Telegram Web Link
[NotaSQ: Hati Part 3]

❤️ Latihlah diri untuk sentiasa berzikir supaya hati kita sentiasa tenang dan sentiasa sibuk dalam beramal. In Shaa Allah.

❤️ Berkejarlah dalam berbuat kebaikan walau sekecil manapun, supaya kita dapat tambah BEKALAN ke AKHIRAT.

❤️ Elakkan sebaik mungkin dari berbuat sesuatu untuk mendapat pujian semata mata kerana itu ibarat kita berbuat sesuatu dengan pulangan yang "kosong". 😢 Betulkan niat. Betulkan Niat. Betulkan niat Lillahi ta'ala.

❤️ Hadirilah majlis² ilmu supaya hati kita sentiasa 'sihat'.

❤️ Sebarkanlah sesuatu yang baik dengan niat supaya Allah berkati usaha kita untuk menggalakkan orang sekeliling beramal baik bersama.

🇵🇸 www.tg-me.com/kitasq
KitaSQ
Photo
Gais gaisss! Ada benda nak cakap sikit ni!

Korang pernah tak rasa macam... Hidup korang dah tepu?? Rasa macam ada something yang kurang, kosong dalam hidup korang? Atau korang sedang mencari-cari makna dalam kehidupan korang sekarang ni?

Ye lah. Hari-hari nak mengadap jem. Dekat ofis kena maki dengan bos. Perangai colleague yang macam-macam. Kerja pulak bertimbun. Balik rumah nak kena layan karenah anak-anak pulak. 😢

Letih! Rimas! Rasa kosong!

Yang paling menyesakkan jiwa, korang takde tempat nak mengadu atau luahkan pendaman perasaan korang tu. 🥺

Kalau korang ada perasaan macam tu, jangan risau, korang tak keseorangan. 🙂

Atas kesedaran kaum lelaki juga perlukan tempat untuk healing dan berkongsi rasa, Muassis membawakan kepada anda 'LEPAK-LEPAK TARBAWI' (L2T) setiap Jumaat malam!

Dalam sesi ni, akan ada sedikit sesi tazkirah pengubat jiwa, kemudian kita akan buat sesi sembang-sembang santai dan networking sesama peserta. Lepas tu kalau korang nak sambung mamak ke apa, ha itu ikutlah korang macam mana. Esok tu Sabtu kan? 😁

Yang bujang, wajib datang. Yang dah berumah tangga tu, jangan risau pasal lesen, sebab konfem isteri korang akan bagi lampu hijau untuk L2T ni! 😁

Butiran lanjut L2T rujuk seterusnya 👉

#Lepak2Tarbawi #Muassis
Butiran L2T adalah seperti berikut:

Masa : Jumaat, 9.00-11.00pm
Tempat : Southville City 

Amacam? Onz ke onzzz??

Kalau dah onz tu, pm admin di sini:

https://tinyurl.com/L2TBrothers
😲 Bila kita dinasihati, bukalah pintu hati dan masukkanlah nasihat dalam hati. Kemudian ubahlah diri.

❣️ Hakikatnya, nasihat itu tanda kasih Allah pada kita. DIA yang ingin kita berubah.

🔦 Teguran itu datang daripada Allah dan di datangkan melalui manusia. Manusia hanya asbab sahaja.

🇵🇸 www.tg-me.com/kitasq
Kasih sayang Allah lebih besar daripada kasih sayang manusia. Andai rasa kasih sayang ibubapa kepada kita melebihi segalanya, renungkanlah betapa Allah cintakan kita hingga datangkan ibubapa yang penyayang.

🇵🇸 www.tg-me.com/kitasq
Sanggup online walaupun mengantuk tetapi tak sanggup baca Al-Quran walaupun sedang celik .

🇵🇸 www.tg-me.com/kitasq
[NotaSQ: Pengampunan Allah]

Surah² yang berkaitan dengan Pengampunan Allah SWT.
❣️Surah Nuh, 10
❣️Surah Hud, 3
❣️Surah Ghafir, 55
❣️An-Nas, 3
❣️Surah Az-Zariyat, 17-18

🐬 Doa Nabi Yunus AS

لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنتَ ، سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

🚪 Doa Penghulu Istighfar

اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ، خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوْءُ بِذَنْبِيْ فَاغْفِرْ لِيْ فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ


🇵🇸 www.tg-me.com/kitasq
Hari ini ,
Dunia adalah nyata ,
Akhirat hanya cerita .

Tapi ,

Setelah mati ,
Dunia hanya cerita ,
Akhirat jadi nyata .

🇵🇸 www.tg-me.com/kitasq
Bila Allah redha ,

Allah kekalkan kita dalam kebaikan yang berterusan .

Bila Allah murka ,

Allah kekalkan kita dalam kemaksiatan yang berpanjangan .

🇵🇸 www.tg-me.com/kitasq
Jangan terlalu menangis dengan apa yang hilang . Sampai terlupa untuk tersenyum dengan apa yang ada .

🇵🇸 www.tg-me.com/kitasq
2024/11/15 07:41:06
Back to Top
HTML Embed Code: