Telegram Web Link
🌹Jom selawat!🌹

۞ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

𔘓 ↬ @doktortarbiah
🌹Zikir Hari Khamis🌹:

سُبْحَانَ ٱللَّهِ وَبِحَمْدِهِ
سُبْحَانَ ٱللَّهِ ٱلعَظِيمِ

Maksudnya : Maha Suci Allah dengan kepujianNya, Maha Suci Allah yang Maha Agung.

Fadhilatnya : Diampunkan dosa kita walau sebanyak buih di lautan atau pasir di Bumi Allah.

𔘓 ↬ @doktortarbiah
Apa Yang Perlu Kita Buat Bila Orang Tak Nak Bayar Hutang?

1. Kita doakan dia. Mungkin dia pun memang tengah susah sangat sampai tak mampu bayar hutang.

Kita doakan, semoga Allah permudahkan urusannya untuk membayar hutang.

2. Cuba amalkan baca 'bismillahirrahmanirrahim' 100x dan niatkan untuk dia.

Ada kisah hebat tentang 'bismillah' ni.

Nak tahu?

𔘓 ↬ @doktortarbiah
Jangan hina orang yang tak solat, boleh jadi saat dia solat penuh keinsafan atas dosanya, lantas Allah terima amalan dan masukkan dia dalam golongan bertakwa.

Namun hinalah diri sendiri. Yang selalu mencari aib dan buruk orang lain. Lantas solat kita umpama ayam mematuk padi. Tiada khusyuk tiada erti.

— Nurul Hidayat Ibrahim

𔘓 ↬ @doktortarbiah
| Doa Biar Benar |

Ada seorang hamba Allah menyampaikan ilmu yang baru ia perolehi kepada saya. Katanya lebih afdal baca doa dalam bahasa Arab. Ikut sunnah.

Saya hanya diam.

Pernah Ustaz Hasrizal menulis tentang jemaah India yang cuba membaca doa dalam bahasa Arab.

Tapi apa yang dibacanya hanya mukadimah sebuah kitab yang ditulis oleh penulis Arab tersebut. Tak tahu nak rasa sedih atau nak gelak. Kesian, kan.

Berdoalah dalam bahasa yang difahami. Jika kita mahu berdoa dalam bahasa Arab sekalipun, fahami dahulu maksud doa. Bukan sekadar "membaca doa" yang dihafal.

Berdoalah DARI HATI.
Doa yang khusyuk pasti Allah kabulkan sesuai dengan kehendak-Nya.

Jika doa pun kita tak khusyuk (tak faham apa yang diminta), bagaimana pula kita boleh berharap doa kita akan dikabulkan?

Malulah kita kepada Tuhan Yang Sentiasa Mendengar rintihan hati kita.

Walaupun Allah sedia maklum apa yang kita inginkan, tapi Allah suka mendengar keluhan darilada kita sebagai tanda kita hamba-Nya yang merendah diri.

— Nurul Hidayat Ibrahim

𔘓 ↬ @doktortarbiah
idc abt my mental health anymore , the most important thing now how to make my parents proud .

𔘓 ↬ @doktortarbiah
Tiga amalan sebelum tidur:

1. Beristighfar sebanyak 3 kali.

2. Berselawat kepada Nabi Muhammad SAW sebanyak 10 kali.

3. Memaafkan semua kesalahan orang kepada diri kita.

Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man

𔘓 ↬ @doktortarbiah
Jangan lupa baca surah Al-mulk sebelum tidur 🌹

Sebagaimana diriwayatkan oleh Jabir r.a bahawa sudah menjadi kebiasaan Rasulullah SAW tidak akan tidur selagi tidak membaca Tabarakallazi biyadihil Mulk dan Alim Lam Miim Sajadah.

(Ahmad, Tirmizi dan Darimi)

𔘓 ↬ @doktortarbiah
😊 ليلة سعيدة 🌹

❤️Check List Sebelum tidur❤️ :

1) Jangan lupa baca surah al-Mulk .
2) Berwudhu'
3) Membaca doa sebelum tidur .
4) Mengibas tempat tidur terlebih dahulu .
5) Memaafkan orang lain
6)Delete gambar yang tidak menutup aurat.
7)Muhasabah diri

Selamat malam semua ❤️😍

𔘓 ↬ @doktortarbiah
AMALAN SEBELUM TIDUR

1. Baca Ayat Kursi.
2. Baca 2 ayat terakhir surah Al-Baqarah.
3. Baca 10 ayat awal dan 10 ayat terakhir surah Al-Kahfi.
4. Baca surah Al-Kafirun 3 kali.
5. Baca surah Al-Ikhlas 3 kali.
6. Baca surah Al-Falaq 3 kali.
7. Baca surah An-Naas 3 kali.
8. Baca Bismillah 21 kali atau 41 kali.
9. Baca 2 ayat terakhir surah At-Taubah 11 kali.
10. Last sekali ditutup dengan mengucap dua kalimah Syahadah.

AMALAN LEPAS SOLAT SUBUH

1. Baca surah Al-Qadr 11 kali.
2. Baca surah Al-Fill 11 kali.
3. Baca surah Al-Ikhlas 11 kali.
4. Baca Bismillahillazi La Yadurru Ma’as Mihi Syai’un Fil Ardhi Wala Fis Sama'i Wahuwas Sami’ul Alim 41 kali.

(Dari kuliah TGSMZA)

Boleh ditambah lagi dalam list amalan sebelum tidur dengan Zikir Fatimah dan bacaan Surah Al-Hadid, As-Sajdah juga Al-Mulk. Akhir sekali tutup dengan mengucap dua kalimah Syahadah.

Semoga bermanfaat dan istiqomah.


سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ


لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ‎


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

𔘓 ↬ @doktortarbiah
Allah berfirman, "Allah tidak menyukai perkataan buruk (yang diucapkan) serta terus terang kecuali oleh orang yang dizalimi. Dan sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

"Jika kamu menyatakan sesuatu kebajikan, menyembunyikannya atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa."

Surah An-Nisa': 148 dan 149


𔘓 ↬ @doktortarbiah
🌹Jom selawat!🌹

۞ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

𔘓 ↬ @doktortarbiah
🌹Zikir Hari Jumaat🌹:

يَا ٱللّٰهُ
Maksud : Ya Allah.

Fadhilatnya : Allah akan memberi ketenangan hati bagi yang membacanya dan merasa kelazatan zikrullah.

𔘓 ↬ @doktortarbiah
jangan terlalu berharap kepada manusia,
bayanganmu saja akan meninggalkan mu di dalam kegelapan.

𔘓 ↬ @doktortarbiah
Ramadhan dah nak dekat? 😱
Adakah anda sudah bersedia? 😅

Jom sertai PROGRAM KHAS RAUDHATUL ASYWAQ sempena AMBANG RAMADHAN

Tajuk : Bab Puasa - Kitab Al-Yaqut An-Nafis karangan Al-Habib Ahmad Bin Umat Asy-Syatiri

Bersama : Al-Fadhil Ustaz Ashraff Wajdi Al-Yamani
(Alumni Rubat Tarim, Hadhramaut, Yaman)

Tarikh : Jumaat, 25 Mac 2022

Masa : bermula jam 9:00 malam

Platform : Google Meet (terhad kepada 90 orang peserta.
( meet.google.com/ivc-aumt-aty ) link akan di buka 8.50 malam

Yuran : PERCUMA


JOM SAMA-SAMA IMARAHKAN PROGRAM YANG KAMI ANJURKAN. SEMOGA BEROLEH KEBERKATAN. 🤲🏻

MAJLIS RAUDHATUL ASYWAQ
🌹Jom selawat!🌹

۞ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

𔘓 ↬ @doktortarbiah
🌹Zikir hari Sabtu🌹 :

لَا إلٰهَ إِلَّا ٱللَّه

Maksud : Tiada tuhan melainkan Allah.

Fadhilatnya : Allah akan hampir kepada kita dan akan memberi segala kebaikan hamba yang memujinya.

𔘓 ↬ @doktortarbiah
MAJLIS SELAWAT JIBRIL
via Google Meet

📆 Sabtu | 26 mac 2022
🕰️ Jam 9:15 malam (Malaysia)
Jam 8:15 malam (Indonesia)
🌹 Anjuran Raudhatul Asywaq


Tausiyah jemputan :
- saudara izzul Ikhwan

Bersama Ahli Raudhatul Asywaq pimpinan selawat :
💚 Saudara Amal ahmad

Qasidah :
💚 Saudara syaiful azhar


Link Google Meet :
https://meet.google.com/okk-vbpw-umw
( *Link akan dibuka jam 9.00pm* )

Code: okk-vbpw-umw
_____
IKUTI AKAUN MEDIA RAUDHATUL ASYWAQ

Facebook:
https://www.facebook.com/raudhatulasywaqofficial/

Page Facebook:
https://www.facebook.com/raudhatulasywaq

Instagram:
https://www.instagram.com/raudhatulasywaqofficial/

*MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI DAN SEBAR-SEBARKAN*

Semoga Kita Semua Mendapat Keberkahan Dan Manfaat Daripada Pengisian Majlis Dan Ilmu Yang Disampaikan

*MAJLIS RAUDHATUL ASYWAQ*
𝗯𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿 𝗺𝗲𝗻𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮 𝗸𝗲𝗮𝗱𝗮𝗮𝗻 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗵𝗮𝗿𝘂𝘀 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗲𝗻𝗰𝗶 𝗸𝗲𝗻𝘆𝗮𝘁𝗮𝗮𝗻 .

𔘓 ↬ @doktortarbiah
2024/09/21 13:49:05
Back to Top
HTML Embed Code: