Telegram Web Link
PERTUSSIS (BATUK KOKOL)

๐Ÿ”ธ Batuk kokol adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria Bordetella Pertussis.

๐Ÿ”ธ Bakteria ini menjangkiti mulut, hidung dan tekak dan tersebar melalui udara ketika pesakit bersin atau batuk.

๐Ÿ”ธ Bayi, kanak-kanak, golongan rentan dan rendah imuniti berisiko tinggi untuk dijangkiti.

๐Ÿ”ธ Gejala Pertussis adalah batuk selama 1 hingga 2 minggu dan boleh berlarutan sehingga 2 bulan.

TINDAKAN PENCEGAHAN

๐Ÿ”น Individu bergejala perlu mengamalkan etika batuk dan bersin dengan menutup mulut
dan mencuci tangan bagi mencegah penularan penyakit kepada individu lain.

๐Ÿ”น Pastikan bayi dan kanak - kanak lengkap suntikan vaksin Pertussis (kini diberikan pada umur 2, 3, 5 dan 18 bulan dalam bentuk vaksin kombinasi 6 serangkai).

๐Ÿ”น Dapatkan rawatan segera jika mengalami gejala Pertussis.
COVID-19 MALAYSIA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ
Gimik sambutan Maal Hijrah peringkat Malaysia Madani
PENJELASAN MENGENAI KONSEP PERSEMBAHAN KHAS SEMPENA SAMBUTAN MA'AL HIJRAH PERINGKAT KEBANGSAAN 1446H/2024M

1. Persembahan khas yang ditampilkan sempena Sambutan Maโ€™al Hijrah Peringkat Kebangsaan 1446H/2024M memberi penekanan mengenai Tafsir Ilmi Kejadian Langit & Bumi yang membawa maksud tafsir yang membincangkan tentang perkara-perkara saintifik dan ilmiah di dalam metafora ayat-ayat al-Quran. Menyelusuri perjalanan Tafsir Ilmi merupakan perjuangan untuk memfokuskan seluruh pancaindera mengakui keagungan Ilahi berlandaskan Al-Quran.

2. Konsep persembahan turut menunjukkan keindahan cakerawala yang dihiasi dengan galaksi dan sistem suria yang merupakan fenomena alam semesta yang menakjubkan. Sesungguhnya kewujudan ini membuktikan tanda kekuasaan dan kebijaksanaan Allah SWT sebagai Maha Pencipta. Eksplorasi ini dapat mengacu akal pada batas pengetahuan, minat dan pengalaman sebagai inspirasi untuk menjelajahi kehidupan dan meningkatkan keimananan dalam diri.

3. Tindakan untuk mengkaji dan berfikir tentang penciptaan langit dan bumi dan proses-proses yang berkaitan dengannya tidak dapat dipisahkan daripada sains dengan menggunakan pendekatan yang saintifik, sebagaimana yang telah dilakukan oleh saintis Muslim sebelum ini. Al-Quran mendorong umat Islam untuk banyak mengkaji dan hal ini banyak berkait dengan penerokaan ilmu terutama dalam bidang sains tambahan pula kita berada di zaman revolusi 4.0 @ IR4.0, dengan ledakan automasi, digital dan fizikal siber kini menguasai manusia. Sains telah banyak memberikan sumbangan bermakna kepada peradaban manusia. Dan sudah tentu umat Islam merupakan peledak kepada ilmu sains moden yang berkembang hingga ke hari ini.

4. Konsep persembahan turut membawa peringatan bahawa dalam penciptaan langit dan bumi, manusia adakalanya sering terlupa akan kekuasaan zat Allah SWT sebagai penakluk semesta. Kealpaan manusia mengejar arus modenisasi menjadikan adakalanya menjadi manusia khilaf akan batasan akal dan hukum alam.

5. Tuntasnya, sebagai khalifah di muka bumi ini, adalah menjadi kewajiban kita untuk melestarikan alam sekitar dan menguruskan khazanah yang diamanahkan oleh Allah SWT. Sains dan teknologi bukanlah musuh peradaban tetapi medium keharmonian jika disantuni dengan bijaksana. Konsep persembahan juga menunjukkan bahawa kemajuan perlulah berlandaskan Al-Quran yang mana kemajuan yang tidak dilengkapi nilai agama akan menimbulkan kehancuran dan kemusnahan kepada alam.

6. Pergerakan tari yang dipersembahkan pula adalah mengambil influens dari seni mempertahankan diri seperti silat, pergerakan kemudiannya dikreasikan mengikut lirik lagu menggambarkan kejayaan. Dalam menuju arus kemodenan, jati diri tetap tidak dilupakan sebagai bekalan menghadapi cabaran semasa.
Pi program parti pun pakai heli JPM, ni dia tatakelola madani !! Ha3
Anwar ingatkan pemimpin masyarakat cela,cerca kerajaan tidak selesai masalah

Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pemimpin masyarakat tidak terus mencela kerajaan berhubung sedikit kelemahan dalam sistem penyampaian kepada rakyat.

Perdana Menteri berkata segala isu yang dibangkitkan perlu dibawa kepada pengetahuan kerajaan agar ia mampu diselesaikan secara rundingan.

โ€œSaya turut menegur segelintir pemimpin masyarakat yang bertindak mencela kerajaan secara semberono hanya kerana beberapa kelemahan kecil dalam pelaksanaan beberapa inisiatif kerajaan.

โ€œSaya gesa pemimpin masyarakat ini untuk membawa apa jua perkara di peringkat akar umbi untuk perhatian kerajaan supaya ia dirunding dan diselesaikan. Ketimbang celaan dan cercaan semata-mata tidak mungkin membantu merungkai masalah.

โ€œSaya mohon untuk rakyat tidak terpengaruh dengan sentimen kebencian dan perpecahan yang sedang dimainkan pembangkang jika mahu memastikan Malaysia tidak terperangkap dalam fanatik perkauman dan agama,โ€ katanya.

FB Anwar Ibrahim
Tun Mahathir sambut hari lahir ke-99 hari ini

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut hari lahir yang ke-99 hari ini.

Dr Mahathir dilahirkan pada 10 Julai 1925 (tarikh kelahiran rasminya direkodkan pada 20 Disember 1925) di Kampung Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.

Sementara isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali pula akan menyambut hari lahir ke-98 tahun pada 12 Julai ini.

Astro Awani
www.tg-me.com/Covid_19Malaysia
#ReopeningSafely
#EndemikMalaysia
10 Julai 2024
Khianat demokrasi. Madani sayang katak ketat-ketat.

Muaks. Kiss kiss kiss kiss kiss kiss.

Bawa usul ke parlimen untuk mansuhkan Akta anti-lompat saja sebab sudah tidak bermakna.
Analisis Pilihanraya Kecil Sungai Bakap

Jom tengok beberapa angka bagi memahami apa yang berlaku dalam PRK Sungai Bakap.


Daerah mengundi: 8
PN Menang: 7
PH Menang: 1

Saluran 1: 9
PN Menang: 4/9
PH Menang: 5/9

Saluran anak muda: 9
PN Menang: 9/9
PH Menang: 0/9

Ketika PRN calon PH mendapat 13,870 undi tetapi ketika PRK hanya mendapat 10,222 undi. Penurun sebanyak 26%. Ini bermakna 1 daripada 4 pengundi PHUMNO tidak mengundi Calon PHUMNO.

Calon PN menerima undi 52.7% ketika PRN dan meningkat kepada 58.6% ketika PRK.

Pengundi Melayu: Sokongan pengundi melayu kepada PN semakin mengukuh dan bertambah. Ketika PRK 87% menyokong PN dan hanya 13% menyokong PHUMNO.

Terdapat beberapa saluran 1 (Pengundi tegar UMNO) yang dahulunya PN kalah semua, kini sudah ada yang dimenangi oleh PN. Ini membuktikan orang UMNO dibawah sudah mula hilang kepercayaan kepada UMNO dan mengundi PN.

Dato Seri Reezal Merican yang berkampung di UDM Sungai Duri iaitu kubu kuat UMNO, dan memujuk orang UMNO untuk keluar dan mengundi PH gagal kerana orang UMNO masih kekal dengan keputusan No Anwar, No DAP. Calon PH kalah teruk di UDM tersebut dengan majoriti 2,056.

Vote transferability dari UMNO ke PH tidak berlaku sebaliknya dari UMNO ke PN sudah mula berlaku dan dijangka akan terus berlaku sehingga UMNO hanya tinggal pengikut Zahid Hamidi sahaja.

Isu tempatan seperti isu air, isu infrastruktur dan rakyat Sungai Bakap yang dianaktirikan oleh Kerajaan Negeri menyebabkan PHUMNO semakin ditolak oleh pengundi Melayu.

Pengundi Anak Muda: Sokongan pengundi anak muda juga semakin mengukuh dengan 70% menyokong PN dan hanya 30% menyokong PH.

Walaupun peratusan keluar mengundi mereka berkurangan kerana faktor berkerja. Ramai anak muda Sungai Bakap berkerja kilang dan mereka kerja shift termasuk pada hari sabtu. Namun ini tidak menjejaskan keseluruhan sokongan kepada calon PN.

Bayangkan mereka diberi kebenaran bercuti atau keluar mengundi? Mahu hilang deposit calon PH.

Pengundi Cina: Pada PRU15, 100% pengundi cina sokong PH. Namun dalam PRK Sungai Bakap sudah ada swing 5% kepada PN. Tapi peratusan keluar mengundi pengundi cina kali ini jatuh dari 70% ketika PRU15 kepada hanya 45% ketika PRK Sungai Bakap.

Ini menunjukkan terdapat protes kepada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat, terutamanya kerana gagal menunaikan janji pilihanraya, kenaikan kos sara hidup dan kenaikan harga diesel.

Pengundi India: Sokongan pengundi India kepada PH berkurangan antara 15%-20% kerana protes isu SJKT yang terbengkalai. Selain itu program mesra pengundi seperti perlawanan Kabaddi oleh MB Sanusi menarik sokongan pengundi India.

Vote transferability pengundi India kepada PN berlaku pada kadar 15%-20%.

Sebagai rumusan, PN bukan menang hanya kerana pengundi cina protes, tetapi berlaku peningkatan undi dari pengundi Melayu, Cina dan India kepada PN. Jika trend ini berterusan dan merebak ke seluruh negara, PRU16 bakal menyaksikan pertambahan negeri yang bakal dikuasai oleh PN dan juga Kerajaan Pusat.

Kalau Walanon tak percaya, suruh PMX bubar parlimen sekarang. ๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Salam Hormat,
Nurul Islam Mohamed Yusoff
๐Ÿ‡ช๐Ÿ‡ธ Spain ๐Ÿ†š England ๐Ÿด๓ ง๓ ข๓ ฅ๓ ฎ๓ ง๓ ฟ

Berlin. Sunday.

#EURO2024
Bapa tiri didakwa masuk jari dalam dubur anak 6 tahun

Tertuduh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Melaka hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak tiri lelakinya berusia enam tahun dengan cara memasukkan jari ke dalam lubang dubur mangsa

Baca Penuh: https://malaysiagazette.com/2024/07/11/bapa-tiri-didakwa-masuk-jari-dalam-dubur-anak-6-tahun

Malaysia Gazette
www.tg-me.com/Covid_19Malaysia
#ReopeningSafely
#EndemikMalaysia
11 Julai 2024
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Al-Jazeera telah menerbitkan rakaman eksklusif yang menunjukkan detik pesawat perang Israel mengebom pintu masuk sekolah Al-Awda di bandar Abasan al-Kabira, di mana orang awam yang tidak berdosa yang dipindahkan sedang mencari perlindungan.

Serangan itu membunuh sekurang-kurangnya 30 rakyat Palestin dan mencederakan berpuluh-puluh lagi, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

Sumber: Al-Jazeera
www.tg-me.com/duniapalestin
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Penyasaran semula subsidi RON95 akan guna data PADU sepenuhnya.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, apa sahaja bentuk dasar yang melibatkan penyasaran semula subsidi RON95 akan menggunakan data PADU.

Sinar Harian
www.tg-me.com/Covid_19Malaysia
#ReopeningSafely
#EndemikMalaysia
11 Julai 2024
Pengumuman penyasaran subsidi dibuat tiba-tiba elak peniaga naik harga barang

Sebab itu, keputusan kerajaan adalah lebih baik dibuat apabila semuanya diselesaikan, untuk mengurangkan risiko kenaikan harga yang berkali-ali.

Baca Penuh: https://malaysiagazette.com/2024/07/11/pengumuman-penyasaran-subsidi-dibuat-tiba-tiba-elak-peniaga-naik-harga-barang

Malaysia Gazette
www.tg-me.com/Covid_19Malaysia
#ReopeningSafely
#EndemikMalaysia
11 Julai 2024
Makan keropok beracun, mangsa kedua meninggal dunia

Adik Muhammad Luth Syauqi yang termakan makanan ringan didakwa bercampur racun tikus meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang hari ini.

Pemergian Muhammad Luth, 2, yang mengiringi abangnya, Muhammad Akil Syauqi, 3, disahkan ibunya Nurain Hasnorizal, 25, selepas melawat di wad.

"Luth sudah meninggal dunia kira-kira jam 1.24 tengah hari tadi, hilang sudah kesakitannya.

"Jenazahnya dijangka dikebumikan di Kampung Banggol Berangan, Labu Besar, Kedah berhampiran pusara abangnya," katanya.

Dua beradik itu meninggal dunia selepas disyaki termakan makanan ringan bercampur racun tikus dalam kejadian di Labu Besar, Kulim, Kedah, Ahad lalu.

Sumber: Harian Metro
Jakim lapor MCMC hantaran Tiktok papar bacaan Qunut Nazilah doakan musibah ke atas PM

Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung hantaran sebuah akaun Tik Tok yang menyertakan bacaan Qunut Nazilah sambil mengajak orang ramai mendoakan musibah ke atas Perdana Menteri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata Jakim menyerahkan kepada MCMC untuk menyiasat dan mengambil tindakan ke atas akaun itu.

"Kita akan minta SKMM menilai kandungan berkenaan dan terpulang kepada pihak berkuasa itu mengambil tindakan selanjutnya," katanya pada sidang media selepas merasmikan program Jelajah Madani Ulama dan Umara Peringkat Zon Utara di sini hari ini.

Astro Awani
www.tg-me.com/Covid_19Malaysia
#ReopeningSafely
#EndemikMalaysia
13 Julai 2024
Innalillahi wa inna ilaihi raji'un

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga arwah adik Muhammad Akil Syauqi & Muhammad Luth Syauqi. Tenang dan bergembiralah kamu di alam sana yang lebih kekal abadi. InshaAllah, ibu kamu pasti akan datang kembali mendakap kamu berdua seerat-eratnya di sana nanti. Al-Fatihah

"Berulang kali saya menyapu air mata yang mengalir di pipi Luth... saya bayangkan Akil sedang menarik tangan Luth ke syurga." - Ibu arwah adik Akil & Luth
Ada yang marah kerajaan laksanakan penyasaran subsidi diesel, kita tidak boleh elak.

Tidak ada yang berani nak laksanakan penyasaran subsidi, saya bukan berani sangat tapi tidak ada pilihan. - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Malaysia Gazette
www.tg-me.com/Covid_19Malaysia
#ReopeningSafely
#EndemikMalaysia
14 Julai 2024
"Runding baik-baik, saya wakil saudara, runding baik-baik.

โ€œKalau maki hamun tidak dapat (apa-apa) (kerana) lagi kuat kamu maki lagi menyampah saya nak layan.

https://www.malaysiakini.com/news/711856
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Insiden tembakan Malaysia Simpati Nasib Donald Trump

Malaysia mengecam serangan ke atas Trump.


Pada masa sama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menzahirkan simpati terhadap bekas Presiden Amerika Syarikat itu yang menjadi sasaran serangan.
Isu Stoking kalimah Allah: Pengasas dan Pengerusi KK Mart dilepas dan dibebaskan

Shah Alam: Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Mart, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan dan isteri, Datin Seri Loh Siew Mui dilepas dan dibebaskan (DNA) oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu penjualan stoking tertera kalimah Allah.

Selain itu, tiga pengarah syarikat pembekal stoking berkenaan, Xin Jian Chang Sdn Bhd turut mendapat perintah DNA selepas pendakwaan tidak mahu meneruskan pertuduhan ke atas lima individu berkenaan.

Untuk rekod, dua syarikat dan lima individu ini mengemukakan representasi pada 17 Mei lalu kepada Jabatan Peguam Negara untuk menggugurkan kes berkenaan.

Pada 26 Mac lalu, Chai dan Loh yang juga Pengarah KK Super Mart & Superstore mengaku tidak bersalah atas masing-masing satu pertuduhan, sengaja melukakan perasaan orang Islam dengan mempamerkan stoking tertera kalimah Allah di rak pameran jualan, yang telah dilihat oleh seorang lelaki berusia 32 tahun.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Bandar Sunway pada jam 6.30 pagi 13 Mac lalu, mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau dengan kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Khai yang juga mewakili syarikatnya KK Supermart & Superstore turut didakwa atas pertuduhan sama.

Sementara itu, syarikat pembekal yang mengedar barangan kepada KK Super Mart iaitu Xin Jian Chang Sdn Bhd bersama tiga pengarahnya, didakwa atas masing-masing satu pertuduhan bersubahat melukakan perasaan orang Islam dalam isu berkaitan stoking tertera kalimah Allah pada tempat, waktu dan tarikh yang sama.

Pembekal itu ialah tiga beranak, suami, Soh Chin Huat, 61; isterinya, Goh Li Huay, 62; dan anak mereka, Soh Hui San, 36.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 298 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
2024/11/15 17:39:29
Back to Top
HTML Embed Code: