Telegram Web Link
Gergasi runcit mengendalikan Starbucks di Timur Tengah, AlShaya Group merancang untuk memberhentikan lebih 2,000 pekerja ekoran perniagaannya yang merudum akibat diboikot mengaitkannya dengan serangan I5rael di G4za, kata sumber.

Pemilik francais AlShaya Group merancang memberhentikan 400 daripada 50,000 tenaga kerjanya di seluruh Asia Barat dan Afrika Utara (MENA), menurut agensi berita Reuters.

β€œAkibat daripada keadaan dagangan yang sentiasa mencabar sejak 6 bulan lalu, kami telah mengambil keputusan menyedihkan dan sangat sukar untuk mengurangkan bilangan pekerja di Starbucks MENA kami,” kata syarikat itu yang berpangkalan di Kuwait.

Alshaya menjalankan kira-kira 1,900 cawangan Starbucks di Bahrain, Mesir, Jordan, Kuwait, Lubnan, Maghribi, Oman, Qatar, Arab Saudi, Turki dan Emiriah Arab Bersatu.

Pemboikotan membuktikan bukan sahaja mengheret perniagaan AlShaya tetapi juga perniagaan Starbucks sendiri apabila pembayaran royalti terjejas.

Sumber : Euro News
Kilang GoodYear di Shah Alam yang dibuka seawal tahun 1972 akan ditutup sepenuhnya dan 550 orang pekerja akan terkesan. Baca alasan penutupan kilang itu dalam artikel kami.

https://careta.my/article/goodyear-tutup-kilang-shah-alam-tetap-akan-jual-tayar-di-malaysia
β€œYa Allah, sejahterakanlah aku sehingga datangnya Ramadhan, sejahterakanlah Ramadhan bagiku dan terimalah dariku (ibadat pada bulan itu).”

4 Hari Menjelang Ramadan πŸ•Œ
Kadar Bayaran Fidyah Mengikut Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Tahun 2023 M/1444 H
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menyeru umat Islam di negara ini untuk tidak mudah terpengaruh dengan ajaran sesat iaitu β€˜The Ahmadi, Religion Of Light and Peace.’

Timbalan Yang Dipertua YADIM, Prof Madya Dr Adi Anuar Azmin berkata pihaknya mengambil berat berhubung tularnya sebuah video di platform Tiktok yang memegang akaun nama sebagai Ahmadi dan mempunyai lebih 30,000 pengikut.

β€œUmat Islam di Malaysia dinasihati tidak mudah terpengaruh dengan ajaran Ahmadi ini yang sengaja menghasut masyarakat untuk mempercayai kononnya Imam Mahdi telah menjelma bersama-sama dengan mereka.” ujarnya dalam satu kenyataan.

β€œIni bukanlah kali pertama gerakan sebegini wujud di negara ini mahu pun di dunia secara umumnya.”

Sumber: Malaysia Gazette
β€œYa Allah, sejahterakanlah aku sehingga datangnya Ramadhan, sejahterakanlah Ramadhan bagiku dan terimalah dariku (ibadat pada bulan itu).” 2 Hari Menjelang Ramadan πŸ•Œ
Selamat kembali ke sekolah kepada semua pelajar baru, pelajar lama, guru-guru, dan juga petugasΒ² sekolah.

Jangan lupa buat persiapan lebih awal tau. 😁
Kejap lagi inshaAllah pengumuman tarikh bermulanya puasa akan diumum oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja iaitu Tan Sri Syed Danial bin Syed Ahmad.

Baju melayu warna apakah yang dipakai oleh Tan Sri nanti?
Tarikh permulaan puasa tahun 2024
Selasa, 12 Mac 2024.
πŸŒ™ Bulan ramadan - bulan mustajab doa, dibuka pintu Syurga & ditutup pintu Neraka.

✨ Orang yang bijak ialah orang yang setiap hari memohon reda Allah ﷻ . Pohonlah reda Allah setiap hari In Shaa Allah, dunia dapat akhirat dapat.

βœ… Peliharalah puasa ramadan kita. Dosa yang membenamkan pahala puasa ; Tak solat, mengumpat & segala perbuatan keji.

🀲🏻 Cara salafussoleh menghidupkan ramadan :
- (tadarus) bulan ramadan bulan quran.
- Hidupkan waktu sahur dalam bulan ramadan kerana ada keberkatan pada sahur walaupun hanya dengan seteguk air.
- Sediakan makanan untuk orang berbuka puasa.
Kes Covid Malaysia
3 Mar - 9 Mar, 2024
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Perkembangan kebakaran Pasar Raya Mydin Manjoi, Ipoh, jam 11 malam tadi πŸ₯ΊπŸ˜’
Boleh try sahur nanti kurma + butter
Sempena kedatangan bulan Ramadan bagi tahun 1445H/2024M, pengguna disarankan untuk membuat semakan dan mengemas kini ketepatan jam di premis masing-masing, terutamanya di masjid dan surau. Cara semak ketepatan jam
Sebelum itu, perlu diketahui Waktu Standard Malaysia ditubuhkan dan diselenggara oleh Institut Metrologi Kebangsaan Malaysia (NMIM).

Kebiasaannya jam di peranti pintar sudah pun mengikut waktu standard Malaysia. Namun, bagi jam yang ditetapkan sendiri oleh pengguna - seperti jam dinding, jam tangan, jam digital - adakalanya mungkin 'lari' beberapa saat atau minit. Bagi menyemak ketepatan dan mengemas kini jam mengikut waktu standard Malaysia, layari laman web rasmi mst.sirim.my.

https://wiser.my/semak-kemas-kini-ketepatan-jam-ikut-waktu-standard-malaysia
2024/10/01 22:16:28
Back to Top
HTML Embed Code: