Telegram Web Link
Forwarded from Deleted Account
ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡

๐ŸŒทAlhamdulillah syukur pada Allah ุณุจุญุงู†ู‡ ูˆุชุนุงู„ู‰ _*Program 1 Juta Selawat - Menyambut Bulan Berkat*_ telah mencapai angka *204329* pada 2 Rabi'ul Awwal dengan penyertaan dari pelbagai tempat termasuk Malaysia, Indonesia, Yaman, Syria dan juga USA.

๐ŸŒทWalaupun pada permulaan program, angka 1 Juta terlihat mustahil untuk dicapai sehingga ada yang mencadangkan agar target diletakkan setakat 100ribu sahaja, namun kami percaya ramai pencinta selawat di luar sana yang akan bersama-sama menjayakan program ini sebagai salah satu tanda kecintaan kita kepada Baginda Rasulullah ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู….

๐Ÿ’ชAyuh kita sama-sama capai angka 1 juta selawat dalam masa terdekat inshaAllah!

*Link :*
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeEK8eoxGtRGq5OTAqHD_Ocx9nZ2Qq1qYcHo_i4A6h14QBpRw/viewform

_*" Ya Allah, Jadikanlah tiap-tiap selawat yang meniti di bibir kami sebagai saksi kecintaan kami pada Rasulullah ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู…, dan jadikan kami dari kalangan mereka yang mendapat pandangan dan syafaat Baginda di akhirat kelak. ุงู„ู„ู‡ู… ุขู…ูŠู† "*_

๐ŸŒทJom sama-sama kita share program ini dengan ahli keluarga dan sahabat, mudah-mudahan ianya menjadi saham kebaikan kita di akhirat kelak sepertimana sabda Baginda ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… yang bermaksud :
_*" Sesiapa yang mengajak (orang lain) ke arah kebaikan, maka baginya pahala seperti mereka yang melakukannya."*_

ุฌุฒุงูƒู… ุงู„ู„ู‡ ุฎูŠุฑุง ูˆุจุงุฑูƒ ุงู„ู„ู‡ ููŠูƒู…
Forwarded from Deleted Account
Photo from Md Zawawi
Forwarded from Deleted Account
Photo from Md Zawawi
Doa yg Rasulullah ajarkan pd sahabatnya.. Yg pahalanya lbh berat dari segala zikir 2 yg ada..
" Dengar jangan tak dengar , ini antara cara nak buat aduan dengan Allah ..semoga Doa bisikan kita di terima InsyaAllah "
*CHECKLIST SRTA INTROSPEKSI NTUK DIRI KITA DEMI MMBUKTIKAN N MMBLS KECINTAAN KITA KPD BAGINDA RASULULLAH SAW:-*

*AKHLAK RASULULLAH MUHAMMAD SAW*

ูก. Baginda selalu diam.

ูข. Berbicara ketika perlu.

ูฃ. Perbicaraannya fasih, ringkas tetapi padat .

ูค. Menghadapkan seluruh tubuhnya bila berbicara dengan seseorang.

ูฅ. Hatinya selalu sedih (inginkan umat dalam kebaikan dan terlepas dari azab ุงู„ู„ู‡ swt).

ูฆ. Selalu menundukkan pandangan kerana tawadduโ€™.

ูง. Berfikir terus-menerus.

ูจ. Menghargai nikmat sekecil apa pun tanpa memperlekehkannya.

ูฉ. Tidak pernah mencela makanan. Apabila suka, Baginda akan makan. Jika tidak, ditinggalkannya tanpa mencelanya.

ูกู  . Tidak pernah marah yang ada kaitan dengan urusan dunia.

ูกูก . Marah bukan kerana nafsu.

ูกูข . Apabila kebenaran dipermainkan, Baginda akan bangkit untuk berusaha mempertahankannya.

ูกูฃ . Apabila marah Baginda akan memalingkan muka.

ูกูค . Apabila suka Baginda akan memejamkan mata.

ูกูฅ . Tidak pernah berkata kotor, berbuat keji dan melampaui batas.

ูกูฆ . Tidak pernah berteriak-teriak di pasar.

ูกูง . Tidak pernah membalas kejahatan dengan kejahatan. Malah Baginda memaafkan & berlapang dada.

ูกูจ . Tangan Baginda tidak pernah memukul selain untuk berjihad dijalan ุงู„ู„ู‡ swt.

ูกูฉ . Apabila menghadapi dua perkara Baginda memilih yang paling mudah selagi ia bukan dalam perkara ma'siat.

ูขู  . Di rumah, Baginda adalah manusia biasa yang membasuh pakaian, memerah susu & membuat sendiri segala keperluan diri.

ูขูก . Ketika duduk atau pun berdiri, Baginda selalu berzikir.

ูขูข . Raut wajahnya selalu ceria, perangainya dapat dicontohi dengan mudah, lemah lembut & peramah.

ูขูฃ . Tidak pernah bersikap keras dan bertindak kasar, berteriak-teriak, lebih-lebih lagi mencela orang lain.

ูขูค . Tiga perkara yang dijauhi; perselisihan, bongkak & segala yang tidak diperlukan.

ูขูฅ . Tidak pernah mencela & memaki hamun orang lain.

ูขูฆ . Tidak pernah mencungkil rahsia orang lain.

ูขูง . Tidak pernah berbicara kecuali sesuatu yang menjanjikan pahala.

ูขูจ . Perbicaraannya memukau sesiapa pun yang mendengarnya lalu terpegun seolah-olah ada burung melintas di atas kepala mereka.

ูขูฉ . Sesiapa yang melihat Baginda sepintas lalu akan merasa gerun & hormat terhadapnya.

ูฃู  . Sesiapa yang selalu bergaul & telah dekat mengenali Baginda, akan menyayanginya sepenuh jiwa raga.

ูฃูก . Baginda pasti memberi tempat kepada orang yang ingin duduk & tidak membezakan di kalangan mereka.

ูฃูข . Sesiapa yang meminta sesuatu, pasti dipenuhinya atau jika sebaliknya ditolak dengan tutur kata yang lemah lembut.

ูฃูฃ . Tangan Baginda selalu terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa pilih kasih. Baginda adalah ayah bagi mereka semua.

ูฃูค . Di mana pun Baginda berada, di situ terpancar cahaya ilmu, sikap malu & sabar serta amanah.

ูฃูฅ . Tidak ada yang berani meninggikan suara di hadapan Baginda kerana kewibawaan Baginda.

ูฃูฆ . Semua mengakui keutamaannya kerana ketaqwaannya ; menghormati orang tua, menyayangi yang kecil, mengutamakan orang yang ada hajat, menjaga keperluan & kebajikan orang asing.

ูฃูง . Tidak terus memotong percakapan orang lain. Jika ingin memotong, Baginda hentikan dahulu atau pun berdiri.

ูฃูจ . Paling berlapang dada.

ูฃูฉ . Paling tepat dalam berbicara.

ูคู  . Paling halus keperibadiannya.

ูคูก . Paling ramah & beradab dalam pergaulan & muamalahnya.

(Dipetik daripada Biografi Lengkap Rasulullah saw oleh Dr Sayyid Muhammad bin Alawi Al Maliki)

Perbanyakkan Selawat pada Nabi..

ุงูŽู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุตูŽู„ู‘ู ูŽุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู ูˆูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุขูู„ ุณูŠุฏู†ุง ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏ
Forwarded from Deleted Account
*Islam Agama Selamat Dan Menyelamatkan*

Islam adalah selamat dan menyelamatkan
Setiap orang disuruh menyelamatkan diri daripada sebarang kemungkaran
Juga disuruh orang lain selamat daripada kemungkaran
Kerana itulah disuruh nasihat-menasihati
Setiap orang tidak dibenarkan diganggu dan tidak boleh pula mengganggu orang
Setiap orang tidak boleh melakukan gejala masyarakat kerana ia menyusahkan
Kalau ada orang yang berbuat, perlu mendapat teguran
Jika mereka melakukan juga, perlu dihalang, tidak boleh dibenarkan
Keselamatan umum kenalah setiap orang menjaga dan bertanggungjawab
Kerajaan bertanggungjawab rakyat juga ikut bertanggungjawab
Jaga-menjaga daripada sebarang gejala yang merosakkan kehidupan dan perpaduan
Yang merosakkan itu adakalanya sistem yang dilagang
Adakalanya masyarakat rosak oleh sistem tapi tidak perasan
Sistem yang merosakkan sangat tersirat, payah dikesan
Kerana itulah melahirkan sistem kenalah berhati-hati, jangan sampai merosakkan
Kerosakan masyarakat hingga tergugat keselamatan kerana sikap setiap orang
Sikap jahatnya itulah membawa kerosakan di dalam kehidupan
Di sini baru kita faham, keselamatan tergugat ada dua sebab
Sebab sistem dan sebab sikap perangai buruk orang ramai
Apabila keselamatan tergugat, hidup huru-hara dan bencana
Huru-hara adalah melahirkan kegelisahan dan ketakutan
Semua golongan mendapat kesusahan dan penderitaan
Jagalah keselamatan umum, agar masyarakat aman dan tenang
Buatlah sistem yang selamat dan menyelamatkan
Bersikap baiklah agar ia selamat dan menyelamatkan kehidupan
Kalau sikap dapat dibetulkan dan sistem itu baik, dapat mengawal keselamatan
Sungguh indah hidup ini, sungguh bahagia jiwa rasanya
Marilah kita jadi manusia selamat dan menyelamatkan
Dengan cara membaiki diri dan sistem yang sudah rosak ini

Oleh : Abu Adib
Forwarded from Deleted Account
Alhamdulillah Selepas Pasaraya Ikhwan Sg Buluh dan Pasaraya Ikhwan di KEDA MALL Kulim kedah , kini akan di buka pasaraya Ikhwan Sri Manjung Perak ..Mari kita terus menyokong Ekonomi Muslim ..AllahuAkbar
Forwarded from Deleted Account
Jibril โ€ฆ serukanlah kepada seluruh roh-roh para Nabi, para Rosul, para wali agar berkumpul, berbaris rapi, bahawa sesungguhnya Kekasih-KU cahaya di atas cahaya, agar disambut dengan baik dan suruhlah mereka menyambut kedatangan Nabi Muhammad SAW.

Yaa Jibril โ€ฆ perintahkanlah kepada Malaikat Malik agar menutup pintu-pintu neraka dan perintahkan kepada Malaikat Ridhwan untuk membuka pintu-pintu syurga dan bersoleklah engkau dengan sebaik-baiknya keindahan demi menyambut kekasih-KU Nabi Muhammad SAW.

Yaa Jibrilโ€ฆ bawalah beribu-ribu malaikat yang ada di langit, turunlah ke bumi, ketahuilah Kekasih-KU Muhammad SAW telah siap untuk dilahirkan dan sekarang tiba saatnya Nabi Akhiruzzaman.โ€

Dan turunlah semua malaikat, maka penuhlah isi bumi ini dengan beribu-ribu malaikat. Sayyidah Aminah melihat malaikat itupun berdatangan membawa kayu-kayu gaharu yang wangi dan memenuhi seluruh jagat raya. Pada saat itu pula mereka semua berdzikir, bertasbih, bertahmid, dan pada saat itu pula datanglah burung putih yang berkilau cahayanya mendekati Sayyidah Aminah dan mengusapkan sayapnya pada Sayyidah Aminah, maka pada saat itu pula lahirlah Nabi Muhammad Rasulullah SAW dan tidaklah Sayyidah Aminah melihat yanv keluar dari perutnya melainkan cahaya, tak lama kemudian terlihatlah jari-jari Nabi Muhammad SAW bersujud kepada Allah seraya mengucapkan :
โ€œAllahu Akbar ... Allahu Akbar ... Wal-Hamdulillahi katsiro, Wasubhanallohi Bukrotan wa ashila...โ€

Kegembiraan memancar dari setiap sudut alam raya, gemuruh sholawat memenuhi semesta dengan bahasa yang berbeza-beza dan dengan cara yang bermacam-macam pula...

ูˆูŽู…ูŽุง ุฃูŽุฑู’ุณูŽู„ู’ู†ูŽุงูƒูŽ ุฅูู„ู‘ูŽุง ุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู‹ ู„ูู„ู’ุนูŽุงู„ูŽู…ููŠู†ูŽ

"Tidaklah Kami mengutus engkau (wahai Muhammad) Melainkan Sebagai Rahmat Bagi Seluruh Alam" (surah Al-Anbiya)

Allahumma Sholli ala Sayyidina Muhammad Wa alaa Sayyidina Muhammad wa sohbihi wasallam

โ€œYaa Nabi Salam Alaika โ€ฆ Yaa Rosul Salam Alaika โ€ฆ Yaa Habib Salam Alaika โ€ฆ Sholawatulloh Alaika ... โ€

Ya Allah ya Rabb.. bangkitkanlah kami dalam barisan yang sama bersama Kekasih-MU Nabi Muhammad SAW.

Aamiin Yaa Robbal Alamiin...

*( Diriwayatkan dari Imam Syihabuddin Ahmad bin Hajar Al-Haitami Asy-syafiโ€™i. Dalam kitabnya โ€œAnniโ€™matul-Kubro โ€™alal-alam).*
2024/09/27 15:27:13
Back to Top
HTML Embed Code: