Telegram Web Link
Hannah baru sahaja kehilangan keluarganya yang tersayang disebabkan suatu kanser. Keluarganya tidak memberitahu dirinya kerana tak nak pemergian mereka menyebabkan Hannah akan kecewa dan sedih.

Hannah : Saya dah tak de siapa-siapa di dunia ni, Sarah. Saya dah tak ada keluarga, Sarah. Saya dah tak de semuanya. Semuanya dah musnah. Semua dah tak berguna. Tak guna saya hidup.

Sarah : Awak ada saya Hannah. Saya kan kawan awak. Saya akan berkawan dengan awak dunia dan akhirat. Saya kawan awak, family awak, semuanya. Selama ni, ketika saya susah, awak tolong saya. Saya senang pun, awak ada dengan saya. Awak dah banyak membantu saya, Hannah. Awak dah bantu keluarga saya di kampung. Saya ni miskin. Saya tak de banyak duit. Tapi awak bantu saya, Hannah. Mak bapa saya sakit di kampung dah kritikal, awak tetap bantu saya. Awak tak pandang saya ni macam orang lain. Saya dah banyak hutang budi dengan awak Hannah.

Hannah : Saya tahu. Saya ada awak. Saya tak ada banyak bantu pun. Saya rindu dorang Sarah. Saya rindu. Saya tak tahu macam mana saya hidup lepas ni.

Sarah : Awak dah bantu saya banyak dah. Saya tahu awak rindu kan dorang. Saya tahu saya tak rasa apa yang awak rasa. Memang perit nak telan Hannah. Saya akan sentiasa ada di sisi awak mahupun susah dan senang. Percayalah kat saya Hannah.

Hannah : Saya percayakan awak. Terima kasih Sarah. Terima kasih kerana sentiasa ada dengan saya.

Sarah : Sama-sama.

Memang kita sedih. Apatah lagi orang yang kita sayang kan? Allah sayangkan dia lebih. Allah akan jaga dia. Kita kena redha dan teruskan hidup tanpa mereka. Kita boleh bantu dorang di sana. Dengan apa? Dengan doa. Doakan mereka. Mereka akan rasa dihargai. Mereka sayangkan kita juga. Tapi apakan daya, dah takdir hidup dah ditentukan. Kita kuat. Kita kena tabah. Insyallah. Kita akan jumpa mereka juga di sana. Aminn.


❀️ @ChannelHatiSeorangManusia
Semua ada limit. Makan ada limit. Minum ada limit. Mandi ada limit. Berlari ada limit. Berjalan ada limit. Tidur ada limit. Penat ada limit. Semua berlimit kan? So, sedih orang pun ada limit. Marah orang pun ada limit. Sakit pun ada limit. Manusia pun hidup ada limit. Jangan sampai limit tu dah hilang buat selamanya.

❀️ @ChannelHatiSeorangManusia
β€œSesungguhnya setiap amalan itu hanya dengan niat. Dan sesungguhnya setiap orang hanya mendapat balasan mengikut apa yang diniatkan. Sesiapa yang berhijrah untuk mencari duniawi atau untuk mendapatkan wanita yang ingin dikahwini, maka (pahala) hijrahnya itu mengikut niatnya.

 (Riwayat al-Bukhari)


❀️ @ChannelHatiSeorangManusia
Ω‚Ψ§Ω„ΩˆΨ§ يا Ψ±Ψ³ΩˆΩ„ Ψ§Ω„Ω„Ω‡ ΩˆΩ…Ψ§ Ψ§Ω„Ψ―ΩŠΩˆΨ« Ω‚Ψ§Ω„ Ω…Ω† ΩŠΩ‚Ψ± Ψ§Ω„Ψ³ΩˆΨ‘ في Ψ£Ω‡Ω„Ω‡

Ertinya :
Apakah dayus itu wahai Rasulullah ?. Jawab Nabi : Iaitu seseorang ( lelaki) yang membiarkan kejahatan ( zina, buka aurat, bergaul bebas ) dilakukan oleh ahlinya ( isteri dan keluarganya)


❀️ @ChannelHatiSeorangManusia
Imam Az-Zahabi menerangkan lagi berkenaan perihal dayus dengan katanya :-


Ψ§Ω„Ψ―ΩŠΩˆΨ« ΩˆΩ‡Ωˆ Ψ§Ω„Ψ°ΩŠ ΩŠΨΉΩ„Ω… بالفاحشة في Ψ£Ω‡Ω„Ω‡ ΩˆΩŠΨ³ΩƒΨͺ ΩˆΩ„Ψ§ يغار وورد أيآا Ψ£Ω† Ω…Ω† وآع ΩŠΨ―Ω‡ ΨΉΩ„Ω‰ Ψ§Ω…Ψ±Ψ£Ψ© Ω„Ψ§ ΨͺΨ­Ω„ Ω„Ω‡ Ψ¨Ψ΄Ω‡ΩˆΨ©

Ertinya :

Dayus, iaitu lelaki yang mengetahui perkara keji dilakukan oleh ahlinya dan ia sekadar senyap dan tiada rasa cemburu ( atau ingin bertindak), dan termasuk juga ertinya adalah sesiapa yang meletakkan tangannya kepada seorang wanita yang tidak halal baginya dengan syahwat"
(Al-kabair, 1/45 )


❀️ @ChannelHatiSeorangManusia
2024/09/30 15:30:58
Back to Top
HTML Embed Code: