Telegram Web Link
☝️

Alhamdulillah

Nasihat seorang Muslimah kepada sebuah keluarga Muslim yang dikasihinya.

kita nak ambik nasihat yg baik2

Semoga yang menasihati juga mendapat kebaikan

Serta moga menjadi manfaat juga untuk kita semua, InsyaAllah.. Amiin.
Forwarded from Deleted Account
Alhamdulillah ..di sini di kongsikan sedikit berkaitan Perkembangan terbaru Sebuah syarikat Bumiputra Muslim yang pesat membangun atas nama GISB Holdings Sdn Bhd.

Dengan ratusan rangkaian di seluruh Malaysia dan di 17 buah Negara di dunia tanpa membuat sebarang pinjaman bank..

Sebagai Rakyat Malaysia kita turut berbangga dan bersyukur atas Pencapaian Syarikat Malaysia yang telah bertapak lama di luar Negara dan kian kukuh malah sedang terus berkembang di ketika banyak syarikat2 di dunia yg sedang menempuh fasa kritikal dan gulung tikar.

GISB Holding malah tidak terjejas dan kini sedang berjuang menegakkan Syiar Islam di bidang ekonomi khasnya dan lain lain bidang Aspek kehidupan semua agar Islam terus di pandang tinggi oleh semua golongan , Agama bangsa dan Negara ..sekaligus semoga menjadi model ikutan manusia sejagat yang ingin kan hidup aman dan harmoni berkasih sayang

Silakan anda menontonnya agar dapat menjadi inspirasi dan motivasi buat kita ..
Terimakasih
𝗦𝗒𝗣 π—£π—˜π—₯π—œπ—‘π—§π—”π—› π—žπ—”π—ͺπ—”π—Ÿπ—”π—‘ π—£π—˜π—₯π—šπ—˜π—₯π—”π—žπ—”π—‘ π—•π—˜π—₯𝗦𝗬𝗔π—₯𝗔𝗧 (π—£π—žπ—£π—•) π——π—œ π—¦π—˜π—Ÿπ—”π—‘π—šπ—’π—₯, π—ͺ.𝗣. π—žπ—¨π—”π—Ÿπ—” π—Ÿπ—¨π— π—£π—¨π—₯, π—ͺ.𝗣. 𝗣𝗨𝗧π—₯𝗔𝗝𝗔𝗬𝗔

Antara SOP yang telah dipersetujui adalah seperti berikut:
Kawalan Pergerakan PDRM bertanggungjawab melaksanakan kawalan ke atas kawasan tempat jangkitan dengan bantuan ATM, APMM, APM & RELA.

Hanya dua orang sahaja yang dibenarkan untuk keluar dari rumah bagi tujuan mendapatkan bekalan makanan serta keperluan-keperluan yang lain. Individu yang berisiko tinggi dan kanak-kanak tidak digalakkan keluar ke kawasan awam, terbuka dan sesak.

Pergerakan keluar masuk merentas daerah dan negeri yang melibatkan kawasan PKPB adalah tidak dibenarkan kecuali bagi;
β€’ Bagi kes kecemasan seperti sakit dan pengurusan jenazah di luar daerah adalah dibenarkan tetapi perlu mengemukakan permohonan pergerakan kepada pihak PDRM.
β€’ Pekerja-pekerja dibenarkan untuk merentas daerah dan negeri dengan syarat mempunyai pas pekerja yang sah atau surat kebenaran daripada majikan. Bagi pekerja dari dalam daerah yang sama, mereka tidak perlu mengemukakan surat majikan atau pas pekerja. Pihak kerajaan menggalakkan majikan membenarkan pekerja-pekerja mereka untuk bekerja dari rumah (work from home).
β€’ Bagi mereka yang perlu melalui negeri Selangor dan Kuala Lumpur ke negeri-negeri lain, mereka dinasihatkan untuk mendapatkan kebenaran daripada balai polis berhampiran sebelum membuat perjalanan.
β€’ Individu yang menggunakan pergerakan udara melalui KLIA, KLIA2 dan Subang, mereka juga perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak PDRM.

Aktiviti Ekonomi dalam kawasan PKPB
β€’ Semua aktiviti perniagaan, ekonomi dan industri boleh beroperasi.
β€’ Restoran, kedai / gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera / pusat penjaja, gerai makan tepi jalan / kiosk, kedai runcit dan kedai serbaneka dibenarkan beroperasi antara 6.00 pagi hingga 10.00 malam.
β€’ Pembelian makanan digalakkan secara pandu lalu, penghantaran (delivery) atau take-away sahaja. Walaubagaimanapun makan di premis makanan (dine in) adalah dibenarkan namun ianya terhad kepada 2 orang 1 meja dengan pematuhan SOP Sektor Makanan.
β€’ Operasi pasar harian adalah antara 6.00 pagi hingga 2.00 petang sahaja.
β€’ Operasi pasar borong adalah antara 4.00 pagi hingga 2.00 petang sahaja.
β€’ Operasi pasar tani adalah antara 6.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
β€’ Operasi pasar malam adalah antara 4.00 petang hingga 10.00 malam.
β€’ Walaubagaimanapun operasi pasar tani dan pasar malam perlu mematuhi SOP ketat yang telah pun ditetapkan dan perlu dengan pengawasan anggota RELA.
β€’ Waktu operasi Stesen Minyak adalah antara 6.00 pagi hingga 10.00 malam (kecuali pengoperasian Stesen Minyak di lebuhraya dibenarkan beroperasi 24 jam)
β€’ Perkhidmatan pengangkutan awam seperi bas henti-henti, bas Ekspres, LRT, teksi/ e-hailing dibenarkan beroperasi.
β€’ Perkhidmatan teksi/ e-hailing, (maksimum hanya 2 orang penumpang) dan penghantaran makanan dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam.
β€’ Bagi kenderaan yang membawa pekerja, mereka boleh membawa penumpang seperti yang telah ditetapkan sebelum ini.
Perubatan dan Kesihatan
β€’ Waktu operasi klinik dan hospital Kerajaan dan swasta dibenarkan secara 24 jam.
β€’ Farmasi dan kedai menjual ubat-ubatan beroperasi mulai 8.00 pagi hingga 11.00 malam.

Sektor Ekonomi Dan Industri
β€’ Aktiviti sektor ekonomi dan industri di kawasan PKPB berjalan seperti yang ditetapkan dengan pematuhan SOP yang telah ditetapkan
β€’ Semua kenderaan berkaitan industri, perniagaan, perkilangan yang dibenarkan boleh beroperasi seperti biasa termasuk merentas daerah dan negeri.

Perikanan, Perladangan dan Pertanian
β€’ Sektor perikanan, perladangan, pertanian, penternakan dan semua yang berkaitan dengan rantaian makanan dibenarkan beroperasi.

Pelabuhan dan Lapangan Terbang
β€’ Aktiviti dan perkhidmatan di semua lapangan terbang dan pelabuhan dibenarkan beroperasi.

Aktiviti Keagamaan
β€’ Mesyuarat bersetuju mencadangkan bagi mengimara
hkan masjid untuk membenarkan azan dan mendirikan solat lima waktu dengan kehadiran 6 orang Jemaah yang ditentukan oleh jawatankuasa masjid termasuk Imam.
β€’ Manakala pengurusan dan petugas di semua rumah ibadat bukan Islam dibenarkan seramai 6 orang sahaja.
β€’ Walaubagaimanapun cadangan ini akan dibawa kepada JAKIM dan Pihak Berkuasa Agama Negeri Selangor untuk dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor untuk diperkenankan.
β€’Keputusan lanjut akan diumumkan oleh JAKIM dan Pihak Berkuasa Agama Negeri Selangor dalam masa terdekat.

Aktiviti Riadah, Rekreasi dan Budaya
β€’ Semua aktiviti riadah, rekreasi dan budaya adalah tidak dibenarkan. Aktiviti hiburan termasuk kelab malam atau pub, pusat rekreasi, taman tema, indoor playground dan panggung wayang adalah tidak dibenarkan.

Aktiviti Sukan
β€’ Aktiviti sukan secara individu, e-sports, sukan yang tidak bersentuhan dan sukan outdoor yang tidak melebihi 10 orang adalah DIBENARKAN.
β€’ Aktiviti kolam renang, bersentuhan fizikal, sukan bertempur dan penganjuran sukan/kejohanan TIDAK DIBENARKAN.
β€’ Acara dan pertandingan sukan dengan kehadiran penonton, dan acara dan pertandingan sukan yang melibatkan peserta dari luar negeri TIDAK DIBENARKAN.
β€’ Bagi proram latihan berpusat yang sedang dilaksanakan oleh Majlis Sukan Negara dan Majlis Sukan Negeri-negeri boleh diteruskan secara Quarantine Based Approach seperti yang dilaksanakan di Kompleks Majlis Sukan Negara Bukit Jalil dan Keramat, Akademi Badminton Malaysia Bukit Kiara dan Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kg Pandan.

Pendidikan
β€’ Institut Pengajian Tinggi Awam & Swasta, Institut Latihan Kemahiran, sekolah, tadika, taska, pusat tahfiz dan pusat jagaan kanak – kanak ditutup dalam tempoh ini.
β€’ Walaubagaimanapun bagi pelajar sekolah, IPTA, IPTS yang mengambil peperiksaan dengan institusi pengajian luar negara, mereka dibenarkan untuk hadir menduduki peperiksaan sahaja dan bukan untuk sesi pembelajaran.

Seminar / Bengkel / Persidangan
β€’ Seminar/Bengkel/Kursus/Latihan/Persidangan/Ceramah dan aktiviti berkaitan dengan Meeting, Incentives, Conventions and Exhibitions (MICE) tidak dibenarkan. Latihan dalam perkhidmatan yang sedang berjalan boleh dilaksanakan hanya dalam kawasan latihan sahaja.

Mesyuarat
β€’ Mesyuarat perlu diadakan secara sidang video manakala mesyuarat secara bersemuka adalah tidak digalakkan.

Penganjuran Majlis Keramaian
β€’ Majlis Rasmi dan Tidak Rasmi Kerajaan dan Swasta, Majlis Sosial seperti kenduri-kendara, majlis perkahwinan dan pertunangan, majlis aqiqah, doa selamat, tahlil, sambutan ulang tahun, sambutan hari kelahiran, reunion dan lain-lain majlis sosial adalah tidak dibenarkan.

Pelancongan
β€’ Semua aktiviti pelancongan ke luar kawasan PKPB dan ke dalam kawasan PKPB adalah tidak dibenarkan.

#COVID19
#PKPB
#StaySafe
#KitaJagaKita
#PKPB #COVID-19

HEBAHAN: MUAT TURUN BORANG PERMIT PERGERAKAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB)

Sebagaimana yang diumumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Menteri Pertahanan, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media beliau hari ini, pengecualian pergerakan rentas sempadan negeri menggunakan Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hanya dibenarkan kepada empat kategori individu sahaja iaitu:

1. Individu dari kawasan yang sedang melaksanakan PKPB iaitu negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya yang ingin melakukan pergerakan ke negeri lain atas sebab-sebab kecemasan (sakit dan kematian) sahaja,

2. Individu yang hendak merentasi kawasan yang sedang melaksanakan PKPB iaitu negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya atas sebab-sebab kecemasan,

3. Individu dari luar yang ingin memasuki ke kawasan yang sedang melaksanakan PKPB atas sebab-sebab kecemasan, dan

4. Individu yang menggunakan pergerakan udara melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), KLIA 2 dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

Contoh situasi:

SITUASI BAGI KATEGORI 2:
Individu dari negeri Johor yang hendak menuju ke negeri Pulau Pinang dan terpaksa merentasi negeri Selangor atas sebab kecemasan, hendaklah mengisi dan menghantar borang permit tersebut di balai polis yang berhampiran dengan tempat kediaman di negeri Johor sebelum membuat pergerakan.

SITUASI BAGI KATEGORI 3:
Individu dari negeri Melaka yang hendak memasuki Wilayah Persekutuan Putrajaya kerana berlaku kecemasan, hendaklah mengisi dan menghantar borang permit tersebut di balai polis yang berhampiran dengan tempat kediaman di negeri Melaka sebelum membuat pergerakan.

Walau bagaimanapun, sekiranya individu yang sedang membuat pergerakan tadi TERLUPA untuk mengisi borang tersebut pada separuh perjalanan, bolehlah mengisi dan menghantarnya di mana-mana balai terdekat sebelum merentasi/memasuki sekatan jalan raya (SJR) yang didirikan di kawasan yang sedang melaksanakan PKPB.

Borang permit di atas boleh dimuat turun menerusi pautan: https://www.rmp.gov.my/docs/default-source/Penerbitan/borang-permit-pergerakan-pkpb.pdf?sfvrsn=2 ATAU menerusi imej di bawah ATAU diperolehi di balai-balai berdekatan dan dihantar semula ke kaunter pertanyaan dalam SATU SALINAN SAHAJA.

Perlu diingatkan bahawa hanya DUA ORANG SAHAJA dibenarkan dalam setiap pergerakan. Manakala pekerja-pekerja pula dibenarkan untuk merentas daerah atau negeri dengan syarat MEMPUNYAI pas pekerja yang sah atau surat kebenaran daripada majikan. Bagi pekerja dalam daerah yang sama, mereka TIDAK PERLU mengemukakan surat majikan atau pas pekerja.

Sentiasalah patuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) sepanjang PKPB ini berkuat kuasa.

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN
Photo from Akmal Tros Melangkah
Forwarded from Deleted Account
Photo from Md Zawawi
Forwarded from Deleted Account
Photo from Md Zawawi
Forwarded from Deleted Account
Ψ¨Ψ³Ω… Ψ§Ω„Ω„Ω‡ Ψ§Ω„Ψ±Ψ­Ω…Ω† Ψ§Ω„Ψ±Ψ­ΩŠΩ…
Ψ§Ω„Ψ­Ω…Ψ― Ω„Ω„Ω‡ Ψ±Ψ¨ Ψ§Ω„ΨΉΨ§Ω„Ω…ΩŠΩ† ΩˆΨ§Ω„Ψ΅Ω„Ψ§Ψ© ΩˆΨ§Ω„Ψ³Ω„Ψ§Ω… ΨΉΩ„Ω‰ سيد Ψ§Ω„Ω…Ψ±Ψ³Ω„ΩŠΩ† ΩˆΨΉΩ„Ω‰ Ψ’Ω„Ω‡ ΩˆΨ΅Ψ­Ψ¨Ω‡ ΩˆΩ…Ω† ΨͺΨ¨ΨΉΩ‡Ω… Ψ¨Ψ₯Ψ­Ψ³Ψ§Ω† Ψ₯Ω„Ω‰ ΩŠΩˆΩ… Ψ§Ω„Ψ―ΩŠΩ†

🌱 Sempena menyambut kedatangan bulan yang mulia iaitu bulan Rabi'ul Awwal tidak lama lagi, *Bayt Al Furqan* ingin mengajak semua untuk bersama-sama menjayakan _*``Program 1 juta Selawat - menyambut Bulan Berkat``*_ bermula dari 13hb Oktober 2020.

🌱Tuan/Puan/Haji/Hajah bebas membaca apa-apa jenis selawat mengikut masa dan jumlah yang dikehendaki. Kemudian masukkan jumlah tersebut dalam link di bawah.

🌱InshaAllah target 1 juta selawat bukanlah jumlah yang besar bagi pencinta selawat seperti kalian. _*Sama-sama baca, lama-lama jadi 1 juta. InshaAllah*_

🌱 Untuk merekod jumlah selawat yang sudah dibaca, boleh klik link yang berikut :

*Link :* https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeEK8eoxGtRGq5OTAqHD_Ocx9nZ2Qq1qYcHo_i4A6h14QBpRw/viewform

🌱 Ayuh sama-sama *share* program ini dengan ahli keluarga dan sahabat-sahabat. Semoga Allah Ψ³Ψ¨Ψ­Ψ§Ω†Ω‡ وΨͺΨΉΨ§Ω„Ω‰ memberkati usaha kita dalam meraih cinta dan syafaat Kekasih Agung Nabi Muhammad Ψ΅Ω„Ω‰ Ψ§Ω„Ω„Ω‡ ΨΉΩ„ΩŠΩ‡ ΩˆΨ³Ω„Ω… di akhirat kelak, dan semoga kita semua tergolong dari kalangan pencinta Allah dan RasulNya inshaAllah.
Ψ§Ω„Ω„Ω‡Ω… Ψ’Ω…ΩŠΩ†
Forwarded from Deleted Account
Photo from Md Zawawi
Forwarded from Deleted Account
Photo from Md Zawawi
Forwarded from Deleted Account
Photo from Md Zawawi
Forwarded from Deleted Account
*Amalan selawat dan doa khas Memohon Allah rezeki yang halal berkat tak putus juga di beri keselamatan ,kesihatan di juah kan oleh Allah dari wabak C19*

Bersempena sambutan Maulidurrsul 1442 hijrah/ Okt 2020 ini di sini kami
kongsikan apa cadangan doa dan amalan untuk di hayati dan di amal kan bersama oleh seluruh Rakyat Malaysia dengan berdoa kepada Allah agar di jauh kan kita dan keluarga semua nya dari kemurkaan Allah, juga di kurniakan Taufiq dan Hidayah dalam beramal ibadah

*pilihan Satu* malam pertama hingga 12 rabiulawwal bagi yg mampu iaitu membaca bacaan Maulid , qosidah , marhaban berzanji dsbnya

*pilihan 2*
membaca apa jua jenis selawat pilihan sendiri sekurang kurang 100 x setiap hari hingga 12 Rabiulawwal

*pilihan ke 3*
*Menyediakan apa jua Hadiah istimewa Maulidurrasul* untuk di hadiah kan kpd Ibu bapa , suami atau isteri atau anakΒ², guru , keluarga atau sahabat handai
( antara contoh hadiah yg boleh di berikan ialah : Buku berkaitan Rasulullah , buku kecil doaΒ² Rasulullah , makanan dll barangan Sunnah , Frame gambar Kubah masjid Nabawi dll sebagainya

banyak lagi kebaikan yang boleh di cetus kan, apa jua kebaikan di bulan Rabiulawaal ini ialah bagi mengingati memuliakan junjungan besar Baginda Nabi Muhammad SAW yang sangat berjasa kepada kita , semoga dengan Rahmat Allah dan Syafaat Baginda kita di selamat kan di dunia lebihΒ² lagi di Akhirat dengan Syafaat Rasulullah SAW
..Aminn Ya Allah ya RabbalAlamin ..
Forwarded from Deleted Account
BACAAN MAULID NABI.pdf
1.8 MB
BACAAN MAULID NABI.pdf
Forwarded from Deleted Account
Photo from Md Zawawi
2024/09/27 21:25:04
Back to Top
HTML Embed Code: