Telegram Web Link
🌹 Zikir Hari Selasa🌹:


۞ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ۞

Maksudnya : Ya Allah, rahmatilah ke atas hamba-Mu, Rasul-Mu dan Nabi-Mu yang benar dan kesejahteraan ke atas ahli keluarganya serta para sahabat baginda.

Fadhilatnya : Mendapat rahmat Allah dan mendapat syafaat Rasulullah di dunia dan di akhirat.

𔘓 ↬ @doktortarbiah
Kemuliaan seseorang ada pada 3 hal;

1. Menyembunyikan kefakiran sampai orang menyangka dia serba cukup.

2. Menyembunyikan marah sampai orang menyangka dia ikhlas.

3. Menyembunyikan kesusahan sampai orang menyangka dia sentiasa senang.

Imam Syafi’e رَحِمَهُ اللَّهُ تَعَالَى

#KalamUlama

𔘓 ↬ @doktortarbiah
Jadi wanita mahal untuk didekati, tetapi beruntung saat dimiliki.

Mahal wanita bukan apa yang dia pakai, tapi pada harga diri yang dia perjuangkan. Sapaan lelaki murahan tidak dihiraukan, perkataan murahan juga dia hindarkan. Dia tahu lelaki yang menghormati wanita itu tidak menyapa sekadar salam tapi memperjuangkan sehingga satu ikatan yang menghalalkan.

Mahal wanita juga bukan pada gelaran dirinya, tapi adalah jiwanya. Jiwanya terhimpun kebaikan yang diperintah Tuhan. Melakukan kebaikan semata mengharapkan redha Tuhan. Setiap yang yang dia lakukan adalah perjuangan bukan sekadar untuk membuktikan.

Sungguh, dia wanita pilihan.

Teruslah menjadi wanita pilihan yang menjadi rebutan bukan kerana rupa paras, mahupun timbunan harta yang dikumpulkan, apatah lagi kerana kepandaian, tetapi jadilah wanita pilihan yang dipilih kerana agama. Ternyata ia lebih menyenangkan.

Percayalah, masih ada lelaki baik selagi kita cuba menjadi yang terbaik.

Begitulah.

𔘓 ↬ @doktortarbiah
Tak ada hal yang lebih indah selain mencintai dan dicintai Allah.

𔘓 ↬ @doktortarbiah
Maaf lh semua kalau channel ni dh kurang menarik perhatian hampa.Min Minta maaf sangat ii kdg ii mom busy Ada keje jadi mkn kurang post maaf ye sangat ii.Terima kasih mana yg Masih sudi stay dlm channel ni.Mana yg nk left Dari group ni silakan min X paksa utk stay dlm ni.Mim sayang hampa semua😘.Min Minta maaf sangat ii sbb dh lama X buat quizz.insya Allah nanti min akn come back🥰.
ALLAH calls us to SUCCESS 5 times daily.

And it is the successful who Answer.

🧸🎈

𔘓 ↬ @doktortarbiah
🌹Jom selawat!🌹

۞ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

𔘓 ↬ @doktortarbiah
🌹 Zikir Hari Rabu🌹:

أَسْتَغْفِرُ ٱللَّهَ ٱلعَظِيم الَّذِي لَا إِلٰهَ إِلَّا هُوَ الحَيُّ القَيُّومُ وَأَتُوبُ إلَيْكَ

Maksud : Aku memohon keampunan kepada Allah yang Maha Kuasa.

Fadhilatnya : Setiap kali di baca zikir di atas, menghilangkan satu titik hitam dalam hati dan Allah mengampunkan hamba-Nya.

𔘓 ↬ @doktortarbiah
Tiga amalan sebelum tidur:

1. Beristighfar sebanyak 3 kali.

2. Berselawat kepada Nabi Muhammad SAW sebanyak 10 kali.

3. Memaafkan semua kesalahan orang kepada diri kita.

Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man

𔘓 ↬ @doktortarbiah
Jangan lupa baca surah Al-mulk sebelum tidur 🌹

Sebagaimana diriwayatkan oleh Jabir r.a bahawa sudah menjadi kebiasaan Rasulullah SAW tidak akan tidur selagi tidak membaca Tabarakallazi biyadihil Mulk dan Alim Lam Miim Sajadah.

(Ahmad, Tirmizi dan Darimi)

𔘓 ↬ @doktortarbiah
😊 ليلة سعيدة 🌹

❤️Check List Sebelum tidur❤️ :

1) Jangan lupa baca surah al-Mulk .
2) Berwudhu'
3) Membaca doa sebelum tidur .
4) Mengibas tempat tidur terlebih dahulu .
5) Memaafkan orang lain
6)Delete gambar yang tidak menutup aurat.
7)Muhasabah diri

Selamat malam semua ❤️😍

𔘓 ↬ @doktortarbiah
AMALAN SEBELUM TIDUR

1. Baca Ayat Kursi.
2. Baca 2 ayat terakhir surah Al-Baqarah.
3. Baca 10 ayat awal dan 10 ayat terakhir surah Al-Kahfi.
4. Baca surah Al-Kafirun 3 kali.
5. Baca surah Al-Ikhlas 3 kali.
6. Baca surah Al-Falaq 3 kali.
7. Baca surah An-Naas 3 kali.
8. Baca Bismillah 21 kali atau 41 kali.
9. Baca 2 ayat terakhir surah At-Taubah 11 kali.
10. Last sekali ditutup dengan mengucap dua kalimah Syahadah.

AMALAN LEPAS SOLAT SUBUH

1. Baca surah Al-Qadr 11 kali.
2. Baca surah Al-Fill 11 kali.
3. Baca surah Al-Ikhlas 11 kali.
4. Baca Bismillahillazi La Yadurru Ma’as Mihi Syai’un Fil Ardhi Wala Fis Sama'i Wahuwas Sami’ul Alim 41 kali.

(Dari kuliah TGSMZA)

Boleh ditambah lagi dalam list amalan sebelum tidur dengan Zikir Fatimah dan bacaan Surah Al-Hadid, As-Sajdah juga Al-Mulk. Akhir sekali tutup dengan mengucap dua kalimah Syahadah.

Semoga bermanfaat dan istiqomah.


سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ


لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ‎


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

𔘓 ↬ @doktortarbiah
🌹Jom selawat!🌹

۞ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

𔘓 ↬ @doktortarbiah
🌹Zikir Hari Khamis🌹:

سُبْحَانَ ٱللَّهِ وَبِحَمْدِهِ
سُبْحَانَ ٱللَّهِ ٱلعَظِيمِ

Maksudnya : Maha Suci Allah dengan kepujianNya, Maha Suci Allah yang Maha Agung.

Fadhilatnya : Diampunkan dosa kita walau sebanyak buih di lautan atau pasir di Bumi Allah.

𔘓 ↬ @doktortarbiah
When you are up in life , your friends get to know who you are.

But when you are down in life , you get to know who your friends are.

𔘓 ↬ @doktortarbiah
AKHLAK KITA BERSAMA DIRI SENDIRI

1. Kita didik diri kita, kita sucikan dan kita selamatkan diri kita.

2. Jangan banyak makan minum.

3. Jangan banyak tidur.

4. Kita siapkan waktu untuk belajar, mengkaji ulang, menambah ilmu pengetahuan, meluaskan pemahaman dan memperdalam pemikiran.

5. Mengambil pelajaran dan memungut kebijaksanaan serta mengambil peringatan, nasehat dan pengalaman daripada siapapun yang lalu lalang dalam kehidupan kita.

6. Kita menyusun dan mengatur pendapatan kita agar dapat dipastikan bahwa kita membelanjakannya untuk hal yang sesuai dan prioritas dalam hidup kita.

7. Luaskan pandangan dan mempersiapkan masa depan.

8. Kita jangan tertipu dg kedudukan, pangkat, kehormatan, harta, pujian atau keberhasilan yang sudah kita raih.

9. Jangan putus asa atau mengeluh dg kemiskinan, kesusahan, musibah ataupun kegagalan yang terjadi dalam hidup kita.

10. Kita bergantung dan bersandar hanya kepada Allah SWT semata.

11. Kita selalu mengingat Allah SWT di kala senang sehingga Allah SWT mengingat kita di kala susah. Cukuplah bg kita Allah SWT. Dia sebaik-baik Dzat yang diserahi.

Hasbunallah wa ni'mal wakiil. Ni'mal maula Wa ni'man nasiir.

IJAZAH DARI GURU MULIA AL-HABIB UMAR BIN HAFIDZ

Saya ijazahkan kepada kamu semua agar mencari ilmu yang bermanfaat, mulia dan mengamalkan ilmu yang didapat dan bersungguh-sungguh mengajarkan ilmu itu kepada ahli keluarga dan anak-anak dan berdzikirlah kepada Allah SWT dan selalu hadir di majelis-majelis ilmu dan saling menasehati satu sama lain dan berbagi amalan agar supaya mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Saya ijazahkan kepada kalian semua untuk membaca :

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ الْمُبِينُ. ١٠٠x

LA ILAHA ILLALLAH AL MALIKUL HAQQUL MUBIN 100x

Fadhilah:
- Melancarkan rezeki
- Merubah sifat manusia
- Tenang daripada bingung di alam kubur
- Dibuka pintu Syurga
- Selamat siksa kubur
- Akan datang segala kemudahan di dunia
- Setiap kali membacanya, maka Allah SWT menjadikan malaikat bertasbih

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

𔘓 ↬ @doktortarbiah
🌹Jom selawat!🌹

۞ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

𔘓 ↬ @doktortarbiah
🌹Zikir Hari Jumaat🌹:

يَا ٱللّٰهُ
Maksud : Ya Allah.

Fadhilatnya : Allah akan memberi ketenangan hati bagi yang membacanya dan merasa kelazatan zikrullah.

𔘓 ↬ @doktortarbiah
Sesibuk mana pun kita jangan tinggal baca Al-Quran.

Firman Allah :

مَآ أَنزَلْنَا عَلَيْكَ ٱلْقُرْءَانَ لِتَشْقَىٰٓ

" Kami tidak menurunkan Al-Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah "

[ QS. 20:2 ]

𔘓 ↬ @doktortarbiah
PESAN BUAT LELAKI

Dalam hadis dikatakan Rasulullah ﷺ mafhumnya:

“Bagaimana kamu hidup di suatu zaman nanti, kalau wanita-wanita kamu melakukan perbuatan melampau, dan anak-anak muda kamu melakukan kefasiqan?”

Dimulakan dengan perempuan dahulu, kemudian rosaknya anak muda.

Ya, memang ramai anak-anak muda rosak disebabkan oleh kerana perempuan.

Perempuan itu rosak kerana tak dijaga oleh lelaki yang bertanggungjawab - kalau isteri itu tanggungjawab suami, kalau anak itu tanggungjawab ayah.

Sabda Rasulullah ﷺ, “Tidak aku tinggalkan fitnah setelah aku nanti yang lebih mencabar kepada laki-laki melebihi daripada fitnah perempuan.”

Sehingga ramai daripada orang yang tidak menghargai nikmat yang diberikan oleh Allah سبحانه و تعالى dengan adanya anak, zuriat, dengan diabaikan, dan tidak dididik.

Sehingga tak peduli anak berkawan dengan siapa, pergi dengan siapa.

Menjadi perkara biasa anak lelaki kita makan malam dengan anak perempuan orang lain, kononnya untuk saling kenal-mengenali atau anak perempuan kita makan malam dengan anak lelaki orang lain yang mungkin kawan katanya.

Perkara itu tak jadi pelik, bahkan pelik jika ada orang berkahwin dan tiada ada perkenalan sebelumnya.

Disunting daripada tausiyah Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid

𔘓 ↬ @doktortarbiah
2024/09/23 00:23:29
Back to Top
HTML Embed Code: