Telegram Web Link
[NotaSQ: Sunat Tapi Wajib?]

Berkata Sayyiduna Uthman Bin 'Affan r.a...
Empat perkara yang pada zahirnya sunat dan pada batinnya wajib:
1. Bergaul dengan orang soleh itu sunat, manakala mengikuti amalan mereka itu wajib.
2. Membaca Al Quran itu sunat, beramal dengannya itu wajib.
3. Menziarahi kubur itu sunat, bersedia untuknya itu wajib.
4. Menziarahi orang sakit itu sunat, menunaikan wasiat itu wajib.

(Sumber: Ustaz Azhar Idrus)

🇵🇸 www.tg-me.com/kitasq
Jika kita ingin pergi ke kuala lumpur . Kita akan singgah sebentar di R&R untuk berehat . Oleh itu , jangan hanyut terlalu lama disitu kerana ada destinasi yang hendak kita tuju .

Begitu juga kehidupan ini , kita ada destinasi yang hendak dituju iaitu akhirat . Kita cuma singgah sebentar didunia dan akan meneruskan lagi perjalanan .

Oleh itu , jangan hanyut dengan kenikmatan dunia yang sementara kerana kita ada destinasi yang hendak dituju iaitu akhirat .

🇵🇸 www.tg-me.com/kitasq
Forwarded from Dunia Palestin 🇵🇸
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
“Seluruh Jordan bersama Hamas. Dengan jiwa dengan darah, kami bersamamu wahai Al-Aqsa.”

Rakyat Jordan melaungkan ungkapan tersebut berhampiran kedutaan penjajah Israel semasa demonstrasi bagi mengecam jenayah penjajahan dan pencerobohan berterusan ke atas Semenanjung Gaza.

Sumber: Ahmed Mansour
www.tg-me.com/duniapalestin
Saat kita mendoakan mereka yang telah pergi . Ketahuilah , suatu hari nanti kita pun turut akan memerlukan doa dari mereka yang masih hidup .

🇵🇸 www.tg-me.com/kitasq
Jom ubah profile, sambil ingatkan diri sendiri dan orang lain untuk maksimumkan dan semangat untuk mengejar Lailatul Qadar pada tahun ini ❤️

🇵🇸 www.tg-me.com/kitasq
Seteruk mana pun perangai kita .

Belajar untuk menghormati ibubapa kita kerana saat kita kehilangan mereka , saat itu kita kehilangan segalanya .

🇵🇸 www.tg-me.com/kitasq
Interaksi Dalam Sosial : STAR RAMADAN 1445H | Bro Adi

👉 https://www.youtube.com/watch?v=GDm4lXZPv7Q

✉️ www.tg-me.com/kitasq
Sahabat Quran • Quranic Circle
🇵🇸 www.tg-me.com/kitasq
Dunia sekali lagi dikejutkan dengan tindakan pelik Saudi Arabia. Kali ini menghantar peserta buat pertama kalinya untuk Miss Universe.

Tidak cukup dengan pelbagai konsert, pembinaan theme park Dragon Ball & banyak lagi perkara² yang pelik kononnya mengejar 'kemajuan' di negara yang mempunyai dua tanah suci.

Saya terbaca pelbagai reaksi di Reddit dan Twitter. Menangis, sedih sangat sebab ramai yang sedang mentertawakan syariat Islam dan bergembira dengan tindakan MBS. (reaksi ini dari musuh² Islam)

Ramai yang buat lawak dengan nama Nabi Muhammad SAW dan memerli Rasulullah SAW sebab tanah yang dikatakan suci akhirnya sedang berjuang ke arah sekular.

Agaknya duit haji & umrah kita juga disalah gunakan untuk tujuan pembangunan dan kemajuan yang merepek ini. Apa lah nasib generasi akan datang. Makin lama makin seram hidup di dunia.

Ingatkan 10 tahun lepas, dah cukup membara dah akhir zaman ini. Rupanya itu barulah ciput atau teaser je agaknya. Lagi 10 tahun & akan datang tak boleh bayangkan betapa dahsyatnya bara api ini.

Selamat maju jaya dalam mempertahankan akidah, iman dan takwa buat diriku dan semua.

“Akan datang kepada manusia satu zaman di mana orang yang sabar daripada kalangan manusia yang berpegang dengan agamanya seperti seorang yang menggenggam bara api”.
[Riwayat al-Tirmizi]

🇵🇸 www.tg-me.com/kitasq
2024/06/26 01:06:18
Back to Top
HTML Embed Code: