Telegram Web Link
Forwarded from Deleted Account
*Taqwa Sumber Segalanya*

Walaupun harta atau wang ringgit boleh membantu orang yang bertaqwa
Tapi lumrah berlaku, ia mengorbankan sifat taqwa
Harta biasanya menipu manusia
Sebelum bertaqwa, ia adalah menjadi penghalang untuk bertaqwa
Setelah bertaqwa, ia boleh korbankan ketaqwaan itu
Tapi sifat taqwa boleh mendatangkan bantuan  dan pertolongan
Termasuk juga sifat taqwa boleh memperolehi harta dan rezeki yang tidak diduga
Bahkan sebenarnya taqwa adalah sumber segala-galanya
Sumber rezeki, sumber harta, sumber bantuan, sumber keselamatan, sumber kemenangan, sumber ketenangan
Sifat taqwa adalah kejayaan dunia dan Akhirat
Kemuliaan manusia itu adalah pada sifat taqwanya
Milikilah sifat taqwa, kita akan memiliki segala-galanya
Kalau kita memiliki segala-galanya, belum mesti kita mendapat taqwa
Bahkan boleh mengorbankan sifat taqwa kita
Sifat taqwa adalah selamat-menyelamatkan
Hari ini manusia ketandusan sifat taqwa
Walaupun sudah memiliki segala-galanya, namun kebahagiaan tiada
Sekalipun sudah punya berbagai-bagai perkara, namun ketenangan tidak ada
Di dalam berkemajuan, berlaku huru-hara
Di dalam membangun, terjadi perpecahan dan perbalahan
Setelah ada kemudahan, ada pula bersamanya kebimbangan dan ketakutan
Manusia mewah, tapi berlaku pembunuhan
Makan minum senang, kasih sayang tidak ada
Manusia bergaul, hubungan hati tidak wujud
Fizikal dekat, tapi hati jauh
Betapalah fizikal jauh, hati lebih-lebih lagi jauh
Kerana kunci segala-galanya tidak ada dimiliki oleh manusia
Iaitu sifat taqwa sudah hilang dari manusia

Oleh : ABU ADIB
Doa akhir tahun (1441H) dibaca sebelum masuk waktu Maghrib (akhir waktu Asar atau selepas solat Asar) pada 29 Zulhijjah 1441 Hijrah bersamaan 19 Ogos 2020 Masihi (Rabu)
Doa awal tahun (1442H) pula dibaca selepas menyempurnakan fardhu Maghrib pada 29 Zulhijjah 1441 bersamaan 19 Ogos 2020 (malam 1 Muharram 1442H)
MYNota : Berdasarkan kalendar Islam, pertukaran tarikh hijri (hijrah) bermula selepas masuknya waktu Maghrib
ASSALAMU'ALAIKUM WRWB & SALAM AWAL MUHARAM & SALAM MA'AL HIJRAH
BAHAGIA, BERBAHAGIALAH SEMUA

SEMOGA SEMUA SIHAT WAL'AFIAH 🀲 AA-MIIN

SUATU PERINGATAN UNTUK SEMUA JUGA DIRI SAYA

RABU (19/08/2020)
29 Zulhijjah 1441H
Sebelum Maghrib - Baca Doa Akhir Tahun. Selepas Maghrib - Baca Doa
Awal tahun.

KHAMIS (20/08/2020)
1 Muharam 1442H
Kalau dapat berpuasa,
di padanya
Niat Qodha' Puasa lalu (kalau ada), Niat Puasa Awal Muharam & Niat Puasa Hari Khamis.

JUMAAT (21/08/2020)
2 Muharam 1442H
JANGAN LUPA 4 PERKARA
1. DERMA
mula awal pagi
2. BERSELAWAT
dari pagi hingga Maghrib.
3. BACA SURAH AL-KAHFI (penuh)
atau boleh juga hanya baca Ayat 1 - 10 & Ayat 100 - 110
4. 1/2 JAM SEBELUM MAGHRIB,
Baca Al Quran, Zikir & Berdoa sebanyak mungkin

PUASA 2 HARI
(1)Hari Tasu'aa - 9Muharam - 28/08/2020(Jumaat)
(2)Hari 'Asyura - 10Muharam 29/08/2020(Sabtu)

SAYANG SEMUA
🌹❀️🌹❀️🌹❀️🌹❀️
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Alhamdulillah. Tak sabar nak hadir ke Pameran ini nanti. utk Mengenali, mencintai dan menghayati Nabi SAW Dari dekat...
Forwarded from Deleted Account
Alhamdulillah ini adalah Amalan yg di himpun kan Oleh para ulama yg mempunyai Hujjah dalil masingΒ² panjang jika nak di hurai kan di sini..semua amalan hendak lah di Ikhlas kerana Allah SWT ..

Tarikh 10 Muharram 1442H bersama sabtu 30 ogos 2020

Selain Amalan Dan doa di hari Asyura 10 muharram juga puasa 9 Dan 10 Muharram ...ini adalah amalan tmbahkan yg elok di Amalkan bersama

1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. InsyaAllah – Allah akan melapangkan hidupnya
pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah. Dengan Rahmat Allah jua – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam
golongan yang redha.

4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam
hatinya.

5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Dengan Rahmat Allah akan mengurniakan sepohon
pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

6. Bersedekah. Dengan Rahmt Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh
seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti
bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri. Dengan Rahmat Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa
diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat. Fadilatnya – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: β€œSahaja aku
mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”

9. Bercelak. Fadilatnya – Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya – Allah akan memandanginya
dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya – Allah akan mengampunkan dosanya
walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: β€œSahaja aku
sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.” Pada rakaat pertama
dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.

12. Membaca β€œhas biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”. 70 kali
Fadilatnya – Tidak mati pada tahun ini.

13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang
Islam berbuka puasa.

14. Puasa. Niat – β€œSahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”

Dengan Rahmat Allah – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan
diharamkannya daripada neraka.

Mohon Ampun Ya Allah yang Maha Agong ..
2024/09/28 05:20:06
Back to Top
HTML Embed Code: