Telegram Web Link
Menangislah agar dadamu lapang,

Solatlah agar hatimu kembali tenang,

Berdoalah agar pertolongan Allah segera datang.


@quotephotovideo ♨️♨️♨️
siapa kamu di masa lalu tidaklah penting,

yang terpenting adalah siapa kamu hari ini dan

kebaikan apa yang telah kamu lakukan saat ini...


@quotephotovideo 🌿🌿🌿
5 PERKARA KITA KENA BUAT UNTUK HADAP UJIAN KEHIDUPAN.

1. Belajar bersabar walaupun kita tak kuat.

2. Belajar memahami walaupun setiap orang berbeza.

3. Tetap bangkit walaupun banyak kali jatuh.

4. Latih hati untuk menerima walaupun sedang kecewa.

5. Cuba memaafkan walaupun sukar dan pedih.

Begitulah kehidupan, banyak benda yang kita tak nak hadap, tapi kita tetap kena hadapinya.

Selagi kita hidup, ujian takkan pernah habis.

Tiada jalan lain selain dari kita berdamai dengan segala takdir.

@quotephotovideo 🐝🐝🐝
Syukur yang sentiasa tumbuh dalam hati akan menjadikan segala sesuatu terasa ringan.

Dengan bersyukur, hati dan fikiran akan bersih dari beban, tidak terasa diberatkan.

Pun akan menumbuhkan sifat qona'ah dan menjadi hamba yang taat.


@quotephotovideo 🌿🌿🌿
🏵️ Nasihat Diri 🏵️

Tanda-tanda ilmu yang bermanfaat

1. Mengamalkannya.

2. Tidak suka memuji diri sendiri, ataupun dipuji, dan tidak sombong
kepada orang lain.

3. Semakin rendah diri (tawadhu) ketika ilmumu bertambah.

4. Menjauh dari cintanya terhadap kekuasaan, ketenaran, dan dunia.

5. Tidak mengaku-ngaku dirinya 'alim (orang yang berilmu).

6. Berburuk sangka kepada dirinya sendiri, dan berbaik sangka kepada orang lain, agar terhindar dari perbuatan mencela orang lain.


Wallaahu a'lam

🍁🍁مولي الرحمن🍁

@quotephotovideo 🐬🐬🐬
Jika putih itu indah
kenapa ada hitam dalam hidup Ini..

Jika melati itu suci
kenapa ada mawar berduri..

Jika kita punya mata
untuk menatap masa depan.
kenapa kita harus memejamkan mata untuk berkhayal..

Hidup ini indah
bila saja kita mengerti
Tentang kehidupan..

Hidup ini indah
Jika kita saling
menghargai dan..

Hidup ini akan jauh lebih indah
jika tak ada sedikitpun rasa benci ...
kerana kita hidup untuk saling melengkapi...

@quotephotovideo 🎯🎯🎯
لا إله إلا الله

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

لا إلهَ إلاّ اللّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ الْمُبِين

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرِ

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ

لاَّ إِلَـهَ إِلاَّ أَنتَ سُبْحَـنَكَ إِنِّى كُنتُ مِنَ الظَّـلِمِينَ

وَأُفَوِّضُ أَمۡرِيٓ إِلَى ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَصِيرُۢ بِٱلۡعِبَادِ

ماشاء الله لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ

@quotephotovideo 📿📿📿
آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آمَنَ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنتَ مَوْلَانَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

•••┈••••○❁🍃💙🍃❁○••••┈•••

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لا إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَااسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإنَّهُ لا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ

•••┈••••○❁🍃🧡🍃❁○••••┈•••

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي العَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

@quotephotovideo 📿📿📿
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنزَلَ عَلَىٰ عَبْدِهِ الْكِتَابَ وَلَمْ يَجْعَل لَّهُ عِوَجًا
قَيِّمًا لِّيُنذِرَ بَأْسًا شَدِيدًا مِّن لَّدُنْهُ وَيُبَشِّرَ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا حَسَنًا
مَّاكِثِينَ فِيهِ أَبَدًا
وَيُنذِرَ الَّذِينَ قَالُوا اتَّخَذَ اللَّهُ وَلَدًا
مَّا لَهُم بِهِ مِنْ عِلْمٍ وَلَا لِآبَائِهِمْ كَبُرَتْ كَلِمَةً تَخْرُجُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ إِن يَقُولُونَ إِلَّا كَذِبًا
فَلَعَلَّكَ بَاخِعٌ نَّفْسَكَ عَلَىٰ آثَارِهِمْ إِن لَّمْ يُؤْمِنُوا بِهَٰذَا الْحَدِيثِ أَسَفًا
إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَّهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا
وَإِنَّا لَجَاعِلُونَ مَا عَلَيْهَا صَعِيدًا جُرُزًا
أَمْ حَسِبْتَ أَنَّ أَصْحَابَ الْكَهْفِ وَالرَّقِيمِ كَانُوا مِنْ آيَاتِنَا عَجَبًا
إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوا رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

@quotephotovideo 🌹🌹🌹
195 of 365 🗓 SABTU 💕 07 MUHARRAM 1446H 13 JULAI 2024

 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Bismillahirrahmanirrahim 🌹

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.

Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya

••✾•◆❀◆•✾••┈•┈┈••✾•◆❀◆•✾••┈

#AllahjagaKita..😘
#PrayertoremoveCovid19... 🇲🇾

Hidup Ini Penuh Ujian : Kesusahan dan Kesenangan sebagai Pengingat Allah

Dalam pergelutan hidup ini, setiap insan tidak terlepas daripada diuji. Kehidupan yang kita jalani bagaikan sebuah pelayaran yang penuh dengan gelombang dan arus.

Ada ketikanya kita dilanda kesusahan yang membuatkan kita terkulai lemah, dan ada kalanya kita dilingkari kesenangan yang mampu membuatkan kita alpa.

Namun, kedua-duanya adalah ujian yang diberikan oleh Allah sebagai peringatan dan pengajaran.

Kesusahan sebagai Ujian

Kesusahan seringkali dilihat sebagai musibah yang menyesakkan dada. Dalam kegelapan malam, kita terduduk memikirkan jalan keluar, mencari sinar harapan di tengah keperitan.

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah:

“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Surah Al-Baqarah, 2:155)

Ujian kesusahan ini bukanlah untuk melemahkan kita, tetapi untuk menguji kesabaran dan keteguhan iman.

Dalam kepayahan, kita diajar untuk berserah sepenuhnya kepada Allah, mempercayai bahawa setiap kesulitan pasti ada jalan keluarnya.

Dengan kesabaran dan doa, kita mampu bangkit semula dengan kekuatan yang baru.

Kesenangan sebagai Ujian

Tidak semua kesenangan itu membawa kebahagiaan yang hakiki. Kesenangan yang melimpah ruah mampu menjadikan kita alpa dan jauh dari mengingati Allah.

Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya setiap umat mempunyai ujian, dan ujian bagi umatku adalah harta.” (Hadis riwayat Tirmidzi)

Kesenangan adalah ujian yang halus, menguji sejauh mana kita mampu bersyukur dan menggunakan nikmat tersebut ke jalan yang diredhai Allah.

Dalam kesenangan, kita perlu sentiasa bermuhasabah diri, mengingatkan bahawa segala nikmat dunia ini hanyalah pinjaman sementara.

Menghadapi Ujian dengan Ketakwaan

Setiap ujian yang menimpa, sama ada kesusahan mahupun kesenangan, adalah peringatan untuk kita kembali kepada Allah.

Hidup ini adalah ujian yang tidak berkesudahan, dan hanya dengan ketakwaan kita mampu mengharunginya.

Firman Allah dalam Surah Al-Ankabut:

'Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: 'Kami telah beriman', sedang mereka tidak diuji lagi?" (Surah Al-Ankabut, 29:2)

Ujian-ujian ini adalah tanda kasih sayang Allah kepada hamba-Nya, sebagai peluang untuk kita memperbaiki diri dan memperkukuhkan iman.

Setiap kali diuji, ingatlah bahawa Allah sentiasa bersama kita, mendengar doa-doa kita dan memberikan jalan keluar yang terbaik.

Hidup ini penuh dengan ujian yang datang dalam pelbagai bentuk. Kesusahan dan kesenangan adalah dua sisi yang saling melengkapi, mengajar kita erti ketabahan dan kesyukuran.

Semoga kita sentiasa di bawah lindungan Allah, diberi kekuatan untuk menghadapi setiap ujian dengan hati yang redha dan iman yang teguh.

Semoga hari ini membawa keberkatan dan ketenangan dalam hidup kita semua.

SEMOGA BERMANFAAT 🥰

•══◎◎♡◎◎══•

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin.

🎋سبحان الله 🌻الحمد لله🌺لا اله إلا الله 🌼الله اكبر

@quotephotovideo 🌸🌸🌸
46K781
JANGAN LUPAKAN DOA UNTUK KAUM MUSLIMIN DI PALESTINA

Syaikh Dr. Shalih bin Abdillah bin Hamd Al-‘Ushaimi hafizhahullahu ta‘ala mengatakan:

الدعاء من حقوق الإخاء: اللهم اجعل للأقصى و أهله فرجًا، و اكفِ المسلمين شرَّ الأشرار، و كيد الفجَّار.

“Doa itu merupakan hak persaudaraan :

'Ya Allaah berikanlah jalan keluar bagi Al-Aqsha dan penduduknya, serta lindungilah seluruh kaum muslim dari keburukan orang-orang jahat dan makar para pendosa'.”


#savepalestine🇵🇸
#alaqsa
#alaqsamosque

Semoga hari ini lebih baik dari semalam

Aamiin Ya Allah Ya Mujib 🤲🏻😭

☪️  TARIKH ISLAM ☪️
🌙  07 MUHARRAM 1446H
🗓  13 JULAI 2024
📌  SABTU

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

اعوذبا الله من الشيطان الرجيم

بِسْــــــــــــــمِے اللّٰهِےالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْــــــــــــــمِے🌹

👉 Bersamalah dengan ALLAH,
ALLAH akan menjagamu...
👍

@quotephotovideo 💖💖💖
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Puasa Tasu’a (puasa 9hb Muharram)


عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا يَقُولُا حِينَ صَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّهُ يَوْمٌ تُعَظِّمُهُ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَإِذَا كَانَ الْعَامُ الْمُقْبِلُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ صُمْنَا الْيَوْمَ التَّاسِعَ قَالَ فَلَمْ يَأْتِ الْعَامُ الْمُقْبِلُ حَتَّى تُوُفِّيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Abdullah bin Abbas RA, beliau menceritakan:

Ketika Nabi SAW melaksanakan puasa Asyura dan memerintahkan para sahabat untuk puasa. Kemudian ada sahabat yang berkata: Ya Rasulullah, sesungguhnya hari Asyura adalah hari yang diagungkan orang Yahudi dan Nasrani. Kemudian Nabi SAW bersabda: “Tahun depan, Insha Allah kita akan berpuasa pada hari ke sembilan.” Namun, belum sampai tahun depan, Nabi SAW diwafatkan.

(HR. Muslim No: 1916)
Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Antara hari yang digalakan berpuasa pada bulan Muharam ialah puasa sunat hari Tasu'a (9hb Muharam) iaitu sehari sebelum hari Asyura (10hb Muharam)

2.  Puasa dua hari iaitu puasa sunat Tasu'a (9hb Muharam)  dan puasa sunat Asyura (10hb Muharam) adalah untuk membezakan amalan berpuasa seorang Muslim dengan puasa orang Yahudi dan Keristian.

3.  Ibnul Qayim dalam Zadul Ma’ad, 2/72 menjelaskan puasa yang berkait hari Asyura ada tiga Kategori:

a)  Kategori paling sempurna, puasa tiga hari. Sehari sebelum Asyura, hari Asyura, dan sehari selepas Asyura  (9hb, 10hb dan 11hb Muharam).

b)  Kategori kedua, puasa pada 9hb dan 10hb Muharam berdasarkan banyak hadis.

c)  Kategori ketiga, puasa pada10hb Muharam saja.

Marilah kita tunaikan puasa Sunat Tasu'a (9hb Muharam) yang jatuh pada 15hb Julai hari Isnin dan puasa Sunat Asyura (10hb Muharam) pada 16hb Julai hari Selasa. Moga Allah akan mengampukan dosa-dosa kita setahun yang lalu.

Mungkinkah Muharam ini tidak akan kita temui pada tahun hadapan?

13hb Julai 2024
07hb Muharram 1446H


@quotephotovideo 📚📚📚
Tadabbur Kalamullah 7 Muharram 1446H

ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ وَتَطۡمَىِٕنُّ قُلُوبُهُم بِذِكۡرِ ٱللَّهِۗ أَلَا بِذِكۡرِ ٱللَّهِ تَطۡمَىِٕنُّ ٱلۡقُلُوبُ

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia" [Surah Ar-Raʿd 28]

#Zikrullah melahirkan rasa tenang dan tenteram di dalam diri seseorang. Ini yang difirmankan oleh Allah swt dalam kalamNya.

#Dan saat ini betapa kita memerlukan kepada ketenangan dan ketenteraman dalam kehidupan kita, khususnya pada zaman ini, dengan kesibukan hidup di negara moden, sering kali kita mendengarkan keluhan sebahagian individu tentang tuntutan dan tekanan urusan dunia.

#Zikrullah ialah kita berada di dalam keadaan sentiasa mengingati Allah. Hakikat Zikrullah secara luas dan sempurna hanya dapat kita capai dengan kita berusaha mentaati Allah pada setiap masa kerana seseorang itu apabila ia taat kepada Allah itu bermakna ia ingat kepada Allah.

#Dalam satu riwayat Nabi saw bersabda:

أَلَا أُنَبِّئُكُمْ بِخَيْرِ أَعْمَالِكُمْ وَأَزْكَاهَا عِنْدَ مَلِيكِكُمْ وَأَرْفَعِهَا فِي دَرَجَاتِكُمْ وَخَيْرٍ لَكُمْ مِنْ إِعْطَاءِ الذَّهَبِ وَالْوَرِقِ وَخَيْرٍ لَكُمْ مِنْ أَنْ تَلْقَوْا عَدُوَّكُمْ فَتَضْرِبُوا أَعْنَاقَهُمْ وَيَضْرِبُوا أَعْنَاقَكُمْ قَالُوا وَذَلِكَ مَا هُوَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ ذِكْرُ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ

"Mahukah kamu untuk aku khabarkan kepada kamu tentang amalan kamu yang paling baik, paling bersih di sisi Tuhan kamu, paling mengangkat darjat kamu, lebih baik untuk kamu daripada membelanjakan emas dan perak, lebih baik untuk kamu daripada kamu berdepan dengan musuh kamu lalu kamu memenggal leher mereka dan mereka pula memenggal leher kamu? Mereka (para sahabat) menjawab: "Apa dia wahai Rasulullah". Baginda bersabda "Zikrullah" (Musnad Ahmad)

#Zikir merupakan asas utama dalam perjalanan mendekatkan diri kepada Allah dan mencapai keredhaanNya. Kedekatan diri dengan Allah swt tercapai menerusi penyucian hati dan penyuci bagi hati itu ialah zikrullah.

#Konsep zikrullah menjangkau makna yang lebih besar daripada sekadar membasahi lidah dengan lafaz zikir dan doa. Ia merupakan sebuah konsep menyeluruh yang mencorak kehidupan dan peribadi seorang Muslim.

#Maksud zikrullah yang lebih luas, sebagaimana yang disebutkan oleh Syeikh 'Abdur Razzaq bin 'Abdul Muhsin al-Badr ialah:

"Termasuk perkara yang mesti difahami oleh seorang muslim, bahawa Zikrullah Taala tidak dikhususkan hanya kepada majlis-majlis yang disebut di dalamnya nama Allah dengan bertasbih, bertakbir, bertahmid dan seumpamanya. Bahkan ia merangkumi apa-apa majlis yang disebut di dalamnya perintah dan tegahan Allah, halal dan haram, apa yang disukai dan diredhai oleh Allah. Bahkan barangkali zikir seperti ini adalah lebih bermanfaat dari zikir yang hanya semata-mata menyebut nama Allah. Ini kerana mengetahui halal dan haram adalah kewajipan dalam beberapa berkara ke atas setiap muslim. Adapun zikrullah dengan lisan, kebanyakannya adalah sunat, kadang-kala ia menjadi wajib seperti zikir di dalam solat fardhu. Adapun mengetahui perintah Allah, apa-apa yang disukai, diredhaiNya dan apa-apa yang tidak disukaiNya adalah menjadi kewajipan ke atas setiap orang yang perlu mengetahuinya.

#Kerana itu, Sayidina Ibn Mas'ud r.a, apabila beliau menyebut hadis Nabi saw: "Taman-taman syurga itu adalah halaqah-halaqah zikir". Beliau berkata: "Adapun aku tidak memaksudkan al-Qussas (penceramah-penceramah yang menyebut kisah pengajaran), akan tetapi (aku maksudkan) halaqah-halaqah fiqh".

Apa sahaja amal soleh yang mengingatkan kita pada Allah, itulah zikrullah. Dengan zikrullah hati menjadi tenang, damai, bahagia dan tenteram

🐊Ust naim

@quotephotovideo 📚📚📚
Sabtu, 07 Muharram 1446H ~

QUOTES, PHOTO & VIDEO hari ini...

tasbih | tahmid | tahlil | takbir

سُبْحَانَ اللهِ وَالحَمْدُ للهِ وَلاَإِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ

subhanallah
walhamdu lillah
wa laa ilaha illallah
wallahu akbar


Semoga hari ini lebih baik dari semalam

Aamiin Ya Allah Ya Mujib 🤲🏻😭

sambung di comments 👇

Istiqamah

Anjuran Berpuasa Pada 9 & 10 Muharram

Sabar tanda kuat

Selawat Jibril

Waktu

Mendidik Sabar

Hidup tak Tenang

@quotephotovideo 🍃🍃🍃
024024
Mishary Rashid Alafasy
An-Nur 24:24

يَوْمَ تَشْهَدُ عَلَيْهِمْ أَلْسِنَتُهُمْ وَأَيْدِيهِمْ وَأَرْجُلُهُم بِمَا كَانُوا۟ يَعْمَلُونَ

Pada hari lidah mereka dan tangan mereka serta kaki mereka menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, tentang segala yang mereka lakukan.

@quotephotovideo 📚📚📚
024025
Mishary Rashid Alafasy
An-Nur 24:25

يَوْمَئِذٍ يُوَفِّيهِمُ ٱللَّهُ دِينَهُمُ ٱلْحَقَّ وَيَعْلَمُونَ أَنَّ ٱللَّهَ هُوَ ٱلْحَقُّ ٱلْمُبِينُ

Pada hari itu Allah akan menyempurnakan untuk mereka balasan (azab seksa) yang berhak mereka mendapatnya, dan mereka pula akan mengetahui bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Adil, lagi nyata keadilanNya.

@quotephotovideo 📚📚📚
Bersederhanalah ketika menjalin rasa.

1. Jika sayang, jangan sampai rasa memiliki. Kalau sampai kita rasa memiliki, kita akan teruji dengan rasa kehilangan.

2. Jika kurang berkenan, jangan sampai membenci, bersederhana, raikan perbezaan dan ketidakserasiaan.

Kita hidup bukan untuk disayangi semua manusia, tetapi untuk raih redha Pencipta.


@quotephotovideo 🍂🍂🍂
Apapun yang kita pilih pasti ada risikonya,

Bahkan saat kita tidak memilih pun, juga ada risikonya.


@quotephotovideo 🎯🎯🎯
Akhlaq Mulia Membawa Keindahan

►Tatkala orang menabur kebencian, biarlah diri kita menguatkan kesabaran.

►Tatkala orang merancang perpecahan, biarlah kita mempererat persatuan.

►Tatkala orang menyinggung perasaan, biarlah kita belajar memaafkan.

►Tatkala hidup dinaungi keraguan, biarlah kita menguatkan keimanan.

►Tatkala segala perkataan menumbuhkan tunas keputusasaan, biarlah mencuba menumbuhkan harapan.

►Tatkala di sekeliling kita dinaungi kegelapan, biarlah kita cuba membawa setitik pelita penerang.

►Saudaraku, takkan jatuh harga diri kita kerana memaafkan. Takkan jatuh martabat kita kerana kebaikan.

►Sungguh...Akhlaq Mulia akan membawa kita kepada keindahan bukan kerana kecantikan dan ketampanan,

►Namun kerana terbentuknya peribadi mulia yang menawan.

@quotephotovideo 🌿🌿🌿
►Kata yang paling Indah adalah "ALLAH"

►syair yang paling merdu adalah "AZAN"

►Majalah yang paling baik adalah "AL-QUR'AN"

►Senam yang paling sihat adalah "SOLAT"

►Diet yang paling Sihat adalah "PUASA"

@quotephotovideo 🦋🦋🦋
2024/10/03 00:28:46
Back to Top
HTML Embed Code: