Telegram Web Link
Cameraman pun main peranan. Tunjuk view Sungai Seine dengan helikopter pulak πŸ˜†

Follow πŸ‘‰πŸ» The Reporter untuk info selektif setiap hari.

The Reporter
www.tg-me.com/Covid_19Malaysia
#ReopeningSafely
#EndemikMalaysia
28 Julai 2024
Kedudukan Terkini Pingat Olimpik Paris 2024 setakat jam 4:00 pagi ini! πŸ“Š

Liputan langsung Sukan Olimpik Paris 2024 hanya di @sookamalaysia & @astromalaysia
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, muncul juara Kumpulan D selepas menewaskan pilihan kedua kejohanan dalam perlawanan dari China [ 17-21 , 21-15 , 21-17 ]

Lawan di peringkat suku akhir akan diketahui selepas sesi undian.
COVID-19 MALAYSIA πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡΅πŸ‡Έ
Photo
Lagi kes UPNM selepas Zulfarhan!

'Dia disahkan mati lemas, sedangkan dia dipukul sampai cedera organ dalaman' - Kes buli kedua berlaku selepas kes Zulfarhan?

Minggu lalu, mahkamah memerintah 18 penuntut UPNM membela diri dalam kes kematian Allahyarham Zulfarhan Osman yang dipercayai didera dengan kejam sebelum meninggal dunia. Keputusan mahkamah itu membuatkan ramai pihak berasa lega termasuk ibu bapa dan ahli keluarga mangsa di mana suspek yang terlibat perlu dikenakan tindakan tegas.

Dalam pada itu, timbul pula kes seorang lagi penuntut UPNM. Amirul Nashriq Othman, 19, yang dipercayai juga didera oleh lapan penuntut UPNM. "Bukan satu kes, anak kawan aku pun meninggal di sana. Kena buli di UNM, dah tinggal nyawa-nyawa ikan. "Budak-budak yang buli bawa mangsa kelvar dari kawasan UPNM, bawa pergi berkelah. Kemudian (selepas kejadian mangsa) disahkan mati lemas sedangkan mangsa dipukul sampai mati lemas sedangkan mangsa dipukul sampai cedera organ dalaman.

"Kes ini berlaku selepas kes Zulfarhan ni. Tak sampai dua tahun kes ni. Wakil UPNM datang hantar alatan peribadi anak kawan pun, ada yang cukup dan bukan kepunyaan arwah. "UPNM tak jawab apa pun berkenaan kes kematian itu," kata sumber.

Berdasarkan laporan Berita Harian pada 29 Mei 2018, bapa mangsa, Othman Yusof, 52, mendakwa ananya didera sebelum meninggal dunia berikutan terdapat kecederaan di badan anaknya. Othman turut membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati dengan hasil siasatan polis dan laporan bedah siasat ananya. "Kami sekeluarga tidak berpuas hati kerana autopsi dilakukan tanpa kebenaran saya sebagai waris dan hanya menandatangani surat kebenaran sejurus sampai di Hospital Bentong, Pahang. "Laporan itu amat mencurigakan kerana kesan lebam yang terdapat pada dada anak saya dikatakan berpunca daripada terkena batu semasa lemas.

Sedangkan dua hari sebelum itu arwah sempat menghantar gambar kepada kami menunjukkan kesan lebam akibat dipukul oleh tiga pelajar senior. "Anak saya sebelum ini menunjukkan gambar lebam di dada, dia kata kena pukul di bahagian ulu hati hingga senak bersama seorang lagi rakannya. "Kami suruh beliau balik ke kampung, namun apa yang peliknya dua hari kemudian, arwah bersama rakan lain ke kawasan air terjundan meninggal dunia akibat lemas. Difahamkan, Amirul pergi ke Air Terjun Chamang bersama tujuh rakannya daripada universiti sama.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Yusuf Unis, berkata, siasatan mendapati mangsa lemas ketika mandi bersama rakan-rakannya di air terjun itu. Ketika mandi, mangsa dikatakan tiba-tiba tenggelam dan gagal dikesan sebelum timbul 15 minit kemudian dengan rakan-rakan mangsa cuba menyelamatkannya tetapi tidak berjaya.  Sementara itu, kakak mangsa, Norzulaikha Othman, turut berkongsi mengenai kronologi kejadian itu.

"SUDAH BUAT LAPORAN POLIS NAMUN TIADA TINDAKAN LANJUT”

- Tengku Daeng Magasatwa
Pemburuan pingat pertama kem kebangsaan masih diteruskan! πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ… Tetap bersemangat memberi sokongan penuh kepada atlet-atlet negara kita! Liputan langsung Sukan Olimpik
[Terkini]
Ketua politik pasukan pejuang Palestin Hamas, Ismail Haniyeh dilaporkan dibunuh di ibu negara Iran, Tehran, lapor media antarabangsa sebentar tadi.

Astro Awani
www.tg-me.com/Covid_19Malaysia
#ReopeningSafely
#EndemikMalaysia
31 Julai 2024
Seluruh masjid di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menunaikan solat jenazah ghaib susulan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh dibunuh oleh rejim Zionis.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata, arahan telah dikeluarkan kepada Ketua Pengarah Jakim, Datuk Hakimah Mohd Yusoff dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi), Datuk Mohd Ajib Ismail berhubung perkara itu.

Astro Awani
www.tg-me.com/Covid_19Malaysia
#ReopeningSafely
#EndemikMalaysia
31 Julai 2024
Jenazah Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh akan dibawa ke Doha, Qatar selepas majlis penghormatan terakhir di Tehran yang dijadual pada Khamis sekitar jam 8 pagi waktu tempatan.

Memetik portal Al Jazeera, kumpulan Hamas dalam kenyataan pada Rabu, berkata selepas majlis penghormatan terakhir berlangsung di ibu negara Iran itu, jenazah Ismail kemudian akan dikebumikan di ibu negara Qatar pada Jumaat.

Ismail, 62, dipercayai terkorban dalam serangan peluru berpandu yang disasarkan di sebuah bangunan ketika acara angkat sumpah Presiden Iran yang baharu di Tehran pada awal pagi Rabu, memetik laporan AFP.

Astro Awani
www.tg-me.com/Covid_19Malaysia
#ReopeningSafely
#EndemikMalaysia
31 Julai 2024
Kedudukan Terkini Pingat Olimpik Paris 2024 setakat jam 5:00 pagi ini! πŸ“Š

China pula mendahului!πŸ…

Liputan langsung Sukan Olimpik Paris 2024 hanya di sooka & astro !
2024/09/27 04:23:58
Back to Top
HTML Embed Code: