Telegram Web Link
TERKINI

Majlis Olimpik Malaysia pilih corak lebih garang untuk dipaparkan pada pakaian rasmi untuk Kontinjen Malaysia di Olimpik Paris.

- Reka corak baharu adalah berlatarbelakangkan warna hitam, dengan belang Harimau berwarna kuning yang lebih jelas dan besar di sebelah hadapan dan di belakang jaket.

Logo MOM dengan kibaran Jalur Gemilang kembali dilakar mengikut warna-warna Jalur Gemilang diiringi lima Gegelung Olimpik.

Sumber: Majlis Olimpik Malaysia
World Bank sudah kemas kini data KDNK (US$) bagi tahun 2023 semalam.

Hanya 3 negara dalam ASEAN catat penurunan dari segi saiz ekonomi mengikut USD pada tahun 2023 - Malaysia, Brunei dan Timor Leste.

Malaysia jatuh sebab nilai Ringgit jatuh teruk pada tahun 2023 lepas iaitu kedua paling lemah dalam Asia.

Akibatnya, Malaysia telah dipintas oleh FIlipina dan jatuh ke ranking ke-38 ekonomi paling besar dalam dunia.

Masa Najib mula jadi PM, ranking Malaysia ialah ke-40 paling besar tetapi naik ke ranking ke-36 pada tahun 2018.

Namun 6 tahun selepas Najib, Malaysia dipintas Bangladesh dan Filipina dan jatuh 2 anak tangga ke kedudukan ke-38 bagi tahun 2023.

(NOTA: Saya sudah double-check data dalam gambar ini dengan data World Bank dan ianya memang tepat)

- LSS
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengakui tidak mudah untuk membuat dasar kerajaan demi kepentingan rakyat kerana suasana politik negara ini dipenuhi kebencian yang terlalu menebal.

Berita penuh: mk.my/ocfC8nX
Tiket konsert penyanyi Pro-Zionis Bruno Mars di Malaysia 'sold out'

Malaysia merupakan negara yang berpendirian keras dalam menentang Isr4el di dalam isu P4lestin namun hairan apabila tiket konsert penyanyi Pro-Zi0nis iaitu Bruno Mars telah habis dijual di negara ini.

Perkara itu disahkan oleh pihak penganjur konsert artis pencinta rejim haram Isr4el iaitu Live Nation di laman X pada Selasa.

β€œTiket secara rasminya habis dijual kami ingin berterima kasih kepada semua di atas sokongan padu untuk Konsert secara langsung Bruno Mars di Kuala Lumpur,” ujar Live Nations di laman X pada Selasa.

Untuk rekod, penyanyi terkenal dunia itu merupakan antara pendukung terkuat Zi0nis Isr4el dan pernah menyatakan rasa cintanya kepada Tel Aviv ketika mengadakan konsertnya pada tahun lalu.

Bruno Mars bakal kembali mengadakan konsert solonya di Malaysia pada 17 September depan.

Sumber: X Live Nation
Aktivis Pro-Palestin disiasat polis kecam BlackRock di media sosial

Aktivis Pro-P4l35t1n, Naemah Rafiqul hari ini hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis, Bukit Aman selepas videonya mengenai BlackRock tular di media sosial.

Naemah, 33, hadir bersama peguam Muhammad Rafique Rashid Ali pada 3 petang tadi dan selesai memberi keterangan dua jam kemudian.

β€œPendirian saya masih sama, saya masih bersama P4l35t1n hingga ke akhir hayat saya. Itulah pegangan saya.

β€œKita sebagai rakyat Malaysia, umat Islam dan semua yang pernah menonton video saya, bersama-sama saya suarakan apa yang betul,” katanya.

Ibu kepada empat cahaya mata itu disiasat di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang boleh membawa kegusaran awam.
Apakah rintihan rakyat dianggap politik kebencian? – Hamzah

β€œApakah bila rakyat menegur kerajaan kerana berurusniaga dengan BlackRock melibatkan penjualan saham sehingga 30 peratus aset strategik negara iaitu MAHB membabitkan syarikat yang terlibat menyokong genosid Israel dan tidak dilakukan secara tender terbuka merupakan politik kebencian?” soalnya.

Baca Penuh: https://malaysiagazette.com/2024/07/03/apakah-rintihan-rakyat-dianggap-politik-kebencian-hamzah

Malaysia Gazette
www.tg-me.com/Covid_19Malaysia
#ReopeningSafely
#EndemikMalaysia
3 Julai 2024
Jadual perlawanan suku akhir Euro 2024 yang bermula hari Sabtu ini. Pasukan manakah bakal bergelar juara?
Wartawan dakwa 'petugas PH' lakukan gangguan seksual

Seorang wartawan wanita membuat laporan polis selepas mendakwa dia diganggu secara seksual oleh seorang lelaki yang juga petugas kempen PH semalam.

Katanya semasa menemu ramah Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, dia berasa ada gegaran yang pelik di belakangnya untuk selama sekurang-kurangnya dua minit.

Baca Penuh: https://m.malaysiakini.com/news/710896

Malaysia Kini
www.tg-me.com/Covid_19Malaysia
#ReopeningSafely
#EndemikMalaysia
4 Julai 2024
Kerajaan mahu laksana subsidi diesel bersasar sehingga capai penjimatan RM 4 bilion

Kerajaan mahu menumpukan pelaksanaan subsidi diesel secara bersasar sehingga mencapai sasaran subsidinya yang stabil dan mencapai objektif penjimatan sehingga RM4 bilion.

Ujarnya menerusi kenyataan Kementerian Ekonomi, penyasaran subsidi diesel dijangka memberi ruang fiskal yang lebih luas bagi kerajaan meningkatkan kualiti perkhidmatan awam.

Namun, kerajaan turut sedang mempertimbangkan malah meneliti keperluan rasionalisasi subsidi ke atas petrol RON95.

β€œMelalui pendekatan ini, penyasaran subsidi diesel dijangka menjana penjimatan sebanyak RM4 bilion dan dapat memberi ruang fiskal yang lebih luas kepada kerajaan dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan awam,” katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan menerusi laman sesawang Parlimen pada Khamis.

Sumber: Laman Sesawang Parlimen
MOM dikecam lagi, lantik jenama sukan Pro-Zionis taja kasut atlet Malaysia

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sekali lagi dikecam kerana berkolaborasi bersama jenama sukan Pro-Zi0nis iaitu Skechers bagi menaja sejumlah 100 set kasut sukan kepada kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Memetik Astro Arena, nilai penajaan tersebut bernilai sebanyak RM194,000 untuk setiap atlet dan pegawai bagi menjamin keselesaan mereka di Olimpik Paris 2024 kelak.

Tindakan kolaborasi itu mendapat kecaman rakyat Malaysia sejurus ia dimaklumkan di laman X pada Khamis.

Rata-rata rakyat Malaysia di laman X mengecam tindakan MOM yang dianggap dungu dan tidak membuat tapisan malah memeriksa latar belakang jenama sukan yang secara terang-terangan mendukung Isr4el melakukan gen0sid ke atas G4z4.

Untuk rekod, Presiden jenama barangan dan pakaian sukan Skechers iaitu Michael S Greenberg merupakan individu Zi0nis dan sentiasa membuat kandungan sokongannya kepada Isr4el di laman Instagram.

Sumber: X Fariha Razak & Astro Arena
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

β€œLiving With COVID-19”

Kementerian Kesihatan Malaysia
www.tg-me.com/Covid_19Malaysia
#ReopeningSafely
#EndemikMalaysia
6 Julai 2024
Keputusan tak rasmi PRK Sg Bakap
2024/09/29 07:22:24
Back to Top
HTML Embed Code: