Telegram Web Link
KALAM ULAMA'

"Satu-satunya yang menguatkan kita ketika terpuruk adalah keyakinan yang kuat bahwa segala sesuatu sudah ditakdirkan Allah dan kehidupan ini akan tetap berjalan dengan semua kejadianNya"

Habib Umar Bin Hafidz
πŸ•Š @PenaDakwah βœ’γƒ„
Tuhan...
Andai tika ini aku dan dia berada dalam versi yang tidak baik,dingin serta egois... Kau hapuskanlah semua rasa itu... Kau hadirkan kami kembali dalam versi yang terbaik... Semoga kami bisa bertemu kembali tanpa ada rasa rasa yang tidak seharusnya ada...

πŸ•Š @PenaDakwah βœ’γƒ„
KALAM ULAMA'

"Menjadi siapapun dirimu, pasti ada yang tidak suka padamu, maka lakukan saja yang terbaik untuk dirimu, dan jadilah bermanfaat bagi orang lain"

Ustazah Halimah Alaydrus
πŸ•Š @PenaDakwah βœ’γƒ„
SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah,

beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut

ialah kandungan wasiat tersebut:

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.

Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT

Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat

persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR

Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR

Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL

PADA HARI KIAMAT)

Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI

NERAKA PADA HARI AKHIRAT)

Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)

Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA

SYURGA)

Iaitu : Berasa redha dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.W

Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT

Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.
Untuk kau yang sedang menggelupur bergelut dengan kekecewaan, untuk kau yang sedang berdepan dengan hakikat kehilangan, pesanan ini untuk kau.

Memang. Kadang-kadang, kau rasa macam tak boleh hidup tanpa seseorang. Dia masuk dalam hidup kau perlahan-lahan ... beri perhatian, beri kasih sayang dan tambah lagi dengan segala macam pengorbanan.

Akhirnya, diam tak diam, dia dah macam ada makam tertentu dalam hati kau. Punyalah kau sayang sampai rasa susah sangat nak buang.

Nah! Apabila kau sudah terlebih sayang, inilah masanya Allah akan uji. Inilah masanya kau kena terima hakikat yang kalau kau sayang bunga, bunga akan mati. Kalau kau sayang manusia, dia juga akan pergi. 

Allah akan hantar macam-macam asbab untuk pisahkan kau daripada dia. Akhirnya yang tinggal siapa? Hanya Allah! Masa itu baru kau tersungkur atas sejadah!

Menangislah! Tak mengapa. Menangis akan buat kau lega. Tapi jangan lupa. Baiki balik apa yang dah nak rebah. Apa dia?

Hubungan kau dengan Allah.

Manusia, apabila dia rasa selesa dengan apa yang dia ada, memang dia mudah lupa diri. Sebab itu, Allah sentap hatinya sesekali.

Kau pun manusia. Sebab itu Allah uji. Allah sentap hati kau supaya kau tahu untuk kembali pada Dia. Supaya kau tak fikir yang kau boleh bergantung hidup pada sesiapa.

Hanya Allah! Ingat. Ini soal akidah! Kalau rosak akidah, macam mana kau nak masuk syurga Allah?

Jadi, kalau kau sedang merana sebab ditinggalkan sekarang, kau kena faham, ujian ini sebab Allah sayang.

Bertahanlah. Esok lusa apabila kau dah sedar, Allah mungkin kembalikan semula orang yang kau sayang itu. Ataupun, Allah akan gantikan dengan orang yang jauh lebih baik.

Untuk hari ini, satu saja kau kena buat. Lap air mata dan jalani hidup kau macam biasa. Tak mengapa kalau peritnya masih terasa. Tak mengapa.

Itu semua mula-mula sahaja. Lama-lama nanti, kau akan biasa.

Ingat. Ini ujian. Sebenarnya ini cuma cerita antara kau dengan Tuhan. Orang lain itu cuma pelakon tambahan. 

Jadi, jangan marah sesiapa. Jangan berdendam dengan sesiapa. Cuba ikhlaskan hati. Cuba sedaya upaya.

Ingat pesan tadi. Mula-mula memang perit sikit, rasa sunyi, rasa sakit. Tapi tak lama lagi, kau dah tak peduli. Sebab apa? Sebab Allah ada.

Apabila kau dah mula yakin sepenuhnya yang Allah pemegang kebahagiaan kau, maka kau tak akan pertikaikan apa-apa lagi. Asalkan Allah ada dalam hati, kau takkan sunyi.

Jadi, cubalah bertahan. Biarkan masa membantu luka kau sembuh perlahan-lahan. Ingatlah. Dalam hidup kau, bukan hanya ada perasaan. Bahkan, ada Tuhan!

#JentikHati
πŸ•Š @PenaDakwah βœ’γƒ„
KALAM ULAMA'

"Kesulitan akan mengajarkanmu bahawa tak ada yang engkau miliki kecuali Allah"

Syeikh Mutawalli Asy Sya'rawi
πŸ•Š @PenaDakwah βœ’γƒ„
KALAM ULAMA'

"Orang paling tertipu adalah yang merendah di hadapan orang yang tidak menghargainya, yang mencintai orang yang tidak bermanfaat baginya, yang bangga dengan pujian orang yang tidak mengenalnya"

Imam As Syafi'i r.a
πŸ•Š @PenaDakwah βœ’γƒ„
*Konsep Sebenar Simpanan Emas*

Konsep simpanan emas ini adalah simpan apabila ada wang.

Tak dapat simpan banyak simpan serendah RM100 pun boleh melalui akaun GAP.

Bukan beli pada harga terendah, jual pada harga tertinggi.

Harga emas tiada siapa tahu seberapa rendah dia akan turun dan seberapa tinggi dia akan naik.

Tidak akan ada sesiapa pun yang tahu.

Cuma bagi mereka yang berkemahiran menganalisis harga emas boleh "menjangkakan" seberapa rendah dan seberapa tinggi dia akan pergi.

Itu bagi mereka yang faham tentang emas, tentang pelaburan dan menganalisis data sejarah harga emas.

Namun kita sebagai penyimpan emas biasa, kita perlu meletakkan diri kita sebagai penyimpan.

Pertanyaan seperti :

Untuk apa simpan emas?

Apa boleh buat dengan emas?

Emas berfungsi sebagai apa?

Inilah merupakan pertanyaan yang wajib untuk diri seorang penyimpan seperti saya dan anda.

Seorang yang dah faham tentang emas, tidak kesah dengan harga emas. Mereka akan beli saat mereka ada wang.

Bukannya mereka beli apabila harga emas turun sahaja. Tetapi beli tidak kira masa.

Cara terbaik adalah melalui Autodebit.

Autodebit ini berfungsi sebagai simpanan lupa buat anda.

Setkan setiap bulan, dan biarkan masa menentukan seberapa banyak Gram yang telah anda simpan.

Setelah cukup matlamat, arahkan sistem untuk keluarkan emas yang anda ingini. Emas akan dihantar kepada anda melalui pos berinsuran dalam tempoh 7 hingga 14 hari bekerja.

Emas dijamin sampai dan selamat. Jika selepas 14 hari ada barang yang tidak sampai boleh beritahu untuk saya *ganti semula emas tersebut + 10 GRAM EMAS SECARA PERCUMA.*

Emas di tangan bererti kekayaan di tangan anda. Tidak ada siapa pun yang mengawalnya.

Seberapa hebat pun sistem publicgold, saya hanya sarankan untuk setiap penyimpan emas saya untuk keluarkan emas fizikal. Biar emas ditangan barulah anda rasa lega.

Tetapi bagi mereka yang faham tentang akaun GAP ini. Tidak ada masalah untuk menyimpan di dalamnya, berapa banyak atau berapa lama pun sebabnya tidak ada fees tambahan untuk storage yang disediakan untuk akaun GAP.

Kalau anda simpan di bank sekalipun, bank tentu akan charge yuran tahunan rm8 ke atau RM10 ke tetapi simpanan di akaun GAP tidak ada fees tersembunyi. Simple and easy.

Untuk mereka yang tidak tahu cara untuk membuat simpanan emas, terus hubungi saya secara personal pun boleh saya akan bantu sebaik mungkin.

Untuk tuan/puan yang mahu membuka akaun untuk anak-anak pun digalakkan juga demi masa hadapan yang baik buat anak-anak.

Click link untuk info lanjut :

http://www.publicgoldofficial.com/faridmajid

Join channel :

https://www.tg-me.com/NotaEmasFarid
KALAM ULAMA'

"Apabila datang musibah yang besar, maka besar pula anugerah yang datang setelahnya. Dan apabila datang kesulitan yang menyempitkan, maka datang pula kelapangan yang luas setelahnya"

Habib Umar Bin Hafidz
πŸ•Š @PenaDakwah βœ’γƒ„
KALAM ULAMA'

"Ilmu apapun boleh dipelajari untuk sebuah kemajuan, tetapi kesemuanya itu harus menjadikan orang tersebut tetap bertaqwa kepada Allah"

Habib Umar Bin Hafidz
πŸ•Š @PenaDakwah βœ’γƒ„
Tanda ilmu seseorang itu bermanfaat ialah dia beramal dengan ilmu yang dipelajari.

πŸ•Š @PenaDakwah βœ’γƒ„
Semoga dapat jodoh yang diredhoi Allah. Takutkan Allah.. Selalu membimbing ke Jalan Allah... 🀲aamiin
KALAM ULAMA'

"Kekuatan doa boleh mengubah sesuatu yang mustahil menjadi tidak mustahil, sesuatu yang tidak mungkin menjadi mungkin"

Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid
πŸ•Š @PenaDakwah βœ’γƒ„
2024/09/28 22:20:09
Back to Top
HTML Embed Code: