Telegram Web Link
2024? Tak tinggal solat, buat hal sendiri, focus on my career, saving money, remove toxic people, stay lowkey, enjoying every little things in life and spend more time to my family and my close friends. That's the only way to go.
Cubalah amalkan selepas solat :

Allahumma Ya Barik - Allah Yang Maha Merancang (40x)
Allahumma Ya Fattah - Allah Yang Maha Membuka Hati (40x)
Allahumma Ya Razzak - Allah Yang Maha Pemberi Rezeki (40x)

InsyaAllah, percaya pada Allah SWT. Rasailah kemanisan ini sendiri.
Ya Allah, muliakan orang yang sedang membaca doa ini. Lapangkan hatinya, bahagiakan keluarganya, luaskan hatinya seluas lautan yang Engkau ciptakan, limpahkan rezeki kepadanya, kabulkan cita-citanya dan jauhkanlah dari segala penyakit dan fitnah.
Yang tidak ditakdirkan untukmu, akan menemukan caranya untuk hilang. Yang ditakdirkan untukmu, akan menemukan caranya untuk pulang. Yang buruk sengaja Allah lepaskan, agar yang baik mempunyai kesempatan untuk datang.
Allah punya waktu terbaik-Nya untuk mengabulkan semua do’a, bersabar sebentar untuk apa yang telah Allah janjikan.

“Aku akan mengabulkan permohonan orang yang berdoa jika ia memohon kepada-Ku.” (Qs. Al-Baqarah ayat 186)
Tanda kau dah start sayang someone,

1. Kau selesa dengan dia
2. Kau takut kehilangan dia
3. Kau selalu risau pasal dia
4. Kau akan jadi manja dengan dia
5. Kau selalu overthinking pasal dia
6. Kau jealous bila dia dengan orang lain
Melepaskan apa yang bukan milik kita, bukan bererti kita berserah, tapi lebih kepada memberi ruang untuk diri kita juga bahagia.
My favourite quote;

"Demi menyelamatkan kamu dari orang yang salah, Allah telah mematahkan hatimu."
Tidak ada yang lebih indah daripada melihat diri sendiri bahagia dan kembali semangat pada hal-hal yang disukai, sembuh dari hal yang menyakitkan dan mampu untuk bahagia dan tersenyum tulus lagi.
Nak cakap ,

Orang yang ada rupa ni ramai, tapi nak cari yang respect parents kau, treat parents kau macam parents sendiri susah do. Cari lah orang yang boleh terima whole keluarga besar kau like keluarga dia sendiri. Zaman sekarang adab terlalu mahal.
Terima dengan redha, lepas dengan ikhlas.
Jangan cabar-cabar dengan empat benda ni :

1. marahnya orang sabar
2. kecewanya orang setia
3. diamnya orang ceria
4. putus asanya orang yang kuat berusaha
TIPS REZEKI MENCURAH - CURAH!

1. Solat tahajud
2. Baca surah Yassin
3. Solat dhuha
4. Baca urah al-Waqiah
5. Ayat 1000 dinar
6. Doa ibu bapa
7. Jujur dan amanah
8. Cari rezeki yang halal
9. Ikhlas semasa membuat kerja
Perempuan, dia tak kisah nak urus rumah, urus anak, cari duit lagi. Walhal, dia bersedia korbankan seluruh hidupnya.

Cuma dia minta, tolong jaga hati dan perasaannya.
7 ayat untuk diamalkan bila down / stress / dizalimi / dicaci :

1- Surah At-Taubah [51]
2- Surah Al-Ankabut [60]
3- Surah Yunus [107]
4- Surah Hud [6]
5- Surah Hud [56]
6- Surah Fatir [2]
7- Surah Az-Zumar [38]
Suka dan sayang tak boleh dipaksa, dia akan datang sendiri. Kita boleh usaha, tapi tak boleh paksa.
4 perkara yang wajib kita minta pada Allah :

1. Lapangkan dada kita
2. Mudahkan urusan kita
3. Peliharakan lisan kita
4. Perelokkan akhlak kita
Cantik sangat doa ini

ya الله, sibukkanlah aku dengan kebaikan hingga aku lupa akan kesedihan

& jauhkan aku dari rasa malas hingga aku bersyukur atas keberkahan أمين
"Dakwah ini ibarat kita mencuci kain yang kotor. Walaupun tangan kita kotor sewaktu kita mencuci kain itu, akhirnya kedua-duanya akan bersih. Kain itu bersih dan tangan kita pun akan bersih."
Kita tak perlu berlumba dengan sesiapa pun dalam hidup ini. Semua orang ada rezeki masing-masing yang Tuhan dah tetapkan. Kalau orang lain dapat lebih dari kita, alhamdulillah. Jangan dengki, sebab lebihnya rezeki dia takkan kacau sikit pun rezeki kita 🫶🏻
2024/10/01 15:38:01
Back to Top
HTML Embed Code: