Telegram Web Link
🌹Zikir Hari Isnin🌹:

لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاٱللَّهِ ٱلعَلِيِّ ٱلعَظِيمِ

Maksud : Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan kekuasaan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

Fadhilatnya : Allah memberi ganjaran pahala seperti Bukit Uhud dan Allah memberi kekuatan beribadah kepada-Nya.

𔘓 ↬ @doktortarbiah
Doa Memohon Kesabaran

رَبَّنَآ أَفۡرِغۡ عَلَيۡنَا صَبۡرٗا وَتَوَفَّنَا مُسۡلِمِينَ

"Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu)".

(Surah Al-A'raf Ayat 126)

𔘓 ↬ @doktortarbiah
🌹Jom selawat!🌹

۞ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

𔘓 ↬ @doktortarbiah
🌹 Zikir Hari Selasa🌹:


۞ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ۞

Maksudnya : Ya Allah, rahmatilah ke atas hamba-Mu, Rasul-Mu dan Nabi-Mu yang benar dan kesejahteraan ke atas ahli keluarganya serta para sahabat baginda.

Fadhilatnya : Mendapat rahmat Allah dan mendapat syafaat Rasulullah di dunia dan di akhirat.

𔘓 ↬ @doktortarbiah
ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

3 tanda hati dengan cahaya iman

1. Cenderung kepada akhirat (senang dalam hal kebaikan)

2. Menjauhkan diri dari tempat yang menipu (hal yang melalaikan)

3. Bersiap sedia akan datangnya kematian sebelum kematian itu datang

Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid

𔘓 ↬ @doktortarbiah
🌹Jom selawat!🌹

۞ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

𔘓 ↬ @doktortarbiah
🌹 Zikir Hari Rabu🌹:

أَسْتَغْفِرُ ٱللَّهَ ٱلعَظِيم الَّذِي لَا إِلٰهَ إِلَّا هُوَ الحَيُّ القَيُّومُ وَأَتُوبُ إلَيْكَ

Maksud : Aku memohon keampunan kepada Allah yang Maha Kuasa.

Fadhilatnya : Setiap kali di baca zikir di atas, menghilangkan satu titik hitam dalam hati dan Allah mengampunkan hamba-Nya.

𔘓 ↬ @doktortarbiah
Bulan ramadhan adalah bulan umat Nabi Nuhammad SAW...

Start dari sekarang perbaiki lah hati dan iman kita.

Start dari sekarang jangan tinggal al-Quran dan qiamullail.

Start dari sekarang belajar memaafkan orang lain dan belajar juga untuk meminta maaf walaupun kita tak buat salah.

Start dari sekarang perbanyakkan selawat, istighfar dan zikrullah.

Start dari sekarang rajin-rajinkan lah solat berjemaah dengan keluarga, buat sesi usrah bersama keluarga.

Kita nak sambut bulan ramadhan mesti bermula dari sekarang. Jangan tunggu bulan ramadhan baru nak buat banyak amalan. Tak rugi pun bila kita buat persiapan awal, yang ruginya bila kita tahu tapi langsung tak amal.

𔘓 ↬ @doktortarbiah
ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

Malam Nisfu Sya'ban merupakan salah satu malam yang mustajab doa. Umat Islam digalakkan agar banyak berdoa memohon keampunan dari Allah SWT.

Disunatkan menghidupkan malam Nisfu Sya’ban dengan memperbanyakkan ibadah dengan membaca al-Quran, berzikir, berdoa, bertasbih, berselawat, istighfar, hadir majlis ilmu dan amalan yang lain.

Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid

𔘓 ↬ @doktortarbiah
Sempena Malam Nisfu Syaaban, usaha untuk minta pada Allah

1. Minta ampun dosa sejak akil baligh sehingga kini
2. Minta Allah terima amalan kita daripada akil baligh sehingga kini
3. Minta Allah pelihara kita daripada sekarang sehingga mati
4. Minta mati husnul khatimah
5. Minta dicabut nyawa dengan mudah
6. Minta roh tak meronta ketika nyawa dicabut
7. Minta Izrail berlembut dengan kita
8. Minta jangan jenazah meronta ketika jenazah diusung
9.Minta tak gementar ketika jenazah masuk kubur
10. Minta lidah tak kelu bila disoal dalam kubur
11. Minta tak disoal dalam kubur
12. Minta tak dihimpit kubur
13. Minta diampun dosa mak ayah, nenek moyang, adik beradik, anak-anak, isteri-isteri
14. Minta dibangkit di Mahsyar dengan selamat, tidak bermuka keldai atau babi
15. Minta peluh tak banyak ketika matahari sejengkal atas kepala
16. Minta makanan, minuman dan pakaian di Mahsyar
17. Minta dalam hingar bingar di Mahsyar, kita dapat berkumpul dengan keluarga
18. Minta hisab yang mudah
19. Minta mizan yang berat
20. Minta sirat yang cepat
21. Minta dapat minum di 'huut' Nabi Muhammad SAW
22. Minta Allah ampun dosa kita pada sahabat-sahabat yang kita tak berani nak minta maaf dan Allah lembutkan hati dia untuk maafkan kita
23. Minta pada Allah agar kita dapat kembalikan hak-hak orang
24. Minta masuk Jannah dengan rahmat Allah

Kuliah Subuh Syeikh Abu Zaki; 16hb Mac 2022

Nota: Cik Niys

𔘓 ↬ @doktortarbiah
🌹Jom selawat!🌹

۞ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

𔘓 ↬ @doktortarbiah
🌹Zikir Hari Khamis🌹:

سُبْحَانَ ٱللَّهِ وَبِحَمْدِهِ
سُبْحَانَ ٱللَّهِ ٱلعَظِيمِ

Maksudnya : Maha Suci Allah dengan kepujianNya, Maha Suci Allah yang Maha Agung.

Fadhilatnya : Diampunkan dosa kita walau sebanyak buih di lautan atau pasir di Bumi Allah.

𔘓 ↬ @doktortarbiah
"الكَيِّسُ مَنْ دَانَ نَفْسَهُ وعَمِلَ لِمَا بَعْدَ المَوْتِ، وَالعَاجِزُ مَنْ أَتْبعَ نَفْسُهُ هَواهَا، وتَمَنَّى عَلَى اللَّهِ"

"Orang yang cerdik (berakal) adalah orang yang mempersiapkan dirinya dan beramal untuk hari setelah kematian, sedangkan orang yang lemah (imannya) adalah orang yang jiwanya mengikuti hawa nafsunya dan berangan-angan kepada Allah SWT (bahawa Allah akan mengampuninya)." (HR Tarmidzi)

Ayuh rebut peluang keemasan ini bagi persediaan diri menempuhi keindahan Ramadhan kali ini di Daurah Istiqbal Ramadhan bersama Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid dan Ustaz Bashir Al Azhari secara online.
|| Untuk pendaftaran dan pembelian kitab boleh layari ezy.la/dram
Tiga amalan sebelum tidur:

1. Beristighfar sebanyak 3 kali.

2. Berselawat kepada Nabi Muhammad SAW sebanyak 10 kali.

3. Memaafkan semua kesalahan orang kepada diri kita.

Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man

𔘓 ↬ @doktortarbiah
Jangan lupa baca surah Al-mulk sebelum tidur 🌹

Sebagaimana diriwayatkan oleh Jabir r.a bahawa sudah menjadi kebiasaan Rasulullah SAW tidak akan tidur selagi tidak membaca Tabarakallazi biyadihil Mulk dan Alim Lam Miim Sajadah.

(Ahmad, Tirmizi dan Darimi)

𔘓 ↬ @doktortarbiah
😊 ليلة سعيدة 🌹

❤️Check List Sebelum tidur❤️ :

1) Jangan lupa baca surah al-Mulk .
2) Berwudhu'
3) Membaca doa sebelum tidur .
4) Mengibas tempat tidur terlebih dahulu .
5) Memaafkan orang lain
6)Delete gambar yang tidak menutup aurat.
7)Muhasabah diri

Selamat malam semua ❤️😍

𔘓 ↬ @doktortarbiah
AMALAN SEBELUM TIDUR

1. Baca Ayat Kursi.
2. Baca 2 ayat terakhir surah Al-Baqarah.
3. Baca 10 ayat awal dan 10 ayat terakhir surah Al-Kahfi.
4. Baca surah Al-Kafirun 3 kali.
5. Baca surah Al-Ikhlas 3 kali.
6. Baca surah Al-Falaq 3 kali.
7. Baca surah An-Naas 3 kali.
8. Baca Bismillah 21 kali atau 41 kali.
9. Baca 2 ayat terakhir surah At-Taubah 11 kali.
10. Last sekali ditutup dengan mengucap dua kalimah Syahadah.

AMALAN LEPAS SOLAT SUBUH

1. Baca surah Al-Qadr 11 kali.
2. Baca surah Al-Fill 11 kali.
3. Baca surah Al-Ikhlas 11 kali.
4. Baca Bismillahillazi La Yadurru Ma’as Mihi Syai’un Fil Ardhi Wala Fis Sama'i Wahuwas Sami’ul Alim 41 kali.

(Dari kuliah TGSMZA)

Boleh ditambah lagi dalam list amalan sebelum tidur dengan Zikir Fatimah dan bacaan Surah Al-Hadid, As-Sajdah juga Al-Mulk. Akhir sekali tutup dengan mengucap dua kalimah Syahadah.

Semoga bermanfaat dan istiqomah.


سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ


لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ‎


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

𔘓 ↬ @doktortarbiah
🌹Jom selawat!🌹

۞ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

𔘓 ↬ @doktortarbiah
🌹Zikir Hari Jumaat🌹:

يَا ٱللّٰهُ
Maksud : Ya Allah.

Fadhilatnya : Allah akan memberi ketenangan hati bagi yang membacanya dan merasa kelazatan zikrullah.

𔘓 ↬ @doktortarbiah
2024/09/21 20:03:06
Back to Top
HTML Embed Code: