Telegram Web Link
KEPUTUSAN RASMI
PRK N.20 SUNGAI BAKAP
PN diisytiharkan berjaya mempertahankan DUN Sungai Bakap melalui Abidin Ismail yang memperoleh majoriti lebih besar iaitu 4,267 undi.

Abidin yang juga Naib Yang Dipertua PAS Nibong Tebal berjaya meraih 14,489 undi, manakala pencabarnya Joohari Ariffin memperolehi 10,222 undi.

Keputusan rasmi itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Khairulnizam Hashim di Dewan Serbaguna Jawi, malam ini.

Berita penuh: https://www.malaysiakini.com/news/711099
Ahli parlimen DAP kecewa tetamu cina bersorak PH kalah di Sungai Bakap

Ahli Parlimen DAP kecewa selepas tetamu yang kebanyakannya dari kaum Cina malam tadi bersorak dengan kekalahan Pakatan Harapan (PH) di Sungai Bakap.

Lim Lip Eng mendakwa tetamu yang hadir ke majlis jamuan makan malam yang diadakan di Selayang, Selangor itu bertepuk tangan dengan kekalahan PH.

β€œBankuet malam tadi dengan kehadiran ribuan orang, saya mengumumkan keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap, hadirin bertepuk tangan,” katanya.

PRK Sungai Bakap menyaksikan kemenangan calon Perikatan Nasional, Abidin Ismail dengan majoriti 4,267 undi menewaskan calon PH, Dr Joohari Ariffin.

Sumber: FB Lim Lip Eng
Dr Akmal salahkan Raja Formula 'bahlul' tewas di Sungai Bakap

Ketua Pemuda UMNO mengucapkan tahniah kepada pengundi Sungai Bakap kerana membuat pilihan tepat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) semalam.

Dr Akmal Saleh membayangkan kekalahan Pakatan Harapan (PH) berpunca daripada Rafizi Ramli walau tidak menyebut nama Menteri Ekonomi itu secara langsung.

β€œFormula bahlul dan bodoh dari raja formula sudah mendatangkan hasil di Sungai Bakap. Tahniah rakyat Sungai Bakap.

β€œPemimpin jangan sombong dengan rakyat,” katanya dipercayai merujuk video tular kempen Rafizi di Sungai Bakap.

Rafizi menerusi video tular di media sosial mendakwa semua formula yang pernah dibangkitkan sedang diaplikasikan oleh kerajaan campuran.

Sumber: FB Akmal Saleh
Kes Covid Malaysia
Kes Baharu 3,670
30 June - 6 July, 2024
Kes positif covid-19 tidak perlu lapor dalam Mysejahtera
COVID-19 MALAYSIA πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡΅πŸ‡Έ
Photo
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beri jaminan akan ambil tindakan disiplin jika menteri atau agensi kerajaan guna jentera kerajaan semasa kempen pilihan raya.
PERTUSSIS (BATUK KOKOL)

πŸ”Έ Batuk kokol adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria Bordetella Pertussis.

πŸ”Έ Bakteria ini menjangkiti mulut, hidung dan tekak dan tersebar melalui udara ketika pesakit bersin atau batuk.

πŸ”Έ Bayi, kanak-kanak, golongan rentan dan rendah imuniti berisiko tinggi untuk dijangkiti.

πŸ”Έ Gejala Pertussis adalah batuk selama 1 hingga 2 minggu dan boleh berlarutan sehingga 2 bulan.

TINDAKAN PENCEGAHAN

πŸ”Ή Individu bergejala perlu mengamalkan etika batuk dan bersin dengan menutup mulut
dan mencuci tangan bagi mencegah penularan penyakit kepada individu lain.

πŸ”Ή Pastikan bayi dan kanak - kanak lengkap suntikan vaksin Pertussis (kini diberikan pada umur 2, 3, 5 dan 18 bulan dalam bentuk vaksin kombinasi 6 serangkai).

πŸ”Ή Dapatkan rawatan segera jika mengalami gejala Pertussis.
COVID-19 MALAYSIA πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡΅πŸ‡Έ
Gimik sambutan Maal Hijrah peringkat Malaysia Madani
PENJELASAN MENGENAI KONSEP PERSEMBAHAN KHAS SEMPENA SAMBUTAN MA'AL HIJRAH PERINGKAT KEBANGSAAN 1446H/2024M

1. Persembahan khas yang ditampilkan sempena Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan 1446H/2024M memberi penekanan mengenai Tafsir Ilmi Kejadian Langit & Bumi yang membawa maksud tafsir yang membincangkan tentang perkara-perkara saintifik dan ilmiah di dalam metafora ayat-ayat al-Quran. Menyelusuri perjalanan Tafsir Ilmi merupakan perjuangan untuk memfokuskan seluruh pancaindera mengakui keagungan Ilahi berlandaskan Al-Quran.

2. Konsep persembahan turut menunjukkan keindahan cakerawala yang dihiasi dengan galaksi dan sistem suria yang merupakan fenomena alam semesta yang menakjubkan. Sesungguhnya kewujudan ini membuktikan tanda kekuasaan dan kebijaksanaan Allah SWT sebagai Maha Pencipta. Eksplorasi ini dapat mengacu akal pada batas pengetahuan, minat dan pengalaman sebagai inspirasi untuk menjelajahi kehidupan dan meningkatkan keimananan dalam diri.

3. Tindakan untuk mengkaji dan berfikir tentang penciptaan langit dan bumi dan proses-proses yang berkaitan dengannya tidak dapat dipisahkan daripada sains dengan menggunakan pendekatan yang saintifik, sebagaimana yang telah dilakukan oleh saintis Muslim sebelum ini. Al-Quran mendorong umat Islam untuk banyak mengkaji dan hal ini banyak berkait dengan penerokaan ilmu terutama dalam bidang sains tambahan pula kita berada di zaman revolusi 4.0 @ IR4.0, dengan ledakan automasi, digital dan fizikal siber kini menguasai manusia. Sains telah banyak memberikan sumbangan bermakna kepada peradaban manusia. Dan sudah tentu umat Islam merupakan peledak kepada ilmu sains moden yang berkembang hingga ke hari ini.

4. Konsep persembahan turut membawa peringatan bahawa dalam penciptaan langit dan bumi, manusia adakalanya sering terlupa akan kekuasaan zat Allah SWT sebagai penakluk semesta. Kealpaan manusia mengejar arus modenisasi menjadikan adakalanya menjadi manusia khilaf akan batasan akal dan hukum alam.

5. Tuntasnya, sebagai khalifah di muka bumi ini, adalah menjadi kewajiban kita untuk melestarikan alam sekitar dan menguruskan khazanah yang diamanahkan oleh Allah SWT. Sains dan teknologi bukanlah musuh peradaban tetapi medium keharmonian jika disantuni dengan bijaksana. Konsep persembahan juga menunjukkan bahawa kemajuan perlulah berlandaskan Al-Quran yang mana kemajuan yang tidak dilengkapi nilai agama akan menimbulkan kehancuran dan kemusnahan kepada alam.

6. Pergerakan tari yang dipersembahkan pula adalah mengambil influens dari seni mempertahankan diri seperti silat, pergerakan kemudiannya dikreasikan mengikut lirik lagu menggambarkan kejayaan. Dalam menuju arus kemodenan, jati diri tetap tidak dilupakan sebagai bekalan menghadapi cabaran semasa.
2024/09/29 09:32:59
Back to Top
HTML Embed Code: