Telegram Web Link
Maaf ye X sempat nk buat quizz sbb min adehal sikit.so Insya Allah kalau min free min Akan Cuba buat quizz.Maaf lh he buat semua tertunggu😊❤️
Berhati-hatilah jangan sampai usiamu telah berakhir dan kamu bertemu Allah membawa Iman yang lemah. Kerana penyesalan menjelang kematian dan setelahnya tidak berguna sama sekali selama-lamanya. Hanya saja penyesalan manusia itu berguna bila terjadi semasa hidupnya di permukaan bumi.

Habib Umar Bin Hafidz ~

𔘓 ↬ @doktortarbiah
🌹Jom selawat!🌹

۞ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

𔘓 ↬ @doktortarbiah
🌹Zikir Hari Isnin🌹:

لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاٱللَّهِ ٱلعَلِيِّ ٱلعَظِيمِ

Maksud : Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan kekuasaan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

Fadhilatnya : Allah memberi ganjaran pahala seperti Bukit Uhud dan Allah memberi kekuatan beribadah kepada-Nya.

𔘓 ↬ @doktortarbiah
BAHAYA MEMBUKA AIB.

Orang yang menutup aib orang yang beriman yang lain, Allah akan menutup aibnya.

Tidak akan mati seseorang yang membuka aib orang lain melainkan dirinya akan melakukan aib tersebut.

Jika aib tersebut adalah mencuri, dia akan mencuri. Jika ianya zina, maka dia berzina.

Jika diperdengarkan kepada kita tentang aib orang lain, bangkit dari situ dan beredar.

Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid ~

𔘓 ↬ @doktortarbiah
Ketika kita tidak punya kekuatan untuk berjalan, keliru dengan setiap simpang yang ada di hadapan, bahkan sepenuhnya merasa tidak mampu meneruskan, biarkan langkah bersama harapan, kerana Tuhan memiliki sebaik-baik keputusan.

𔘓 ↬ @doktortarbiah
5 Nasihat Ustaz wadi Annuar buat wanita.

Nak masuk syurga Allah ni harganya sangat mahal iaitu kena lulus semua ujian dari Allah.Wanita yang nak masuk syurga kena jaga 5 perkara ni,

1. Jaga solat 5 waktu
2. Tutup aurat dengan Sempurna
3. Puasa di bulan Ramadhan
4. Jaga kehormatan dan maruah iaitu dengan tidak tergedik-gedik ambek gambar/video masuk media sosial, sehingga gambar itu menimbulkan syahwat pada orang lain yang melihat.
5. Mentaati suami

Ketika di masyar akan ada pengumuman bagi yang buat semua perkara di atas

"Wahai wanita syurga masuklah ke dalam mana-mana pintu yang kamu nak."

-Ringkasan kuliah tajuk Bidadari Syurga vs Wanita Beriman Dunia-

𔘓 ↬ @doktortarbiah
🌹Jom selawat!🌹

۞ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

𔘓 ↬ @doktortarbiah
🌹 Zikir Hari Rabu🌹:

أَسْتَغْفِرُ ٱللَّهَ ٱلعَظِيم الَّذِي لَا إِلٰهَ إِلَّا هُوَ الحَيُّ القَيُّومُ وَأَتُوبُ إلَيْكَ

Maksud : Aku memohon keampunan kepada Allah yang Maha Kuasa.

Fadhilatnya : Setiap kali di baca zikir di atas, menghilangkan satu titik hitam dalam hati dan Allah mengampunkan hamba-Nya.

𔘓 ↬ @doktortarbiah
‎"Jika engkau kenal siapa dirimu, maka engkau tidak akan terancam dengan kata-kata orang lain. "

‎ Sufyan At-Tsauri رحمه الله تعالى -
𔘓 ↬ @doktortarbiah
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
➳❥lelaki idaman adalah lelaki yg mampu menjaga pandangannya. dan wanita idaman adalah wanita yg mampu menjaga kehormatannya.

𔘓 ↬ @doktortarbiah
"seandainya seseorang berulanh Kali melalukan dosa hingga 100 Kali,1000kali atau lebih,lalu is bertaubat setiap Kali berbuat dosa ,maka pasti Allah akak menerima taubatnya setiap Kali is bertaubat,dosa -dosanya pin Akan gugur..."

—Iman Nawawi,Kitab Alminhaj syarh Muslim—

𔘓 ↬ @doktortarbiah
.・。.・゜✭・.・✫・゜・。.

✎Janganlah kamu berputus ASA dari rahmat Allah sesungguhnya Allah Maha mengampuni dosa-dosa semuanya.

𔘓 ↬ @doktortarbiah
AMALAN SEBELUM TIDUR

1. Baca Ayat Kursi.
2. Baca 2 ayat terakhir surah Al-Baqarah.
3. Baca 10 ayat awal dan 10 ayat terakhir surah Al-Kahfi.
4. Baca surah Al-Kafirun 3 kali.
5. Baca surah Al-Ikhlas 3 kali.
6. Baca surah Al-Falaq 3 kali.
7. Baca surah An-Naas 3 kali.
8. Baca Bismillah 21 kali atau 41 kali.
9. Baca 2 ayat terakhir surah At-Taubah 11 kali.
10. Last sekali ditutup dengan mengucap dua kalimah Syahadah.

AMALAN LEPAS SOLAT SUBUH

1. Baca surah Al-Qadr 11 kali.
2. Baca surah Al-Fill 11 kali.
3. Baca surah Al-Ikhlas 11 kali.
4. Baca Bismillahillazi La Yadurru Ma’as Mihi Syai’un Fil Ardhi Wala Fis Sama'i Wahuwas Sami’ul Alim 41 kali.

(Dari kuliah TGSMZA)

Boleh ditambah lagi dalam list amalan sebelum tidur dengan Zikir Fatimah dan bacaan Surah Al-Hadid, As-Sajdah juga Al-Mulk. Akhir sekali tutup dengan mengucap dua kalimah Syahadah.

Semoga bermanfaat dan istiqomah.


سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ


لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ‎


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

𔘓 ↬ @doktortarbiah
Jangan lupa baca surah Al-mulk sebelum tidur 🌹

Sebagaimana diriwayatkan oleh Jabir r.a bahawa sudah menjadi kebiasaan Rasulullah SAW tidak akan tidur selagi tidak membaca Tabarakallazi biyadihil Mulk dan Alim Lam Miim Sajadah.

(Ahmad, Tirmizi dan Darimi)

𔘓 ↬ @doktortarbiah
😊 ليلة سعيدة 🌹

❤️Check List Sebelum tidur❤️ :

1) Jangan lupa baca surah al-Mulk .
2) Berwudhu'
3) Membaca doa sebelum tidur .
4) Mengibas tempat tidur terlebih dahulu .
5) Memaafkan orang lain
6)Delete gambar yang tidak menutup aurat.
7)Muhasabah diri

Selamat malam semua ❤️😍

𔘓 ↬ @doktortarbiah
Tiga amalan sebelum tidur:

1. Beristighfar sebanyak 3 kali.

2. Berselawat kepada Nabi Muhammad SAW sebanyak 10 kali.

3. Memaafkan semua kesalahan orang kepada diri kita.

Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man

𔘓 ↬ @doktortarbiah
MALAM MUSTAJAB DOA
& AMALAN DI BULAN REJAB

Malam ini malam pertama bulan Rejab; malam mustajab doa... sama-sama kita rebut peluang keeemasan ini untuk berdoa...
Semoga Allah kurniakan yang baik2 sahaja untuk kita dunia & akhirat.

Antara amalan yang sebaiknya dilakukan oleh umat Islam pada bulan Rejab adalah:
1. Puasa
2. Istighfar
3. Sedekah
4. Berdoa, Berselawat dan Berzikir

Doa yang biasa Nabi Muhammad SAW amalkan di bulan Rejab.

أللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبَ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَان

Ertinya: "Ya Allah, berkahilah umur kami di bulan Rejab dan Syaban serta pertemukanlah kami sampai bulan Ramadan".

Tingkatkan cinta pada Nabi,
moga beroleh cinta Ilahi

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞
۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞
۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞
𔘓 ↬ @doktortarbiah
🌹Jom selawat!🌹

۞ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

𔘓 ↬ @doktortarbiah
🌹Zikir Hari Khamis🌹:

سُبْحَانَ ٱللَّهِ وَبِحَمْدِهِ
سُبْحَانَ ٱللَّهِ ٱلعَظِيمِ

Maksudnya : Maha Suci Allah dengan kepujianNya, Maha Suci Allah yang Maha Agung.

Fadhilatnya : Diampunkan dosa kita walau sebanyak buih di lautan atau pasir di Bumi Allah.

𔘓 ↬ @doktortarbiah
2024/09/23 06:34:01
Back to Top
HTML Embed Code: