukkan kekurangan mereka sendiri.

Mereka bukan tidak puas denganmu, tapi tidak puas dengan hidup mereka sendiri, karena mereka tidak memiliki sesuatu yang kamu miliki.

Mereka menghindari masalah mereka sendiri.

Saat orang lain merendahkanmu, mereka sebenarnya merendahkan diri mereka sendiri.

Karena orang yang memiliki harga diri dan puas dengan dirinya tidak pernah merasa perlu untuk menjatuhkan orang lain.

Jadi, jika kamu menjadi sasaran gosip, ingatlah bahwa itu lebih tentang kejelekan mereka sendiri daripada tentang dirimu.

Jangan biarkan komentar negatif mereka mengganggu fokusmu atau merusak semangatmu.

Tetaplah berpegang pada nilai-nilai dan tujuanmu.

Teruslah bekerja keras dan percaya pada kemampuanmu.

Biarkan tindakan dan pencapaianmu berbicara lebih lantang daripada kata-kata mereka.

Pada akhirnya, kesuksesan dan kebahagiaanmu akan membuktikan bahwa mereka salah.

Kamu lebih kuat dari yang mereka bayangkan, dan tidak ada kata-kata mereka yang bisa mengubah itu.

Teruslah maju dengan kepala tegak dan hati yang penuh percaya diri.

Pikiran dan hatimu tidak akan terguncang jika tahu jati diri aslimu yang sebenarnya ❤️

@quotephotovideo 🍄🍄🍄
USAH BERSEDIH

1. Andaikata kamu dikhianati atau dilukai oleh mereka yg mempunyai talian kekeluargaan dgn kamu, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Yusuf as, yg dikhianati oleh saudara2nya...

2. Andaikata ibubapa kamu, atau mereka yg kamu kasihi, menentang kamu ketika kamu berjalan di atas jalan kebenaran, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Ibrahim as, yg dihumban ke dalam api oleh ayahandanya...

3. Andaikata kamu buntu di dalam permasalahan dan tidak nampak jalan keluar, usah bersedih. Ingatilah kisah Yunus as, yg terperangkap di dlm perut ikan.

4. Andaikata kamu didatangi penyakit, dan seluruh anggota badan kamu di landa kesakitan, usah bersedih. Ingatilah kisah Ayub as, yg ditimpa kesakitan dan pelbagai penyakit, disamping kehilangan ahli keluarganya.

5. Andaikata kamu melihat akan adanya kekurangan atau kelemahan pada diri kamu, usah bersedih. Ingatlah kisah Musa as, yg tidak dapat bertutur dgn sempurna.

6. Andaikata kamu difitnah dan dicaci oleh manusia di sekelilingmu, usah bersedih. Ingatilah kisah Aisyah ra, yg sabar setelah difitnah sehingga satu kota memperkatakannya...

7. Andaikata kamu rasa kesunyian dan keseorangan serta tiada yg membantu, usah bersedih. Ingatilah kisah Adam as, yg diturunkan ke muka bumi bersendirian sebelum bertemu kembali Hawa.

8. Andaikata kamu rasakan tidak ada kewajaran akan apa yg perlu kamu lakukan, serta detikan hati tertanya mengapa ianya terjadi, usah bersedih. Ingatilah kisah Nuh as, yg tanpa keluh dan tanpa tahu sebabnya, terus membina bahtera yg besar tanpa soal...

9. Andaikata kamu diherdik dan dicerca oleh saudara mara kamu lantaran kamu memilih agama dan kehidupan akhirat berbanding kehidupan dunia, usah bersedih. Ingatilah kisah Muhammad saw, yg dipulaukan dan diperangi oleh keluarganya yg terdekat...

Subhanallah... Masyaallah.. Allahuakbar...

Allah swt mewujudkan personaliti yg hebat2 ini sebelum kita, dan mendatangi mereka dgn pelbagai ujian dan cabaran, dgn tujuan agar satu hari nanti, manusia spt saya dan kamu, bila mana berhadapan dgn sebarang musibah dan tribulasi, tidak perlu berkata "KENAPA AKU?"..

@quotephotovideo ♨️♨️♨️
024034
Mishary Rashid Alafasy
An-Nur 24:34

وَلَقَدْ أَنزَلْنَآ إِلَيْكُمْ ءَايَٰتٍ مُّبَيِّنَٰتٍ وَمَثَلًا مِّنَ ٱلَّذِينَ خَلَوْا۟ مِن قَبْلِكُمْ وَمَوْعِظَةً لِّلْمُتَّقِينَ

Dan sesungguhnya, Kami telah menurunkan kepada kamu, ayat-ayat keterangan yang menjelaskan (hukum-hukum suruh dan tegah), dan contoh tauladan (mengenai kisah-kisah dan berita) orang-orang yang telah lalu sebelum kamu, serta nasihat pengajaran bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.

@quotephotovideo 📚📚📚
📚 AL-QURAN 📚

24. AN NUR
(CAHAYA)
SURAH KE 24 : 64 ayat
JUZ 18

📌 [Ayat 21 – 23 Sumpah Abu Bakr]

24:021 24:022 24:023

@quotephotovideo 📚📚📚
Seтιαp ɢerαĸ нιdυp ĸιтα, αdα нυĸυмɴyα.

wαjιв - Sυɴαт - Hαrυѕ - Mαĸrυн dαɴ Hαrαм.

Bυαтlαн yαɴɢ wαjιв dαɴ jαɴɢαɴ ѕeѕeĸαlι ĸιтα тιɴɢɢαl dαɴ reмeнĸαɴ ĸerαɴα ια peтαɴdα ĸeмυѕɴαнαɴ нιdυp.

Tαмвαнĸαɴlαн yαɴɢ ѕυɴαт αɢαr dιĸαѕιнι dαɴ dιcιɴтαι Allαн.

Aмвιllαн yαɴɢ нαrυѕ тαpι вerpαdα pαdα.

Kαlαυ вoleн тιɴɢɢαlĸαɴ yαɴɢ мαĸrυн ..
wαlαυ ιαɴyα тιdαĸ вerdoѕα тαpι dιвeɴcι Allαн.

Jαɴɢαɴ ѕeѕeĸαlι вυαт yαɴɢ нαrαм ..
Pαdαнɴyα нιɴα dιdυɴια dαɴ ѕιĸѕα dιαĸнιrαт.

Berнαтι2lαн deɴɢαɴ нιdυp yαɴɢ ѕιɴɢĸαт ιɴι.

Nιĸмαт нιdυp dυɴια ιɴι αмαтlαн ѕedιĸιт dαɴ cepαт ĸejeмυαɴ вerвαɴdιɴɢ ɴιĸмαт αĸнιrαт yαɴɢ ĸepυαѕαɴɴyα αвαdαɴ αвαdα.

Selαмαɴyα!

@quotephotovideo 🎯🎯🎯
Kenapa hidup kita berasa tidak tenang, hati penuh dengan prasangka, dunia seakan kacau-bilau, itu tidak kena, ini tidak kena?

Boleh jadi kerana kita sendiri masih banyak melakukan apa yang Allah larang. Ya, kita tidak sedar masih ada dosa atau maksiat yang membelenggu diri.

Sedarlah. Cara nak sembuh, perbaiki diri dan ubah segala-galanya adalah dengan berusaha untuk tinggalkan apa yang dilarang.

@quotephotovideo 🍂🍂🍂
⚠️ Lepaskanlah Masa Lalumu ⬇️

Kamu tidak ditentukan oleh masa lalumu, tapi pikiranmu dan tindakanmu di masa sekarang.

Masa lalu adalah bagian dari perjalananmu, penuh dengan pelajaran dan kenangan.

Namun, terlalu terikat pada masa lalu dapat menghalangi langkahmu ke depan.

Ketika kamu terjeban dengan masa lalu, kamu membiarkan dirimu terjebak dalam siklus yang menghambat kemajuanmu.

Melepaskan masa lalu bukan berarti mengabaikannya, tetapi memahami bahwa masa lalu tidak bisa diubah, dan tidak menentukan siapa kamu sekarang atau di masa depan.

Dengan melepaskan masa lalu, kamu membebaskan diri dari beban emosional dan mental yang buruk.

Kamu memberikan ruang bagi hal-hal baru dan positif untuk masuk ke dalam hidupmu.

Masa depanmu penuh dengan peluang yang menunggu untuk dijemput.

Dengan hati dan pikiran yang terbuka, kamu dapat menciptakan masa depan yang lebih baik.

Lepaskan penyesalan dan kesalahan masa lalu, dan fokuslah pada apa yang bisa kamu capai sekarang.

Setiap hari adalah lembaran baru yang bisa kamu isi dengan impian, tujuan, dan pencapaian.

Ingatlah, kamu hidup di masa sekarang dan masa depan, bukan di masa lalu.

Dengan melepaskan masa lalu, kamu membebaskan dirimu untuk meraih potensi maksimalmu.

Beranilah melangkah maju dengan keyakinan dan harapan, dan saksikan bagaimana masa depanmu menjadi lebih cerah dan penuh dengan kemungkinan tanpa batas!

@quotephotovideo ♨️♨️♨️
Hikmah di Sebalik Ujian: Janji Allah dalam Setiap Kesulitan

Sahabat yang dihormati,

Hidup ini ibarat sebuah perjalanan yang penuh dengan liku-liku dan cabaran. Allah tidak menjanjikan bahawa jalan ini akan sentiasa mudah, namun Allah berjanji bahawa setiap kesulitan pasti akan disusuli dengan kemudahan. Begitulah indahnya aturan Allah, setiap ujian yang kita hadapi mengandungi hikmah dan pelajaran yang amat berharga.

Firman Allah dalam Surah Al-Inshirah, ayat 5-6:

"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan."

Ayat ini memberi kita harapan bahawa di sebalik setiap kepayahan, pasti ada keringanan. Di sebalik setiap kesedihan, pasti ada kegembiraan yang menanti. Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Dia tidak akan membiarkan hamba-Nya terus dalam kesulitan tanpa memberi jalan keluar.

Kehidupan ini adalah sebuah ujian. Ujian yang mendewasakan, ujian yang menguatkan, dan ujian yang mendekatkan kita kepada-Nya. Dalam setiap kesulitan, berdoalah dan berserahlah kepada Allah. Percayalah bahawa Allah sentiasa bersama orang-orang yang bersabar.

Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 286:

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan dia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya."

Ingatlah sahabat, setiap ujian yang datang adalah sesuai dengan kemampuan kita. Jangan pernah merasa terlampau berat sehingga putus asa. Sebaliknya, jadikanlah doa dan tawakal sebagai peneman setia dalam menghadapi setiap dugaan. Sesungguhnya, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.

Dalam setiap langkah, jangan lupa untuk sentiasa bersyukur. Bersyukur bukan hanya ketika dalam kesenangan, tetapi juga ketika dalam kesulitan. Syukur itulah yang akan membuka pintu-pintu rezeki dan kemudahan yang tidak disangka-sangka.

Sahabat yang dikasihi, teruskanlah berusaha dan bertawakal. Setiap ujian adalah tanda kasih sayang Allah kepada kita. Dia ingin kita kembali kepada-Nya, lebih dekat dan lebih kuat. Semoga kita semua sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat-Nya.

Aamiin ya Rabbal 'Alamin.

@quotephotovideo 🍄🍄🍄
Apa sahaja yang dilalui dalam hidup ini,

kuncinya adalah SABAR, REDHA & SYUKUR.

Meskipun hati terluka, jiwa tersiksa, berendam air mata, terasa hidup bagaikan tiada makna bila diuji.

Namun kuatkan kesabaran, redha dengan ketentuan dariNya & bersyukurlah pada Allah.

Allah sentiasa ada di sisi kita.

Tunduklah pada Nya & merayulah dalam doa.

Allah menguji untuk mendengar rintihan kita.

Bila kita sabar & redha, Allah akan berikan GANTI yang LEBIH BAIK.

Allah sayang kita sebab itu Allah uji.

Mulanya PAHIT tetapi akhirnya MANIS 💜 Bersyukurlah 💐

@quotephotovideo 🍁🍁🍁
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Video Quran
Surah Al Waqiah سورة الواقعة
Qari Salman An-Nafi'i

@quotephotovideo 🔈🔉🔊
Inilah 8 adab-adab dalam membaca Al-Quran

1- Hendaklah yang membaca Al-Qur’an berniat ikhlas, mengharapkan redha Allah, bukan berniat ingin cari dunia atau cari pujian.

2- Disunnahkan membaca Al-Qur’an dalam keadaan mulut yang bersih.

3- Disunnahkan membaca Al-Qur’an dalam keadaan suci.

4- Mengambil tempat yang bersih untuk membaca Al-Qur’an. Oleh karena itu, para ulama sangat anjurkan membaca Al-Qur’an di masjid.

5- Menghadap kiblat ketika membaca Al-Qur’an.

6- Memulai membaca Al-Qur’an dengan membaca ta’awudz (a’udzu billahi minasy syaithonir rajiim).

7- Membaca “bismillahir rahmanir rahim” di setiap awal surat selain surat Bara’ah (surat At-Taubah).

8- Hendaknya ketika membaca Al-Qur’an dalam keadaan khusyu’ dan berusaha untuk mentadabbur (merenungkan) setiap ayat yang dibaca.

@quotephotovideo 🐝🐝🐝
2024/10/03 23:24:03
Back to Top
HTML Embed Code: