Telegram Web Link
Forwarded from ﷽ ɱµƭเαɾα เɱαɳ💎 (HambaNya)
🎀🌹❁༻✾🌸✾༺❁🌹🎀
💚️💙💙💚️

#ASSALAMUALAIKUM WBT

#SALAM SENJA
#SALAM MAGHRIB

🌼Kita mesti berazam untuk berada setingkat lebih tinggi daripada orang lain.

🌼Beramal ibadah itu baik. Tapi kalau kita boleh jadi asbab untuk orang lain beramal ibadah, maka kita akan jadi lebih baik.

🌼Bersedekah itu baik. Tapi kalau kita boleh jadi asbab untuk orang lain bersedekah, maka kita akan jadi lebih baik.

🌼Bekerja mencari rezeki yang halal itu baik. Tapi kalau kita boleh jadi asbab untuk orang lain bekerja mencari rezeki yang halal, maka kita akan jadi lebih baik.

🌼Bersukan dan menjadi sihat itu baik. Tapi kalau kita boleh jadi asbab untuk orang lain bersukan dan menjadi sihat, maka kita akan jadi lebih baik.

🌼Berusaha sehingga berjaya itu baik. Tapi kalau kita boleh jadi asbab untuk orang lain berusaha sehingga berjaya, maka kita akan jadi lebih baik.

Berniaga dan menjadi kaya raya itu baik. Tapi kalau kita boleh jadi asbab untuk orang lain berniaga dan menjadi kaya raya, maka kita akan jadi lebih baik.

🌼Rasulullah SAW lebih baik daripada semua umatnya. Dan Rasulullah SAW selalu jadi asbab untuk umatnya jadi lebih baik setiap masa.

🌼Hidup ini tak seronok kalau kita seronok sorang-sorang. Ia bukan tentang individu, tetapi kebersamaan kita dengan orang sekeliling kita.

🌼Hidup ini pada memberi manfaat kepada orang lain. Kita adalah orang yang berjaya bila kita boleh memberi manfaat kerap seramai mungkin manusia di sekeliling kita.

🌼Rasulullah SAW cakap, manusia terbaik ialah yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain.

🌼Semakin banyak manfaat yang boleh orang lain ambil daripada kita, semakin tinggi pula tingkatan kita berbanding mereka semua.

#Selamat Hari Sabtu.

🌼Hari ini adalah hari ini. Esok yang kita tak tahu apa kesudahannya mesti dirancang sebaik mungkin.

🌼Supaya akhirnya usaha yang kita buat hari ini, manfaatnya boleh dikongsi ramai sampai bila-bila.

💚️💙💙💚️
🎀🌹❁༻✾🌸✾༺❁🌹🎀

http://Telegram.me/IsLamiLmuAmaL
Forwarded from ﷽ ɱµƭเαɾα เɱαɳ💎 (Sis Qowiy💕)
ASSALAMU'ALAIKUM WBT.

♣️ Semakin dekat kita dengan perkara-perkara yang haram, semakin jauh kita merasai nikmat beribadat kepada Allah.

♣️ Solat semakin menjadi susah untuk di luangkan.

♣️ Zakat semakin menjadi berat untuk dikeluarkan.

♣️ Sedekah menjadi beban untuk di berikan, haji dan umrah sekadar pelepas untuk di zahirkan tetapi tidak meninggalkan kesan di hati kita dan mulut dan hati kita berat untuk mengingati Allah apatah lagi memohon keampunan dari Allah Yang Maha Agung.

♣️ Begini kah pengakhiran kita sebagai muslim...?

♣️ Hanya kerana godaan dunia kita alpa dan lalai dan akhirnya hanyut sedangkan ajal sentiasa menunggu kita.

♣️ Bersegeralah kita bertaubat selagi kita ada ruang waktu yang masih diberikan oleh Allah untuk kita.

"RENUNGAN MAGHRIB."
🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀


http://Telegram.me/IsLamiLmuAmaL
Forwarded from ﷽ ɱµƭเαɾα เɱαɳ💎 (Sis Qowiy💕)
SALAM ISYAK

Sebagai manusia, kita pasti akan merasai perasaan-perasaan tidak enak begini.

Rungsing.
Resah.
Takut.
Galau.
Sedih.
Luka.

Namun ia tak merubah apapun. Masalah tetap masalah. Lepas satu, satu.

Apa yang merubahnya adalah keyakinan kita pada Allah.

Teruslah belajar yakin dengan Allah.
Sibukkan diri dengan mengingati kuasa-Nya,kasih sayang-Nya yang maha agung.

Semakin yakin, semakin tenang.

Penulis: Hikmatul Islam

#silakanshare

http://Telegram.me/IsLamiLmuAmaL
Forwarded from ﷽ ɱµƭเαɾα เɱαɳ💎 (Sis Qowiy💕)
Bila mati, tidak lagi perlu beramal, tidak lagi perlu bersabar, tidak lagi perlu berkorban. Hanya tinggal tunggu balasan dari Tuhan. Alangkah beruntungnya seseorang yang akhirnya di sana dia beroleh kemenangan.

http://Telegram.me/IsLamiLmuAmaL
Forwarded from ﷽ ɱµƭเαɾα เɱαɳ💎 (Sis Qowiy💕)
Semakin besar harapan kepada makhluk @ impian kita, semakin besar juga rasa kecewa jika harapan itu tidak disandarkan bersama Tuhan. Yakinlah takdir Allah selalu terbaik walau belum mendapatkannya.

http://Telegram.me/IsLamiLmuAmaL
Forwarded from ﷽ ɱµƭเαɾα เɱαɳ💎 (Sis Qowiy💕)
Mengeluh tidak menyelesaikan masalah, tapi mengadu dan merayu pada Allah akan hilangkan segala gundah. Zikirlah sebanyaknya,
لا إله إلا الله

http://Telegram.me/IsLamiLmuAmaL
Forwarded from ﷽ ɱµƭเαɾα เɱαɳ💎 (Sis Qowiy💕)
“Saat Allah menghilangkan sesuatu yang menjadi milikmu, itu kerana DIA ingin mengosongkan tanganmu untuk menerima sesuatu pemberian yang lebih besar. Sangka baik selalu.”

http://Telegram.me/IsLamiLmuAmaL
Forwarded from ﷽ ɱµƭเαɾα เɱαɳ💎 (Sis Qowiy💕)
Meski tiada siapa berterima kasih pada matahari, tetaplah dia setia menyinari dalam terang. Dirindui dalam hujan. Setia berzikir kepada Tuhan. Semoga kita juga begitu.

http://Telegram.me/IsLamiLmuAmaL
Forwarded from ﷽ ɱµƭเαɾα เɱαɳ💎 (Sis Qowiy💕)
Pasti akan datang suatu saat nanti, bila Allah berkata “Kun fayakun.” Hargai saat-saat menangis dalam sujud, ia sebuah nikmat tiada tara. Hanya ada dirimu dan diri-NYA sahaja.♥️

http://Telegram.me/IsLamiLmuAmaL
Forwarded from ﷽ ɱµƭเαɾα เɱαɳ💎 (Sis Qowiy💕)
Cuba duduk dan renung balik. Sudah berapa banyak doamu selama ini sudah dikabulkan oleh-Nya? Jangan sebab satu yang masih belum Allah bagi atau tahan, kita terlupa betapa sudah banyak yang Allah berikan nikmat-Nya.🥺

http://Telegram.me/IsLamiLmuAmaL
Forwarded from ﷽ ɱµƭเαɾα เɱαɳ💎 (Sis Qowiy💕)
Allah tak minta kita terlalu fikirkan masalah, tapi Allah pinta kita banyakkan “minta tolong” dengan Allah. إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ🤲🏻

http://Telegram.me/IsLamiLmuAmaL
Forwarded from ﷽ ɱµƭเαɾα เɱαɳ💎 (Sis Qowiy💕)
Beruntunglah orang yang banyak berselawat. Dihapuskan dosa, diangkat darjat, dekat dengan Rasulullah SAW, diberikan nur cahaya di setiap urusan hidup.

http://Telegram.me/IsLamiLmuAmaL
Forwarded from ﷽ ɱµƭเαɾα เɱαɳ💎 (Sis Qowiy💕)
Allah faham kita sangat struggle dengan ekonomi sekarang.Maka gandakan lagi ‘keakraban’ dengan Maha Kaya. Kejar dunia buat kita lelah dan letih. Kejar Allah, DIA bagi keduanya. Tenang dan kecukupan.

http://Telegram.me/IsLamiLmuAmaL
Forwarded from ﷽ ɱµƭเαɾα เɱαɳ💎 (Sis Qowiy💕)
Bersunyian di tengah malam bersama-Nya itu sangat nikmat.Menangislah, luahkan segalanya pada DIA akan terasa lega.Tidak ada yang dapat bagi kita tenang dan kuat, kecuali Allah.

http://Telegram.me/IsLamiLmuAmaL
Forwarded from ﷽ ɱµƭเαɾα เɱαɳ💎 (Sis Qowiy💕)
Percayalah, Allah Maha Baik. Tidak ditahan atau diambil sesuatu dari kita, kecuali DIA pasti ganti dengan lebih baik. Gandakan sabar, doa dan syukur.

http://Telegram.me/IsLamiLmuAmaL
Forwarded from ﷽ ɱµƭเαɾα เɱαɳ💎 (HambaNya)
🎀🌹❁༻✾🌸✾༺❁🌹🎀
💚️💙💙💚️


▪️SYARAT TAUBAT

▪️“Ada tiga syarat dalam melaksanakan taubat nasuha, ia termasuk individu itu mestilah mempunyai perasaan bersalah lalu terus meninggalkan perbuatan dosa berkenaan.

▪️“Kemudian, individu berkenaan perlu menyesalinya dan berazam tidak akan mengulanginya lagi, barulah ia akan diterima oleh Allah SWT,” katanya.

▪️Tambahnya, perbuatan dosa pula terbahagi kepada dua, iaitu dosa kecil dan besar. Dosa kecil akan diampuni oleh Allah dengan segala amal kebaikan yang dilaksanakan seperti solat fardu, membaca al-Quran dan beristighfar.

💚️💙💙💚️
🎀🌹❁༻✾🌸✾༺❁🌹🎀

http://Telegram.me/IsLamiLmuAmaL
Forwarded from ﷽ ɱµƭเαɾα เɱαɳ💎 (HambaNya)
🎀🌹❁༻✾🌸✾༺❁🌹🎀
💚️💙💙💚️


MATI MENGEJUT

Kematian mengejut antara tanda-tanda hampirnya berlaku kiamat. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesungguhnya di antara tanda-tanda hari kiamat adalah…munculnya kematian mengejut.” 
(Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Saghir - 1132)

Daripada Aisyah, beliau berkata: Aku bertanya kepada Rasulullah SAW berkenaan kematian mengejut. Lalu Baginda bersabda maksudnya: “(Mati mengejut) adalah suatu kesenangan bagi seorang Mukmin dan penyesalan bagi orang derhaka.” 
(Riwayat Imam Ahmad - 25556)

Turut disebut di dalam kitab Fath al-Bari, sebahagian daripada ulama salaf tidak menyukai kematian yang datang secara mengejut. Hal itu kerana dibimbangi kematian mengejut tidak memberi kesempatan bagi seseorang untuk meninggalkan wasiat dan juga mempersiapkan diri untuk bertaubat serta melakukan amal soleh.

💚️💙💙💚️
🎀🌹❁༻✾🌸✾༺❁🌹🎀

http://Telegram.me/IsLamiLmuAmaL
Forwarded from ﷽ ɱµƭเαɾα เɱαɳ💎 (HambaNya)
🎀🌹❁༻✾🌸✾༺❁🌹🎀
💚️💙💙💚️

Dendam, hasad, rasa bersalah, takut, benci, dendam, bimbang, prasangka dan perasan curiga akan menyebabkan pelbagai kesakitan - kesakitan badan, perasaan, fikiran dan hati.

Petanda penyakit ini ialah hidup rasa 'serba tak kena'. Hendak dikatakan sihat, nampak dan rasa macam sakit. Hendak dikatakan sakit, bila diperiksa oleh doktor tidak ada apa-apa penyakit...

Semua itu ialah 'dosa hati'. Dosa itu pasti meresahkan jiwa, lebih-lebih lagi dosa hati!

💚️💙💙💚️
🎀🌹❁༻✾🌸✾༺❁🌹🎀

http://Telegram.me/IsLamiLmuAmaL
Forwarded from ﷽ ɱµƭเαɾα เɱαɳ💎 (HambaNya)
🎀🌹❁༻✾🌸✾༺❁🌹🎀
💚️💙💙💚️

Jangan mengharapkan ucapan terima kasih kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih.

Jangan mengharapkan penghargaan manusia kerana itulah punca kecewa dan dukacita.

Jangan bergantung kepada bantuan manusia kerana mereka boleh berubah atau terlupa.

💚️💙💙💚️
🎀🌹❁༻✾🌸✾༺❁🌹🎀

http://Telegram.me/IsLamiLmuAmaL
Forwarded from ﷽ ɱµƭเαɾα เɱαɳ💎 (HambaNya)
🎀🌹❁༻✾🌸✾༺❁🌹🎀
💚️💙💙💚️

Semalam aku bermimpi
Mimpi tentang mati
Ku hadapi kegelapan
Tanpa persediaan
Ku ditanya pelbagai soalan
Kaku lidah ku memberi jawapan
Peluh mercik dingin mencengkam
Mata buta kelam bungkam
Jiwa berteriak ingin kembali

Dinihari ini aku bangun
Syukur aku masih di sini
Belum...aku belum mati
Masih bersisa rasa ketakutan
Masih tertangguh satu penyesalan
Taubat ini belum terlambat
Kiranya masih ada kesempatan
Untuk ku ukir satu...
pembetulan!

💚️💙💙💚️
🎀🌹❁༻✾🌸✾༺❁🌹🎀

http://Telegram.me/IsLamiLmuAmaL
2024/11/05 04:19:46
Back to Top
HTML Embed Code: