Telegram Web Link
Perbezaan Bala' dan Ibtila'

وفي الفرق بين البلاء والابتلاء ، يقول الشيخ محمد النبهان : « الفرق بين البلاء والابتلاء هو أن الأول : اسم المنتقم ، والثاني : اسم المحب : إذا أحب الله عبداً ابتلاه » (16)

Syaikh Muhammad An Nubhani berkata, perbezaan antara bala' dan ibtila' (adalah); istilah pertama (bala) dari nama Al Muntaqim (yang membalas dendam) dan istilah kedua (ibtila') dari nama Al-Muhib (sang pencinta). (Sabda Rasulullah saw) : 'apabila Allah mencintai seseorang, Allah akan memberi ibtila' (memberi ujian untuk kenaikan darjat) terhadap orang itu"

Catatan penterjemah : walaupun konotasi bala' itu negatif dan ibtila' itu bermakna positif dalam konteks kata-kata di atas, tetapi adakalanya juga bala' itu diertikan dengan ibtila'. Tergantung kepada konteks penutur.

@doktortarbiah
ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

𝘽𝙀𝙍𝙆𝙊𝙉𝙂𝙎𝙄 𝘿𝘼𝙇𝘼𝙈 𝘿𝙊𝙎𝘼

Niat tidak pada tempatnya, kalau seseorang mahu menjaga hati orang supaya tidak merajuk, supaya tidak putus silaturahim pada perkara yang mungkar, yang batil.

Orang mengumpat, kita dengar keburukan orang kita tahu benda ni tak elok. Katanya kalau kita bangkit nanti dia merajuk, dia marah, aku nak jaga hati orang ini.

Ya menggembirakan hati orang pahala sedekah. Memasukkan gembira ke dalam hati orang beriman itu sedekah.

Katanya, "Aku nak masukkan gembira dalam hati saudara aku yang mengumpat."

Berkongsi dalam dosa. Dalam hal ini tidaklah boleh dijadikan niat yang baik pada tempat yang tidak baik.

Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid

@doktortarbiah
SUKAR TINGGAL MAKSIAT.

Ramai dari pemuda yang mengadu bawa mereka sukar untuk benar bertaubat daripada dosa dosa mereka dan maksiat, terkadang ia bertaubat dan kembali semula, maka apakah cara taubat yang sebenar?

Jawab Al Allamah Al Habib Umar bin Hafidz,

Pertama Jangan engkau tidak bertaubat walaupun engkau telah melakukan dosa itu sebanyak 100 kali pun.

Jangan lupa bahawa Tuhanmu sentiasa memerhatikanmu, jika engkau mempunyai kejujuran dalam bertaubat walaupun engkau ulang bertaubat kali kedua dan ketiga maka Allah akan melihat dari kejujuran engkau dalam bertaubat lalu Dialah yang akan melenyapkan maksiat itu dari engkau dalam sehari, sebulan, setelah 2 bulan, semua itu bergantung kepada kejujuranmu dalam mahu bertaubat,maka dialah akan bantu melenyapkan maksiat itu dari engkau.

Tetapi engkau juga jangan putus dari melakukan solat, jangan engkau membenarkan musuh engkau (syaitan) dengan engkau berkata,

"Tiada faedah aku jika solat, dan lebih baik aku teruskan kejahatan ini."

Tidak!! Jangan sesekali katakan! Kerana ini akan membuat nafsumu tertawakanmu dan syaitan akan cuba untuk memutuskan hubungan engkau dengan Allah.

Menyesal lah dan kembali kepadanya seraya berkata,

"Ya Allah Tuhanku berhentikan lah aku dari maksiat ini agar tidak kembali lagi."

Jika maksiat itu kembali semula kembali pada Allah semula dan menyesal serta katakan,

"Aku tidak akan kembali dan aku betekad."

Maka apabila Allah melihat kejujuran engkau dalam bertaubat kali kedua atau kali ketiga atau keempat atau kelima ataupun lebih dari itu atau seminggu ataupun 2 minggu kecuali Allah akan merahmati engkau dan akan kuatkan engkau dan lenyapkan engkau dari maksiat itu bila bila masa dengan kehendaknya.

Cuma jangan putus dari solat dan lupa dari bertaubat,

وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَن يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَىٰ مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ)
Orang orang yang apabila telah melakukan keji atau berlaku zalim pada diri sendiri lalu mengingati Allah meminta ampun bagi dosa dosa mereka, dan siapakah yang mengampunkan dosa dosa kecuali Allah, dan mereka tidak melakukan perbuatan keji itu sedangkan mereka mengetahui.

Kemudian hindarilah dari tempat atau kawan kawan dan juga alat yang mendekatkan engkau kepada maksiat dan jauhi darinya seperti,

-orang yang dekatkan engkau maksiat
-tempat maksiat
-handphone

Maka jangan engkau lupa bertaubat walaupun engkau terjatuh lagi didalam kancah maksiat dan dosa.

Dan rajin rajinlah berkawan dengan orang soleh, perbanyakkan zikir kerana itu akan beri kesan kepada engkau nanti.

Dan daripada zikir yang manfaat untuk elak maksiat,

( هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ ) تقرأها ولو عشر مرات في اليوم
Baca sebanyak 10 kali sehari

( رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي* وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي ) 100 مرة في اليوم.
Sebanyak 100 kali sehari

وبالله التوفيق.

Semoga kita semua mendapat taufik dan hidayah Allah.

Kredit : Syaniza assyafie

@doktortarbiah
🌹Jom selawat!🌹

۞ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

@doktortarbiah
🌹Zikir Hari Khamis🌹:

سُبْحَانَ ٱللَّهِ وَبِحَمْدِهِ
سُبْحَانَ ٱللَّهِ ٱلعَظِيمِ

Maksudnya : Maha Suci Allah dengan kepujianNya, Maha Suci Allah yang Maha Agung.

Fadhilatnya : Diampunkan dosa kita walau sebanyak buih di lautan atau pasir di Bumi Allah.

@doktortarbiah
SIRAH ISLAM

Taubat Ahli Maksiat

√ Ali bin Asadi terkenal sebagai seorang perompak jalanan atau lanun padang pasir. Merompak dan menyakiti orang sudah menjadi rencah kehidupannya. Namanya begitu 'tersohor' sehingga dia merupakan orang yang paling diburu di Madinah. Ada habuan besar dijanjikan bagi mereka yang dapat menangkap Ali bin Asadi.

√ Pada suatu hari, dalam perjalanannya untuk merompak, dia terdengar seseorang membaca ayat ke-53 Surah az-Zumar yang menekankan bahawa Allah SWT memberi khabar gembira pintu taubat bagi hamba-Nya yang melampaui batas kerana Dia Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani.

Ali terhenti sejenak dan bermonolog, "Seteruk-teruk aku pun, aku boleh kembali kepada Allah."

√ Dia menangis dan bertaubat dengan seikhlasnya kemudian berangkat menuju Masjid Nabawi. Dia ternampak Abu Hurairah r.a lalu bingkas memeluk Sahabat Nabi SAW ini.

"Aku sudah bertaubat. Aku serik. Aku tidak lagi akan merompak dan menyakiti orang," ujarnya.

√ Perlu diingatkan semula, bahawa Ali bin Asadi pada waktu itu masih lagi 'Most Wanted' di Madinah. Orang sekeliling melihatnya dan mula meluru ke arahnya.

Ali lantas menahan mereka dan berkata, "Kamu semua tidak boleh menyentuh aku kerana Allah telah berfirman 'Kecuali orang-orang yang bertaubat sebelum kamu dapat menangkapnya, (mereka terlepas dari hukuman itu). Maka ketahuilah, bahawasanya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani [Suraj al-Maidah ayat 34].'"

Abu Hurairah lalu berkata, "Sadaqta (Kamu benar)." Beliau mengiyakan Ali.

Abu Hurairah r.a kemudian mengambil tangan Ali dan membawanya berjumpa Marwan ibn Hakim, penguasa Madinah ketika itu.

Abu Hurairah berkata, "Anak muda ini adalah Ali ibn Asadi. Namanya telah ditawarkan habuan bagi yang menangkapnya. Namun dia telah kembali kepada Allah SWT sebelum Allah mengambilnya untuk dihukum. Ampunilah dia kerana tiada siapa mempunyai hak keatasnya lagi."

√ Beginilah rahmahnya Islam. Ia tidak diturunkan untuk menghukum umat. Matlamatnya adalah melindungi masyarakat. Masyarakat berperanan besar dalam mewujudkan suasana rahmah dan saling memaafkan. Janganlah sesekali menyindir apatah lagi mengherdik orang yang telah melampaui batas daripada usaha berbalik untuk kembali kepada Allah.

Yusuf al-Qaradawi pernah berpesan, "Undang-undang saja tidak akan membentuk masyarakat dan tidak membangun umat. Sesungguhnya, yang membentuk masyarakat dan umat adalah tarbiah dan Ilmu pengetahuan kemudian undang-undang yang melindungi."

🐛 @doktortarbiah
Supplicate & supplicate. Do it with utmost fervour during these blessed nights. May the One who created you bless you, protect you, heal you, forgive you, promote you, comfort you & ease all your affairs. He doesn’t need perfect words from you. Just a heartfelt call. Sincerely!

@doktortarbiah
5 Kelebihan Ayat Kursi :

1. Baca saat keluar rumah, maka 70 ribu malaikat akan menjagamu.
2. Baca saat masuk rumah, maka kemiskinan tidak akan masuk kerumahmu.
3. Baca setelah berwudhu, maka darjatmu akan dinaikkan 70 tingkat.
4. Baca saat tidur, maka malaikat akan menjagamu sepanjang malam.
5. Baca setelah solat, maka jarak antara kamu dan syurga hanya kematian.

@doktortarbiah
Prophet Muhammad (ﷺ) said:

"If someone has three daughters and is patient with them and clothes them from his wealth, they will be a shield against the Fire for him."

Al-Adab Al-Mufrad 77 In-book reference : Book 4, Hadith 2

@doktortarbiah
DoktorTarbiah ᰔ pinned «Hampa nk buat quizz tajuk apa?»
Insya Allah malam ni saya Akan buat quizz lagi selepas isyak ye 👌.
DOA ISTIKHARAH

Ya Allah jika ini baik bagiku
Agamaku dan kehidupanku
Juga natijahku selepas ini

Maka tetapkanlah Kau mudahkanlah
Dan berkatilah aku padanya🤲🏻


@doktortarbiah
If you’re feeling down and depressed at the moment, you have to believe that you’ll experience the favours of the Almighty in unexpected and unusual ways. For as long as you trust Him, He will turn your troubles, challenges and hardship in your favour. Bear patience!

- mufti menk

@doktortarbiah
Kita berdakwah dan mengajak orang lain ke arah kebaikan bukan bermakna kita sudah baik atau nak tunjuk baik.

Tapi , itulah usaha kita untuk menjadi baik.

Seperti mana yang diperingatkan oleh Hassan al-Banna :

"Apabila membasuh pinggan kita akan memiliki dua benda:

Pertama pinggan itu bersih.
Kedua tangan kita pun bersih.

Begitu jugalah dalam diri kehidupan kita, takkala kita mengajak orang lain ke arah kebaikan, kita sebenarnnya membersihkan diri kita pada masa yang sama."

(Imam Hassan Al-Banna)

Teruskan berjuang untuk menggapai redha Allah. Moga Allah bagi syurga buat kalian semua.

-motivasi dakwah
#spreaddakwah

@doktortarbiah
Ingat tak,

Masa kita kecil-kecil dulu, masa nak belajar solat. Susah kan sebab kita masih belum pandai lagi.

Kelakarkan?

Tapi, bila dah besar kita dah pandai solat tapi kita sombong kita tak nak solat pula.

Sedihkan?

@doktortarbiah
➪외부에 놔둘 수 있는데 왜 안에 두어야 하는지
oebue nwadul su issneunde wae an-e dueoya haneunji

➪ Why you have to keep it inside when you can let it on the outside

@doktortarbiah
‎اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

‎اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

‎اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Jom Selawat ❤️
sebenarnya kau takkan boleh faham perempuan, bertahun kenal pun memang takkan boleh faham, tapi ada satu kunci untuk buat dia lembut, kau kene sabar melayan perangai dia, manja dia dengan kau takda had, sebabtu lah dia selesa dengan kau.

𔘓 ↬ @doktortarbiah
2024/09/24 02:20:13
Back to Top
HTML Embed Code: