Telegram Web Link
203 of 365 🗓 AHAD 💕 15 MUHARRAM 1446H 21 JULAI 2024

 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Bismillahirrahmanirrahim 🌹

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.

Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya

••✾•◆❀◆•✾••┈•┈┈••✾•◆❀◆•✾••┈

#AllahjagaKita..😘
#PrayertoremoveCovid19... 🇲🇾

Di Balik Doa yang Tak Terucap: Keheningan Hati Menghadap Ilahi

Di setiap sudut kehidupan, ada keinginan yang terpendam, ada harapan yang tak terungkap. Hati sering kali penuh dengan kata-kata yang sukar dilafazkan dalam doa. Namun, kita percaya bahawa Allah Maha Mengetahui segala isi hati, bahkan lebih dari yang kita sedari. Dalam keheningan doa, kita menyerahkan segala yang tersembunyi di dalam hati kepada-Nya.

Keheningan dalam Doa

Dalam setiap doa, ada keheningan yang membawa kita dekat kepada Allah. Meskipun lidah tidak mampu merangkai setiap kata, Allah tetap mendengar setiap bisikan hati. Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah:

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku.” (Surah Al-Baqarah, 2:186)

Firman Allah ini menjadi penguat hati bahawa Allah sentiasa mendengar dan mengabulkan doa hamba-Nya, walaupun doa itu hanya terlafaz dalam hati.

Menghadap dengan Penuh Keikhlasan

Menghadap Allah dengan penuh keikhlasan adalah tanda keimanan yang sejati. Kita tidak perlu merangkai kata-kata yang indah untuk menyampaikan harapan kita, kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Dalam setiap sujud, kita menyerahkan segala kegelisahan dan keinginan kepada-Nya.

Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa yang tidak memohon kepada Allah, maka Allah marah kepadanya.” (Hadis riwayat Tirmidzi)

Hadis ini mengingatkan kita tentang pentingnya berdoa dan memohon kepada Allah. Dalam setiap doa, ada pengakuan akan kelemahan diri dan kebergantungan kita kepada kekuasaan-Nya.

Wujudkanlah Harapanku, Ya Allah

Ya Allah, sungguh ada banyak yang ingin hatiku katakan, namun aku tidak mampu merangkainya di dalam doa. Maka wahai Tuhanku, Engkau yang lebih mengetahui diriku ini, maka wujudkanlah apa yang aku harapkan, dan tenangkanlah fikiran dan hatiku. Ya Allah.

Doa ini mengandung harapan dan penyerahan diri yang penuh kepada Allah. Setiap harapan yang tak terucap, kita serahkan kepada-Nya, memohon agar Allah mengabulkan apa yang terbaik untuk kita dan menenangkan hati kita.

Penutup

Dalam setiap doa, meskipun tak terlafaz dengan kata-kata, Allah tetap mendengar dan memahami isi hati kita.

Yakinlah bahawa setiap harapan yang kita serahkan kepada-Nya akan mendapat perhatian dan rahmat dari-Nya.

Semoga Allah mengabulkan setiap doa dan harapan kita, serta menenangkan hati dan fikiran kita dalam menghadapi setiap ujian kehidupan.

Berdoalah dengan penuh keikhlasan dan keyakinan, kerana Allah Maha Mendengar dan Maha Mengabulkan doa.

SEMOGA BERMANFAAT 🥰

•══◎◎♡◎◎══•

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin.

🎋سبحان الله 🌻الحمد لله🌺لا اله إلا الله 🌼الله اكبر

@quotephotovideo 🌸🌸🌸
46K855
JANGAN LUPAKAN DOA UNTUK KAUM MUSLIMIN DI PALESTINA

Syaikh Dr. Shalih bin Abdillah bin Hamd Al-‘Ushaimi hafizhahullahu ta‘ala mengatakan:

الدعاء من حقوق الإخاء: اللهم اجعل للأقصى و أهله فرجًا، و اكفِ المسلمين شرَّ الأشرار، و كيد الفجَّار.

“Doa itu merupakan hak persaudaraan :

'Ya Allaah berikanlah jalan keluar bagi Al-Aqsha dan penduduknya, serta lindungilah seluruh kaum muslim dari keburukan orang-orang jahat dan makar para pendosa'.”


#savepalestine🇵🇸
#alaqsa
#alaqsamosque

Semoga hari ini lebih baik dari semalam

Aamiin Ya Allah Ya Mujib 🤲🏻😭

☪️  TARIKH ISLAM ☪️
🌙  15 MUHARRAM 1446H
🗓  21 JULAI 2024
📌  AHAD

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

اعوذبا الله من الشيطان الرجيم

بِسْــــــــــــــمِے اللّٰهِےالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْــــــــــــــمِے🌹

👉 Bersamalah dengan ALLAH,
ALLAH akan menjagamu...
👍

@quotephotovideo 💖💖💖
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Ganjaran Seumpama Pahala Haji dan Umrah


عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ

Daripada Anas bin Malik RA dia berkata, Rasulullah SAW bersabda:

"Barang siapa yang solat subuh berjamaah  kemudian duduk berzikir sampai matahari terbit kemudian diikuti dengan solat dua rakaat, maka dia mendapatkan pahala seperti pahala haji dan umrah." dia (Anas radliallahu 'anhu) berkata, Rasulullah bersabda: "Sempurna, sempurna, sempurna."

(HR Tirmizi No: 535)
Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1.  Ganjaran pahala berganda sentiasa disediakan kepada setiap Muslim yang menunaikan solat berjemaah khususnya di masjid.

2.  Barang siapa yang solat subuh berjamaah  kemudian duduk berzikir sampai matahari terbit kemudian diikuti dengan solat dua rakaat (solat isyrak atau duha), maka dia akan mendapatkan pahala seperti pahala haji dan umrah.

3.  Solat Isyraq bermula setelah matahari naik pada kadar segalah iaitu lebih kurang 1.5 meter atau kira-kira 12-15 minit selepas matahari terbit (12-15 minit selepas waktu Syuruk – BUKAN sebaik sahaja masuk waktu syuruk – waktu syuruk adalah waktu terbit matahari menandakan berakhirnya waktu solat subuh) (Rujuk Bughyat al-Muthatawwi’ fi Solaat al-Tathawwu’: 58).

4.  Rasulullah mengulangi tiga kali kalimat "Sempurna" (dianugerahkan ganjaran seperti pahala mengerjakan ibadat haji dan umrah yang sempurna).

Rebutlah peluang ganjaran pahala seumpama mengerjakan haji dan umrah.

21hb Julai 2024
15hb Muharram 1446H


@quotephotovideo 📚📚📚
Tadabbur Kalamullah 15 Muharram 1446H

وَإِنَّ عَلَيْكَ اللَّعْنَةَ إِلَى يَوْمِ الدِّينِ

"Sesungguhnya ke atasmu (Iblis) laknat sehingga ke hari kiamat" [Surah al-Hijr 35]

#Berkata Imam al-Qurthubi rahimahullah: "Asal bagi perkataan laknat adalah menjauhkan". Manakala dari sudut uruf pula laknat bererti: "Menjauhkan yang disertai dengan penghinaan dan kemurkaan. Maka melaknat Iblis secara ta’yin adalah harus dan demikian juga ke atas setiap golongan kafir yang telah mati seperti Firaun, Haman, dan Abu Jahal". (Lihat: Al-Jami’ Li Ahkam al-Quran)

#Berkata Imam Ibn Muflih rahimahullah: "Dan dibolehkan untuk melaknat golongan kafir secara umum". (Lihat: Al-Adab al-Syar’iyyah)

#Maka, melaknat ke atas golongan kafir ataupun pelaku-pelaku maksiat dalam bentuk umum dibolehkan seperti ucapan: Laknat Allah ke atas golongan Yahudi dan Nasrani. Ataupun ucapan seperti: Laknat Allah ke atas golongan kafir, orang fasiq, atau orang-orang zalim. Begitu juga seperti melaknat ke atas peminum arak atau para pencuri. Maka semua perkataan laknat yang ditujukan kepada umum sebegini adalah dibolehkan.

#Bagaimana pula mendoakan kehancuran kepada orang yang zalim? Adakah dibolehkan?

#Jika seseorang ingin mendoakan agar Allah mengambil tindakan ke atas pihak yang menzaliminya, maka itu dibolehkan jika benar dia dizalimi. Ini kerana terdapat banyak riwayat yang mengizinkan hal ini.

#Sabda Nabi saw: "Takutlah kamu doa orang dizalimi, sesungguhnya antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)" (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Baginda saw bersabda lagi: "Doa orang yang dizalimi mustajab, sekalipun dia seorang yang jahat. Kejahatannya itu bagi dirinya" (HR Ahmad)

#Dalam riwayat Muslim, seorang sahabat besar Nabi saw, Sayidina Sa’id bin Zaid r.a telah berdoa agar Allah mengambil tindakan kepada Arwa binti Aus yang memfitnah beliau
mengambil tanahnya. Sayidina Sa’id bin Zaid berdoa dengan menyebut: "Ya Allah! Jika dia seorang pendusta maka butakanlah matanya dan bunuhlah dia dalam tanahnya". Maka Arwa pada akhir hayatnya buta mata dan ketika berjalan terjatuh dalam lubang di tanahnya dan meninggal dunia.

#Namun, jika seseorang ingin memaafkan pihak yang menzaliminya, itu merupakan sesuatu yang baik dan terpuji.

Jangan sesekali menzalimi orang lain, dibimbangi ramai yang melaknat dan mendoakan kehancuran. Jadilah insan yang baik agar ramai mendoakan kebaikan untuknya

🐊Ust naim

@quotephotovideo 📚📚📚
Ahad, 15  Muharram 1446H ~

QUOTES, PHOTO & VIDEO hari ini...

tasbih | tahmid | tahlil | takbir

سُبْحَانَ اللهِ وَالحَمْدُ للهِ وَلاَإِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ

subhanallah
walhamdu lillah
wa laa ilaha illallah
wallahu akbar


Semoga hari ini lebih baik dari semalam

M U H A R R A M  1 4 4 6 H

01   02   03   04   05   06   07
08   09   10   11   12   13   14
15   16   17   18   19   20   21
22   23   24   25   26   27   28
29   30

Aamiin Ya Allah Ya Mujib 🤲🏻😭

sambung di comments 👇

Istighfar

al-Quran menjawab

Salam ZOHOR

Yakinlah

Ayatul Kursi

Bila Mau Bicara

Tak pernah Sedikitpun

Teruslah Berbaik Sangka

Al Fatihah

@quotephotovideo 🍃🍃🍃
Manusia yang terbaik adalah ia belajar sesuatu dari apa yang ditakdirkan oleh Allah

@quotephotovideo
Segala sesuatu yang telah terlewati, hal yang baik dan buruk,atau pun yang terindah, dari hal yang terburuk sekali pun yang membuat hati kecewa dan terluka, belajar lah untuk mengikhlaskan dan menerima, semua pasti ada hikmah nya...

@quotephotovideo 🎯🎯🎯
Kita hidup di zaman...

Dimana bahagiamu boleh membuat masalah bagi orang lain, dan masalahmu boleh membuat bahagia orang lain...

"Teruslah menjadi baik hingga kamu menemukan orang baik, dan ditemukan oleh orang baik"

@quotephotovideo 🎯🎯🎯
Alhamdulillah..

Syukur..ke hadrat Ilahi kerana dikurniakan kesihatan yang baik kepada kita...

Membolehkan kita meneruskan perjalanan kehidupan ini..

Selawat dan Salam..

Ke atas Junjungan besar nabi kita Muhammad SAW..

Semoga.. kita semua sentiasa Diberkati dan DiRahmati Allah SWT...

In Shaa Allah..
Aamiin..

@quotephotovideo 🍄🍄🍄
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Apa manfaat banyak berzikir :

Mendekatkan diri kepada Allah SWT:

Zikir merupakan cara yang paling mudah dan efektif untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Dalam Al-Quran, Allah SWT berfirman,

"Maka ingatlah kepada-Ku nescaya Aku akan ingat (pula) kepadamu." (QS Al-Baqarah: 152)

Menguatkan iman: Dalam Islam, zikir juga dianggap sebagai cara yang efektif untuk menguatkan iman dan kepercayaan kepada Allah SWT.

Menenangkan hati: Zikir juga memiliki efek menenangkan hati dan pikiran. Dengan fokus pada zikir, kita dapat melepaskan diri dari kekhawatiran, stres, dan kegelisahan yang seringkali membebani pikiran kita.

Membantu mengendalikan hawa nafsu: Zikir juga dapat membantu kita mengendalikan hawa nafsu dan dorongan negatif dalam diri kita. Dalam Al-Quran, Allah SWT berfirman, "Dan sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar." (QS Al-Ankabut 45)

@quotephotovideo 💚💚💚
024032
Mishary Rashid Alafasy
An-Nur 24:32

وَأَنكِحُوا۟ ٱلْأَيَٰمَىٰ مِنكُمْ وَٱلصَّٰلِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَآئِكُمْۚ إِن يَكُونُوا۟ فُقَرَآءَ يُغْنِهِمُ ٱللَّهُ مِن فَضْلِهِۦۗ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٌ

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.

@quotephotovideo 📚📚📚
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Video Quran
Surah Al Waqiah سورة الواقعة كاملة
Qari Abu Usamah Syamsul Hadi

@quotephotovideo 🔈🔉🔊
💫💦 Tidak selamanya KEBAHAGIAAN itu datang, kerana kadang-kadang sinar MATAHARI juga ditutup oleh AWAN yang mendung...

💫💦 KESEDIHAN yang dibawa ketawa, ibarat PANAS mengundang hujan...

💫💦 MENAHAN derita itu adalah PANGKAL KEBAHAGIAAN....

💫💦 KENIKMATAN dan KESENANGAN kadangkala membawa MANUSIA LUPA...
KESOMBONGAN dan KEMEGAHAN dan KEHANCURAN...

💫💦 Justeru, KEBAHAGIAAN itu ialah BAIK MAKRIFATNYA kepada ALLAH , BAIK TAATNYA kepada ALLAH dan BAIK pula SABARNYA atas KETENTUAN ALLAH...

@quotephotovideo 🍄🍄🍄
Best Advice...

Silence is the best answer for all questions.

Smiling is the best reactions in every situation..

@quotephotovideo 🍁🍁🍁
Keseronokan dunia ini sangat sedikit dan sangat singkat.

Tapi ramai orang tergoda untuk mengejarnya kerana ia nampak di depan mata.

Sedangkan kelazatan akhirat nanti sangat besar dan abadi.

Tapi banyak orang melupakannya kerana ia tersembunyi dan tidak dapat dilihat!

Keseronokan dunia ini sangat sedikit dan sangat singkat.

Tapi ramai orang tergoda untuk mengejarnya kerana ia nampak di depan mata.

Sedangkan kelazatan akhirat nanti sangat besar dan abadi.

Tapi banyak orang melupakannya kerana ia tersembunyi dan tidak dapat dilihat!

@quotephotovideo 🎯🎯🎯
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ اِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

لا إلهَ إلاّ اللّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ الْمُبِين

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرِ

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ

لاَّ إِلَـهَ إِلاَّ أَنتَ سُبْحَـنَكَ إِنِّى كُنتُ مِنَ الظَّـلِمِينَ

وَأُفَوِّضُ أَمۡرِيٓ إِلَى ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَصِيرُۢ بِٱلۡعِبَادِ

ماشاء الله لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ

@quotephotovideo 📿📿📿
آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آمَنَ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنتَ مَوْلَانَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

•••┈••••○❁🍃💙🍃❁○••••┈•••

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لا إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَااسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإنَّهُ لا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ

•••┈••••○❁🍃🧡🍃❁○••••┈•••

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي العَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

@quotephotovideo 📿📿📿
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنزَلَ عَلَىٰ عَبْدِهِ الْكِتَابَ وَلَمْ يَجْعَل لَّهُ عِوَجًا
قَيِّمًا لِّيُنذِرَ بَأْسًا شَدِيدًا مِّن لَّدُنْهُ وَيُبَشِّرَ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا حَسَنًا
مَّاكِثِينَ فِيهِ أَبَدًا
وَيُنذِرَ الَّذِينَ قَالُوا اتَّخَذَ اللَّهُ وَلَدًا
مَّا لَهُم بِهِ مِنْ عِلْمٍ وَلَا لِآبَائِهِمْ كَبُرَتْ كَلِمَةً تَخْرُجُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ إِن يَقُولُونَ إِلَّا كَذِبًا
فَلَعَلَّكَ بَاخِعٌ نَّفْسَكَ عَلَىٰ آثَارِهِمْ إِن لَّمْ يُؤْمِنُوا بِهَٰذَا الْحَدِيثِ أَسَفًا
إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَّهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا
وَإِنَّا لَجَاعِلُونَ مَا عَلَيْهَا صَعِيدًا جُرُزًا
أَمْ حَسِبْتَ أَنَّ أَصْحَابَ الْكَهْفِ وَالرَّقِيمِ كَانُوا مِنْ آيَاتِنَا عَجَبًا
إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوا رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

@quotephotovideo 🌹🌹🌹
204 of 365 🗓 ISNIN 💕 16 MUHARRAM 1446H 22 JULAI 2024

 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Bismillahirrahmanirrahim 🌹

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.

Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya

••✾•◆❀◆•✾••┈•┈┈••✾•◆❀◆•✾••┈

#AllahjagaKita..😘
#PrayertoremoveCovid19... 🇲🇾

Menghargai Kehidupan yang Sementara

Dalam kembara hidup yang fana ini, kita sering lupa betapa berharganya setiap detik yang kita lalui. Allah menciptakan kita dengan penuh cinta dan rahmat, namun kita sering kali alpa dan tidak menyedari nilai sebenar kehidupan yang diberikan.

Setiap pagi yang kita bangun, setiap nafas yang kita hela, adalah anugerah yang tidak ternilai harganya. Namun, dalam kesibukan duniawi, kita sering lupa untuk menghargai nikmat yang ada. Kita lebih mudah merungut tentang apa yang hilang, daripada bersyukur dengan apa yang masih kita miliki.

Allah berfirman dalam Surah Al-‘Asr (Ayat 1-3):

"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh serta saling menasihati supaya menaati kebenaran dan saling menasihati supaya menetapi kesabaran."

Ayat ini mengingatkan kita betapa pentingnya menghargai setiap masa yang kita miliki. Masa yang berlalu tidak akan kembali. Penyesalan di penghujung usia hanyalah sia-sia jika kita tidak berubah dan menghargai apa yang ada sekarang.

Kita harus sedar bahawa segala yang kita miliki hanyalah sementara. Ketika Allah menarik kembali nikmat yang diberikan, barulah kita sedar betapa berharganya nikmat tersebut. Oleh itu, jangan tunggu hingga semuanya hilang, barulah kita ingin menghargai.

Menghadapi Penyesalan dengan Keinsafan

Setiap manusia pasti melalui fasa kesedihan dan penyesalan dalam hidup. Penyesalan adalah peringatan dari Allah supaya kita muhasabah diri dan memperbaiki amalan. Jangan biarkan penyesalan menghantui hidup kita tanpa berusaha untuk berubah.

Firman Allah dalam Surah Az-Zumar (Ayat 53):

"Katakanlah, 'Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang.'"

Kembali kepada Allah adalah jalan terbaik untuk menghadapi penyesalan. Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Setiap langkah taubat kita akan disambut dengan rahmat-Nya yang melimpah.

Menghargai Nikmat dan Peluang

Dalam setiap ujian dan dugaan, terselit hikmah yang Allah ingin kita pelajari. Jangan sia-siakan peluang yang ada untuk memperbaiki diri. Hargailah setiap detik yang masih kita miliki, kerana hidup ini adalah kesempatan yang tidak akan berulang.

Mari kita sama-sama menghargai nikmat yang Allah berikan, sebelum semuanya menjadi kenangan. Hargai selagi ada, kerana tidak semua hal dapat berulang kembali.

Semoga kita semua terus diberi kekuatan untuk menghargai kehidupan yang sementara ini, dengan penuh kesyukuran dan keinsafan. Hargailah setiap detik, setiap nafas, dan setiap nikmat yang Allah kurniakan.

Penutup

Ingatlah, masa yang kita ada sekarang adalah anugerah yang tidak ternilai. Jangan sia-siakan, hargailah selagi ada.

Semoga Allah sentiasa memberikan hidayah dan rahmat-Nya kepada kita semua.

SEMOGA BERMANFAAT 🥰

•══◎◎♡◎◎══•

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin.

🎋سبحان الله 🌻الحمد لله🌺لا اله إلا الله 🌼الله اكبر

@quotephotovideo 🌸🌸🌸
46K860
2024/10/03 19:24:25
Back to Top
HTML Embed Code: