Telegram Web Link
Pesan TUAN GURU SHEIKH ABU ZAKI AS SANGGAFURI :

📌Kita dah nak masuk bulan Rejab. Jadi, start bulan Rejab, perbanyak kan amal ibadah.

📌Kurangkan makan, banyak kan berpuasa.

📌Kurangkan bercakap. Lebihkan lagi berzikir.

📌 Rejab, Syaaban hingga Ramadhan. Ini bulan haram. Jadi mesti banyak kan ibadah.

📌Jangan bukak tv, jangan bukak radio.

📌Kalau nak bukak pun, biar laki² dengar nyanyian dari laki² aje, yang perempuan, suara perempuan aje. Tapi kalau boleh, tak usahla yerr.. jangan bukak terus lagi bagus.

📌Cuba belajar jadi zuhud.

📌1 hari 1 lauk saja. Kalau berbuka puasa nak pencuci mulut, pencuci mulut pun biar 1jenis aje tak yah lebih².

📌Kalau biasa makan nasi 2senduk, cuba kurangkan sesudu kalau belum mampu kurangkan sesenduk.

📌Duit tu kurangkan beli makan, banyakkan bersedekah.

📌Bulan Ramadhan, bukan bulan nak berlumba² nak yang serba baru. Biarlah tak ada yang baru janji bersih sudah memadai.

📌Allah tak pandang pun pakaian kau berapa harga, beli mana brand apa. Allah pandang, amal kita.

📌Belajar jadi zuhud, belajar jadi zuhud.

📌Kurangkan aktiviti berjual beli di bulan Ramadhan. Makan sekadar ada, pakai apa yang ada.

Kalau nak tau bagaimana kita sepanjang 3bulan nanti, tunggu lah bulan Syawal nanti. Jika diri masih merasa megah-megahan, masih ada rasa nak tunjuk orang itu ini, masih lagi nak berlumba-lumba pakaian siapa lawa, makna nya 3bulan ini masih ada yang tempang.

Allah Allah Allah... Bulan Rejab dah tak lama. Belum tahu tahun depan kita berjumpa. Belum tahu apa kita ini menjadi tetamu Ramadhan apa tidak.

Banyak kena perbaiki diri. Banyak kena menahan diri. Bulan puasa, syaitan dipenjara. Yang ada, nafsu yang syaitan tinggalkan. Kerjanya 11bulan tanpa henti, tapi yang 1bulan Ramadhan itu lah macam² sifat manusia keluar.

Semoga kita semua terpelihara dari hasutan syaitan. Dapat sama-sama tingkatkan amal ibadah. Semoga semua amalan yang kita lakukan, diterima disisi Allah SWT. Aamiin Allahumma Aamiin. 🤲🏻🤲🏻
*BERATNYA HUTANG*

Daripada Salamah bin Al-Akwa r.a, "Dihadirkan kepada Nabi SAW satu jenazah agar disolatkan. Lalu, Baginda SAW bertanya , Apakah orang ini punya hutang?" .Mereka berkata, Tidak.' Maka Baginda SAW menyolatkan jenazah tersebut.

Kemudian didatangkan lagi jenazah lain kepada Baginda SAW , maka Baginda SAW bertanya kembali, " Apakah orang ini punya hutang?" Mereka menjawab, "YA". Maka Baginda SAW bersabda, "Solatkanlah saudara kalian ini". Abu Qatadah berkata " Biar aku yang menanggung hutangnya". Lalu Baginda SAW menyolatkan jenazah itu.

[ Hadis Riwayat Bukhari, Sahih Bukhari, Juz 2, No.Hadis 2295, 1400 H:141]
327) بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم..
الْحَمْدُ لِلّه ... 🙂
🌸 *HUKUM LALU DIHADAPAN ORG SEDANG SEMBAHYANG*🌸
~~
*[ TG Ustaz Hj Muhd Noor Hj Muhd Saad, Mantan Imam Masjid Mahang, “Kuliah Ilmu Muslimat”, 2015 @Masjid الرحمن, Mahang Kulim Kedah ]*


*SOALAN: Bolehkah kita lalu dihadapan orang yang sedang sembahyang?.*


Bila kita sembahyang, kita kena ada Sutrah. Sutrah ini, kita boleh buat dengan kayu, tongkat, boleh juga dengan kita garis atas tanah. Sutrah ini, maknanya had tempat kita nak sembahyang. Hala tuju tempat kita nak sembahyang, kena ada mcm tu. X semestinya kita guna sejadah saja(sebagai sutrah). Boleh juga kita letak bantal, telefon, beg tangan dan sebagainya...(klu x ada sejadah)


Klu guna Tikar sembahyang(sejadah) bila kita nak pakai... carilah yg X menarik.


Kenapa X BOLEH Menarik?
- "Sebab klu kita tengok sejadah yg menarik, nanti jadi X khusyuk pula solat kita."

🔆 *Contoh:*
- _Tengah baca Surah... dok pk, "Tikar sembahyang ni lawanya.... buat dgn tangan ka?, dgn kilang?"_

- _Klu jadi mcm tu, elok ambil kain putih saja._
(buat jadi lapik)


X semestinya kita guna sejadah untuk sembahyang, klu lantai itu bersih... boleh juga kita sembahyang atasnya. Letakkan saja sesuatu, untuk hadkan tempat sembahyang itu dihdpn kita.


Jadi... bila dah ada sesuatu yg kita letakkan dihadapan kita, bila saja ada orang lalu di sebalik Atas Sutrah/Sekatan itu... X MENGAPA. Tapi, klu dia lalu dihadapan kita (dlm kwsn sembahyang), kita boleh sepak dia. Sebab hukumnya HARAM LALU dlm kwsn kita sembahyang.

🔆 *Nabi Saw kata yg bermaksud:*
- _"Kalaulah orang tahu, apa akibat lintas depan orang sembahyang... nescaya dia berdiri, 40 tahun dia X lintas"._
(Hadis Riwayat Imam Tirmizi)


KECUALI klu kita diMekah, "Masjidil Haram". Ini DIHARUSKAN lalu, klu tidak.. x tau nak pi kot mana dah, sbb penuh orang.


Jadinya, boleh lalu kot depan dia. Tapi kekadang, dia(org disana) tahan kita dgn tangan. Bila dia letak tangan, kita lintas jugak. Nak lintas pun... kena tengok jugak, kekadang ada bungkus depan tu. Tgk bungkus apa? mungkin A-Quran dia nak baca. Kena cermat jugak mcm tu.


Kesimpulannya:
- "Lintas depan orang sembahyang, klu dia ada buat sekat dgn sesuatu..  X HARAM lalu disebalik sutrah/sekatan yg dia letakkan. Tapi klu kita lalu kat bawah sutrah/sekatan (tempat sembahyang dia), dia boleh sepak kita. Begitulah juga, jika kita berada ditempat dia.


(Klu pun.. nak bergerak sepak org, X BOLEH pergerakkan itu... 3 kali berturut2. Kerana klu 3 kali berturut2.. akan membatalkan sembahyang itu pula).
والله أعلم..


🌀Moga Bermanfaat..
🌀 امين, امين, امين, يا رب العالمين


    اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ


    Syukran LIKE Page FB: Catatan Kuliahku, https://www.facebook.com/Catatan-Kuliahku-104611824245848/

     GROUP WASSAP:
                    FIQH WANITA 1 & 2
                   
    TELEGRAM: https://www.tg-me.com/CatatanKuliahku

          ~ Pilihan Yang Terbaik ~
              30 September 2015
                             

       _Raikan Pendapat, Jika Berbeza_
                 *DI LARANG EDIT*


                   _كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْت_
_Sedekah Jariah Ilmu, Bekalan Akhirat._
2024/11/05 06:45:19
Back to Top
HTML Embed Code: