Telegram Web Link
COVID-19 MALAYSIA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ
Nur Farah Kartini baru sahaja graduate. Pelajar yang pintar, GPA 4.0, di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Sebak lihat posting lama Arwah yang begitu gembira dan teruja menamatkan pelajaran di menara gading. Bakal guru hebat ini tak sempat untukโ€ฆ
Penjawat awam direman tujuh hari bantu siasatan pembunuhan Nur Farah Kartini

Seorang penjawat awam direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah yang ditemukan mati di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus berkata perintah reman terhadap lelaki berusia 26 tahun itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Sesyen Nurul Mardhiah Mohammed Redza bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Berita penuh -- https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php?id=2318019

Bernama
www.tg-me.com/Covid_19Malaysia
#ReopeningSafely
#EndemikMalaysia
16 Julai 2024
'Suspek bunuh Nur Farah kerana diugut mahu dedah hubungan sulit'

Bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, 25, dipercayai dibunuh kerana mengugut untuk mendedahkan hubungan sulitnya kepada isteri suspek.

Menurut Berita Harian Online yang memetik sumber, konflik percintaan antara suspek dan Nur Farah Kartini berlarutan selepas mangsa mendesak suspek supaya berkahwin dengannya.

"Mangsa dipercayai mengugut suspek akan membocorkan hubungan antara mereka kepada isteri suspek."

Berita penuh: https://mk.my/nclGtIR
Tidak perlu muat naik keputusan ujian Covid-19 ke MySejahtera

Berkuatkuasa 15 Julai lalu, keputusan ujian COVID-19 tidak lagi perlu dimuat naik ke aplikasi MySejahtera.

Baca Penuh: https://malaysiagazette.com/2024/07/17/tidak-perlu-muat-naik-keputusan-ujian-covid-19-ke-mysejahtera

Malaysia Gazette
www.tg-me.com/Covid_19Malaysia
#ReopeningSafely
#EndemikMalaysia
17 Julai 2024
Kena komen yang murni-murni dalam siaran langsung parlimen.

Komen jelik akan dicekup SKMM dengan alasan "membendung gejala buli siber yang berleluasa dalam kalangan masyarakat".

Soalannya ialah siapa yang kena buli siber dalam siaran parlimen?

Menteri atau ahli parlimen yang kena buli dengan netizens?
Ye ke? Tapi lelaki sekali masak, isteri berseleraaa ๐Ÿคฃ

Foto: FB AhmadFaizVolvoKlasik
Kes Covid Malaysia
Kes Baharu 2,833
7 July - 13 July, 2024
Kes Covid Malaysia
Kes Baharu 1,984
14 July - 20 July, 2024
๐Ÿ’ข KESAN DIABETES PADA BADAN ๐Ÿ’ข

โš ๏ธ Stroke

โš ๏ธ Serangan jantung

โš ๏ธ Buah pinggang gagal berfungsi

โš ๏ธ Kebas atau hilang deria rasa di kaki dan tangan

โš ๏ธ Mati pucuk

โš ๏ธKencing tidak lawas

โš ๏ธ Luka lambat sembuh

โš ๏ธ Penglihatan kabur

โš ๏ธ Ketarak

โš ๏ธ Pendarahan dalam mata
PENERBANGAN TERPANJANG DUNIA.

Pada masa ini, Singapore Airlines mengendalikan penerbangan tanpa henti terpanjang di dunia, iaitu laluan antara Lapangan Terbang Changi di Singapura dan Lapangan Terbang Antarabangsa JFK di New York, Amerika Syarikat. Untuk penerbangan tanpa henti, Singapore Airlines menggunakan Airbus A350-900ULR yang direka khusus untuk perjalanan ultra-jauh.

Jarak pengiraan penerbangan Singapura ke New York ialah 15,349km (9,537bt) berjumlah hampir 19 jam penerbangan tanpa henti. Penerbangan itu memerlukan perancangan rapi oleh juruterbang, termasuk pengurusan bahan api yang tepat, keadaan cuaca dan rehat anak kapal untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan penumpang.

Bayangkan diri anda dalam penerbangan ini.
โšก๏ธโšก๏ธโšก๏ธโšก๏ธโšก๏ธโšก๏ธ

Kematian Zulfarhan: Enam bekas penuntut UPNM bersalah, dihukum gantung sampai mati.

Baca Penuh: https://www.buletintv3.my/mahkamah/kematian-zulfarhan-6-bekas-penuntut-upnm-dihukum-gantung-sampai-mati/

TV Pertiwi
www.tg-me.com/Covid_19Malaysia
#ReopeningSafely
#EndemikMalaysia
23 Julai 2024
COVID-19 MALAYSIA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ
โšก๏ธโšก๏ธโšก๏ธโšก๏ธโšก๏ธโšก๏ธ Kematian Zulfarhan: Enam bekas penuntut UPNM bersalah, dihukum gantung sampai mati. Baca Penuh: https://www.buletintv3.my/mahkamah/kematian-zulfarhan-6-bekas-penuntut-upnm-dihukum-gantung-sampai-mati/ TV Pertiwi www.tg-me.com/Covid_19Malaysia #ReopeningSafelyโ€ฆ
Berikut kronologi kes kematian Zulfarhan :

21 Mei 2017
Zulfarhan disoal siasat berhubung kehilangan komputer riba sebelum dibelasah beramai-ramai menggunakan seterika wap, tali pinggang, getah paip dan penyangkut baju.

27 Mei 2017
Mangsa dibawa ke sebuah klinik swasta di Bandar Baru Bangi dan dibenarkan pulang.

31 Mei 2017
Mangsa dihantar ke sebuah kondominium di Bangi untuk berehat oleh dua pelajar UPNM.

1 Jun 2017
Saksi melihat Zulfarhan kaku sebelum dibawa ke Hospital Serdang dan disahkan meninggal dunia.

2 Jun 2017
Jenazah Zulfarhan diserahkan kepada keluarga dan dikebumikan di Johor.

14 Jun 2017
Enam penuntut UPNM dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh dan bersubahat membunuh Zulfarhan Osman Zulkarnain.

12 November 2017
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan pendakwaan untuk menggabungkan perbicaraan 19 penuntut UPNM yang didakwa membunuh, subahat bunuh dan mencederakan Zulfarhan.

29 Januari 2018
Perbicaraan bermula. Pihak pendakwaan memanggil 31 saksi memberi keterangan antaranya Pakar Perubatan Forensik Hospital Serdang, Dr. Salmah Arshad.

31 Julai 2019
18 penuntut UPNM dipanggil membela diri terhadap pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Zulfarhan.

Seorang lagi, Muhammad Akmal Akif Alias dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan mencederakan mangsa.

2 Oktober 2019
Kes pembelaan bermula. Seramai 20 saksi termasuk Ketua Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sungai Buloh, Dr. Rohayu Shahar Adnan memberi keterangan.

8 April 2021
Pembelaan menutup kes.

29 dan 30 September 2021
Penghujahan akhir kes pembelaan

2 November 2021
Keputusan akhir kes pembelaan.
2024/11/17 11:46:37
Back to Top
HTML Embed Code: